Thursday, September 16, 2010

Former MB Asks for Proof of Kedah Revenue Rise

Former MB Asks for Proof of Kedah Revenue Rise


Former MB Asks for Proof of Kedah Revenue Rise

Posted: 16 Sep 2010 07:29 AM PDT


PAS pertahan prinsip adil untuk semua etnik

Posted: 15 Sep 2010 08:15 PM PDT


900kg of veg destroyed

Posted: 16 Sep 2010 07:08 AM PDT


Journalists union wants space to debate

Posted: 16 Sep 2010 08:03 AM PDT


Ada Hakim Yang Gemarkan Syurga Dunia Berbanding Akhirat

Posted: 16 Sep 2010 07:32 AM PDT

Di Malaysia, Hakim Dilayan Sebagai 'Ahli Sukan'

Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupun keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.


"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.

"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.

Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

Ulasan GB

GB telah lama perjuangkan kebebasan institusi kehakiman ini sekalipun kadang-kdang terpaksa mengharungi pelbagai ancaman dan risiko. GB terpaksa menggunakan nada suara yang tinggi apabila institusi kehakiman semakin lama semakin punah apabila kebenaran dan keadilan sudah diinjak dan dilacurkan ke tahap paling rendah dan hina.

GB pernah menulis dengan tajuk Sistem Kehakiman Negara Yang Bobrok Runtuhkan Istana Keadilan dan GEMPAR: Gani Patail Ada Hubungan Sulit Dengan Azailiza.

Kita berharap, sepertimana harapan Suleiman Abdullah, semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.


Buku - Konserto Terakhir

Posted: 16 Sep 2010 07:36 AM PDT

Ini kali kedua saya membacanya, selepas kali pertama menghadamnya kira-kira lapan tahun yang lampau. Sudah lama juga perjalanan masa, tetapi inilah antara novel yang memberi kesan emosi yang kuat kepada pembaca (saya). Lapan tahun lalu mungkin saya membaca sambil lalu kerana novel ini menjadi teks Komsas dan wajib dibaca. Saya pula mencari pengalaman sementara dengan mengajar anak-anak kampung ilmu sastera yang tidak seberapa menerusi Komsas. Tidaklah meletihkan tetapi mengajak mereka membaca bersama-sama saya itulah yang mendatangka kekecewaan. Bayangkanlah sahaja cerita bernada melankolik ini, apakah mahu dibaca oleh anak muda berlagak 'macho' di tingkatan lima? (Eleh, berlagak lebih, baca novel pun tak habis).

Memang novel ini memberi kesan emosi yang kuat dan meruntun jiwa. Berlatarbelakangkan zaman 70-an, Hilmi seorang anak muda datang dari kampung mencari kerja di kota. Dia bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari dan Datin Salamah yang tidak langsung dianggap sebagai darah dagng kerana malu dengan status Hilmi. Sedangkan Datuk Johari datang dari kampung dan pelajarannya sahajalah yang membawanya ke darjatnya sekarang. Keadaanini amat menekan jiwa Hilmi. Dengan herdikan saban waktu dari Datin tanpa sekelumit ihsan dari Datuk Johari, hanya Hayati (anak Datuk dan Datin), Pak Amat (pemandu), Mak Minah (pembantu rumah) serta jirannya, Mamat (pemandu) menjadi tepat untuknya berbual-bual. Tanpa disedari Hilmi tertarik dengan Hayati yang berlatih bermain piano sehingga mendatangka keinginannya belajar. Menerusi Mamat, Hilmi belajar dengan Encik Bakar dan keluar dari rumah Datuk Johari untuk hidup sendiri. Menerusi Encik Bakar, Hilmi menjadi tekun dan bersungguh-sungguh belajar mengasah bakatnya yang selama ini tersembunyi. Dia berkahwin dengan Azizah, anak Encik Bakar dan berterusan aktif dalam kugiran serta orkestra, mencipta lagu dan bermain piano dan biola biarpun tidak mengecap nikmat kekayaan hasil dari titik peluhnya. Hidup bersama Azizah pun diliputi kesengsaraan, apatah lagi ingatannya tidak putus terhadap Hayati. Namun begitu hilmi tetap juga tabahkan hati dan berterusan mencipta lagu, hinggakan ramai artis ternama ternanti-nanti hasil tangannya untuk dilagukan dan para peminat yang sering menanti lagu terbaru. Hilmi menjadi pujaan seantero negara. Hilmi kemudian diminta membuat satu pertunjukan khas bersama orkestra RTM dan dia menggubah sendiri lagu-lagu dan susunan muzik sendiri yang dinamakan Hilmi Potpouri. Persembahan yang dihadiri Agong, Perdana Menteri, orang kenamaan dan di siarkan secara langsung menerusi radio (tv belum ada siaran langsung ketika itu) akhirnya tidak dapat di pimpin oleh Hilmi yang tiba-tiba jatuh sakit, sebaliknya digantikan oleh Hayati yang muncul khusus untuk upacara ini. Di hospital, terbongkar rahsia bahawa Hilmi adalah anak Datuk Johari hasil perkongsian hidup satu malam dengan isterinya terdahulu dan ditinggalkan esoknya kerana tidak sanggup berkahwin paksa, dan rupa-rupnya Hayati itu adalah adiknya. Penyesalan Datuk Johari, Datin Salmah serta Azizah sudah tidak bermakna lai apabila Hilmi pergi buat selama-lamanya.

Ya, sedih. Kalau dahulu membacanya ada timbul sebak dada dan keharuan tetapi pusingan kedua ini sudah tidak wujud perasaan itu. Novel karya SN Abdullah Hussain ini mudah sekali dihadam, ayat dan bahasanya mudah, maka amat sesuai dijadikan teks Komsas. Kalau ada yang tidak habis membacanya, memang harus menerima sumpahan seperti Datin Salmah yang menyesal teramat sangat kerana tidak sempat memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya menghina, mencaci, mengherdik dan memarahi Hilmi hanya disebabkan darjat yang berbeza.

Dan pengakhiran cerita ini nampaknya terikat dengan gaya penulisan karya zaman 50-an dan 0-an, ditamatkan dengan insiden tragik kematian hero atau heroin sehingga meninggalkan penyesalan kepada yang hidup. Pengakhiran sedih. Sama seperti filem Melayu lama yang mudah mematikan jalan cerita denagn penamat yang kejam. Lantas teringat saya kepada Noni, sebuah novel nipis juga karya SN Abdulah Hussain yang juga mempunyai penamat tragik.

Saya menimbulkan soalan ini untuk membuat kajian sendiri:
Apakah kita terpengaruh dengan filem Bollywood ketika itu yang gemar menamatkan cerita dengan penamat tragik, atau pada saya penamat mudah tanpa ada usaha membawa penonton / pembaca ke jalan penamat lain, yang berbeza, yang tidak klise?


Restoran Dimana Sosilawati Dilihat Kali Terakhir

Posted: 16 Sep 2010 06:12 AM PDT

Pembunuhan kejam Sosilawati: Mangsa dilihat kali terakhir di restoran

Gambar: DATUK Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran makanan laut, tidak jauh dari lokasi mereka dibunuh di Ladang Gadong dekat sini, lewat petang 30 Ogos lalu.

Keempat-empat mangsa dikatakan berada di restoran itu kira-kira setengah jam bersama seorang lagi lelaki sebelum dilihat beredar dengan beberapa kenderaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki bersama mereka adalah suspek utama kes berkenaan yang juga seorang peguam bergelar Datuk.

Seorang pekerja restoran itu yang enggan dikenali berkata, beliau melihat Sosilawati ke restoran berkenaan bersama empat lelaki pada petang pada hari kejadian.

"Saya tidak mengenali Sosilawati dan hanya mengecam wajahnya apabila melihat gambarnya di akhbar selepas usahawan produk kecantikan itu dilaporkan hilang.

"Sosilawati tak makan atau minum kerana ketika itu bulan puasa," katanya ketika ditemui di restoran berkenaan, masa itu. -BH



Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi

Posted: 16 Sep 2010 06:10 AM PDT

* (Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan)

 

Mendengar cerita seorang anak yang hidup melarat dalam kemiskinan, tentulah menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan hati jika kita ketahui bapanya masih hidup dan kaya raya pulak.

 

Demikian mendengar dan menonton kisah-kisah kemiskinan dan derita kehidupan akibat kefakiran di negara kita yang disifat kaya dan senang amat menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan apabila kita mengetahui adanya pihak-pihak yang menguruskan zakat dengan mengumumkan lebihan zakat puluhan bahkan ada yang sampai ratusan juta saban tahun.

 

(more…)


Saya percaya bila Ibrahim Ali kata Umno dikuasai MCA

Posted: 15 Sep 2010 01:30 PM PDT


Tuanku Faris: Adakah Trafic-Light akan berubah kaler?

Posted: 15 Sep 2010 04:47 PM PDT

Tok Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas merangkap MB negeri Kelantan telah meletakkan asas yang kukuh dalam menggembalikan kegemilangan Islam di negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah. Dalam masa 20 tahun pentadbiran beliau nescaya bukan sedikit jasa yang beliau pacakkan khususnya dalam membawa kegemilangan Kelantan bukan hanya duniawi tetapi juga kearah keredhaan Ilahi. Berbaki hanya 3 tahun sahaja lagi untuk menyamai perjuangan Rasulullah Saw iaitu 23 tahun setelah dipilih menjadi Rasul hingga ke tarikh kewafatan Baginda. Walaupun Rasulullah Saw hanya memerintah Madinah al-Munawwarah selama 10 tahun sahaja.

Khilafah yang merupakan bebanan yang dipikulkan atas Adam a.s dan diwarisi kepada keturunan Baginda sehingga manusia akhir zaman. Para Nabi dan Rasul dahulunya sebagai pemimpin ummah memperjuangkan bukan sekadar untuk menegakkan aqidah yang sahih dan ibadah yang benar tetapi meliputi sistem ekonomi yang diredhai, sistem sosial yang yang berlandaskan agama dan meliputi segenap bidang kehidupan manusia bahkan sistem kenegaraan berteraskan perlaksanaan syariah Islam secara syumul dalam seluruh aspek kehidupan melalui institusi perundangan. Itulah yang dikatakan sebagai Khilafah ar-Rasyidah 'ala Minhaj an-Nubuwwah.

Kewujudan dan keberadaan Khilafah itu bukanlah demi kekuasaan atau pemerintahan itu sendiri, melainkan untuk menegakkan syariah Islam yang memang wajib hukumnya. Khilafah ada demi syariah. Imam Ghazali dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-I'tiqad menyebut hubungan kekuasaan dan agama atau gambaran eratnya hubungan Khilafah dan syariah. Kata Imam Ghazali,"Ad-diinu ussun wa as-sulthaanu haris. Wa maa laa ussa lahu fa-mahdumun wa maa laa harisa lahu fa-dhaa`i'." (Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang).

Sudah pasti usaha dan jihad kita untuk mendapatkan kuasa adalah kerana Allah Swt. Ingin melaksana dan mengakkan tuntutan Allah Swt. Inilah yang diperjuangkan oleh Rasulullah Saw dan para sahabat sehingga mengorbankan nyawa yang bukan sedikit termasuk masa dan harta-benda maupun tanah-air demi menegakkan sebuah Negara dan melaksanakan syariah Islam padanya.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
"Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" al-Ma'idah :49

Firman Allah SWT :-

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

Atas semua faktor yang sudah diketahui inilah usaha Pas dalam menegakkan syariah dan segala hukum-hakamnya adalah merupakan tuntutan bersama. Ia merupakan matlamat perjuangan Gerakan Islam dan matlamat perjuangan umat Islam sedunia. Pas sendiri berjanji untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. Kerana itu selepas kemenangan yang diperolehi lalu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Berbanding negeri Terengganu meskipun telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Mizan dan diwartakan semasa pemerintahan Pas 1999-2004 tetapi kerajaan Umno-BN Terengganu kini mengamalkan perlaksanaan terpilih tetapi tidak melibatkan jenayah hudud & qisas. Manakala di Kelantan, undang-undang ini belum diwartakan dan di kuatkuasakan oleh Negeri Kelantan.kerana menghadapi permasalahan tertentu termasuklah halangan kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN sendiri. Pengakuan Tok Guru untuk tetap melaksanakannya meskipun dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dalam perlaksanaan syariah selain hudud & qisas ia berjalan dengan baik dan dan berkembang dari masa kesemasa. Tok Guru mengumpamakan perlaksanaan hudud tertahan seumpama kereta berada dipersimpangan traffic-light. Enjin kereta tak mati tetapi menunggu lampu traffic-light bertukar dari merah kepada hijau. Diharapkan agar perlantikan Tengku faris yang dilihat lebih mesra agama dan nampaknya agak sehaluan dengan Tok Guru MB diharapkan inilah masa dan tempohnya lampu merah akan bertukar menjadi hijau. Janganlah sampai lama sangat menunggu sehingga kereta mati enjinnya akibat kehabisan minyak. Semoga dizaman pemerintahan Tok Guru inilah sempat dianugerahkan kemuncak perlaksanaan syariah ini sebagai legasi beliau menuruti perlaksanaan syariah di negeri Aceh Darul Salam, serambi Mekah Indonesia.


Four killed in highway crash

Posted: 15 Sep 2010 07:14 PM PDT


KENA TIPU OLEH GEROMBOLAN

Posted: 15 Sep 2010 10:39 PM PDT


Tourist shots...

Posted: 16 Sep 2010 08:22 AM PDT

I was on my way to KLCC for gym this morning. I saw a lot of tourist by the road side taking picture of of the twin tower. So i was curious how the shots looks like. Guess what? I took a shots myself via my iPhone.

Where can you get this shots... it's actually at the junction of Lorong Kuda and Jalan Binjai.



View Larger Map


Idris Jala's take on 1Malaysia concept: Perkasa IS tolerating non-Malays!!!

Posted: 16 Sep 2010 09:49 AM PDT

Government policy alone will not be enough to put the nation on the 1Malaysia path, said Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala.

"The way to become 1Malaysia is not through government policy but through behavioural change. Every Malaysian needs to look at themselves and see which rung of the ladder they are at and work towards celebrating diversity," he told the plenary at UCSI University's National Congress on Integrity today.

idris jalaMalaysians, he said, should move from merely tolerating each other to celebrating the differences. According to Idris, tolerating each other meant one didn't mind having someone as his neighbor but he would be happy if the neighbor left but when one celebrated diversity, he would celebrate the achievements of others - welcoming the neighbor to his home and wishing he was like the neighbor.

Idris however glazed over the issue when asked by press how this concept of celebrating diversity would appeal to groups like vocal Malay-rights NGO Perkasa. 
 
Ahh...so, based on Idris' take, Perkasa IS tolerating the non-Malays. I believe the only way for behavioural change is through changing the status quo - no more race-based politics!


Kes Sosilawati: Seperti Yang Diberitahu Oleh Penjual Kerepek

Posted: 16 Sep 2010 09:32 AM PDT

Is-Three!

Kisah dicatatkan oleh wartawan 999, Mazidul Akmal Sidek.

Jam 12 tengahari semalam, kemalangan berlaku membabitkan kereta Proton Iswara dan van sekuriti pembawa wang. Pemandu dipercayai terlalu leka memerhatikan orang ramai, wartawan dan jurukamera berhimpun di deretan kedai berhampiran jalan utama.







Kereta terbabit terpaksa ditarik ke bengkel. Saya tidak menyalahkan pemandu terbabit kerana kejadian berlaku di kawasan sekitar cukup signifikan. Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun dan 3 lagi dibawa pegawai dan anggota Unit Forensik ke pejabatnya. Ketika keluar dari pejabatnya pada jam 12.30 tengahari, saya rakamkan gambar suspek terbabit.



Dia kelihatan selamba berjalan dengan tangan bergari dan kemudian dibawa ke pelbagai lokasi lain bertujuan membantu siasatan polis. Saya difahamkan aset di dalam 4 akaun banknya bernilai 11 juta ringgit. Kini kesemua aset terbabit sedang cuba dibekukan pihak berkuasa.

Ramai bertanya kepada saya berhubung kronologi kejadian trajis itu. Namun saya hanya mampu menjangka.

Petang 30 Ogos lalu, mangsa dilaporkan beredar dari kedai menjual kerepek di Jalan Cempaka, Kanchong Darat, Banting. Saya ke lokasi itu semalam.



Saya sempat menemui pemilik kedai terbabit, Mahmudin Abas, 55 tahun.

"Datuk letakkan kereta BMW X5 dia di bawah pokok sukun tu. Pemandu dia bawa semua kerepek dia beli, lebih kurang RM200 dan masukkan ke dalam bonet kereta. Pukul 5.17 petang dia orang beredar," ujar lelaki beristeri tiga terbabit.

Oh! Ini lokasi kenderaan pacuan empat roda itu diparkir, pokok sukun di belakang.



Anak berketurunan Jawa, Mahmudin mengusahakan ladang kelapa sawit miliknya seluas 50 ekar manakala 3 isterinya menjalankan perniagaan menjual kerepek.

"Is-one, is-two dan is-three, baharulah complete," guraunya.

Dia kemudian menunjukkan kepada saya rumah isteri pertamanya.



Ini pula gambar rumah isteri keduanya, warga Indonesia, Widayati Supardi.



"Rumah isteri ke tiga jauh sikit dari sini," kata lelaki 10 anak terbabit.

Hemat saya ketiga-tiga isterinya amat beruntung berbanding nasib Datuk Sosilawati dan mangsa lain.

Tidak pasti sejauhmanakah kebenarannya, 4 mangsa termasuk Datuk Sosilawati kemudian berkemungkinan dipelawa berkunjung ke ladang milik suspek. Hemat saya, suspek percaya Datuk Sosilawati membawa wang tunai 4 juta ringgit untuk membeli tanah di Pulau Pinang. Kononnya penduduk tidak menerima bank draf untuk transaksi pembelian.

Malangnya, dipercayai Datuk Sosilawati bertindak bijak, tidak membawa bersamanya wang tunai dalam jumlah dijangka. Peguam terbabit beserta 7 suspek lain kemudian disyaki menikam Datuk Sosilawati dengan senjata tajam sekaligus membelasah pemandu, peguam dan pegawai bank menggunakan objek tumpul.

4 pekerja ladang kemudian dipercayai menyediakan peralatan pembakaran mayat secara tradisional di kawasan terbuka di hadapan ladang lembu. Zing dijadikan lapik tanah, kayu diletakkan di atas, diikuti 4 mayat mangsa. Biarpun najis lembu dikata digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran bersama minyak, abu hanya dikutip pada pagi 31 Ogos, ketika seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan negara pada bulan Ramadhan.

Zing terbabit ditemui Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur petang semalam dibuang ke sungai berhampiran.

Setelah disoal siasat pihak polis, 4 suspek sama dikatakan mengaku terbabit membunuh 3 mangsa lain sebelum Datuk Sosilawati dan mangsa lain menggunakan modus operandi sama.

Dua suspek utama sejak 3 hari lalu menunjukkan lokasi, beberapa sungai abu mayat dan tulang serta barangan milik peribadi mangsa antaranya jam tangan berjenama dibuang.

Itu kronologi kejadian terpahat di minda saya. Seandainya benar, semua itu hanya secara kebetulan sahaja..


Terror's Natural Predators

Posted: 16 Sep 2010 08:51 AM PDT

Defense: Some are now saying al-Qaida is weak and we overreacted after 9/11. Al-Qaida is weak because of our reaction and a tool that shows that America and its technology is alive and well.

The latest chapter in the mainstream media's revisionist history of the war on terror is the recent claim by Newsweek's Fareed Zakaria that al-Qaida was and "is simply not that deadly a threat," and that after a spectacular success on 9/11 is reduced to recruiting a radicalized young man over the Internet and teaching "him to stuff his underwear with explosives."

In saying we've "overreacted," Zakaria trivializes both the threat and our success. Despite his rhetorical flourish, that man with a bomb in his undies very nearly brought down a civilian airliner over a major American city. If al-Qaida has not duplicated 9/11, it has not been for lack of trying.

No, Mr. Zakaria, we did not overreact to a weak al-Qaida. We made it weak. As President Reagan might say, we are simply winning and they are losing in large part because of a new type of aircraft being built in Southern California, the unmanned drone. There, the Predator and Reaper drones that have decimated al-Qaida's leadership are made by General Atomic Aeronautical Systems in one of the few boom areas of the defense industry.

Conceived before 9/11 as a means of fighting forest fires with some use as a military reconnaissance aircraft, the drone industry has received $20 billion in Pentagon funding since 2001 and billions more from Congress and the CIA. The industry employs some 10,000 people and helps keep the rest of us alive. The Pentagon is spending more than $4 billion this year buying and operating drones, more than 7,000 of which are deployed in Iraq and Afghanistan.

It's not that al-Qaida is unable to plan and mount attacks. It's just that Predator strikes have thinned the herd a tad. For example, Rashid Rauf, mastermind of the 2006 trans-Atlantic airline bomb plot, was sent to collect his virgins when a Hellfire missile launched from a Predator drone struck a tribesmen's house in the village of Ali Khel in North Waziristan.

A New Year's Day 2009 missile strike killed two top al-Qaida members long sought for the Aug. 7, 1998, bombings of the U.S. embassies in Tanzania and Kenya. Cross Fahid Mohammed Ali Msalam and Sheikh Ahmed Salem Swedan off the FBI's most-wanted terrorist list. Continue to page 2 of Investors online....


Anak Sosilawati Dijaga Bergilir-gilir Oleh Ahli Keluarga

Posted: 16 Sep 2010 08:33 AM PDT

Kes bunuh Sosilawati: Sepakat jaga anak saudara

Gambar: ADIK ipar Datuk Sosilawati, Misjan Jamikun, 48, (kanan) kelihatan sebak ketika menerima kunjungan jiran-jiran dirumahnya di Kampung Sri Menanti, Seri Medan, Batu Pahat. foto: BH

Meskipun Datuk Sosilwati Lawiya telah kembali ke Rahmatullah, nasib anaknya bakal terbela berikutan adik-beradik jutawan kosmetik itu sepakat bergilir-gilir ke ibu kota bagi menjaga kebajikan dan memberi sokongan moral dan semangat kepada mereka.

Adik ipar Sosilawati, Misjan Jamikun, 48, berkata, perkara berkenaan diputuskan hasil muafakat adik-beradik mereka bersama anak ahli perniagaan berkenaan baru-baru ini bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Di saat sukar seperti ini, sudah tentulah sokongan dan semangat berterusan daripada ahli keluarga diperlukan bagi mereka menghadapi tragedi yang menimpa.

"Walaupun, mereka nampak tenang pada zahirnya, kita tidak tahu apa yang terpaksa batin mereka tanggung terutama apabila kes ini terungkai satu demi satu di dada akhbar dan media elektronik.

"Saya dan adik-beradik Kak Wati yang lain sendiri tidak sanggup lagi menatap mahupun mendengar laporan berita mengenai kes ini yang didedahkan, bayangkan apa yang terpaksa dilalui anak Kak Wati ketika ini.

"Hancur luluh hati ini melihatkan mereka terpaksa menanggung keperitan ini dalam usia yang masih muda," katanya sebak.

Misjan berkata, adik-beradik Sosilawati juga berjanji memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka selagi anak ahli perniagaan itu mahukan serta perlukan.

"Jasa Kak Wati kepada kami semua amat besar dan ini antara yang termampu kami lakukan bagi membalas budinya dan sebagai tanda kasih sayang kami yang tulus ikhlas.

"Selagi anak Kak Wati memerlukan kehadiran kami, selagi itu kami rela berkorban apatah lagi sehingga kini hasil ujian ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh," katanya. -HM


Ada Hakim Yang Gemarkan Syurga Dunia Berbanding Akhirat

Posted: 16 Sep 2010 07:50 AM PDT

Di Malaysia, Hakim Dilayan Sebagai 'Ahli Sukan'

Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupun keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.


"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.

"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.

Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

Ulasan GB

GB telah lama perjuangkan kebebasan institusi kehakiman ini sekalipun kadang-kdang terpaksa mengharungi pelbagai ancaman dan risiko. GB terpaksa menggunakan nada suara yang tinggi apabila institusi kehakiman semakin lama semakin punah apabila kebenaran dan keadilan sudah diinjak dan dilacurkan ke tahap paling rendah dan hina.

GB pernah menulis dengan tajuk Sistem Kehakiman Negara Yang Bobrok Runtuhkan Istana Keadilan dan GEMPAR: Gani Patail Ada Hubungan Sulit Dengan Azailiza.

Kita berharap, sepertimana harapan Suleiman Abdullah, semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.


Restoran Dimana Sosilawati Dilihat Kali Terakhir

Posted: 16 Sep 2010 06:35 AM PDT

Pembunuhan kejam Sosilawati: Mangsa dilihat kali terakhir di restoran

Gambar: DATUK Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran makanan laut, tidak jauh dari lokasi mereka dibunuh di Ladang Gadong dekat sini, lewat petang 30 Ogos lalu.

Keempat-empat mangsa dikatakan berada di restoran itu kira-kira setengah jam bersama seorang lagi lelaki sebelum dilihat beredar dengan beberapa kenderaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki bersama mereka adalah suspek utama kes berkenaan yang juga seorang peguam bergelar Datuk.

Seorang pekerja restoran itu yang enggan dikenali berkata, beliau melihat Sosilawati ke restoran berkenaan bersama empat lelaki pada petang pada hari kejadian.

"Saya tidak mengenali Sosilawati dan hanya mengecam wajahnya apabila melihat gambarnya di akhbar selepas usahawan produk kecantikan itu dilaporkan hilang.

"Sosilawati tak makan atau minum kerana ketika itu bulan puasa," katanya ketika ditemui di restoran berkenaan, masa itu. -BH



WiP Bangsar Shopping Complex: Gobble, Guzzle, Nice food, Red Sangria

Posted: 16 Sep 2010 06:09 AM PDT

Distinct names for the menu. Gobble for food. Guzzle for beverage.
WiP stands for 'Work in Progress'.
Janson couldn't wait to consume the mushroom soup.
Red Sangria! RM19.
Evian drinking water. 1 liter for RM11!
Naan
Cantononese Fried Mee
Curry Prawn Noodle
Char Kuey Teow
Seafood Porridge


No comments: