Saturday, August 29, 2009

[Highlight] Era Najib Altantuya : SPRM Dera Saksi - Gobind

[Highlight] Era Najib Altantuya : SPRM Dera Saksi - Gobind


Era Najib Altantuya : SPRM Dera Saksi - Gobind

Posted: 29 Aug 2009 10:08 AM PDT

Inkues kematian Teoh Beng Hock telah menguatkan dakwaan Pakatan rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan selama ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan penderaan fizikal dan mental ke atas saksi untuk mendapat keterangan.

Itu rumusan peguam Beng Hock, Gobind Singh Deo selepas 15 hari inkues siasatan itu berlangsung di Shah Alam.

"Saya ambil contoh apa yang berlaku pada hari ini, setelah 15 hari kami menyoal balas saksi-saksi dan saksi SPRM dan sebagainya, hari ini kita telah pun membuka laporan polis yang telah pun dibuat oleh saksi-saksi yang lain, yang mana mereka menyatakan yang mereka juga telah dibawa ke Plaza Masalam, tingkat 14 dan di situ mereka dibelasah.Didera secara psikologi dan juga fizikal".

Dalam temubual dengan TV Antara, Gobind berkata tidak ada siapa yang menduga ibu pejabat SPRM Selangor menyimpan seribu satu kisah yang mengerikan mengenai keadah mendapatkan bukti terhadap mereka yang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan wang.

"Kalau kita lihat dari segi set up, dia bawa kepada sebuah bangunan korporat, kita lihat dalam bangunan semua orang di dalamnya memakai suit, kita lihat ada sofa dan tv sebagainya, tidak ada sebarang orang yang akan fikir, tempat ini ada dibawa saksi dan mereka dibelasah. Bila kita sebagai suspek atau kita sebagai saksi pergi ke situ juga, memang di dalamnya tempat korporat, tidak ada sebarang perkara untuk kita takut. Walhal apa yang berlaku dan telah pun berlaku, apa yang saya nak cakap bukannya kita petik daripada udara, daripada laporan polis yang kita dapat, ramai yang telah dibawa ke situ" kata Gobind.

Beng Hock, seorang pembantu kepada exco kerajaan negeri, dijumpai mati pada 16 Julai lalu di perkarangan SPRM Selangor setelah dipanggil memberi keterangan terhadap majikannya mengenai dakwaan salah guna wang RM 2,400.

Beliau disoal siasat pada petang Rabu sebelum mayatnya dijumpai keesokan pagi.

Gobind kesal kerana sokongan pelbagai pihak terhadap penubuhan SPRM untuk membendung gejala rasuah dengan lebih berkesan akhirnya memberikan kesan sebaliknya.

"Apabila saya melihat Teoh Beng Hock khususnya mayat di situ, saya tertanya di dalam hati saya sebagai ahli parlimen, kita ini sokong MACC, apakah kita ini tahu fikir pada waktu itu sehingga ada orang yang didera" menurut Gobind.

Namun katanya lagi, beliau bersama-sama dengan Pakatan Rakyat akan terus berkerja keras dalam memastikan rakyat mengetahui hal sebenar di sebalik misteri kematian Beng Hock.

Beliau berharap keterangan saksi mengenai tekanan fizikal dan mental yang diguna terhadap mereka akan memaksa SPRM menghentikan penggunaan kekerasan sebegitu untuk mendapat bukti.

"Kita nak keluarkan kebenaran, kita nak semua orang tahu, kita nak SPRM tahu bahawa kita tahu, jadi jangan seolah-olah di dalam bilik ini semua orang tidak tahu apa yang berlaku. Kita nak bagitahu bahawa aduan dibuat, kita sedar dan you have to stop" tegas Gobind. -TVA



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Demo Kepala Lembu (updated)

Posted: 29 Aug 2009 09:15 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fasting in the Quran

Posted: 29 Aug 2009 06:55 AM PDT

One of my favourite  stories in the Sandman series written by Neil Gaiman was Ramadan. It was illustrated and lettered in the Arabic tradition and was a masterpiece for a story written in that genre with classic lines such as: "There were paths through the palace that none but Haroun Al Raschid knew; and this was [...] Related posts:
  1. Let's Read the Quran   A number of bloggers/friends to be/friends, Syed, Walski, Marina and Anas - after a...
  2. Ramadhan Mubarak For Sunni Muslims Ramadhan Mubarak begins tommorow (13.09.2007) whereas Syiah...
  3. Five Weddings and a Husband's Funeral I was at the Syariah Magistrate Court in Malacca today...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


najib altantuya More allegations against IGP - nizar

Posted: 29 Aug 2009 09:14 AM PDT

UPDATED 10.30PM A statutory declaration by a purported aide de camp of Inspector-General of Police Musa Hassan has alleged that his former boss had triads links.MORE

The statutory declaration was published in an article allegedly penned by Raja Petra Kamaruddin on Malaysia-Today.net.

I am not surprised by the allegations. With all these allegations, will there be investigations?

The news by MK ended with:
Musa, when contacted, refused to comment.

The last and most important question:
IS THE IGP ABOVE THE LAW?


Era Najib Altantuya : Perlaksanaan Undang2 Syariah Perlu Dimantapkan - Kartika

Posted: 29 Aug 2009 08:42 AM PDT

Isu hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah Kuantan terhadap Kartika Sari menzahirkan keperluan untuk memantapkan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini supaya dilihat sebagai memberi keadilan yang dimaksudkan.

Peguam Yusmadi Yusoff berkata sistem undang-undang syariah ketika ini menghadapi pelbagai kekangan sehingga mengundang campurtangan pihak eksekutif.

Kartika didapati bersalah kerana meminum arak di pusat hiburan Cherating pada 11 Julai lepas. Mahkamah Syariah mengenakan denda 5 ribu ringgit dan enam sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus bagaimanapun mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena kemuliaan Ramadan.

Kes kartika telah menarik pelbagai ulasan di dalam dan luar negara mengenai keadilan sistem undang-undang syariah sebagaimana yang di laksanakan di Malaysia.

"Kita tengok dalam kerangka undang-undang Malaysia sekarang ini, undang-undang syariah terpaksa bergelut dengan undang-undang yang sempit, ruang hidup di atas kerangka undang-undang common law. Ruang syariah yang diberi sejak merdeka amat sempit. Itu hakikat, tetapi hari ini dalam keadaan realitinya hari itu, orang-orang tiba mengangkat harapan yang amat tinggi dalam undang-undang syariah untuk dibuktikan ke manakah keadilan, mana mungkin untuk undang-undang syariah dilihat secara efektifnya dilaksanakan, ia mesti beri ruang yang cukup," kata Yusmadi.

Beliau menegaskan rangka perundangan di Malaysia perlu memberi ruang yang secukupnya untuk undang-undang syariah dilaksanakan dengan berkesan dan berwibawa.

"Maksud saya itu ialah rangka perundangan itu dari segi perundangannya dari segi asas, sistem keadilan dia mesti memberi ruang kepada undang-undang syariah untuk menyerlah dari segi keistimewaannya. Kerana saya melihatnya ia adalah tidak adil.

Bagi saya apa yang berlaku hari ini, bukan sahaja ia diadili tapi malangnya sekali seolah-olah undang-undang itu adalah 'trial' seolah-olah macam diadili dan diberi 1 kayu ukur yang amat tidak realistik. Bagi saya hari ini, kalau undang-undang syariah yang ada dalam kerangka perundangan sekarang ini pun dapat ditunjukkan boleh dilaksanakan, mampu memberi mesej pendidikan dan terutamanya dapat mengurangkan dan membezakan seidikit atau gejala atau kesalahan jenayah itu pun sudah cukup baik," tambahnya lagi.

Yusmadi berkata undang-undang syariah tidak akan dihormati selagi pihak eksekutif tidak menghentikan campurtangan mereka dan membelakangi pengasingan kuasa yang termaktub dalam sistem demokrasi negara.

"Isu sebat, ketika dibangkitkan, tiba-tiba baru kita tahu kononnya yang menyebatnye belum terlatih dan aspek rayuannya tiada di Pahang. Dalam hal ini, ada isu-isu fundamental lain lagi contohnya isu pengasingan kuasa. Hari ini saya tengok, saya lihat Najib Tun Razak dan menteri-menteri lain menunjukkan sikap campur tangan dalam undang-undang mahkamah. kenapa seorang Perdana Menteri atau seorang eksekutif boleh campur tangan dalam kehakiman. Pertama tidak dibuktikan aspek kehaikman itu adalh kepincangan, dari segi prosedurannya?," katanya lagi.

Yusmadi berkata keghairahan pemimpin Barisan Nasional seperti Najib dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Abdul Jalil harus berhenti mempolitikan isu Kartika dan menghormati lunas-lunas Islam.

"Hari ini dikatakan Kartika perlu merayu. Persoalannya adakah 'tuan punya diri' mahu melakukan? Sebab di sini saya laping risau menggesa kepada pihak-pihak bertanggungjawab, jangan jadikan orang individu sebagai mangsa kepada kelemahan kita yang lebih penting lagi. Jangan sampai agama atau undang-undang kita difitnah atau ditomah," akhirinya.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Going Home To KL.

Posted: 29 Aug 2009 09:02 AM PDT

Kuantan is a beautiful place. The cost of living is also cheaper here. Traffic is less congested.The whole Kuantan atmosphere is less stressful..people here are not easily provoked and everybody here is not so short-fused like many in KL ( I am referring to the growing number of road bullies ).

However, my heart has recently been calling me.."shift back to KL! Shift back!"

Ahhh..how can we? Banun and Harris are already so comfortable with their friends in school. I hate causing them unnecessary inconvenience. Harris will be sitting for his SPM next year. Banun will be in Form 4.. For Harris who is not so sociable, it'll be quite a chore for him to start making new friends.

And Hannan? Godwilling, we hope she'll join Seth at KYUEM..

And Dato' spends a lot of time in KL nowadays for his small/ big business chasings. Discussions and meeting up with the necessary parties are ongoing almost every week. Unlike before when Fateen was still at home to look out for the younger ones, I now cannot and feel that its not right to leave them home alone.

J and Fateen will be moving to a terrace-house soon..probably somewhere in Kota Damansara..Hakim will join them later when he has secured a job in KL. He too travels a lot to KL for job interviews. When hes at home, he has to call the cab to sent and pick the younger siblings from school. He is still in the midst of taking his L-driving license. Why didn't he take it earlier? Believe it or not..our budget was so bad back then. Even J took up her driving after coming back from Manchester 3 years ago.

Recently, we've noticed that her apartment at the condo has gotten too small for all of us to camp there. Shes there with Fateen. On and off, Hakim goes and bunk in there. Dato' goes there almost every week. Seth sleeps over on many alternate weekends. Then next year Hannan will join them all in KL..and..the apartment has only 2 rooms! So you can imagine them squeezing there..

Yes, Dato' has identified a terrace-housed with 4 bedrooms and 3 bathrooms. The tenancy for the apartment condo ends at the end of October. I have persuaded Dato' not to pay any booking fee yet for the terrace house.

I want to view the house too. If the rooms are big enough for the girls to share a room, the boys to take one and for us to have a comfortable masterbedroom, I want us all to move back to KL..
I want to be with all my kids who are now all grown-up.
Come next year, only Harris and Banun are still in the secondary school..the other children are either working or studying in KL colleges.Like it or not, the 2 youngest must learn to adjust themselves to a new school.

InsyaAllah Hakim will get married next year..and Jannah might just do the same soon after..so they'll be under our wings for another short period only.

So..what will it be? Are we moving back to KL at the end of the year? Only Dato' can press the green button! I am still fickle-minded..I hate the hectic part of house-moving! So tiring!

Another sad thing is that my late mum is no more around.No more popping into her delicious kitchen..of course many of my siblings are staying in KL..at least thats a bit of a consolation..hmmm..I can still remember her telling me quietly then.."Da, mak taknak awak pindah ke Kuantan.." Now 13 years later, I want to go home to KL...and shes gone.

Ok Everybody! Happy Merdeka Day! May our country be blessed with a very good economy..may all the different races live together in harmony and may our country be free from the H1N1 outbreak.
Let us pray for the prosperity of our beautiful nation and let us not forget the sacrifices of our older generation in their struggle to achieve our nation's independence!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Era Najib Altantuya : 31 Ogos Misi UMNO Tawan Selangor

Posted: 29 Aug 2009 07:51 AM PDT

Dalam tempoh lebih kurang 30 jam lagi, rakyat Malaysia dikatakan akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Walaupun kebenarannya, hanya separuh merdeka. Separuh merdeka yang membawa maksud kita selaku rakyat masih belum benar-benar bebas untuk melaksanakan sesuatu. Banyak konkongan daripada pihak kerajaan yang membataskan perlakuan kita sebagai rakyat dalam misi mereka(kerajaan) untuk menjaga perjalanan pentakbiran yang sonsang.

Mana mungkin kerajaan di bawah Barisan Nasional akan memberi sepenuhnya kemerdekaan kepada rakyat sedangkan mereka selaku pemimpin-pemimpin negara masih lagi ingin menjaga periuk nasi yang bersumberkan hasil bumi negara dan titik peluh rakyat sendiri melalui amalan rasuah.

Dalam kempen menyambut kemerdekaan yang dilaungkan oleh kerajaan pada tahun ini, ada lagi misi mereka(BN) yang belum tercapai. Ya, 31 Ogos 2009, misi menawan Selangor. Mampukah Barisan Nasional selaku pemegang tampuk pemerintahan negara merampas kerajaan Negeri Selangor secara haram, iaitu tidak melalui sistem pilihanraya.

Usaha-usaha yang tidak mengenal erti jemu ini lebih bermakna sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam membasmi amalan rasuah. Namun berlaku sebaliknya apabila mereka lebih berminat untuk menggunakan segala jenis macam tanpa mengira sensitiviti rakyat demi mengapai tujuan dan impian mereka.

SPRM dijadikan tangan untuk parti pemerintah dalam usaha merampas negeri yang terkaya di Malaysia. SPRM dijadikan balaci dalam erti kata budak suruhan dalam melaksanakan misi-misi terancang mereka. Kemuncakkan kepada penyalahgunaan suruhanjaya ini membawa kepada kematian seorang anak muda.

Rakyat Selangor terutamanya menjadi bingung apabila kes-kes yang nilainya jutaan ringgit ditenggelamkan dan kes-kes kecil yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diperbesarkan hingga meragut nyawa anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rakyat di negeri ini tertunggu-tunggu dan mahukan jawapan kemana hilangnya jutaan ringgit semasa BN berkuasa, namun kerajaan BN di bawah pimpinan Najib lebih selesa untuk menyalahgunakan kuasa dalam menghalal cara.

Usaha-usaha BN tidak terhenti disitu sahaja, isu-isu yang tak mampu mereka tangani semasa memerintah dijadikan modal untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid. Isu penternakan babi secara moden dan isu arak dijadikan modal sedangkan selama mereka memerintah Selangor, apa yang mereka buat? Dan apabila isu-isu yang dimainkan tidak mampu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, isu agama pula dimainkan. Perarakan 'Kepala Lembu Berdarah' jelas dilakukan untuk menyemarakan api perkauman.

Dengan tindakbalas polis yang kurang cekap/cerdik atau sememangnya mengikut arahan dari kerajaan BN, perarakan ini tidak langsung mendapat tentangan daripada pihak polis sebaliknya anggota polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati kepada kebiadapan segolongan manusia.

Rentetan perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam misi menawan Selangor, agensi-agensi kerajaan malahan isu 'agama' menjadi dagangan mereka. Apakah hasilnya memberansangkan buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional?

Yang pastinya, 'dateline' meraka dalam merampas Selangor sudah hampir. Dalam tempoh lebih kurang 30jam ini sepatutnya perlaksanaan mereka berada di fasa terakhir dalam misi besar mereka. Ataupun hanya angan-angan yang mampu mereka kecapi. Nantikan 31 Ogos 2009.... tunggu dan lihat. -kedaikopitepimasjid


Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Isu Kepala Lembu

Posted: 29 Aug 2009 07:33 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.


Era Najib Altantuya : UMNO Sepatutnya Terima Dasar PAS Lebih Dahulu Dari DAP

Posted: 29 Aug 2009 07:08 AM PDT

Umno Kelantan tetap mempertahankan dasarnya adalah jelas dan jitu dalam usaha mengembang dan mengukuhkan prinsip Islam menerusi sistem pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun ada pihak yang tidak henti-henti cuba menafikannya.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mad Alwi Che Ahmad, mendakwa DAP merupakan parti menentang dasar Islam dilaksanakan Umno seraya meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, segera berhenti dari mempolitikkan gesaannya supaya Umno mengubah dasar dicanangnya selama ini.

Mad Alwi memberitahu Nik Aziz tidak wajar mengkritik ataupun meminta Umno berbuat demikian sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya lebih rasional menyeru parti sekutunya terdiri dari DAP dan PKR menerima dasar Islam dilaksanakan PAS tanpa sebarang keraguan.

Beliau menegaskan Nik Aziz baru boleh mengatakan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar Islam sekiranya DAP yang anti Islam, fundamentalis itu mampu menerima pakai keseluruhan dasar diperjuangkan PAS.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan kekalahan Umno di Permatang Pasir mempunyai kaitan dengan penerapan dasar yang tidak betul dibuat Umno.

Sebelum ini Nik Aziz dilaporkan berkata faktor terbesar menjadi punca utama rakyat mulai menolak Umno ialah kerana pelaksanaan dasarnya yang tidak Islamik tetapi lebih menjurus kepada sekularisme. Kata Nik Aziz ianya amat berbeza dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Dalam pada itu kenyataan Mad Alwi mendapat perhatian Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim, yang berpendapat bahawa kenyataannya tidak ubah sebagai satu kenyataan politik Umno Kelantan bagi menutup keaibannya ekoran kekalahan demi kekalahan dihadapi sepanjang pilihan raya kecil.

Manakala bekas pegawai halaqat Pasir Puteh, Drs Saipul Baharin Mohamed, pula beranggapan tahap kefahaman Mad Alwi masih rendah semasa mengeksploitasikan ideanya pada khalayak umum berhubung perkara tersebut.

Menurut Saipul, Umno sebagai orang Melayu sepatutnya terlebih awal menerima dasar Islam berteraskan Quran dan Sunnah yang dilaksanakan PAS sebelum meminta Nik Aziz menyeru DAP menerima dasar berkenaan.


Sementara itu pada satu majlis yang lain Nik Aziz memaklumkan kerajaan negeri akan membina sebuah masjid baru bernilai RM7 juta di kawasan persimpangan jalan Pasir Mas-Ketereh dekat sini.

Projek pembinaan masjid yang akan diberi nama Masjid Al-Hussin itu akan dibiayai oleh RHB bank dan akan dilancarkan di dalam bulan Ramadan ini juga. Menurut Nik Aziz, kerajaan negeri akan menyediakan tapak pembinaan masjid tersebut. -Mohd Zuharman


Era Najib Altantuya : Demo Kepala Lembu - Penerusan Agenda Utusan Malaysia

Posted: 29 Aug 2009 06:59 AM PDT

Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.


Era Najib Altantuya : Polis Masih Belum Siasat Demo Kepala Lembu

Posted: 29 Aug 2009 06:51 AM PDT

Beberapa Exco Kanan Selangor hari ini mengadakan perjumpaan tergempar dengan polis untuk menzahirkan kebimbangan kerajaan negeri terhadap tindakan pihak tertentu semalam berarak dengan kepala lembu untuk menghasut penduduk Melayu terhadap tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Semalam kira-kira 50 orang mengheret kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam selepas solat Jumaat.

"Kami telah maklumkan Ketua Polis Daerah (OCPD) supaya mengambil tindakan secepat mungkin terhadap peristiwa semalam, " kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Xavier berkata polis member jaminan "akan diambil secepatnya kepada mereka yang bertanggungjawab. Tindakan ini akan diambil secepatnya kerana kita mahu menghantar mesej kepada semua bahawa tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang, termasuk UMNO sendiri dan bukan UMNO,".

Dr Xavier berkata polis akan bertindak berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat bersabit tunjuk perasaan itu.

Antara yang membuat aduan kepada polis ialah wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS serta Parti Sosial Malaysia dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Polis kena bertindak dengan tegas supaya untuk menentukan supaya tak ada lagi tindakan seperti ini kalau polis tak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama dengan mereka dan ini menyebabkan tindakan yang liar berlaku," kata Dr Xavier.

Tunjuk perasaan semalam dilihat sebagai cubaan pihak tertentu menghasut penduduk Islam supaya membantah pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke sebuah tapak jauh dari kawasan perumahan di Seksyen 23.

Hadir sama di balai polis Seksyen 11 hari ini ialah Exco Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei. -TVA




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Era Najib Altantuya : Kuil Sek 23, Apa Isu Sebenarnya?

Posted: 29 Aug 2009 03:44 AM PDT

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. "Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam", kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena 'mendidik' ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, "Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga". -YB Khalid Samad


najib altantuya: MCA conflict likened to 'masses vs politburo' - nizar nizar nizar

Posted: 29 Aug 2009 03:57 AM PDT

Supporters of deposed party deputy president Chua Soi Lek say that the tussle in the party is a class conflict between members and its leaders.MORE

Not sure if it's true.

A friend told me that a Chinese newspaper today reported that MCA was asked to leave BN or something to that effect. Well, any CHINESE out there who can verify the fact?

I think Umno will not kick MCA out. It still needs MCA. The former the master, the latter the running dog.

Will the faithful dog leave its master?


Era Najib Altantuya : Kepada Demontrans Lembu, Datang MBSA Pada 5 Sept Bincang Isu Kuil

Posted: 29 Aug 2009 02:10 AM PDT

Kerajaan Selangor menjemput pihak yang menimbulkan bantahan berhubung pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam, supaya hadir pada Dialog Awam 5 September ini di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selepas kerajaan memutuskan pemindahan itu, menerusi persetujuan ramai.

Rodziah berkata, peluang ini juga boleh digunakan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.

"Saya sebagai adun di sini telahpun set satu pertemuan dialog bersama penduduk pada 5 September nanti di MBSA.

"Patutnya mereka menggunakan ruang itu untuk lebih berbicara, sabtu pagi," katanya.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Beliau yakin, bantahan berhubung pemindahan kuil ini sengaja dibangkitkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan segelintir penduduk di Seksyen 23.

"Saya dengan berani nyatakan muka-muka yang ada adalah didokongi dan majoriti adalah ahli UMNO, saya dapati tak banyak penduduk, jawatankuasa bertindak, dua tiga penduduk, bukan semua, tak wakili semua 375 buah rumah," katanya.

Rodziah telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Exco. Kerajaan sedia menimbangkan keputusan ini, jika ia benar-benar menimbulkan masalah kepada penduduk.

Beliau difahamkan, hanya segelintir sahaja penduduk yang membantah, manakala yang lain menghormati keputusan yang dibuat kerana kuil ini akan dibina di kawasan perindustrian dan bukan berhampiran kawasan perumahan mereka.

"Kalau kita pergi ke kawasan situ, seksyen 23, budaya mereka mencemari, vendalisme, menulis perkataan tak melambangkan budaya, tak bertamadun.

"Saya telah pun berjumpa dengan mereka dan telah bincangkan pandangan mereka nak tau betulkah majoriti membantah," katanya.


Fast asleep @ PJLA PJ LIVE ARTS Theatre 1

Posted: 29 Aug 2009 03:51 AM PDT






In theatre for the first time: Thank God he slept soundly.


Era Najib Altantuya : Ketua Demo Lembu Mengaku Ahli PAS?

Posted: 29 Aug 2009 03:08 AM PDT

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya," katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. - malaysiakini

Ulasan GB

1) Apabila dah tersepit, pandai pula kata kepala lembu itu misteri, tak tahu dari mana datangnya.

2) Sedangkan gerombolan anda yang mengangkatnya, kemudian anda memijaknya.

3) Seorang lagi pencacai yang mengakui dirinya orang PAS, tugas PAS Shah Alam untuk siasat siapa Mahyuddin Manaf ini?



WEEKEND VIEW #4: Cops Say Sorry, Promise Action - malaysiakini

Posted: 29 Aug 2009 01:06 AM PDT

The police have apologised for not taking prompt action during the 'cow head' protest that took place in Shah Alam yesterday, said Selangor exco member Dr Xavier Jeyakumar.

He said Shah Alam district police chief Noor Azam Jamaluddin conveyed his apology to several Pakatan Rakyat leaders during a meeting this morning.

The police chief explained that the officer at the scene was a 'junior' (suggesting that he was inexperienced in handling such matters).

"So Noor Azam has given us his word that action will be taken immediately against those responsible (for the protest)," said Jeyakumar, who overseas non-Muslim affairs in the state.

He also revealed that numerous police reports have been filed over the incident.

"Many of the (reports) are by NGOs, councillors, PAS Youth, PKR Youth and some individuals," he said.

30-minute meeting

The half-hour meeting was held at the Shah Alam police district headquarters and was attended by Shah Alam PAS MP Khalid Samad, DAP MP Charles Santiago and state exco Ronnie Liu as well.

Yesterday, some 50 residents enraged with the proposed relocation of a Hindu temple to their area staged a noisy protest with a severed cow's head.

The residents who gathered after the Friday prayers, placed the head outside the gates of the state secretariat building for a short period before removing it.

Santiago said it was "weird" that the dozens of policemen "watched silently" when the protesters were spitting on and kicking the bloodied cow head.

"I also strongly condemn the lack of action on the part of the police, who have subtly been accomplices to the act that is totally disrespectful of Hindus," he said.

'Only five were residents'

Meanwhile, Khalid said he could only recognise five Section 23 residents whereas "the rest were all outsiders."

"And I believe the five residents are Umno members as I have met them before," he claimed.

In a related development, Malaysian Indian Youth Development Foundation (MIYDF) chairperson SA Vigneswaran urged all Hindus in the country to remain calm and not overreact.

"This is an act of a minority Muslims in Malaysia who have no ethics. They are inciting racial and religious hatred," he said in a statement.

On the same note, he also called upon Indian youths to "stop blogging with anger and texting to each other and leave the wrongdoers in the hands of the authorities."

View Comments (29)

PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 25,000 hits. Kindly take note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my


Era Najib Altantuya : MB Selangor Bidas Demonstran Lembu

Posted: 29 Aug 2009 01:33 AM PDT

Tindakan sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak membawa kepala lembu binatang suci dalam agama Hindu bagi membantah pemindahan sebuah kuil di Shah Alam adalah berbentuk provokasi untuk mengugat perpaduan rakyat, lapor TVA.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan berbentuk menghasut itu amat dikesali, khususnya menjelang Hari Kemerdekaan Isnin ini.

Khalid berkata rakyat Selangor pelbagai kaum adalah matang dan tidak akan terpengaruh dengan penunjuk perasaan yang cuba mencari modal politik murahan dengan menggunakan sentimen keagamaan untuk menghasut penduduk.

Beliau menggesa polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

"Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan," tegas Khalid.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah pun mengatur perbincangan terbuka bersama penduduk setempat untuk mendapatkan maklum balas mengenai perpindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke sebuah tapak di luar kawasan perumahan di Seksyen 23. Dialog itu dijadualkan pada 5 September depan.

"Perbincangan itu nanti bukan sahaja untuk mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23," kata Khalid.

Khalid berkata sebarang tindakan menghina agama sesebuah kaum akan membawa persepsi Malaysia semakin berundur ke belakang dalam aspek memupuk budaya menghormati kepelbagaian agama dan adat resam di kalangan penduduk.

Sementara itu pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.



WEEKEND VIEW #3: Dialogue To Diffuse Matters - malaysiakini

Posted: 29 Aug 2009 12:36 AM PDT

The Selangor government has directed the Shah Alam City Council (MBSA) to hold a dialogue with residents of Section 23 over the relocation of a Hindu temple to the area.

The meeting appears to be a bid to diffuse tension after some of the residents protested the move yesterday, carrying the carcase of a cow's head in front of the state secretariat building.

This resulted in public outrage from both Hindus and Muslims, in what has been widely described as an attempt by a small group of individuals to stoke religious animosity.

In a statement today, Menteri Besar Khalid Ibrahim said the meeting would include MBSA officers and the Selangor State Development Board (PKNS).

"The dialogue is not just to hear from the residents but also to allow the state government to explain the decsion why the relocation of the temple from Section 19 to Section 23 was made.

"While waiting for the meeting, the state government urges the residents of Section 23 to remain calm and not allow themselves to be influenced by the lies of a small group out to jeopardies public harmony and political stability.

"Again, I urge the public to show empathy, be rational and show mutual respect because this is the best method to resolve the issue," said Khalid.

Khalid expressed regret over the protest yesterday which he described as a "effort to insult, incite (hatred) and cause anger" by a small group.

"It is regrettable that this happened at a time when the people of Selangor are preparing to celebrate the 52nd anniversary of our country's independence," he said.

Threats against state leaders also made

Khalid said the effort to insult other religions has caused the country to fall into disrepute and was a step back in efforts to foster better relationship between the different communities.

He urged the public to show maturity and not be influenced by the protest because it could lead to racial tensions.

He said it was best left for the authorities to take action on the matter.

"The state government urges the police to take immediate action... and include in their investigations threats made against state government leaders," he added.

Yesterday, some 50 protestors claiming to be residents of Section 23 in Shah Alam marched from the state mosque to the nearby state secretariat building.

At the gates of the building, the protestors stepped on the cow's head and warned of bloodshed should their protest be ignored. Some 15 policemen stood watch during the proceedings but did not take action. PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 25,000 hits. Kindly take note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my


WEEKEND VIEW #2: Selangor Menteri Besar Issues Press Statement On Temple Protesters

Posted: 29 Aug 2009 12:24 AM PDT


The following is a press statement issued by Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar of Selangor on the temple protestors.



PRESS STATEMENT

AUGUST 29, 2009

STATE CONDEMNS DELIBERATE RELIGIOUS SLURS BY TEMPLE PROTESTORS

SHAH ALAM: The Selangor Government regrets the provocative, offensive and deliberate religious slurs by a group of irresponsible people who used a cow's head to protest against the construction of a Hindu temple in Section 23 here.

As the people of Selangor prepare to celebrate Malaysia's 52nd anniversary of Merdeka, it is indeed appalling that such religious intolerance still exists amongst fellow Malaysians.

The incident and despicable act has taken the entire nation a step backward in all efforts towards mutual respect among the various races and religions and the creation of a common Malaysian vision and identity.

The State Government hopes that all will remain calm and not be provoked by the protest as it will only create further discord among us. Although the protestors' conduct must be condemned, we should allow the law to take its due process.

The state also calls on the police to act without fear or favour and conduct a fair investigation including on the serious threats issued by the demonstrators against state leaders.

The state has also directed Shah Alam City Council to hold an open discussion on September 5, 2009 which will be attended by the legal residents on Section 23, MBSA officials and the representatives of PKNS.

The meeting will not only allow those affected to express their views but would also provide the state an opportunity to present clear and correct facts and reasons surrounding its decision to relocate the current temple from Section 19 to Section 23.

While awaiting the meeting, the State Government urges Section 23 residents to remain calm and not allow themselves to be influenced by the distorted facts presented by interested parties who have politicized the issue.

As we have stressed earlier, all those involved must be considerate, rational and mutually respectful as this is the only way for the matter to be settled amicably.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
--
Salam Sejahtera.


Disertakan disini lampiran kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Akhbar Arfa'eza A. Aziz di talian 03-5544 7452. Terima kasih.

Harap Maklum

PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 25,000 hits. Kindly take note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my


No comments: