Saturday, February 20, 2010

20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor

20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor


20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor

Posted: 20 Feb 2010 09:28 AM PST

Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan pelbagai bangsa dan usia menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Tokong Dong Zen di Jenjarum, Banting, malam tadi.

Kaum Melayu dan India tidak ketinggalan meraikan sambutan kebudayaan masyarakat Tiong Hua itu dalam suasana majmuk dan harmoni.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor juga memeriahkan acara makanan tradisi 'Yee Sang' bersama pemimpin masyarakat tempatan.

Kehadiran pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, antaranya, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan tambah menyerikan lagi majlis itu.

Sambutan itu anjuran Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan Tourism Selangor.

Khalid turut menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina dan melawat ke sekitar kawasan Dong Zen, selain menyampaikan angpau kepada orang kurang upaya, anak yatim dan warga tua.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis berkenaan dianjur bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu.

"Kita mahu semua rakyat di negeri ini mengenali lebih dekat budaya dan perayaan masyarakat Tionghua," katanya.

Beliau menganggap majlis pada tahun ini lebih meriah kerana Tokong Dong Zen sedang menganjurkan Festival Bunga-bungaan dan Tanglung yang bermula sejak 12 Februari hingga 28 Februari.

Pengunjung juga dihidang dengan pelbagai acara menarik antara persembahan muzik gabungan 24 Gendang Tionghua, Tarian Singa, Magik Pertukaran Topeng Tionghua dan nyanyian artis Cina, kebudayaan Melayu dan lagu Hindustan. -TVS


God judgeth the righteous and God is angry with the wicked every day

Posted: 20 Feb 2010 09:18 AM PST

The above verse found in Psalm 7:11 is one of my favourite verses.

RPK's latest article below clearly shows how evil is repaid for those who are its proxies.

Surely, the wicked will not escape the wrath of God!





Buang bayi

Posted: 20 Feb 2010 08:04 AM PST

Email dari sahabat kita - En.Kasturi Mahari






Hi Bro…..,

Ingin ku kongsi bersama suasana sedih lagi pilu ini bersama rakan rakan semua. Pagi sebelum subuh bertarikh 10 February , mayat seorang bayi perempuan telah diletakkan di perkarangan Masjid Duyung dalam Taman Seri Duyung 2 oleh orang atau individu yang tidak berperikemanusiaan. Mayat bayi malang tersebut telah ditemui oleh salah seorang jemaah Masjid tersebut setelah selesai solat subuh. Kemudian semua jemaah masjid di bagi tahu dan laporan polis telah dibuat.

Saya ketika itu baru habis kerja shif malam dan melalui kawasan Masjid itu untuk sampai kerumah. Terlihat begitu ramai orang orang sekitar taman tersebut mengerumuni depan pagar masjid itu. Pada mula nya saya ingatkan hanya kemalangan kecil berlaku. Setelah menghampiri kawasan tersebut..., saya terlihat satu bungkusan yang telah dibaluti dengan baju T shift putih. Apabila saya bertanya dengan penduduk yang berada disitu...., itu adalah mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat telah dihurungi semut semut.

Terpaku saya sebentar kerana kejadian sebegini biasa keluar didada akhbar akhbar tempatan menjadi realiti didepan mata saya sendiri. Timbul persoalan..., kenapa manusia sanggup buat kerja kerja seperti ini iaitu membunuh bayi yang tidak berdosa. Mungkin ini adalah jalan pintas untuk menyelesaikan masalah. Tapi harus diigat...., setiap perbuatan jahat seperti ini sudah pasti akan terima pembalasan samaada didunia ini atau pun diakhirat nanti.


Susu ibu penawar alergi

Posted: 20 Feb 2010 08:07 AM PST

SI MANJA yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan rasa kebimbangan si ibu.

Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada kerana kembung perut, gatal-gatal, ruam pada kulit mahu pun hidung berair.. Gejala sebegini kebiasaannya adalah berpunca daripada alergi atau alahan.

Alergi berasal daripada perkataan Greek iaitu 'allon argon' (to react differently) iaitu reaksi abnormal di dalam tubuh. Ia adalah keadaan di mana tubuh kanak-kanak yang hiper-sensitif kepada bahan-bahan asing yang dipanggil antigen. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen.

Pakar Kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, Bangi, Selangor, Dr. Saiful Bahri Jaudin berkata, bayi atau kanak-kanak cenderung mengalami alergi sejak lahir atau ketika dalam proses tumbesarannya kerana sistem ketahanan badannya masih tidak matang seperti orang dewasa.

Keadaan ini menyebabkan tubuh si manja bertindak balas di luar kebiasaan apabila terdedah kepada bahan-bahan asing yang menjadi alergen.

"Bahan-bahan itu mungkin boleh jadi makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau mungkin juga ubat tertentu termasuk sesetengah antibiotik.

"Sesetengah kanak- kanak juga mengeluarkan reaksi melampau terhadap bahan-bahan luaran seperti debu, asap, bulu binatang, debunga, hama atau udara tercemar seperti jerebu.

"Ini dapat dilihat dalam sesetengah penyakit alergi yang melibatkan saluran pernafasan seperti asma atau lelah," kata Dr. Saiful.

Menurut beliau lagi, reaksi imunologi (tidak tahan daya penyakit) berlaku apabila tubuh terdedah kepada molekul-molekul asing yang kemudiannya melekat kepada antibodi IgE.

Molekul-molekul ini seterusnya bercantum pada sel mast, iaitu sel yang terlibat dalam reaksi alergi yang akan merembeskan bahan-bahan menyebabkan timbulnya gejala-gejala alergi.

"Bahan-bahan reaksi alergi yang dirembeskan oleh badan adalah Histamin, prostaglandin, leucotrine dan Cytokines," katanya.

Menurut Dr. Saiful, gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam pada kulit dan gatal, selain tanda lebih bahaya seperti susah bernafas yang memerlukan rawatan segera.

Gejala alahan ini boleh dikenal pasti daripada hampir keseluruhan sistem di dalam badan sama ada secara umum atau spesifik. Ia termasuklah di kawasan permukaan kulit menjadi kering dan gatal-gatal, saluran pernafasan menjadi ketat dan hidung tersumbat atau bersin.

Manakala alergi pada bahagian dalaman pula seperti bengkak, pengeluaran lendir pada saluran pernafasan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan kawasan kulit menjadi kemerahan.

"Kebanyakan reaksi alergi boleh dianggap ringan, tetapi ada juga yang mengalami reaksi teruk sehingga boleh menyebabkan tekanan darah rendah, pitam atau pengsan dan saluran nafas menjadi bengkak, seterusnya membawa maut jika tidak dirawat," katanya.

Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa.

Menerangkan tentang risiko alergi di kalangan kanak-kanak, Dr. Saiful berkata, mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini.

''Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mempunyai alahan, risiko bagi bayi atau kanak-kanak akan mengalami alergi adalah anggaran 20 hingga 40 peratus.

"Selain daripada faktor genetik, si manja tetap berisiko untuk mengalami alahan iaitu lebih kurang lima hingga 15 peratus disebabkan faktor-faktor tertentu seperti sistem ketahanan badan yang tidak matang, tempoh penyusuan susu ibu yang singkat dan pendedahan awal terhadap susu formula," katanya.

Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran, bayi perlu mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana susu ibu adalah susu hipoalegenik.

"Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu, ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Susu ibu juga mengandungi sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria dan antibodi (immunoglobulins) bagi menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri," katanya.

Namun, tidak dinafikan ada juga sebab-sebab tertentu menyebabkan susu ibu tidak dapat diberi pada bayi, jadi alternatif terbaik adalah dengan memberikan bayi susu hipoalegenik (formula) bagi mengurangkan risiko alergi.

Rawatan

Kebiasaannya rawatan terhadap kanak-kanak yang mengalami alergi diberi mengikut jenis alergi.

"Sekiranya hanya gatal pada kulit dan kelihatan merah atau alahan biasa sahaja, kanak-kanak hanya akan diberi ubat anti alergi untuk dimakan dan ubat sapu.

"Namun, alergi yang agak teruk seperti sukar untuk bernafas, kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan ditahan di wad dan mendapat suntikan anti alergi," katanya.

Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.

Pencegahan daripada alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak sangat penting ketika mereka di dalam kandungan ibu lagi.

''Pengambilan diet yang sihat semasa mengandung dan ketika tempoh penyusuan juga amat penting bagi mencegah bayi daripada mendapat alahan,'' katanya.

Tambah beliau, susu ibu merupakan pencegahan utama daripada alergi. Dengan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir semasa enam bulan pertama kelahirannya, dapat mengelakkan kanak-kanak mendapat alahan.

''Memberi makanan tambahan hanya selepas enam bulan kelahiran dan memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu seperti nasi, lobak merah, pear, epal dan prun.

"Ini kerana alahan juga boleh disebabkan udara iaitu melalui saluran pernafasan serta perut iaitu usus yang mencerna makanan,'' katanya.

Sementara itu, ibu bapa perlu menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar rumah bagi mengurangkan alergi kepada habuk dan hama.


Pakatan Rakyat Malaysia Melangkah Ke Putrajaya

Posted: 20 Feb 2010 06:46 AM PST

Pakatan Rakyat dipercayai kemungkinan menerima nama Pakatan Rakyat Malaysia sebagai "kompromi" jika ia diperlukan untuk mendaftarkan ikatan PAS-PKR-DAP.

Nama Pakatan Rakyat Malaysia disyorkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini bagi mencerminkan identiti nasional negara pada nama tersebut.

"RoS mahu perkataan Malaysia ditambah untuk menggambarkan imej nasional pada Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi The Malaysia Insider.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya masih mengharapkan nama asal yang dikemukakan kepada RoS tahun lalu dikekalkan.

"Bagaimanapun kami akan membincangkan (perkara ini)," kata beliau.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat pada November lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk sebagai badan bukan formal pada April 2008 susulan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ia dibentuk dengan ikatan PAS-PKR-DAP.

Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai 80 kerusi sekarang.

Ketika ditanya sama ada ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat Isnin ini, Saifuddin berkata ia tidak dijadual untuk dibincangkan.

"Tidak (kita tidak bincang Isnin ini)," katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya tiada masalah dengan syor RoS tetapi ia perlu dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat secara mendalam.

"Saya yakin mungkin ia akan dibincangkan minggu depan... mungkin Datuk Zaid Ibrahim ada laporan untuk dibentangkan, kita mungkin membincangkan," katanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu juga tiada masalah dengan Pakatan Rakyat Malaysia.

Ketika dihubungi kata beliau, nama itu sudah lama disyorkan tetapi belum diluluskan pihak berkuasa. -MI

Ulasan GB

Pakatan Rakyat Malaysia - apa ada pada nama. Yang utama sistem dua parti bakal menjadi kenyataan. PRU13 menyaksikan perlawanan sengit BN vs PRM. Yang penting Pakatan Rakyat Malaysia menggantikan BN di Putrajaya.

3 huruf (P-R-M) lebih kuat dan lebih kukuh dari 2 huruf (B-N). Itu hikmahnya - sepertimana sebuah bangku 3 kaki lebih kuat dari bangku 2 kaki.

ROS bakal pening pula selepas ini. Nak tarik balik atau nak teruskan?


Wong Ai Kiew's 90Th Birthday

Posted: 20 Feb 2010 06:40 AM PST

Psalm 128:1 puts it this way: Blessed are all who fear the Lord, who walks in his ways. A devoted christian, Wong Ai Kiew has rich blessings from Lord in her passage through 90 years. I am sure in the years to come, the love of Lord shall continue to shower her.

Wong Ai Kiew is Tu Hock Lai's dear mom. The siblings put their hands together to organise a birthday dinner on this auspicious occasion for their mom. I went with Yian as invited guests and we felt greatly honoured.

At the dinner function, I asked Hock Lai and his family members to pose for a group photo with his mom.
Wong Ai Kiew with her offspring.
The family members presented a lovely hymn for Wong Ai Kiew.
We (fellowshippers of MAF of The Masland Methodist Church) posed for a group photo with Hock Lai.


Pakatan Rakyat Desak Penjarakan Nasir Safar

Posted: 20 Feb 2010 05:43 AM PST

Pakatan Rakyat menuntut kerajaan memenjarakan bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang memberikan kesan besar kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Sehubungan itu Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata PR tidak akan teragak-agak mendapatkan satu perintah mandamus daripada mahkamah untuk mewajibkan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Nasir di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 sekiranya beliau memilih untuk tidak mendakwa Nasir.

"Tindakan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan perletakkan jawatan Nasir tidak cukup untuk mengubat hati masyarakat Cina dan India di negara ini yang terguris dengan kenyataan beliau.

"Sebaliknya satu siasatan terperinci perlu dibuat dan dokumen penyiasatan itu perlu diserahkan kepada Peguam Negara agar kes ini dibicarakan di mahkamah," tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat ADUN Datok Keramat hari ini.

Jelas Karpal Perlembagaan Negara menjelaskan Peguam Negara berhak untuk membicarakan sesuatu kes atas budi bicara beliau tetapi mengingatkan kuasa tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati.

Karpal berkata, kenyataan "India pengemis, Cina jual tubuh" yang dibuat Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka 2 Februari lalu adalah komen yang tidak berasas dan cuba merendah-rendahkan martabat kaum Cina dan India di negara ini.

"Peguam Negara juga harus menggunakan peluang ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sentiasa mengamalkan sikap yang adil dalam melaksana sistem kehakiman dan tidak bersikap berat sebelah terhadap pihak yang tidak menyokong kerajaan.

Sejumlah 58 laporan polis telah dibuat ke atas Nasir diseluruh negara yang menjurus kepada sisatan polis di bawah Akta hasutan 1948.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof siasatan ke atas Nasir telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Polis telah mengambil keterangan daripada 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan. -SK


Isu Royalti: Zaid Ibrahim Persoal Kenyataan Tok Pa

Posted: 20 Feb 2010 05:00 AM PST

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad (gambar) adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima "cash payment" atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan "cash payment". Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau "cash payment", tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.



Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai "territorial waters" atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan "Exclusive Economic Zone" (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui "The Vesting Deed". Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan "offshore" atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah "surrender" atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.


Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum -myzaidibrahim


Yummylicious Korean Pasta boys

Posted: 09 Feb 2010 03:43 AM PST

The five supporting actors of Korean drama Pasta have been gaining a bit of attention recently with their muscular bodies…

Korean hunks from drama Pasta

The actors are namely Choi Jae-hwan, No Min-woo, Choi Min-sung, Lee Ji-hoon, Hyun Woo and Heo Tae-hee. They starred as chefs and waiters in the drama which tells the story of a lady who aspires to become a top Italian chef.

[Image via Chosun][Cn]

Yummylicious Korean Pasta boys from YeinJee's Asian Blog


Jangan Terkejut Jika Nasir Safar Dibebaskan

Posted: 20 Feb 2010 03:26 AM PST

Pengumuman pihak berkuasa bahawa siasatan keatas kenyataan ekstrem bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah selesai adalah sandiwara semata-mata.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari (gambar) berkata beliau tidak terkejut sekiranya siasatan ini tidak membawa kepada pendakwaan sepertimana skandal badan kehakiman dan peguam V.K Lingam dan skandal rasuah bekas Menteri Rafidah Aziz.

"Dalam kes Lingam sebagai contoh, siasatan telah selesai tapi tidak dibuat apa-apa sebab Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa. Dan juga dalam banyak kes dari dulu sampai sekarang ni. Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik dan banyak sebagainya," jelas beliau.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof mengumumkan bahawa siasatan keatas kenyataan berbaur perkauman pembantu PM itu telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Nasir mengundang kecaman pelbagai pihak selepas mengecam masyarakat Cina sebagai 'penjual tubuh' dan masyarakat India sebagai 'pengemis'.

Amir Shari berkata watak-watak seperti Nasir ini adalah manifestasi sebenar sifat Umno yang sentiasa curiga dan ekstrem, lantas membuktikan bahawa moto 1Malaysia tidak lebih dari omong kosong semata-mata.

"Rakyat sudah jelas dengan wajah sebenar Umno-BN. Di dalam 1Malaysia ada Nasir Safar, ada Ahmad Ismail, ada kepala lembu yang di arak," tegas beliau.


Kes Nasir Safar diserahkan kepada AG

Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lalu.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ucapan Nasir pada 2 Feb lalu itu dilapor menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas berita itu didedahkan, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan. - malaysiakini



PR revived 40% of 141 abandoned housing projects from BN

Posted: 20 Feb 2010 01:14 AM PST

Anwar (fourth from right) with the happy owners who had received mock keys to their homes. — Picture by Jack Ooi


By Neville Spykerman

HULU KLANG, Feb 20 — Datuk Seri Anwar Ibrahim moved today to dispel any notion that his role as Selangor economic advisor was being derailed by his sodomy trial by officiating a state programme to rehabilitate abandoned housing projects.

"It's good the trial has been delayed so I can be here today," said the 62-year-old opposition leader, who is accused of sodomising his one-time aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

He has denied the allegations and is facing trial, the second time in 12 years he has faced similar charges.

The PKR leader adopted a business-as-usual posture while handing over keys to homeowners of Taman Ukay Bistari flats, a project which is being revived and in various stages of completion after a four-year delay.

The rehabilitation of abandoned housing projects is among six focus areas announced by state government last year as part of efforts to stimulate Selangor's economy.

Anwar pointed out that the state government "inherited" 141 abandoned housing projects from the previous Barisan Nasional (BN) administration but would make efforts to revive the projects for the sake of buyers.

"The previous government made a pact with developers rather than the people and now these houses are not built."

He lamented the lack of political will by the Housing Ministry and unfair laws which favour developers over homebuyers.

"What's needed is political will and a change in laws," he said.

He added that at least RM5 billion was needed to revive all the abandoned projects.

However, he said the state would not run away from the responsibility of helping home owners.

Anwar said he would soon meet Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to discuss what funding could be obtained for the purpose of reviving projects which are viable.

Officials from the state government today said at least 40 per cent of the 141 housing projects have been revived and are in various stages of development.

(Source: The Malaysian Insider)


Random Seoul stories (D38)

Posted: 20 Feb 2010 12:32 AM PST

38th day in Korea. My sister has left Seoul just hours ago; she was here for a week of holiday. So here I am, all alone again lol.

A little gift from Malaysia – Bakkwa, or dried meat, something similar to jerky. Popular Chinese new year gift in my home country; yummylicious stuff…

Malaysian Bakkwa dried meat in Seoul, South Korea

Read the rest of this post »

Random Seoul stories (D38) from YeinJee's Asian Blog


拜访老人院

Posted: 19 Feb 2010 11:39 PM PST

双溪威老人院和平融洗肾中心移交拨款申请书给刘永山。刘永山答应分别拨款5千令吉给双溪威老人院和平融洗肾中心。刘永山分派50令吉红包、红包花生以及芦柑给双溪威老人院老人。甘榜东姑州议员刘永山今天中午带领全体八打灵市议员、双溪威新村村委会等人前往双溪威老人院拜年。刘永山在现场派发61封50令吉的红包给现场的老人和老人院工作人员。此外,刘永山也宣布从甘榜东姑选区拨款分别拨出5000令吉给双溪威老人院和平融洗肾中心,以协助这两桌福利机构。


STPM Results... 5 Days To Go...

Posted: 19 Feb 2010 11:21 PM PST


KUALA LUMPUR: The 2009 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) will be announced on Thursday.
The Malaysian Examinations Council (MEC), in a statement here yesterday, said candidates can obtain their results at their respective schools from noon that day, while private candidates would get their results by post.
Candidates can also check their results through the short messaging service (SMS) by typing STPM (space) followed by identity card number and sending to 36363, or by typing STPM result (space) followed by identity card number and sending to 15888.
They can also check their results by surfing the MEC website athttp://www.mpm.edu.my from noon on Thursday.
A media conference on the analysis of the examination results will be held on the same day at 11.30am at the MEC office, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves in Selangor.
Last year, 52,348 candidates sat for the examination.
They comprised 47,260 or 90.28% government school candidates, 1,747 (3.34%) private school candidates and 3,241 (6.38%) private candidates. — Bernama


Small World..Updated with a few photos!

Posted: 20 Feb 2010 04:45 AM PST

Hannan and a couple of her close friends have gone to Zatil's house in Galing.
Today is Zatil's eldest sister's wedding.

She was in the same science class with Zatil in Form 4.
In Form 5, they sat side by side.

Together with a few others, they have formed their own bunch of very close friends..best friends so to speak.

And when I heard that Dato's cousin, Zainudin was going to have a grand wedding for their daughter in Galing, only yesterday did Hannan discover that Zatil is actually her second cousin.

Hannan said that no wonder their English teacher always commented that they look alike..
O what a lovely coincidence! What a Jejak Kasih thingy!

SPM results nak keluar soon..may they all have very good satisfying results if not totally excellent pun..yeah..kitaorang of course nervous as usual..siapa tidak?

p.s. Harris our no. 6 will be taking his SPM exams this year..now where is he?
I suruh dia revise for his school exams this coming Wednesday..
Ya Allah..bertuah betul budak tu..tengah napping dalam bedroom dia!

From Left To Right: Halimatun, Hannan, Zatil and Nabilah.

The Four Beauties From SABS.

Do They Look Alike?

Glad to meet you cuz...


Royalti: Jangan Asyik Tumpukan Inkues Teoh Dan Liwat

Posted: 19 Feb 2010 10:20 PM PST

Dalam ceramah balas yang diadakan di sini malam tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak menerima wang ihsan, bukannya royalti.

"Royalti yang disebut pada ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV bulan lalu tak betul kerana hakikat sebenar tidak ada royalti, yang ada ialah bayaran tunai.

"Itu pun sekiranya disahkan betul-betul ada minyak atau gas," kata Pengerusi Umno Kelantan ini di sini malam tadi.

Pada 28 Jan lalu, bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah dalam ceramah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaaan Gegar berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

"Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus," kata beliau.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mustapa mempertahankan fakta tiga batu nautika berdasarkan Undang-undang kemajuan Petroleum.

"Undang-undang negara mengatakan bahawa tiga batu nautika. Kalau minyak betul-betul dijumpai di dalam kawasan itu, maka ia wajib diberikan lima peratus dan disalurkan ke akaun kerajaan negeri.

"Tetapi jika sebaliknya adalah wang ihsan.

"Mengikut takrif wang ihsan ini kalau hendak beri (wang ihsan) tiada masalah dan tak nak bagi pun tak mengapa kerana itu atas budi bicara kerajaan persekutuan," kata beliau.

Ceramah yang diadakan di pekarangan pejabat Umno Kelantan itu dihadiri 2,000 penyokong Umno-Barisan Nasional dengan mengibar sepanduk tertera kata-kata "Insya-Allah... wang ihsan" dan "Tok soh caro hok Ku Li royak" (jangan peduli kenyataan Ku Li).

Mengulas lanjut pertikaian isu tuntutan tersebut, beliau berkata, tidak termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum istilah royalti kecuali terma bayaran tunai.

Oleh kata beliau kebanyakan rakyat tidak diberi kefahaman secara terbuka takrif istilah berkenaan menyebabkan timbulnya pelbagai andaian di kalangan rakyat terhadap isu tersebut.

Namun atas rasa keinsafan dan tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mahu memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan sebanyak lima peratus, hasil daripada pengeluaran gas yang dijumpai di kawasan PM301.

Sebanyk RM20 juta bagi tahun 2008 akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bulan depan.

Dalam pada itu Mustapa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang menuduhnya sebagai pengkhianat dan derhaka kerana tidak prihatin terhadap rakyat negeri sendiri.

"Dukacita juga rasa kalau banyak sangat tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti itu dilemparkan pada kita. Mereka tidak tahu siang malam kita bekerja untuk rakyat dan negeri ini.

"Mereka (kerajaan PAS) lupa siapa yang meluluskan beberapa projek pembangunan yang ada di negeri ini, contohnya bangunan kedai medan selera di stadium, naik taraf lapangan terbang, Universiti Malaysia Kelantan dan banyak lagi.

"Saya yang bawa masuk projek-projek itu semua dulu. Tapi saya juga yang dituduh derhaka," katanya.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang turut berucap berkata isu tuntutan royalti minyak Kelantan sekarang sudah menjadi satu pertikaian masalah perundangan.

Justeru, pertikaian antara kerajaan negeri dan persekutuan berhubung itu tersebut hanya mahkamah sahaja yang boleh putuskan.

"Kita perlu faham bahawa kita tertakluk dengan undang-undang perairan antarabangsa. Takrif undang-undang antarabangsa, kerajaan (Kelantan ) layak menerima bayaran lima peratus sekiranya minyak atau gas dijumpai dalam jarak tiga batu nautika.

"Ini dikatakan berlaku pertikaian dalam masalah perundangan kerana dalam perjanjian tidak disebut bayaran lima peratus perlu dibayar bila minyak dijumpai pada jarak 200 atau 300 batu nautika," katanya.

Justeru Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar kerajaan Kelantan supaya mengambil langkah rasional bagi membawa isu tersebut ke mahkamah agar pertikaian itu tidak lagi dijadikan bahan modal politik.

"Rakyat pun tidak pening kepala dengan isu minyak kerajaan negeri ini," katanya.

Namun sebaliknya Ibrahim percaya kerajaan negeri tidak semudah itu akan bertindak sedemikian kerana itulah di antara senjata ampuh kerajaan PAS Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Sudah semestinya mereka akan guna isu minyak ini untuk kaitkan sentimen rakyat beritahu tentang kezaliman kerajaan pusat," katanya.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri seolah-olah terlalu takut pemberian wang ihsan disalurkan melalui JPP, Ibrahim berkata, "kebijaksanaan kerajaan pusat menguruskan pengagihan wang itu kepada rakyat akan menjejaskan kedudukan kerajaan negeri." -Malaysian Insider


honouring our agreements

razaleigh.com

The Government has now responded to Kelantan's claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:

1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.

2) The Government's refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS's part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States' rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly

3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.

4) The Government's response substitutes for PETRONAS's legal obligations under the Petroleum Development Act an arbitrary "compassionate payment" from the Federal Government. This casts serious doubt on the Malaysian Government's respect for the sanctity of contracts and the rule of law. Let's not talk about spurring investment to take our economy to a higher level if we fail to understand the importance of abiding by contractual obligations.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang


Ulasan GB

Berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani dintara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas, tindakan Dato Seri Mustapha Mohammad yang secra berterusan menafikan hak royalti minyak Kelantan itu boleh diambil tindakan mahkamah.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengheret Mustapha dan kerajaan BN ke muka pengadilan. Jangan kesemua peguam hanya bertumpu kepada inkues Teoh dan liwat Saiful.

Kelantan Bangun! PR Bangun!


Betty's Midwest Kitchen - America on a plate @ Aman Suria Damansara

Posted: 19 Feb 2010 10:41 PM PST

Had a so-called CNY reunion dinner at Betty's Midwest Kitchen last Thursday.
A 5-month-plus old restaurant, Betty's Midwest Kitchen is located at an obscure place -almost at the 'tail end' of Aman Suria.

Here are some videos.
(No pictures of the food)

HAPPY BIRTHDAY, STEPHIE!



360° (almost lah!) of the interior of Betty's Midwest Kitchen


Janson having fun - squat, shake butt, 'ma bu'!


I'm not a foodie. So, I can't really review the food.
All I can say is that the burger (it was called 'pull pork' something) I ordered and ate was nice.

I also ended up eating the big sausage (it was for my son's kid's meal). It was...
Shall I say I was not used to the taste of it?
Thus, I had to dip it in the sauce for every bite I took.

Ok...if you want food reviews just google 'betty's' for pages from Malaysia and you will find them.

Lastly, if you need to know how to get there, just visit:
www.midwestkitchen.com.my


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Malaysian government has zero credibility in Sodomy case

Posted: 19 Feb 2010 09:43 PM PST

I am sickened and disgusted with the sodomy case involving Malaysian ex-deputy prime minister Anwar Ibrahim. It is insulting to the intelligence for the Malaysian government to suggest that the trial is routine and normal.

My question is - do you see many other people being charged for sodomy? The lack of other people being investigated and arrested for sodomy clearly shows that Anwar's trial is actually a 'persecution' and not a 'prosecution'.

The Malaysian government presently has zero credibility. How many people believe that Anwar Ibrahim had sexual intercourse with Mohd Saiful Bukhari? How many people believe that Prime Minister Najib Tun Razak had sexual intercourse with Mongolian Altantuya Shaariibuu as alleged by private investigator P Balasubramaniam in his first declaration?

To make matters worse, this private investigator has now mysteriously disappeared. Then there is the mysterious death of Teoh Beng Hock. The Malaysian forensic pathologist has said it was a suicide but then a renowned Thai forensic pathologist has suggested the possibility of murder.

Anwar Ibrahim, as the leading opposition member, is clearly a threat to the present ruling government in Malaysia. There is strong belief that the opposition will win the next general election and Anwar Ibrahim will be the next prime minister. Thus, the trial of Anwar Ibrahim is actually undemocratic because it will deny him the right to run in a free and fair election.

Anwar Ibrahim has become Malaysia's Aung San Suu Kyi (Burma's jailed pro-democracy leader). There is speculation that the recent arrest and detention of 10 people in Malaysia under the ISA for suspected terrorism is a strategic move by the Malaysian government to stave off criticism by the US, Britain and other Western nations for the arrest and trial of Anwar Ibrahim.

The question is - are those persons arrested under the ISA - who are mainly foreign students from Muslim countries such as Yemen and Nigeria - genuine terrorists planning terrorist acts or are they innocent scapegoats arrested because the Malaysian government wants to prove its servitude and loyalty to the West?

This is a tactic used by many Muslim countries in the world to deflect criticism against their horrendous human rights record. The two most important Muslim allies of the West are Saudi Arabia and Egypt.

Saudi Arabia has detained without trial thousands of innocent people including opposition figures using laws similar to Malaysia's ISA Egypt has banned its main opposition party, the Muslim Brotherhood, and arrested thousands of opposition members.

So there is a general consensus amongst leaders of Muslim majority countries such as Malaysia, Egypt and Saudi Arabia that as long as they do the bidding of the West, they will be given a free hand to abuse and torture their own people.

The silence of the West over the Anwar Ibrahim trial is deafening. As long as the Malaysian government plays its cards well and portrays itself as a willing partner in the 'war on terror', it will get away with its crimes.


First Malaysian women to be caned says it is good

Posted: 19 Feb 2010 09:39 PM PST

From: yansimon52
Subject: Re: First Malaysian women to be caned says it is good
On Feb 20, 11:55 am, OngBak3 wrote:

> KUALA LUMPUR — The first Malaysian women to be caned under Islamic law
> for having illicit sex have reportedly said they regretted their
> actions and welcomed the punishment.

> The three women, whose identities were not revealed, gave the first
> account of the caning which took place earlier this month, drawing
> condemnation from human rights activists and applause from some Muslim
> groups.

> "On the day I was caned, I was scared but, at the same time, I knew I
> deserved it and was willing to take the punishment," said one of the
> women, a 25-year-old who went by the name of "Ayu".

> She told the New Straits Times that the punishment -- administered
> while they were fully clothed and by a female prison officer wielding
> a thin rattan cane -- did not hurt.

> "Those out there who are having sex before marriage should really
> consider the consequences and not only think about momentary
> pleasure," she told the daily.

> The three women said they turned themselves in to religious
> authorities after being wracked by guilt over having pre-marital sex.

> "Ayu" has a one-year-old daughter with her boyfriend, who she plans to
> marry, and the other two women also gave birth out of wedlock.

> Human rights campaigners, who were stunned by the caning of the three
> women which had not been foreshadowed by authorities, were sceptical
> over the comments published in several Malaysian newspapers.

> "These three women are just normal people who have been surrounded by
> all kinds of legal mumbo jumbo and pressured into agreeing to be
> caned," one activist told AFP, declining to be named because of the
> sensitivity of the issue.

> Islamic authorities triggered uproar last year when they sentenced
> mother-of-two Kartika Sari Dewi Shukarno to six strokes of the cane
> after she was caught drinking beer in a hotel nightclub.

> Her case, which was to have been the first time a woman was caned
> under Islamic law in Malaysia, is still under review after she was
> given a last-minute reprieve amid intense media coverage.

> Malaysia's Bar Council has said it was "shocking" that the caning of
> the three women went ahead while the Kartika case was unresolved.

> Legal commentators have said that the Islamic courts -- which operate
> in parallel to the civil system in Malaysia -- are becoming
> increasingly confident, threatening Malaysia's status as a secular
> nation.

> The Sharia courts have been clamping down on rarely enforced religious
> laws that apply to Muslim Malays who dominate the population --
> including a ban alcohol and sex between unmarried couples.

If she really loves the cane..and saying that's good....she should ask
for more strokes. 3 dose a day...as what doc usually say...

You see...all these 'already no confident woman' surely they will say
that its good to be canned....cos, they were too scared to asy
otherwise....especially with those allah allah ppl around
her....formerly they not use to wear scarf....with this case they got
no choice these woman got to put on scarf...question is why these
woman are so scared?

One must know or realised that....if you are a neutral party with no
ties with any religious belief.....so, you pay a visit or happen to be
around with a group of allah allah ppl (at a mosque) especially there
are alot of serious allah allah ppl...you would then find yourself in
a 'tight' situation...a feeling of 'halo don't mess around with us
cos, we are the 'special ppl'..and some more hor among us allah allah
ppl some of us are 'spiritual man' or bomoh....so don't play play with
us...so, knowing that you are in this sort of 'threatening' company
you tend to be very careful in your movement and with your words when
talking to them.
Comparing to you..... when you mingle around with a group of taoist
ppl in a toaist temple...I bet you...you are having a total 'free and
relax' feeling...you don't have that kind of threaten feeling...cos,
in a taoist temple individual taoist follower don't bother what you
are doing or talking cos, they just mind their own biz knowing very
well that in Taoism belief....hurting/commit cruelty/killing ppl is a
big sin and sure go to hell.....and also in their mind ...'no trouble
why find trouble'.

Its a totally different world.......

Funny thing is


THREE SENT TO 'SAVE FACE' FOR MALAYSIA: High-powered charm offensive in Washington

Posted: 19 Feb 2010 09:31 PM PST

Three top government officials are to speak next week at a seminar on good governance and rule of law in Malaysia. They are Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz, Attorney-General Abdul Gani Patail and former chief justice Abdul Hamid Mohamad - will be speaking next Wednesday in a seminar hosted by bipartisan foreign policy think-tank Center for Strategic and International Studies.

The visit by the three individuals comes in the wake of the controversial second sodomy trial of Opposition Leader Anwar Ibrahim which has drawn some criticism from the Washington establishment when John Kerry, chairman of the US Senate Foreign Relations Committee, had on Monday issued a statement questioning the sodomy charge. The statement was as follows:
"The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Anwar's resumption of his role as elected member of parliament and leader of the parliamentary opposition."


No comments: