Thursday, October 21, 2010

Guns for power?

Guns for power?


Guns for power?

Posted: 21 Oct 2010 10:59 AM PDT

The previous U-Tube did not make it clear. However, this one shows how they ambushed Tengku Ismail Petra at gunpoint. He was defenseless in the MPV when about 20 'ninjas' stormed his motorcades on May 4, 2010 just outside the Istana Mahkota.

Those behind this were obviously 'sick people'. Their intention was clear - to get him out of power!

The government knew about it, and so did the State Government and Bukit Aman but they refused to investigate merely because it was 'a palace matter'. Had one of the 'ninjas' accidentally fired a bullet towards him, there wont be any investigation too, I guess...



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Dr Zulkefli Mohammad Calon PAS Di Galas

Posted: 21 Oct 2010 09:25 AM PDT

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

"Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai 'Calon Kita' bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad," umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.


Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam. -harakahdaily


[Bergambar] Ucapan TGNA Sempena Sambutan 20 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan

Posted: 21 Oct 2010 09:15 AM PDT

Ucapan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat Sempena Sambutan 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan

Pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, jam 9.00 malam di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Firman Allah SWT, (Surah Al Hasyr Ayat 18) bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri, melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). (Sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."

Alhamdulillah segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat dan pendukung perjuangan baginda.

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.

Di kesempatan yang bermakna ini, patik bagi pihak diri patik dan seluruh warga pentadbiran Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas kesudian Tuanku, untuk berangkat mencemar duli, merasmikan Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbrian Membangun Bersama Islam, pada malam yang penuh berbahagia ini. Semoga dengan keberangkatan Tuanku menambahkan keserian majlis ini. Harapan patik, agar Tuanku sentiasa dilimpahkan keberkatan oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

Untuk pengetahuan Tuanku, pada hari ini, 20 Oktober 2010 genaplah dua dekad atau 20 tahun Kerajaan Negeri Kelantan diterajui dengan dasar Membangun Bersama Islam. Alhamdulillah, dan segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberikan kekuatan kepada patik dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri, untuk terus cekal, mengharungi segala pahit-maung yang ditempuhi selama menerajui kerajaan ini. Semoga dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, menambahkan lagi kekuatan bagi patik sekalian, untuk terus memikul amanah, yang telah dipertanggungjawabkan ini.

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.

Sekali lagi patik merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku, diatas kesudian berangkat mencemar duli, hadir ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran Tuanku, bertambahlah kasih dan sayang rakyat Kelantan, khususnya, dan akan sentiasa mengutuskan doa, agar Kerajaan Tuanku disirami rahmat oleh Allah S.W.T., Patik mohon izin limpah perkenan Tuanku, untuk menyampaikan kata-kata pesanan kepada pacal rakyat sekalian.

Sesungguhnya ingat mengingati dan tegur menegur adalah merupakan kerja agama. Al-Quranul karim menggunakan pelbagai bahasa bertujuan untuk menegur manusia. Ada yang dimulakan dengan berkataan "wa iz" iaitu ingatlah olehmu. Ada yang terang-terang menggunakan "Wazkur" Atau "wazakkirhum". Demikian juga Al-Quran itu sendiri dinamakan dengan tazkirah menunjukkan bahawa ingat memperingati adalah merupakan salah satu daripada ajaran agama. Justeru, apa yang kita lakukan pada hari ini iaitu mengingati dua puluh tahun Kelantan Membangun Bersama Islam adalah kerja agama. Ia bukan dilakukan hanya sekadar untuk bersuka-suka semata-mata.

Dua puluh tahun yang lampau, pada tarikh ini 20 Oktober, rakyat Kelantan telah membuat keputusan yang terpahat selama-lamanya di dalam sejarah. Pilihan yang termaktub lewat Pilihan Raya Umum pada tahun 1990 telah menjadi bahan perhatian bukan sahaja di seluruh negara bahkan seluruh dunia. Bolehkah sebuah negeri, ditadbir dengan dasar-dasar Islam? Lebih jauh lagi, bolehkah dasar yang diperkenalkan, iaitu Membangun Bersama Islam, dapat diterima di dalam sebuah masyarakat majmuk?

Persoalan demi persoalan muncul, bukan sahaja di kalangan non muslim. Bahkan umat Islam sendiri pun, yang tidak memahami dengan baik dasar-dasar pentadbiran secara Islam, mempertikaikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan, pada masa itu. Segala pujian bagi Allah S.W.T. tempoh tiga bulan yang diberikan sesetengah pihak, berjaya kita lalui, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita berdepan dengan tekanan yang tidak menghormati amalan demokrasi dan federalisme. Dan hari ini Alhamdulillah, Membangun Bersama Islam sebagai dasar utama pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, kini sudah berusia 20 tahun.

Memerintah dan mentadbir negara, pada hakikatnya termasuk di dalam urusan agama. Ini dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri yang juga merupakan Perdana Menteri Negara Islam Pertama berpusat di Madinah Al-Munawarrah telah setiap hari mengurus tadbir urusan negara. Ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pentadbiran negara, ialah urusan yang berasingan dengan agama. Rasulullah S.A.W. telah membuat perjanjian bertulis dengan musuh tradisi iaitu Yahudi di Madinah. Baginda juga turut mengirim surat-surat kepada Raja-Raja yang ada di sekitar Semenanjung Arab serta mempunyai cop mohornya sendiri. Ini menunjukkan asas-asas pentadbiran negara telah diletakkan oleh baginda.

Kita menyaksikan bagaimana usia dakwah Rasulullah S.A.W. ialah selama dua puluh tiga tahun; tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Tempoh yang begitu panjang ini, sangatlah mustahil dijadikan oleh Allah S.W.T. hanya untuk mengajar solat dan puasa semata-mata, tanpa sebarang aktiviti yang lain khususnya pengurusan negara. Melalui Perlembagaan Langit yang namanya Al-Quran, Allah S.W.T. menyampaikan wahyuNya yang bukan sekadar memerintah supaya bersolat dan berpuasa, bahkan terdapat padanya urusan hukum-hukum jenayah, jihad, urusan pembahagian harta pusaka, mengurus rampasan perang, melantik al-ummal, umara al ajnad, menjawab persoalan-persoalan rumah tangga dan menyelesaikan kekusutan jenayah seks dan mal. Alangkah salahnya jika wujud dakwaan bahawa Islam dan Al-Quran langsung tidak berbicara mengenai pemerintahan walhal ia telah menyusun semua urusan hidup manusia semenjak seribu empat ratus tahun sebelum wujudnya Perlembagaan Lord Reid. Allah S.W.T sendiri menjanjikan pahala di sebalik setiap amalan yang dilakukan asalkan selari dengan syariat Allah. Bagaimana pahala boleh dianugerahkan kiranya ianya tidak dikira agama? FirmanNya (Surah At Taubah Ayat 120) bermaksud:

"Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan musuh; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – semua itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Bahkan diantara tujuh golongan yang dijemput berteduh di bawah naungan Arasy-Nya ketika mana tidak ada sebarang teduhan lain di Padang Mahsyar ialah Imam adil."

Menyedari hakikat itulah, dasar Membangun Bersama Islam kita perkenalkan apabila diberikan mandat oleh rakyat pada tahun 1990. Membangun Bersama Islam dengan maksud kita akan terus memacu pembangunan selari dengan landasan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Pembangunan perlu terus dilaksanakan kerana dunia ini dijadikan oleh Allah S.W.T. untuk manusia, bukan untuk malaikat atau makhluk lain. Namun pembangunan yang kosong rohaninya hanyalah umpama pokok besar yang akarnya buruk dan reput. Daunnya sekalipun merimbun tidak akan lama menaungi, masanya tersemban jatuh sangat mudah. Di antara ajaran penting dalam Islam ialah dunia ini bersambung dengan akhirat dan ini tidak ada di dalam ajaran ideologi yang lain selain Islam. Oleh yang demikian, sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

Alhamdulillah, dengan amanah diberikan oleh Allah S.W.T. ini, kita melaksanakan apa yang selama ini hanya dapat disebut di dalam masjid sahaja. Sudah lama kita menyebut tentang haramnya judi, arak, riba, pendedahan aurat dan sebagainya. Namun ia hanya dapat dikuatkuasakan bila kita ada kerajaan. Kita telah mengharamkan riba dan kita wujudkan Ar-Rahn apabila ada kerajaan dan menggalakkan perbankan Islam dengan memindahkan semua wang kerajaan ke perbankan Islam. Di dalam bidang pendidikan, kita wujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dan Maahad Tahfiz Sains yang dulunya dianggap mustahil. Di dalam pentadbiran, kita namakan teras UMI atau Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Tenaga urus tadbir diajar bahawa kerja yang dilakukan ini dikawal oleh CCTV Allah S.W.T. melalui Polis Rahsia Allah yang namanya Malaikat.

Hasilnya, dalam masa 20 tahun, kita tidak dengar warga tadbir Kerajaan Negeri Kelantan didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah. Untuk keselesaan tenaga pekerja, kita perkenalkan cuti dua hari seminggu. Masih tergiang-giang tuduhan yang menyatakan rakyat Kelantan akan menjadi pemalas dengan perubahan ini. Namun kini tanpa segan silu ia ditiru oleh seluruh negara. Rupanya untuk memperkenalkan dasar semudah itupun, tidak terlintas di benak pemikiran mereka kerana terlampau bergantung kepada telunjuk barat.

Di samping itu, kebajikan rakyat tidak dilupa, kita wujudkan Skim Takaful Kifaalah untuk warga emas tanpa mengira fahaman politik, Ladang Rakyat diwujud yang kini ditiru oleh sesetengah negeri di samping kita menjaga kebajikan armalah atau ibu tunggal. Alhamdulllah, budi yang ditabur ini saya yakin dapat dinikmati setelah Kelantan mempunyai kerajaan berlandaskan Islam. [Pantun]

Di sana padi di sini padi
Baru sempurna bernama bendang
Di sana budi di sini budi
Baru sempurna bernama orang

Perubahan dan pembaharuan selama 20 tahun tentunya tidak dapat diceritakan di dalam masa yang singkat. Apa yang pasti, Kelantan Alhamdulillah terus membangun. Rakyat Kelantan menikmati arus pembangunan tanpa terjejas dengan gangguan-gangguan yang dibuat-buat. Bezanya, pembangunan ini dipasak di atas asas yang namanya rohani. Pembangunan rohani inilah yang sering kali tidak dipedulikan. Yakinlah, manusia jika hanya membangun jasmaninya tetapi mengenepikan rohaninya, ia akan pincang. Umpama kapal terbang yang mempunyai dua sayap dipaksa terbang dengan satu sayap, bagaimana jadinya? Manusia diciptakan menggunakan dua bahan mentah satunya jasmani manakala satu lagi rohani. Kedua-duanya dicampur dan bercantum seperti kembar siam yang tidak boleh dipisahkan. Firman Allah S.W.T. (Surah al-Hijri Ayat 29) bermaksud:

"Kemudian apabila Kami sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya."

Kerana itu, Allah S.W.T. menjanjikan di sebalik kesenangan di dunia dan kemewahannya itu, disediakan satu lagi ganjaran abadi di akhirat, sekiranya hidup itu dilandaskan di atas iman dan taqwa kepada Allah dalam semua bidang hidup.

Firman Allah S.W.T. (Surah Muhammad Ayat 36) bermaksud: "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Tetapi jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu di akhirat dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."

Akhir kata, besarlah harapan saya agar benih yang kita tanam pada hari ini dapat dijaga sebaik mungkin oleh generasi yang akan datang. Nakhoda bahtera boleh bertukar ganti, namun kemudinya biarlah sentiasa terarah ke destinasi yang betul, iaitu arah "Siratal lazi na an am ta alaihim, Minan nabi yiin wassa diqin wasyuhada' wassalihin" seperti yang setiap masa kita pohon dalam sembahyang. Semoga Negeri Kelantan terus dipayungi dengan rahmat dan keberkatan oleh Allah S.W.T. dan terus membangun bersama Islam. Junjung kasih patik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang sudi berangkat mencemar duli merasmikan majlis ini pada malam ini. Sekian, saya sudahi dengan "aqu lu qau li wastaghfirullah al azim li wa lakum, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

















From Horror Movies to Other Unmentionables

Posted: 21 Oct 2010 08:10 AM PDT

PRK's latest post on The (confused) way forward is par excellence because he skilfully debunked every single fallacious proposition that some put forward recently in what could be seen as feeble attempts to mask pressing problems that our nation is facing during this challenging period of our nation. In fact, one might even regard the developments as a circus of comedy acts.

In The Star, Johor Baru Puteri Umno chief Azura Mohd Afandi urged the Information Ministry to curb television shows and commercials that could lead people astray from the right religious paths. She said, "Horror films and commercials deemed too sexy for young viewers might lead to deviant teachings. For example, commercials on sanitary pads are openly shown on TV and this could influence the young to get involved in social ills," said Azura, urging the ministry to increase shows that teach good values and religious practices.

As far back as the 1960's, I remember RTM screened old black and white horror movies such as Pontianak, Orang Minyak and other offerings. There is no record or sociological study of how the screening of such movies has had a direct bearing on the increase of social ills.

I watched a lot of Dracula and horror flicks and my taste for the macabre type of entertainment has not influenced me to commit any social ill, neither has it made me a blood-thirsty vampire!

Undeniably, some violent television programs have some ill effects on society such as the desensitization to violence. Many studies have been carried out to see the effect of violence on crime, delinquency and other social problems such as the one carried out by Bandura et al and other researchers which you can read from the many links over HERE.

As for commercials on sanitary pads, all advertisers have to abide by the Code of Advertising Practice as spelled out HERE . As such, I do not see the purpose of bringing it up at such a meeting when there is already a board that governs all advertisements.

I am not sure why some women MAY regard sanitary pads so negatively. Is it such a powerful and influential object that it can compel one who has laid eyes on a sanitary pad to commit a crime?

The Malaysian Insider featured an excellent article by Dina Zaman HERE on the same topic and she wrote:

As a still menstruating woman, I have yet to witness how sanitary pads and their ads could lead one to sin. I have always thought that sanitary pads are a bane to women and frighten the hell out of men, especially bloody and wet ones.

I do agree with her when she said some people have 'four screws loose'. If ever Jim Carey, Steve Martin or Russell Peters run out of ideas for comedic lines, perhaps they should study our MSM reports - plenty of fodder for them here.

What happens when one beholds a sanitary pad?

Now any decent advertisement would feature a pure white cottony pad. How on earth can a white cotton sanitary pad that is folded into two or three spur one to commit a crime?

I mean if one sees a bloody pad, it may bring to remembrance BLOOD and Violence. Note - it MAY bring to remembrance...but then again, it is a different type of blood from that shed in a crime scene!

What would a woman think of?

* The length
* The packing
* Unique Selling Propositions such as special gel or special 'architecture' to prevent back leaks etc
* Price
* Special Offers
* Packing
* Function eg heavy flow or day use etc
* Brand Name
* Free Gifts
etc etc

And I am sure if I were to stand at Guardian Pharmacy tomorrow to conduct a survey of say 1000 respondents, I am likely to discover that 99.9% of them will not think of sex or crime or other social ills when they look at a sanitary pad advertisement.

Johor Baru Puteri Umno chief Azura Mohd Afandi needs to explain her statement with data and empirical evidence for if not, what will others think of our nation??? Are we so backward and retarded that looking at sanitary pad advertisements "could influence the young to get involved in social ills" as she alleged?

Malaysian youth MUST take umbrage to this statement as it is an insult to their moral standards!!!

The advertising industry MUST also react to this statement as it could imply that they are not capable of producing quality advertisements that uphold the moral standards of our country.

Sanitary pad producers must make a public response to this as well. Gosh!! What will happen if indeed the advertisements are banned? Can you imagine the loss in terms of earnings to:

* models
* ad industry
* copy writers
* production houses
* graphic designers/artists
* musicians
* advertising executives
* packaging industry
etc etc

Women MUST also protest as they are the ones who would be MOST interested in such advertisements. Does it mean that we are so gullible and foolhardy to be influenced by sanitary pad adverts? Come on!!

Now to top it all, Sabah delegate Hamidah Mumamad Jafar also wants to introduce sex education to prevent prevent young girls from indulging in premarital sex. Please CLICK HERE to read RPK's response to this proposition. I just love his suggestion of chastity belts :-).

He also wrote in that article:

Okay, maybe abuse of power, wastage of public funds, corruption, extrajudicial killings, manipulation of the legal system, violating the Federal Constitution of Malaysia, election fraud, institutionalised discrimination, and many more are also evil. But those are not crucial and need not be discussed at the Umno general assembly. We must focus. And the focus is on how to reduce or eliminate 'illegal sex'.
And of course, there was the usual race rhetoric and I will not go into that because this is already a long post.

Honestly, supposed leaders MUST SERIOUSLY THINK BEFORE THEY SPEAK lest they become a laughing stock all over the world with their ludicrous suggestions/statements.

CLICK HERE to watch a sanitary pad advert
that Dina Zaman posted in her article.

Here's a list of other adverts which you might like to consider.

Sample 1: Kotex U Beaver TVC 2

Sample 2: Overnights

Sample 3: Creative Funny Sanitary Pad Ad


Sample 4: Korean Whisper Ad

Disclaimer: (*smiles) I am sure these will not drive you to commit any social ill!

Do leave a comment to share your views.
Thanks! Have a lovely evening.


You Again

Posted: 21 Oct 2010 07:51 AM PDT

I was heading to e@Curve Cathay to purchase the movie ticket for Saturday show... What am i going to watch? hehehe... the movie is You Again.

Guess what? I was offered free passes for tonight viewing of the movie YouAgain @ 9:30pm by a lady. She has extra passes and asking me whether i wanna to watch the movie. I told her too bad I wanted to watch the movie on this Saturday not today. Why? Because my friend was not free to watch this movie today. Free movie passes in front of me and just gone... sigh~



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

[Bergambar] Tok Guru Diarak Dengan Menaiki Motor Besar

Posted: 21 Oct 2010 08:25 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat 'ditawan' Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

"Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya," ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai. -petikan harakahdaily


Dana Pemuda Pas Kelantan diguna beli bangunan UMNO Kota Bharu

KOTA BHARU 20 Okt. - Dewan Pemuda Pas Kelantan menjelaskan wang sebanyak RM4.5 juta yang digunakan untuk membeli Bangunan UMNO Kota Bharu daripada Datuk Zaid Ibrahim adalah hasil kutipan dana yang dilakukan sejak 10 tahun lalu di samping pinjaman bank.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kutipan dana untuk memiliki bangunan tersebut dilakukan sejak Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerajui kepemimpinan dewan tersebut dan ia diteruskan secara konsisten sehingga sekarang.

Beliau berkata, pemilikan bangunan tersebut juga merupakan satu kemenangan moral kepada Pas apabila berjaya menawan bangunan UMNO selepas genap 20 tahun memerintah Kelantan hari ini.

"Tiga sebab kita membeli bangunan ini, pertama, lokasinya yang strategik, kedua, tawaran yang baik diberikan oleh Zaid dan ketiga, menawan bangunan UMNO adalah kemenangan moral yang besar kepada jentera Pas.

"Proses pembelian bangunan ini bermula sejak setahun lalu selepas Zaid menawarkannya kepada kami, kita juga terpaksa naik turun mahkamah beberapa kali bagi menyelesaikan masalah perundangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Asy Syabab Point di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sebagai simbolik, Nik Abdul Aziz telah menaikkan bendera parti tersebut di hadapan bangunan yang baharu saja 'ditawan' daripada parti lawan itu. - petikan UM


foto ehsan Topeng Perak Unmasked




























Myanmar citizens should use the Asean Charter to fight for human rights, rule of law and democracy

Posted: 21 Oct 2010 06:51 AM PDT

Logo of the german human rights organization &...

Image via Wikipedia

Edited with some comments added from_The Star:"Turning rhetoric into reality," in BRAVE NEW WORLD By AZMI SHAROM

'I am talking about we citizens using the Asean Charter as one of our tools in the fight for human rights, rule of law and democracy.'

The Asean Charter, is a treaty signed by all the members of Asean and it formally confirms that Asean is an international entity.

  1. This means that Asean as an organisation now has legal "personality" on the international stage.
  2. It can make treaties with nations and other international bodies.
  3. It has international rights and obligations and it is bound by international laws and principles.

All this time, Asean has never been officially an international entity in its own right.

  1. It was a loose coalition of various countries with no legal personality of its own.
  2. You can imagine it like an informal club. A group of buddies get together and form a club.
  3. They have rules and they do things according to those rules. However, the club was never registered, so the club itself did not have any legal personality.
  4. Thus, if a member of the club does something wrong to you, you can sue the member but you can't sue the club because legally, the club does not exist as an entity which has rights and obligations.
  5. This was what Asean was before the Charter was signed.
  6. 

The Charter may well have a profound impact on our lives.

  1. It has a set of principles
  2. and Asean and its members are obliged to act in accordance with those principles.
  3. Two of those principles are:

A. Adherence to the rule of law_

  • good governance,
  • the principles of democracy
  • and constitutional governance;
  • 

B. Respect for _

  •  
    • fundamental freedom,
    • the promotion and protection of human rights,
    • and the promotion of social justice.

This means that our Government has agreed to live according to these principles.

Now, those with any knowledge of Asean would probably dismiss this document with a contemptuous wave of the hand, saying "Asean is weak and toothless and nothing will be done".

There is plenty of justification in that cynicism for amongst the principles of the charter is also an emphatic confirmation that there will be no interference in the internal affairs of Asean members.

This is the (in)famous (or NOTORIOUS) "Asean way" in which they try hard not to step on each other's toes, no matter how appalling the behaviour of their members.

But I am not thinking of Asean taking the initiative to make sure that the (Myanmar) government lives up to its principles.

I am talking about we citizens using this document as one of our tools in the fight for human rights, rule of law and democracy.

It is not interfering if we are campaigning within our countries.

And campaign we must. We must remind our government, no matter who they may be,

  1. that an international agreement has been signed,
  2. an international law has been agreed to,
  3. and it says that this government will abide to the principles of human rights, rule of law and democracy.
  4. 

(Myanmar government) can't agree to such things and then pretend it does not exist.

  1. Well, they may want to,
  2. but we can remind them that it does exist
  3. and we will push them to live up to those promises

for they affect us the citizens.

Last week, there was an International Conference on Human Rights in South-east Asia, held by the South East Asian Human Rights Scholars Network (SEAHRN) in Bangkok.

Dr Surin Pitsuwan, the Secretary General of Asean gave the opening keynote address and in it he said, "Those who toy with the rhetoric of human rights and democracy will have to live up to the standards of human rights and democracy in the end".

  1. Well, our government has been talking about it (Democracy), 
  2. let's make sure that they don't forget it
  3. and press them into turning the talk into something real.
Related Articles


Mengapa PR Lupakan Peranan Media Reformasi?

Posted: 21 Oct 2010 06:50 AM PDT

Media Reformasi Semakin Dilupakan?

Oleh Shaharul Shafie.

Penulis tiba-tiba terkenang zaman bermulanya gerakan reformasi di negara kita hampir 12 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) daripada kerajaan Malaysia. Sebelum pemecatan itu, portal-portal berita di internet yang ada hanyalah milik akhbar-akhbar terkemuka di Malaysia seperti Utusan Online, The Star Online, Harian Metro dan beberapa portal lagi.

Namun begitu, selepas pemecatan Anwar dan tidak sampai seminggu selepas itu, muncul beberapa laman web reformasi yang bertindak pemangkin berita alternatif di internet yang dihoskan menggunakan ruang maya yang percuma seperti Tripod.com, Geocities.com, Xoom.com dan sebagainya. Rakyat Malaysia ketika itu banyak bergantung kepada World Wide Web yang majoritinya untuk memeriksa emel sahaja dan pencarian maklumat masih di peringkat minimum. Setelah kejadian pemecatan itu, orang ramai terutamanya golongan muda dan celik IT mula merujuk bahan berita di dalam Internet untuk berita-berita dan maklumat mengenai 'sebelah bukan kerajaan' untuk aktiviti-aktiviti reformasi di seluruh negara terutamanya di ibu kota. Terima kasih kepada kerajaan ketika Tun Mahathir kerana mengawal laporan berita di dalam media massa kepunyaannya yang menyebabkan laman-laman reformasi wujud

Antara laman-laman web reformasi yang banyak berjasa kepada pertubuhan-pertubuhan berkaitan reformasi antara tahun 1998 ke 2000 adalah seperti ADIL, PKN dan seterusnya berkembang menjadi PKR pada hari ini ialah Laman Mahazalim, Laman Reformasi Nasional (RN), Doi Moi, Laman Marhaen, Mahafiraun 2020, Komentar, Keadilan Dot Org, Anwar Online, Tranungkite, Reformasi Ummah dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi yang mula mengambil tempat di hati pencari maklumat reformasi di internet ketika itu. Hanya Laman Wartawan Reformasi dan Tranungkite sahaja yang masih kekal sehingga hari ini dan boleh dikatakan paling lama bertahan hampir 10 tahun.

Penulis masih ingat lagi pada tahun 1999 apabila ada pihak mengambil kesempatan mencetak berita-berita dari Laman RN setiap pagi di Kuala Lumpur untuk dijual dengan harga RM1 senaskah untuk mereka yang kurang celik IT dan mereka yang tidak mempunyai kemampuan memiliki sambungan Internet. Harga sewaan Internet yang lembap ketika itu menggunakan sistem Dial Up Connection dan harga sebuah komputer yang agak mahal menyebabkan golongan tersebut mengambil kesempatan mencetak dan menjual berita reformasi di Internet. Ketika itu, laman-laman Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review, Malaysia Today dan Free Malaysia Today belum wujud sepenuhnya lagi dan hanya wujud selepas tahun 2001. Namun begitu disebabkan dengan jumlah dana yang mampu dikumpul mereka telah membolehkan laman mereka kini berkembang maju dan semakin 'mahal' pada hari ini.

Sekarang, golongan pencetak ini tidak mampu membuat urusniaga seperti 11 tahun lalu. Ini kerana sudah ramai rakyat Malaysia mampu milik komputer dan mempunyai sambungan Internet yang berkelajuan tinggi dengan Jalur Lebar sekurang-kurangnya. Bukan itu sahaja, semua orang sudah mula kenal dengan blog apabila banyak syarikat blog antarabangsa menyediakan perkhidmatan blog percuma seperti Blogspot dan Wordpress di samping dengan pengenalan laman-laman kenalan seperti Facebook dan Myspace yang mula digilai oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2005.

Tujuan penulis menceritakan sejarah lama media reformasi bukannya sekadar ingin mengenangkan masa-masa yang lalu yang penuh dengan nostalgia dan semangat perjuangan. Laman-laman yang disebut di atas (perenggan ketiga) banyak menyumbang peluang kepada pejuang-pejuang politik yang kita kenal hari ini untuk menulis buah bicara, maklumat, berita dan manifesto perjuangan mereka untuk diketahui oleh umum. Dahulunya mereka hanyalah pejuang di jalanan yang berlari bertempiaran disembur gas pemedih mata dan air gatal dari meriam air FRU dan kini mereka sudah memegang jawatan penting sebagai wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen.

Malah, ada yang turut memegang jawatan Exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan beberapa kerajaan negeri. Penulis masih ingat lagi, laman-laman web reformasi digunakan untuk tujuan mengumpulkan para pendemo jalanan untuk turun ke jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan dengan hasil kerjasama laman-laman web reformasi inilah menyampaikan maklumat kepada umum, program-program demo menentang kerajaan berjalan dengan baik dan mendapat sambutan ramai. Malah penulis atau pengendali Laman Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin dan penulis-penulis seperti Mohd Sayuti Omar, Badrul Amin Bahron, Hishamudin Rais, Allahyarham Rustam Sani, Saifuddin Nasution, mendiang M.G Pillai, Aziz Bari, Chandra Muzaffar (ketika itu bersama gerakan reformasi) dan ramai lagi pernah memberi sokongan dengan menyebarkan bahan penulisan mereka di laman-laman reformasi lama yang popular seperti RN, Mahazalim, Laman Marhaen dan banyak lagi.

Itu adalah kisah hampir sedekad lalu yang tidak akan dilupakan oleh penulis yang berada seangkatan dengan mereka di zaman awal reformasi bermula. Kini, wujud pula laman-laman web 'reformasi' yang bergerak secara profesional dari segi laporan berita dan artikelnya sebagai portal berita seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malaysian Digest, Malaysian Chronicle dan banyak lagi. Gaya penulisannya yang dilihat professional mampu menarik banyak pembaca terutamanya mereka yang tergolong di kalangan warga kota. Laman-laman ini adalah hasil usaha oleh bekas wartawan dan penyunting berita berbangsa bukan Melayu. Hanya baru-baru ini pula, Laman KL-Today.com mula memasuki pasaran dan laman ini yang bersifat pertengahan mengenai politik negara merupakan laman portal berita bersifat professional milik Melayu yang pertama setakat ini.

Meskipun begitu, laman-laman web reformasi yang kini masih dianggap 'jalanan' sedangkan bekas-bekas penulis dan penyumbang artikelnya kini selesa memegang tampuk kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ahli-ahli Parlimen. Laman-laman reformasi 'jalanan' ini masih lagi cuba merelevankan perjuangan mereka walaupun digugat oleh laman-laman portal professional pro-reformasi seperti Malaysiakini. Memang sukar untuk mereka mengekalkan kewujudan mereka sejak tsunami politik yang melanda negara ini pada pilihanraya umum tahun 2008. Kini, mereka seolah-olah sukar mendapat perhatian daripada 'mereka' yang pernah 'terhutang budi' kepada perjuangan laman-laman reformasi yang menaikkan mereka ke tahap sekarang.

Bila mereka menang dan membentuk kerajaan, laman-laman reformasi ini dilupa dan disisihkan. Mereka lupa bahawa keadaan mereka yang ada hari ini yang mentadbir banyak negeri disebabkan kesan fenomena maklumat berterusan yang disalurkan oleh laman-laman reformasi yang didirikan dengan sukarela dan penat lelah tidak berbayar kerana ikhlas di dalam perjuangan. Kini, laman-laman pro reformasi mengharapkan berita yang dikutip dari laman web professional seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan lain-lain lagi untuk disiarkan. Namun begitu, laman pro reformasi jalanan ini masih mendapat pujaan rakyat Malaysia untuk menyampaikan berita setempat dan pandangan mereka. Hanya selepas PRU 2008, kini laman reformasi boleh dilihat bukan sahaja menyajikan berita dan pandangan yang berbeza mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga ada yang mula menyajikan pandangan rakyat marhaen mengenai ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan-kerajaan negeri PR sendiri.

Biarlah saya berterus-terang di sini. Dalam ayat yang mudah, saya kira kecewa dengan sikap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lupa akan jasa baik laman-laman reformasi yang telah membawa mereka sehingga ke tahap ini. Apabila mereka memiliki kuasa pentadbiran, mereka sudah lupa akan tanggungjawab mereka untuk meneruskan hubungan baik yang penuh simbiosis dengan laman-laman pro-reformasi. Kini, setelah bergelar ahli Parlimen dan Exco kerajaan negeri terutamanya di negeri Selangor, mereka mengorak langkah menggunakan sumber baru penyampai maklumat seperti TVSelangor, Selangorkini dan media-media portal berita yang terkemuka sahaja seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Merdeka Review sebagai wadah komunikasi mereka dengan rakyat. Laman-laman portal ini seringkali mudah mendapat jemputan untuk ditemuramah, menerima kenyataan akhbar untuk penyiaran, maklumat serta berita aktiviti parti dan kerajaan bagi menyiarkan bahan-bahan maklumat mereka. Jika dahulunya, apabila mereka mengadakan program dengan rakyat, mereka tidak akan lupa untuk emelkan kepada laman reformasi bagi menyiarkan bahan mereka secara terus. Tetapi kini para webmaster laman reformasi kena mencari sendiri bahan dan mengharapkan ihsan orang ramai yang mengirim berita dan gambar program yang dilakukan.

Kenapa saya kata PKR dan bukannya DAP dan PAS? Setakat ini, hubungan laman pro reformasi masih dihargai oleh PAS dan DAP. Pemimpin PAS terutamanya naib-naib presidennya selalu mengadakan sidang media dengan menjemput wakil-wakil dari media reformasi. Pemunya laman web pro reformasi juga dijemput untuk makan malam penghargaan dan program-program kerajaan di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. DAP walaupun dilihat sebagai parti majoriti Cina juga terus menghargai laman-laman web pro reformasi milik Melayu dan selalu meraikan mereka di program-program parti dan masyarakat. Untuk PAS pula, walaupun mereka sudah mempunyai jentera komunikasi yang berkesan melalui HarakahDaily.com, mereka tetap menghargai pejuang laman reformasi.

Tetapi bagi pemimpin-pemimpin PKR yang mungkin mabuk kuasa dan hanya mahu mencapai kedudukan jawatan di dalam kerajaan, dalam tempoh dua tahun ini, kebanyakan laman web reformasi seakan-akan dilupakan apabila mereka mempunyai jentera media baru terutamanya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bukan itu sahaja, pemimpin PKR negeri mempunyai masalah komunikasi bagi menerangkan isu-isu parti dan nasional melalui media-media alternatif kepada rakyat. Media-media alternatif di sini bukan sahaja media internet yang pro reformasi tetapi juga media bercetak yang pro reformasi seperti yang ada di pasaran hari ini seperti Siasah dan Kabar.

Saya mendapat maklumat yang meyakinkan mengenai ada beberapa pegawai atau setiausaha akhbar kepada para pemimpin PKR yang menjawat jawatan di dalam kerajaan negeri gagal memainkan peranan di dalam penyebaran maklumat selain dari masalah sukar dihubungi. Jika ditinjau siapa pegawai-pegawai ini, kebanyakan setiausaha akhbar ini adalah bekas pemimpin mahasiswa yang kebanyakannya berumur di pertengahan ke lewat 20an. Mereka ini bukan sahaja tidak berpengalaman atau lemah di dalam mengatur program komunikasi dengan para wartawan tetapi juga angkuh dan pilih bulu bila berhadapan dengan para wartawan media reformasi.

Bagi saya, tidak hairanlah 'budak-budak muda' ini angkuh atau lemah di dalam peranan mereka sebagai pegawai akhbar. Jika diikutkan umur mereka, saya yakin ketika awal bibit reformasi bermula 1998, mereka mungkin masih berada di awal sekolah menengah dan di akhir sekolah rendah. Kejiwaan mereka sebagai generasi reformasi adalah kurang dan ini menyebabkan mereka tidak menghayati sejarah reformasi sendiri dan akur akan peranan media alternatif di dalam membawa parti dokongan mereka ke tahap yang ada pada hari ini.

Saya tidak berkata semua pemimpin PKR sedemikian rupa tetapi berani saya katakan majoriti daripada mereka sudah lupa jasa media alternatif. Mungkinkah jika mereka kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan kehilangan negeri Selangor akan menyebabkan mereka kembali ke 'jalanan' dengan media-media alternatif 'jalanan' sebagai wadah komunikasi dengan rakyat? Itu satu persoalan yang saya mahukan pemimpin PKR Selangor rungkai sendiri. Saya juga diberitahu pemimpin-pemimpin yang pernah berjuang di jalanan yang dulunya mudah didekati tetapi kini sudah sukar pula dihubungi. Malah, pegawai-pegawai akhbarnya juga mengalahkan ketuanya yang 'Yang Berhormat' juga sukar ditemui atau dihubungi oleh pihak media alternatif jalanan. Mengalahkan bapa menteri kerajaan BN untuk ditemui walaupun hanya memegang jawatan ahli Parlimen dan pemimpin kerajaan negeri. Bagi wartawan jalan ini, jika bernasib baik bolehlah dijumpai di lobi Parlimen sahaja kalaulah dapat bolos pengawal Parlimen.

Saya menulis di sini atas kapasiti individu dan tidak mewakili mana-mana pengendali atau wartawan media 'jalanan' di negara ini. Namun begitu, saya yakin ramai daripada mereka mungkin bersetuju dengan saya mengenai sikap beberapa pemimpin PKR yang mula menjauhi media web reformasi. Malah, setiap kali mesyuarat agung PKR selepas era tsunami 2008, ramai daripada mereka ini sebenarnya merasakan dipinggirkan dan berita-berita semasa perhimpunan itu pun dikutip dari laman web portal alternatif yang terkemuka ataupun dari laman Suara Keadilan dengan ikhlas menyiarkan bagi tatapan umum.

Walaupun PAS sudah cukup baik memiliki HarakahDaily sebagai sumber maklumat internet dan akhbar tetapi mereka masih membuka ruang kepada pengendali laman web reformasi untuk hadir untuk membuat liputan Muktamar mereka. Program-program rakyat dengan DAP di Pulau Pinang terutamanya dengan orang Melayu Pulau Pinang juga dapat dihadiri oleh wartawan jalanan ini kerana dijemput. Boleh dikatakan, sejak tahun 2008, liputan-liputan laman web reformasi lebih banyak yang melaporkan berita-berita berkaitan pemimpin DAP seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan pemimpin PAS jika dibandingkan dengan pemimpin PKR sendiri.

Kita tidak tahu di mana silapnya di dalam PKR itu sendiri. Siapa yang silap? Sama ada kelemahan jentera penerangan PKR sendiri ataupun sikap pemimpin PKR yang sudah berangan-angan besar menjadi pemimpin negara yang hanya memandang tinggi portal berita profesional seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang mereka yakin mempunyai pengaruh yang lebih besar. Saya kiranya tidak menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya yakin beliau amat menghargai peranan media reformasi yang banyak membantu membangunkan imejnya yang runtuh pada tahun 1998.

Anwar adalah manusia biasa dan kini mempunyai banyak perkara lain yang perlu dihadapinya sebagai pemimpin utama pembangkang dan juga isu dakwaan Liwat II. Beliau hargai peranan media reformasi yang berjaya menangkis imej dan persepsi buruk yang cuba diterapkan oleh kerajaan melalui media kerajaan tetapi kini apabila PKR melangkah satu lagi langkah selepas PRU 2008, media reformasi kini makin dilupakan. Andaikata, Anwar ada membaca artikel ini, moga-moga beliau menasihati pemimpin-pemimpin di bawahnya di dalam PKR supaya mengenang semula masa lampau perjuangan bersama media-media reformasi jalanan.

Meskipun laman web reformasi jalanan kini tidak lagi 'diiktiraf' oleh kebanyakan pemimpin PKR pada hari ini, perlu diingatkan rakyat masih berpusu-pusu masuk ke dalam laman web reformasi pada hari ini walaupun portal professional seperti Malaysiakini terus digemari. Laman-laman reformasi seperti Perisik Rakyat, Kerajaan Rakyat, Tranungkite dan lain-lain lagi yang masih kekal pada hari ini akan terus dilihat sebagai pasak kepada perjuangan reformasi di negara ini. Tidak kira sama ada PR mampu menawan Putrajaya atau tidak, laman-laman ini akan terus kekal hidup dalam masyarakat reformasi hari ini dan di masa akan datang. -kl-today

Ulasan GB

Terima kasih kepada sdra Shaharul Shafie di atas tulisannya di atas yang menunjukkan masih ada yang simpati dan mengerti kepada kami, para reformis jalanan.

Soalnya, mereka melupakan kami? Merekalah yang bakal terima bahananya. Kami, insyaAllah macam biasa meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bukan menegakkan Anwar atau TG Hadi Awang atau mana-mana batang tubuh seseorang.

Waktu PR menang besar pada 1999 dan 2008, YB-YB ini kebanyakan tidak menyedari siapa yang menyebabkan mereka memperolehi kemenangan. Maka sebab itu mereka tidak pedulikan nasib kami lagi. Mereka tiba-tiba menjadi takbur dan menyombong diri.

Selain itu timbul pula tukang ampu tukang bodek YB-YB ini. GB pula jadi sasaran caci maki, kononnya tak ikhlas diri. Mereka ini reformis palsu malah tukang komen dan kritik di blog-blog seperti blog GB ini. Pantang lambat atau tidak menyiarkan komentar mereka, terus mereka melenting kata GB ni gitu gini. Mereka ini sebenarnya tidak pernah pun menjadi reformis, hanya tukang perhati tukang caci. Tak pernah kena belantan FRU di demontrasi, tak pernah masuk lokap dan tak pernah masuk ICU macam yang telah GB alami. Mereka ini penakut sebenarnya, tak penah dedah identiti hanya berani membalun belakang GB.

GB pernah mengulas isu ini di SINI dan SINI

Dulu GB pernah berpesan:

Blogger telah membuktikan kemampuan mereka memberi kemenangan kepada Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah atau mana-mana juga pemimpin PKR. Namun blogger juga mampu membawa kekalahan kepada sesiapa yang dilihat sudah lari dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. InsyaAllah.



The Penang Free School magazine

Posted: 21 Oct 2010 05:16 AM PDT

Today, as my alma mater the Penang Free School celebrates its 194th anniversary, I am showing here a picture that I've just copied from the facebook of OFA Selangor and Kuala Lumpur. It's a picture of the Penang Free School magazine. Not any ordinary magazine but the 1910 edition of the magazine. That's exactly 100 years ago....

ca-pub-5430283382112812


Pencak Terakhir Najib Sebelum UMNO BN Disemadikan

Posted: 21 Oct 2010 04:09 AM PDT

Najib: Pertahan Putrajaya walau apa terjadi, 2011 tahun 'unik'

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Meskipun Datuk Seri Najib Razak tidak membayangkan tahun depan sebagai tahun pilihan raya umum tergempar, tetapi memberitahu ahli-ahli Umno hari ini bahawa "tahun 2011 bukanlah sembarangan" tahun.

"Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka.

"Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka.

"Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis," kata beliau yang merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan 2010 dengan acara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra sebelum itu.

Banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 tergempar kemungkinan diadakan selepas suku kedua tahun depan walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Dalam ucapannya bertemakan "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran", Najib berpesan bahawa walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti dipertahakan.

"Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.

"Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. petikan dari TMI

Ulasan GB

Menarik ucapan Najib, Presiden UMNO diperhimpunan kali ini. Ia mendedahkan satu pengakuan dari hati kecil Najib sendiri bahawa UMNO BN kini berada di dalam situasi amat kritikal. Lalu beliau terpaksa menyuarakan setulus hatinya

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa"...

yang menunjukkan bahawa UMNO BN kini sudah berada di tubir jurang keruntuhan.

Roda kehidupan berputar. Sememangnya itu adalah satu ungkapan akhir dalam mana-mana perjuangan dan rasanya Najib akan menutup tirai pemerintahan UMNO BN selepas pilihanraya kali ini.

Kuasa Tuhan - siapakah yang mampu menandingiNya?
Di situlah dimana pemimpin-pemimpin UMNO lupa.



Kunci Pembuka Fitnah Politik UMNO

Posted: 21 Oct 2010 03:05 AM PDT

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.

Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah "terkunci kemas" di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat pula memegang kunci tersebut untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA dan sebagainya mestilah dihapuskan segera. Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja.

Kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno tidak benar sama sekali kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja semua rakyat Malaysia.

Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno sendiri dimana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan.

Dengan itu saranan Presiden Umno untuk terus mempertahankan Putrajaya sebaliknya menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja and rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno, yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa.


Sikap Double Standard UMNO Dikecam. Pelajar UKM Terlibat Dalam Perhimpunan UMNO.

Posted: 21 Oct 2010 03:30 AM PDT

Siswa berpolitik: Umno memang double standard

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli parlimen muda Pakatan Rakyat mendakwa kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyokong hak mahasiswa berpolitik dalam Perhimpunan Agung Umno lalu sebagai kenyataan populis politik.

Biarpun Khairy dilihat lantang dalam isu tersebut, namun kerajaan Umno BN sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk membuka ruang tersebut kepada mahasiswa negara ini.

Pada sidang media di Parlimen hari ini, mereka berkata, jika Umno mahu memberi ruang sekalipun, tentunya ianya sangat double standard seperti apa yang berlaku pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, kementerian juga menunjukkan sikap double standard jika mahasiswa jurusan sains politik terbabit dalam kajian politik sempena kempen pilihan raya akan dikenakan tindakan.

Ini, katanya seperti apa yang berlaku kepada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Auku.

"Tetapi pada masa yang sama, dua mahasiswa UKM didapati terbabit dengan perbarisan Perhimpunan Agung Umno. Adakah mereka ini akan dikenakan tindakan?" soal beliau yang juga Ketua Pemuda Dapsy.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula membidas tindakan Umno yang 'mengusung' pelajar luar negara menghadiri perhimpunan Umno.

Menurutnya, jika benar mahasiswa tidak boleh berpolitik, kenapa Umno sendiri melibatkan mahasiswa tersebut dengan politik mereka.

"Kerajaan Umno BN bertindak zalim terhadap 4 mahasiswa UKM yang terlibat (membuat kajian politik) dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sedangkan ramai pelajar di luar negara yang menganggotai kelab Umno dibiarkan begitu sahaja," tegasnya.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pula berkata, tindakan Umno melarang mahasiswa terlibat dengan politik khususnya pembangkang, adalah kerana mereka takut kepada golongan cerdik pandai.

"Umno ini tak mahu orang bijak pandai ini menyertai politik, dia mahu orang tua-tua di ceruk kampung sahaja sebab senang dia nak tipu," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.


Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?



Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. -mk



Third Wedding Anniversary

Posted: 21 Oct 2010 01:45 AM PDT

Yesterday was our third wedding anniversary. How did we spend it? We went to Mid Valley Megamall and had a less than memorable lunch at C-Jade Express. Frankly, we are getting disinterested with food in shopping malls. Those are the places that we hang out most on weekends. We have been eating the same food for years and years.

We then went to the Jusco J Card Member's Day Sale. The size of the crowd was smaller than I had anticipated. I guess the novelty of going for a sale has worn off for many. After all, the various Jusco stores have been running one sale or another throughout the year. The only attraction about this sale is that there is a rebate of RM10 in vouchers for every RM100 spent.

Next stop after shopping was at Institut Sosial Malaysia (ISM) where I conducted the second series of the Introduction to Independent Living seminar for welfare officers from various states in Malaysia. We had a lively discussion on how Independent Living can be implemented in Malaysia and the issues faced by disabled people after the seminar.

Would you believe that Wuan and I went back to Mid Valley Megamall right after that? Yes, that was exactly what we did since it was just a 10 minute drive away from where we were. We had dinner, of all places, at Crystal Jade La Mian Xiao Long Bao at The Gardens. That dinner was less than memorable too.

We did a little more shopping at Jusco. The stainless steel drinking bottle that I wanted was not on discount. Instead, we got some energy saving light bulbs that were going for 30% off. That, basically, was how we spent our third wedding anniversary. We definitely need to do something more memorable next year.

Related posts:

  1. Malaysia On Sale Sign outside Pavilion KL in conjunction with the Malaysia Savings...
  2. A Long Overdue Update – Wedding Dinner Preparations This is perhaps my longest interval for not blogging. With...
  3. Yee Sang At Esquire Kitchen Mid Valley Megamall We were at Mid Valley Megamall for our weekly grocery...
  4. PPS 3rd Anniversary Bash Will there be a Project Petaling Street 3rd Anniversary party...
  5. Hello Jiwa Rasa Greetings to fellow blogger Jiwa Rasa who came up to...


How NOT to Tell a Tall Tale

Posted: 21 Oct 2010 01:43 AM PDT

With mouth agape and raised eyebrows, I read Malaysiakini's report HERE on how Umno president Najib Abdul Razak today issued a rallying cry for party members at the 61st Umno general assembly to defend Putrajaya at all costs.



"Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya," said Najib, who is also prime minister.

The report went on to quote our PM as saying:

"In every crisis, Umno managed to revive itself despite everything seeming to be against us," he said.

"Can we believe that Malaysia's success can be maintained by our rivals, who are trampling over each other for power? Can Malaysians trust those who have shown nothing but the desire to take the throne?

"Are we willing to hand our beloved Malaysia to the traitor of race and country?" he asked, eliciting shouts of "no" at each punctuation.

In another report by Free Malaysia Today, it was reported HERE that although he did not name Anwar in his speech at the Umno annual general assembly here, it was clear that the premier was referring to him when he used the term "traitor".

I am sure Malaysians are peace-loving citizens and that in a democratic system, there will be NO CRUSHING OF BODIES (unless in a horrible accident) and NO LIVES LOST and that there will be no untoward incidents of such magnitude or nature.

It has been said that some people are born to be leaders while others train themselves to be great leaders. Some THINK they are good leaders but then the record of achievement speaks otherwise.

During this important time for UMNO, may the leaders there think about their leadership roles. May they rationally analyze these roles in depth as they develop self-awareness and focus on the needs of their followers so that they can successfully implement plans to achieve the goals properly for the betterment of the nation.

May NO TALL TALES BE TOLD for any self-grandiose purposes.

May our nation be blessed with trustworthy leaders to lead others. We need good leaders who can "walk the talk" and by doing so, then only can they earn the right to have responsibility for others.

When the rakyat see good character and trustworthiness of leaders, respect will follow when they see how such leaders exemplify passion and dedication in their cause with moral responsibility.

May our nation have leaders who are permanent sources of inspiration to motivate the rakyat to take the right steps.

And they must do so without spreading fear or intimidation or telling tall tales.

How then can one NOT tell a tall tale? Simple.

All they need to do is to look at reality face to face and be man enough to admit their weaknesses and brave enough to face challenges nobly without scapegoating others. Then, those leaders will be enshrined in the gallery of notable politicians.

Rudyard Kipling wrote the following poem "If"...which is one of my favorites. I believe that if leaders truly put the rakyat first....then they are true statesmen!!!

And do we have such leaders?



If

written by Rudyard Kipling

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or, being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise;

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build 'em up with wornout tools;

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on";

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings - nor lose the common touch;
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run -
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man my son!


[Bergambar] Galas - Semboyan Telah Dibunyikan, Gendang Sudah Dipalu

Posted: 21 Oct 2010 02:43 AM PDT

PAS dahului Umno gerak kerja di Galas

GUA MUSANG, 20 Okt: PAS terus mendahului Umno dalam melaksanakan gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas apabila melancarkan jentera pilihan rayanya malam tadi.
Sedangkan Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua nahkoda di Galas.

Pertembungan team Tengku Razaleigh Hamzah dengan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian mulai kelihatan sekarang.

Selain itu kehadiran ribuan penduduk tempatan pula memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan veteran parti itu, Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.

Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas kelihatan ramai masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.

Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.

Pelancaran jentera pilihan raya PAS dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kepimpinan PAS negeri dan wakil-wakil rakyat.

Permulaan yang baik itu disifatkan kalangan petugas media memberi kelebihan kepada PAS berbanding dengan Umno yang hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya jentera kerajaan persekutuan.

Datuk Nasuruddin Daud menyifatkan kehadiran begitu ramai malam tadi membayangkan kehendak rakyat Galas bagi mengekalkan momentum Mac 2008.

Katanya dari awal lagi sudah kelihatan semangat pengundi di Galas bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Husam pula menyifatkan tiada rungutan ditimbulkan penduduk bukan Islam di Galas terhadap kerajaan negeri di mana ia menggambarkan penerimaan mereka terhadap kerajaan PAS.

"Orang Cina dan Orang Asli nampaknya berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan negeri. Masalah pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli diselesaikan.

"Biar pun masyarakat Orang Asli berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah tersebut,"
katanya pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Dun Galas.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kehidupan masyarakat di Dun Galas, Gua Musang mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia kerana mempunyai komposisi pelbagai kaum dan budaya.

Katanya, penduduk di Galas terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan.

"Teruskan apa yang telah kita lakukan pada pilihan raya umum lalu, manakala bagi yang belum mengundi PAS hendaklah sama membantu bagi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas," katanya.

Timbalan Presiden PAS pula membayangkan pilhan raya umum ke-13 diadakan lebih awal memandangkan usaha menggula-gulakan rakyat dilakukan perdana menteri ketika membentang Bajet 2011 pada persidangan parlimen Jumaat lalu. -harakahdaily


Calon PAS: Dr Zulkefli atau Pandak Panjang Ey?

Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Pandak Panjang Ey.

Salah seorang daripada mereka disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS jam 9 malam ini di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang.

PAS akan mengumumkan malam calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan dua nama yang disebut-sebut ialah:

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Pandak Panjang Ey adalah seorang jurutera.

Menurut sumber-sumber PAS, kedua-dua calon tersebut adalah antara sepuluh calon yang diserahkan oleh PAS Kelantan kepada PAS Pusat untuk pertimbangan.

Kata sumber lagi, mereka juga merupakan calon yang mengisi dua tempat teratas dalam senarai calon itu dan disebut-sebut mewakili PAS dalam pilihan raya kecil 4 November ini.
Malaysiakini difahamkan tiga lagi nama yang turut disenaraikan ialah naib yang dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong; setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad; dan ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang juga dijadual hadir dalam majlis pengisytiharan calon malam ini. -mk



PAS tampil calon terbaik untuk masyarakat Galas

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ahli Parlimen PAS Kelantan yakin, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diumum malam ini adalah terbaik untuk rakyat di Dun itu.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, beliau yakin segala pertimbangan sudah dibuat kepimpinan parti bagi memastikan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu bukan sahaja mampu menjadi wakil rakyat, malah juga mampu meneruskan legasi khidmat cemerlang Adun sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Menurutnya, kaedah pemilihan calon yang bermula dengan PAS negeri membuat saringan di peringkat PAS kawasan, kemudian dibawa ke PAS pusat dan seterusnya kepada Majlis Syura PAS, sudah cukup untuk memastikan calon yang bakal diketengahkan adalah calon terbaik dari segala aspek.

"Saya yakin, siapa juga calon yang akan diumum malam ini adalah yang terbaik kerana telah melalui saringan di peringkat akar umbi.

"Tentunya calon tersebut seorang yang dikenali rakyat Galas dan sumbangannya juga diketahui umum masyarakat di situ,"
katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar juga mempunyai pandangan serupa.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat berkata, calon yang akan diumum malam ini tentunya sesuai dengan kondisi masyarakat Galas yang rencam.

"Galas ini kawasannya luas, ada penduduk bandar dan ada luar bandar. Tentunya calon yang dipilih adalah calon yang menguasai keadaan di Galas ini," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu jelasnya, calon yang akan dipilih PAS juga sudah tentu calon yang memahami kepelbagaian kaum di Galas yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli.

"Saya yakin calon itu nanti akan mempermudah kempen kita bagi mengekalkan Dun Galas," katanya.

Dalam pada itu, PAS akan mengumumkan calon mereka malam ini bertempat di perkarangan Markas Besar PAS di Bandar Lama bersebelahan pejabat pos Gua Musang.

Ketiga-tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengesahkan kehadiran malam ini.

Pengumuman malam ini juga adalah bersempena ceramah perdana sambutan 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - harakahdaily


Foto ehsan Topeng Perak Unmasked















[Bergambar] Tawan Bangunan UMNO Simbolik Tawan Putrajaya

Posted: 21 Oct 2010 12:28 AM PDT

Tawan' bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya

KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan 'tertawan'nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk 'menawan' Putrajaya nanti.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat 'ditawan' Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

"Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya," ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.

"Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank," ujarnya. -harakahdaily


Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

"Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

"Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat. -harakahdaily


Foto ehsan Topeng Perak Unmasked















18 Birthday to Batu Ferringhi and Hard Rock Penang During Midnight

Posted: 20 Oct 2010 11:11 PM PDT

I am talking about my birthday again. Right after having dinner at JF Western Food on my birthday, on 16th July on Friday night, we went to sit car and went around the city. It a typical night with the mind of don't know where to go, no point of destination. We went to meet at Boo Teik house and hopped on to his Mercedes Benz and he drove us here and there. Pointless, just crapping and enjoying the beautiful city of Penang.

We went to Inti Internation College's hostel to see Jacqueline. a friend of my good friend Chien Chern. Just to say hi and we drove off away.

Then we went downtown for a round and in the end, no idea why, and we went to Batu Ferringhi. WIthout any reason again, we went to the closed down Mutiara Hotel just for a stop, inhale some fresh air as we were so so so full after the meal at the western food there. We did not drink but we look as if we were drunk because too full, too tired, too uncomfortable and too sleepy, but we still didn't want to go home yet.

We had a stupid plan which was going into Mutiara Hotel but unfortunately there's security guard taking care of the abandoned hotel. Still no idea what this hotel is gonna be, no renovation work or plan is going on. It was one of the 5 stars hotel in Penang. Pretty cool but now it's down, no idea why.

Zheng Feng and Zez Chien were not feeling so well because of car sickness along the Batu Feringghi winding road and ate too much. After getting some fresh air, they felt better and finally we decided to go home.

But before dropping me back home, we went to Hard Rock Hotel to use the toilet, it was 2am at that time and there's no more live band. Lobby was pretty quiet. Everyone was so ready to sleep already.

Had some toilet business then we were all off. That's it, that's how I celebrated or how I passed by birthday. Tired, fun, happy, cool, miss. Unfortunately some friend couldn't join me but thank you all for your wish. This year I spent most time replying Facebook wishes. I got over 200 from Facebook and I replied every single of it. Tired tired. Haha. Happy birthday to you. =D

 


Hati Mana Tak Terharu Membaca Berita Ini...

Posted: 20 Oct 2010 11:30 PM PDT

Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

"Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

"Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini," ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Ulasan GB

GB tidak dapat menahan airmata yang mengalir tatkala membaca berita di atas. Seorang manusia bertubuh kerdil yang menjadi harapan seluruh umat Islam dinegara ini khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Tanpa menyedari tubuh yang telah dimamah usia, tetapi masih terus gigih memperjuangkan dan mendaulatkan agamanya.

Menjadi benteng paling bertenaga menghadapi gelombang serangan luar dan dalam parti yang tanpanya mungkin saja PAS telah hanyut bergelandangan dengan parti-parti sekular lain.

Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan hasil. Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama' serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990. PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar peruangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amal maaruf nahi mungkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.


2 Alam (2010): Filem Laknat 2010

Posted: 20 Oct 2010 04:33 PM PDT


Local flavour, world-class food

Posted: 20 Oct 2010 08:18 AM PDT


No comments: