Happy Birthday... |
- Happy Birthday...
- Twitter Weekly Updates for 2010-01-31
- Twitter Weekly Updates for 2010-01-31
- Twitter Weekly Updates for 2010-01-31
- Maksud Rogol????
- Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri
- Makan Kera - Betul Ke Diorg Ne?
- Kurang Ajar - Usman Awang
- Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh
- Zahrain, Guan Eng seperti ‘pengantin baru’
- Khalid Samad’s reponse to disciplinary action
- Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh
- Azan Akui Ada Tawaran Lompat Parti
- JPP tiada hak urus wang royalti – Ku Li
- Jangan Sampai Orang Kata "PAS Serupa Dengan UMNO"
- Majlis Persandingan Aduka
- Kim Yuna’s Nike wallpapers
- Muhyiddin Ada Blog, Dimana Blog Pimpinan Tertinggi PAS?
- Support from the Rakyat at DSAI court hearing 2nd February
- 卡立诺丁应该收回在马大选举所发表的言论
Posted: 31 Jan 2010 07:00 AM PST Yesterday was my birthday... I got 30 wishes on my Facebook wall wishing me Happy Birthday... My relative, friends from different part of the world wrote me a short message. They are from Malaysia, UK, USA, Canada, Hong Kong, Singapore etc... Thank you. So how i celebrated my birthday? I decided NOT to have a huge party, just taking my parents out for a nice and quiet dinner. So we chosen the famous Ribs place. ![]() ![]() By now, i belief you have already knew where i went for my birthday dinner... :p Anyone have the answer? | |||||
Twitter Weekly Updates for 2010-01-31 Posted: 31 Jan 2010 07:59 AM PST
Powered by Twitter Tools. | |||||
Twitter Weekly Updates for 2010-01-31 Posted: 31 Jan 2010 07:59 AM PST
Powered by Twitter Tools. | |||||
Twitter Weekly Updates for 2010-01-31 Posted: 31 Jan 2010 07:59 AM PST
Powered by Twitter Tools. | |||||
Posted: 31 Jan 2010 08:26 AM PST Apakah perbezaan di antara Rogol dan Hubungan Seks? Rogol adalah perbuatan yang kejam di mana perogol memaksa si mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya. Ia merupakan perbuatan yang bersifat agresif yang bertujuan untuk memalukan dan menguasai si mangsa. Rogol bukanlah seks. Seks melibatkan keizinan bersama pasangan. Apakah maknanya Rogol Berkanun? Melakukan hubungan seks dengan seorang gadis yang berumur 16 tahun dan ke bawah dengan atau tanpa izinnya dianggap sebagai rogol berkanun. Kenapa lelaki merogol? Satu mitos yang biasa didengar bahawa lelaki tidak dapat mengawal nafsu berahi mereka. Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenarnya ialah rogol bukan mengenai daya penarik atau nafsu berahi. Ia adalah mengenai kuasa dan pengawalan ke atas si mangsa. Bagaimanakah Rogol itu berbeza daripada jenayah-jenayah seksual yang lain? Undang-undang mentakrifkan rogol sebagai penembusan zakar lelaki ke dalam faraj seseorang perempuan dengan tanpa izinnya. Wanita dan lelaki boleh diancam secara seksual dengan cara-cara yang lain seperti seks di luar tabii, liwat serta sentuhan seksual yang tidak wajar. Untuk jenayah-jenayah seperti ini, pesalah boleh didakwa melalui undang-undang di bawah seksyen-seksyen lain, seperti pencabulan, liwat, pencabulan seksual atau percubaan merogol. Jika anda merupakan seorang mangsa jenayah-jenayah tersebut, anda masih boleh membuat laporan polis. Kenyataan Sebenar bertentang dengan Mitos-mitos berkenaan dengan Rogol Mitos : Gadis-gadis yang memakai pakaian seksi atau menggoda lelaki akan menyebabkan rogol berlaku. Kenyataan : Rogol tidak ada kaitan dengan pilihan pakaian seseorang gadis atau cara dia berkelakuan. Ini adalah satu mitos yang dijadikan alasan supaya perogol dapat menyalahkan si mangsa. Orang yang patut dipersalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Kanak-kanak, wanita yang telah berumur dan wanita yang berpakaian sopan atau mereka yang memakai tudung juga pernah dirogol. Rogol bukan mengenai nafsu berahi. Rogol ialah suatu perbuatan jenayah yang ganas di mana seks digunakan sebagai senjata. Mitos : Kebanyakan wanita dirogol oleh orang yang mereka tidak kenali. Kenyataan : Statistik daripada pihak polis menunjukkan bahawa cuma ada peratusan yang kecil sahaja kes-kes rogol dilakukan oleh mereka yang tidak mengenali mangsanya. Dalam 80% kes-kes berkenaan, si mangsa kenal perogolnya – dia merupakan seorang kenalan, kawan atau ahli keluarga sendiri. Perogol boleh terdiri daripda sesiapa sahaja. Mitos : Kebanyakan kes-kes rogol berlaku di lorong-lorong gelap, tempat-tempat sunyi dan tempat-tempat bahaya. Kenyataan : Menurut pihak polis, 69% kes-kes rogol berlaku di rumah kediaman dan bangunan. Kaum wanita masih perlu berwaspada pada waktu malam, di jalan-jalan sunyi atau di tempat-tempat gelap, tetapi mereka juga menghadapi risiko di tempat-tempat lain. Bolehkah seseorang menjadi hamil atau dijangkiti penyakit kelamin (STD) setelah dirogol? Jika kondom tidak digunakan semasa rogol berlaku, risiko si mangsa menjadi hamil ataupun dijangkiti penyakit kelamin adalah tinggi. Anda perlu menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan, Bahagian Kemalangan dan Kecemasan, di mana di sana anda juga boleh membuat laporan rogol. Bolehkah seseorang wanita berkahwin setelah dirogol? Ya. Seseorang wanita yang pernah dirogol masih boleh berkahwin dan berkongsi hidup dengan seseorang yang dia cintai. Perlukah seseorang wanita yang telah dirogol berkahwin dengan perogolnya? Kadang-kadang mungkin terdapat desakan supaya si mangsa berkahwin dengan perogolnya, terutamanya jika dia telah mengandung. Sesiapapun tidak patut dipaksa untuk berkahwin dengan perogolnya. Jika seseorang wanita itu berkahwin dengan perogolnya, ada kemungkinan penganiayaan itu akan berterusan selepas perkahwinan. Apa harus saya buat jika saya telah dirogol? Jangan menyucikan diri atau bertukar pakaian, walaupun anda ingin berbuat demikian. Ia akan menghilangkan bukti-bukti yang penting seperti air mani, darah, air liur, rambut dan gentian. Proses membuat laporan rogol mungkin sukar bagi mangsa-mangsa rogol. Dapatkan seorang kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan dan menemani anda ke hospital dan/atau ke balai polis atau hubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling. Pergi ke Bahagian Kemalangan & Kecemasan di hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan dengan serta merta. Doktor akan memeriksa anda untuk mengumpul bukti-bukti. Walaupun anda mungkin merasa tidak selesa, adalah amat penting untuk mendapatkan bukti-bukti rogol dengan secepat mungkin. Buat laporan polis secepat mungkin. Kakitangan hospital akan menghubungi pihak polis dan anda boleh membuat laporan di hospital atau jika anda pergi ke balai polis dahulu, seorang polis wanita akan menemani anda ke hospital. Anda boleh membuat laporan polis kemudian tetapi selepas 72 jam, kes rogol itu akan dianggap sebagai "kes lama". Adakan perbincangan dengan seseorang. Berbincang dengan seseorang yang anda percayai atau dengan menghubungi salah satu organisasi wanita bukan kerajaan atau perkhidmatan kaunseling adalah sangat penting walaupun anda bercadang tidak mahu pergi ke balai polis. Melalui perbincangan, anda boleh menangani perasaan takut, bimbang dan hilang nilai diri yang sering dialami oleh mangsa gangguan seksual. Pusat Kesedaran Wanita memberi perkhidmatan percuma secara sulit untuk melindungi mangsa-mangsa. Ingat, rogol bukan kesalahan anda! Orang yang patut disalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Dengan melaporkan kejadian rogol, anda mungkin menolong wanita-wanita lain daripada disakiti oleh perogol tersebut. Apakah harus saya buat jika seseorang kawan saya telah dirogol? Mendengar apa yang diceritakannya. Mempercayainya. Sangat penting untuk mangsa-mangsa rogol mengetahui bahawa ada orang mempercayai mereka. Kebanyakan orang tidak akan berbohong mengenai diri mereka dirogol. Nyatakan penghargaan anda kepadanya kerana sudi memberitahu anda. Nyatakan kepadanya bahawa anda faham betapa sukar untuk menceritakan tentang apa yang telah berlaku. Memberikan sokongan dan keyakinan bahawa ia bukan kesalahannya. Dia bukan penyebab berlakunya rogol dan sesiapapun tidak patut dirogol. Yang bersalah ialah perogol sendiri. Mendorongnya untuk membuat laporan polis dan/atau menghubungi salah satu pertubuhan wanita seperti Pusat Kesedaran Wanita atau Befrienders untuk mendapatkan kaunseling. Apakah yang dapat saya lakukan untuk mencegah berlakunya rogol? Layan wanita dengan rasa hormat. Mendidik orang di sekeliling anda dengan memperbetulkan mitos-mitos mengenai rogol kepada mereka. Rogol bukan kesalahan si mangsa. Jangan membuat gurauan seks atau komen-komen terhadap wanita dan jangan bertolak ansur apabila orang lain mengatakannya. Berikan sokongan anda kepada usaha-usaha Pusat Kesedaran Wanita dan pertubuhan-pertubuh an wanita yang lain yang berkempen untuk menghentikan keganasan terhadap kaum wanita. | |||||
Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri Posted: 31 Jan 2010 08:25 AM PST Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah. Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga. Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa "kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan" manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: "siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh". Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram. | |||||
Makan Kera - Betul Ke Diorg Ne? Posted: 31 Jan 2010 08:24 AM PST | |||||
Posted: 31 Jan 2010 07:21 AM PST ![]() Untuk bangsa kita yang pemalu. Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku; Kau harus menjadi manusia kurang ajar Untuk tidak mewarisi malu ayahmu. Lihat petani-petani yang kurang ajar Memiliki tanah dengan caranya Sebelumnya mereka tak punya apa Kerana ajaran malu dari bangsanya. Suatu bangsa tidak menjadi besar Tanpa memiliki sifat kurang ajar ~ Usman Awang | |||||
Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh Posted: 31 Jan 2010 06:51 AM PST ![]() Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu. Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan. Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu. "Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri," kata Anwar. Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku. "Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR," katanya.- TVS This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||
Zahrain, Guan Eng seperti ‘pengantin baru’ Posted: 31 Jan 2010 06:28 AM PST ![]() "Kami di PR ini seperti 'pengantin baru' mesti ada sedikit masalah dalam rumah tangga, namun tidaklah sehingga mahu bercerai. Saya percaya ianya dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam. Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila menyaksikan satu demi satu pemimpin gabungan parti itu mengkritik secara terbuka antara satu sama lain di mana menunjukkan antara mereka seperti tiada persefahaman. Walaupun Lembaga Disiplin PKR masih belum memutuskan keputusan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengkritik hebat Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad, kini sekali lagi PR berdepan den:gan satu lagi masalah iaitu antara Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kelmarin, Guan Eng dikritik keras oleh Zahrain yang melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, chauvinis dan berpemikiran komunis. Malah, Zahrain mendakwa, Guan Eng menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya, malah menggesa PR berhenti bertolak ansur dengan beliau yang gagal melaksanakan janji yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu. Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pula menganggap media sengaja mensensasikan isu tersebut kononnya menunjukkan PR adalah bermasalah antara parti gabungannya. "Walaupun isu itu disensasikan oleh media tidak akan menjejaskan perpaduan dan persefahaman antara parti gabungan PR," katanya. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, PKR Pulau Pinang untuk menyelesaikan perkara itu memandangkan ia membabitkan masalah di peringkat negeri. -SH
| |||||
Khalid Samad’s reponse to disciplinary action Posted: 31 Jan 2010 04:33 AM PST Saturday, January 30, 2010Keputusan JK DisplinJawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad? Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini. Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR. Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi. Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih. PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar. Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri. WaLlahu 'Alam ![]() | |||||
Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh Posted: 31 Jan 2010 04:01 AM PST ![]() Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan. Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan. "Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih", jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Maljis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini. Yang amat dikesalkan adalah pemerintah enggan menuruti nasihat Pakatan Rakyat supaya memperketatkan displin perbelanjaan, memulihkan ketanggungjawaban kementerian-kementerian kerajaan bagi mengekang kelembapan yang semakin membengkak. Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran. "Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan", tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | |||||
Azan Akui Ada Tawaran Lompat Parti Posted: 31 Jan 2010 01:39 AM PST ![]() Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti. Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya. "Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR. "Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini," katanya. -TVS
Ulasan GB UMNO BN sedang menggunakan segala taktik dan teknik untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen PR untuk melompat. Hasrat mereka ialah untuk menacapai majoriti 2/3 bagi memudahkan mereka untuk mengubah apa-apa Akta dan Undang-undang tanpa banyak bantahan dan soaljawab dari pihak pembangkang. Tawaran dan ganjaran untuk melompat dikhabarkan memang lumayan. Semuga Ahli Parlimen PR terus tetap kekal dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat | |||||
JPP tiada hak urus wang royalti – Ku Li Posted: 31 Jan 2010 01:22 AM PST ![]() Katannya, biarpun kawasan yang dituntut didakwa bertindih dengan negara jiran, namun Kelantan sebagai negeri yang berada di kawasan utara dan bersempadan dengan Thailand turut berhak mendapat lima peratus royalti."Jangan lagi sebut nama Mustapa, bosan saya mendengarnya dan dia tu pengampu," kata Ku Li pada sidang media selepas mendedahkan isu royalti minyak Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini baru-baru ini. Ketika ditanya kenyataan Mustapa bahawa Kelantan akan menerima RM20 juta wang ihsan penghujung Mac depan, beliau menegaskan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) tidak mempunyai hak untuk mengurus wang tersebut. "Jangan tanya saya, tanya rakyat Kelantan mereka terima atau tidak wang tersebut, yang jelas sekarang rakyat Kelantan menolak cadangan tersebut," ujar beliau. Ku Li juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap Kerajaan Pusat yang bersikap negatif dalam usaha membangunkan sesebuah negeri. "Jika kemajuan di setiap negeri tidak seimbang, maka kemajuan negara juga akan terjejas," katanya. Beliau juga sedih kerana Kerajaan Pusat tidak menghormati undang-undang yang dilulus Parlimen dalam isu royalti. Oleh itu, beliau percaya tindakan tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur untuk datang ke negara ini. -FMT | |||||
Jangan Sampai Orang Kata "PAS Serupa Dengan UMNO" Posted: 31 Jan 2010 01:00 AM PST ![]() Oleh Ust Zolkharnain Abidin alah seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat secara terang-terangan mengkritik keputusan JK Disiplin PAS Pusat. Bahkan, jika dibuka banyak lagi blog, akan ditemui sekian banyak rasa tidak puas hati kepada keputusan itu. Sehingga kini, belum ditemui blogger yang menulis menyokong dan berpuashati dengan keputusan itu kecuali artikel Roslan SMS bertajuk 'Sucikanlah hati… (di sini). Sementara yang lain melahirkan rasa tidak puas hati sekurang-kurangnya secara tersirat. Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak setimpal samada ke atas Khalid (terlalu berat berbanding kesalahan) atau ke atas Hassan (terlalu ringan kerana ada pertuduhan yang tidak diambil kira). Bahkan, ada yang menganggap hukuman ke atas Hassan sekadar 'wayang' sahaja untuk dilihat umum bahawa JK Disiplin PAS adalah telus dan adil. Manakala hukuman ke atas Khalid adalah hukuman sebenar. Isunya bukan Hassan atau Khalid. Pimpinan tidak boleh menghadkan kesan hukuman itu ke atas Hassan dan Khalid sahaja tetapi lebih penting adalah kesan kepada parti. Kalau suatu ketika dulu Lembaga Disiplin Umno dikritik kerana mengenakan hukuman yang berbeza, kini JK Disiplin PAS juga berhadapan kritikan yang sama. Jangan sampai orang kata, "JK Disiplin PAS dan Lembaga Disiplin Umno, sama saja." Pemimpin PAS tidak boleh berasa selesa dengan situasi parti masa kini. Jangan menganggap begini, "Tak apa, kita buat macam mana pun, orang PAS tetap akan undi PAS…" Anggapan itu mungkin benar untuk suatu ketika tetapi tidak benar untuk sepanjang masa. PAS menang bukan kerana undi orang-orang PAS sahaja, tetapi undi orang Umno juga. Justeru kalau orang Umno yang undi PAS menyimpulkan PAS sama dengan Umno, bagaimana? Jangan sampai orang kata, "PAS dan Umno, sama saja." Kecuali, PAS tidak berminat lagi dengan pilihanraya dan PAS ingin jadi badan kebajikan atau badan dakwah sahaja. PAS boleh persetankan semua itu. Bagaimana kalau suatu hari nanti ada orang berkata begini, "Aaaahh… nak perjuangkan Islam bukan melalui PAS sahaja, saluran lain pun boleh?" Tolonglah, jangan sampai orang kata begitu. Kebimbangan lain ialah, ada pemimpin PAS yang berasa tahun 2010 adalah sama dengan tahun 1985. Politik kini lebih rencam. Media baru sangat besar kesannya kepada masyarakat. Rakyat bukan 'ular sawa' yang menelan tanpa mengunyah. Rakyat adalah 'harimau belaan' yang sanggup menerkam tuannya pada bila-bila masa sahaja kalau tidak dilayan dengan betul. JK Disiplin tidak boleh melihat Hassan sebagai Hassan, begitu juga Khalid. Lihatlah kepada 'idealisme' yang mereka bawa. Khalid dengan idealisme Pakatan Rakyat dan Hassan sebaliknya (saya tidak mahu menyebut 'idealisme' Hassan, sebab saya meluat). Saya percaya juga pada waktu ini, jika ditampilkan Khalid dan Hassan untuk suatu pemilihan yang berkaitan dengan 'idealisme' itu, ahli dan penyokong PAS akan memilih Khalid. Adakah JK Disiplin tidak memahami, meneliti dan merasai gelombang ini? Atau, gelombang ini dipersetankan? Saya tidak bimbang dengan dasar dan perjuangan PAS tetapi saya bimbang dengan keupayaan PAS untuk mendepani cabaran politik masa depan yang semakin rencam dan kompleks, jika PAS seperti sekarang. Iaitu, gagal menyelami denyut nadi, aspirasi serta harapan masyarakat umum. Saya ulangi, PAS boleh ketepikan semua itu dengan syarat PAS tidak perlu memasuki pilihanraya. -bongkarsauh | |||||
Posted: 30 Jan 2010 10:53 PM PST ![]() Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor. Tinjauan Mingguan Malaysia di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai. Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini. "Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin. "Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa. Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam. "Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan. "Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali," ujarnya. -MM Ulasan GB Tahniah Aduka. Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف "Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi). Dan sabdanya lagi yang bermaksud: من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي "Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath) | |||||
Posted: 30 Jan 2010 09:39 PM PST Nike wallpapers featuring Korean figure skating star Kim Yuna. The current world champion and record holder is a huge celebrity in her native country… Kim Yuna's Nike wallpapers from YeinJee's Asian Blog | |||||
Muhyiddin Ada Blog, Dimana Blog Pimpinan Tertinggi PAS? Posted: 30 Jan 2010 09:54 PM PST ![]() Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman web politik rasmi pertama beliau my-Malaysia, yang antara lain memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan politik, koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya. Laman web itu juga mempunyai medium interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my. "Hari ini, saya telah lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap saudara-saudari akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa sahaja isu," katanya ketika berucap melancarkan laman web itu. Muhyiddin berkata penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka. "Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya. Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota-anggota Kabinet juga telah diminta untuk berinteraksi dengan rakyat melalui media sosial itu. "Justeru itu, saya ingin ingatkan anak-anak muda untuk menggunakan media sosial dan membuat kritikan secara berhemah. Walaupun kita berbeza pendapat, usah ketepikan adab dan budaya," katanya. Ulasan GB Pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik tanahair kini mengakui tentang kepentingan alam siber, kepentingan penyebaran maklumat melalui internet lantas masing-masing berpusu-pusu ke langit untuk mewujudkan laman web, blog, facebook dan seumpamanya untuk berinteraksi dengan rakyat. Najib ada blog 1Malaysia dan semalam Muhyiddin melancarkan my-malaysia. Sebelum ini semua orang tahu Mahathir sudah ada blog chedet.cc sedang sebelum ini semua orang tahu juga bahawa hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO "cukup berbulu" dengan blog dan alam siber malah pernah meminta rakyat jangan terpengaruh dengan sumber dari berita media angkasa ini. Ia juga dimenafaatkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anwaribrahimblog, Lim Kit Siang dengan blog.limkitsiangnya. Musyidul Am PAS ada blog di blog tokguru PAS mengakui kepentingan blog dan perjuangan alam siber. Malah Presiden PAS di dalam Seminar Blogger yang diadakan baru-baru ini (sekalipun beliau turut menghentam blogger supaya jangan sebar fitnah katanya) beliau mengakui kepentingan berblogging.
Tetapi persoalan timbul, dimana blog Presiden? Dimana blog Timbalan Presiden? Dimana blog Setiausaha Agong? Mengapakah tindakan tak sama dengan perkataan? Saya merasakan jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ini mempunyai blog dapatlah idea mereka diperkongsikan dengan rakyat, dapatlah rakyat berinteraksi dengan mereka dan tak timbul lagi persoalan dimana mereka tatkala isu-isu besar melanda negara. Tak timbul soal ahli tak dapat hubungi mereka dan tak timbul apa yang dikatakan "fitnah benar dan fitnah tidak benar" kerana ia boleh dijawab melalui blog pimpinan tersebut. Tak timbul juga soal tak ikut adab berjemaah kerana ahli boleh terus berhubung dengan pimpinan melalui email dan sebagainya. Tak timbul projek Langgar Hadi, Tak timbul isu ahli tak wala' tak tsiqah dan segala mak bapak ketundukan membabi buta seperti ahli tarikat songsang terhadap gurunya. Justeru adalah perlu ketiga-tiga pempinan tertinggi parti supaya memikirkan dengan serius hal ini supaya jangan nanti ditempelak orang pemimpin PAS ketinggalan zaman dan pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Lebih buruk lagi nanti ada rakyat yang berfikir dan menuduh bukan-bukan, pemimpin-pemimpin PAS pada masa senggangnya tak dengar dan tak ikuti perkembangan semasa melalui alam siber, tapi lebih suka melayan isteri-isteri di dalam rumah. Semangat dan wacana intelektualisme perlu dibudayakan dan pembudayaan ini sepatutnya dimulakan oleh pimpinan tertinggi parti sendiri. | |||||
Support from the Rakyat at DSAI court hearing 2nd February Posted: 30 Jan 2010 08:27 PM PST Saudara-saudari semua, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah. Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahan meluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembeling hasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008. Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut: Tarikh: Hari Selasa, 2hb Februari 2010. Masa: 8.30am. Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Diharap saudara-saudari dapat hadir memberi sokongan. Terima kasih. PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM ![]() | |||||
Posted: 30 Jan 2010 06:33 PM PST 我谴责高等教育部长拿督卡立诺丁针对马大学生反对在校园选举采用电子投票所发表的言论。我在此呼吁卡立诺丁不要轻视来自马大学生的反对声音,因为透明是任何选举其中一项用以决定选举成绩是否可靠的重要指标。马大校方在校园选举中采用电子投票完完全全是一种不透明的方法。第一,电子投票不再是秘密投票,这是因为学生们必须以他们的学生编号进入电子投票系统。因此,有关当局可以查出学生的投票决定。第二,选举监督人员以及计票代表无法监督整个计票过程,这是因为学生所投的票无法一票一票地被亲手计算,而只能通过电子方式显示出来,这将减低电子投票系统操作的透明度。第三,当多数票的领先幅度不大,学生通过电子投票系统所投下的票将无法被重计。因此,以上都是施行电子投票所不能忽视的问题。马大校方以及高等教育部一直以来都没有去认真看待来自学生的诉求,因此,对于示威学生的心情,我感同身受。身为马大的校友, |
You are subscribed to email updates from xBlog ☪ Highlight Sociopolitical Blogs To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment