Wednesday, February 17, 2010

Perjuangan PERKASA: Untuk Apa Dan Siapa?

Perjuangan PERKASA: Untuk Apa Dan Siapa?


Perjuangan PERKASA: Untuk Apa Dan Siapa?

Posted: 17 Feb 2010 08:08 AM PST

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan sasaran terpilih PERKASA yang hanya dilihat vokal dan lantang hanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menjadi suatu misteri.

Demontrasi dan memorandum bantahan yang dikemukakan adalah sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan. Isu untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu juga seolah-olah hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat sedangkan PERKASA perlu tegas dan berani membawa tuntutan kepada kerajaan pusat yang kini di bawah UMNO/BN.

AMK Selangor juga mempertikaikan untuk apa adanya PERKASA sedangkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah termaktub dan dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan isu mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu yang kononnya PERKASA perjuangkan sebenarnya lebih banyak terhakis hilang hak keistimewaan tersebut di bawah pemerintahan UMNO/BN semenjak 50 tahun.

PERKASA ingin dilihat kononnya berjuang membela nasib orang-orang Melayu yang katanya kian terpinggir. Namun, ia sebenarnya lebih sekadar gimik dan modal politik yang diperkudakan untuk meraih populariti di kalangan orang-orang Melayu apabila jelas UMNO kini semakin ditolak oleh rakyat dan orang-orang Melayu sendiri. Adalah ditegaskan jika benar PERKASA mahu membela nasib orang Melayu desakan kuat dan tuntutan perlu disasarkan kepada parti pemerintah negara ini yang mana gagal membangunkan dan memperkasakan kekuatan bangsa Melayu daripada aspek ekonomi, sahsiah, minda dan politik sejak 50 tahun lepas.

Generasi muda kini melihat agenda politik berjuang sekadar untuk membela nasib sesuatu kaum adalah bersifat untuk kepentingan sendiri dan elit-elit tertentu. Sedangkan agenda memperkasakan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini perlu menjadi keutamaan bagi memastikan negara ini hidup bersama secara harmoni dan berkasih-sayang. Malahan agenda pembanterasan jenayah rasuah dan memperkukuh nilai keadilan dalam pentadbiran adalah keutamaan untuk membina negara ini memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara.

Kewujudan PERKASA itu sendiri yang cuba menjadi alternatif kepada perjuangan UMNO apabila parti itu gagal memainkan peranan utamanya semakin banyak kelihatan. Rasa muak rakyat kepada politik UMNO yang ditunjangi oleh gejala politik wang dan kelemahan idea gagasan besar menyebabkan agenda pembaharuan negara tidak berjalan dengan lancarnya. Yang pasti, PERKASA adalah perkakas kepada UMNO jika dilihat mirip dan modus operandi apa yang kononnya diperjuangkan. Justeru rakyat diharap tidak mudah terperangkap dengan agenda mereka kerana tujuan dan motif perjuangan mereka amat kabur dan mengelirukan.

Kita mempertikaikan apa motif PERKASA yang hanya lantang di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi membisu, lesu dan kaku apabila berada di negeri-negeri di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Ke manakah suara pembelaan PERKASA apabila melihat nasib Bahasa Melayu semakin dipinggirkan? Ke manakah pembelaan PERKASA tatkala undang-undang Islam dipermain-mainkan apabila Mahkamah Syariah dianggap tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Ke manakah suara-suara vokal PERKASA apabila pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang berbangsa Melayu terpalit dengan pelbagai skandal moral, rasuah dan penyelewengan kuasa?

Justeru, AMK Selangor sekali lagi mengingatkan agar rakyat bijak dan pintar menilai agenda sempit yang dibawa oleh PERKASA dari masa ke masa. Mereka berjuang kerana apa dan untuk apa sedangkan sudah sekian lama hak dan keistimewaan orang-orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak sekian lama. Bangsa Melayu kian terpinggir dalam dunia persaingan sejagat berpunca antara lain kegagalan UMNO sendiri selaku pentadbir negara selama 50 tahun ini gagal menterjemahkan Islam sebagai cara hidup atau "Ad-Deen" serta tidak melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya di negara ini.

Akhirnya, kita menggesa agar suara-suara vokal dan lantang PERKASA juga hebat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Isu pembelaan Melayu tidak boleh bersifat selektif yang didakwa kononnya hanya wujud di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Malahan perlu hebat dan gah juga suara-suara pembelaan kepada bangsa-bangsa lain. Ingatlah jika Melayu dan Islam adalah asas kepada hubungan akrab persaudaraan sebangsa dan seagama, berlainan agama dan bangsa adalah asas hubungan akrab persaudaraan sesama manusia pula.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.


The One About The Big Fat Kitty Cat Cake and The Mascots Yang Kaki Joget

Posted: 17 Feb 2010 05:42 AM PST

Miki's second birthday party was held on 16th January 2010, a day before his actual 2nd birthday. We had a really nice party at KFC in Bayan Baru, Penang instead of in KL/Selangor because on the 17th my mom was hosting a big family event at her house at the kampong hanya tuhan membalas.

Last year, Miki's first party was held in PJ at McDonalds. Next year I bet it's gonna be at either A&W or Pizza Hut. Myself, Diyana the self-proclaimed all-rounder totally suck egg at event management. Even when it was just a little party for kids, I just couldn't do it. Malas actually, hehehe..so all you wedding planner wannabes, go on and work on your dreams, God's willing I will hire you for Miki's wedding some 25 years from now. haha

It was really great this year because our family members could make it to the party. After all isn't it all about sharing? So my three sisters and their family/boyfriend came, my aunt and her family, Azman's parents and sister, some friends and a battalion of kids was there  as the party starts at 3pm. Those who couldn't make it were my mom and brother, because they were preparing for the next day event.

two year old boy1

"Next time Opah datang birthday Miki, ok?"

Miki is such a lucky, blessed little boy. Not only that he got all these wonderful people who loved him there to celebrate his birthday, he also got a lot of presents weeks before the party. One of them is cool stylish green strippedey shirt that he was wearing. It was from NEXT and shipped all the way from the beautiful Hannah and Sophie in the UK! Thanks to the girls' mom, my blogger friend Hawa. I don't know how to thank you, Hawa, maybe when Jon comes along I can write down tips to survive the torture of parenting a boy.ok? haha

Thanks to everyone for your wonderful gifts. I wish I could list everything down here but there are too many so THANK YOU!

Since our son really loves cats, I figured this year why not have a cake in the shape of his favourite animal. I searched high and low for the a good cake maker in Penang but most of them are not halal certified although from a pork free kitchen. And at last I remembered Nunu's mom, Anne! Like duuh…. I have been associating her with cupcakes only when really this woman can bake just about anything!

KFC chippy and adora

my family and the cake

"Candle ABC!!"

Anne was constantly apologizing about the imperfection of her creation, her very own debut in this type of cakes but I was in too good a mood to take out my measurement tape and start calculating how unproportionate the cat's body and limbs were. After all I had instantly named it Alex after my sister, Shanana's dearly departed orange tabby r.i.p. Alex the Cat. Dead cats' bodies were supposed to be unproportionate, right?!  Hahaha.Nasib baik korang takde kat situ kalau tak confirm tak lalu makan kan?

Perfect or not, Miki adored his birthday cake to bits! In fact, he was treating it like a real kitty.

The Cat and the Little Boy

"Meow meow.. how ya holding up, buddy? Those candles look nasty.. meow! meow!"

When I showed Miki his special cake, Miki stopped playing with the kids, stopped his pretend eating, and stand glued to the table, facing Alex the Carrot Cake AND TALKING TO IT! 

He went "Meow! Meow! Meow!" then he went quiet for a few seconds and "Meow! Meow! Meow!" again. Yeah, my son speaks cats, guys. Even if it's a cat made of flour, butter and sugar. They had a whole witty intellectual conversation going on there. My son and his birthday cake.

I was so glad Miki loved it. Thanks a lot Anne! You made Miki's party a very special one!

Shanana on the other hand, could not contain her emotions and bawled at the sight of it, stricken with sweet memories spent together with Arwah Alex. Al Fatihah.(dia kucing Islam)

crying cat

Sudahla Shanana.. patah tumbuh hilang berganti.. Biarkanlah dia pergi…

The party was a great one because everybody was such a sport! These guys were great! KFC hosted games for the kids and the adults too! They had musical chair, won first place by my nephew Adam (Miki adored him) and Pop the Balloons which was hysterical funny! For the adults, we had musical chair as well and Nunu's Mom used her daughter to win first place. Mana aci kan?? Sambil dukung Nunu main mestilah orang kesian.. ehehhehe

3 left

Top three in the Most Dominating Butt competition – My sister, Eyza, my B.I.L, Eone, and Anne with Nunu and the Orange Balloon.

The cake cutting part was a little less lively due to the fact that Miki was kinda afraid of KFC's two mascots. It was funny when I asked where is Chicky and the Party Manager answered "Chicky dah tinggai kepala saja!" Haha. But she replaced it with TWO hyper and sporting ones called Chippy and Adora.

You see, all these while Miki has been singing the P1Wimax commercial soundtract "Potong! Potong! Potong!" and somehow he ended it with "Potong cakeeee!" and hand motion of a karate chop. So I thought the cake cutting part at the party would be the one that he enjoyed the most but I was wrong.

How could Miki cut the cake? Can't you see they have formally introduced themselves and chit chat for quite a bit? My baby Miki couldnt possibly commit murder! He blew the candle, Mummy commited slaughter.

By the way, KFC also sponsored a big yummy chocolate cake for Miki because we had the KFC Kids Fun Club card. Two great birthday cakes for two years birthday! Jangan ko mintak 10 kek masa birthday ke-10 pulakk…

 I have so many photos that I love! All taken  by photographer Limie (msg me if you want to get his contact) and I think I am gonna have to put them all in a slide show later ok? In the mean time here is the video of KFC's mascots, Chippy and Adora, dancing with the kids. Boy I really wanna know who were behind that costumes! hahaha

I have so much more to write and tell as loving memories for Miki to read once he has grown up. Maybe later. Anyhow thanks again for those who came and for those who couldnt come but send presents, and warm wishes. Thank you for being a part of my son celebrating his birthday no.2.

PS- The party, cake and photography was sponsored by Google Adsense. Thank you for visiting diyanazman.com


Another MBPJ epoch-making occasion for the disabled and the elderly

Posted: 17 Feb 2010 08:00 AM PST

PETPOSITIVE NEWSFLASH!

LOCAL HISTORY IS BEING CREATED once again today in the city of Petaling Jaya.

And this spells good news for the disabled and elderly communities.

Later this afternoon, representatives from nearly a dozen local councils in Selangor will assemble at the headquarters of the Petaling Jaya City Council (MBPJ) to attend the latter's regular monthly meeting on disability


4km parade for Maulidur Rasul

Posted: 17 Feb 2010 07:59 AM PST


(Source: Sun2Surf)


Obama fails to impress Soros - exclusive interview with Malaysiakini

Posted: 17 Feb 2010 07:28 AM PST

EXCLUSIVE Financial legend George Soros talks to Malaysiakini about the failings of Barack Obama and the global financial system.

Soros who appeared incisive and sharp at 79, told Malaysiakini that he was let down by Obama's unwillingness to hold previous president George W Bush accountable for his "war crimes" and said he had helped bankroll Obama's 2008 presidential campaign because "there was a need to disassociate America from the Bush administration".


My very first working day in year of Tiger

Posted: 17 Feb 2010 04:30 AM PST

i went to office quite early today... Errrr.... to get the angpau from my big big boss. My big big boss were already there. There were no aircon in the office. The moment i walked into the office. I though i was walking into Fitness First Steam Room. Hot air rushing out towards the door, followed by sweat and sweat and sweat. After 1/2 hour, finally the aircon got started... it was so cooling until i felt like working in the freezer late evening.

One of the traditional of this company is Angpau giving by the big big boss. My big big boss gave out angpau to each of the employee arrived before 10am. He passed me the angpau and told me that's this is the traditional of this company. So i quickly thanks him for giving the angpau and wished him Happy Chinese New Year and continued my work.

The whole day i was waiting for something to happen... oops! i was not hoping for anything to happen but just that i got nothing to do without something happen. You know what? Last Sunday, i got two big angpau from my counterpart... 2 servers down on customers sites and fortunately my engineer solved the problem promptly. Thanks dude~

So i managed to stay awake on this very first working day in year of Tiger... what a boring day till 6pm. I thought i could just leave @ 6pm but guess what? thanks to all of the KL peoples wish... mother nature finally decided to pour a huge bucket of water towards Klang Valley. I was stucked in the office until 7pm. Ish~


a matter of the heart

Posted: 17 Feb 2010 06:54 AM PST

i'm on a plateu. since eight years ago. i've come to a point where i stop believing. in romance. dreams. and hopes. or even happy endings.

i choose to be in this pain. i think in a retarded way (why am i using this connotation often anyway? i've gone retarded), i have always wanted to stay in this pain. it's like i never did want to get pass the phase. the healing phase. the relationship i chose to be in was everything but real. and i knew it. right from the very beginning. i went on with it anyway because i knew it won't happen. i knew it is impossible. yet, it was a transition from being in pain to being afloat. neither here nor there. and not without hurting myself even worse than before.

it has made me realise i never did get over it. my political ranting is just a sign of my bitterness. nothing more. my rebellious attitude is merely a result of my inability to vent my anger and frustration else it be misconstrued as vandalism. my effort to portray how happy i am is just an indication of how just incapable i am of being one.

my rivals will scream with utter contentment. and my allies will weep with me. "Don't tell your problems to people: eighty percent don't care; and the other twenty percent are glad you have them"


at least i make some people happy today. that's the least i could do, right? (:


at the end of the day, the most important thing is, how do you pick yourself up (again and again) and run? i'm preparing my most comfortable shoes to start running really far, very soon. i hope i don't have to return back because i want to just continue running... never mind the exhaustion and pain, i just need to run...


Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Posted: 17 Feb 2010 06:25 AM PST

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

"Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

"Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini," katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

"Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi," katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang. -TVS


Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Di samping mengulas mengenai keterangan Mohd Saiful Bukhari di mahkamah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut menyeru hadirin supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia, dalam satu kempen 'bankrapkan Utusan Malaysia.'

"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.

"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.

Tambahnya, jika kempen itu dijalankan dengan bersungguh-suingguh, maka penerbit Utusan Malaysia boleh muflis dalam masa tiga bulan.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Gobind Singh Deo pula berkata penyokong Anwar tetap berani menangkis tohmahan terhadap ketua umum PKR itu, termasuk oleh bapanya sendiri Karpal Singh.

Sebelum itu, Karpal Singh dilaporkan berkata, memandangkan Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong juga berkata ketegasannya membangkitkan isu, juga menyebabkan beliau digantung daripada Dewan Rakyat selama setahun, tahun lalu.

"Bila saya tanya (Datuk Seri Najib Razak) apa yang terjadi kepada Altantuya Shaariibuu di dalam dewan, apa dia buat? Saya digantung daripada dewan.

"16 Mac ini saya akan masuk semula ke dewan dan (akan) tanya Najib semula," katanya.

Ketika memperkenalkan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin selepas itu, Gobind juga mengumumkan Nizar sebagai "menteri besar Perak yang sah."

Nizar dalam ucapannya selepas itu, tanpa membuang masa, mengulas mengenai keputusan mahkamah dalam menentukan siapakah antara beliau dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menteri besar perak yang sah.

"Tapi keputusan itu sudahpun kita jangka. Kita sudah agak ia akan berlaku begitu," katanya sambil menambah keputusan itu juga kini membuatkan semakin meningkatkanya penolakan rakyat Perak terhadap BN.

"Akibat keputusan hakim itu, sokongan kepada kita kini bertambah dan kini menggerunkan BN. Banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang mereka lakukan di Perak," katanya.

Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

"Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.

Anwar yang menaiki pentas kemudiannya berkata beliau telah mendapat pelbagai jolokan sepanjang menjadi pembangkang, termasuk sebagai 'ejen Cina', 'ejen Yahudi' dan juga 'pengkhianat Melayu.'

"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perbicaraan kes liwat ke atasnya itu merupakan satu usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak," katanya lagi.

Dalam ucapannya hampir satu jam, Anwar juga berkata kes perbicaraan liwat ke atasnya itu turut mendapat perhatian pemimpin ulama dunia, Dr Yusoff Qardawi yang telah menelefonnya berhubung perkara itu.

"Dia suruh saya bangkit dari tidur dan duduk di sejadah. Saya tanya kenapa, beliau jawab 10,000 orang pada masa itu dalam satu perhimpunan majlis zikir yang sedang berdoa untuk saudara," katanya lagi.

Selain itu, menurut Anwar, kes itu juga kini mendapat perhatian ulama tempatan termasuk pemimpin PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambahnya, Abdul Hadi akan mengulang cetak sebuah buku karangan presiden PAS itu berkaitan hukum qazaf yang ditulis 10 tahun lalu bagi menerangkan kepentingan kes itu didengar di mahkamah syariah. -dperbatasan



Air: BN Berniat Jahat Terhadap Kerajaan PR Selangor

Posted: 17 Feb 2010 06:08 AM PST

Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional telah membuat tawaran yang lebih lumayan kepada syarikat konsesi air di Selangor bagi mengambil alih asetnya.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang bimbang tindakan itu akan memaksa pengguna membayar harga lebih tinggi untuk bekalan air.

Kerajaan Selangor sebelum ini menawarkan untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi di bawah program penstrukturan semula industri air negara.

Namun pakej bernilai lebih lima billion ringgit yang di tawarkan oleh kerajaan negeri di tolak oleh Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas pada awalnya.

Abbas dan Splash kemudian dilaporkan telah menerima tawaran itu namun Puncak Niaga dan Syabas beralih ke kerajaan pusat untuk mendapatkan tawaran lebih baik.

Adalah difahamkan kerajaan pusat menawarkan 9.7 billion ringgit untuk mengambil alih aset keempat-empat syarikat berkenaan.

Apa yang membimbangkan ialah implikasinya kepada rakyat negeri Selangor.

"Kerajaan Negeri telah membuat tawaran yang munasabah kepada setiap konsesi terbabit tetapi nampaknya Kerajaan Pusat juga turut membuat tawaran. Apa yang kita bimbang adalah pemilik konsesi (sekiranya menerima tawaran Kerajaan Pusat) akan memindahkan kos (pembelian) kepada pengguna," tegas Dr Dzulkefly.

Beliau berkata kerajaan pusat harus menghormati hak kerajaan negeri berunding dengan syarikat konsesi berkenaan.

Menurutnya lagi, yang penting ialah rakyat tidak dibebankan dengan kos yang lebih tinggi akibat ghairah melindungi syarikat terbabit.

"Kerajaan Negeri masih lagi berharap, dan menegaskan keterlibatan Kerajaan Negeri mestilah berbaloi. Sekiranya Kerajaan Pusat mahu meneruskan tawarannya kepada pemilik konsesi, akhirnya ia akan bercanggah dengan matlamat penstrukturan air itu," jelas Dr Dzulkefly.

Beliau kesal kerana kerajaan Pusat meminta kerajaan negeri membuat rundingan, sebaliknya mengambil alih proses itu apabila pampasan yang ditawar oleh kerajaan negeri tidak disenangi oleh syarikat berkenaan.

"Melihat kepada perkembangan ini, kita merumuskan bahawa Kerajaan Pusat sekadar mahu melindungi Puncak Niaga dan Syabas kerana dua syarikat ini terbukti menanggung hutang yang banyak," kata Dzulkefly.

"Apa yang membingungkan saya adalah mengapa Kerajaan Pusat beria-ria mahu menyerahkan sistem air sebegini penting kepada mereka yang tidak berkeupayaan," tambah beliau. -TVS


Ku Li Jadi Mangsa UMNO BN Kelantan

Posted: 17 Feb 2010 04:50 AM PST

Barisan Nasional (BN) Kelantan dipercayai menggunakan agensi pelajaran negeri untuk menyebarkan risalah di sekolah-sekolah bagi memburuk-burukkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ekoran pendirian beliau bahawa Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus.

Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya ada menerima risalah berkenaan sejak seminggu lalu terutama selepas Tengku Razaleigh berucap pada satu forum mengenai isu pertikaian wang royalti di sini bulan lalu.

"Ya, memang risalah itu telah diedarkan... ramai guru dapat risalah yang memburuk-burukkan Tengku Razaleigh. Bahkan ramai juga murid-murid yang dapat risalah ini," kata seorang guru sebuah sekolah yang terletak di Kota Baru.

"Kalau tak silap saya, risalah ini keluar tidak berapa lama (hari) selepas Tengku Razaleigh mengadakan ceramah royalti di stadium (bulan lalu)," kata guru berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dia memberitahu ada pihak tertentu yang telah menghantar risalah berkenaan ke sekolah untuk diedarkan kepada tenaga pengajar dan murid-murid.

Seorang pemimpin Umno bahagian ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan mengedarkan risalah ini ketika ceramah royalti anjuran Umno Jumaat ini.

Ceramah akan disampaikan oleh Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Risalah itu memuatkan pandangan Tengku Razaleigh bulan lalu dan juga ketika di Parlimen pada tahun 2000 dengan tajuk besar "Ku Li tipu rakyat, Tok Guru Kena Tipu Pulak!"

Gambar Tengku Razaleigh dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dimuatkan pada risalah itu.

Sementara itu rakan kepada guru tersebut pula memberitahu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seolah-olah telah dipergunakan untuk memainkan peranan tersebut.

"Sebab pegawai-pegawai dari JPN bahkan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) ada bercakap pasal ini. Kalau hendak dikira itu tidak berkait langsung dengan bidang mereka," kata guru berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Awi.

Sambil itu beliau memaklumkan satu pertemuan dinamakan Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) telah diadakan di salah sebuah hotel dekat sini 1 Feb lalu.

Perkara yang disentuh pada pertemuan tidak pasti tetapi ia dihadiri oleh Mustapa sendiri.

Difahamkan selepas persidangan berkenaan satu perjumpaan khas Mustapa bersama pegawai JPN dan pengetua-pengetua sekolah turut diadakan.

"Pada perjumpaan khas itu memang ada bercakap pasal royalti. Setakat itu saja dapat saya beritahu. Dan, pengedaran risalah memburuk-burukkan Ku Li itu memang ada.

"Orang tengok pun pelik kan, majlis guru-guru atau Jabatan Pendidikan tapi Tok Pa (Mustapa_ yang hadir. Kalau orang tahu nampaklah agenda politik," katanya.

Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Tengku Razaleigh telah dilabelkan oleh Umno Kelantan sebagai menentang arus selain menyimpan agenda tersendiri.

Pemuda Umno Kelantan telah menggesa bekas pengasas dan pengerusi Petronas itu melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) menyertai PAS atau Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh menyampaikan pendiriannya pada ceramah royalti petroleum anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Baru, bulan lalu.

Malah beberapa pemimpin Umno juga telah mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan ke atas Tengku Razaleigh dalam isu berkenaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Besut hujung minggu lalu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memandang berat tindakan Tengku Razaleigh dan beliau perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Semalam, Mustapa yang juga yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata peruntukan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan yang dijangka disalur penghujung Mac ini akan bertumpu kepada golongan miskin. -MI


Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Anwar Untuk Gugurkan Pertuduhan Liwat

Posted: 17 Feb 2010 04:21 AM PST

MKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan di Mahkamah Rayuan apabila permohonanya untuk digugurkan pertuduhan liwat itu ditolak.

Tiga hakim mengambil pendirian laporan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan tiada bukti klinikal menunjukan Saiful Bukhari Azlan di liwat hanya keterangan sokongan dan bukan bukti muktamad.

Mahkamah sama juga enggan melayan permohonan Anwar supaya perbicaraan beliau di Mahkamah Tinggi ditunda bagi membolehkan proses rayuannya selesai di Mahkamah Persekutuan.

Meskipun Anwar menjangkakan keputusan hari ini, beliau terus bertekad untuk menggunakan saluran mahkamah bagi mendapatkan keadilan kerana tidak ada pilihan lain.

"Saya beritahu alasan peguam kuat tapi kita hendak jangka keputusan tegas hakim tidak mudah, terutama bila kita kaitkan penglibatan Datuk Najib dan Rosmah daripada awal. Walaubagaimanapun kita ikut proses undang-undang, peguam akan siapkan dan saya akan kemukakan rayuan,"katanya.

Keputusan sebulat suara di mahkamah rayuan hari ini dicapai oleh Datuk Wira Abu Samah Nordin yang bersidang bersama bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah.

Keputusan itu sebelum ini didokong oleh Mahkamah Tinggi namun di pertikaikan oleh pakar-pakar undang yang menegaskan harus ada laporan perubatan yang membuktikan berlakunya tusukan bagi mensabitkan jenayah seperti rogol dan liwat.

"Rayuan kami ditolak dan saya telah buat satu permohonan untuk ditanguhkan, itu pun ditolak. Ini bermakna kami akan failkan satu notis rayuan dalam satu permohonan untuk tangguh, esok pagi,"katanya.

Perbicaraan di mahkamah tinggi dijadualkan bersambung esok, dengan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi keputusan sama ada akan menarik diri kes itu kerana dianggap berat sebelah oleh pasukan peguambela.

Zabidin enggan bertindak terhadap utusan kerana dikatakan menyiarkan dua laporan fitnah mengenai keterangan mahkamah yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Hari ini Anwar ditanya oleh samada tindakan beliau meneruskan siri ceramahnya sejak dua minggu lalu selaku ketua pembangkang boleh dilihat sebagai menghina mahkamah.

"Apa yang telah saya katakan? Saya hanya menjelaskan proses undang-undang, saya tidak mereka cerita seperti Utusan Malaysia, saya tidak katakan ia (liwat) terjadi di atas katil. Jadi kenapa kamu mempertahankan Utusan? Tidak (menghina mahkamah), itu diinterprestasi kamu, kamu melaporkan kes itu, ia tiada masalah,"kata Anwar.



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan di Kedah semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri

Posted: 17 Feb 2010 04:36 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 15 — PAS mempersoalkan keiklasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

Justeru Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah "dijadikan modal politik murahan" untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

"Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.

"Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Mahfuz juga berkata, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

"Yang diwajibkan ialah umat Islam mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian," katanya.

Oleh itu soal beliau, apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.

"...rasuah, sapu duit rakyat dan salah guna kuasa.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunah Nabi?" soal beliau.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai "perbuatan menghalalkan cara."

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara," katanya.

Dalam hal ini, Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim.

"Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Lim sudah pun menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb.

Lim berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

(Source: The Malaysian Insider)


市廳建議數地段供選擇,東南亞花園居協快有會所

Posted: 17 Feb 2010 03:29 AM PST

《中国报》報導:吳志遠,攝影:李慶偉(八打靈再也17日訊)自1年前租賃地段合約屆滿后,八打靈再也廿一區東南亞花園居協面對會所"居無定處"窘境,隨著八打靈再也市政廳亮綠燈后,預料問題可于本月18日獲得解決!東南亞花園居協主席顏文凱指出,八打靈再也市長拿督莫哈末羅斯蘭于本月9日,在其辦公室召見居協代表,就此事進行磋商,尋出解決對策。他說,市長在對話會上,向他們建議6個位于輕快鐵軌道一帶的地點,並決定于本月18日再度召開會議,商討6個地段的利與弊。"不過,市長告訴我們,上述6個地段,只供短時期置放會所,一旦市政廳能找到更好的地點,會興建一座民眾會堂,讓居民使用。"民眾會堂後方最理想他說,市長在會議上表明,相信只有將居協會所置放在阿曼花園民眾會堂后方(靠近化糞池)是最理想的地段。他接受《中國報》訪問時時,希望市長能在已定下的日期,解決該會所落腳處問題,以免問題再度拖延下去。顏文凱指出,


Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Dekan UiTM

Posted: 17 Feb 2010 03:14 AM PST

Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menolak rayuan bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Md Saberi Md Salleh untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin, ketika membacakan keputusannya di sini turut menolak rayuan pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, yang didapati bersubahat melakukan penipuan itu bersama Md Saberi, kerana turut menandatangani dokumen berkenaan.

Pada 15 Oktober 2008, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman terhadap Md Saberi selepas didapati bersalah memperakui dokumen penerimaan palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600 sedangkan peralatan tidak dibekalkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di fakulti berkenaan di UiTM Shah Alam, antara 24 Mac hingga 2 April 1999 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mohd Zaki, yang menolak rayuan kedua-dua mereka daripada segi sabitan kesalahan dan pengurangan hukuman, kerana beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Zabariah Mohd Yusof tidak melakukan kekhilafan daripada segi perundangan semasa menjatuhkan hukuman itu.

Mohd Zaki berkata, dalam kes rayuan ini beliau hanya melihat jika ada faktor-faktor yang tidak selari daripada segi undang-undang dibuat oleh hakim sebelum ini dan bukan fungsi beliau untuk melihat hukuman yang dijatuhkan.

Dalam rayuannya, peguam bela kedua-dua perayu, Salim Bashir memohon mahkamah menimbangkan jasa Md Saberi sebagai ahli sukan taekwondo kepada negara dan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, susulan kes itu, anak guamnya berhenti daripada menjadi dekan fakulti itu dan kehilangan jawatan pengarah di beberapa institusi dan syarikat mengakibatkan Md Saberi kehilangan punca pendapatan.

Salim berkata, Zaleha pula menghidap penyakit kencing manis kronik dan beliau baru mendapat tahu anak sulungnya dikesan menghidap leukemia serta memerlukan perhatian dan rawatan manakala suaminya kehilangan pekerjaan.

Salim memohon mahkamah supaya anak-anak guamnya itu tidak dipenjarakan dan hanya dikenakan hukuman denda kerana ia adalah kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Roziza Sidek berkata, Hakim Mahkamah Sesyen sudah mengambil kira faktor-faktor seperti sumbangan Md Saberi dan masalah kesihatan Zaleha.

Beliau berkata, hukuman penjara minimum dua minggu dan maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah mandatori.

Roziza berkata, hukuman yang dijatuhkan terhadap kedua-dua perayu dikekalkan.

Mohd Zaki kemudian membenarkan membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, dan mengarahkan supaya pihak pembelaan memfailkan rayuan selewat-lewatnya esok.

Salim. ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan esok. - Bernama


The last time I demonstrated was against the Vietnam War!

Posted: 17 Feb 2010 01:27 AM PST








Today for the second time I demonstrated against a foreign government unnecessary involvement in Malaysia's day to day business. A group of Malaysians went over to the Australian High Commission to hand over a protest letter to the High Commissioner Penny William who did not come out to accept the letter from the leader of the demonstrators.
Fifty members of parliament from racist Australia are trying to force Malaysia to succumb to their whims and fancies.
I will write at great length on my participating in a demonstration againt the interference of Austrealia MPs on our business in my Malay Mail's column this coming Monday!


Qazaf Ditunda Untuk Lengahkan Anwar Dapatkan Keadilan Melalui Syarak

Posted: 17 Feb 2010 12:33 AM PST

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur terpaksa menunda perbicaraan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan kepada 10 Mac, berikutan kelewatan kerajaan Umno-BN menfailkan afidavit balas walaupun diberi dua minggu berbuat demikian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kelewatan itu disengajakan untuk melengah-lengahkan usaha beliau mendapatkaan keadilan mengikut hukum syarak.

Beliau sekali lagi menekankan keperluan Mahkamah Syariah memastikan proses perundangan Islam tidak dicemari dengan campurtangan parti pemerintah atau institusi yang dikawalnya.

Menteri Hal-ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum ini memohon membatalkan permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mendakwa Saiful di bawah undang-undangg qazaf.

Hakim Mohd Shukor Sabudin memberikan tempoh dua minggu untuk Jamil dan JAWI menfailkan afidavit bagi menyokong permohonan mereka itu dan menetapkan hari ini untuk mendengar hujah.

Namun kes berkenaan tidak dapat berjalan kerana peguam Jamil dan JAWI gagal mengemukakan afidavit.

"Saya tengok hakim masih memberi ruang walaupun pendakwa ambil sambil lewa, bagi arahan suruh jawap dua minggu, kalau macam ini prestasi, ada baik juga kerana saya terlibat dulu dalam mengangkat mahkamah syariah sekarang saya sendiri melihat prestasi" ujar Anwar.

Saiful mendakwa kononnya beliau diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu pada Jun 2008.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mensabitkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Justeru Saiful perlu menghadapi perbicaraan qazaf bagi membela dakwaannya itu dari sudut Islam.

Anwar mendakwa Saiful diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang disahkan menemui Saiful beberapa hari sebelum beliau membuat dakwaan itu pada Ogos tahun 2008.

Ketua pembangkang ini terkilan dengan cubaan terbuka Jamil dan Jawi untuk menghalang usaha perbicaraan qazaf terhadap Saiful seperti mana yang di tuntut oleh Islam.

Pertama agak aneh bagi Mahkamah Syariah atas tuntutan Menteri Agama atas arahan Umno untuk meminta Mahkamah Syariah tidak membicarakan isu qazaf ini kononnnya di luar bukan bidang kuasa dan dalam kes lain-lain dipertahankan di bidang kuasa mahkamah syariah.

"Sekarang kita yang mahu memperkukuhkan Mahkamah Syariah, menteri Ugama Umno ini minta bidang kuasa mahkamah syariah disempitkan" katanya lagi.

Kerajaan umno-Bn dilihat bertindak demikian kerana khuatir kredibiliti Saiful akan musnah sama sekali jika terbukti beliau membuat tuduhan palsu ke atas Anwar di Mahkamah Syariah.

Jamil memberitahu parlimen kononnya proses perundangan Islam hanya boleh dijalankan selepas perbicaraan kes sivil Anwar di Mahkamah Tinggi di mana Saiful menjadi saksi utama, sudah selesai.

Alasan itu ditolak oleh pakar-pakar perundangan sebagai cetek kerana pertuduhan qazaf adalah mengikut undang-undang Islam dan bebas daripada sistem undang-undang sivil.

"Saya harap Mahkamah Syariah ini dibersihkan dari unsur begini, menyekat bidang kuasa dan juga penglibatan orang yang terlibat dari segi taktik kotor atas mahkamah, kita kena jaga maruah baik Jabatan Agama, mahkamah syariah daripada dicemari orang-orang sebegini".



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mokhzani, Nazir, Raja Eleena di antara terkaya di Malaysia

Posted: 17 Feb 2010 12:19 AM PST

Mokhzani Mahathir, (gambar) anak kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Nazir Razak, adik perdana menteri Najib Abdul Razak adalah di antara 40 paling kaya di negara ini.

Senarai penuh 40 jutawan dan 'billionaire' ini tersiar dalam kajian majalah terbitan dua minggu sekali 'Malaysian Business' keluaran 16 Februari ini.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kekayaan 40 mereka paling kaya dinilai berdasarkan pegangan saham mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga setakat 15 Januari tahun ini.

Nazir Razak, 41, dari Kumpulan CIMB muncul buat pertama kali dalam senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya pada kedudukan nombor 40 dengan kekayaan bernilai RM345 juta.

Mokhzani, 47, menduduki tempat ke 20 dengan nilai bersih lebih dari RM1 bilion melalui pegangan sahamnya dalam Kencana Petroleum.

Raja Eleena Azlan Shah, 48, dari Gamuda dan anak kepada Sultan Perak berada pada kedudukan ke 35 dengan anggaran kekayaan bernilai RM515 juta.

Empat puluh terkaya rakyat Malaysia mencatatkan peningkatan kekayaan terkumpul bernilai RM156.7 bilion sehingga setakat 15 Januari atau 63% lebih tinggi, dari sejumlah RM96.3 bilion setahun yang lalu, berikutan pemulihan pasaran saham.

Bagaimanapun mengikut kajian majalah itu, kekayaan terkumpul mereka adalah berkurang berbanding dengan RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.

Paras kedudukan FBM KLCI telah meningkat 44.3% sejak kajian terbaru dijalankan memandang ekonomi bergelut untuk pulih kembali berikutan krisis kewangan global.

Kajian itu juga mendedahkan hampir separuh dari senarai tersebut mencatat perningkatan 50% atau lebih. Terdapat lebih ramai bilionaire tahun ini iaitu seramai 22 orang, lebih lapan dari tahun lepas.

Robert Kuok, 84, dari Kuok Group yang melucutkan gelarannya sebagai 'Sugar King' tahun lepas, masih berada di puncak dengan nilai kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion dari RM26.6 bilion setahun lalu.

Tycoon media dan telekomunikasi Ananda Krishnan, 70, menduduki tempat kedua, dengan nilai kekayaan sebanyak RM27 bilion.

Lee Shin Chen dari IOI Corporation, 69, menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh banker Teh Hong Piow, 78, pada RM10.86 bilion.

Lim Kok Thay, 56, dari Genting Group, bernilai RM10.38 bilion, melangkah 10 anak tangga pada tempat kelima. Ini berikutan beliau mewarisi sebahagian besar kekayaan mendiang bapanya, Lim Goh Tong.

Quek Leng Chan dari Hong Leong Group, 67, menduduki tempat keenam pada RM7.09 bilion sementara Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary bernilai RM6.01 bilion, di tempat ketujuh.

Termasuk dalam senarai 10 terkaya ialah isteri mendiang Goh Tong, Lee Kim Hua, 79, Tiong Hiew King, 78 dari Kumpulan Rimbunan Hijau dan Vincent Tan, 56 dari Berjaya Group.

Terdapat lima muka baru dalam senarai selain Nazir Razak. Mereka ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, dua beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang kembali ke dalam senarai setelah tercicir setahun lalu.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lintas Lansung Keputusan Rayuan DSAI

Posted: 17 Feb 2010 12:05 AM PST

Mahkamah Rayuan hari ini akan membuat keputusan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan konspirasi kedua.


3.00 pm: Semua sudah berada dan bersedia untuk pendengaran keputusan

3.07 pm: Hakim membacakan keputusannya...

3.15 pm: Peguam pembela telah menyatakan dengan tegas bhawa pertuduhan adalh bersifat opresif dan menyalahgunakan proses mahkamah.

3.20 pm: Hakim membuat penelitian keatas fakta-fakta yang diberikan oleh kedua-dua pihak

3.25 pm: Daripada kes-kes yang disebutkan oleh hakim, ia menjurus seperti rayuan Anwar akan ditolak.... kita tunggu..

3.28 pm: Kes-kes yang dibacakan oleh hakim menunjukkan hakim tidak mempunyai kuasa untuk menolak pendakwaan

3.35 pm: Kami telah membuat pertimbangan yang teliti terhadap rayuan, kami dapati Laporan HKL tidak konklusif tetapi "corrobotive" (menyokong)

3.37 pm: Pihak pembela tidak dapat menunjukkan pertuduhan ke atasnya bersifat opresif dan menyalahgunakan proses mahkamah. ( Da semakin jelas keputusannya..)

3.38 pm: Rayuan ditolak. Peguam pembela, Karpal Singh memohon penangguhan keputusan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

3.40 pm: Hakim menyatakan permohonan yang teratur oleh pembela belum dilakukan. Karpal menghujjahkan sebab mengapa penangguhan perlu diberikan.

3.43 pm: Pihak pendakwa bersetuju dengan pihak mahkamah bahawa permohonan hendaklah difailkan terlebih dahulu.

3.45 pm : Karpal berhujjah, di dalam kes ini semua jenis halangan diletakkan di pihak pembela

3.46 pm: Mahkamah berhenti 15 min untuk para hakim berbincang di dalam kamar. Karpal telah merayu supaya prosiding kes ditangguhkan sehingga rayuan dibawa ke Mahkamah Persekutuan


Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Yang mendengar kes ini (dari kiri):
Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah, Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud


4.00 pm: Para hakim belum keluar dari kamar

4.02 pm Permohonan Karpal ditolak. Permohonan yang teratur hendaklah difailkan terlebih dahulu.

TAMAT KEMASKINI


贪污案交总检察署决定下一步行动——总检察长应尽快交代

Posted: 17 Feb 2010 03:29 AM PST

新上任反贪污委员会主席拿督阿布卡欣在2月初接受网络媒体《当今大马》时事评论员KJ约翰及总编辑颜重庆的非正式会谈时表示,该会曾经建议提控前国际贸易及工业部长拉菲达阿兹,但是副检察司却因为证据不足而不提控拉菲达。 阿布卡欣这番话虽然不能根除公众人士对反贪污委员会的负面印象——即反贪污委员会无法公正不阿地调查贪污案件,但是这番话也说明在反贪污的过程之中,总检察署所扮演的角色也是非常重要。 一宗贪污案件是否能够在反贪污委员会完成调查之后提交到法庭审理,决定权落在总检察署的身上,不是反贪污委员会。 和警察部队一样,警方针对任何刑事案件完成调查之后将会把调查报告和所获得证据交给总检察署审核。如果证据足够,总检察署将会把案件带上法庭审理。问题在于,一个案件的证据是否充足完全由总检察署来决定。 根据联邦宪法第145章第3条款,除了在回教法庭、土著法庭和军事法庭的案件外,


Kes Qazaf Anwar Ditangguh 10 Mac

Posted: 16 Feb 2010 09:23 PM PST

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan awal bulan depan untuk sebutan semula mendengar kes qazaf difailkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh sebutan yang sepatutnya diumumkan hari ini ditangguhkan kerana peguam-peguam Anwar tidak dapat mengemukakan afidavit balas terhadap bantahan awal, pagi ini.

Kesnya akan disebut semula pada 10 Mac.

Peguam syarie Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman berhujah bahawa mereka tidak cukup masa untuk memfailkan afidavit kerana pemohon mengemukakan bantahan awal mereka sebelum sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu.

Kamar juga mempersoalkan mengapa responden mengemukakan bantahan awal sedangkan tidak menjawab permohonan awal dikemukan pihaknya.

Justeru mahkamah mengarahkan kesemua pihak terlibat agar memfailkan afidavit-afidavit yang relevan sebelum 10 Mac.

Pada bulan lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan pendakwa raya mengemukakan jawapan balas sebelum 17 Feb ini berhubung permohonan Anwar supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan yang diketuai peguam Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu mahkamah mereka akan mengemukakan bantahan awal berdasarkan tiga isu terhadap permohonan Anwar itu.

Tiga isu itu ialah mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, untuk mewakili Anwar.

Zulkifli tidak berada di mahkamah hari ini kerana menghadiri persidangan antarabangsa di Korea Selatan.

Zainul Rijal memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan bantahan awal tersebut sebelum tarikh sebutan yang telah ditetapkan itu.

Pada 7 Jan lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful, 24.

Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam wilayah, Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu. -MI Foto :BH


Kes Qazaf Ditangguh Hingga 10 Mac

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menunda perbicaraan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan kepada 10 Mac.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu untuk mendengar bantahan awal daripada pihak kerajaan yang mahu membatalkan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkaan keadilan mengikut hukum syarak .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan meminta membatalkan permohonan Anwar mendapatkan perintah mahkamah untuk mendakwa Saiful di bawah undang-undangg qazaf kerana mendakwa kononnya beliau diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mensabitkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Anwar mendakwa Saiful diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang disahkan menemui Saiful beberapa hari sebelum beliau membuat dakwaan itu pada Ogos tahun 2008.
Tiga responden yang dinamakan dalam permohonan Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di ibu pejabat JAWI terhadap Saiful kerana membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Namun JAWI tidak mengambil tindakan membawa pertuduhan qazaf terhadap Saiful walaupun menjalankan siasatan untuk tempoh lebih setahun.

Datuk Jamil pula memberitahu Parlimen bahawa perbicaraan di mahakamah sivil terhadap Anwar harus dibereskan terdahulu sebelum sebarang perbicaraan di mahkamah syariah dijalankan.

Alasan itu ditolak oleh pakar-pakar perundangan sebagai cetek kerana pertuduhan qazaf adalah mengikut undang-undang Islam dan bebas daripada sistem undang-undang sivil. -TVS



No comments: