Tuesday, October 19, 2010

Wild boars invade Botanic Garden

Wild boars invade Botanic Garden


Wild boars invade Botanic Garden

Posted: 18 Oct 2010 10:25 PM PDT


RM22,500 to chop down one tree in Kuching

Posted: 18 Oct 2010 01:17 PM PDT


World Bank: East Asia booming, but rising currencies a risk

Posted: 18 Oct 2010 03:31 PM PDT


Orang PAS bodoh dan bacul sangatkah menghadapi DAP?

Posted: 19 Oct 2010 02:19 AM PDT

Shared by mudin001
nama yang disebut, tolonglah nafikan!


Shamrock condos: No approval yet

Posted: 18 Oct 2010 11:07 PM PDT


[Bergambar] Tragedi Bot Karam Di Tatau, Sarawak. Enam Mangsa Dikenalpasti

Posted: 19 Oct 2010 02:13 AM PDT

Dua Lagi Mayat Tragedi Bot Karam Ditemui

BINTULU: Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.

Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat.

Mohmad berkata setakat ini operasi mencari dua lagi mangsa yang dilapor hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada 47 pegawai dan anggota dari Pejabat Daerah Tatau, polis, pasukan bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Antara yang masih hilang ialah pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

"Setakat ini, kami mengenalpasti 21 penumpang dalam bot itu. Tetapi jumlah sebenar penumpang tidak boleh dipastikan sekarang kerana bot itu mengambil penumpang sepanjang perjalanan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sehubungan itu, polis meminta penduduk di kawasan itu yang kehilangan anggota keluarga supaya membuat laporan polis dengan segera dan polis juga meminta pemimpin masyarakat setempat membantu dalam usaha itu.

Mohmad berkata kejadian berlaku apabila bot ekspres "Liang Yu" yang boleh memuatkan 50 penumpang, dari pekan Tatau cuba memotong sebuah tongkang yang menarik baj kosong berhampiran Kem Pembalakan Kelebu.

"Ketika cuba memotong tongkang itu, pemandu bot ekspres terbabit hilang kawalan apabila ia tersangkut dalam tali yang menarik baj menyebabkan baj itu melanggarnya dari belakang mengakibatkan bot itu terbalik," katanya sambil menjelaskan bot itu mempunyai jaket keselamatan.

Beliau berkata pemandu bot berusia dalam lingkungan 60-an kini ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang masih hilang berada di kawasan kem itu dan ada antaranya yang menyertai usaha mencari dan menyelamat dengan bot panjang mereka.

Seorang daripada mereka Dina anak Nyuin, 25, berkata kakaknya bersama abang ipar dan anak perempuan mereka adalah antara yang masih hilang manakala mayat seorang lagi kakaknya, Bermas, ditemui hari ini. - BERNAMA











Gambar dari pelbagai sumber. Terima kasih kepada pemiliknya tertutama Sdr Pandi Suhaili


Kuasa Allah Siapa Yang Tahu

Posted: 18 Oct 2010 07:02 AM PDT

Ini bukan gambar biasa sebuah empangan agam!

Jika foto di atas menunjukkan gambaran sebuah empangan biasa, foto-foto di bawah memaparkan keajaiban yang luar biasa. Kemeriahan gerombolan kambing menjilat batu bergaram ini dirakamkan di utara Itali, iaitu di sebuah empangan di ketinggian 4,600 meter.


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki (klik sini untuk maklumat lanjut). Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.



Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.


Xi Jinping's wife Peng Liyuan a major-general

Posted: 19 Oct 2010 01:00 PM PDT

Peng Liyuan, the 47-year old wife of Xi Jinping, joined the land force of the People's Liberation Army (PLA) at 18 and has risen to the rank of major-general on her own merit. She is affiliated to PLA's General Political Department. Ms. Peng also holds a master's degree in music. She is very well-known in China as a soprano and singer of folksongs.

China's leadership succession process begins


BELANJAWAN MAK JANDA

Posted: 18 Oct 2010 10:21 PM PDT


Expo Cheng Ho

Posted: 17 Oct 2010 07:53 PM PDT

Menanti Cheng Ho Ke Kelantan

KATA orang bakat dan kercerdikan anugerah Allah semula jadi. Secara fitrah semua manusia tidak kira warna kulit dan agama berhak memiliki kebijaksanaan itu kerana semuanya diberikan akal untuk menjanakan kebijaksanaan untuk hidup. Terpulang dan terserah kepada sejauh mana kerajinan seseorang itu menggunakan akal fikiran mereka.

Tetapi sayangnya tidak semua manusia bernasib baik untuk menggunakan kecanggihan komponen itu berharga (akal) sehingga ia boleh menoleh ke belakang dan merungkai jauh ke depan. Orang boleh melihat jauh ke depan mereka memiliki seribu jalan untuk berjaya dan memberi keuntungan kepada semua ummah.

Di sinilah pula dikatakan orang cerdik hanya terpilih saja. Orang cerdik banyak tetapi tidak banyak yang boleh memanfaatkan akalnya. Kurang kreativiti dan malas. Di sinilah memerlukan kretiviti seseorang hamba apa lagi yang bernama pemimpin.

Tidak terlampau kalau dikatakan, apa yang pernah dilafazkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa seorang yang cerdik dan kreatif. Beliau dilahirkan bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sekali dengar kata-kata Nik Aziz itu semacam sininkal politik yang berat sebelah. Tetapi kalau dilihat kepada kerja ataupun tindak tanduk (kreativiti) Husam menjelaskan beliau seorang yang menepati apa yang diperkatakan Nik Aziz itu.

Husam sendiri tentu tidak merasai apa yang dipolotkan kepadanya itu. Namun bagi musuh Pas mereka yang sejuk hati dan melihat Husam sebagai mahkluk lemah yang ada kuasa diam-diam mengakuinya. Saya sendiri dalam beberapa prejudis kepadanya (Husam) sebelum ini namun istiqamah mengenai kelebihan dan kecemerlangan beliau ini.

Justeru dengan membuang rasa jengkil dan muak berunsur sentimen melampau atas beberapa pembawaan semulajadi Husam, semua orang khasnya orang Pas di Kelantan perlu mendokong Husam, memberi semangat atau pun setidaknya tidak menganggui kerja-kerjanya untuk membawa perubahan ke Kelantan dalam membantu Menteri Besar. Biarlah dia berbuat sesuatu kebaikan secara senyap.

Misalnya usaha terbaru Exco Kanan berkenaan untuk membawa "Cheng Ho" ke Kelantan pada 21 hingga 28 Nover ini dalam satu Exco "Perdaganan dan Persahabat" Cheng Ho satu lagi kejayaan dan pandangan jauh Husam dalam memanfaatkan kebijiaksanaan dan kehebatan Laksamana Cheng Ho. Cerita Cheng Ho ini sudah lama, tetapi hanya hari ini ditangan Husam baru ia diketengahkan dan bakal merungkai minda umum khasnya rakyat Kelantan.

Sewaktu saya kembali ke Kelantan beberapa minggu lalu saya sudah mendengar akan projek ini. Saya tidak tahu apakah intipatinya ataupun maksud membawa Cheng Ho itu, tetapi sudah ada suara yang menyindir akan usaha berkenaan tanpa melihatnya dengan mata hati ataupun cuba menyelongkari apakah manfaatnya dalam hubungan Cheng Ho dengan perdagangan dan perkembangan Islam.



Saya rasa pandangan itu dari mata juling yang melihat kerana ianya dilakukan Husam. Pandangan demikian pada saya tidak betul. Sesuatu yang baik harus disokong tanpa mengira siapa yang membawa atau mencetusnya. Bukan bermakna kita tidak senang dengannya dalam hal-hal tertentu maka keseluruhan apa yang dilaksanakn itu harus ditolak atau dipersendakannya.

Sikap begitu tidak baik dan merugikan semua pihak.

Seperti mana dijelaskan dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, ekspo itu demi mengembali nostaglia kehebatan laksana Cina itu dan juga perkembangan Islam di rantau ini dibawah Cina termasuk ke Kelantan. Ia tentulah cuba memecahkan kejayaan hebat Cheng Ho dalam membawa dagangan ke rantau sini bersama dengan pengembangan Islam.

Sudah tentu dengan ada ekpo berkenan rakyat Kelantan akan mengenali orang Cina dan bagaimana mereka membantu dalam membawa syiar Islam di negara ini. Kita tahu bahawa orang Cina lebih dahulu memeluk Islam berbanding orang Melayu.

Selama ini kita melihat orang Cina – Cina benua adalah Cina semata-mata dalam pemahaman yang disuntik sebelum ini yang penuh prejudis dan persepsi buruk. Kita melihat Cina berdagang dan budaya mereka yang kontras dengan budaya dan agama kita. Tetapi tanpa disedari bahawa bukan semua Cina demikian dan budaya yang ingin dibawa ke sini ialah budaya Cina yang berakidah Islam.

Idea membawa Chengo Ho ke Kelantan ini bukan mudah dan kecil, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Khabarnya satu rombongan disertai beberapa orang wakil rakyat terlibat dalam menjayakan expo ini dan mereka telah pun mengunjungi China beberapa minggu lalu. Turut sama ialah Adun Pulai Chondong, zulkefli Mamat yang juga bertindak sebagai Pengarah Expo. Ikut sama ialah Adun Limbongan Drs Zanuddin Awnag Hamat dan beberapa yang lain.




Ekoran itu akan menyusul satu lagi rombongan ke Cina tidak lama lagi. Khabarnya kali ia akan disertai sama oleh Exco Kerajaan Tenmpatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Takiyyuddin Hassan. Sudah tentu dengan penyertaan aktif pengerusi jawatan kerajaan berkenaan ia akan memeriah dan memantapkan lagi expo berkenaan.


Expo yang diadakan sempena dengan genap 20 tahu pentadbiran Tok Guru itu hendaklah dilihat sebagai satu kejayaan bersama di Kelantan. Ia bukan milik seseorang tetapi semua anggota kerajaan dan juga penyokong Pas. Saya yakin kalau semua peringkat bersatu dengan ikhlas menjuayakan expo berkenaan yang akan membawa keberkatan.


Sudah tentu kalau wujud persefahaman, maufakat dan keikhlasan dalam berkerja, Kelantan bukan saja kekal setakat Nik Aziz tetapi selepas ini juga akan kekal walaupun siapa mengambil teraju Kelantan selepas ini. Kerana seperti mana roh Cheng Ho yang dibawa ke Kelantan itu roh Tok Guru juga akan bersama rakyat Kelantan yang rindu dan cintakan Islam, kalaupun beliau sudah meninggalkan tampuk pentadbiran. Syaratnya semua sepakat dan ikhlas dan buang sifat dengki khianat. [wm.kl. 11:00 am 18/10/10]



Guns for power!

Posted: 19 Oct 2010 11:21 AM PDT

They held the Sultan at gunpoint. About 20 of them. The previous U-Tube did not show this but you can watch it clearly here. This is how power crazy changes everything. In some cases, a son or a daughter will not hesitate to kill, kidnap or sideline his own father, mother and family to rise to power.

What does this video tell you?


(waiting for u-tube)....


回应《当今大马》

Posted: 19 Oct 2010 10:17 AM PDT

《当今大马》编辑先生, 您好! 针对贵网站昨日刊登的一则题为《刘永山陈春水两议员双双败选,基层反风冲击雪行动党当权派?》的文章,本人谨此针对文中作出回应。文章尾端提及贵网站"今日(10月18日)多番尝试联络刘永山,以询问其兵败灵北国会选区联委会主席职的看法,惟不果。" 其实,本人昨日一整天并没有接获来自贵网站记者的联络。这篇文章似乎隐射本人有意回避记者电访,其实事实并非如此。本人昨日下午亦接获《独立新闻在线》记者黄书琪电访,并一一回答她的问题。因此本人必须作出澄清。 本人也针对部分所谓的"党内人士"频频利用媒体,包括电子媒体兴风作浪、四处放火造谣而感到遗憾。如果党员们认为应该团结,那这种行为令人不敢恭维。无论如何,本人认为必须针对报道中数点予以回应,以正视听。惟本人也仅回应至此,更不会再通过媒体针对党内的问题再作回应。如果党员有任何疑问,我欢迎他们直接联络本人。 首先,这些党内人士认为,


13 Borang Telah Dijual. Galas Mahu Pecahkan Rekod Bkt Selambau?

Posted: 19 Oct 2010 08:45 AM PDT

SPR Jual 13 Borang Pencalonan PRK Galas

GUA MUSANG, 19 Okt -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 13 borang pencalonan termasuk masing-masing satu kepada Umno dan PAS manakala selebihnya individu lain bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov ini.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata borang itu dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dan menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Okt ini.

Beliau juga mengesahkan 11,553 pengundi yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu termasuk Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputra Siam 10 orang dan lain-lain kaum 1,889 orang.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada media di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari Selasa, beliau berkata, empat peti undi melibatkan empat Pos Orang Asli termasuk Pos Balar membabitkan 232 pengundi, Balatin 163, Bihai 278 dan Pos Hau 254 pengundi.�

"Empat peti undi di kawasan Orang Asli itu akan ditutup pukul 1 petang berikutan pengundi tidak ramai dan jauh yang memerlukan masa untuk menghantar ke pusat perjumlahan undi," katanya.

"Faktor cuaca juga diambil kira kerana bimbang hujan sebelah petang boleh menjejaskan usaha itu tetapi kita harapkan ia berjalan lancar tanpa ada halangan itu," kata beliau.

Wan Ahmad turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi membincangkan mengenai keselamatan pada pilihan raya kecil itu di Putrajaya.�

"Perbincangan itu penting bagi memastikan keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Galas berjalan dengan baik dan mengambil kira perkara yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai, Julai tahun lepas," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 kerana barah usus pada 27 Sept lepas.

--BERNAMA

Ulasan GB

Di dalam sejarah pilihanraya kecil di negara ini, Bukit Selambau menyaksikan penyertaan calon bebas paling ramai iaitu seramai 13 orang. Kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Apakah Galas hendak memecahkan rekod Bukit Selambau? Akan adakah lagi penaja yang bebal untuk calon-calon bebas ini?

Sama-sama kita tunggu nanti. 26hb Oktober ini.


Isu Status Orang Asli Akan Ke Galas

Posted: 19 Oct 2010 08:15 AM PDT

Orang Asli cadang bawa isu status ke Galas

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor bercadang membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas nanti.

Timbalan Pengerusinya, Simpan Suda pada sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata, tindakan tersebut ekoran layanan Dewan Rakyat mengetepikan usul mereka; iaitu menuntut perkataan Orang Asli diletakkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
"Sudah semestinya, kalau Orang Asli bertanding, makin ramai," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Menurut beliau, isu membabitkan kepentingan Orang Asli sepatutnya telah selesai kerana Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun yang lalu.

Sekiranya isu berkaitan Pribumi di Sabah dan Sarawak boleh diselesaikan di dalam perlembagaan, beliau bertanya mengapa kerajaan tidak bersedia menyelesaikan tuntutan status Orang Asli di Semenanjung.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul tergemparnya atas alasan isu tersebut telahpun dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

"Tuan Speaker (Pandikan Amin) telah tolak dalam kamar kerana perkara tersebut telah diperkatakan dalam Dewan," ujarnya mewakili Sekretariat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Baginya, sepatutnya usul tersebut wajar diterima kerana permohonan secara bertulis telah pun dibuat lebih 24 jam yang lalu.

Bagaimanapun, katanya usaha memperjuangkan kepentingan Orang Asli akan diteruskan Pakatan Rakyat kelak.

"Semestinya ada tindakaan selanjutnya, kita akan berunding dulu.

"Perkara ini takkan berhenti di sini, apa yang dipohon adalah wajar," beliau menambah.

Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Dewan Rakyat sepatutnya memberi ruang untuk membahaskan usul tergempar itu.

"Ini menunjukkan reaksi pemerintah walaupun mereka (Orang Asli) datang dari jauh.

"Setelah malaysia merdeka lebih 51 tahun, tapi isu ini tertangguh," ujarnya.

Katanya, tuntutan itu wajar memandangkan Orang Asli adalah penduduk asal di tanah air.

"Menerima kaum asal sebagai Bumiputera adalah sesuatu yang semulajadi," ujarnya.

Manakala Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat merangkap AJK PAS Pusat pula merakamkan penghargaan kepada Kamarul Baharin kerana komited mewakili Pakatan Rakyat memperjuangkan isu-isu hak Orang Asli di Semenanjung.

"Kalau nak memperkatakan soal 1Malaysia, inilah isunya tetapi kerajaan tidak peduli hal mereka ini," ujarnya.

Lebih 18 pemimpin suku kaum Orang Asli turut menyertai sidang media tersebut. -harakahdaily


Usul bahas Perkara 153 untuk Orang Asli ditolak lagi

Usul Pakatan Rakyat bagi membahaskan pengiktirafan Orang asli sebagai bumiputera mengikut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan ditolak oleh pejabat speaker hari ini.

Dalam pada itu, kawalan sekitar Parlimen juga diperketatkan dengan kehadiran kira-kira 50 anggota polis bagi menghalang sekumpalan Orang Asli yang dipercayai cuba menyerahkan memorandum berkenaan.

Sekatan polis di adakan di Jalan Duta menuju ke bangunan Parlimen dan beberapa Orang Asli yang datang sewal jam 9 pagi juga tidak dibenarkan masuk, walaupun mereka mendakwa masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi.

Menurut pegawai khas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas, - Muhammad Faizal Zakaria, rombongan Orang Asli itu sepatutnya dibenarkan masuk kerana ahli parlimen Telok Kemang itu sendiri yang membuat permohonan berkenaan minggu lalu.

Bagaimanapun cubaan kedua mereka pada jam 10.15 pagi berjaya setelah dijelaskan bahawa tujuan mereka ke Parlimen bukan untuk membantah ataupun menyerahkan sebarang memorandum.

Menurut naib presiden Persatuan orang Asli Semenanjung Malaysia, Simpan Suda, polios memaklumkan bahawa mereka menerima maklumat kira-kira 300 Orang Asli akan berdemonstrasi sebelum menyerahkan memorandum.

"Apabila kami datang pada kali kedua, hanya tinggal 18 sahaja kerana yang lain takut. Kami bukan datang menyerahkan memorandum, kami cuma pelawat biasa. Kami ke mari bukan menimbulkan kekacauan," katanya

Pada sidang akhbar kemudiannya, Kamarul berkata usul tergempar berhubung status itu ditolak dengan alasan ia pernah ditimbulkan dan dibincangkan di Dewan Rakyat.

Dalam usulnya, Kamarul menggesa pengiktirafan bumiputera diberikan kepada Orang Asli kerana Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan mereka status berkenaan.

"Orang Asli telah lama tunggu untuk diiktiraf sebagai bumiputera... isu ini telah dipendam begitu lama," katanya.

Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) pula berkata status Orang Asli sepatutnya dibahaskan kerana kesamaran kedudukan dan hak mereka menyebabkan kumpulan itu dipinggirkan dari arus pembangunan.

"Kami hormati pandangan speaker tetapi isu ini tidak harus dibiarkan berlarutan setelah 53 tahun merdeka. Kerajaan seharusnya menerima Orang Asli sebagai bumiputera, ini perkara yang sepatutnya dan tidak seharuis mempunyai masalah," katanya. -mk



SNSD Japanese Gee solo pics

Posted: 19 Oct 2010 07:03 AM PDT

Concept photos of Korean pop group SNSD for their second Japanese single-album Gee which has just been released today…
SNSD Sunny Japanese Gee

Read the rest of this post »

SNSD Japanese Gee solo pics from YeinJee's Asian Blog


[Bergambar] Kes Aminulraysid: Mahkamah Lawat Tempat Kejadian

Posted: 19 Oct 2010 07:22 AM PDT

Hari ini, hakim dan peguam yang terbabit di dalam perbicaraan kematian remaja 15 tahun Aminulrasyid Amzah yang didakwa ditembak polis telah melawat ke tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.

Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin juga telah memberi keterangannya semasa berada di Jalan Tarian 11/2 apabila kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar apabila mangsa dan rakannya telah ditembak oleh polis yang mengejarnya.

Zafrullah yang tinggal di hadapan jalan yang mana kereta Iswara berkenaan terbabas telah memberitahu mahkamah bahawa dia terdengar bunyi tembakan dan siren sekitar jam 1.30 pagi pada 26 April. Beliau kemudiannya telah ternampak kereta itu berlanggar dari tingkap rumahnya itu.

Pada keterangan hari ini, Zafrullah turut berkata dia ternampak seseorang yang dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang berada di kereta bersama si mati. Azamuddin dikatakan berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2 yang terletak lebih kurang 25 kaki dari kereta Proton Iswara tersebut.

Zafrullah pula ketika itu berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.

Oleh kerana pintu belakang tidak mempunyai jalan ke lokasi berkenaan, Zafrullah ke luar melalui pintu depan dan perjalanan untuk sampai ke hadapan rumahnya mengambil masa kira-kira lima minit.

Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi beliau tidak dapat memastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.

Kes ini akhirnya melibatkan seorang pegawai polis yang bernama Korporal Jenain Subi, 48, yang telah didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Sekiranya Jenain didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.











A Video for Special People

Posted: 19 Oct 2010 05:31 AM PDT

An aspect of Singapore hardly ever seen, and hardly ever discussed, are the handicapped. Let alone, the severely handicapped. They always seem forgotten. The average, the below average, and especially the above average Singaporean simply has no time to bother themselves with taking time off to help with such projects. This Video was created to coincide with the launch of the New Home for the Disabled.


Filmed in just 5 days, and edited in under a week, this short Promo was designed to touch hearts. It was filmed only using consumer cameras, and edited using consumer Computers. And it centered around the moving from the old home to the new one. Judiciously showing a "before and after" in the process.

We invite people to get their hands dirty, helping others in any selfless way they can. Not just giving money, but more so, giving their time, which is far more valuable and precious. Amateur filmmakers can also help, by documenting event special to them, and making such Videos available to the public for a better tomorrow.

CLICK HERE TO WATCH THE VIDEO that was produced by Dr. Michael Chick. Kudos Dr. Michael for a brilliant job and more importantly for your heart that cares!

*Dr. Michael Chick is a very talented movie maker, researcher, anthropologist, writer, photographer...a man of many talents and a good friend indeed who has taught me much about life, people, culture and what it means to be human! Thanks for sharing this!! The last segment moved me to tears!!! He also played the soundtrack for the clip on his keyboard! Amazing!!

If you have time, do volunteer at a home which needs volunteers. When we give our time and resources to bless those in need, we are also blessed.


MP Kalabakan: Kuota Tabung Haji Untuk Orang Kaya Sajakah?

Posted: 19 Oct 2010 06:06 AM PDT

Haji: Mengapa masuk syurgapun kena ada kuota, soal MP BN

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.

Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.

"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeri pun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.

"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.

"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.

Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".

Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.

"Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN... mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. – Bernama


18 Birthday Celebration at JF Western Food

Posted: 19 Oct 2010 05:23 AM PDT

Hahahahahahahaha. My birthday is 16th July and I am 18 years old now. Now is already October it's already 3 months late, this post is really old but I don't care, I still want to post SOME photos and share it up with you guys and also archive it here so next time I can read again. =D

On 16th July 2010, it was a Friday, I invited a bunch of friends, got Chien Chern, Boo Teik, Yiphing, Ammerlynn, Sherreen, Zheng Feng, Zez Chien and Alvin to JF Western Food at Fettes Park to eat dinner on my treats.


Chien Chern.


Yiphing.

But before dinner, I asked some of them come to my place to meet up with me only then we go there together. Chien Chern and Yiphing brought presents! And I don't want to share what's that. LOL. Pretty cool.

Still remember that I went to NS few months back? Luckily my hair came out for my birthday, not much, but still not bald, botak.

I did not make a reservation on that place and luckily they have tables for all of us. Everyone get to order everything they like and eat all the can. You don't wanna know how much we ate because we just ate so damn lot.


Tiger bear from Boo Teik. Really cute present. Hahaha.


Zheng Feng a.k.a. Johnny.


Camera shy, Sherreen and Ammerlynn.

I have two cake that night. One is from mommy and another one is from Ammerlynn. Funny thing about mommy is that she asked me whether I wanted a cake or not and I told us that "why can't you give me a surprise?", then she said "ok no cake for you", but in the end bought a cake. Hahaha.

You know, after eating all the western food, our stomach was so full and bloated and we still tried very hard to finish the cake. At first, I thought of taking half of the cake home but in the end, don't know how, we manage to finish everything. Really damn full. But then some of them didn't feel so comfortable because of too full.

Have cake will also have cake cutting session and birthday song. I am not really a "make a wish" person because I didn't really do it last time, but this time I made a wish, no, in fact is many wish. I am very greedy one. Haha. Hopefully my wishes goes well and will come true. =D


Sherreen and Ammerlynn! Ignore Ammerlynn. LOL.


Boo Teik, thanks for your tiger! And taking the roses from Arron to me. Haha.


Zheng Feng.


Alvin, long long friend.


Yiphing, long long friend.


Zez Chien, friend friend friend. =D


Chien Chern, buddy friend!


They love hugging the tiger actually.

Happy birthday to me, happy 18 years old, happy happy everyday to you and to me. =)

p/s: Thank you Arron for you roses.
pp/s: Thank you everyone for your wishes last time. =D


Jerebu Melanda Negara

Posted: 19 Oct 2010 05:00 AM PDT

Jerebu kerana 244 titik panas Sumatera

Keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor sejak kelmarin disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.

Sepanjang 24 jam juga, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) daripada 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11.00 pagi tadi mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik.

Manakala 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan berada pada tahap tidak sihat, kata JAS dalam kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengah hari ini di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3km hingga 7km.

"Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka," kata jabatan itu.

Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, orang ramai dinasihatkan melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.


No comments: