Wednesday, May 26, 2010

Random Tuesday In The Last Week Of May 2010

Random Tuesday In The Last Week Of May 2010


Random Tuesday In The Last Week Of May 2010

Posted: 26 May 2010 09:24 AM PDT

IMG_1523 by nicholaschan.

The weather was pretty dark on this day. There's sun but there's no blue sky and white clouds. It's dull and seems like it's going to rain but somehow, I didn't see the rain. It's windy and some part of the day but it's not sunny and very very nice day. It's just, dull. Woke up early like at 9am and I was so blur because I slept at almost 3 last night for watching V. Actually wanted to go to the telco office to do change Maxis to Digi but mom said it's troublesome, so end up using back Maxis again and upgraded my mobile Internet to a 3GB one.

IMG_1525 by nicholaschan.

IMG_1531 by nicholaschan.

IMG_1527 by nicholaschan.

Went for brunch at Lorong Seratus Tahun, it's the famous curry noodle. Brunch is not good for health but no choice, I skipped lunch so it had become my brunch.

IMG_1533 by nicholaschan.

IMG_1534 by nicholaschan.

IMG_1544 by nicholaschan.

IMG_1542 by nicholaschan.

Went to Delima Palace, a new condominium at Island Glades and dad is working on the interior design of a client there. I went to help out a bit on the decorations. It's almost done now, it's just some electric, cabling, and a little more decorations and it'll be cool.

IMG_1545 by nicholaschan.

Dad! Happy father's day. ^.^ Love you.


Dapatkan KANTA sekarang!

Posted: 26 May 2010 09:11 AM PDT

Berita terkini  YB Nurul Izzah di Lembah Pantai


Lesen Judi: Pengarah JAIS Dan Mufti Selangor Dibidas Kerana Membisu

Posted: 26 May 2010 09:10 AM PDT

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

"Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.

"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi) saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi. -mk


Subsidies, Deficit & Competitiveness

Posted: 25 May 2010 05:28 PM PDT

The current talk is that the money from subsidies can be used for development spending. This thinking is flawed.

The original intention of the subsidies in Malaysia was to contain consumer inflation.

When it was argued that government policies were expansionary, such as through reckless government spending on mega projects and when the money supply was growing at 20 to 30 per cent per annum, and therefore leading to inflation, the political wisdom of the day was simply to control consumer prices. Once held in check, everyone was happy. The consumers were happy and the elite of the day made hay while the sun shone.

Now, the problem is a blossoming of the amount spent on subsidies of all kinds across the board in the economy, and the amount spent on all kinds of government projects. There is now a problem in the economic system that we have inherited.

The natural instinct is to remove the subsidies. My immediate response is "Learn from Suharto" who had to resign when the people revolted at the subsidy removal insisted by the IMF.

If the purpose of removing the subsidies is to fund the deficit spending of the government, then my answer is not to do it. If the government spending is supposed to be good for the people, the subsidies are good for the common people.

The only valid reason for removing the subsidies is to enhance the competitiveness of the economy. This means that no sector of the economy is given undue advantage with the benefit of government money. In this case, the biggest subsidy is in the motor car industry where the duties on imported cars are so exhorbitant so as to drastically reduce the purchasing power of the common people. By removing the import tariff on imported cars, the transport system in Malaysia may improve dramatically. There will be no poorly made cars on the road. But there will also be a loss of revenue to the government.

The removal of food subsidies, as I have said above, is a dicey thing to do. Sure there will be an increase in retail food prices, but one off. It will reduce the quantity consumed but for a while. If the food items are produced locally, production may be stimulated and the competition reduce the price eventually. If the food items are imported, there is a need to remove the import quota so that competition will reduce the price eventually as well. On the whole, a good thing to do but gradually.

In removing subsidies to remove distortions in the economy and enhance competitiveness, the ultimate trick is to provide a level playing field with minimal or no monopolistic elements (no tariff, no quota) so that our best may compete with the best in the world.

The concept of competitiveness is derived from the concept of individual freedom and individual hard work, and against the concept of toll collection and rent seeking. Only that there should be rules so that all have equal access to opportunities in the economy and out.


Hong Kong's Chamber of Horrors

Posted: 26 May 2010 07:59 AM PDT


Malaysia: Makin Lama Makin Mengecil...

Posted: 26 May 2010 02:05 AM PDT

Tanah KTMB dah selamat diserah kepada Negara Berdaulat Singapura oleh pemerintah Negara Malaysia juga berdaulat yang diiktiraf.

Baru je awal bulan hari tu kecoh bila orang yang sama berjaya mengecilkan Wilayah Sempadan Negara Malaysia dengan tindakan menyerahkan 2 medan minyak termasuk sempadannya sekali kepada Negara Jiran kita yang berdaulat iaitu Brunei.

Syukur juga Negeri Kelantan dan Kedah yang bersempadan dengan Negara Berdaulat Thailand berada dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. kalau tak, tak mustahil ada Negeri lain selain Sarawak dan Johor juga akan menjadi semakin kecil.

Yang menghairankan ialah, Pencacai-pencacai penjilat jubur UMNO/BN tak ada sekor pun yang berani berkokok padahal selama ini kita dimomok bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu menjaga kedaulatan Negara Malaysia.

Blogger-blogger UMNO/BN senyap sepi. tak mungin mereka ini diam kerana sedang berzikir, mungkin sedang berzakar agaknya.

Pembela Negara Malaysia tak lagi mempertahankan kedaulatan Wilayah Negara Malaysia malah, 1 persatu Wilayah Negara Malaysia diserah kepada Negara-Negara jiran kita.

Hasilnya, Singapura makin luas, Brunei makin membesar, akan datang, tak mustahil jika Wilayah JDA dan juga CCA di sempadan Kelantan - Thailand/Vietnam akan jadi hakmilik ke2-2 Negara Berdaulat tersebut. tak mustahil ini akan berlaku kiranya UMNO/BN berjaya merampas Kelantan dalam PRU-13 nanti.

Aku teringat bila Kerajaan Negeri Perak dulu dibawah MB Dato' Seri Ir Nizar serahkan geran tanah 100 tahun pada kaum bukan MeLAYU di Perak, sampai sekarang isu ni masih dimainkan dalam mana-mana ceramah UMNO/BN.

Itu baru serah pada kaum bukan MeLAYU yang juga WARGANEGARA MALAYSIA yang memegang Kad Pengenalan warna biru.

Apa akan jadi agaknya kalau Pakatan Rakyat serah kedaulatan Wilayah Negara Malaysia macam yang UMNO/BN buat kebelakangan ni..? tak payah banyak la... bagi cenderahati berupa "sepasu" tanah dari Wilayah Negara Malaysia pun cukup la.

Agaka-agaknya berapa lama isu "sepasu tanah" dari Wilayah Negara Malaysia sebagai "cenderahati" ni akan dimainkan..?

1 hari..? 1 minggu..? 1 bulan..? 1 tahun..?

Aku agak, sampai dekat Padang Mahsyar nanti pun Pencacai UMNO/BN dok zikir lagi pasal isu ni... sambil pegang zakar...


DPP PUSAT "CABUT GIGI SALAH"

Posted: 26 May 2010 02:39 AM PDT

Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi. (sila klik)

Kenapa diajak PERKASA berdebat pula?

logiknya, PERKASA bukan Parti Politik, ia sekadar NGO. Jika Pemuda PAS Pusat ajak PERKASA debat, Dewan Pemuda PAS telah membesarkan PERKASA secara tidak langsung; menaik tarafkan PERKASA setara Parti politik.

Akhirnya, Malaysiakini melaporkan berita berikut;


Pautan
Berikutan itu, beliau [Ibrahim Ali] menyifatkan Dewan Pemuda PAS dan mereka yang berkenaan sebagai 'buta tuli' dan hendak mencari modal untuk menghentam PERKASA apabila mencabarnya berdebat mengenai lesen judi bola itu. (sila Klik)

kan dah nampak macam dewan pemuda PAS ni tak cerdik dalam isu ini. Adalah lebih baik, jika Ustaz Tantawi [peribadi, bukan atas nama dewan] mencabar Ahli parlimen Kota Belud, Abdur Rahman Dahlan yang merupakan pemimpin UMNO untuk berdebat, kerana beliau ada mengeluarkan kenyataan pertahan keputusan kerajaan atas pemberian judi ini. (sila Klik)

"Doktor pakar macam mana pun, jika dia cabut gigi salah, dia tetap dikira sebagai salah"

"Puasa ini memang dapat pahala, lebih-lebih lagi dapat kekang hawa nafsu. tapi kalau kita berpuasa pada 1 syawal, puasa itu tetap dikira salah"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg buloh
26 Mei 2010 * 5:56 petang






Ceramah Paling Kotor Oleh UMNO Kota Bharu...

Posted: 25 May 2010 01:55 PM PDT

Malam tadi aku sempat jenguk-jenguk Ceramah Senatak Mat Ezam dekat Merbok, Kota Bharu. macam biasa - Lokasi. kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah untuk adakan ceramah, akan "geger" 1Malaysia, 2-3 minggu berita berkaitan akan jadi tajuk utama semua Media Perdana Pencacai UMNO/BN.
Dalam hal ni, UMNO/BN selalu bernasib baik. tak akan timbul isu bla bla bla berpolitik di sekolah, tak ada mana-mana Professor akan ditemubual secara ekslusif untuk ambik pandangan, tak ada bijak pandai akan ulas hal ni sebab yang terlibat ialah - UMNO/BN, Tuhan sekelian pencacai di Malaysia.

Kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah hari ni, esoknya akan keluar dalam mana-mana Berita Perdana culaan undi - Pakatan Rakyat bla bla bla gunakan sekolah untuk politik, taip A untuk setuju, taip B untuk tidak setuju dan taip C untuk berkecuali... bla bla bla hantar sms anda ke 58287.

Lepas buat undian akan ada pulak forum yang forumernya 2-2 pihak pro KERAjaan, lepas tu ada pulak sessi temubual dengan orang ramai yang 100% akan bantai Pakatan Rakyat sebab guna sekolah untuk tujuan politik. tipikal MeLAYU akan melompat sakan.

Masa aku sampai, Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fathmi dah selesai membebel, jadi aku tak nak ulas apa-apa pasal ceramah dia semalam. Wan Khairul bekas ahli PKR (aku tak tau apa jawatan dia dalam PKR Kelantan sebelum dia keluar PKR) tengah bagi ceramah.
Pun aku tak nak ulas apa-apa sebab aku tak berapa dengar apa dia cakap sebab aku dok sibuk siapkan kamera aku. cuma bila aku tengok muka Wan Khairul ni, terus aku teringat Bekas TKM 1 Pulau Pinang, Fairuz... ni geng kamcing Fairuz... masa Fairuz pegang jawatan TKM 1 Pulau Pinang, Wan Khairul la yang selalu bawak Fairuz masuk Golok tiap kali Fairuz datang ke Kelantan dalam gelap.

Apa diorang buat dekat Golok..? aku pun tak tau... mungkin cari pelabur untuk melabur dekat Pulau Pinang.

Lepas Wan Khairul, MC serah mikrofon dekat Cucu Tun Ghafar Baba.

Yang ni buat aku sikit terkejut, masa kempen PRK Hulu Selangor, aku tengok Pak Sedare Zahid ni punya la humble, seingat aku Tun Ghafar Baba dulu pun sama macam anak dia Tamrin... tapi cucu Tun Ghafar Baba yang sorang ni lain macam sangat. jauh sangat perangai ngan penampilan dia dari Pak sedare dengan Tok dia.
Dari awal dia berceramah, sampai habis ceramah, perkataan "Al-Juburi" tak lepas dari mulut dia, Tok Guru Nik Abdul Aziz dihina cukup-cukup. senang cerita, jenis mulut tak de agama... mencarut ikut sedap mulut dia, perkataan "Buret", "Kote", "Jubur" selamab je dia sebut tanpa segan silu padahal dekat depan tu ada la dekat-dekat 50 orang kaum wanita dari umur 20an sampai ke 70an.

Gila bacul mulut... kalau Pak sedare aku macam ni, memang aku lempang je terus... buat malu anak beranak je. datang jauh-jauh dari Melaka, buat perangai huduh dekat tempat orang... harap-harap tak de la yang panas hati sampai hilang kawalan diri.
Ezam..? dapat-dapat mikrofon je, pertama sekali puji-pujian kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu... Mat Ezam dah makin pakar dalam hal bodek-membodek, dia tau Datuk Fathmi memang rapat dengan Najib dan ada direct contact dengan Najib, orang macam ni kalau ikut ilmu hisab UMNO/BN, kena pandai "pom"... jilat kena lebey, tepuk jangan kasi bunyi... untung-untung, rumah banglo boleh siap sebelum target.

Tamat bahagian puji-pujian, masuk bab "6 Kotak". seingat aku masa Ezam dalam PKR dulu, dia dok canang 6 kotak tu ada dalam simpanan dia di 1 tempat rahsia. malam semalam dia bagi tau penonton, 6 kotak tu ada dekat Anwar, Anwar tak pernah bagi dia 6 kotak tu dan apa yang Anwar bagi dekat dia cuma 2 helai kertas.

Aik..? magic..? ikut suka ngko la Ezam... hajat ngko pun dah tercapai... paling best bila Mat Ezam cerita pasal perjuangan dia dengan Anwar dulu, katanya dia ikhlas tak harap apa-apa jawatan masa dengan Anwar dulu. "Anwar tu hanyalah seorang banduan, apa yang seorang banduan dapat beri pada saya..?" kata Ezam sebagai bukti dia ikhlas dalam perjuangan...

Mungkin Mat Ezam lupa nak bagitau dekat orang ramai yang hadir tentang perjuangan dia sekarang... ikhlas atau tidak..? sekarang Ezam dalam UMNO, bukan dengan seorang banduan dan semua kita tau apa yang Mat Ezam dapat akhirnya... itu harga sebuah "keikhlasan" yang tidak mengharap pada "jawatan"... jangan lupa ayat ni - "Saya BERHAK dilantik sebagai Senator..!"

Tu ayat paling "ikhlas" dari seorang yang tak pernah mengharap pada apa-apa jawatan dalam perjuangannya... sumpah aku percaya Mat Ezam 'ikhlas"..!

Terus-terang aku cakap, aku tak nampak "bisa" Mat Ezam masa zaman Reformasi dulu. aku tak paham apa yang Mat Ezam nak sampaikan... tajuk Ceramah ialah "Kisah Benar 1", tapi aku tak dapat cari atau paham apa yang Mat Ezam cuba nak sampaikan dalam ceramah tu.

Selebihnya ceramah Mat Ezam tertumpu pada isu "Liwat"... masuk bab ni, aku cuba nak layan, tapi tak lama dapat bertahan. rasa macam tengah dengar ceritera phorno malam jumaat.

Aku jadi makin tak paham... kalaulah ini Ceramah untuk kemoen Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, aku tak nampak pengundi nak undi UMNO/BN atas alasan apa... nak undi UMNO/BN sebab seronok dengar cerita "Liwat" yang diselang-seli dengan patah-patah kata - "Jubur", "Air-Mani", "Tonggeng", "Buret", "Kote" dan macam-macam carutan..?

4 penceramah cuma tahu cerita seks luar tabie... ini Negara apa..? Negara Lancausia ke..?


Dakwah bil hal

Posted: 25 May 2010 03:40 PM PDT



Bukan sekadar kata

... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...


Deposed Thai PM now wanted for "terrorism"

Posted: 26 May 2010 04:00 PM PDT

Mr. Thaksin Shinawatra, the democratically elected Prime Minister of Thailand from 2001 to 2006 who was overthrown in a military -staged coup, is now wanted by the ' Yellow ' government for allegedly being a "terrorist". Ex-PM Thaksin was also a policeman-turned-businessman who was convicted by a Thai court for corruption after his ouster and part of his assets has been frozen. Contrary to public perception, the richest leader in Thailand isn' t Thaksin, but King Bhumipol Adulyadej whose ' deafening silence ' on the protracted crisis in his own country has been noted by many observers as well as analysts of Thai politics.

'Red' opposition to persist in Thai parliament


Himpunan 100 ribu bantah judi bola atau ceramah mega di Kompleks Muhibbah Taman Bolton Gombak

Posted: 25 May 2010 08:29 AM PDT

PAS mengambil langkah serius dalam membantah judi bola sepak dengan hasrat mengadakan himpunan 100,000 pada 3 Jun depan. Himpunan anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat itu akan diadakan sekiranya kerajaan tidak bertindak menarik balik lesen judi yang diberikan kepada Kumpulan Berjaya, baru-baru ini.

Selaras bantahan tersebut, satu ceramah juga akan diadakan pada 8 Jun ini, di Kompleks Muhibbah, Taman Bolton Gombak membabitkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Ceramah tersebut bertujuan menerangkan kepada rakyat bahaya judi dan peranan Yahudi di dalam negara ini, seperti yang didedahkan Anwar di Parlimen, sebelum ini. Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke ceramah tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar berkenaan isu-isu semasa di Malaysia.


POSTING 15: PROF DATO’ DR MAHMOOD ZUHDI, BERSABARLAH

Posted: 25 May 2010 08:39 AM PDT

Sesungguhnya sebelum ini kami di the Kelantan Insider, sebagaimana ramai rakyat Kelantan lainnya, amat menghormati Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti 'Ain Syams, Universiti Al-Azhar, Universiti Kent dan Universiti Malaya, apa lagi dengan jawatan-jawatan beliau sebagai bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya dan sebagai Timbalan Dekan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Kerajaan Kelantan, iaitu Dato' Mohd Nor Ibrahim, di samping turut merupakan penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah pada 26 Februari 2010.

Bagaimanapun, penghormatan tinggi kami dan ramai rakyat Kelantan lainnya ke atas Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi terhakis teruk lantaran tulisan beliau di dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia pada hari ini bertajuk "Che Puan, bersabarlah" yang kandungannya sangat mengejutkan dan sangat bertentangan dengan tahap keilmuan yang dimiliki oleh beliau.

Pertamanya, sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah, Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi sepatutnya mengetahui bahawa apa yang diperkatakan oleh beliau itu tidak sepatutnya diperkatakan di dalam satu forum terbuka kerana ia merupakan satu perkara yang subjudice dan boleh mengganggu proses perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah syariah. Beliau sepatutnya dapat bersabar untuk menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah syariah sebelum memberikan sebarang pandangan kepada umum.

Apabila Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi memperkatakan mengenai perkara yang masih dibicarakan di mahkamah syariah, maka gambaran yang kita dapat di dalam fikiran kita ialah bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai keyakinan ke atas proses kehakiman di mahkamah syariah. Lebih malang lagi, tindakan beliau ini memberi gambaran kepada kita bahawa beliau seolah-olah mahu mengajar rakyat supaya tidak menghormati proses kehakiman di mahkamah syariah. Tawaran terbuka beliau di dada akhbar untuk menjadi orang tengah bagi menjernihkan suasana dengan menyatakan kesediaan untuk menemui peguam kedua-dua belah pihak yang bertelagah, walaupun mungkin mempunyai niat yang baik, adalah suatu perkara yang jelas tidak betul. Tawaran ini tidak sepatutnya dibuat oleh beliau kerana ia menunjukkan bahawa beliau seolah-olah tidak yakin dengan, dan mahu mengambil-alih peranan, hakim mahkamah syariah sedangkan beliau jelas tidak mempunyai sebarang kuasa atau mandat untuk berbuat demikian.

Kami di the Kelantan Insider sebenarnya tidak berniat untuk mengulas perkara ini kerana sebodoh-bodoh kami pun kami mengetahui bahawa perkara yang masih di dalam proses perbicaraan di mahkamah syariah tidak sepatutnya diperkatakan di dalam satu forum terbuka. Walaupun begitu, disebabkan Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi telah dengan beraninya memperdagangkan martabatnya untuk memperkatakannya maka kami juga akan turut dengan beraninya memperkatakan perkara yang sama walaupun hanya di dalam konteks mengulas apa yang beliau perkatakan sahaja.

Kepada Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi, kami di the Kelantan Insider tetap mengalu-alukan hasrat anda untuk menjadi orang tengah walaupun ia jelas sekali tidak kena pada tempatnya. Walaupun begitu, jika anda betul-betul mahu menjadi orang tengah, anda hendaklah terlebih dahulu membuktikan keupayaan anda untuk bersifat adil kepada kedua-dua belah pihak. Tanyalah diri anda sendiri, adilkah namanya untuk anda memberi pandangan dan membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan hanya menemui pihak yang tertentu sahaja tanpa menemui pihak yang lain? Sekiranya anda dapat beberapa kali menemui DYMM Raja Perempuan Kelantan mengapakah anda langsung tidak berusaha untuk menemui Cik Puan Elia Suhana bagi membolehkan anda melihat perkara ini dari perspektif yang lain pula?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Gesaan anda agar semua pihak menghormati "kesendirian" (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan mereka sangatlah kami di the Kelantan Insider hormati. Walaupun begitu, gesaan anda ini sebenarnya menimbulkan satu persoalan yang besar bagi kami yang tidak dapat memahami apakah yang anda cuba maksudkan melaluinya. Apakah anda sudah lupa apa yang telah anda sembahkan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sewaktu anda bersama-sama 12 lagi ahli Jawatankuasa Ulama' Negeri Kelantan menghadap Baginda pada pukul 10.30 malam 3 Mac 2010 di Hotel Grand Hyatt, Singapura? Apakah anda juga sudah lupa apa yang telah anda kemukakan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Ulama' Negeri Kelantan pada 4 April 2010 yang lalu? Jika anda memang sudah benar-benar berubah fikiran, apakah yang menyebabkan anda menjadi sedemikian rupa? Apakah ia berpunca dari tawaran jawatan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan yang dikemukakan oleh pihak tertentu (yang sebenarnya tidak lagi mempunyai kuasa untuk berbuat demikian) kepada anda baru-baru ini? Sebagai seorang ilmuan Islam, anda tidak boleh bersikap "melempar batu sembunyi tangan". Jika anda betul-betul ikhlas dan berani, kami mencabar anda untuk tidak bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga, sebaliknya silalah dedahkan apa yang sebenarnya sedang berlaku kepada rakyat jelata. Sebagai seorang ilmuan Islam, apakah anda tidak percaya kepada qadha' dan qadar Tuhan? Pernahkah anda menyelami hati sanubari YMM Pemangku Raja Kelantan serta mendengar rintihan Baginda di atas segala apa yang berlaku sekarang? Jika anda ingin menjaga nama baik dan maruah KDYMM Tuanku Ismail Petra, maka YMM Pemangku Raja Kelantan sebagai anak sulung Baginda lebih-lebih lagilah mempunyai hasrat sebegitu. Ingatlah, anda hanyalah mata yang memandang tetapi YMM Pemangku Raja Kelantan adalah bahu yang memikul.

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Jika sekalian rakyat jelata dapat melihat dengan jelas apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam Istana Kelantan pada waktu ini, maka mengapakah pula anda yang berilmu tinggi ini menjadi begitu buta untuk melihat bahawa diri atau kumpulan yang anda sokong secara membabi-buta inilah yang sebenarnya menjadi punca mengapa "kesendirian" (privacy) Istana Kelantan tidak lagi dihormati? Begitu juga, jika sekalian rakyat jelata dapat melihat dengan jelas apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam Istana Kelantan pada waktu ini, maka mengapakah juga anda yang berilmu tinggi ini menjadi begitu buta untuk melihat bahawa diri atau kumpulan yang anda sokong secara membabi-buta inilah yang sebenarnya cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan mereka?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Kami di the Kelantan Insider juga dapat menerima kenyataan anda bahawa melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah adalah suatu tindakan yang terpelanting jauh daripada adat dan tatasusila bangsa Melayu. Walaupun begitu, jika sekalian rakyat jelata dapat melihat dengan jelas apa yang sebenarnya sedang berlaku di dalam Istana Kelantan pada waktu ini, maka mengapakah pula anda yang berilmu tinggi ini menjadi begitu buta untuk melihat bahawa diri atau kumpulan yang anda sokong secara membabi-buta inilah yang sebenarnya melakukan suatu tindakan yang bukan sahaja terpelanting jauh daripada adat dan tatasusila bangsa Melayu malah mendedahkan Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra, kepada keaiban di kalangan rakyat jelata?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Anda pernah menyebut di dalam buku anda yang bertajuk "Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, halaman 365)" bahawa perceraian merupakan tindakan halal yang paling dibenci oleh Allah dan bahawa, berasaskan kedudukan ini, perceraian perlu dilakukan dengan adil dan para suami seharusnya tidak bersifat keterlaluan dalam menggunakan haknya itu. Tanyalah diri anda sendiri, apakah tidak mengaibkan kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra sebagai ketua agama Islam di negeri Baginda untuk didakwa oleh pihak ketiga sebagai bersifat keterlaluan dalam menggunakan hak Baginda apabila Baginda digambarkan kepada rakyat jelata sebagai tergamak untuk menceraikan isteri kedua Baginda dengan talak tiga? Tanyalah diri anda sendiri juga, sekiranya mahkamah syariah memutuskan bahawa lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Baginda ke atas isteri kedua Baginda itu adalah sah, maka apakah tidak lebih mengaibkan lagi kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra sebagai ketua agama Islam di negeri Baginda untuk berhadapan dengan kemungkinan didakwa di bawah enakmen jenayah syariah negeri Baginda sendiri di atas kesalahan menceraikan isteri kedua Baginda ini di luar dan tanpa mendapat kebenaran mahkamah syariah?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Anda juga menggesa Cik Puan Elia Suhana menangguhkan dulu hasrat beliau untuk melawat KDYMM Tuanku Ismail Petra sehingga kes dakwaan cerai oleh Baginda selesai dibicarakan kerana "mana tahu kalau-kalau talak tiga sudah jatuh sebelum ini dan mereka berdua tidak lagi merupakan suami isteri". Sewaktu anda menyebut perkataan "kalau-kalau" ini, apakah anda sebagai seorang ilmuan Islam sudah lupa kepada akhiran sebuah hadith yang telah dikeluarkan oleh Muslim yang bermaksud: Dan jika mengenai akan dikau oleh suatu kemudaratan atau luput faedah maka janganlah engkau berkata "kiranya aku perbuat begini nescaya jadi ia begini begini" dan tetapinya kata olehmu "telah ditakdirkan oleh Tuhan dan apa yang dikehendaki oleh Tuhan berlaku ia" kerana bahawasanya kata engkau (kiranya atau jikalau atau kalau atau jika) itu membukakan amalan syaitan seperti menyesal hati atas yang luput atau berdukacita atau lainnya.

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Sewaktu anda menyebut perkataan "kalau-kalau" ini, apakah anda sebagai seorang ilmuan Islam sudah lupa kepada kandungan sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud: Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: Ayat 36)

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Sewaktu anda menyebut perkataan "kalau-kalau" ini juga, apakah anda sebagai seorang ilmuan Islam sudah lupa kepada kandungan sepotong lagi ayat al-Qur'an yang bermaksud: Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). (Sural al-Najm: Ayat 28)

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Sesungguhnya kami di the Kelantan Insider berpendapat bahawa pandangan anda di atas, sekiranya diguna pakai, mempunyai potensi yang besar untuk menimbulkan kecelaruan, kekecohan dan kehuruharaan di dalam masyarakat kerana ia dengan sekaligus membuka ruang untuk penganiayaan dilakukan ke atas mana-mana pasangan suami isteri beragama Islam. Sesiapa sahaja yang menyimpan perasaan hasad dengki boleh memisahkan mana-mana pasangan suami isteri beragama Islam ini dengan membuat aduan di mahkamah syariah bahawa beliau mendengar si suami melafazkan cerai ke atas si isteri kerana, berdasarkan kepada pandangan anda di atas, sebelum mahkamah syariah memutuskan kesahihan lafaz cerai tersebut maka pasangan suami isteri beragama Islam ini sudah tidak lagi mempunyai hak sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri. Apakah tidak benar bahawa hak seseorang sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri kekal sehingga mahkamah syariah memutuskan bahawa lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh si suami ke atas si isteri adalah sah dan perceraian telah berlaku?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Jika sekalipun dakwaan cerai oleh KDYMM Tuanku Ismail Petra ini benar, apakah anda benar-benar percaya bahawa adalah menjadi satu kesalahan dari segi hukum dan budaya untuk Cik Puan Elia Suhana beserta rombongan beliau melawat Baginda yang masih lagi berada di dalam kegeringan?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Anda menyebut mengenai betapa lawatan yang tidak dijemput ke Istana Mahkota Kelantan oleh Cik Puan Elia Suhana itu merupakan tindakan di luar budaya dan kesopanan Melayu serta menyalahi kehendak agama yang mahukan kita meminta izin terlebih dahulu sebelum kita bertandang kerana Istana Mahkota Kelantan merupakan "kediaman persendirian yang tidak boleh diceroboh kalau tidak dibenarkan masuk". Kami di the Kelantan Insider dengan ini mengakui bahawa tanah tapak Istana Mahkota Kelantan pada waktu ini telah didaftarkan di atas nama DYMM Raja Perempuan Kelantan. Walaupun begitu, kami juga berpendirian bahawa Istana Mahkota Kelantan tidaklah boleh dikatakan sebagai "kediaman persendirian" sepenuhnya kerana banyak dana dan harta kerajaan yang telah ditumpahkan di situ, apatah lagi apabila kebanyakan daripada kakitangan yang bertugas di situ juga adalah kakitangan kerajaan. Sekali lagi ingin kami tegaskan di sini bahawa, sebagai seorang Sultan, KDYMM Tuanku Ismail Petra bukanlah sekadar menjadi milik peribadi sesiapa sahaja kerana Baginda juga sebenarnya adalah menjadi milik seluruh rakyat jelata. Selaras dengan itu, maka ruang yang luas sepatutnya diberikan bukan sahaja kepada pakar-pakar perubatan mahupun para pembesar negeri dan negara tetapi juga kepada seluruh rakyat jelata untuk menziarahi Baginda dari masa ke semasa. Untuk itu, sukalah kami mencadangkan agar Baginda tidak lagi ditempatkan di apa yang dikatakan sebagai "kediaman persendirian" ini dan sebaliknya dipindahkan ke "kediaman kerajaan" sepenuhnya tanpa mengira sama ada ia adalah Istana Negeri, Istana Balai Besar atau Istana Kota Lama.

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Sesungguhnya, kami di the Kelantan Insider tidak dapat memahami mengapa anda sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah lebih banyak mengasaskan gesaan anda supaya Cik Puan Elia Suhana Suhana menangguhkan dulu hasrat beliau untuk melawat KDYMM Tuanku Ismail Petra kepada keperluan untuk menghormati budaya dan kesopanan Melayu sedangkan anda sepatutnya mengasaskannya kepada keperluan untuk mematuhi syariah. Ingin sekali kami mengemukakan satu pertanyaan kepada anda: Yang mana satukah pada pandangan anda lebih perlu diberikan keutamaan oleh orang Melayu-Islam di antara keperluan untuk mematuhi perintah mahkamah syariah dan keperluan untuk menghormati budaya dan kesopanan Melayu?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Anda pernah menyebut di dalam buku anda yang bertajuk "Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, halaman 281-282)" mengenai betapa Fasal 8 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana perempuan bersuami atau mana-mana lelaki beristeri supaya bercerai atau mengingkari kewajipan atau tanggungjawab di antara satu sama dengan yang lain adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah, tidakkah anda terfikir bahawa kewajipan anda adalah untuk memperkatakan mengenai perkara sebegini berbanding dengan untuk memperkatakan mengenai keperluan untuk menghormati budaya dan kesopanan Melayu?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Anda juga pernah menyebut di dalam buku anda yang bertajuk "Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, halaman 274 dan 354-355)" mengenai betapa Seksyen 97(b) Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983 memperuntukkan bahawa seseorang yang memaksa seseorang lain berkahwin tanpa persetujuannya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali kerana kesalahan ini adalah jelas berasaskan larangan menceroboh hak serta kebebasan orang lain sebagaimana yang terdapat dalam al-Qur'an. Sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah, tidakkah anda terfikir bahawa kewajipan anda adalah untuk memperkatakan mengenai perkara sebegini berbanding dengan untuk memperkatakan mengenai keperluan untuk menghormati budaya dan kesopanan Melayu?

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi,
Harap maaf, tetapi sesungguhnya tulisan anda di dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia pada hari ini bertajuk "Che Puan, bersabarlah" membuatkan kami di the Kelantan Insider, sebagaimana ramai rakyat Kelantan lainnya, tidak lagi menghormati anda sebagai seorang tokoh ilmuan walaupun anda memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti 'Ain Syams, Universiti Al-Azhar, Universiti Kent dan Universiti Malaya, walaupun anda pernah menjadi Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya dan kini menjadi Timbalan Dekan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, walaupun anda juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Kerajaan Kelantan, iaitu Dato' Mohd Nor Ibrahim, dan walaupun anda turut merupakan penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah pada 26 Februari 2010.

Kepada Cik Puan Elia Suhana pula, kami di the Kelantan Insider sangat menghargai pengorbanan anda meletakkan jawatan sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan semata-mata untuk berkongsi kehidupan dengan KDYMM Tuanku Ismail Petra. Selaku isteri Baginda, anda sesungguhnya mempunyai taraf yang tinggi di sisi rakyat jelata, tetapi apabila taraf tinggi anda ini tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu maka biarlah pihak peguam dan pembantu peribadi anda sahaja berurusan dengan mereka. Selain itu, berbincanglah juga dengan Pengelola Istana Diraja mengenai cara terbaik untuk menangani perkara ini. Harap anda dapat bersabar buat sementara waktu. Percayalah, Allah tetap akan bersama dengan orang-orang yang benar.

Semoga Kelantan dan segala penghuninya sentiasa berada di dalam peliharaan Allah.

Bersama-sama ini disertakan tulisan Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi yang berkaitan:

Che Puan, bersabarlah
Utusan Malaysia
25 Mei 2010

SEMUA pihak digesa agar menghormati "kesendirian" (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan.

Meskipun Raja-Raja Melayu di Malaysia merupakan raja berperlembagaan, namun istana mereka dikawal oleh tradisi dan budaya yang tersendiri, yang tidak sama dengan tradisi dan budaya yang mengawal istana dan raja-raja di negara-negara lain, misalnya di England.

Melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah, meskipun daripada aspek tertentu perundangan merupakan sesuatu yang mungkin boleh dilakukan, namun dari segi tradisi dan budaya ia adalah suatu tindakan yang terpelanting jauh daripada adat dan tatasusila bangsa Melayu.

Merujuk keputusan penyemakan kes hak melawat suami oleh Che Puan Elia Suhana oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, suka saya memberi pendapat bahawa berasaskan hukum dan budaya Che Puan perlu menangguhkan dulu acara lawatan berkenaan sehingga kes dakwaan cerai oleh Tuanku Ismail Petra selesai dibicarakan.

Mana tahu kalau-kalau talak tiga sudah jatuh sebelum ini dan mereka berdua tidak lagi merupakan suami isteri.

Dalam syariat Islam, talak akan jatuh sebaik saja dilafazkan. Walaupun undang-undang keluarga Islam Kelantan mengatakan ia mesti disahkan oleh mahkamah kalau ia dijatuhkan di luar mahkamah tetapi undang-undang juga tidak menafikan bahawa talak seperti itu berlaku dari segi agama.

Memaksa istana untuk menerima lawatan beliau dalam keadaan seperti ini membangkitkan berbagai implikasi, termasuk hukum, budaya dan malah mungkin undang-undang sendiri.

Saya berpendapat, mahkamah yang memutuskan semakan itu tidaklah berniat untuk memaksa Istana Mahkota Kelantan menerima Che Puan masuk mengadap Tuanku, kerana Istana tersebut adalah tempat bersemayam Tuanku dan Permaisuri Baginda dan merupakan kediaman persendirian yang tidak boleh diceroboh kalau tidak dibenarkan masuk, apa lagi untuk mengatakan menghalang kemasukan Che Puan untuk mengadap Baginda.

Orang biasa pun mempunyai hak untuk mempertahankan kediaman masing-masing dari dimasuki oleh orang yang mereka tidak suka.

Ternyata sekali lawatan yang tidak dijemput ke Istana Mahkota Kelantan itu merupakan tindakan di luar budaya dan kesopanan Melayu dan sepatutnya dielakkan agar semua pihak dapat menjaga maruah masing-masing.

Dari segi agama juga mungkin ada persoalan yang timbul, kerana dari segi agama sebelum kita bertandang perlu meminta izin terlebih dahulu.

Saya bersedia untuk bertemu para peguam bagi kedua-dua belah pihak bagi membincangkan perkara tersebut agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar dapat diselesaikan dengan saksama berdasarkan hukum dan adat Melayu.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan saya rasa berkewajipan untuk memberi pandangan ini dan mengharapkan ia mendapat perhatian semua pihak agar maruah Istana dan Raja-raja Melayu dapat diselamatkan.

Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Kuala Lumpur


Ibrahim Ali macam anjing?

Posted: 25 May 2010 07:39 AM PDT


"Ibrahim Ali pula belasah Pemuda PAS"......menarik juga tajuk artikel di Malaysiakini tu.

Bila pemuda PAS buat demo satu Malaya menuntut supaya kerajaan menarik balik lesen judi bola, rupanya si katak ni rasa terhina kerana katanya, beliau dan PERKASA yang terlebih dulu menolak kemungkaran kerajaan BN tu....


Hmm... bila pulak keluar berita bahawa PERKASA@Ibrahim Ali menolak judi bola? Katanya ada keluar di Astro Awani..


Namun, yang jelas, cakap orang macam Berahim ni tak boleh pakai. Dia ni lebih teruk dari orang tua nyanyuk.Dulu, masa PRU 2008, kalau tak kerana PAS kesian kat dia, bagi pinjam logo PAS untuk dia bertanding, tak merasa lah dia nak jadi MP.Tengoklah perangai dia sekarang ni, dia bukan saja menyalak, tapi menggigit pula kat parti lambang bulan yang pernah menolong dia 3 tahun lalu....


Anjing lagi baik dari Berahim Ali....betul tak?


PAS parti Islam pertama di dunia selepas Nabi Muhamad buka pintu kepada bukan Islam - Tuan Guru Presiden PAS

Posted: 25 May 2010 07:59 AM PDT


PAS bersedia meminda perlembangaan supaya ahli bukan Islam diberi hak sama bagi membolehkan mereka dicalonkan dalam pilihan raya dan menjadi Senator Dewan Negara. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagi mengelak sebarang pertembungan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat pencalonan ahli bukan Islam bergantung pada keperluan dan agihan kerusi.

Menurut beliau, paling penting Pakatan Rakyat tidak mahu sebarang pertembungan dan lebih suka pertandingan dua penjuru dengan BN. Katanya, PAS turut memperuntukkan pelantikan bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai mana yang telah dilaksanakan di Terengganu ketika kerajaan PAS mentadbir pada tahun 1999 hingga 2004.

Peruntukan itu katanya membolehkan Kerajaan Terengganu ketika itu melantik bukan Islam menganggotai Dun jika tiada wakil rakyat yang berjaya dalam pilihan raya.

Bagaimana pun, tambah beliau sampai sekarang BN tidak berani membuang peruntukkan tersebut. Perlaksanaan peruntukan pelantikan bukan Islam itu, tambah beliau akan diperluaskan ke negeri-negeri lain jika Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada pilihan raya lalu, PAS memberi ruang kepada bukan Islam bertanding atas kerusi PAS tetapi tidak menggunakan lambang PAS.

Sebelum itu, dalam ucapannya Ustaz Abdul Hadi berkata, pengiktirafan Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menjadi sayap penting parti membuktikan kesungguhan PAS melaksanakan slogan `PAS For All'.

Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS itu membuktikan bahawa PAS mengulangi sejarah dan menghidupkan semula sejarah yang telah dimatikan ketika zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah.

Menurut beliau, PAS merupakan parti Islam pertama dalam dunia selepas Nabi Muhamad membuka pintu kepada ahli bukan Islam iaitu pada tahun 1964 dilakukan oleh Profesor Zulkifli Mohamad. Penubuhan DHPP itu kata beliau bukan paksaan terhadap orang bukan Islam tetapi ia berlandaskan mereka menerima DHPP sebagai landasan perjuangan PAS.

"Ini syarat yang boleh menjadikan mereka menyertai perjungan kita, kita harap langkah ini boleh membuat perubahan kuasa pemerintahan bagi menyelamatkan negara dan bangsa," katanya.

Seramai 1,500 ahli DHPP dari seluruh negara berhimpun di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang 23 Mei lalu, mengikuti Majlis Pelancaran DHPP oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Majlis diserikan dengan pelbagai acara budaya dari tiga kaum utama, Melayu, India dan Cina.


O Askar

Posted: 25 May 2010 07:28 AM PDT


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah.

Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera.

- Bernama


Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa

Posted: 25 May 2010 07:28 AM PDT


Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa

Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam 'banyak' dan 'berbeza'.

Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.

Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

Kalau kita ada sinaran,
Dapat memandang keseluruhan,
Tidaklah lagi ada perbezaan,
Lenyaplah segala perbalahan.

*********************************************

*Puisi di atas adalah karya Sheikh Jalaluddin Rumi, seorang Sufi Besar dan Penyair Agung Parsi. Puisi beliau diatas ditulis kira-kira 800 tahun yang silam, termasuk dalam kitab atau kumpulan karya sufinya yang tersohor iaitu
" Mathnawi".

Saya petik puisi di atas dari sebuah buku berjudul "Bicara Sufi" tulisan Abdul Majid Khatib, terbitan Pustaka Aman Press tahun 2009, m/s 54 -55






Sangtawal Sakranta...


Gerakan Membantah Judi

Posted: 25 May 2010 05:29 AM PDT













http://www.bantahjudi.wordpress.com


King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

Posted: 25 May 2010 05:27 AM PDT

Ingat entri saya di sini mengenai kek?

aduan kedai kek Kings Confectionery Balas Aduan Pengguna SayaSaya pernah hantar satu surat aduan pengguna kepada pihak King's Confectionery. Saya mengadu kerana kek berharga RM 53 yang saya beli telah mengalami 'final finishing' yang mendukacitakan. Tulisan yang diukur oleh pekerja waktu itu ( saya percaya pekerja sementara ) sangat mengecewakan.

kek Kings Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

Tulisan Terimakasih Drp : Amirul Syafiq di atas kek tersebut telah mencacatkan 'keriangan ' yang sepatutnya kita nikmati sewaktu membuka kek dan mentap untuk kali pertama .

Tambah mengecewakan kerana kek tersebut adalah hadian Angah untuk guru-guru sekolah dia. Ucapan terimakasih untuk guru yang mendidik anak saya.

kek kedai king Kings Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

Secara logiknya kita beli kek bukan mengikut rasa – saya tak pernah jumpa kedai kek sediakan contoh untuk dicuba rasa kek sebelum kita membuat keputusan untuk membelinya. Kita beli kek berdasarkan rupa .

Ini adalah 'last finishing' yang menerbitkan rasa girang, rasa seronok atau rasa sedap sebelum kita merasainya .

balasan dari king Kings Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya

Pihak King's Confectionery telah pun membalas aduan tersebut . Mereka mohon maaf diatas apa yang berlaku dan akan menyiasat secara terperinci untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Bukan susah pun nak buat aduan pengguna. Cuma di hujung jari. Bukan balasan wang ringgit yang diharap tetapi supaya pihak terbabit menyedari ada ruang yang boleh diperbaiki untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Cuma, gunalah bahasa yang sebaiknya . Gambarkan peribadi kita yang bertamadun. Saya selalu ingin menjadi warganegara yang bertanggungjawap.

Untuk rekod saya pernah menulis surat aduan dan mendapat balasan dari McDonald dan saya juga pernah menulis aduan pengguna kepada Watson's kerana perbezaan harga barang di kedai dan di iklan akhbar.

Cuma aduan pengguna kepada Celcom je tak pernah dibalas. Sombong dengan pengguna.


Gambling license is no problem; silent from Mahathir & Ibrahim

Posted: 25 May 2010 05:34 AM PDT

Former Prime Minister Mahathir Kutty was a quiet man today, keeping mum about current issues plaguing Premier Najib Abdul Razak's administration.

He sidestepped nearly all questions shot at him by reporters, simply smiling and shrugging when asked about issues that would normally elicit at least a smart retort from the political veteran.

Unlike his fiery attacks on his successor Abdullah Ahmad Badawi which would have taken up a good half hour at any given press conference, Mahathir spent barely five minutes to dodge all the other questions that went his way this time around.

When asked about the recent deal between Malaysia and Singapore to move the KTM station in Tanjung Pagar to the border industrial zone at Woodlands, Mahathir simply said: "I don't know what the agreement is about."

He took a further step back when asked for his opinion on the proposed sports betting license mooted by Najib's government, shrugging as he replied that it is "up to the government to decide".

Mahathir just could not deal with questions regarding Vincent Tan and about Sports Ascot betting license. He couldn't shout loud as he used to be. It must be difficult for him to talk about Vincent and the Gambling license. There's no Malay Agenda nor Ketuanan when Vincent is part of the game. Maybe, you should ask Muhkriz what and how it's possible to get his father to behave.

Meanwhile, Malay Special Rights Loudspeaker Perkasa and Ibrahim Ali has been silent on the issuance of a sports betting license.

However, Ibrahim claimed he had spoken out against gambling in a statement carried by Astro Awani when the issue first arose.

Ibrahim Ali argued that, in both the Pakatan-controlled states of Selangor and Penang, 4D gambling outlets like Magnum, Toto and Damacai are operating freely.

Ibrahim did not explain the fact that the authority to approve gambling licenses is a federal power vested in the Finance Ministry.

Ibrahim Ali, when contacted, said that PAS does not have the 'right status' to debate with him on the gambling license issue.

"Let PAS debate with Umno, that is their match. The Perkasa president can debate with (MCA president) Dr Chua Soi Lek, (DAP leader) Lim Kit Siang or (Gerakan president) Koh Tsu Koon." he said.

Would they, and in particular, Ibrahim Ali, invite Vincent Tan to the debate forum? Would Ibrahim dare to challenge Vincent on the Ketuanan issue? I don't think so as Vincent is his boss. Money is power; and you can shout and cry about ketuanan or anything else; asked Ibrahim and he can tell you why.
God Save our Prime Minister


Judi Halal

Posted: 24 May 2010 01:33 PM PDT

Ni bukti sahih jika ada orang UMNO yang kata PAS memfitnah UMNO mengatakan judi dihalalkan oleh UMNO



No comments: