Thursday, October 14, 2010

Poo

Poo


Poo

Posted: 14 Oct 2010 11:04 AM PDT

I don't have to say too much, do I?

ca-pub-5430283382112812


Went To Petaling Street Last Sunday

Posted: 14 Oct 2010 10:55 AM PDT

I think I may have been to Petaling Street when I was very very small, just only a little bit of memories but still can't recall when was it then I've been there. So last Sunday, I drove to town with my housemate, Han Tek to check out a basketball match between Malaysia's KL Dragons and Indonesia's Satria Muda. The match was awesome and it's at the MABA Stadium which is quite near to Petaling Street.

So after the match, we walked to Petaling Street from the stadium to eat my dinner. I am surprised by the heritage old looked shop houses and area. It makes me feel a bit like home because they are cool and Penang is a heritage city as you all know.

The Petaling Street is covered with a roof to prevent rain from coming in but unfortunately, walking there was not a pleasure because the walkway is so narrow. The place is famous for selling imitation stuff and most of the stalls are operated by foreign workers. Very weird of this. Being in a Chinatown but not much Chinese selling stuff at there nowadays.

Went to the famous Tai Lok Mee or they call it Hokkien Mee here for dinner.

After that went back home without using a GPS because GPS couldn't work that time. Luckily, I found my way back to Federal Highway. Then I found out that Kuala Lumpur and Bandar Sunway is actually quite near, IMO. =D


Isu Alkohol

Posted: 14 Oct 2010 10:14 AM PDT

Beberapa minggu lepas saya ke pejabat saya pada hari cuti. Sebaik sahaja saya hendak meletakkan kereta saya, saya ternampak botol dan tin arak bersepah.

Apabila saya bertanya Suhaimi, pembantu pejabat saya, beliau memaklumkan botol dan tin arak tersebut berikutan anak-anak muda Melayu yang meraikan malam cuti tersebut pada hari sebelumnya.

Isu alkohol ini isu yang serius. Bagi umat Islam, hukumnya jelas haram. Walaupun masyarakat agama lain ada pelbagai pandangan terhadap alkohol, tetapi dalam undang-undang negara kita mereka hanya dibenarkan membeli alkohol pada usia 18 tahun ke atas.

Apabila saya berdialog dengan penduduk di DUN Seri Setia, bukan hanya umat Islam yang mengadu tentang masalah alkohol. Dalam dialog saya dengan penduduk PJS 10 saya masih ingat bagaimana seorang wanita separuh umur berbangsa Tiong Hua mengadu masalah kaki botol yang melepak berhampiran taman rekreasi berkaitan yang mengganggu kententeraman awam.

Saya masih ingat bagaimana media di Britain menumpukan tentang gejala sosial alkohol yang dikenali sebagai binge drinking. Gejala ini dikatakan meninggalkan kos 20 billion pound setahun (hampir RM100 juta) bertanggungjawab untuk 1 juta kes kecemasan di hospital-hospital di Britain.

Kerajaan Negeri Selangor telah memimpin perubahan dengan pengenalan dasar sekatan penjualan alkohol secara sukarela dengan kerjasama kedai-kedai runcit dan serbaguna di Shah Alam. Saya masih ingat bagaimana pemimpin UMNO begitu riuh apabila timbul kontroversi rampasan arak di MBSA, namun dasar yang digubal berikutan kontroversi ini jauh lebih baik berbanding dasar-dasar yang digubal UMNO dan BN selama ini.

Sebagai permulaan, saya mengesyorkan peruntukkan undang-undang sedia ada hari ini dikuatkuasakan: penjualan alkohol diharamkan kepada orang Islam, manakala alkohol juga tidak dijual kepada orang bukan Islam bawah 18 tahun. Di negeri-negeri Barat misalnya, secara umumnya pekedai tidak akan menjual alkohol kepada remaja tanpa mengesahkan bahawa mereka sudah mencapai umur yang sah. Tetapi di Malaysia kita seringkali melihat alkohol dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Kita perlu mengetatkan denda bagi pekedai dan tuan punya kedai yang tidak mematuhi peraturan ini.

Kita juga perlu berusaha memerangi gejala bersama kerana gejala alkohol bukan hanya membelenggu umat Islam. Betul, tiada halangan undang-undang untuk masyarakat lain yang sudah mencapai umur sah tetapi masalah sosial yang timbul di samping kemalangan jalan tidak mengenal agama atau kaum. Justeru, apakah salahnya NGO-NGO Islam bekerjasama dengan NGO-NGO agama dan sosial lain bagi mencari jalan mengatasi masalah ini secara bersama?


Gay Saudi prince killed servant: Royalty are human too, they commit crime

Posted: 14 Oct 2010 10:06 AM PDT



Click on image to go epaper.sun2surf.com



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Subway vs O'Briens

Posted: 14 Oct 2010 09:27 AM PDT


What is this two eatery place have in common?


Klinik Khidmat Rakyat di Dataran Glomac

Posted: 10 Oct 2010 09:09 AM PDT

12 Oktober 2010
9.00 malam – 11.00 malam
Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia, E-1-2 Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya


Ceramah Keadilan Penampang

Posted: 08 Oct 2010 08:58 AM PDT

9 Oktober 2010
7.00 malam
Penampang, Sabah
Penceramah: YB Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, YB Sim Tze Tzin, Thamrin Jaini (Pengerusi KEADILAN Sabah), Darell Leiking (Ketua Cabang KEADILAN Penampang)


Wang Ihsan : Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan?

Posted: 14 Oct 2010 08:59 AM PDT

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah.

"Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut.

"Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas.

Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut.

"Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi. -harakahdaily







<br><br><br>To God be the glory, great things he hath done! What a

Posted: 14 Oct 2010 08:45 AM PDT




To God be the glory, great things he hath done! What a feeling, what a moment!

What a country and what a leader rallying the citizens of the country to pray to provide moral support for the rescue team. God's hand was there in the minds of those who were trapped several hundred feet below and it was also there for those who brave the cold and ignored tiredness of body to bring out every single miner.

Miracles do happen! Imagine after a period of 69 days,miners held on to hope that help would arrive. Hurrah for the human spirit! And what an example to the rest of the world who follow in awe the resilience of the vicitims and the selfless unflagging efforts of the fellow coutrymen to bring out all the miners. Chile to the rest of the world said, "We are so proud to be Chileans"

Yeah raise our hands again to triumph of the human spirit!


Mustaffa Mahu Calon Isytihar Harta Dan Belanjawan Pemilihan

Posted: 14 Oct 2010 08:38 AM PDT

Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden parti hari ini menggesa setiap calon mengisytiharkan harta dan belanjawan kempen masing-masing bagi membuktikan partinya boleh menjalankan pemilihan bersih.

Selain itu, naib presiden PKR ini juga meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperkenalkan penggunaan sistem cap jari bagi menjamin ketelusan dalam sistem pemilihan yang julung kali memperkenalkan kaedah satu ahli satu undi.

"Sekali saya cadangkan, JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama," kata Mustaffa (gambar).

"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau.

Cadangan itu dikemukakan ketika tinggal dua hari lagi bagi kesemua bakal calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing.

Mustaffa berkata, cadangan. Itu penting diamalkan demi memperkasakan imej parti yang sedia bersih supaya dilihat berintegriti di mata rakyat dan dunia.

"Tidak memadai pemimpin Keadilan bersih, tetapi kepemimpinan kita mesti dilihat bersih oleh rakyat Malaysia dan dunia melalui pembaharuan institusi ini," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, sistem dedah akuan peribadi calon dan celup jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama.

Difahamkan, 'institutional reform' adalah usaha mereformasi sistem pilihan raya dan demokrasi yang sedia ada supaya mampu mengangkat pemimpin yang paling adil dan bersih.

Kata beliau, pemilihan kali ini wajar dijadikan pelantar ujian pada perubahan landskap tanah air memandangkan PKR bersama-sama parti-parti oposisi yang lain pada pilihan raya umum ke-12 lalu telah pun mempopularkan cadang-cadangan tersebut melalui wadah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat," kata Pengerusi PKR Perak ini.

"Sempena proses pemilihan peringkat pusat dengan pengesahan calon-calon bertanding 16 Oktober ini, saya mencadangkan semua calon mengisytiharkan harta serta belanjawan masing-masing," katanya.

Kata beliau, boleh dikatakan sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, oposisi mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin Umno dan BN mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun masing-masing dan belanjawan pilihan raya masing-masing sempena pilihan raya.

"Malah, kita juga mendesak pihak berwajib seperti SPR dan SPRM supaya menyiasat beberapa pemimpin Umno dan BN yang kita anggap tiada integriti.

"Cabaran dan desakan ini semata-mata kerana kita mahu melihat proses pilihan raya dan demokrasi berlangsung secara bersih, bebas dan adil," kata Mustaffa yang juga Pengerusi Akademi Latihan PKR.

"Apa yang kita cadangkan serta desakan ini, bagi saya adalah suatu pembaharuan institusi iaitu kita mereformasi sistem yang sedia ada supaya mengangkat pemimpin yang adil dan bersih," kata beliau lagi.

Menurut Mustaffa, PKR gagal membenamkan parti rejim jua sebenarnya ekoran gagal membawa pembaharuan institusi terlebih dahulu ke dalam negara.

"Sebab itu, rakyat perlu menganggap beberapa tuntutan Bersih ke atas SPR menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu sebagai suatu pembaharuan institusi.

"Institusi yang direformasi menjadi bebas, adil dan demokratik pastinya akan mengangkat kepemimpinan yang integriti, adil dan demokratik," kata beliau.

Mustaffa memberitahu, sekarang PKR khususnya Pakatan Rakyat tidak mampu melakukan semua pembaharuan institusi ini dalam kerajaan khususnya SPR kerana masih tidak berpeluang mendapat mandat rakyat.

"Tetapi, kita khususnya JPP mempunyai kuasa untuk membuktikan bahawa semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara, dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat," kata Mustaffa lagi.

"Biar dunia melihat bahawa semua cadangan pembaharuan institusi ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam Malaysia dengan melihat pelantar ujian kita.

"Yang terjejas, mungkin pemimpin yang melakukan korupsi atau menyalah guna kuasa sahaja," katanya.

Sambil menekankan bahawa rakyat akan melihat komitmen ini, Mustaffa berkata, tidak mustahil rakyat akan sokong usaha ini dan bersedia memberi mandat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR kerana mereka percaya parti ini jika memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak akan laksanakan pembaharuan institusi dalam negara sebagaimana yang telahpun dibuktikan dalam parti.

"Satu lagi, saya cadang kita laksanakan cat jari sempena pemilihan kali ini.

"Cadangan ini yang bagi saya satu lagi pembaharuan institusi mampu membuka mata rakyat.

"Rakyat akan berkata, 'rupa-rupanya sistem cat jari dan dedah akaun peribadi calon tidak lah mengganggu sistem demokrasi," katanya.

Beliau berkata jika PKR boleh buat, mengapa kerajaan pusat masih cipta alasan untuk membodohkan rakyat.

Ulasan GB

Apa yang disampaikan oleh Mustaffa Kamil Ayub itulah apa yang selama ini GB perjuangkan.

Bahawa, untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang bersih dan adil, maka ia bermula dari parti kita sendiri.

Bagaimana mungkin kita hendak memperjuangkan keadilan dan kebersihan jika pemimpin parti sendiri bersikap berat-sebelah, partisan dan penuh dengan kosnpirasi serta wayang-wayang?

Bagaimana mungkin kita hendak mewujudkan sebuah kerajaan yang baik jika calon-calon yang bertanding giat menabur fitnah tanpa bukti dengan melakukan serangan-serangan peribadi terhadap calon lawan semata-mata kerana takut dengan bayang-bayang sendiri?

Bagaimana mungkin kita mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan stabil jika parti sendiri bergelandangan dengan kekecohan akibat manusia-manusia yang kemaruk kuasa dan berebut jawatan?

Semuanya itu sepatutnya dihentikan. Tetapi mungkinkah PKR berjaya sedangkan perbuatan-perbuatan buruk dan jelek itu dimainkan oleh pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi sendiri?

PKR bakal rebah jika terus-terusan bermain politik ala UMNO.


Oh what a day…

Posted: 14 Oct 2010 07:15 AM PDT

I had promised a representative of a private hospital I'd bring her to visit the homes of 3 of our needy Indian clients today. The visit was for the hospital's CSR for the coming Deepavali and they had approached me to recommend a few names. We don't usually allow outsiders to visit our clients at their homes, but to fair to them, they too needed to assess the needs of these families, so after getting the permission of the families involved, I also told the hospital rep that they shouldn't send any more than 2 reps for the visit. We wouldn't want to attract neighbors' attention by visiting in a big group.

Apparently, they too were busy with so many programmes coming up, so only one lady joined us. There were only 3 of us during the visit – me, my colleague and the hospital rep.

First house was Kamala's house. Kamala had earlier on stayed at the outskirts of Ipoh, with her daughter Kavita schooling in a nearby town. Due to the distance, Kamala finally decided to move to the other town. They cut down on bus fares but the rental is higher now, from RM80 for the earlier house, now it's RM200 for the 2 room terrace house. But the house is bare…

homevisit1

Oh, I also met Letchumi at Kamala's house. Letchumi? Yep, meet Letchumi, Kavita's buah hati

letchumi (Ahem Brad, interested in this minachi?)

Next stop was to Pushpa's place. Pushpa, 14, orphaned since baby, stays with her grandma in an estate in another town. My colleague was supposed to know where the house is (he had been there before), but when we got to the estate, alamak, which road to take? So quiet, nobody around to ask… until we finally saw a small signboard which says "perumahan estet". Somehow the place got me thinking of Ladang Gadong (eeks!!) though I have never been to ladang Gadong either. We finally found the house, went in, and I had just sat down for a while when a call came in from a blog reader who wanted to talk to me about a HIV+ friend of hers. I went out so I could have some privacy to talk to the caller. It was quite a lengthy conversation, I wasn't even finished with the caller yet when the hospital rep and my colleague were done with Pushpa's family. I was still talking on the phone when the 2 of them got out.

The 3rd family stays at one of the low-cost flats in Ipoh. This time we had to climb up to the 3rd floor. My colleague, a handicap, stayed in the car. There are no lifts at this flat. I had visited this house once before, for the sponsorship assessment visit. Back then the house was bare. A colleague who's the family's assigned buddy, asked around for donations in kinds, and managed to get some used furniture. So when I visited today, the house looked much better furnished…

homevisit3

It was almost 12.30 pm by the time we left. I sent my colleague and the hospital rep back to our center, rushed back home for lunch and zohor prayer, then immediately out again to attend the meeting on the "Men Against Violence" campaign. It was one of the last meetings before the campaign launch, and a press conference was also called for today…

PC

The campaign, organised by the Sekretariat Pembangunan Masyarakat dan Sosial Wanita Umno Negeri Perak, together with BN component parties and NGOs in Peraks, will be held as follows:

Day/date: Sunday, 31st October 2010

Venue: Polo Ground, Ipoh

Time: 8 am – 1 pm.

Guest of honour: MB of Perak

All are invited to attend! I'll be the makcik in charge of the exhibition booths.

 

After the meeting, I rushed to my center, to get a box of used clothes (which I had received earlier from friends to be distributed to the poor – I have already distributed a bulk of them but still had some extras, the sizes were not suitable for my clients), then rushed back home, solat asar, then rushed out again to a friend's house for her majlis yaasin/doa selamat before she leaves for Haj end of this month. I had also promised to meet another friend there, to pass the used clothes to.

I finally got home at 7.15 pm, very much needing a bath!


A Closer Look

Posted: 14 Oct 2010 06:37 AM PDT

Recently Saiful testified he was repeatedly sodomised by Anwar Ibrahim without a condom, multiple times and over a period of months. That is good news for Anwar Ibrahim. Yes, you read correctly! I did intend to say it is good news.

It is such good news i rushed out of my office and am now in Starbucks writing this letter and sipping my latte.

How can such a thing possibly be good news for Anwar Ibrahim?

Let's take a closer look, a VERY close look.



If what Saiful testified is true, Anwar's semen and sperm would have been released inside Saiful's anus and rectum multiple times over a period of months.

The rectum is lined with thin tissue referred to as "mucous membrane".

Micro-organisms can readily interact with the immune system at that thin tissue.

For example, that's what makes anal sex a particularly efficient way of transmitting HIV.

With regards to semen and sperm in the rectum, what happens?

The immune system of the owner of that rectum detects the proteins of the semen and sperm as "foreign", meaning not from the rectum's owner.

The immune system regards the "foreign" proteins as invaders that must be destroyed.

To attack and destroy the proteins ["antigens"] the immune system produces antibodies.

That antibody production takes time.

Multiple doses of antigen also helps trigger antibody production.

Those facts are why some vaccines are given in a number of doses over a period of time.

Multiple instances over a period of months of Anwar's semen and sperm entering Saiful's anus and rectum is perfect for provoking Saiful's immune system to produce antibodies against Anwar's semen and sperm.

Saiful's blood could be tested for such antibodies.

However Saiful's blood needs to be tested NOW, not later!

That is to avoid giving time for Saiful to be inoculated with Anwar's semen and sperm to provoke antibody production to match Saiful's testimony.

Proteins and antibodies to them are specific, they fit each other like a key fits a lock.

If Saiful has antibodies to Anwar's semen and sperm there will be no mistaking it.

Conversely, if there are no such antibodies in Saiful NOW, it unmistakably means Anwar's semen and sperm was NOT in Saiful's anus and rectum on multiple occasions over a period of time.

Another aspect of anal sex without condom is that bacteria from the anus and rectum can enter the urethra of the insertive partner.

The bacteria can travel to the prostate gland of the insertive partner.

The prostate gland unfortunately is something of a safe haven for bacteria, the immune system and antibiotics have a difficult time reaching bacteria inside the prostate gland.

One effect on the prostate gland is it swells. That swelling tends to restrict the urethra and neck of the bladder and make urination difficult, especially it's difficult to begin urination or technically micturition.

Guys, now when the guy at the urinal next to you struggles to start his stream of urine flowing you can guess what he has been doing ;-).

Now what REALLY bugs SOME men with that condition is that maybe 10 minutes after they finally manage to urinate they feel urgency to urinate again...

Guys, if you're going to bonk anally please use condom with lots of lube, it will save you lots of grief.

Because those bacteria can remain in the prostate gland of the insertive partner and they might be detectable.

That's another aspect that could be looked into, although possibly a match of bacteria may have less certainty, meaning be less specific, than an antigen to antibody match.

Well, now it's time for me to pack up and leave Starbucks.

Well, not quite yet, i have to go urinate, because of the caffeine, not because of how i bonk.

Seriously.

Goodnight.

Written by Pakac Luteb


ခင္မင္မႈ သံမႈိမ်ား or Nails of Friendship in Burmese

Posted: 14 Oct 2010 06:34 AM PDT

Source_E mail Fwd to me from Dr.Thein Win: Nails of Friendship by lettwebaw ခင္မင္မႈသံမႈိမ်ား

ဟိုးေရွးေရွးတုန္းက အင္မတန္ကို စိတ္တို စိတ္ဆတ္တဲ့ ေကာင္ေလးတစ္ေယာက္ ရွိသတဲ့။ တစ္ေန႔က်ေတာ့ သူ႔အေဖက ေကာင္ေလးကို အိမ္ရိုက္သံတစ္ထုပ္ ေပးလိုက္ျပီး ေျပာပါေတာ့တယ္။

"မင္း တစ္ခါ စိတ္တိုတိုင္း၊ တစ္ခါ စိတ္တိုတိုင္း သံတစ္ေခ်ာင္းကို ေနာက္ေဖးက ၀င္းထရံတိုင္မွာ သြားသြားရိုက္ေခ်ကြာ"တဲ့။


အေဖက အဲသလို ေျပာျပီး သံထုပ္ ေပးလိုက္တဲ့ ပထမေန႔မွာေတာ့ ေကာင္ေလးဟာ ၀င္းထရံတိုင္မွာ သံေပါင္း ၃၇ ေခ်ာင္းတိတိကို ႐ိုက္သြင္း ျဖစ္သြားခဲ့ပါတယ္။ အဲသလိုနဲ႔ သူစိတ္တိုတိုင္း၊ ေဒါသျဖစ္တိုင္းမွာ သံေလးေတြကို ၀င္းထရံတိုင္မွာ ႐ိုက္ရင္း ႐ိုက္ရင္းနဲ႔ ေကာင္ေလးဟာ သူ႔စိတ္သူ ထိန္းႏိုင္လာသတဲ့။
သံ႐ိုက္ခ်က္ေတြကလည္း တစ္ေန႔ထက္ တစ္ေန႔ က်ဲက်ဲ လာေတာ့တာေပါ့ေလ။
သည္လိုနဲ႔ ေကာင္ေလးဟာ ၀င္းထရံမွာ သံ ေျပးေျပး ႐ိုက္ရတာထက္စာရင္ ေဒါသျဖစ္ေနတဲ့ စိတ္ကို ထိန္းသိမ္းရတာက ပိုၿပီးလြယ္ကူေနမွန္း တျဖည္းျဖည္း သေဘာေပါက္လာပါေတာ့တယ္။
အဆံုးမွာ ေကာင္ေလးဟာ လံုးလံုး စိတ္မတို၊ ေဒါသ မျဖစ္ေတာ့ဘဲ ေနႏိုင္တဲ့ေန႔ကို ေရာက္လာပါေတာ့တယ္။
သည္မွာတင္ ေကာင္ေလးလည္း အေျပးေလးနဲ႔ သူ႔အေဖကို သတင္းသြားပို႔ေတာ့တာေပါ့။
"အေဖေရ၊ သားေတာ့ စိတ္ကို ထိန္းႏိုင္သြားျပီဗ်ာ" ေပါ့။
အဲလိုက်ေတာ့ ဖေအလုပ္သူက ေနာက္တစ္မ်ိဳး ခုိင္းျပန္ပါတယ္။
"မင္းကိုယ္မင္း ေဒါသမျဖစ္ေအာင္ တစ္ေနကုန္ ထိန္းႏိုင္ျပီဆိုတာနဲ႔ အဲဒီ မင္းရိုက္ထားခဲ့တဲ့ သံေတြကို ျပန္ႏႈတ္စမ္းပါဦးကြာ။ တစ္ေန႔ ထိန္းခ်ဳပ္ႏိုင္ရင္ ညအိပ္ခါနီး တစ္ေခ်ာင္းႏႈန္းနဲ႔ ျပန္ႏႈတ္ေနာ္"လို႔ မွာလိုက္သတဲ့။
အဲလိုနဲ႔ ရက္ေတြၾကာလာတဲ့အခါ ေကာင္ေလးက သူ႔အေဖကို ေျပာႏိုင္သြားတယ္။
"အေဖေရ၊ သားရိုက္ခဲ့တဲ့ သံေတြ အားလံုးကို ႏႈတ္ၿပီးသြားၿပီဗ်၊ တစ္ေခ်ာင္းမွ မက်န္ေတာ့ဘူး"ေပါ့။
သည္အခါမွာ ဖေအလုပ္သူက သားရဲ႕လက္ကိုဆြဲျပီး သား သံ႐ိုက္ခဲ့တဲ့ ၀င္းထရံဆီ ေခၚသြားတယ္။
"ေတာ္တယ္ ငါ့သား" လို႔လဲ ဆိုတယ္။ "ဒါေပမယ့္ သား ေသေသခ်ာခ်ာ ၾကည့္စမ္း၊ ၀င္းထရံတိုင္မွာ အေပါက္ေတြ ျဖစ္က်န္ခဲ့တယ္ေနာ္၊ ၀င္းထရံတိုင္က အရင္လို မေခ်ာေမြ႕ေတာ့ဘူးဆိုတာ သား ျမင္တယ္ မဟုတ္လား။ ေအး… သားက စိတ္တို ေဒါသျဖစ္လို႔ ပါးစပ္နဲ႔ တစ္လံုး ေျပာခ်လိုက္တဲ့အခါ တစ္ဖက္သားဆိုတဲ့ ၀င္းထရံတိုင္မွာ အခုလိုပဲ အမာရြတ္ေတြ ထင္က်န္ရစ္တတ္တယ္ သားေရ။ သည္လိုပဲ လူတစ္ေယာက္ကို သားက ဓါးနဲ႔ ထိုးလိုက္တယ္၊ ၿပီးေတာ့ ဓါးကိုျပန္ႏႈတ္ျပီး ရွိခုိးဦးတင္ ေတာင္းပန္တယ္ ဆိုပါစို႔ကြယ္။ သား ဘယ္ႏွစ္ခါပဲ ရွိခိုးဦးတင္ ျပန္ေတာင္းပန္၊ ေတာင္းပန္ ဒဏ္ရာနဲ႔ အမာရြတ္ကေတာ့ မလြဲမေသြ က်န္ကို က်န္ေနေတာ့မွာကြယ့္။ အဲသလိုပဲ ႏႈတ္နဲ႔ တစ္ဖက္သားကို ထိုးႏွက္တဲ့အခါမွာလည္း ဓါးနဲ႔ ထိုးသလိုပဲ အနာတရ ျဖစ္တတ္စျမဲ၊ အမာရြတ္ ထင္က်န္ရစ္စျမဲပဲ ငါ့သား" တဲ့။
တကယ္ေတာ့ မိတ္ေဆြ သူငယ္ခ်င္း ဆိုတာေတြက အဖိုးအနဂၳၣ ထိုက္တန္တဲ့ ရတနာေတြပါပဲ။
မိတ္ေဆြ သူငယ္ခ်င္းေတြဟာ ကၽြန္ေတာ္တို႔ေတြကို ျပံဳးရႊင္ ရယ္ေမာေစႏိုင္တယ္၊ ကၽြန္ေတာ္တို႔ဘ၀မွာ ေအာင္ျမင္၊ ခရီးေရာက္ေအာင္ အားေပးကူညီႏိုင္တယ္။
ကၽြန္ေတာ္တို႔မွာ ရင္ဖြင့္စရာေလးေတြ ရွိလာရင္လည္း နားစိုက္ေပးတတ္တယ္။
ခ်ီးမြမ္းစကား၊ ကဲ့ရဲ႕စကား အလံုးစံုကိုလဲ မွ်ေ၀ခံစားေပးႏိုင္ပါတယ္။
မိတ္ေဆြ သူငယ္ခ်င္းဆိုတာ ကၽြန္ေတာ္တို႔အတြက္ သူတို႔ရဲ႕ ႏွလံုးသားေတြကို အျမဲလွစ္ဟ ႀကိဳဆိုေနတတ္သူမ်ားပါ။
အခု ရက္သတၱပတ္ဟာ ဆိုရင္ျဖင့္ အမ်ိဳးသားရင္းႏွီးခင္မင္မႈ အထိမ္းအမွတ္ ရက္သတၱပတ္ေလး ျဖစ္ပါတယ္။
ကိုယ့္မိတ္ေဆြ သူငယ္ခ်င္းေတြကို ကိုယ္က သူတို႔အေပၚ ဘယ္ေလာက္ ဂ႐ုစိုက္ေၾကာင္း ျပလိုက္စမ္းပါ။
ဒါတင္မကေသးဘူး၊ "ကိုယ့္သူငယ္ခ်င္းေကာင္း၊ မိတ္ေဆြေကာင္း" လို႔ ကိုယ္ကိုယ္တိုင္က မွတ္ယူထားတဲ့သူေတြဆီ သည္စာေလးကို ပြားျပီး ပို႔ေပးလိုက္စမ္းပါ။
ယုတ္စြအဆံုး ဒီစာေလးကို ပို႔လိုက္တဲ့သူဆီကို သည္အတိုင္း ျပန္ပို႔လိုက္ ႏိုင္ပါေသးတယ္။ ကိုယ္ပို႔လိုက္တဲ့စာ ကိုယ့္ဆီျပန္ၿပီး ေရာက္လာရင္ ကိုယ့္မွာ မိတ္ေဆြသူငယ္ခ်င္းေကာင္းေတြ ရွိတာကို အလိုလို ခံစားႏိုင္ပါလိမ့္မယ္။
မဂၤလာရွိတဲ့ ရင္းႏွီးခင္မင္မႈ ရက္သတၱပတ္ ျဖစ္ပါေစ။ ခင္ဗ်ားဟာ ကၽြန္ေတာ့္ရဲ႕ သူငယ္ခ်င္းပါပဲ။
ခင္ဗ်ားကို သူငယ္ခ်င္းေတာ္ခြင့္ ရတဲ့အတြက္လည္း ကၽြန္ေတာ္ အင္မတန္ ဂုဏ္ယူပါတယ္။
ကိုင္း… အခု ခ်က္ခ်င္းပဲ သည္စာေလးကို ကူးၿပီး ခင္ဗ်ားမွာ ရွိရွိသမွ် မိတ္ေဆြေတြဆီ ပို႔လိုက္ပါေတာ့။ ကိုယ့္သားခ်င္းေတြဆီကိုလည္း ပို႔ေပးပါဦးေနာ။

(၂၀၀၀ ျပည့္ႏွစ္ ဇန္န၀ါရီ ၃၁ ရက္ေန႔ထုတ္ "အလင္းတန္း" ဂ်ာနယ္မွာ ပထမဆံုး စတင္ပံုႏွိပ္ေဖာ္ျပခဲ့တဲ့ စာမူေလးပါ။ "အတၱေက်ာ္"ဆိုတဲ့ နာမည္နဲ႔ ပထမဆံုး ေရးခဲ့တဲ့ စာမူေလးမို႔ ကၽြန္ေတာ့္အတြက္ေတာ့ အမွတ္တရပါပဲ။ သည္စာမူ အပါအ၀င္ အလားတူ စာေပါင္း အပုဒ္ ၃၀ ပါ၀င္တဲ့ စာအုပ္ေလးကို "ေနေပ်ာ္တဲ့ ဘ၀၊ ၾကည္ျမတဲ့ ဘ၀င္၊ ရႊင္လန္းတဲ့ စိတ္"ဆိုတဲ့ ေခါင္းစဥ္နဲ႔ ေမာဟေျပ ပံုတိုပတ္စမ်ား အမွတ္စဥ္ ၁ အျဖစ္ ၂၀၀၂ ခုႏွစ္ စက္တင္ဘာလမွာ ထုတ္ေ၀ခဲ့ပါတယ္။ အတၱေက်ာ္ရဲ႕ ပထမဆံုး လံုးခ်င္းစာအုပ္ပါပဲ။ ၂၀၀၆ ေအာက္တိုဘာမွာ ဒုတိယအႀကိမ္အျဖစ္ မ်က္ႏွာဖံုး ေျပာင္းၿပီး ထုတ္ေ၀ထားပါတယ္။ သည္စာေလးရဲ႕ မူရင္းကို ၁၉၉၉ ႏို၀င္ဘာလက ၾသစၾတးလ်ႏိုင္ငံမွာ ခင္မင္ရင္းႏွီးခဲ့ရတဲ့ ဖိလစ္ပိုင္သူ မာလင္(န္) ပါရာ့(စ္)က ကၽြန္ေတာ့္ဆီ ဓာတ္ေခ်ာစာအျဖစ္ ပို႔ေပးခဲ့တာပါပဲ။ ဖတ္ၿပီးေတာ့ မေနႏိုင္လြန္းတာနဲ႔ ဘာသာျပန္ၿပီး "အလင္းတန္း"ဂ်ာနယ္ကို ေပးျဖစ္ခဲ့တာပါ။ အခုေတာ့ အဲဒီ့ မာလင္(န္) ပါရာ့(စ္)တစ္ေယာက္လည္း ကေနဒါႏိုင္ငံကို ေျပာင္းေရႊ႕ အေျခခ်သြားခဲ့ၿပီမို႔ အဆက္အသြယ္ေတြလည္း ျပတ္ကုန္ပါၿပီ။ ဆယ္ႏွစ္ေက်ာ္အၾကာမွ Facebook မွာ ဒါေလးကို Note အျဖစ္ ျပန္ေတြ႕လိုက္ရတာမို႔ ၾကည္ႏူးစြာ ျပန္လည္တင္ဆက္လိုက္ရပါတယ္ ခ်စ္မိတ္ေဆြမ်ားခင္ဗ်ား။ တစ္ဆက္တည္းမွာပဲ ခင္ဗ်ားတို႔ရဲ႕ ၀င္းထရံမွာ ကၽြန္ေတာ့္ေၾကာင့္ က်န္ခဲ့တဲ့ အမာရြတ္ေလးမ်ားအတြက္လည္း အႏူးအၫြတ္ေတာင္းပန္လိုက္ပါရေစေတာ့။ အမာရြတ္ေတြကေပ်ာက္မွာ မဟုတ္ေပမယ့္ ကၽြန္ေတာ့္ေၾကာင့္ ျဖစ္ခဲ့တဲ့ အမာရြတ္မ်ားမို႔ ေတာင္းပန္ရမွာ ကၽြန္ေတာ့္တာ၀န္ပဲ မဟုတ္ပါလားခင္ဗ်ာ။)



Sultan Kelantan Berangkat Ke Majlis Raja-raja Pagi Tadi

Posted: 14 Oct 2010 07:40 AM PDT

Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan baginda sentiasa dikasihi rakyat.

"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini.

Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -Bernama

Ulasan GB

Sultan Kelantan Dikasihi Rakyatnya


Pendedah Maklumat Mengenai Taib Mahmud Mati Diikat Beg Di Kepala

Posted: 14 Oct 2010 06:15 AM PDT

Bekas pekerja empayar firma perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijumpai mati Ahad lalu di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan sebuah beg diikat di kepalanya.

Ross J Boyert, 60, adalah bekas ketua pegawai operasi Sakti International - firma hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Taib.

"Menurut spekulasi, dia mungkin membunuh diri, tetapi pihak koroner masih menangguhkan keputusan sementara menunggu siasatan lanjut," kata laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang sebelum ini banyak mendedahkan berita 'mengejutkan' berhubung keluarga ketua menteri itu.

Menuruk Sarawak Report, Boyert telah berkhidmat selama 12 sebagai pengurus yang mengendalikan beberapa blok pejabata dan unit kediaman yang dimiliki oleh keluarga Taib di San Francisco dan Seattle.

Sakti International dianggarkan memiliki hartanah bernilai US$80 juta (RM258 juta). Antaranya adalah Bangunan Abraham Lincoln yang setinggi 14 tingkat yang didakwa mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Bangunan ini menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) cawangan Seattle dan unit pencegahan pengganas - Washington Fusion Centre.

Boyert adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi membantu Sakti International memujuk FBI menempatkan cawangannya itu di bangunan berkenaan pada 1998.

Selain Bangunan Abraham Lincoln, hartanah utama Sakti yang lain termasuk 260 California Street, San Francisco, yang penyewanya termasuk Citibank.

Boyert mengambil-alih pengurusan Sakti International yang tenat pada 1994 daripada anak Taib - Sulaiman - yang ketika itu seorang pelajar di California.

Sulaiman, yang sekarang ini adalah ahli parlimen mengambil-alih kerusi bapanya di Kota Samaharan. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan tahun lalu dengan alasan faktor peribadi. Menurut khabar angin, Sulaiman sekarang menghadapi masalah kesihatan.

Diketepikan keluarga Taib

Menurut Sarawak Report, Boyert meninggalkan Sakti International pada 2006 setelah persaingan yang tidak sihat berlaku di kalangan keluarga Taib.

"Butiran berhubung apa yang terjadi ke atasnya boleh didadapti daripada rekod samannya di mahkamah di California. Rekod berkenaan membekalkan beberapa maklumat di sebalik pendedahan kepentingan hartanah yang dimiliki oleh Taib yang dibuat oleh Sarawak Report," lapor laman sesawang itu.

Taib, yang memerintah Sarawak sejak 1981, disebut sebagai antara rakyat Malaysia yang terkaya dan mempunyai kepentingan perniagaannya baik secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam dan juga di luar negara.

Antara konglomerat yang menonjol kepunyaan keluarganya adalah Cahaya Mata Sarawak Bhd, yang banyak diberikan kontark membina infrastruktur di Sarawak.

Menurut notis saman yang dikemukakan oleh Boyert, Sulaiman menjanjikan beliau 50 peratus keuntungan Sakti International jika berjaya menyelamatkan syarikat itu.

Namun, Sulaiman yang kurang cekap kemudiannya digantikan sebagai pengarah tunggal dengan menantu Taib yang berbangsa Kanada, Sean Murray - suami kepada seorang lagi anak Taib - Jamilah. -mk


Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'

Posted: 14 Oct 2010 04:35 AM PDT

Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.

Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.

Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.

Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.

Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim.


40 Peneroka FELDA Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan

Posted: 14 Oct 2010 05:08 AM PDT

Ahmad Maslan didakwa hina peneroka

Lebih 40 peneroka Felda dari Negeri Sembilan telah membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kerana didakwa menghina peneroka Felda baru-baru ini.

Diketuai oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman; peneroka terbabit membuat laporan di balai polis Seremban 2 dengan mendakwa Ahmad menghina mereka dalam laporan akhbar Harian Metro bertarikh 8 Oktober 2010.

Menurut Mazlan, terdapat 14,882 peneroka dari seluruh negara yang masih belum mendapat semula wang tanam semula mereka berjumlah RM17,000 setiap seorang.

"Bagaimanapun Ahmad dalam laporan akhbar tersebut berkata Felda tidak memberi wang tanam semula kepada peneroka bagi mengelak ianya disalahguna.

"Beliau berkata jika wang itu diberikan kepada peneroka, mereka akan membelanja duit itu untuk membeli motor, baiki rumah dan beli kereta.

"Beliau juga menghina peneroka dengan berkata kebun peneroka akan bertukar menjadi hutan dan dipenuhi dengan babi hutan, ular sawa dan tikus," kata Mazlan.

Sehubungan itu, beliau menuntut Ahmad menarik balik kenyataannya "yang mengguris perasaan dan bersangka buruk terhadap peneroka".

"Beliau mesti meminta maaf atas ungkapan yang berunsur penghinaan terhadap peneroka.

"Sebagai satu pengajaran, hari ini saya bersama wakil peneroka di Negeri Sembilan membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap beliau," tambahnya.

Mazlan turut menjelaskan bahawa wang tanam semula adalah hak peneroka, di mana wang tersebut dicarum melalui potongan bulanan, hasil daripada pendapatan peneroka selama 20 tahun sebelum ini.

Oleh itu, tegasnya, adalah tidak munasabah untuk mempersoalkan penggunaan wang tanam semula oleh peneroka.

Turut hadir menemani peneroka membuat laporan polis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamed Omar.


My Wheelchair Is Broken

Posted: 14 Oct 2010 02:28 AM PDT

I dropped something this morning. I am always dropping things. I leaned over the right arm rest to see where it landed on the floor. It was no where in sight. I leaned over a little more to peer into the cargo net under the wheelchair. I did not find it there too. But I was momentarily taken aback when I saw what I did not expect to see.

Broken wheelchair cross brace
Broken wheelchair cross brace.

The perpendicular tube welded to a cross brace of the wheelchair is fractured right through. Wuan has been having problems opening the chair for a while already. Now we know why. The perpendicular tube rotates on its axis and allows the wheelchair to be folded or opened. The broken tube is still held in place, at both ends, by screws that attach it to the frame. Fortunately, I caught this before the screw for the cross brace section breaks as well. That would have been disastrous.

This new turn of event has brought forward my plan to get a new chair. I am using the old chair now. It has an exceptionally large footprint. The footrests extend way out to accomodate the eight inch casters. I kept bumping my toes against walls as I turn or reach out to pick things. It also has extreme flex. This makes pushing strenuous. Half a day in this chair and my back is already aching.

I am going to measure myself for one final time and post the dimensions in the CareCure Community forum for advice and comments. There is a big group of people living with spinal cord injury who are active in the forum. A number of them are professionals in managing the various aspect of post-injury issues and are more than willing to share their experience and knowledge, and provide useful advice.

Related posts:

  1. Tilite ZRA Series 2 Back in 2007, I blogged about getting my dream ride....
  2. Disability Is A State Of Mind There was a time before the mass commercialisation of extreme...
  3. Nivea Hair Gel As far as possible, I try not to be late...
  4. Today No serious itching today, well, at least not to the...
  5. Datuk Badruddin Amiruldin: Using A Wheelchair Is God's Punishment Yes, my friends, if you are using a wheelchair, know...


Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard

Posted: 14 Oct 2010 03:35 AM PDT

Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.

che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.

Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.

Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.

Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?

Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?

Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.

Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.

Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.

Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.

4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?

AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.

5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:

PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.

Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.

b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.

c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.

10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.

*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email. 10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.

Bagaimanapun, MerdekaReview hanya menerima jawapan daripada che'GuBard dan Mohd Rafizi Ramli setakat ini, meskipun diberi masa sehingga Sabtu lalu (2 Oktober 2010). MerdekaReview gagal menghubungi Hasmi Hashim selepas 2 Oktober, yang sebelum ini menawarkan dirinya untuk bertanding dalam jawatan Ketua AMK. Wawancara bersama Mohd Rafizi Ramli akan disiarkan dalam masa terdekat.


Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di Kampar

Posted: 14 Oct 2010 03:46 AM PDT

Enam Maut Kereta Rempuh Pokok di Kampar

KAMPAR: Enam orang, iaitu empat lelaki dan dua perempuan, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok dan terbakar di tepi jalan di Km 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini awal, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18 (wanita), Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18.

Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar pada pukul 4.50 pagi, katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta jenis Honda City tersebut musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. -BERNAMA









No comments: