Friday, March 5, 2010

#1 US MLM Inc. 500 Business Now Launching Into Malaysia - www.malaysianlaunch.com - www.melaleuca.com.my - www.melaleuca.com, Melaleuca Inc

#1 US MLM Inc. 500 Business Now Launching Into Malaysia - www.malaysianlaunch.com - www.melaleuca.com.my - www.melaleuca.com, Melaleuca Inc


#1 US MLM Inc. 500 Business Now Launching Into Malaysia - www.malaysianlaunch.com - www.melaleuca.com.my - www.melaleuca.com, Melaleuca Inc

Posted: 05 Mar 2010 10:12 AM PST


Yet again, I was introduced to a MLM company last Thursday. It is the #1 US MLM Inc. 500 Business Now Launching Into Malaysia.
It is HOT! ;) Trust me. The name of the company is Melaleuca, Inc.

From Wikipedia, the free encyclopedia

This article is about the direct-consumer company; for the genus of plants, see Melaleuca
Melaleuca, The Wellness Company is a $887 million nutritional, cosmetic, and personal care products company founded in 1985 and headquartered in Idaho Falls, Idaho, USA.

MLM is certainly not for me. Well, let us see how HOT it is...Will it LAST or DIE fast? Time will tell.


on occasion of women’s day on march 8…

Posted: 05 Mar 2010 09:19 AM PST

International Women's Day Celebrations

Come and Join International Women's Day Celebrations this weekend March 6 & 7, at Town Hall in  Esplanade. The Penang state Women, Family and Community Dev is organising a month long International Women's Day (IWD) celebration. This year marked the 100th year of IWD. Attached is the detailed program schedule.


MARCH 6 (SAT) , Town Hall, Jalan Padang Kota Lama, Esplanade
9am-5pm: Ground Floor, Town Hall

WCC/PPW Single Mothers and children Event.

40 single mothers and their chidren are invited for a special session of being given a family portrait and self portrait volunteered by Help Portrait Penang, Malaysia – an international movement of of volunteer photographers taking portrait for the underprivileged. This is the first time it is happening in Malaysia and Penang marks the first place it is taking place! Besides taking photographs, the families will be treated with food and games.

Auditorium, Town Hall; Sharing Life Experiences
9-1pm ( Mandarin Session)
Family and Career: Ms Hong Ying Chieh, Kwong Wah Jit Poh Press
Women Rights and Society in Politics: YB Chong Eng, Bk Mertajam MP
Life of a Career Woman: Ms Joan Cheong, Consultant Management
Audience participation

2-4pm: Sharing Life Experiences (contd) English
Family and Career: Dr Khoo Seok Wah, Vanessa Diamonds
Women's Rights and Society in Politics: Dr Cecilia Ng, Visiting Professor, Kanita, USM
Business and Career Women: Ms Daisy See, Group Managing Director, Hunza Properties.
Audience Participation

8.00-9.30pm: Auditorium
Performance Show: Gamelan Music USM
Drama: by Belia Dramatis Pulau Pinang

Mar 7 (Sun), Auditorium, Town Hall Forum
Forum & Seminar Memperkasakan Golongan Wanita"
10am-6pm: The day long event will have multimedia presentation, women's rights and presentation on role of state and ways to empower women. ( see attached program for details)



WHY STUDENTS BRING HANDPHONE TO SCHOOL

Posted: 05 Mar 2010 09:00 AM PST

mobile phone,cellular phone,cell phone


'Porn Star' Chua leading in the race for MCA chief

Posted: 05 Mar 2010 08:40 AM PST

According to an MCA leader, the level of support among the party delegates for Ong is 20%, Liow 30% and Chua 50%.

The party is literally divided into at least four political forces - NONEone group is headed by incumbent president Ong Tee Keat, another by deputy president Dr Chua Soi Lek, the third by vice-president Liow Tiong Lai and lastly, the fourth is linked to former president Ong Ka Ting and his elder brother Ong Ka Chuan.

According to Puchong MCA division vice-chairman Theng Book, Chua has the biggest support, with at least one third of the party delegates behind him while the other delegates were very much divided.


program sambutan 2 tahun kerajaan PR

Posted: 05 Mar 2010 09:13 AM PST



penang forum: has anything changed after 2 years?

Posted: 05 Mar 2010 09:09 AM PST

are you attending this penang forum? have you registered already? the closing date is yesterday actually but i think you can still register. i had registered of course and will be going to the forum. why not, when i did attended the forum last year.  last year, together with friend christina, we went and registered under 'bangsa malaysia penang'. well we are still members of bangsa malaysia but this time the name had been changed (as according to haris ibrahim and team). we'll call oursevles as SABM – saya anak bangsa malaysia instead.

Date: Sunday, 7 March 2010
Time: 8.30am
Venue: Kompleks Masyarakat Penyayang, Penang
Organiser: Penang Forum Working Group

The call in 8 March 2008 was for change. The Pakatan Rakyat has ruled Penang since then. Two years later, what has changed? What has the new Penang State Government achieved or has it lost its way? Are there obstacles we don't know about? How has the State Government responded to calls from civil society, not least the Penang Forum, for changes in the Penang Agenda? Where are we up to and what can we map out for ourselves and for the State Government?

The Penang Forum Working Group cordially invites you to participate in this timely stock take and make suggestions for the betterment of Penang.

(for further details, please visit its website).



Khalid ‘Saya hampir letak jawatan MB kerana isu lembu, kereta’

Posted: 05 Mar 2010 09:07 AM PST

Tan Sri Khalid Ibrahim buat kali pertama mengakui beliau hampir-hampir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor — tidak sampai setahun dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat — gara-gara tuduhan terlibat dalam rasuah awal tahun lalu.

Khalid, Pengerusi PKR Selangor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih bulan lalu.

Ketika ditanya tentang detik paling pahit selaku Menteri Besar Selangor sepanjang dua tahun lalu, Khalid berkata beliau telah diminta oleh isterinya Puan Sri Salbiah Tunut supaya meninggalkan sahaja kepimpinan kerajaan negeri dengan mengeluarkan sejumlah wang daripada simpinan mereka untuk didermakan kepada parti, dipercayai sebagai "pampasan" peribadi mereka.

"Disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan isu lembu (untuk korban Hari Raya Aidiladha) dan penyelenggaraan kereta... saya sendiri pun tidak tengok lembu.

"Saya datang untuk memberi khidmat kepada masyarakat tetapi berhadapan dengan dakwaan macam ini..." kata beliau yang menyifatkan ia sebagai detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya.

Khalid memberitahu beliau hampir mengambil tindakan itu apabila akhbar New Straits Times menyiarkan laporan muka depan dengan gambar mendakwa terlibat dalam amalan rasuah.

"Di sini saya berada membuat khidmat sosial, saya rasa tak sepatutnya berurusan dengan perkara macam ini," kata Khalid sambil menambah, akhirnya membuat keputusan bahawa tidak wajar berbuat demikian kerana tidak membuat apa-apa kesalahan.

"... tetapi saya tidak buat salah, jadi tidak perlu melarikan," kata beliau.

"Dengan memberikan khidmat kepada komuniti saya bertahun-tahun lamanya, saya tidak wajar dilayan dengan perkara ini... sangat 'nasty', sangat, hendak mahu mengambil deposit... kemudian kami menghadapinya," kata beliau yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie.

Difahamkan ini kali pertama beliau disiasat oleh SPRM.

Tokoh korporat yang menyertai bidang politik bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri, dan menang kedua-duanya.

Pada 3 Feb 2009, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa melibatkan Khalid.

Laporan itu meminta SPRM menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.

Gerak juga menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Khalid.

Gerak mendakwa bahan bukti yang diterima pihaknya menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Ia membuat laporan kepada SPRM terhadap Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008 untuk diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Mengenai serangan Umno-BN terhadap dirinya dan kerajaan negeri, Khalid mengakui beliau berhadapan dengan serangan bertubi-tubi yang pedas sepanjang tahun pertama memimpin kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata beliau, serangan itu berkurangan sepanjang tahun kedua.

"Tahun pertama memang serangan panas, tetapi tahun kedua mereka sudah memindahkan tembakan ke arah orang lain," katanya.

Mengenai amalan rasuah, Khalid memberitahu beliau berpendapat bahawa ia hanya boleh diminimumkan menerusi pentadbiran yang efektif dan telus.

"Sepanjang enam bulan pertama, mereka (kakitangan awam) memerhatikan sama ada kami ada tabiat yang sama seperti pentadbiran BN.

"Itu sebanya mereka melihat pada (isu) lembu... saya telah mengingatkan kakitangan saya bahawa kita tinggal di rumah kaca dan setiap orang akan membuat pemeriksaan terhadap kita," katanya.

Bagaimanapun Khalid menegaskan, beliau tidak boleh mengatakan tiada amalan rasuah langsung tetapi berharap ia boleh diatasi dengan menyemai budaya baru.

Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang perangkaan bagi menunjukkan perubahan yang dimaksudkan, Khalid berkata: "Saya tiada angka."

"Bagaimanapun bilangan pegawai SPRM di Selangor jauh lebih ramai berbanding negeri-negeri bukan pimpinan PR," kata beliau menggambarkan pemerhatian yang ditumpukan ke atas negeri Selangor. -MI




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lompat parti : “Ia berlaku kerana pengaruh wang” - Latheefa Koya

Posted: 05 Mar 2010 08:49 AM PST

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti sekali gus mahu mewujudkan 'barisan merdeka' bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba.

"Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu bersaing dengan Barisan Nasional (BN) apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan.

"Rancangan dahsyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini. Krisis di Perak adalah antara kes yang jelas di mana kejadian memanipulasi kewangan jelas kelihatan.

"Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya," kata Ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.

Tambah beliau, pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang menurut jejak langkah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng adalah sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Malangnya, kata Latheefa, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini.

"Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN.

"Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik tidak mengejutkan kami," kata Latheefa Koya lagi.

Menurut beliau, selepas peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.

Kata beliau, Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China.

"Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR, tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya.

"Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit," jelas beliau.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, kata Latheefa, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini.

"Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Sejak pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

"Kami menyeru rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik," kata Latheefa Koya lagi. -erapakatan


Brown Eyed Girls’ Get Used wallpaper

Posted: 05 Mar 2010 08:24 AM PST

Wallpapers of Get Used Jeans [Kr], featuring Korean pop group Brown Eyed Girls for its 2010 spring/summer collection [click image for full 1024x768 size]…

Korean pop group Brown Eyed Girls for Get Used jeans wallpaper

Read the rest of this post »

Brown Eyed Girls' Get Used wallpaper from YeinJee's Asian Blog


Entertainment roundup (March 6, 2010)

Posted: 05 Mar 2010 07:55 AM PST

Japanese actress Erika Toda on Young Jump magazineEntertainment snippets from various sources…

Hong Kong… pop duo Twins reunited for the first time since Gillian's unfortunate sex photo scandal [1]. Actor-director Stephen Chow is set to make his Hollywood acting-directorial debut with movie Tai Chi, co-starring Jack Black and Anne Hathaway [2].

Japan… two Erika's news. Erika Toda (pic) looking nice on Young Jump Magazine [3]; and controversial star Erika Sawajiri is making her comeback [4].

K-pop… BoA will be back with a Korean album in August, which will be her first since 2005 [5]; Korea's youngest idol group D-NA making debut [6]; and check out the making of SNSD's Oh! music video [7].

K-fashion… Kim Min-hee for Decadence [8]; and Gong Yoo for Mind Bridge [9].

Entertainment roundup (March 6, 2010) from YeinJee's Asian Blog


Broker Lompat Parti Sah Ada Memohon CEO Kumpulan Peransang

Posted: 05 Mar 2010 07:45 AM PST

Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu, lapor harakahdaily.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca beliau meletak jawatan Setiausaha Agung KEADILAN, kata kenyataan rasmi dari Pejabat MB Selangor.

Kenapa?

Persoalan kenapa Salehudin sebagai bekas Setiausaha Agung KEADILAN sanggup bertindak menikam partinya serta rakan karibnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi fokus utama.

Ini berikutan kehadiran Salehuddin pada setiap kali anggota Parlimen KEADILAN membuat pengumuman keluar dari parti itu.

Salehuddin pula membuat kenyataan, satu pertiga anggota parlimen PKR iaitu kira-kira 10 orang akan berbuat demikian. Jika kesemua 10 orang itu menyokong BN, ia akan membolehkan parti yang memerintah negara sekarang (BN) mendapat kembali kuasa 2/3 nya yang hilang dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

Langkah Salehuddin umpama cerita drama dalam filem polis apabila penjahat menahan sekumpulan tebusan dan membuat tuntutan dari pihak tertentu. Penjahat itu akan menembak satu persatu tebusannya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.

Sehingga kini, sudah tiga 'tebusan dibunuh' dan akan terus 'membunuh' jika tuntutannya tidak diterima. Tidak diketahui apakah tuntutan Salehuddin dan dari siapakah tuntutan itu ditujukan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataannya berkata, Salehuddin marah apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang bergaji RM50,000 sebulan ditolak.

Syed Husin juga berkata, Salehudin dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN.

Dalam jawapan balasnya, Salehuddin berkata, Anwar yang meminta beliau menjadi CEO Kumpulan Perangsang untuk kepentingan perjuangan KEADILAN dan dia telah berkata kepada Anwar akan menjadi CEO dengan syarat dibayar gaji RM1 sebulan.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Rangka Dalam Gobok.

Posted: 05 Mar 2010 07:33 AM PST

Setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan Amran, Shahira amat bahagia sekali bersama suaminya seorang jurutera awam dan anak kecilnya Alicia.

Dia sentiasa menjaga makan minum suaminya dengan baik dan memberi kasih sayang yang melempah ruah untuk keluarganya.
Bekerja sebagai seorang guru, menerusi ijazah jarak jauh, Shahira sekarang sudah berjaya meraih ijazah dalam bidang pendidikan.

Tetapi Amran tidak pernah tahu bahawa Shahira pernah mempunyai seorang kekasih.

Shahira pernah jatuh cinta dengan seorang ahli perniagaan yang berkeluarga.
Berasal dari keluarga yang susah, bapa Shahira hanya bekerja kampung dan abangnya mengidap penyakit depression. Ibunya pula selalu sakit.
Oleh kerana selalu tidak cukup wang dan ibubapanya mengharapkannya, Shahira akan sentiasa meminta bantuan dari kekasihnya Rahim.
Kepada Rahimlah, dia akan mengadu dan menangis..tangisan buaya.

Dalam menjalinkan cinta dan selalu memadu asmara dengan Rahim, macam2 telah diminta dari boyfriendnya yang dua kali ganda umurnya.

Shahira pada mulanya ingin berkahwin dengan Rahim.
Rahim pun begitu.
Bagaimanapun pada suatu hari, dia ternampak Rahim bercakap dengan manis mesra dengan Si Minah comel, anak Pak Busu.

Merasa cemburu, dengan marahnya dia enggan bercakap dan bertemu dengan Rahim.

Dalam keadaan terdesak dan angau, Rahim telah menulis sepucuk surat cinta yang mendayu2 dan merayu Shahira pulang ke pangkuannya.
Dalam surat itu jugak dia mengungkit, membangkit segala wang ringgit dan hadiah2 mahal yang telah Shahira selalu minta belikan.
Dia menyatakan kasih sayangnya yang tidak terhingga kepada Shahira dan menyatakan perempuan itulah kekasih sejatinya..

Maka, dengan tidak disangka2, Suzy isteri Rahim terjumpa surat cinta yang belum sempat dihantar tu didalam kereta.

Dengan sedih dan kecewa, Suzy telah menanya samada betulkah Rahim cinta kepada Shahira dan mahu berkahwin dengannya.

Bermulalah satu pergaduhan suami-isteri dan Rahim mengeluarkan kata2 bisa yang tidak sepatutnya.

Apabila Shahira mendapat tahu tembelang mereka sudah pecah, dia bercadang untuk memutuskan hubungan cintanya dengan Rahim.
Tetapi sebelum itu, dia tetap meminta wang dan bermacam2 lagi dari Rahim supaya keluarganya tidak terus susah.

Dan apabila bertemu dengan Amran, kerja mencukur pun ditamatkan.

Dia tidak menyedari perbuatannya telah membinasakan sebuah rumahtangga..berlakulah keretakan yang berpanjangan dan sukar diubati.

Amran tidak tahu..rahsia ini hanya diketahui oleh ibubapa Shahira.

Satu hari pintu gobok akan terbuka jua.

p.s. cerpen tapai pulut!


Girls’ Generation wants you to eat chicken

Posted: 05 Mar 2010 07:13 AM PST

Korean commercial for Goobne Chicken, featuring pop group Girls' Generation

Read the rest of this post »

Girls' Generation wants you to eat chicken from YeinJee's Asian Blog


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

WEEKEND VIEW: Better to be inside than to bark from the outside

Posted: 05 Mar 2010 06:45 AM PST

ANTHONY SB THANASAYAN, our President, has been in the news lately.

His interview in The Sun  last Wednesday appears to be one of his most controversial to date.

He was reported in the daily to be supporting the Selayang Municipal Council's (MPS) dog pound in Rawang.

A stance which had apparently raised the hackles of some dog lovers and one or two animal welfare nongovernmental organisations.


Doa Dan Harapan TGNA Termakbul, Anuar Manan Lakar Sejarah LTdL

Posted: 05 Mar 2010 07:20 AM PST

Doa dan harapan serta sentuhan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang berharap peserta Malaysia dapat meraih kejayaan cemerlang dalam perlumbaan tahunan itu supaya ia dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, termakbul hari ini apabila Anuar Manan melakar sejarah selepas menjadi pelumba Malaysia pertama muncul juara perlumbaan peringkat pada peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL), hari ini sejak ia dimulakan 15 tahun lalu.

Anuar yang mewakili pasukan South Korean Guemsan Ginseng Asia memenangi perlumbaan sejuh 111.5 kilometer dari bandar Muar ke Port Dickson. Beliau juga memenangi jersi hijau dan biru.

Datuk Nik Abdul Aziz sebelum ini telah melahirkan kesyukuran kerana Kelantan menjadi pusat pelepasan acara perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010. Petikan berita 28 Feb lalu:

Beliau juga berharap peserta Malaysia dapat meraih kejayaan cemerlang dalam perlumbaan tahunan itu supaya ia dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Beliau telah turut meraikan pelumba-pelumba basikal LtLD pada majlis makan malam sebelum hari perlumbaan malah telah turut serta di hari pertama perlumbaan sekalipun acara "flag-off" sepatutnya dilakukan oleh Datuk Nik Abdul Aziz telah dirampas tanpa rasa malu oleh Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Awang Adek Hussin.

Anuar, 24, yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia, menjuarai peringkat kelima sejauh 111.5km itu setelah mengetepikan tentangan sengit lawan sehingga ke garisan penamat.

Keputusan iu menjadikan beliau pelumba Asia ketujuh yang memenangi peringkat perlumbaan LTdL sejak ia mula dipertandingkan pada 1996 serta merupakan pelumba kedua dari Asia Tenggara yang menang peringkat selepas pelumba Indonesia, Samai Amari, dari pasukan Le Tua pada tahun lepas.

Selain itu, jersi hijau (raja pecut) yang dirampas oleh Michael Matthews dari pasukan Jayco-Skins pada peringkat keempat berjaya diambilnya kembali hasil kemenangan hari ini yang termasuk satu zon pecutan di Umbai, Melaka.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana telah mencapai sasaran untuk memenangi satu peringkat perlumbaan LTdL malah berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan hari ini.

Anuar, yang turut mengekalkan jersi biru selaku pelumba terbaik Asia, berkata pada peringkat kelima ini, rakan-rakan dari pasukan Malaysia dan Marco Polo Cycling telah membantunya untuk mengatasi Matthews.

Jadi secara tidak langsung saya serta rakan sepasukan (Geumsan Ginseng Asia) dapat menyimpan tenaga untuk mengatur strategi bagi pecutan terakhir di garisan penamat," katanya.

Anuar berkata beliau turut menggunakan taktik baru pada peringkat kelima ini dengan menumpukan usaha untuk memenangi peringkat perlumbaan yang turut menawarkan mata untuk jersi hijau selain daripada tiga zon pecutan.

Pada empat peringkat awal, saya menumpukan usaha untuk mengambil mata di zon pecutan manakala Matthews menggunakan rakan-rakan senegaranya dari Australia dari pelbagai pasukan untuk mengacau saya daripada mengutip mata.

"Matthews sendiri pula menumpukan perhatian untuk mencuri mata dengan memenangi peringkat perlumbaan seperti yang dilakukannya dengan memenangi peringkat pertama dan ketiga," katanya.

"Anuar turut menjelaskan semua rakan sepasukannya telah memainkan peranan terutamanya dua rakan sepasukannya, Takeshi Igarashi dan Kim Yeong Uk, yang membuka ruang yang baik kepadanya untuk memecut ke garisan penamat.

Mengenai peringkat keenam esok yang mempertandingkan tiga zon pecutan dan pendakian ke puncak Genting Highlands, Anuar berkata beliau telah bersedia untuk mengutip sebanyak mata yang termampu.

"Malah saya yakin akan dapat menamatkan perlumbaan di puncak Genting Highlands mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan prestasi semasa saya ketika ini," katanya.

Jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan kekal milik pelumba kelahiran Jerman, Tobias Erler yang beraksi untuk pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Cycling, dengan masa keseluruhan 17 jam 59 minit 23 saat.

Jersi polka dot selaku raja bukit turut kekal dimiliki pelumba pasukan Drapac Porsche, Peter McDonald, yang mengumpul 11 mata walaupun tidak mengutip sebarang mata pada satu zon pendakian hari ini.

Pelumbaan peringkat keenam esok akan bermula di Putrajaya dan tamat di Genting Highlands, sejauh 102.8km. Perlumbaan melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Harussani Tokok-tambahkan Cerita - Ust Ahmad Awang

Posted: 05 Mar 2010 05:24 AM PST

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.


Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.
- malaysiakini


Dari Blog Ust Ahmad Awang
entri bertarikh 19 Jun 2009


Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato' Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato' Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato' Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.


Pendedahan Ustaz Ahmad Awang Semasa Muktamar 55






This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BBC Selangor Teguh Bersama PR, Kutuk Mereka Yang keluar Parti

Posted: 05 Mar 2010 04:57 AM PST

Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor terus menyatakan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan kepimpinan di bawah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Pengerusi BBC, Dr. Abd Rani Osman mengutuk tindakan keluar parti oleh ketiga-tiga orang Ahli Parlimen kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal dan Bagan Serai, iaitu Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas.

"BBC melihat tindakan yang membelakangi mandat yang diberikan rakyat ini sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PR.

"Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada PKR dan mahu membina barisan indipenden bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan," kata Timbalan Pengerusi BBC Selangor, Dr Abd Rani Osman.

Dalam pada itu, beliau megutuk alasan diberikan oleh mereka yang keluar parti baru-baru ini merupakan jalan mudah semata-mata untuk menutup kelemahan peribadi dan cara kerja yang semakin merosot di pandangan mata rakyat.

Abdul Rani berkata BBC di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan EXCO akan sentiasa bekerja keras untuk membangunkan Selangor.

"Di bawah konsep besar Merakyatkan Ekonomi Selangor, kerajaan PR Selangor telah membawa perubahan dalam mentadbir kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan dahulu. Pelbagai program telah dilancarkan untuk memanfaat golongan anak-anak kecil, pemuda yang menuntut di IPT dan golongan usia emas.

"BBC juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. BBC juga bergiat aktif dalam kesemua jawatankuasa tetap dan jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan Dewan Negeri Selangor untuk memantau pentadbiran," tegas Dr Rani.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Najib Akan Rasmikan AGM MCA Yang Lintang Pukang Ahad Ini, Pemilihan Baru MCA 28 Mac

Posted: 05 Mar 2010 04:49 AM PST

MCA akan mengadakan pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu pada 28 Mac, kata setiausaha agungnya, Datuk Wong Foon Meng, hari ini.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) yang dijadualkan pada Ahad ini juga diteruskan. Wong berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan mesyuarat agung parti itu.

Wong juga berkata CC mengarahkan sayap Pemuda dan Wanita parti itu mengadakan AGM mereka esok seperti yang termaktub dalam peraturan parti bahawa kedua-dua sayap parti wajib mengadakan mesyuarat itu selaras dengan badan induk mereka.

Usaha itu dilihat sebagai tindakan terdesak oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat untuk cuba melakukan sesuatu pada saat terakhir untuk Mengecewakan 'penentangnya' - Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datuk Paduka Chew Mei Fun.

Wong juga meminta kedua-dua pergerakan Wanita dan Pemuda MCA supaya mengambil tindakan yang sama dengan badan induk itu.

Bagaimanapun Wong berkata jawatankuasa pusat (CC) tidak mempunyai kuasa bagi memaksa mereka membuat pemilihan semula.

Beliau juga mengumumkan bahawa perayaan ulang tahun MCA yang dijadualkan pada Sabtu ini akan dteruskan.

Awal hari ini, kedua-dua pergerakan itu membuat sidang akhbar bagi membatalkan AGM mereka.




This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Key Disabled Activists Sidelined From UNDP Disabled Conference

Posted: 05 Mar 2010 04:17 AM PST

 
PET+BLOGSPOT is the official online blog of the Malaysian Animal-Assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive).

We take pride in the fact that everything you read in our blog is ACCURATE, RELIABLE and THE LATEST.

Our blog which was first established in October 2007 currently has more than 35,000 hits. PET+BLOGSPOT is updated frequently.

Kindly take note that views


Changing Polarity

Posted: 05 Mar 2010 04:08 AM PST

Today turned out to be a good day although it began with much uncertainty, and some hesitation on my part. The week began with three unresolved issues. The first is a long-standing issue with my taxes, the second caused by the inefficiency of a service provider; the third a new matter that cropped up this week that needed quick resolution before a major commitment. I started the week in negative territory. In fact it was still negative until early evening just now. Thankfully, things are starting to move. I am slowly edging towards the other side. I am keeping my fingers crossed. All three matters are not settled yet as of this moment but are in the process of being so, hopefully by next week. The best of all for today is that the weather has been very kind to me. Someone up there must have been blessing me. Thank you!

Related posts:

  1. 7th DPI World Assembly in Korea Disabled Peoples' International is a network of national organizations or...
  2. Antihistamines Equal To Zero Productivity Thanks to the antihistamines that I have been taking...
  3. My Disabled Peoples' International World Assembly Dilemma The good news: My abstract for the Disabled Peoples' International...
  4. The Post-Wedding Banquet Post Wuan has gone back to work. All outstanding matters for...
  5. Getting Acquainted With The Guitar Again Last night, I played the guitar. There were a few...


No comments: