Wednesday, October 7, 2009

Come Home

Come Home


Come Home

Posted: 07 Oct 2009 09:59 AM PDT

I'm waiting...


Era Najib Altantuya : Menguji Kejantanan Muhyiddin Berdebat Siapa Pengkhianat Melayu

Posted: 07 Oct 2009 09:56 AM PDT

Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk 'Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat Melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isu ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambutlah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu', " katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

Debat tersebut juga akan diadakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat Melayu seringkali dimainkan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya.

Namun, apabila ianya terus dimainkan Umno, jalan penyelesaiannya adalah debat terbuka agar rakyat menjadi hakimnya. -berita : harakahdaily video : TVA




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Era Najib Altantuya : Provokasi Poster PAS-BN Berterusan

Posted: 07 Oct 2009 09:45 AM PDT

PAS mempertahan tindakan PKR dan DAP melancarkan "provokasi poster" terhadap BN walaupun parti itu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan papan tanda BN yang menyerang PAS di Bagan Pinang.

Menjelaskan pendirian yang bercanggah itu, pengarah operasi pilihan raya PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti-parti Pakatan Rakyat berhak menaikkan papan-papan tanda berkenaan selagi BN tidak menurunkan kesemua papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu Zulkefly Mohamad Omar.

PAS membuat laporan polis terhadap tindakan jentera BN menaikkan papan-papan tanda yang membawa mesej "Tolak PAS" dan "Usah biarkan diri anda terus dipesongkan."

Aduan polis berkenaan dibuat oleh PAS apabila menyedari BN telah menyalahi peraturan pilihan raya.

"Selagi semua papan tanda yang bersangkutan dengan BN yang beri kebebasan kepada mereka untuk serang kami, selagi ada, selagi itulah kami berhak dalam demokrasi, dan atas padang sama rata, kami juga berhak mengangkat papan tanda kami," kata Dr Dzulkefly dalam satu sidang media di markas parti itu di Port Dickson hari ini.

"Jadi ini merupakan kritikan yang adil dan sama rata," katanya.

"Selagi mereka tak turunkan semua, kita juga berhak untuk mengangkat daripada DAP, PKR ataupun PAS. Begitu sikap kami."

BN juga menaikkan papan tanda Pakatan Rakyat atau "PR = politik rusuhan", merujuk demonstrasi besar anti-ISA 1 Ogos lalu.

Menjelaskan insiden melibatkan papan tanda "Tolak BN Zalim" yang dinaikkan DAP di Batu 10, Port Dickson semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata badan pemantau SPR ke bilik gerakan DAP di situ dan meminta parti itu menanggalkan papan tanda tersebut.

"Saya tidak membenarkan penguatkuasa SPR turunkan sebab kenyataannya isu yang kita bawa itu adalah (isu kematian) A Kugan dan Teoh Beng Hock.

"Kedua-duanya isu yang pernah berlaku dan bukan kita reka-reka. Ia adalah isu sebenar," katanya pada sidang media sama.

"Jadi apa yang menjadi sensitif? Ia (pemantau SPR) kata isu sensitif, saya tanya apa yang sensitif kerana itu isu yang telah berlaku.

"Jadi tidak ada sebab untuk kita tanggalkan," katanya, yang juga ahli parlimen Rasah dan ADUN Lobak, Negeri Sembilan.

Calon PAS bertarung satu lawan satu dengan calon BN Tan Sri Isa Samad, bekas menteri besar dan juga ketua bahagian Umno Telok Kemang, pada pengundian 11 Okt ini. -TVA


Era Najib Altantuya : BN Guna SPR Untuk Kenakan Pelbagai Peraturan Kepada Pakatan Rakyat

Posted: 07 Oct 2009 09:36 AM PDT

Barisan Nasional yang dilihat semakin tertekan, mempergunakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mengadakan pelbagai peraturan pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, termasuk mencadangkan supaya Pakatan Rakyat didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Exco Selangor, Yaakob Sapari berkata, tindakan SPR ini ternyata melambangkan mereka adalah perkakas kepada Barisan nasional untuk mencapai kemenangan selepas tujuh kali tewas dalam pilihanraya kecil lepas.

"Dalam tujuh pilihanraya Semenanjung, rakyat menolak BN, tapi di Port Dickson macam-macam peraturan dikenakan, jadi saya rasa SPR tidak seharusnya begitu.

"Yang mencadangkan untuk wujud pakatan rakyat ini bukan SPR, ini kerja Pendaftar Pertubuhan. SPR mengendalikan pilihanraya tetapi dia bertindakan sebagai pendaftar pertubuhan yang mencadangkan kita didaftarkan dan sebagainya,"katanya.

Yaakub berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, agar parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.

Pandangan yang sama turut disuarakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengatakan bahawa pihak SPR sengaja menimbulkan isu baharu dengan mencadangkan Pakatan Rakyat mendaftar sebagai satu gabungan yang sah untuk berkempen.

"Bagi saya tak ada kaitan pun tapi biasalah mungkin tiada apa hendak diperkatakan dan mereka pun tidak suka tengok kita sesama pakatan rakyat ini membantu antara satu sama lain,jadi mungkin mereka rasa tercabar dan mereka melihat formula yang kita ada ini sangat effektif walaupun kita belum ada satu lambang atau bergerak satu parti",katanya.

Ditanya mengenai cadangan Pengerusi SPR itu, Nik Nazmi berkata kerajaan perlu pinda peraturan sebelum ini di mana mereka perlu mengurangkan bilangan parti untuk mendaftar.

Bagi saya tidak ada masalah untuk daftar tetapi dia orang kena pinda perlembagaan untuk kita nak daftarkan sebab sekarang kalau ikut peraturan sedia ada kita tidak boleh daftar"'katanya.

Menurutnya, untuk membentuk satu gabungan, pakatan tidak layak kerana tidak mempunyai tujuh parti.

Dalam pada itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie berkata cadangan Pengerusi SPR itu bukan perkara baru malah ianya sudah lama dibincangkan diperingkat parti komponen Pakatan Rakyat.

"Idea itu sebenarnya kalau SPR tidak cakap pun sebenarnya perkara itu telahpun di usahakan sejak sekian lama, cuma lagi kita sedang memperhalusi secara mendalam apakah sebenarnya prinsip-prinsip intipati dan juga objektif penubuhan Pakatan Rakyat ini yang kita cadang untuk didaftar dengan SPR",katanya.

Tambah Shuhaimi, apa yang diutarakan oleh Pengerusi SPR itu telah pun diperbincangkan di peringkat parti Keadilan Rakyat sendiri dan perkara ini telah pun diperincikan juga di peringkat majlis pimpinan tertinggi parti Keadilan Rakyat atau Majlis Pimpinan Negeri dan Majlis Pimpinan Pusat dibawa untuk diperincikan lagi di mesyuarat yang melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, oleh kerana ia melibatkan soal dasar dan polisi semua parti, ia perlu dibincangkan diperingkat tertinggi parti dan Pakatan Rakyat.

Katanyanya, usaha itu sudah semestinya akan dikendalikan oleh pemimpin tertinggi semua parti.

Di tanya tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang sehingga mencetuskan kekecohan, Shuhaimi berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana sebelum ini kempen pilihanraya dijalankan seperti biasa.

"Dan pada kita diperingkat PR, apa yang dilakukan oleh SPR ini sebenarnya tidak lebih daripada hanya sekadar mengampu Barisan Nasional untuk mempastikan penyokong-penyokong pembangkang ini tidak kelihatan ramai.itu sahaja tak ada niat lain",katanya. -TVS


PKFZ : Rasuah RM10 juta, Tiong Harus Kemuka Bukti

Posted: 07 Oct 2009 09:30 AM PDT

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd Datuk Seri Tiong King Sing perlu tampil memberikan penjelasan dan bukti berhubung dakwaannya bahawa beliau mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok berkata sukar untuk membuktikan wang yang diambil Tee Keat sebagai rasuah kerana ianya sumbangan dari Tiong.

"Yang membuat tuduhan adalah Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, jadi dia perlu jawablah.

"Saya tidak boleh mengatakan SPRM berpihak kepada Tee Keat dan saya juga tidak boleh mengatakan bahawa Tiong berbohong," katanya kepada TV Antara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa pihaknya tidak menemui sebarang bukti menunjukkan Tee Keat menerima RM10 juta dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk aktiviti parti.

"Sebenarnya mengikut kenyataan akhbar RM10 juta yang diberikan Tiong kepada Ong Tee
Keat itu adalah sumbangan perbelanjaan politik dalam kempen pilihanraya.

"Memang agak sukar untuk mengatakan wang yang disumbangkan Tiong kepada Tee Keat itu adalah rasuah," katanya.

Teresa berkata bagaimanapun SPRM perlu menjalankan tanggungjawab menyiasat isu skandal PKFZ.

"Isu sebenar adalah isu skandal PKFZ yang merupakan skandal kewangan paling besar dalam negara.

"Isu PKFZ itu memang yang menarik perhatian orang ramai apakah tindakan kerajaan dan SPRM dalam kes ini," katanya.

Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa bahawa wang sebanyak RM 10 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat telah di serahkan kepada beliau dalam bentuk 3 kali ansuran iaitu sebanyak RM 5 juta, RM 1juta dan RM 4 juta demikian sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar China Press.

Dakwa akhbar tersebut, semua butiran penyerahan wang tersebut di dapati dalam satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Tiong terhadap Ong Ogos lalu.

Berdasarkan dalam laporan tersebut, Ong telah meminta sebanyak RM5 Juta bantuan pada tahun 2008.

Tiong mendakwa bahawa RM 5 juta dimasukkan kedalam 2 buah briefcases dan di temani oleh 2 orang pegawai beliau ,dia memberikan wang tersebut kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu selepas itu, Tiong kemudiannya didatangi lagi oleh Ong untuk mendapatkan RM 1 juta.Kali ini wang tersebut diberikan kepada orang yang mewakili Ong di tempat letak kereta di hadapan Hotel Armada,Petaling Jaya

Seterusnya di akhir 2008, Tiong sekali lagi bersetuju untuk menderma sebanyak RM4 juta kepada Ong.Tetapi pada kali ini Ong di katakan datang sendiri mengambil sendiri duit tersebut di rumah tetamu rumah kerajaan. -TVA




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Era Najib Altantuya : Pengundi Berganda, PAS Ambil Tindakan Mahkamah

Posted: 07 Oct 2009 09:18 AM PDT

Suruhanjaya Pilihanraya enggan membersihkan senarai pengundi di Bagan Pinang untuk pilihanraya kecil kerusi itu walaupun diberi bukti kehadiran ratusan pengundi berganda, kata Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali.

Mustafa berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR tetapi akan membincangkan perkara itu dengan peguam parti terlebih dahulu selain menunggu hasil pembuangan undi pos berkenaan.

Mustafa petang tadi menyerahkan segala bukti memperkuatkan hujah bahawa senarai pengundi di Bagan Pinang dan kawasan-kawansan lain masih dibelenggui dengan masalah pengundi berganda, yang membawa risiko pengundi membuang undi dua kali.

Bukti itu diserahkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan pegawai lain SPR pada perjumpaan di Putrajaya selama dua jam setengah.

Mustafa berkata SPR tetap akan meneruskan proses pengundian pos membabitkan anggota tentera dan polis mulai esok walaupun senarai pengundi pos dan pengundi biasa terbukti mempunyai banyak pertindihan.

"SPR hanya berjanji untuk membersihkan senarai pengundi pada pilihanraya yang akan datang iaitu pilihanraya negeri Sarawak," kata Mustafa.

Mustafa berkata proses mengesan pengundi berganda boleh dilakukan dengan pantas dan berkesan dengan teknoloji canggih yang sedia wujud di negara ini.

Menjelang pilihanraya kecil itu, PAS mengesan sekurang-kurangnya 500 pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera.

Bagan Pinang mempunyai kira-kira 4,600 undi pos, sebilangan besar merangkumi anggota tentera dan keluarga mereka. Sebelum ini pemerhati politik dan pembangkang membangkitkan ketelusan prosedur undi pos yang memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional.

Menurut Suara Keadilan, pegawai-pegawai tentera tertinggi mula tampil mempersoalkan ketelusan undi Pos yang merangkumi kumpulan pengundi terbesar pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pegawai terbabit yang termasuk seorang bekas jeneral, antara lain mendedahkan bagaimana mereka memangkah Barisan Nasional(BN) atas kertas undi untuk anggota tentera di bawah kelolaan mereka. Malah pengakuan itu diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan raya baru-baru ini tetapi tiada tindakan diambil.

Prebet Abu Kassim yang bersara sebagai Sarjan, mengaku memangkah BN pada kertas undi pos pada 1980-an.

"Saya bekas tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan," katanya kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz dalam pertemuan pada 28 September lalu.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengenepikan aduan itu sebagai "cerita lama" dan tidak memberi sebarang komitmen untuk merombak sistem undi pos yang telah lama memihak kepada Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia yang bergelar Datuk mendakwa beliau sekian lama dicatatkan sebagai telah mengundi tetapi hakikatnya tidak berpeluang memangkah kertas undi ketika berjuang di perbatasan.



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Selcat issue: PAS and DAP bury the hatchet - nizar nizar nizar nizar nizar nizar nizar

Posted: 07 Oct 2009 08:38 AM PDT


(Source: Malaysiakini)
After a two-hour meeting, both parties agree to resolve issues by frequent consultations and avoid public spats that put Selangor in a negative light.

At a packed press conference, state PAS commissioner and state exco Hasan Ali said, 'There is a lot of room for cooperation. Although we have differences on policies and principles, we are sure that any problem could be resolved based on our comradeship.'

DAP and PAS had better remember that they should be serving the rakyat regardless of race and religion.


Isa reminds Chinese of his deeds - nizar nizar nizar najib altantuya nizar nizar

Posted: 07 Oct 2009 09:03 AM PDT

After 22 years of helming Negri Sembilan, Isa Samad is attempting to cash in his chips with the Chinese voters in the Bagan Pinang.

Dr M stepped down as the PM after 22 years of helming Malaysia.

Now, Isa Samad is desperately trying to make a comeback after 22 years.

Sad, sad Isa.



Era Najib Altantuya : Isa Jual Tanah Rizab Melayu Di PD

Posted: 07 Oct 2009 09:08 AM PDT

Keghairahan Umno-Barisan Nasional memaparkan Isa Samad sebagai hero masyarakat setempat di Bagan Pinang ditempelak oleh mereka yang arif dengan rekod "perkhidmatan" beliau semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Antara lain, mereka merujuk kepada penjualan tanah rizab Melayu di Port Dickson dan penjualan tanah yang diperuntukan kepada penternak Cina untuk mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Aktivis masyarakat Mohammad Noor Mohammad Sap berkata Isa mengkhianati penduduk Melayu di Port Dickson apabila beliau menggadaikan tanah rizab di sekitar bandar itu.

Sepanjang 22 tahun menjadi Menteri Besar, Isa juga gagal membawa sebarang pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan berkenaan, tambah beliau.

Menurut Mohammad Noor, peniaga Melayu hanya berpeluang berniaga menggunakan "khemah biru seluas 8x8 kaki di Batu 4."

"Inikah perjuangan pemimpin Barisan Nasional terhadap bangsa Melayu terutamanya yang berniaga di kawasan tersebut? Apa pula nasib perniaga di Pantai1 Pantai2 dan Pantai 3?," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga gagal menyediakan pusat maklumat pelancongan manakala bilangan pelancong asing di Port Dickson semakin merosot.

"Yang jelas pengusaha hotel rata-rata terpaksa bergantung kepada jabatan kerajaan menganjurkan kursus untuk meraih pendapatan," katanya.

Mohammad Noor berkata Isa bukan sahaja gagal membangunkan Port Dickson malahan menyeleweng tanah rizab Melayu untuk dijual kepada kroni-kroninya.

Katanya Ahli Jawatankuasa dan Ketua-Ketua Bahagian merupakan kroni yang kenyang mengaut keuntungan. Oleh itu mereka memilih Isa untuk menjadi calon dan mengangkat beliau menjadi hero bagi menebus maruah Barisan Nasional.

"Isa Samad adalah seorang yang mementingkan kroni pengkhianat Melayu mengadai tanah rezab Melayu kepada bangsa asing. Contoh yang paling jelas kita lihat adalah tanah yang berada di depan markas Induk Barisan Nasional sendiri iaitu PD Marina asalnya adalah tanah rizab Melayu seluas 20 ekar. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa?

Mohammad berkata di Bagan Pinang dan Sri Rusa, Isa dikatakan memberi tanah dan projek kepada kenalannya bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan besar.

Beliau menambah Isa juga gagal membangunkan Linggi sewaktu menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Apa yang ada hanya tapak projek stesen bas yang masih terbengkalai dan kini menjadi tempat lembu tidur.

"Linggi adalah satu kawasan banjir, apa usaha Isa untuk menaiktaraf ekonomi penduduk di Linggi dengan keadaan muka bumi tersebut. Sepatutnya perlu ada projek pertanian dan perikanan tetapi ia tidak berlaku. Dia cuma menjaga kelompok-kelompok tertentu yang boleh mempengaruhi orang Linggi untuk mengekalkan dia Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian," katanya.

Menurutnya sebuah perkampungan orang asli di Bukit Kepong Linggi juga hanya mempunyai sistem paip air selama 25 tahun namun tiada sebarang bekalan air yang diperoleh walaupun perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan pihak kementerian terlibat.

"Rata-rata penduduk di Teluk Kemang mengetahui siapa dia Isa Samad. Disebabkan faktor masyarakat mereka takut untuk tampil ke hadapan, segan untuk tampil ke hadapan memakai lambang Pas demi kemasyarakatan. Saya percaya pilihan raya kali ini undi dalam senyap memprotes Isa Samad calon Barisan Nasional akan berlaku memenangkan calon Pas," katanya.



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

A Sojourn In Kuching - Part 1

Posted: 07 Oct 2009 05:57 AM PDT

A shot of Allen in my sister's living room.
Standing tall and looking smart - From left to right: Allen, Raymond, Lawrence.

On the right in the group photo is my youngest sister King.

Allen at the bar counter in my sister's residence.

Yian and King.
A wonderful time of eating out with my youngest sister and the two nephews.

A group photo taken in my third elder sister's office. Seating on the right is my fourth younger sister Ping. Seating in the middle is Hung (my third elder sister). Standing next to Hung is her only daughter Ling.

An array of enticing snacks.

At the invitation of Yian's eldest brother-in-law and sister Yiing on the auspicious occasion of the wedding of their third son, Yian and Allen made a trip to Kuching and took a sojourn there from 7th to 9th June.
When they shared with me their experiences, I found it engrossing. The duration was short, but Yian and Allen were much enriched. Deep down in their memories, the sweetness keeps flowing back.
The itinerary was really tightly packed, with time divided between pre-wedding reception, wedding banquet, visitations and eating out.
The last picture shows luscious cheese cake.


36

Posted: 07 Oct 2009 05:37 AM PDT


A's & more A's

Posted: 07 Oct 2009 05:06 AM PDT

* Sigh * talking about educational reform - what reform?

Looks like the thinking is how to grade the students better after giving out As like nobody's business. Now we know when the MOE goes and plan this is what comes out.


Check out The Star

New grade of A+ for SPM

By KAREN CHAPMAN


PETALING JAYA: A new grading system for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) will be implemented from this year.

Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said the change would provide a detailed breakdown of excellent candidates who obtained grade As in the examination.

"The change means there will now be a new grade of A+. Previously, the highest grade possible in the SPM was 1A," he said in a statement yesterday.

........

Read on here




Daud Suratman

Posted: 07 Oct 2009 06:12 AM PDT

Daud Suratman is in his early 60s. He has been wild before getting married. Why must he apologise to his wife then? Is somebody trying to sabotage his successful career?
Why should his wife be 'horribly hurt' ?
Ahh..you know I'm talking about that famous talkshow host.
I am not an ardent fan of his but I think he should not be judged in a harsh manner..
Most likely, his popular ratings will plummet..soon.

Maybe it has! The 'big' guys running the show probably wanted him to quit the show. Their prayers were answered..one of his very young ex-girlfriends just had to quaintly leave her passionate diary details lying around..how convenient!

His affairs before getting married are his personal sins with God right?
So leave the old amorous geezer be!

Daud Suratman can be sometimes so sarcastic and exudes an arrogant sneering smile. I didn't like his shows at first. After missing quite a few, I noticed he sort of toned down his snootishness. And so if his show was on when I dawdled the channels, I'd drop by his channel and view and listen intently to his conversations with his normally lively guests.

Hes an old man. With loads of money, he wants to enjoy life to the fullest.

I'm only shrieking at one part. Yikes!! Old man playing around with young girls??
Yeah..these kind of young girls are definitely attracted to him showering them with tons of cash plus a very rich easy lifestyle.

Nevermind the old wrinkly whatever or in some cases the old guy is so flabby and overweight.
What the hell..its the money part that counts.
While the oversexed old goat is entertained, fleeced him well.

As for the hurtful wife, if you have the money and if you can't take the pain of knowing his favourite rendezvous, just leave the marriage. Him apologising on TV will not change matters nor undo what he has done. In fact he has made a clear fool of himself!
Either shes got to accept his past or shes got to past by him and start afresh.

Btw..I'm hitting a slight snag today. I will start again my art exhibition prep tomorrow. I need to calm myself. I have told my good friend R that I am not willing to sell the artists' paintings at too high a price. Its just not my style. No matter how brilliant the artworks are, they must make themselves well-known first.

I want each artwork piece to be sold like 'goreng pisang panas'!
And I'd like not just the art collectors but also the art lovers to have that small chance of owning our masterpieces from Pahang. I'd like the beautiful paintings from Pahang to be vigorously pursued but at very reasonable prices. Then only will the Pahang paintings be always sold like hotcakes!
Otherwise, my mission is considered a failure even before it begins.
Maybe a few can be tagged above 5k..but the rest should not! Or else I'll feel really guilty.

R said I came to them. He said they DO need that promotion but they are not desperate..well I replied..Neither am I..neither am I my friend!

He tried to explain that the prices of paintings in KL are of that rate.
Well, we are bringing our beautiful artworks to KL. We must try to challenge and compete with some of the atrociously high prices..isn't that a possibility?

Thats a start! Probably more can now afford to buy the cheaper but still of the high quality artworks instead of having to pay ridiculously through their noses because the artist has a 'name'!
Pakman said sadly, "harga tinggi kalau pelukis dah padam".
No No..I hope that does not happen to our talented pool of Pahang artists.

For now, there must be sacrifices from all parties for us to have a very successful art exhibition. I am not surprised if my friend R wants to opt out from the exhibition. But I will feel disappointed if he has discouraged his other friends to do the same. Hopefully not..


Makkal Shakti: An alternative or just pressure group on MIC ?

Posted: 07 Oct 2009 03:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: News of the launch on Saturday of new political party Makkal Sakti has raised questions among the Indian community over a hidden agenda.

Will Makkal Sakti become an alternative party or is it just to push for change in the MIC which has represented the Indian community for 63 years, they ask.

Dr S. Sivamurugan, political analyst at the Social Science Faculty of Universiti Sains Malaysia, said Makkal Sakti should not be seen as an alternative party to MIC.

"There is no chance for another party to replace MIC. Makkal Sakti can be an alternative party to address problems of the public which had been overlooked by MIC," he said.

Makkal Sakti could function as a platform to get component Indian parties like the Indian Progressive Front and People's Progressive Party, which refused to cooperate with MIC but which still support the Barisan Nasional, to contribute to the community, Sivamurugan said.

"Indian political parties can cooperate to help the 30% of Indians living below the poverty line. They can help the younger generation get access to job opportunities, educational and welfare aid."

A random survey on Jalan Brickfields and Lebuh Ampang, two shopping areas popular with Indians, yielded similar reactions.

"The MIC had been championing the rights of Indians for a long time but is now disliked as several leaders refuse to allow change in the party.

"The anger of the Indian community is directed at the leadership, not the party," former teacher S. Thiagarajah, 40, said.

M. Alice, 58, hoped the presence of a new party would make MIC leaders and members sit up.

"They have been awakened from their sleep and now realise the importance of support from the Indians. If not, they will forget their responsibility as it is the people who put them there," she said.

Nanthini, 33, an officer in the private sector, said the new party would give the MIC competition, which was good for the party.

S. Tamilmagan, 28, a private sector employee, said: "If a new party can bring the Indians together, why not?"

P. Ganesh, 23, a student at a private college, said the emergence of Makkal Sakti would make MIC leaders realise that the party needed change. - Bernama


PAS may seek to postpone Bagan Pinang by-election

Posted: 07 Oct 2009 03:40 AM PDT

PORT DICKSON: PAS may seek an injunction to postpone the by-election in Bagan Pinang on Sunday if it does not receive a favourable response from the Election Commission (EC) on cleaning up the names of voters on the electoral roll.

PAS Bagan Pinang by-election director Salahuddin Ayub said today the party would decide on the appropriate action after a meeting with EC chairman at Putrajaya.

"The names of these 'double voters' have been in existence for many years. We estimate there are about two million names nationwide but no action has been taken by the EC," Salahuddin told reporters at the PAS command centre.

Asked why the party had waited so long to take legal action, the Kubang Kerian MP said it was the right time now as it also involved the voters.

"It's very relevant because it also involves the voters in Bagan Pinang," he said.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar cited a report from Bernama which quoted the president of ex-servicemen's association, Datuk Muhammad Abdul Ghani, who urged retired servicemen to change their voting status from postal to ordinary voters.

Muhammad also urged retired servicemen to return to Bagan Pinang and vote on Sunday.

Mahfuz questioned whether the retired servicemen will return to vote "or will somebody vote on their behalf?"

PAS has been questioning the transparency of postal votes, which account for 4,604 of the 13,664 voters in Bagan Pinang.

Last week, PAS secretary general Datuk Mustafa Ali said there were only 1,200 servicemen registered as postal voters in the Bagan Pinang constituency.

PKR election director Saifuddin Nasution, who was present, said the party will send an invitation to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to attend a forum with party adviser and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin said the forum would be an outlet to explain to the public"who the Malay traitor really is".

"This will let allow parties to explain themselves. We hope Muhyiddin will not continue to attack Anwar and call him a Malay traitor," Saifuddin said.

In August, Muhyiddin reportedly callled Anwar a traitor and refused to apologise to Anwar.

Anwar had demanded an apology and a retraction of the statement, reportedly made at opening of the Sri Gading Umno division meeting.

He also made a similar demand to Utusan Malaysia, which reported the statement and demanded RM100 million from both parties in damages caused by the statement.

Saifuddin also said he welcomed Umno Youth chief Khairy Jamaluddin to lodge a police report against Anwar on allegations that Anwar had RM3 billion in several master accounts.


Register as a legal entity, Pakatan Rakyat advised

Posted: 07 Oct 2009 03:38 AM PDT

KUALA KRAI: Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof has suggested that the opposition parties register Pakatan Rakyat as a legal entity like the Barisan Nasional to enable them to campaign as a coalition.

"Register with the Registrar of Societies as Pakatan Rakyat and the EC will not disturb any more," he said, referring to the EC's action in taking down the campaign materials of parties that are not contesting in Bagan Pinang on Monday, which turned ugly when opposition supporters surrounded the EC enforcement staff.

The contesting parties in the Bagan Pinang state by-election are PAS and the Barisan Nasional (BN). The other parties did not pay the deposit and have no permit to campaign, Abdul Aziz told reporters after an Aidilfitri celebration here on Monday night.

"That's why our monitoring team took down the flags, symbols and pictures of the parties which were not contesting," he said.

Abdul Aziz said the EC had advised all the parties about this prohibition but many still persisted.

"When we take stern action, I hope that they will accept it with open hearts," he said.

Abdul Aziz also said his vehicle was surrounded during nomination day in Bagan Pinang on Saturday.

"Our vehicle was stopped. We were verbally abused and money was shoved at our faces. I was frightened to look at their faces and worried for our safety, like the vehicle being overturned," he said.

He said that was why the EC had advised the contesting parties not to bring along too many supporters, not more than 5,000, to accompany their supporters on nomination day but it was not heeded. -- Bernama


Era Najib Altantuya : 1 Undi Untuk Isa Bererti 1 Undi Untuk Rasuah

Posted: 07 Oct 2009 04:04 AM PDT

Jika pemimpin yang dipilih adalah orang yang terlibat dengan rasuah, mana mungkin rakyat akan terbela dan terjaga kebajikannya". Pengundi N.31 Bagan Pinang sekali lagi diingatkan agar memilih calon yang berintegriti dan bersih dari rasuah sebagai pemimpin.

Peringatan yang diberikan Speaker sah DUN Perak, YB V. Sivakumar itu sewaktu beliau menyampaikan ceramah kempen bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Eastern malam tadi.

"Satu undi untuk Mat Isa ( Isa Samad ), bermakna satu undi untuk rasuah," tegasnya disambut oleh sorakan gemuruh oleh hadirin.

"Kita kena takut pada tuhan untuk beri undi kepada orang yang masih dilabel rasuah,

"Kita kena undi orang yang alim, bebas rasuah dan yang utama pemimpin yang memperjuangkan kehendak rakyat," tegasnya menyatakan peri pentingnya para pengundi di Bagan Pinang untuk memberikan undi kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada 11 Oktober nanti.

Dalam majlis yang sama, V. Sivakumar turut mengambil peluang menjelaskan tindakan zalim Umno-BN yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Beliau menyelar tindakan BN yang menyalahgunakan dan mempersendakan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dalam melakukan rampasan kuasa Februari lalu.

"Untuk rekod, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah," jelas beliau.

Menurutnya, apa yang lucu apabila BN menafikan pemakaian Artikel 72 itu, untuk bertindak mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 'Exco'nya di mahkamah.

Namun, apabila Speaker DUN Perak menfailkan injuksi terhadap keputusan mahkamah tersebut, mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas dasar Artikel 72 tersebut.

Jelaslah disini, bahawa BN yang sengaja mempermainkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi mereka.

Dalam keasyikan penjelasan isu tersebut, suasana gamat seketika apabila salah seorang hadirin menyampuk "Dah jadi macam kartun popeye lah..!"

"Memang betul, politik Malaysia dah jadi macam kartun popeye," sokong Sivakumar.

Ceramah yang diadakan malam tadi dihadiri hampir 1,000 orang yang majoritinya masyarakat India di kawasan sekitar.

Turut sama berucap dalam majlis tersebut, ADUN Gombak, YB Azmin Ali; Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.


Era Najib Altantuya : Polis Masih Terus Membelasah Tahanan

Posted: 07 Oct 2009 03:35 AM PDT

Seorang ibu mendakwa anaknya yang ditahan dalam lokap di Balai Polis Seri Kembangan bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan curi motosikal cedera teruk dibelasah oleh anggota polis.

Suga Devi Veeriyah, 40, berkata, pada pagi 20 Ogos lalu, seramai lapan anggota polis datang ke rumahnya di Pangsapuri Palma Jalan Desa Ria Bandar Country Homes, Rawang dan menahan anak lelakinya, Vijendran Paramasivam, 17.

Menurutnya, tanpa menunjukkan sebarang waran tangkap dan memaklumkan mengenai kesalahan Vijendran kepadanya, anak lelakinya itu terus dibawa menaiki van polis.

"Saya tanya salah seorang anggota polis itu, ke balai polis mana mereka nak bawa anak saya, dia kata ke Balai Polis Petaling Jaya tapi bila saya tanya kes apa dia tak jawab.

"Dua hari selepas itu saya pergi ke Balai Polis Petaling Jaya tapi pegawai polis kata saya tak boleh jumpa sebab mereka dah hantar anak saya ke Balai Polis Bukit Jalil. Pegawai polis itu kata kalau ada apa-apa maklumat mengenai anak saya dia akan telefon saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini bersama Presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat India Malaysia (PKMIM), K S Baskaran.

Suga Devi berkata, bagaimanapun setelah menunggu selama lebih 46 hari, tiada seorang pun pegawai polis yang menelefonnya memberitahu mengenai perkembangan anak lelakinya itu.

Katanya, akhirnya dia mengetahui bahawa anaknya berada di Balai Polis Seri Kembangan dan Ahad lalu dia bergegas ke sana serta dapat berjumpa dengan Vijendran selama 10 minit.

"Bila saya lihat Vijendran, saya macam tak percaya itu anak saya sebab muka dia bengkak dan lebam serta hidung dia berdarah.

"Dia mengadu dengan saya dia kena pukul dengan wayar kabel dan polis juga gantung dia guna tali dengan kaki ke atas serta kepala ke bawah.

"Dia juga kata kena tumbuk dekat muka dan dia sekarang sukar untuk duduk serta kencing serta merayu saya tolong keluarkan dia dari lokap kerana sudah tidak tahan lagi," katanya.


Mengapa Wan Ahmad SPR Mengelabah? : Era Najib Altantuya

Posted: 07 Oct 2009 03:23 AM PDT

Banyak pihak kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlihatkan sikap acuh tak acuh badan berkenaan terhadap professionalisma dan etika kerja bagi sebuah badan yang menguruskan pilihanraya di dalam negara ini.

Beliau menyatakan PAS kononnya tidak perlu menjadikan alasan seperti yang mereka dakwa wujudnya pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR semata-mata untuk menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Wan Ahmad berkata, oleh kerana PAS mendakwa mereka ada bukti maka SPR akan menyiasat sama ada pertindihan yang dimaksudkan itu berlaku di DUN Bagan Pinang.

Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Wan Ahmad berkenaan sebagai kenyataan pegawai yang seolah-olah cuba berhelah untuk menyembunyikan konspirasi yang SPR sendiri telah ketahui tetapi sengaja didiamkan untuk mempastikan menipulasi undian pos itu dapat terlaksana dengan jayanya.

"Kalau pun betul wujud nama berganda iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan berdaftar di Bagan Pinang serta satu lagi menggunakan kad pengenalan awam dan mendaftar di kampungnya di Kelantan atau Terengganu... apa yang nak kita risaukan sebab di Terengganu tak ada pilihan raya.

"Yang akan mengundi hanya di Bagan Pinang sahaja sebab ini bukan pilihan raya umum di mana di seluruh negara mengundi," katanya.

Itulah cara seorang Timbalan Pengerusi SPR menjawab. Ini bererti nama bertindih itu sememang wujud dan telah digunapakai setidak-tidaknya di dalam pilihnraya umum sebelum ini.

"Sementelah lagi, Wan Ahmad tidak boleh menyekat sebarang permohonan untuk injunksi. Apa besar pangkatnya Wan Ahmad ituuntuk menghalang rakytat Malaysia untuk dapatkan keadilan di dalam keadaan SPR telah diragukan kredibiliti dan itegritinya sekian lama?" tegas seorang pemimpin PKR yang menghubungi Kelab GB petang ini.

"Kita tahu peranan Wan AHmad sebagai orang paling berpengalaman di SPR untuk memanipulasikan apa juga kaedah bagi menguntungkan parti pemerintah. Malah beliau lebih banyak menggunakan kuasanya daripada Pengerusi SPR sendir yang telah diperbodohkan olehnya," tambahnya lagi.

Tegas beliau lagi, jika benar dakwaan berlakunya pertindihan nama yang didaftarkan di dua kawasan menggunakan dua kad pengenalan, pihaknya akan mengambil tindakan susulan dengan membersihkannya daripada senarai daftar pemilih.

Wan Ahmad menambah dengan cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia "Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.

"Misalnya seseorang anggota tentera itu masih aktif, kita akan potong namanya dalam senarai daftar pemilih awam... itu senang sahaja," katanya.

"Itu cara mereka bekerja. Mereka berjanji untuk menyemak dan memotong hanya selepas pilihanraya berlansung," tegas pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

"Lebih baik selepas pilihanraya, dengan nama Wan Ahmad sekali sepatutnya dipotong (dipecat) dari SPR kerana gagal melaksanakan tugas dengan professional dan beretika," tambahnya lagi.


duniaku, syurgaku.

Posted: 07 Oct 2009 03:18 AM PDT

' aku harap kau faham.
aku tak terima dia sebab aku sendiri atau kesian,
tp sebab aku nak
dan aku rasa kitrg boleh usaha untuk perbaiki
dan dia sayang aku sangat sampai sekarang.
Jangan marah sebab kau tahu kau penting bagi aku.
aku tahu kau akan faham sebab kau sayang dekat aku
dan kau nak yang terbaik untuk aku. :)'


No comments: