Sunday, November 29, 2009

My Weekend Photos!

My Weekend Photos!


My Weekend Photos!

Posted: 29 Nov 2009 09:13 AM PST

A very massive balik kampung city dwellers thronging back into KL near the Bentong toll booth.





Hakim and Azra (my future menantu..InsyaAllah)



The wargamas from Kuantan



Enjoying some Korean food at the Seoul Garden 1-Utama




Hiro And Libby
We brought a bride for Hiro..she travelled in a carrier and sat quietly on the backseat all the way from Kuantan to KL.

Hiro sniffing his bride!

Still unsure whether he'll take a liking to her..

Cautiously observing her...

Libby saying 'Hi there!'

Hiro wondering and looking confused!

Libby is Momo's half-sister..her nose is sharper!



Bukit Tinggi hills where the best Bentong ginger is grown..observe the baldy brown patches.
Pahang is famous for its ginger growing and its beautiful green hills and jungles!


We have our own Blue Mountains too!


Simply breathtaking and magnificent!



Our beautiful Main Range!


The view from the East Coast Highway toll


Tiring Sunday

Posted: 29 Nov 2009 05:00 AM PST

Where is this place? Stay tune for more pictures of this place...


Unapologetic Chin Peng's final wish - nizar nizar nizar nizar nizar nizar nizar nizar nizar

Posted: 29 Nov 2009 06:01 AM PST

UPDATED 3.20PM 'If I judge myself, it would be an arrogant act. It is better to let the people of Malaysia judge if I had done good or bad things to the country. Let the people make their own evaluation.'

Chin Peng said that he wanted to go back, no matter if Malaysia was a capitalist or communist country because Malaysia was his home even though he stressed that his faith in communism had not changed.

chin peng hat yai interview 6


Mohd Sabu Digugurkan Sebagai Tim Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Posted: 29 Nov 2009 05:26 AM PST

Tempat bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Pulau Pinang akan digantikan dengan seorang pemimpin lain yang telah dikenal pasti, demikian lapor Sinar Harian.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man berkata, Mohd Sabu bagaimanapun tetap akan berada dalam jawatankuasa Dewan Harian Pas Pulau Pinang selain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas negeri.

"Kita sudah mengenal pasti calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Mat (Mohamad) Sabu. Diharapkan rombakan kecil ini akan tambah memantapkan lagi Pas Pulau Pinang di samping memperkukuhkan kerajasama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk kita tawan kerusi yang masih dipegang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui pada majlis korban di Masjid Kubang Semang, di sini, kelmarin.

Mohd Salleh bagaimanapun enggan menyatakan siapa pemimpin yang dilantik menggantikan Mat Sabu walaupun ditanya berulang kali.

Ulasan GB

GB belum dapat menentukan kesahihan berita di atas, begitu juga sebab musabab Mohd Sabu digugurkan dari jawatan PJ II.

Namun GB yakin ia adalah satu proses petukaran biasa yang tidak melibatkan apa-apa kegiatan tidak sihat di dalam parti.


Pulau Pinang Turut Haramkan BTN

Posted: 29 Nov 2009 04:49 AM PST

Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.

Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.





This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Ekoran Selangor Haramkan BTN, UMNO Pamer Sifat Kebudakan

Posted: 29 Nov 2009 04:11 AM PST

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyifatkan Umno-Barisan Nasional kebudak-budakkan dan terlalu emosional atas pengharaman kerajaan negeri Selangor terhadap Biro Tata Negara (BTN).

Halimah turut mengalu-alukan Umno Selangor dan pihak berkuasa untuk menyiasat program intelektual Spies sekiranya mengandungi elemen yang tidak bermoral atau penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.

"Sekiranya Umno ingin pihak berkuasa menyiasat apa salahnya, sebab semua program Spies mengikuti prosedur kewangan dan juga melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang, pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Halimah berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor diminta mengulas kenyataan Umno Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyalahgunaan wang kerajaan negeri melalui program intelektual Spies.

Kata Halimah lagi, program Spies adalah terbaik dianjurkan kepada mahasiswa dan penjawat awam kerajaan negeri kerana terbukti BTN tidak dapat memupuk semangat jatidiri walaupun sejak bertahun-tahun telah dilakukan.

"Spies ini adalah satu konsep pembangunan untuk menjadikan Selangor ini malhirkan tamadun unggul, jadi adalah keanak-anakkan dan terlalu emosi bagi umno yang tidak boleh menerima Spies, kita meletakkan satu langkah untuk mendidik penjawat awam dan mahasiswa dalam kerajaan negeri Selangor supaya meraka ini memahami dan menghayati elemen Spies ini," katanya. Out

Menurut Halimah, kenyataan yang dikeluarkan Adun Kuang itu yang mengatakan Spies menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri dan mencapai kepentingan peribadi atau politik adalah tidak benar sama sekali.

"Adalah tidak wajar sekiranya mereka mengatakan Spies menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat kerana sebenarnya kita mahu membina dan membangunkan rakyat negeri Selangor," katanya.

Jelasnya lagi, dalam hal ini Umno sepatutnya lebih rasional dan menerima keputusan kerajaan negeri.

"Ia tidak langsung melibatkan politik, bukan seperit btn, apabila isu BTN di kemukakan kerajaan negeri Selangor, kepimpinan umno melatah, mengapa mereka terlalu emosional bila di bangkitkan tentang BTN, kita hanya berbicara tentang pengisian BTN, kalau tidak ada apa dalam BTN tu, mereka tidak harus melatah dan emosional," kata Halimah. -ATIQAH YAACOB (TVS)



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Maklumat Akta Rahsia Rasmi (OSA) Disekat, Timbul Kemusykilan Penduduk

Posted: 29 Nov 2009 04:10 AM PST

Usaha Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat Akta Rahsia Rasmi berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa mendapat respon amat positif dari penduduk.

Selepas setahun kehilangan punca, para penduduk yang terkesan akhirnya menemui ruang untuk mencari keadilan.

TV Selangor bagaimanapun mendapati penduduk kesal dengan tindakan kerajaan Pusat menyekat pendedahan dokumen itu.

Manakala ada yang berpendapat tindakan kerajaan pusat benar-benar mencurigakan.

"Kita berpendapat bahawa kegagalan untuk clarify dokumen dokumen tersebut hanya menunjukkan kelemahan di peringkat kerajaan pusat itu sendiri,di samping itu mereka bermain politik untuk mencari kesalahan Tan Sri Khalid",kata wakil penduduk Dr Rafick Khan Abdul Rahman.

Megat Arif Ahmad Kamil pula berpendapat,"Itu yang kerajaan harus siasat sebelum didedahkan kepada rakyat, kerana perkara ni ada berbaur politik sedikit kerana setelah sekian lama kenapa baru sekarang nak dedah".

Seorang lagi wakil penduduk,Haji Muhd Syuib Lebar pula berkata beliau akan tetap menunggu sehingga punca kejadian yang telah meragut nyawa dan kemusnahan harta-benda didedahkan.

"Saya sabar menunggu, memang penting yang pertama nak tahu apa sebab tanah runtuh ,mungkin boleh berhati hati dan berjaya cari penyelesaian.dan lebih berhati hati di masa depan", katanya. -TVS



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Nik Aziz Pertahankan Doanya, Sedia Berdepan Ulamak Yang Menentangnya

Posted: 29 Nov 2009 02:53 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. -BERNAMA


Acara-acara Korban di Seri Setia

Posted: 29 Nov 2009 02:33 AM PST

korban1

Alhamdulillah, tahun ini saya sempat merayakan Hari Raya Aidil Adha bersama-sama penduduk di DUN Seri Setia.

Pada malam raya, saya solat Maghrib, Isyak dan bertakbir raya di Masjid Sg. Way. Saya sempat mengadakan acara ringkas penyampaian lembu korban kepada Masjid Sg. Way, Surau KTM Desaria dan Flat Melewar, Glenmarie di sana.

korban2

Keesokan paginya, saya solat Raya di Masjid Nurul Yaqin, SS 7, Kelana Jaya. Saya sempat menjamu selera bersama AJK Masjid sebelum menziarah acara korban di Surau KTM dan Flat Melewar.

korban3

Saya merancang untuk Solat Jumaat di Masjid al-Hidayah, SS 3, Kelana Jaya tetapi tidak sempat memandangkan saya menziarah keluarga di Shah Alam.

korban4

Pada pagi Sabtu saya menziarah acara korban di Masjid Sg. Way, Masjid Kg. Lindungan dan berakhir di Flat Damai, PJS 8. Sempat saya bersembang panjang bersama beberapa orang-orang lama UMNO sambil menikmati hidangan sup tulang yang cukup hebat.

korban5

Dalam perjalanan pulang saya singgah di rumah Sdr. Halimey Abu Bakar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelana Jaya dan Ahli Majlis MBPJ yang mengiringi lawatan saya seluruh pagi. Bapa beliau, En. Abu Bakar, pemimpin masyarakat lama di Kg. Lindungan dan kini Pengerusi Tetap PAS Kawasan Kelana Jaya menerima kedatangan kami dengan menghidangkan pula sup yang dimasaknya!

korban6

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.


UMNO Gerun Dengan Doa TGNA

Posted: 28 Nov 2009 10:58 PM PST

Akhbar arus perdana bising-bising mengenai isu DOA TuanGuru. Dilaporkan kononnya tokoh agama dan ulama membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Kononnya perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.

Bersuara juga ulamak pengampu iaitu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

Katanya lagi:

"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.

Persoalan pertama yang perlu dijawab oleh mufti berkenaan ialah apakah pemerintahaan kerajaan negara ini pemeritahan kerajaan Islam, yang kedua apa hukumnya pemerintah yang zalim yang merompak hak rakyat dan yang ketiga siapa kafir harbi di dalam negara ini?

Yang pertama, perlu diakui pemerintahan negara ini bukan pemerintaan kerajaan Islam. Buktinya banyak:


(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Najib Tun Abd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.


Persoalan kedua kezaliman pemerintahan BN terhadap rakyat Kelantan dengan merompak royalti minyak mereka dengan tidak mematuhi perjanjian.

Pemerintah yang zalim wajar ditentang. Apatah lagi pemerintah yang ada melakukan rampasan kuasa ke atas sebuah negeri yang telah dipilih oleh rakyatnya. Kezaliman pemerintah itu perlu ditentang walaupun ia dilakukan ke atas bukan-Islam sekalipun.

Kerana prinsip Islam adalah jelas.

Suratul-Maidah : 8

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ketiga : Siapa Kafir harbi di negara ini?

Banyak tuduh-menuduh siapa kafir harbi. Golongan UMNO kata DAP Kafir Harbi sebab ketuanya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan, langkah mayatnya sebelum dapat ditegakkan negara Islam. Jika demikian apa kurangnya dengan kenyataan pemimpin-pemimpin MCA?


Jadi jangan tunjuk kepada orang lain jika rakan anda sendiri lebih lama dah tentang Islam.

Ia hanya persoalan persepsi terhadap Islam yang telah dikelirukan UMNO sekian lama kepada orang bukan Islam - sepertimana ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang jahil seperti quotation yang banyak tadi.

Kegentaran UMNO terhadap doa TGNA adalah akibat dari kezaliman yang mereka sedar mereka telah lakukan.

Tetapi PAS jangan cepat gembira, kerana GB juga tak menduga bahawa di hari yang sama dengan TGNA berdoa, GB yang hina ini juga digerakkan hati oleh Allah s.w.t. untuk berdoa. Di sini.

Dan GB ditanya oleh beberapa orang ahli PAS, tak boleh ke kita maafkan saja mereka?

GB jawab boleh dimaafkan jika mereka meminta maaf secara terbuka kepada semua ahli akibat dari perpecahan yang mereka telah wujudkan serta tidak mengulangi kezaliman itu lagi samalah seperti UMNO jika dia meminta maaf kepada rakyat Kelantan dan tidak mengulangi kesalahannya lagi.

Dalam kedua-dua kes, GB yakin TGNA boleh bersetuju dengan pendirian GB sekalipun ilmu TGNA dengan ilmu GB umpama langit dan bumi.


Ahli PAS Kenal Daud Iraqi

Posted: 28 Nov 2009 09:56 PM PST

Selepas Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar meminta supaya dihentikan berbalas kenyataan mengenai pengganti MB Kelantan, muncul pula suara Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan yang menyatakan Dewan Ulamak mengambil pendirian untuk menerima sesiapa saja bakal pengganti Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, namun ia harus datang dari individu yang berstatus ulama.

Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz sudah menjadi sebati kepada rakyat Kelantan dan adalah perlu pengganti beliau juga harus memiliki ciri-ciri kepimpinan ulama yang ada padanya.

"Untuk meneruskan apa yang Nik Aziz perjuangkan selama ini, kita menerima sesiapa sahaja yang dipilih, namun ia harus datang dari ulama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang mendedahkan bahawa beliau sudah mempunyai barisan pelapis untuk menerajui kepimpinannya selepas ini.

Nik Aziz sebelum itu mengulas mengenai saranan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu Menteri Besar Kelantan itu menamakan penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri.

Merujuk kepada hierarki kepimpinan Pas Kelantan sekarang, tiga Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yaakob, Datuk Husam Musa dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohamed Daud berkata, adalah langkah yang terbaik sekiranya kepimpinan Pas memilih Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaakob sebagai pengganti Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, Ahmad memiliki ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz selain memegang jawatan Timbalan Ketua Ulama Pas di peringkat pusat.

"Apa yang jelas, beliau adalah pemimpin yang tidak suka kepada kontroversi. Ini menunjukkan beliau memiliki rekod yang bersih, sudah tentu ia menjadi pilihan kepada Dewan Ulama," katanya.

Ditanya adakah kenyataan itu bermakna Datuk Husam Musa tidak layak memegang jawatan itu, Mohamed Daud berkata: "Jika Pas memilihnya kita tidak ada masalah untuk menerima."

Ulasan GB

Kita tidak tahu sejak bila Allah dan RasulNya menetapkan kepimpinan sesebuah negeri atau negara mesti seorang ulamak mengikut tafsiran sempit Dewan Ulamak Kelantan.

Tetapi apabila menyusuri semula lembaran silam, maka ketahuilah kita siapa Muhammad Daud Iraqi ini.

Jom jengah:

Kerajaan Perpaduan

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.


"Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

"Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam Pas, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.

Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

"Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

"Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap," katanya.

Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.

"Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana," katanya.

Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu' (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.



sambungan ulasan

GB berkenan untuk menegaskan ayatnya "anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis"

GB di dalam beberapa siri ulasan mengenai Kerajaan perpaduan yang lalu menyatakan bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Tidak ada satu pun dalil yang membolehkan pembentukan Kerajaan Perpaduan dari suudut syarak.

Justeru itu GB mengambil pendirian dari awal mengenai Kerajaan Perpaduan ini untuk TIDAK BERSAMA PEMIMPIN kerana idea itu menyalahi Al-Quran dan hadith.

Bukan sahaja ia bertentangan dengan seerah, ia bertentangan terus dengan fitrah 'alamiah bahawa kebenaran tidak mungkin boleh bersama dengan kebatilan.

Ia hanya satu gagasan pemimpin tertinggi PAS untuk menjadi PM, mengatasi usaha Anwar ketika itu.

Natijahnya, itu sebab pembentukan Kerajaan Perpaduan itu digagalkan oleh Allah. Objektifnya sudah tidak betul dari permulaan lagi. Dan pemimpin yang menimbulkan gagasan itu BELUM memohon maaf dari ahli PAS kerana perpecahan yang ditimbulkan lantarannya.

Kini mereka cuba menghadkan pimpinan hanya kepada kelompok mereka seperti yang diutarakan oleh Ketua Dewan Ulamak Kelantan itu tanpa dalil.

Sama-sama kita tunggu Allah memberikan jawapanNya secara terang dan nyata - MUBIIN.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan Dia.


Apa Muslihat Puteri UMNO Puji PAS Terengganu?

Posted: 28 Nov 2009 07:32 PM PST

PAS Terengganu mungkin "terangkat" sikit apabila mendapat pujian dan diampu Puteri UMNO Terengganu.

Mengikut berita Sinar Harian edisi Terengganu, Pas Terengganu diakui mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri di sini.

Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Farahida Fauzi (foto) berkata, Pas mampu bergerak sendiri dalam misi dan perjuangan mereka tanpa mengharapkan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.

Menurutnya, PKR dan DAP dilihat tidak membantu Pas menawan Terengganu, sebaliknya merosakkan parti itu dengan pelbagai kecelaruan yang sering ditimbulkan parti.

"Pas sebenarnya sudah tersilap langkah apabila menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP kerana mereka hanya merosakkan Pas, bukannya membantu parti itu untuk sama-sama tawan negeri ini," katanya.

Ulasan GB

Jika demikian halnya dan jika PAS Terengganu merasakan apa yang disebutkan oleh Ketua Puteri UMNO itu benar (kerana setakat ini belum ada sanggahan dari pemimpin PAS Terengganu), maka wajar DAP dan PKR tidak menganggu PAS Terengganu kerana keterlibatam PKR dan DAP dilihat tidak membantu Pas menawan Terengganu, sebaliknya merosakkan parti itu.

Jika tidak, PAS Terengganu jangan cepat naikkan ekor, tapi hendaklah cepat jawab kenyataan Puteri UMNO itu sebelum PKR dan DAP berpersepsi memang sudah ada apa-apa PAS dan UMNO Terengganu terutama dengan Puterinya. Dan kemudian meninggalkan PAS Terengganu sendirian "bersanding" dengan Puteri UMNO yang ditugaskan oleh Bapak Puteri UMNO menghancurkan PAS Terengganu.

Dan selepas ni mungkin tidak lagi kelihatan bendera PKR dan DAP di dalam PRK dan PRU di Terengganu seperti yang kita saksikan di Kuala Terngganu tempohari.



Tukar Royalti Kepada Wang Ehsan : Kerajaan Pusat Cabuli Perjanjian. SISIPAN: Peringatan Utk PAS.

Posted: 28 Nov 2009 06:33 PM PST

Mantan Pengerusi Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Kerajaan Persekutuan tidak campurtangan dengan tugas syarikat minyak negara, Petronas daripada memberi royalti 5 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Tokoh veteran Umno itu menyatakan keengganan pentadbiran Najib untuk membayar royalti ke Kelantan telah menimbulkan keraguan yang serius samada Putrajaya "menghormati perjanjian-perjanjian dan kedaulatan undang-undang" dan ia memberikan implikasi merentasi negeri berkenaan.

"Tak perlu untuk kita bercakap mengenai penarikan FDI dan meningkatkan pelaburan domestik untuk membawa ekonomi negara kita ke tahap yang lebih tinggi jika kita tidak menghormati tanggungjawab asas kita," tulis kerabat Kelantan itu di dalam blognya pagi ini.

Komponen Pakatan Rakyat, PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990, dan telah meminta Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk mengetuai kaukus bagi mendapatkan hak royalti minyak dari Kerajaan Pusat. Tengku Razaleigh masih menimbangkan namun pemimpin partinya telah meminta beliau untuk memikirkan semasak-masaknya hal tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan Putrajaya akan hanya memberikan "wang ehsan" melalui jabatan persekutuan kerana katanya Kelantan tidak berhak untuk mendapatkan royalti minyak kerana minyak itu digali melebihi had 3 batu nautika. Ia telah menukarkan royalti minyak sama seperti dengan bayaran ehsan kepada Terengganu apabila negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum 1999 yang lalu.

Namun, Sabah dan Sarawak akan mendapat royalti minyak sepertimana dijamin di bawah Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang mana Tengku Razaleigh sendiri rangkakan.

"Saya yang membantu merangka dan merundingkan Akta Pembangunan Petroleum. Sebagai Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian yang serupa dan berasingan terhadap bayaran-bayaran ini bersama dengan setiap menteri besar negeri-negeri berkenaan.

"Saya mesti tegaskan bahawa Petronas terikat dengannya dan kerajaan persekutuan tidak boleh campurtangan di dalam perlaksaan (perjanjian tersebut)," kata ahli politik yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Beliau melihat bahawa tindakan kerajaan "mencabuli perjanjian tersebut dan maksud kandungan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum yang ditulis dengan bahasa mudah dimana kanak-kanak sekolah pun boleh faham.

"Hak perlembagaan rakyat Kelantan telah dinafikan. Namun implikasinya merentasi jauh dari Kelantan," katanya.

Diantara implikasinya, Tengku Razaleigh menyatakan tindakan Putrajaya itu menyangkal perjanjian di antara Kerajaan Kelantan dan Petronas dan "dari implikasinya, ia turut menyangkal perjanjian yang serupa yang ditandatangani oleh dengan negeri-negeri lain dan ia menafikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan ".

"Keengganan kerajaan untuk mengiktiraf tanggungjawab kontrak yang jelas bagi pihak Ptronas telah meletakkan tanda soal terhadap status pembayaran royalti ke negeri-negeri pengeluar minyak yang lain," tambahnya.

Beliau menambah kedegilan Petronas untuk melakukan bayaran di bawah undang-undang akan menyebabkan negeri-negeri terutama Sabah dan Sarawak "kini tertanya-tanya jika samada perjanjian dimana termaktub segala hak mereka terhadap pengeluaran minyak itu masih berkuat-kuasa" ekoran langkah kerajaan meggantikan royalti minyak seperti yang termaktub di dalam Akta Pembangunan Petroleum dengan "wang ehsan" dari Putrajaya.

Minyak dan gas telah di keluarkan dari perairan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Penemuan fosil minyak di Semenanjung Malaysia pada 1970an telah membantu usaha pembangunan negara tetapi para pengkritik telah menyatakan kerajaan telah menukarkan ia menjadi petro-ringgit.

Kempat-empat negeri tersebut pula merupakan di anatar negeri yang termiskin di dalam negara namun Petronas telah menggunakan timbunan wangnya untuk membina Menara Berkembar Petronas dan pusat pentadbiran Putrajaya selain dari memperuntukkan lebih kurang 40 peratus untuk perbelanjaan pengurusan tahunan yang dibentangkan di dalam Belanjawan.


Ulasan GB

GB melihat isu ini sebagai satu isu tertangguh yang sepatutnya PAS telah perjuangkan secara tegas dan konsisten.

Namun barisan pimpinan pusat PAS yang ada nampaknya belum mampu untuk memperjuangkan isu royalti minyak ini sehinggakan Kerajaan Pusat boleh melakukan sewenang-wenangnya untuk tidak mematuhi perjanjian yang telah di tandatangani dengan kerajaan-kerajaan negeri.

PAS Pusat tidak memberikan perhatian berat mengenainya. Tiada task-force yang dibentuk sekalipun pencabulan undang-undang adalah jelas.

Kerajaan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab memulakan pencabulan undang-undang Petronas itu, Tun Dr Mahathir, yang kemudian di teruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib perlu didakwa sekalipun ke Mahkamah Antarabangsa. PAS Pusat dah buat belum kerja mendakwa tu? Belum! Sebab?

Apa yang dilihat kini ialah Kerajaan Kelantan di biarkan terkapai-kapai melawan sendiri untuk mendapatkan hak mereka sedangkan kita tak tahu apa yang pemimpin PAS Pusat lakukan sekarang selain semalam berdepan dengan kamera menumbangkan enam ekor lembu korban dan melawat mangsa banjir, acara superficial untuk paparan media sebijik stail Pak Lah yang suka publisiti tapi malas nak bekerja.

Alahai.... mudah sangat UMNO BN menipu dan lembek sangat PAS Pusat menangani apa-apa isu.

tidurlah labu..

Maaf ler mulai saat ini GB akan dan terpaksa sensitif dengan perlakuan mana-mana pimpinan PAS Pusat. GB akan suruh mana-mana pemimpin PAS Pusat yang tak perform dan KPI rendah supaya letak jawatan. Kalau tidak Allah sahaja yang akan memberikan jawapannya. Jangan nanti IJN penuh dengan pemimpin PAS pula walaupun tak sakit apa-apa.

Yang cakapnya banyak tapi tak banyak tindakannya pun kita akan dedahkan, yang mulut celupar rasa dia paling hebat kita akan suruh dia berkempen sendiri. Yang mana rasa hebat untuk menentang blogger, kita nak baca juga fikirannya dari blog dia, kalau ada. Kalau takder, baik diam dari berkata-kata. Kena akui bahawa blogger dah mainkan peranannya dalam 3 musim pilihanraya dan peranan blogger diakui kawan dan lawan sebagai "kuasa baru" di dalam menentukan pemerintahan negara. Mana-mana tukang komen pula yang menyokong pemimpin lembek dan masih menyokong gagasan karut UG akan kita pancung supaya tidak menjadi penyokong yang membawa rebah.

Sekarang masa bekerja. Sekarang masa untuk tunjuk kualiti diri dan kualiti kepimpinan dan kualiti kerja. Musuh dah buat KPI untuk nilai prestasi mereka bekerja, PAS masih berceramah dan pungut derma. PAS gostan ke belakang nak tiru pula stail Pak Lah bekerja. Putrajaya pun tak suka orang sebegini masuk walau ke perkarangannya. Kalau serupa Pak lah, alamat hancurlah negara. Saidina Ali dah kata, kebatilan dapat mengalahkan kebenaran sebab mereka di dalam keadaan bersedia dan tersusun.

Ini tidak, bila ditegur masyarakat terpelajar yang nak bantu PAS, ada juga yang masih primitif macam ABC. Pas Terengganu, PAS Selangor dan sebarisan dengannya. Kalau nak ke Putrajaya, biar molek sikit perangai tuh sebelum diperhambat orang duduk dalam gua. Atau nanti disumbatkan orang katak-katak ini ke dalam tempurungnya semula.

Biar apa pun lemparan kata nista terhadap GB, GB macam itu juga. Biar orang kata "keras kepala" yang GB tahu GB nak menangkan PAS dan PR dan hantar ke Putrajaya, dan batu penghalang akan kita hancurkan semuanya. Kita dah tak der masa.



Happiness is....(Part 3) Updated

Posted: 28 Nov 2009 11:55 PM PST


Happiness is....well, it's still getting married. Only on Thursday I attended a wedding dinner (Happiness is....Part 2). Yesterday another one. This must be the season to get married.

Yesterday, Saturday 28 Nov 2009 must have been a good day to get married, although Christians are not supposed to believe in Feng Shui.

At the Sacred Heart Cathedral in Kota Kinabalu alone, there were four weddings. Pity the priests.

Over at nearby Tanjung Aru, there were two weddings at Stella Maris Church, one after another.

The one that my wife and I attended was presided over by Rev. Fr. Fundes Motiung. We were actually part of the choir. Too old to be a choir member? Well, as they say, as you get older you also want to be closer to God.

Can we sing? That's not important. As a priest from the Philippines once said: "If you can't sing, then all the more why you should sing for God; least he might take notice and take pity on you and turn your voice into a golden (or in Christian terms 'annointed') one."

There was also a bazaar in the compound of the Parish Hall adjacent to the Stella Maris Church, so you can imagine the crowd, the noise, the traffic jam and parking problem. The bazaar was to raise funds for the proposed new Catholic Church at Putatan. But I am not complaining here. As they say, the more (people) the merrier. And I am sure the new couple didn't mind that those going to the bazaar also had a glimspe of their big day!

The newly-weds, Mr Henry Issac Nicholas and the former Miss Marcella Louisa Jinusie in Western & Kadazan attire. Malaysia truly Asia.



The wordings on the cover of the Wedding Mass booklet yesterday was quoted from Ephesians. It was sentimental to my wife and me as we went to Ephesus, one of the Seven Churches stated in the Book of Revealation, in June.


15 bomba tertipu akibat kentut khinzir

Posted: 28 Nov 2009 03:42 PM PST


DUA orang penjaga zoo melihat satu-satunya babi yang
berada di Afghanistan.




SYDNEY - Seorang penternak membuat panggilan kecemasan bomba setelah terbau 'gas bocor' namun sangkaannya meleset setelah diberitahu ia adalah bau kentut khinzir peliharaannya, kata para pegawai semalam.

Seramai 15 anggota dan dua jentera bomba dikerah ke ladang yang terletak di Axedale, Victoria, kata Perkhidmatan Bomba Negeri Victoria tersebut.

"Kami menjumpai seekor babi betina bersaiz besar dengan anggaran berat 120 kilogram. Kami percaya gas bocor itu datang daripada babi tersebut.

"Walaupun tidak terhidu gas tersebut kami dapat mendengar bunyi kentut keluar dengan jelas, lucu sungguh," kata Kapten Peter Harkins.

Tambahnya, pemilik babi tersebut kelihatan malu manakala petugas bomba mengambil masa untuk menenangkan diri.

"Kami menangani kes itu dengan profesional tetapi kami ketawa terbahak-bahak sebaik tiba di balai," kata Harkins.




SEDARKAH ANDA... (MESTI BACA)

Posted: 28 Nov 2009 03:31 PM PST

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci.. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah semasa kita
hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara
utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar
adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan
kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di
luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti
menghina Islam.



Amah bubuh sabun dalam susu bayi

Posted: 28 Nov 2009 03:30 PM PST


SEORANG wanita memasukkan susu dalam sebuah botol.




SINGAPURA - Seorang pembantu rumah Indonesia, Titin Agustiana dihukum penjara tiga tahun kerana membubuh bahan pencuci dalam susu anak majikannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Tertuduh semalam mengaku bersalah apabila didapati meletakkan bahan itu dengan niat untuk mencederakan dua bayi kembar lelaki berusia 30 bulan pada 11 Ogos lalu.

Mahkamah diberitahu, Titin, 24, sengaja berbuat demikian akibat berasa marah terhadap majikannya yang selalu berleter kerana dia melakukan kerja rumah dengan tidak memuaskan.

Titin membancuh serbuk pencuci di dalam tepung susu itu dengan harapan majikan tidak memarahinya kerana memberi lebih perhatian kepada anaknya. - Agensi



Petpositive Was At Malaysiakini's Dinner Last Night

Posted: 28 Nov 2009 09:58 AM PST


Petpositive Committee Member Antony Leopold and his wife Vimala, Stanislaus Anthony and his wife - both disabled members of the Society - were at Malaysiakini's fundraising dinner last night. 


Their participation was made possible courtesy of four tickets that were donated to the Society by human rights activist Salbiah Ahmad.


Petpositive congratulates Malaysiakini for their special event as well as their courage and diligence in delivering their brand of news without fear or favour!

MALAYSIAKINI STORY:  

Co-founders Steven Gan and Premesh Chandran tonight thanked thousands of Malaysiakini subscribers for their support in keeping the 10-year-old news portal "financially independent".

NONEAt the Malaysiakini 10th Anniversary Dinner at the Sime Darby Convention Centre in Bukit Kiara, Gan told the 1,000-strong crowd that the founders' unwritten motto has been "independent media needs independent financing".

"Malaysiakini today is one of the two news websites in the world - the other being Wall Street Journal - which have made the subscription model a success. It's a feat which has gone relatively unnoticed," said Gan, who is Malaysiakini's editor-in-chief.

"When the online editor of New York Times came to Kuala Lumpur to speak to us about our business model, surely we must be doing something right.
"All this, thanks to our subscribers who fork out RM20 every month to access Malaysiakini."

NONEAccording to chief executive officer Chandran, Malaysiakini subscribers have "voted with their wallets against the tide of free content".
"Over 117,000 stories and 2,000 videos in four languages, published to an audience of two million unique readers - when we launched Malaysiakini, we never believed we would get this far," said Chandran.

"Indeed, Malaysiakini has exceeded the expectations of the founders, the staff and all those who took a leap of faith with us."

Chandran cited public intellectual Din Merican, who wrote in his blog recently about Malaysiakini: "Never in the history of Malaysian journalism have so few brave men and women done so much in the cause of freedom and democracy."

Blue ocean turns red

Chandran noted that the 10th anniversary marked "the end of Chapter 1 of the Malaysiakini story".

NONE"What used to be a dangerous 'blue ocean' waters has now become a 'red ocean' with new 'independent' news portals being launched regularly.

"Whereas Chapter 1 was about building a ship in hostile waters, Chapter 2 seems to be about maneuvering the ship forward towards new unchartered territories, developing new competitive advantages and reaching out to new audiences," he said.

"Malaysiakini will be embarking on this journey with the same zeal as we did 10 years ago. We are preparing, looking forward to the mobile and the Internet TV space, as well as exploring social media.

"Our goal is to have the ability to reach every Malaysian and beyond. As before, this can only be achieved with your support."

Gan, in his speech, referred to Chinese philosopher Lao Tzu in describing Malaysiakini's mission.

NONE"Lao Tzu said: Go to the people. Live with them. Learn from them. Love them. Start with what they know. Build with what they have. But with the best leaders, when the work is done, the task accomplished, the people will say, 'We have done this ourselves'.

"And so with Malaysiakini, it is not just reaching our destination that is important. When we do get there - hopefully very soon - Malaysians will say, 'We have done this together.'"
PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 30,000 hits. Kindly take note that views expressed in this blog are not necessarily those of Petpositive.

You may also visit our Webpage by browsing: www.petpositive.com.my


63

Posted: 28 Nov 2009 08:54 AM PST

Shortly after I woke up Friday morning I called my grandparents to wish them a happy 63rd wedding anniversary. Papa told me that he had turned to Nana that morning and asked, "If you had known what the next 63 years would be like, would you have still made it to the church?"

When it was time for Wally Martell to walk his 16-year-old daughter Mary Theresa down the aisle on that day in 1946, father and daughter were nowhere to be seen. Each minute that passed struck like a thunderbolt. Papa was nervous but he was ready to wait an hour, the customary maximum. But then Nana arrived. It turned out her father'd had some car trouble. She was late, but she was at the church in time to become Mrs. Duncan MacLeod.

So would she have still rushed to the church, if she had known what she was in for?

"Of course," she said to Papa, with a smile and not a hint of hesitation.

I suppose it's true that a lot of old married couples don't express their love the way younger couples do today, and my grandparents are pretty typical. Separate beds and all that. But as different from Nana and Papa as Leen and I may be, I really hope we can have a conversation just like that in the winter of our life together, whenever that may be.


No comments: