Thursday, August 5, 2010

Umno is in deep shit!

Umno is in deep shit!

Umno is in deep shit!

Posted: 05 Aug 2010 11:07 AM PDT

To our leaders, especially in Umno - you dont have to bow to any kind of pressure, including foreigners who try to interfere in Anwar Ibrahim's court case. Dont give it a damn. This is our country and there is nothing wrong with our judicial system.

Similarly, dont also bow to mounting pressure from Umno grassroot members who wish to see major revamp to the party. No need to listen to them because your are the bosses. Just do whatever you think is right and only beneficial to you and your clans. Just sideline the members because they are nothing.

You are proud to make rhetoric statements now and then that 'Tanpa Umno, Siapalah Kita'. May I change that, at least for a point to ponder? Why not this time around we put it as 'Tanpa Ahli, Siapalah Umno' instead?

Who makes up a party and who choose the leadership? Are we denying the fact that Umno wont exist without membership? But the way you people at the top act doesnt reflect your appreciation for what the members had done.

The only thing that Umno leadership does is to keep good contact with Umno state chiefs. Good chiefs are hard to come by these days. Most of them are fighting for their own political survival. Their only concern is winning a general election and that is why they only keep a good rapport with division heads.

Most of this division heads are managing their own political empire. In some cases, an Umno division chief will install his wife as the Wanita head, his daughter as the division Puteri leader while his son leads the Pemuda. What do you call this?

But, please dont blame them. The top leadership has set the precedent. A useless son of a prime minister or a minister would one day become a prime minister and a minister too, no matter how bad his political performance is. No worry. Umno members are Malays. The Malays are well-known for respecting their leaders and will always make way for their sons and daughters to climb up the political ladder without any task.

And so it goes on and on and on. Dont be surprise if the cycle of Malaysian prime minister will be dominated by candidates from Kedah, Johor, Pahang and Penang ONLY. Other states wont have any chance at all. And dont be surprise if Muhyiddin becomes Prime Minister, his deputy would be a Johorian too.

Umno leaders are actually so proud of their rhetoric. When one starts talking about Anwar's issue, the rest will follow as nobody wants to be left behind and be accused of being 'ketinggalan zaman'. So, everybody talks Anwar. So much so, they dont feel comfortable anymore to discuss problems at their respective divisions.

Back home, the ordinary members are getting fed up and blase. Many division heads are the rich ones - getting one project after another, living in bungalows with a fleet of luxury cars park around it, getting snobbish day after day and only allow those they know to meet them.

Many divisions are having serious cracks. Division heads who were not elected to the State Assembly or the Parliament in the previous general election are at odds with their deputies who are now Yang Berhormat. There were cases during PRU12 when this division heads sent out SMS to Umno members not to vote the party candidate as they (the heads) were not selected.

Those with the idea that BN, notably Umno could notch easy wins should we call for a general election now, should swallow their own tongues. Call it now and BN would only win by a majority of less than 10 Parliament seats!

Yes, Umno is in deep shit. Dont ignore it. Bloggers have conveyed lots of message to its top leadership. Unfortunately, it often falls on deaf ears. The proud ones are still at their belief that Umno is in good shape, in perfect form to kick off Pakatan Rakyat from Selangor, Kedah and Penang.

I am writing this in a very simple language. If you dont understand it, its your problem... not mine. Have you forgotten what happened to Japan?

Muhyiddin: Rural Economy an Integral Component of NEM

Posted: 05 Aug 2010 02:55 AM PDT

Haji atau Tidak Haji?

Posted: 21 Jul 2010 05:10 PM PDT

Precious (filem)

Posted: 28 Jul 2010 08:50 PM PDT

1 - Berita terkini dari Wired Science - mereka mungkin telah menemui sebab di sebalik sumbang mahram.
 
2 - Argh tolonglah, babak-babak pertama filem Precious masih mengganggu fikiran. Sumbang mahram memang tabu dan meloyakan.
 
3 - Aku harap babak tersebut tidak menyebabkan filem ini dicalonkan untuk banyak anugerah.
 
4 - Ha ha. Aku masih tidak percaya pekerja sosial bangang tersebut telah dilakonkan oleh Mariah Carey. Memang lain bebeno dengan cara dan sifat superstar itu seperti yang kita sedia tahu.
 
5 - Precious adalah kisah benar dan filem yang baik tentang peritnya hidup seorang anak yang 'tempang' dari banyak aspek.
 
6 - Namun persoalan lagi, apakah yang menjadikan 'Precious'? Kemiskinan? Pendidikan? Lebih klise lagi, tiada pendidikan agama?
 
7 - Aku teringatkan Muhammad Yunus. Kesempitan hidup memang sukar membuatkan manusia jadi manusia.
 
8 - Lihat juga Push oleh Sapphire.
 
Kimono Ungu Bersulam Bunga Naskhah Ganding Baca Julai 2010

Posted: 05 Aug 2010 07:28 AM PDT

Pustakawan - penulis - pembaca tegar - pencinta buku (tanpa mengikut sebarang turutan) Najibah A Bakar telah mengelolakan program "Ganding Baca" di laman peribadinya, Buku Ria yang turut dijayakan oleh pembaca tegar dan pencinta buku yang bergiat melalui laman Goodreads. Untuk bulan Julai 2010, naskhah Kimono Ungu Bersulam Bunga telah dipilih.

Saya sangat berterima kasih kepada Najibah yang saya mesrai dengan panggilan Kak Ji, kerana selain memberi promosi percuma, turut giat menghidupkan perbincangan tentang kumpulan cerpen ini dengan menggunakan konsep kelab buku yang sangat popular di Barat.

Perbincangan oleh para peserta ini memberi peluang untuk saya menanggapi perspektif pembaca terhadap karya sendiri. Ada di antara persoalan yang dikemukakan bisa saya perjelaskan, namun berpegang kepada kata-kata Roland Barthes bahawa pengarang sudah mati dengan lengkapnya sesebuah karya, saya memilih untuk mengunci mulut. Bahkan sastera itu subjektif - berpolemiklah!

Pautan ke laman sebahagian peserta-peserta Ganding Baca bulan Julai 2010:

1. Najibah A Bakar
2. Isma
3. Al Ghazali (Bahagian I, Bahagian II)

Protes Saman Ekor Diteruskan Tanpa Pemuda UMNO

Posted: 05 Aug 2010 04:33 AM PDT

Parti Islam Semalaysia (PAS) sedang membuat persiapan untuk melaksanakan kempen anti saman ekor tanpa penglibatan pergerakan Pemuda Umno.

"Kita akan teruskan kempen tanpa Pemuda Umno kerana mereka lembab dan lambat bertindak dalam perkara ini," kata Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar ketika dihubungi FMT hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti-Saman Ekor (KASE).

Semalam Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar pelaksanaan saman ekor yang hanya membebankan pemilik kenderaan termasuk pengusaha bas serta teksi segera dihapuskan.

Khairy berkata, tindakan yang dilaksanakan kerajaan ini bukan hanya membebankan pengguna kenderaan persendirian, malah pengusaha syarikat teksi dan bas turut menghadapi risiko 'gulung tikar' jika sesebuah syarikat itu disenaraihitamkan dari memperbaharui cukai jalan.

Mahfuz dijadualkan menemui Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi tadi dan mahu memintanya supaya kenderaan yang disenaraihitam digugurkan dari senarai itu.

Bagaimanapun, Kong membatalkan pertemuan itu pada saat akhir tetapi memorandum tetap diserahkan kepada pegawai kementerian berkenaan.

"Kalau menteri tidak ada, saya hendak jumpa timbalan tetapi malangnya tidak ada juga, jadi tiada perbincangan mengenai hal itu. Barangkali suara rakyat tidak penting kepada kementerian (Kementerian Pengangkutan)," kata Mahfuz.

"Saya mahukan penjelasan daripada Kong kenapakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan polis dengan menyenarai-hitamkan pihak-pihak tertentu dari memperbaharui cukai jalan.

"Prosedur pemberian saman ekor sendiri boleh dipertikaikan kerana "tiada sebarang saman dikeluarkan" sebaliknya hanya notis pemberitahuan daripada pihak polis bagi mendapatkan maklumat," katanya. -FMT

Ulasan GB

Khairy sekalipun telah menyuarakan ketidak-setujuannya mengenai saman ekor, namun seperti lazimnya, keterikatannya kepada beberapa sebab menghalang Pemuda UMNO untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan. Lantas, ia menjadi golongan yang dikembirikan peranannya di dalam UMNO.

Justeru itu, adalah tepat untuk PAS mengorak langkah tanpa menunggu mereka, dan sekalipun Menteri Pengangkutan enggan hadir untuk menerima memorandum yang diserahkan PAS, ia bererti kementerian itu enggan untuk menndengar suara rakyat. Itu lambang permulaan bagi satu kehancuran untuk kerajaan BN.

Nicol David gets squash centre named in her honour

Posted: 05 Aug 2010 05:36 AM PDT

Ada lebih 3000 buaya dekat pantai Port Dickson

Posted: 05 Aug 2010 06:37 AM PDT

Tahu atau tidak , sebenarnya terdapat lebih 3000 ekor buaya tidak jauh dari pantai Port Dickson sejak sekian lama. Tapi buaya ini selama ini tidak pernah mengganggu orang awam atau keluar dari habitat mereka di Sungai Linggi. TAPI kenapa akhir-akhir ini semakin banyak buaya ini kelihatan berhampiran pantai Port Dickson ?

Kenapa kerajaan negeri atau kerajaan Malaysia tak boleh lakukan kajian atas fenomena ini ? Nak tunggu tragedi Kencing Tikus macam di Lubuk Yu, Pahang ?

Buaya tadi keluar dari habitat mereka pasti ada sebabnya. Adakah habitat mereka terganggu oleh aktiviti pembangunan atau perlombongan pasir ? Adakah air di Sungai Linggi dah tercemar teruk ? Adakah aktiviti pemburuan haram berleluasa ?

Takkan kerajaan nak tunggu National Geographic atau Discovery Channel turun ke Sungai Linggi buat dokumentari ?

Mana pergi wartawan alam sekitar kita di media cetak dan media elektronik ? Mana pergi pakar-pakar biologi dan ekologi kita di IPT ?

Kisah 3000 ekor buaya di Sungai Linggi pada artikel akhir di bawah.

***************************
Buaya muara Sungai Linggi kebal

Kosmo 5 Ogos 2010

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan tidak akan menangkap buaya-buaya di muara Sungai Linggi walaupun kehadiran reptilia itu boleh mengancam pengunjung pantai Port Dickson yang hanya berada dua kilometer dari situ.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, standard operasi jabatan itu ialah mereka hanya boleh menangkap buaya itu jika ia terlepas dari kawasan habitatnya di sungai tersebut dan masuk ke perairan Port Dickson.

"Kita tidak boleh tangkap buaya secara sembarangan di kawasan habitatnya sebab ada Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang melindungi buaya tembaga,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

3000 BUAYA DI PANTAI MELAKA DAN ULAMA N.SEMBILAN

Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan ia boleh diketahui dengan petanda 'di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.'

Cerita sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html

Pengarah Komunikasi PKR Letak Jawatan

Posted: 05 Aug 2010 05:19 AM PDT

jonson pkr

PETALING JAYA,Thu, Aug 5, 2010: Jonson Chong meletakkan jawatan Pengarah Komunikasi PKR semalam sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan parti, kata sumber-sumber yang rapat dengan beliau.

Mereka mendakwa Chong kecewa dengan pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai daya kekuatan politik untuk melakukan reformasi dalaman dan beliau telah menimbang untuk melepas jawatan itu sejak beberapa ketika.

Apabila dihubungi Chong, seorang peguam mengesahkan beliau meletak jawatan tetapi menafikan membuat keputusan itu sebagai protes. "Ya, saya telah meletak jawatan. Saya hendak fokus kepada kerjaya profesional saya," kata beliau kepada FMT.

Walaupun Chong agak diplomatik dengan keputusannya itu tetapi sumber-sumber yang rapat dengannya mengatakan beliau kecewa dengan pucuk pimpinan yang tidak membawa parti ke arah jalan yang betul. Beliau kecewa dengan beberapa usaha reformasi yang dihalang, kebanyakannya oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri.

"Sudah tentu, beliau menafikannya. Beliau taat kepada parti kerana menceritakan sesuatu yang benar akan mendedahkan kelemahan parti dan anda tahu cara PKR menanganinya, apabila timbul isu seperti ini," kata seorang ahli parti.

Mungkin juga ada benarnya terhadap beberapa tuduhan sejak beberapa pemimpin PKR, ketika dihubungi FMT, berkata mereka tidak tahu menahu tentang peletakan jawatan oleh Chong. Bagaimanapun, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata perkara ini ditimbulkan oleh Anwar ketika mesyuarat biro politik semalam.

"Anwar menerima perletakan jawatan oleh Chong," katanya kepada FMT. "Chong berkata dalam surat perletakan jawatannya bahawa beliau mahu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di luar parti dan peranannya sebagai ahli jawatankuasa pelaksana strategik PKR.

Politik Anwar menyisihkan pemimpin

Sementara itu, sumber-sumber berkata Chong berselisih faham dengan Anwar tentang beberapa isu. Anwar didakwa lebih berminat untuk mengekalkan keutuhan sokongan terhadap beliau dalam parti daripada membawa PKR maju ke depan.

"Terdapat beberapa usaha untuk mengurangkan birokrasi untuk kebaikan parti tapi Anwar menolaknya kerana beliau sedar bahawa beberapa pengikut yang taat kepadanya akan kecewa dan tercicir.

"Kita harus ingat, Chong adalah dari latar belakang NGO, kesemuanya mengenai kerja untuknya (Anwar) tapi Anwar seorang ahli politik. Dan supaya kita berlaku adil terhadap Anwar, beliau (Anwar) juga mempunyai beberapa pertimbangannya sendiri.

Sebelum ini, bekas setiausaha agung PKR Salehuddin Hashim menuduh Anwar "tidak memanfaatkan sepenuhnya" para pemimpin yang mempunyai bakat. Menurut beliau, Ketua Pembangkang itu mempunyai "skil pengurusan yang lemah" dan ini mengakibatkan beliau kehilangan beberapa rakan yang rapat. Mengenai perkara ini, sumber dalaman itu berkata, satu contoh yang baik ialah perletakan jawatan oleh Mohd Zahrain Hashim sebagai ketua PKR Pulau Pinang, yang pada suatu ketika dahulu menjadi kawan rapat Anwar.

Bila Nik Nazmi ambil alih?

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dirancang untuk mengambil alih tempat Chong telah menghebahkan perkara ini tapi Anwar menangguhkan pengumuman tersebut. Menurut sumber dalaman parti, ini juga salah satu sebab kenapa Chong meletak jawatan.

"Anda (Anwar) secara tidak langsung telah memberitahu parti bahawa Nik Nazmi akan menggantikan Chong tapi anda telah menangguhkan pengumuman tentang hal ini tanpa sebarang sebab yang jelas," katanya.

Bagaimanapun Chong menafikan bahawa beliau kecewa dengan penangguhan itu tetapi dalam nada yang sama, menggesa pucuk pimpinan membuat pengumuman secepat mungkin. "Saya berharap pucuk pimpinan akan melantik beliau (Nik Nazmi) dengan segera supaya kita dapat membawa parti mara ke hadapan dengan segera bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13," katanya.

Pengganti Chong, Nik Nazmi dilantik untuk merangsang usaha memenangi undi orang-orang Melayu di peringkat akar umbi, yang kritikal bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Chong juga berikrar untuk mencapai tujuan ini. "Saya sanggup menerima apa-apa tugas sama ada dalam parti atau dalam pejabat Anwar di mana saya boleh memberi sumbangan dengan berkesan dan bermakna," ujar beliau. (Free Malaysia Today/AK)

Rasulullah SAW Pun 'Bangga' Dengan Iran

Posted: 31 Jul 2010 09:57 AM PDT

Ini adalah Omid 651, sebuah satelit pemprosesan data untuk penyelidikan dan telekomunikasi. Ia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada 2 Februari 2009. Oleh kerana Iran menghadapi sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, maka satelit ini memang ciptaan sendiri, dibina di Iran bahkan asli milik Iran.

Presiden Ahmadinejad pernah mengatakan, "Sebagai jawapan balas kepada resolusi musuh (United Nations Security Council) kita memutuskan untuk memajukan industri angkasa lepas, dan mempercepatkan program ini (menghantar angkasawan) 5 tahun lebih awal dari tarikh yang dirancangkan sebelumnya (sumber sini)."

Nampaknya kalau Dr Sheikh Muszaphar nak naik ke angkasa lepas lagi, bolehlah kita tumpangkan beliau dalam roket Iran pada tahun 2019.

Mula-mula saya ingatkan ini hanyalah propaganda Dr Ahmadinejad, yang mana dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan untuk menyakitkan hati Amerika dan Zionis (menyakitkan hati Zionis dapat pahala ya); akan tetapi saya sering mengkaji tentang syiah dan mengenal orang syiah, saya tahu beliau tidak main-main. Ini kerana Mac lalu Iran telah menghantar sebuah roket sepanjang 10 kaki yang membawa tikus, dua ekor kura-kura dan cacing ke angkasa (lihat sini). Nama roket ini adalah Kavoshgar-3, atau Peneroka-3, dan program bercita-cita tinggi ini diketuai oleh Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Ahmad Vahidi (macam dekat-dekat nama Datuk Seri Zahid Hamidi pula!).

Pun masa itu saya belum percaya sepenuhnya, kerana ya lah, ia masih boleh jadi satu 'penipuan' yang digembar-gemburkan.

Akan tetapi, saat ini saya sudah percaya sepenuh hati. Ini kerana media Barat, termasuk Zionis sudah mulai menggelabah ekoran foto-foto perisikan 'dua negara jahanam' berjaya merakam pembangunan tapak pelancaran roket dan program angkasa lepas Iran dari angkasa.

Sah lah sudah, Iran sedang membina tapak pelancaran roket yang lebih canggih dan besar. Imej yang diambil dari atas menunjukkan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di kota Semnan, timur Tehran. Tambahan pula roket Simorgh sejenis space-launch vehicle (SLV) telah pun dilancarkan Februari lalu (sini).

Imej perisikan Barat menunjukkan tapak pelancaran roket Iran itu adalah 4 kilometer dengan sebuah menara 13 meter lebar dan 20 meter tinggi. Jadi janji Ahmadinejad bukanlah kosong.

Kita semua amat bangga dengan kemajuan teknologi Republik Islam Iran. Kita tak dapat harapkan Mesir, Arab Saudi atau Jordan. Mereka semua hamba dan kuli Zionis. Malaysia? Alahai tak usahlah cerita kita.

Saya yang tidak jumud ini membongkar kelebihan bangsa Iran. Saya dapati hadis Rasulullah saw yang menjelaskan:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Sesungguhnya Islam terhutang pada bangsa Iran menerusi Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Sheikh Baha'i, Fizinski, Mulla Sadra dan sebagainya.

Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Ketika turun ayat ini, para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang akan menggantikan kami? Baginda menepuk bahu Salman al-Farisi dan bersabda, "Dia dan kaumnya! Dan jika agama berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya yang akan mengambilnya adalah lelaki dari bangsa Farsi." (Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 4, halaman 182)

Ada orang bertanya, kenapa saya obses dengan Iran? Inilah sebabnya; sedangkan nabi Muhammad sendiri 'bangga' dengan Iran, maka mengapa tidak saya? Oleh kerana saya sunni yang ingin mematuhi sunnah Rasulullah saw maka saya dengan rendah hati menurut sunnah baginda tersebut. Takkanlah saya ikut sunnah pun dikira salah? Masakan kita nak tuduh Rasulullah saw obses? Astaghfirullah. Kerana apa yang keluar dari mulut Nabi Muhammad bukanlah kata-kata biasa melainkan wahyu: "Dan tidaklah ia berkata-kata dari hawa nafsunya melainkan wahyu yang disampaikan Allah kepadanya." (An-Najm:4) atau ayat "Barangsiapa yang menta'ati Rasul berarti dia menta'ati Allah.. " (An-Nisa':80). Ittiba' kepada Rasul bererti baginda adalah panutan yang patut diteladani dan ditelusuri langkahnya. "Ta'atlah kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah), barangsiapa yang berpaling (dari keduanya) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir." (Al-Imran : 32)

Nak tak nak, suka tak suka - masa depan Islam adalah di tangan Iran. Tambahan pula Iran kini sedang memajukan industri nuklearnya. Kita bergantung kepada mereka untuk mempertahankan kita. Dan kita bangga meski mereka ini bermazhab syiah iaitu mazhab yang mendokong keluarga Rasulullah saw, ini kerana mereka Islam seperti kita juga. Dan tentu Rasulullah saw sendiri mengiktiraf mereka sebagai sebahagian dari umat Islam, kerana baginda sendiri mengeluarkan sabda yang sungguh futuristik sifatnya iaitu memperakukan mereka sebagai kaum yang bakal mempertahankan Islam dan akidahnya!

* Ahmadinejad mengejek Barat yang percayakan sotong, lihat sini.

MEMORANDUM BANTAHAN TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Posted: 05 Aug 2010 02:33 AM PDT

MEMORANDUM BANTAHAN

TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Kepada

Dato' Seri Kong Cho Ha

Menteri Pengangkutan

Daripada

Dato' Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 Ogos 2010

MEMORANDUM BANTAHAN

TERHADAP TINDAKAN MENYENARAI HITAM KENDERAAN DAN PEMILIK KENDERAAN

1) LATARBELAKANG

Pada 30 haribulan Jun 2010 dalam jawapan kepada soalan lisan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bin Bakri menyatakan bahawa "Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan."

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato' Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010, bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Ekoran langkah tersebut, rakyat dan pengguna jalanraya telah mengalami kesulitan bagi memperbaharui lesen kenderaan dan juga lesen memandu mereka kerana nama mereka telah disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

2) PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG

Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah suatu akta yang digubal antaranya adalah untuk mengawalselia kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan. Akta ini juga telah memperuntukkan prosedur-prosedur bagi pihak berkuasa (JPJ) menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini.

Seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987

17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika

(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jabatan Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya: dan

Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

29. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kedua-dua seksyen ini memberikan kuasa kepada PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan/atau lesen memandu jika PENGARAH telah "BERPUAS HATI" bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang masih belum selesai dengan JPJ dan/atau PDRM.

Tiada sebarang peruntukkan di dalam kedua-dua Seksyen tersebut memberikan kuasa kepada PDRM. Persoalannya :

APAKAH JPJ PERLU MENURUT ARAHAN PDRM UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU DAN LESEN KENDERAAN?

Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan

115. (1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

(2) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undangundang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh dengan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan pemanduan suatu kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan terhadap pertuduhan itu.

(3) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pegawai polis bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu oleh atau dipunyai oleh orang itu atau ia dipunyai oleh suatu perkongsian yang orang itu juga menyatakan bahawa dia telah menjadi pekongsinya atau suatu perbadanan yang dia menyatakan bahawa dia telah menjadi pengarah, pegawai atau pekerjanya pada suatu ketika tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapa kenderaan itu telah dipandu atau kepada siapa kereta itu dipunyai.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa suatu notis kepada pemilik dikeluarkan menghendaki pemilik memberikan maklumat tentang pemandu kenderaan yang dikatakan melakukan kesalahan lalulintas. Maklumat yang diberikan tersebut juga boleh digunakan sebagai bukti semasa pertuduhan ke atas pemandu.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

53. (1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Peruntukkan ini jelas bahawa setiap orang yang disyaki melakukan kesalahan hendaklah diserahkan suatu notis di dalam borang yang ditetapkan (Saman) untuk diminta hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan. Kegagalan menghadiri Mahkamah membolehkan Mahkamah mengeluarkan waran Tangkap bagi memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Walau bagaimana pun pihak PDRM tidak mengeluarkan Saman di bawah Seksyen 53 ini tetapi hanya menganggap bahawa setiap orang yang disyaki sebagai pesalah.

3) TINDAKAN MENYENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG.

A) Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Dato' Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010 telah menyatakan bahawa tindakan menyenaraihitam pemilik kenderaan dibuat di bawah peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280.

· Yang Arif hakim Datuk Abdul Aziz Rahim telah memutuskan seperti berikut : -

o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of "Wednesbury unreasonableness". In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the "Wednesbury unreasonableness" principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

Keputusan ini jelas menunjukkan tindakan JPJ adalah salah di sisi Undang-Undang. Malah Peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak memberikan apa-apa kuasa kepada PDRM untuk menyenaraihitam pemilik kenderaan. Kenyataan Ketua Pasukan trafik tersebut jelas menunjukkan beliau tidak faham kedudukan beliau dan kedudukan undang-undang negara. ADAKAH BELIAU TIDAK DINASIHATKAN OLEH PEGUAM NEGARA DAN/ATAU PENASIHAT UNDANG-UNDANG PDRM SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN? Adalah amat malang bagi negara mempunyai Ketua Pasukan Trafik sebegini.

B) Dato' Abdul Aziz seterusnya menjelaskan, sebelum menyenarai hitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM. "Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.

Notis yang dimaksudkan beliau adalah notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menghendaki pemilik kenderaan memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan beliau yang dikatakan melakukan kesalahan. Setelah maklumat diterima atau tidak diterima, pihak PDRM dan/atau JPJ perlu mengeluarkan Saman di bawah seksyen 53 Akta yang sama untuk menghendaki pemilik dan/atau pemandu hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan kesalahan yang dikatakan telah dilakukan.

Walau bagaimana pun Saman di bawah Seksyen 53 Akta ini tidak dikeluarkan sebaliknya PDRM terus menganggap pemilik kenderaan melakukan kesalahan dan perlu membayar kompaun ataupun denda mandatori. Ini terbukti dengan kenyataan Dato' Abdul Aziz bahawa "Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan,". ANGGAPAN PDRM TERSEBUT ADALAH JELAS BERTENTANGAN DENGAN PRINIP KEADILAN DI MANA SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH MELAINKAN DIBUKTIKAN BERSALAH (presumed innocent until proven guilty). Sesuatu kesalahan tidak boleh dianggap telah dilakukan dengan hanay kegagalan memberikan maklum balas. Pihak PDRM perlu, wajib membuktikannya di Mahkamah menerusi saluran Kehakiman negara bukan hanya dengan menganggap sebegitu mudah.

· Yang Arif datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes di atas menyatakan :-

o (4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

C) Pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat. Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.

Jika PDRM mempunyai bukti kesalahan dilakukan, MENGAPA PESALAH TIDAK DISAMAN DI MAHKAMAH UNTUK MENJAWAP PERTUDUHAN TERSEBUT?

D) Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Seksyen 53 menyatakan pegawai PDRM, Warden lalulintas dan pegawai JPJ boleh mengeluarkan saman menghendaki seseorang tertuduh hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan. Di bawah peruntukkan manakah orang ramai dikehendaki merujuk kepada PDRm untuk mengetahui samada mereka disaman atau tidak?

Prinsip SAMAN ialah ianya perlu diserahkan kepada pesalah (tertuduh) bukannya tertuduh perlu memeriksa samanada mereka ada kesalahan atau tidak. Adalah tugas pihak berkuasa membawa tertuduh ke Mahkamah untuk dibicarakan dan bukan sebaliknya.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut :-

(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property. (paras 48, 49 & 50)

(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DAN JAWATANKUASA BERTINDAK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DENGAN INI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI :-

· Mengarahkan JPJ di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan dan bukannya menyekat pembaharuan lesen kenderaan.

· Mengarahkan PDRM membatalkan semua saman yang tidak dan/atau gagal diserahkan.

· Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu memperbaharui lessen kenderaan dan lesen memandu mereka tanpa sekatan.

· Menarikbalik arahan menyenarai hitam nama pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu selagi kesalahan tidak dibuktikan.

· Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan JPJ menyenaraihitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

Sekian, terima kasih

Dato' Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 hb Ogos 2010

25 SYA'ABAN 1431H

INDEKS RUJUKAN

a) Hansard Parlimen bertarikh 24/06/2010 muka surat 21.

b) Hansard Parlimen bertarikh 30/06/2010 muka surat 16 – 18

c) Keratan Akhbar Utusan Online bertarikh 09/07/2010

d) Seksyen 17 (1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987

e) Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

f) Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987

g) Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

h) Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280

Polemik 'Kahwin Bawah Umur', Nik Aziz, Zurida, Ibnu Hasyim

Posted: 04 Aug 2010 11:06 PM PDT

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua kanan) meninjau persiapan akhir perasmian Jajahan Kecil Lojing dekat Gua Musang hari ini. Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan menyempurnakan perasmian projek itu, hari ini — Foto Bernama
KL OGOS 5 10: Menurut Bernama, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Gua Musang semalam kerajaan negeri sedia mengkaji kesesuaian pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka.

Bagaimanapun beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata pihaknya juga merasa bimbang jika membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal, mereka tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh menyebabkan berlaku perceraian.

"Kita tidak mahu orang kahwin kerana suka-suka sahaja, ia benda besar.

"Tetapi bagi saya benda ini di kampung sudah lama berlaku dan tidak banyak pasangan yang bermasalah sepertimana di bandar. Namun kita akan kaji benda ini," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak perasmian Jajahan Kecil Lojing, di sini hari ini.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa.

Nik Aziz juga meminta kerajaan negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari. Beliau berkata walaupun Islam tidak melarang umatnya berkahwin awal, malah Nabi Muhammad S.A.W menggalakkannya tetapi ia bukan kerana bersifat nafsu semata-mata dan akhirnya boleh berlaku penceraian.

"Kita akui dalam Islam berkahwinan tiada had umur asalkan cukup syaratnya. Tetapi jika berlaku perkahwinan terlalu muda, saya bimbang rumah tangga mereka tidak dapat diurus dengan baik," katanya. Demikian Bernama.

Sedangkan menurut Radio Netherlands Wereldomroep Edisi Indonesia...

"... aktivis perempuan, Zuraida, anggota parlemen dari Partai Keadilan, menganggap usul Ali Rustam itu suatu kemunduran. Zuraida sependapat bahwa menurut hukum Islam perempuan yang balig boleh menikah. Tapi dia menambahkan, umat Islam harus menyesuaikan diri dengan masa atau zaman. Membolehkan para gadis muda itu menikah di bawah usia 16 tahun, berarti tidak menghormati hak mereka untuk mengikuti pendidikan. Bagi dia, ini adalah pengingkaran hak para remaja untuk mengikuti pendidikan yang sempurna."

Menurut RNW itu lagi..

"Zuraida menjelaskan, parliman atau parlemen Malaysia sedang menyusun garis panduan untuk para remaja yang sudah berusia 16 tahun yang mau menikah. Tujuannya agar mereka tidak menjadi korban kemiskinan keluarga. Ketua urusan wanita Partai Keadilan ini mengatakan, untuk menangani kasus pembuangan bayi, harus ada perbaikan sistem pendidikan dan kerajaan atau pemerintahan. Juga diupayakan supaya pergaulan remaja tidak terlalu bebas. "Maksudnya kita harus membimbing dari segi keimanan dan ketakwaan. Bukan melonggarkan Undang-Undang untuk memudahkan mereka berkawin," katanya bersemangat.

Mengenai penceraian RNW melaporkan..

"Zuraida mengkhawatirkan kawin dini juga bisa mengakibatkan bertambah banyaknya kasus perceraian. Karena mereka mungkin belum mampu untuk membangun rumah tangga dan mendidik anak. Ini akan menimbulkan masalah sosial yang akumulatif. UU Perkawinan Malaysia, menurut Zuraida, tidak bertentangan dengan hukum atau syariat Islam. Memang Islam membolehkan orang menikah kalau sudah mencapai umur baligh.

"Tapi tidak ditetapkan umur. Jadi kenapa kita nak (hendak, Red.) tetapkan umur enam belas tahun ke bawah?" ia bertanya-tanya. Zuraida menambahkan bahwa dalam Islam ada prinsip memilih mana yang lebih kurang mudaratnya."

Sebelum ini blog Ibnu Hasyim menyiarkan berita 'Sekolah Hamil Anak Haram Akan Didirikan Di Melaka.' dan memberi komen..

"Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh bila suka sama suka di Malaysia. Bila berlaku perzinahan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah! Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini.

Adakan peraturan 'jangan dekati zina', yakni mencegah 'kemungkinan dekat dengan zina' yang melibatkan media kerajaan, suasana sekeliling dan lain-lain, bukan salahkan ibubapa sahaja. Ini yang kerajaan BN kena faham!"

By ASYOK KUMAR

Lihat sebelum ini..

business…bila hati sedikit terguris.

Posted: 04 Aug 2010 11:12 PM PDT

something i learned at recent business class…

…..

.

membawa maksud..

.

kita jangan mengeluh andai kita terlalu susah bekerja mencari nafkah untuk keluarga keranana sesungguhnya, ada antara dosa dosa yang tak terhapus dengan pahala kebajikan, namun ianya terhapus dengan pahala kesusahan mencari nafkah….

its a hadis…

wAllahualam.

Pembinaan Sekolah Hamil - Kerja Gila Kerajaan UMNO BN

Posted: 04 Aug 2010 11:37 PM PDT

Cadangan sekolah hamil hina wanita

Saranan pembinaan sekolah hamil peringkat kebangsaan akan menyebabkan gejala zina dan pergaulan bebas semakin berleluasa, kata ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Beliau berkata, idea atau cadangan itu tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.

"Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua tetapi dalam bentuk pencegahan dan bukannya satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.

"Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan, namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyarankan supaya kerajaan membina sekolah pelajar hamil peringkat kebangsaan yang sebelum ini diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Siti Aishah berkata, isunya ialah pembendungan dan pencegahan pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan.

Katanya, ia bukan memikirkan mahu menhabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.

Menurutnya, jika benar kerajaan mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa. Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.

"Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk menangani masalah ini namun masih menemui jalan buntu.

"Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah hamil bukan jawapannya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kerajaan sendiri," katanya.

Ulasan GB

Benar-benar gila. Allah memerintahkan mereka yang berzina direjam. UMNO mengubahnya, menggalakkan pula perzinaan dengan cara membinakan sekolah hamil untuk remaja yang telah berzina.

Kegagalan membendung gejala sosial hasil daripada budaya hedonisma yang disemarakkan oleh kerajaan UMNO BN disamping mengenepikan hukum Islam menjadikan pemimpin UMNO BN mendengar cadangan iblis supaya dibina sekolah hamil. Kesalahan di atas kesalahan. Ini akibat wujudnya pemimpin yang hanya Islam pada namanya tetapi ingkar pada amalan dan hakikatnya, yang tak membaca Al-Quran, yang jahil murakkab, yang tak pegang kepada nilai-nilai agama di dalam pemerintahan.

Dan ia alamat UMNO BN bakal menerima pukulan maut Allah s.w.t. tidak lama lagi. Percayalah!

Bila PDRM nak pulang laptop

Posted: 05 Aug 2010 12:10 AM PDT

hadir depan IPD serah semua apa yang polis nak dan minta hentikan kerja mengarut seperti serbu pejabat parti, antara yang mengiringi ialah YB Taufek

Minggu kedua Julai, pulang dari Jakarta diserbu polis di pejabat dan malam yang sama dibawa ke rumah untuk digeledah. Seminggu selepas itu datang ke ibu pejabat parti apa yang mereka nak cari... ??

sememangnya cheGuBard sendiri mengaku artikel yang dibuat laporan oleh Pemuda Umno itu ialah tulisan cheGuBard maka kalau ada yang tak kena dakwa sahaja terus di mahkamah, namun tindakan polis pelik mereka nak buku nota dan komputer .... serbu pejabat... dll...

Berani kerana benar cheGuBard tampil sekali lagi di depan IPD untuk serah laptop dan apa sahaja yang mereka nak supaya jangan jadikan alasan nak serbu masuk pejabat parti ........

Polis janji seminggu, ni dah masuk lebih dua minggu. Dua hari lepas polis kata masih diforensik Cheras nak kaji betul-betul hahaha lawan - lawak... kesian laptop dilokap polis. ... apa yang dia nak kaji... polis janji Jumaat ini serah semula....

Jangan nanti bila nak serah laptop akan didakwa dengan perbagai dakwaan mengarut antaranya seperti kes benji tuduhan ditahan di simpang renggam kerana pernah download cara untuk membuat dadah... hahahaha

Rayuan Ramadan: JIM sasar tajaan RM500,000 untuk 100,000 orang

Posted: 04 Aug 2010 04:08 AM PDT

Umno-BN Bimbang CheGuBard Sebar Kisah Sebenar Altantuya Ke Luar Negara

Posted: 05 Aug 2010 12:42 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM- Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan penahanannya oleh pihak polis semalam mempunyai motif yang lebih besar dan bukan sekadar dakwaan berkaitan aktikel yang di tulis di dalam blog beliau.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Badrul Hisham aka CheGuBard memberitahu dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis soal siasat hanya tertumpu kepada aktiviti semasa lawatan beliau ke Jakarta dan bukannya isu surat terbuka kepada Yang DiPertuan Agong atau kenyataan berkenaan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Sebaik sampai dari Jakarta saya terus sahaja ke Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan untuk mempengerusikan mesyuarat Cabang Rembau. Apabila saya sampai di sana pihak polis seramai 15 orang telah mengepung pejabat tersebut dan mereka menyerahkan waran tangkap kepada saya.

Beliau berada di Jakarta selama enam hari bermula 4 Julai dalam rangka aktiviti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Saya di bawa ke Balai Polis Daerah (IPD) Seremban dan di sana pihak polis mengatakan saya ditahan di bawah Akta Hasutan seksyen 41 serta ada laporan dibuat oleh Pemuda Umno yang mengatakan penulisan saya di dalam blog mempunyai unsur hasutan. Apabila saya ingin melihat laporan tuduhan tersebut saya telah dinafikan hak.

"Polis mengatakan laporan tersebut dibuat terhadap surat terbuka saya kepada Yang DiPertuan Agong sempena hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang lalu dikatakan ada unsur hasutan dan menghina institusi raja. Keterangan saya cukup jelas surat terbuka saya itu hanya dengan niat untuk meningkatkan martabat Raja-Raja Melayu tidak ada langsung unsur hasutan.

"Apa yang dihairankan kalau laporan itu hanya tertumpu kepada laporan tersebut kenapa saya tidak dipanggil lebih awal lagi kerana laporan itu telah dibuat sebulan lebih selain itu juga soalan pihak polis lebih kepada lawatan saya ke Jakarta. Mereka ingin mengetahui apa tujuan saya ke sana adakah isu Altantuya menjadi agenda utama saya ke sana.

"Pihak polis juga menyoal saya tentang hubungan jaringan antarabangsa saya dengan negara luar yang lain adakah agendanya sama seperti apa yang saya lakukan di Jakarta," kata CheGuBard.

Tambahnya lagi selepas di soal siasat beliau di bawa ke rumahnya di Bukit Chedang, Seremban untuk digeledah bagi mencari bahan bukti kerana pihak polis telah mempunyai waran mengeledah rumahnya.

"Saya di bawa ke rumah setelah pihak polis menunjukkan waran geledah, semasa di sana mereka mencari buku nota dan juga komputer riba yang selalu saya gunakan. Mereka tetap bertanya di mana saya letak komputer riba tersebut walaupun berkali-kali memberitau saya tidak mempunyai komputer riba dan segala kerja saya hanya mengguna komputer di Pejabat KEADILAN dan juga 'cyber cafe' sahaja. Walaupun mereka tidak menjumpai apa-apa bukti pihak polis tetap merakam gambar tempat ruang kerja saya," jelas beliau lagi.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan kali kedua diambil.CheGuBard juga tidak menolak kemungkinan pihak polis akan menyerbu pejabat KEADILAN Negeri Sembilan Isnin nanti kerana kenyataannya yang mengatakan beliau menggunakan komputer pejabat untuk urusan kerjanya.

Beliau memberitahu kebanyakan organisasi negara luar mahupun media antarabangsa tidak mengetahui cerita sebenar yang menimpa Altantuya malah anggapan mereka kes tersebut sudah selesai.

"Disebabkan oleh putar belit media Umno menyebabkan kebanyakan organisasi dan media negara luar tidak tahu cerita sebenar yang telah menimpa Altantuya. Apabila saya menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku serta pengedaran buku dan juga VCD barulah mereka tahu kenapa Altantuya di bunuh dan siapa dalang sebenarnya.

"Buku dan VCD sudah berada ditangan organinasi dan media disana, sekarang mereka membuat penilaian sebenar disebalik pembunuhan Altantuya. Saya pasti masyarakat luar juga menilai kenapa media negara ini perlu memutar belit berita yang sebenar," kata CheGuBard.

JPJ diminta tidak sekat pembaharuan Lesen dan Cukai Jalan – KASE

Posted: 05 Aug 2010 01:19 AM PDT

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.

Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.

Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Turut serta pada serahan itu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

Tambahnya, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan JPJ menyenarai hitam mereka yang diberi notis saman adalah pelik dan salah.

"Polis buat salah, suruh pula JPJ buat salah," katanya.

Menurutnya, saman ekor dikeluarkan oleh PDRM bukan saman, tetapi hanya notis mengesahkan mahlumat.

Manakala untuk menentukan bersalah dan dikenakan saman, ianya perlu dibawa ke mahkamah.

"Yang menentukan bersalah adalah mahkamah, bukan polis, bukan JPJ," katanya.

Apa yang dibimbangi katanya, dengan keputusan terbaru ini akan menggalakkan rakyat memandu tanpa lesen dan tanpa cukai jalan atau cukai jalan palsu.

Tambahnya, lebih teruk ianya juga bakal menyumbang kepada rasuah bagi memadam nama yang disenarai hitam.

Kase dilancar 2 Ogos lalu dalam usaha PAS membela nasib mereka yang menjadi mangsa saman ekor.

Kase berpendapat, selain menganiaya rakyat, saman ekor juga bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

Sehubungan itu, dalam fasa kempen mereka, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri minggu ini, dan membuat aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam masa terdekat.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan hari bertemu mangsa pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada mereka.

Bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor, pertemuan akan diadakan di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban. – Sumberr Harakah

Memorandum penuh di bawah ini:-
MEMORANDUM BANTAHAN TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Kepada
Dato' Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan

Daripada
Dato' Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap
Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

MEMORANDUM BANTAHAN
TERHADAP TINDAKAN MENYENARAI HITAM KENDERAAN DAN PEMILIK KENDERAAN

1) LATARBELAKANG
Pada 30 haribulan Jun 2010 dalam jawapan kepada soalan lisan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bin Bakri menyatakan bahawa "Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan."

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato' Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010, bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Ekoran langkah tersebut, rakyat dan pengguna jalanraya telah mengalami kesulitan bagi memperbaharui lesen kenderaan dan juga lesen memandu mereka kerana nama mereka telah disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

2) PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG
Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah suatu akta yang digubal antaranya adalah untuk mengawalselia kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan. Akta ini juga telah memperuntukkan prosedur-prosedur bagi pihak berkuasa (JPJ) menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini.

Seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987

17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika

(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jabatan Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya: dan

Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

29. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kedua-dua seksyen ini memberikan kuasa kepada PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan/atau lesen memandu jika PENGARAH telah "BERPUAS HATI" bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang masih belum selesai dengan JPJ dan/atau PDRM.

Tiada sebarang peruntukkan di dalam kedua-dua Seksyen tersebut memberikan kuasa kepada PDRM. Persoalannya :
APAKAH JPJ PERLU MENURUT ARAHAN PDRM UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU DAN LESEN KENDERAAN?

Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan
115. (1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

(2) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undangundang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh dengan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan pemanduan suatu kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan terhadap pertuduhan itu.

(3) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pegawai polis bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu oleh atau dipunyai oleh orang itu atau ia dipunyai oleh suatu perkongsian yang orang itu juga menyatakan bahawa dia telah menjadi pekongsinya atau suatu perbadanan yang dia menyatakan bahawa dia telah menjadi pengarah, pegawai atau pekerjanya pada suatu ketika tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapa kenderaan itu telah dipandu atau kepada siapa kereta itu dipunyai.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa suatu notis kepada pemilik dikeluarkan menghendaki pemilik memberikan maklumat tentang pemandu kenderaan yang dikatakan melakukan kesalahan lalulintas. Maklumat yang diberikan tersebut juga boleh digunakan sebagai bukti semasa pertuduhan ke atas pemandu.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah
53. (1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Peruntukkan ini jelas bahawa setiap orang yang disyaki melakukan kesalahan hendaklah diserahkan suatu notis di dalam borang yang ditetapkan (Saman) untuk diminta hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan. Kegagalan menghadiri Mahkamah membolehkan Mahkamah mengeluarkan waran Tangkap bagi memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Walau bagaimana pun pihak PDRM tidak mengeluarkan Saman di bawah Seksyen 53 ini tetapi hanya menganggap bahawa setiap orang yang disyaki sebagai pesalah.

3) TINDAKAN MENYENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG.
A) Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Dato' Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010 telah menyatakan bahawa tindakan menyenaraihitam pemilik kenderaan dibuat di bawah peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280.
• Yang Arif hakim Datuk Abdul Aziz Rahim telah memutuskan seperti berikut : -
o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)
o (2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of "Wednesbury unreasonableness". In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the "Wednesbury unreasonableness" principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)
Keputusan ini jelas menunjukkan tindakan JPJ adalah salah di sisi Undang-Undang. Malah Peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak memberikan apa-apa kuasa kepada PDRM untuk menyenaraihitam pemilik kenderaan. Kenyataan Ketua Pasukan trafik tersebut jelas menunjukkan beliau tidak faham kedudukan beliau dan kedudukan undang-undang negara. ADAKAH BELIAU TIDAK DINASIHATKAN OLEH PEGUAM NEGARA DAN/ATAU PENASIHAT UNDANG-UNDANG PDRM SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN? Adalah amat malang bagi negara mempunyai Ketua Pasukan Trafik sebegini.

B) Dato' Abdul Aziz seterusnya menjelaskan, sebelum menyenarai hitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM. "Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
Notis yang dimaksudkan beliau adalah notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menghendaki pemilik kenderaan memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan beliau yang dikatakan melakukan kesalahan. Setelah maklumat diterima atau tidak diterima, pihak PDRM dan/atau JPJ perlu mengeluarkan Saman di bawah seksyen 53 Akta yang sama untuk menghendaki pemilik dan/atau pemandu hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan kesalahan yang dikatakan telah dilakukan.
Walau bagaimana pun Saman di bawah Seksyen 53 Akta ini tidak dikeluarkan sebaliknya PDRM terus menganggap pemilik kenderaan melakukan kesalahan dan perlu membayar kompaun ataupun denda mandatori. Ini terbukti dengan kenyataan Dato' Abdul Aziz bahawa "Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan,". ANGGAPAN PDRM TERSEBUT ADALAH JELAS BERTENTANGAN DENGAN PRINIP KEADILAN DI MANA SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH MELAINKAN DIBUKTIKAN BERSALAH (presumed innocent until proven guilty). Sesuatu kesalahan tidak boleh dianggap telah dilakukan dengan hanay kegagalan memberikan maklum balas. Pihak PDRM perlu, wajib membuktikannya di Mahkamah menerusi saluran Kehakiman negara bukan hanya dengan menganggap sebegitu mudah.
• Yang Arif datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes di atas menyatakan :-
o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)
o (4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)
C) Pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat. Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.
Jika PDRM mempunyai bukti kesalahan dilakukan, MENGAPA PESALAH TIDAK DISAMAN DI MAHKAMAH UNTUK MENJAWAP PERTUDUHAN TERSEBUT?
D) Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Seksyen 53 menyatakan pegawai PDRM, Warden lalulintas dan pegawai JPJ boleh mengeluarkan saman menghendaki seseorang tertuduh hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan. Di bawah peruntukkan manakah orang ramai dikehendaki merujuk kepada PDRm untuk mengetahui samada mereka disaman atau tidak?

Prinsip SAMAN ialah ianya perlu diserahkan kepada pesalah (tertuduh) bukannya tertuduh perlu memeriksa samanada mereka ada kesalahan atau tidak. Adalah tugas pihak berkuasa membawa tertuduh ke Mahkamah untuk dibicarakan dan bukan sebaliknya.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut :-
(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property. (paras 48, 49 & 50)
(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DAN JAWATANKUASA BERTINDAK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DENGAN INI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI :-

• Mengarahkan JPJ di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan dan bukannya menyekat pembaharuan lesen kenderaan.

• Mengarahkan PDRM membatalkan semua saman yang tidak dan/atau gagal diserahkan.

• Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu memperbaharui lessen kenderaan dan lesen memandu mereka tanpa sekatan.

• Menarikbalik arahan menyenarai hitam nama pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu selagi kesalahan tidak dibuktikan.

• Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan JPJ menyenaraihitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

Sekian, terima kasih

Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap
Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 hb Ogos 2010
25 SYA'ABAN 1431H

INDEKS RUJUKAN

a) Hansard Parlimen bertarikh 24/06/2010 muka surat 21.
b) Hansard Parlimen bertarikh 30/06/2010 muka surat 16 – 18
c) Keratan Akhbar Utusan Online bertarikh 09/07/2010
d) Seksyen 17 (1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987
e) Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987
f) Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987
g) Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987
h) Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280

Beberapa pautan tentang buku

Posted: 05 Aug 2010 01:44 AM PDT

Rakan-rakan di GR-MY sedang berlumba-lumba mengejar target bersama 2010 buah buku dibaca sepanjang tahun ini. Dengan sasaran minimum 50 buku setiap seorang. Aku masih ketinggalan dengan hanya 19 buah buku. Harap-harapnya dapat menyambut jubli perak sekurang-kurangnya sebelum Aidilfitri. Kalau berjaya, Aidilfitri nanti boleh tumbangkan dua ekor biri-biri. Kheh!

Apapun, sebagai menghangatkan budaya membaca dan berkongsi apa yang dibaca, aku sertakan beberapa pautan blog oleh kelompok pembaca Malaysia:

1. Idea Denai Buku oleh Khairusy Syakirin Has-yun.

2. Apa yang mem"BOOM" 1 Malaysia?

3. Faizah menangis? Biar betul!

4. Apa yang Hitler baca? (salah sebuah buku yang masih menanti giliran untuk kubaca.)

Okeh. Selamat membaca, jumpa lagi.

©2010 Kecek-kecek Tok Mudin 3.0. All Rights Reserved.

.
Feed Ads By BidVertiser.comFeed Ads By BidVertiser.com

Related posts:

  1. Buku: 29 untuk 2009 Terima kasih kepada Zunar yang menerbitkan Perak Darul Kartun...
  2. 2010 dan lain-lain pautan Aku tidak setuju ia disebut mimpi. Lebih tepat rasanya,...
  3. Baca seperti Czechs! (Ini adalah entri ulangan, entri asal di sini.) Rakyat...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Wow! Main paksa ka mengaku curi enjin F-5E?

Posted: 05 Aug 2010 12:38 AM PDT

No comments: