Friday, November 26, 2010

Lost Laws In Life

Lost Laws In Life


Lost Laws In Life

Posted: 26 Nov 2010 09:43 AM PST

1. The two most common elements in the universe are hydrogen and stupidity

2. If at first you don't succeed, skydiving is not for you.

3. Money can't buy happiness, but it sure makes misery easier to live with.

4. Deja moo: The feeling that you've heard this bull before.

5. Psychiatrists say that 1 of 4 people is mentally ill. Check three friends. If they're OK, you're it.

6. Nothing in the known universe travels faster than a bad check.

7. A truly wise man never plays leapfrog with a unicorn.

8. It has recently been discovered that research causes cancer in rats.

9. Always remember to pillage BEFORE you burn.

10. If you are given an open-book exam, you will forget your book.

11. Corollary: If you are given a take-home test, you will forget where you live.

12. The trouble with doing something right the first time is that nobody appreciates how difficult it was.

13. It may be that your sole purpose in life is simply to serve as a warning to others.

14. TJ's Law: You can't fall off the floor.

15. The average woman would rather have beauty than brains because the average man can see better than he can think.

16. Clothes make the man. Naked people have little or no influence on society.

17. Vital papers will demonstrate their vitality by moving from where you left them to where you can't find them.

18. Law of Probability Dispersal: Whatever it is that hits the fan will not be evenly distributed.

Number 16 of course, came from Mark Twain


Bukti Al-Quran Itu Lansung Dari Allah

Posted: 26 Nov 2010 09:07 AM PST

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali

HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =

28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!!





This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

31st Blue Dragon Awards (2010)

Posted: 26 Nov 2010 06:45 AM PST

Red carpet photos and winners list from Korea's 31st Blue Dragon Film Awards, which was held on Friday night at the National Theater in Seoul…

Kim Sae-ron and Won Bin
Kim Sae-ron and Won Binat Blue Dragon Awards 2010

Read the rest of this post »

31st Blue Dragon Awards (2010) from YeinJee's Asian Blog


Rahsia Di Sebalik Pangkal Nama

Posted: 26 Nov 2010 06:48 AM PST

Rahsia di sebalik pangkal nama menurut Islam Oleh Fairuz Zaidan

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.

Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang.

Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu', sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga.

Walaupun berbau `agak perkauman', masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan.

Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak 'menggugurkan' atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

"Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.

"Di samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan," katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

"Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

"Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum," katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran 'pelik' seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda?

BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double!

Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih'?

"Tidak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah.

"Dalam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah," kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud.

Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras.

Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa'. Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa.

Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat.

Apa ada pada nama?

MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga 'tekanan' khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata.

i-Kon cuba 'menyelami' identiti mereka yang mempunyai pangkal nama istimewa yang tidak dimiliki sebarangan orang dan berkongsi pandangan mengenai identiti mereka, asal usul keturunan dan pendapat mereka mengenai perkahwinan dalam keturunan mereka.

Nik Norma

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. "Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

"Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki 'biasa'," katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

"Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa'dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.

"Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain," katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. "Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin," katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.

Aida

BERBEZA pula dengan Aida S Kadir, 36 yang tidak meletakkan nama Sharifah di pangkal nama, sedangkan bapanya adalah dari keturunan Syed. Nama sebenar bapanya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir.

Kata Aida, susur jalur keturunan gelaran Syed dalam keluarganya ialah Sheikh @ Syed Abdul Kadir bin Sheikh @ Syed Omar bin Tunku Syed Abdul Rahman al-Qadri (Pembesar Linggi Negeri Sembilan) – pembesar Melayu zaman British.

Namun, bapanya juga tidak meletakkan nama Syed dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk kelebihan dan keistimewaan nama dimiliki keluarganya itu. Bagaimanapun, kata Aida, dua abangnya mengangkat sumpah untuk mendapatkan semula gelaran Syed dengan alasan untuk memelihara keturunan Syed pada generasi akan datang.

"Dari cerita bapa, saya dari keturunan al-Qadri dari Riau Sumetera, suku sakat yang membuka Negeri Sembilan. "Walaupun saya tidak memegang gelaran Sharifah, dua anak kembar saya yang berusia dua tahun dinamakan Putri iaitu Putri Maryam Idez Azlisham dan Putri Khadijah Idez Azlisham," kata anak keempat dari lima beradik ini.

Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.

Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot, Kentut

Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian

Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis

Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin

Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo


Penampilan Adi Putra Lebih UMNO Dari Keadilan - Merdeka Review

Posted: 26 Nov 2010 07:12 AM PST

Lebih UMNO daripada KeADILan: Penampilan Adi Putra cungkil pertikaian

"Apa kena-mengena dengan perjuangan parti? Tiada kaitan langsung! Persembahannya tidak mengandungi unsur perjuangan, malah tidak menyuntik semangat untuk perjuangan parti!"

Segelintir anggota terpinga-pinga dengan penampilan Adi Putra (gambar kiri, tengah), genius matematik berusia 11 tahun di Kongres Angkatan Muda Keadilan, pagi tadi. Adi Putra tampil selepas Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd. Akin menyampaikan ucapan dasar beliau, diberi sambutan yang meriah sebermulanya.

Setelah memperkenalkan diri, Adi Putra mempersembahkan bakatnya kepada perwakilan AMK, iaitu keupayaannya untuk menghafal sekumpulan angka digit, dan kemudian diulangi mengikut tertib songsang.

Bagaimanapun, penampilan ini menimbulkan keraguan di kalangan anggotanya, yang tidak faham mengapa ia dimasukkan ke dalam aturcara kongres. "Ia tidak memberi apa-apa makna..." ulas seorang pemimpin AMK ketika berkata kepada MerdekaReview.

Lebih UMNO daripada KeADILan

Mungkin pertimbangan politik di sebaliknya adalah untuk menunjukkan bahawa genius anak Melayu ini turut bersama PKR. Namun, kemungkinan ini disangkal oleh pemimpin AMK yang ditemuramah MerdekaReview, "Beliau (Adi Putra) bukan datang untuk menyatakan sokongan kepada PKR, beliau datang sekadar untuk membuat pertunjukan (show)."

"Malah, jikalau anda mengikuti sajaknya tadi, masih ada ayat-ayat seperti 'Takkan Melayu hilang di dunia ini', 'Wawasan 2020'... Ini lebih UMNO daripada KeADILan-lah!" katanya secara terus-terang.

Seorang lagi pemimpin peringkat cabang menambah, "Apa yang membingungkan, persembahan power point menunjukkan gambar Adi Putra bersama pemimpin seperti Mahathir Mohamad, malah isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor! Lebih-lebih lagi, ada orang yang melaungkan 'Reformasi' selepas persembahan Adi Putra!"

"Apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi? Dengan sajaknya yang berbau perkauman...apa kaitan Adi Putra dengan Reformasi?" beliau tertanya-tanya.

Penghargaan terhadap remaja

MerdekaReview cuba mendapatkan maklum balas daripada Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon. Beliau bagaimanapun gagal memberi apa-apa respon kerana tidak tahu-mengetahui dengan "slot Adi Putra" yang diselitkan ke dalam aturcara kongres AMK.

Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview berkata, beliau melihat slot tersebut dirancang untuk memberi penghargaan kepada seorang remaja yang berbakat, tetapi tidak diberi peluang yang sewajarnya dalam ruang arus perdana.

Khairul Anuar menyedari beberapa kenyataan Adi Putra yang berbau perkauman, namun beliau menganggap itu persoalan lain. "Yang penting, beliau pada usia yang begitu muda, berani tampil ke depan untuk bersuara. Soal kita setuju atau tidak dengan pandangannya, itu soal kedua. Kita boleh debat kemudian. Yang penting, beliau bukan sahaja berbakat, tetapi berani untuk tampil dan bercakap, malah lebih berani daripada banyak profesor universiti (yang berdiam diri)." -MR


Masjid Al-Amin Tetap Kokoh Sewaktu Gunung Merapi Meletus

Posted: 26 Nov 2010 06:16 AM PST

Jika sebelum ini blog GB mengisahkan tentang sebuah masjid yang utoh berdiri tatkala tsunami melanda Mentawai, ada lagi kisah ajaib, kali ini sewaktu gunung Merapi memuntahkan lahar panasnya dan sebuah masjid di lereng gunung itu tegak berdiri seolah-olah tak tersentuh dengan lahar panas itu.

Berikut laporannya:

Jakarta (voa-islam.com) - Subhanallah, Panasnya guguran awan panas yang dimuntahkan Gunung Merapi di Yogyakarta membuat puluhan orang meninggal dunia. Hijaunya desa sudah terganti dengan tebalnya debu abu volkanik termasuk gersangnya pepohonan yang habis terbakar.

Berdasarkan pantauan Kumpulan PenyelamatMangsa Merapi Dompet Dhuafa, Iman Surahman, hanya ada satu bangunan yang masih utuh berdiri yaitu Masjid Al Amin. Masjid tersebut hanya berjarak 100 meter dari halaman rumah Mbah Maridjan di desa Kinahrejo, Cangkringan, Umbul Harjo Sleman Yogyakarta.

..."Betul ada masjid yang berdiri, dari sekian banyak rumah yang yang porak poranda. Yang masih tampak bentuknya yaitu masjid Al Amin, itu kuasa Allah," kata Iman...

Yang lebih mencengangkan lagi, meskipun panas memiliki suhu lebih dari 600 darjah celcius tak dapat membakar sejumlah benda yang terdapat di dalam masjid tersebut. "Di dalam masjid, ada debu tebal. Tapi yang kita lihat ada Alquran yang terjaga dan tidak terbakar," sambungnya.

Berdasarkan maklumat yang dihimpun masjid yang dibangunkan dekat kediaman si Mbah sebahagian dana pembangunannya berasal dari sumbangan Mbah semasa membintangi iklan minuman berkhasiat.

Berita sebelum ini

Dari Mulut Penjaga Masjid Yang Tak Tersentuh Tsunami, 50 Orang Selamat


My 2 cents’ worth advice to Talent Corps Malaysia

Posted: 26 Nov 2010 04:26 AM PST

If you want attract the Foreign and Malaysian experts abroad you must look at the following social needs in addition to the salaries you offer.

  1. Visa: Your consideration of issuing long term open visa is commendable. There was no future earlier as we got Employment pass extensions two yearly and PR and citizenship applications and approvals were extremely strict and difficult.
  2. Visa for maids is appropriate. It is very difficult to get visas for aged parents and adopted children esp. even for those who got PR or citizenships.
  3. Residence: Present amendments of long term visa and encouragement of house buying is good. For others, if the government could provide condominiums or flats, it may help to reduce traveling time, save car usage and transport fees, easy to call them for emergency (esp. Medical experts).
  4. Education and health: Government needs to consider for the education of their children from pre-school up to university level. Should give special quota or if not, pay for them or give higher salary to be able to send to private universities.
  5. At present, Housing, Education and health needs of foreign lecturers are taken care of very well by UIA officials. Government should extend this to all its departments especially universities.
  6. Posting sites: Married couples should be posted together in one town or city.
  7. Further studies: Made easy for the further studies locally and abroad. If the locals wish to do the further studies, allow them with the bonds to serve back the country for the some years.
  8. Salary : Most important is to pay enough salary, made easy for promotion and do away with most of the red tapes and made life easy by reducing the administrative interferences in the academic life. 
    • If you pay peanuts, you get monkeys.
    • If you want to pay peanuts only, more talented people would leave you.
    • If you only afford to give peanut don't even think about attracting better talents.

 

When I was working in University Malaya's University Hospital about 15 ys ago_

Case No. 1: There was a Pakistani Cardiologist (Post graduate MSc in Pakistan) working as a MO in Medical Unit. His wife, who was not working, became pregnant. As I was in Obs & Gynae Department, he approached me to register his wife for the Ante Natal Care. He told me that although his wife, a doctor, is having the second pregnancy, the first one was a miscarriage, but ANC nurses refused her booking. As an MO, when I personally requested the in charge nurse, she accepted with one condition, I have to get the consent of the Consultant regarding this pt and told that if necessary, if any complications in that pt. that consultant would be called whether he would be on duty or not.

Case No. 2: I was working with them, but UM refused to consider for my son's higher education in ANY subject available in their university and advised to send to private university, which is expensive. Their salary scale is also not high enough. At that time we never even get on call fees, over time, holiday duty and night duty fees.

Case No. 3: Housing or Staff quarters. Nil for the foreign MOs. If government could arrange even for local HOs and local MOs it will be a great attraction.

For foreign Consultant Specialists, accomodation available. But I still remember the (Dr Myat Thura) Myanmar FRCS MSc Surgeon's dilemma. He was asked to pay RM five thousand per month after he completed five years' service. His salary at that time was roughly about that amount. Actually that rule was meant for locals who took the gov housing loans and continue staying in government quarters and rented out their houses. When he resign with anger, UM officered him to continue staying with the previous rate and promoted to Associate Professor post. But he was angry with the earlier hassles and resigned.

And going back to the Medical benefits_

My daughter (PR) and my son-in-law (Malaysian) are doctors working as HOs in HKL and UMMC. My daughter went and delivers her baby at UMMC where her husband is working. Although they opted for the first class, for normal delivery and the (my friend) Gynaecologist and anesthetist charged her RM 1.00 each, UMMC charged her RM 3000.00 for normal delivery.

When my mother-in-law operated for fractured femur, although her daughter and two son-in-laws were serving in the two universities, HUKM charged RM 11,000.00.

(UMMC, HUKM and IJN are charging in their paying wards like private hospitals but the salaries for the doctors are not enough for the treatment of their relatives and for them.)

Read this good news from BERNAMA: The Malaysian National News Agency KUALA LUMPUR, Oct 18 (Bernama) —

It is vital to Malaysia's aspirations that the Talent Corporation understand and effect their plans in view of the neighbours' growing and competing economies that are all sourcing for talents, says UHY Investment Services executive director Tim Tee.

  1. "Some of them like Singapore have low entry barriers for talents, simple procedures and a focus on sourcing the right type of talent.
  2. He said it was relatively simple for expatriates to secure permanent resident status and later become a citizen of Singapore. (Here in Malaysia NO)
  3. "In these areas we are hugely unattractive, so Talent Corp has a paramount challenge ahead of it," he added.

Tim said virtually all of the Budget 2011 announcements required the assistance of Talent Corp to facilitate the sourcing of talents.

"Talent Corp has a huge responsibility and must address primary concerns of expats and returning Malaysian talents to ensure success of its efforts," he said.

Tim said Talent Corp needs to address issues such as_

  1. legal status,
  2. education system
  3. and requirements,
  4. tax incentives,
  5. crime and safety
  6. and entry barriers,

for both returning Malaysians and expats.

On legal status, he said it would be a challenge to attract and retain quality talents unless Malaysia_

  • offered a concrete future to expatriates through a permanent resident status
  • or citizenship programme.

Without an English medium education, Tim said a large segment of talents are dissuaded in favour of neighbours like Singapore where mid-level expats with families could still provide quality English medium education.

On tax incentives, he said it would be vital to offer a significant tax holiday, not just on vehicles but on the actual income of the talent.

"This will make talent more affordable to business and industry as most compensation pages are negotiated net of tax, so the higher the income tax, the greater the package local businesses have to offer to attract talents," he said.

Tim said to enable Malaysia to resolve the long-term need for human capital and the satisfaction of the government's corporate social responsibility, 1Malaysia Development Bhd and Khazanah Nasional Bhd are allocating funds to begin a quality education process and care for the young.

"The steps the government corporations are taking will enhance and hasten the creation of skilled human capital required in the long-run.

"This coupled with the efforts by Talent Corp should bridge the human capital issue in Malaysia," he added.

UHY in Malaysia is a member of UHY International, an international association of independent accounting and consultancy firms.

"Aside from this aspect, Singapore offers_

  1. a very high standard of living,
  2. particularly lower taxes, low crime rate
  3. and an excellent world-class education system," he said in a statement today.
Related Articles


Isu 400,000 Ahli PKR: Kena Jumpa....

Posted: 26 Nov 2010 04:54 AM PST

Jumpa saya kalau pertikai rekod keahlian, cabar Syed Husin

PETALING JAYA, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan, jumlah sebenar ahli parti itu telah melebihi 400,000 orang, sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak termasuk beberapa bekas pemimpinnya.

Sehubungan itu, Syed Husin mencabar mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah ahli agar menemui beliau bagi melihat sendiri rekod ahli parti.

"Kepada mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah tersebut silalah datang jumpa saya di pejabat saya dan lihat sendiri di komputer berapa jumlah sebenar ahli kita.

"Datanglah tengok berapa jumlah ahli PKR, 70,000 ke? 100,000 ke? Datang jumpa saya," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini.

Beliau berkata parti itu mempunyai bukti bahawa jumlah sebenar ahli melebihi daripada 400,000 orang.

"Kita ada bukti, ahli kita memang seramai itu (400,000). Saya rasa pihak yang mempersoalkan jumlah ahli kita ini ada agenda.

"Tapi saya yakin akhirnya kebenaran akan muncul juga," katanya.

Syed Husin akan melepaskan jawatan timbalan presiden PKR Ahad ini. Beliau telah menyandang jawatan tersebut sejak 2003.

Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR.

Dakwaan PKR kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tanda tanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka, sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya.

Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Azmin yang kini Naib Presiden PKR, dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub.

Jawatan Presiden kekal dipegang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa ditandingi.

Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, pula terpilih sebagai naib presiden.

Selain Anuar, bekas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.

"Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat oleh ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi," katanya.

Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.

PKR sebelum ini mengatakan mempunyai ahli seramai 400,000.

Ulasan GB

Samada menegaskan jumlah angka keahlian 400,000 itu satu usaha untuk menegakkan benang yang basah adalah aatu hal yang berasingan, tetapi mencabar mereka yang tidak percaya untuk pergi berjumpanya sendiri untuk melihat di komputernya tentang jumlah ahli yang berdaftar adalah seasuatu yang benar-benar mengarut.

Bukankah lebih lebih baik beliau atau PKR sendiri cetak beberapa naskah, kemudian edarkan untuk mensahihkannya.

Apakah jika 10,000 orang yang nak tengok maka kesemua 10,000 perlu berhimpun di pejabatnya?

Saya sendiri tak percaya tetapi jika saya perolehi senarai keahlian itu saya boleh bantu paparkannya di blog ini.

Semua orang boleh yakin dan puashti nanti.

Bagaimana Senator?




The Ass and the Mule

Posted: 26 Nov 2010 02:16 AM PST

A Muleteer set forth on a journey, driving before him an Ass and a Mule, both well laden. The Ass, as long as he traveled along the plain, carried his load with ease, but when he began to ascend the steep path of the mountain, felt his load to be more than he could bear.

He entreated his companion to relieve him of a small portion, that he might carry home the rest; but the Mule paid no attention to the request. The Ass shortly afterwards fell down dead under his burden.



Not knowing what else to do in so wild a region, the Muleteer placed upon the Mule the load carried by the Ass in addition to his own, and at the top of all placed the hide of the Ass, after he had skinned him.

The Mule, groaning beneath his heavy burden, said to himself: "I am treated according to my deserts. If I had only been willing to assist the Ass a little in his need, I should not now be bearing, together with his burden, himself as well."

Taken from Aesop's Fables

_____________________________



I am posting this short fable to remind us that we all need to work together to effect change in our country. The next GE is imminent and we cannot leave it to others. There is no point being an armchair critic but we really have go out to the market place and ensure that as many as possible know the truth and what must be done!

Sorry for this late post. My part-time cleaner had to go back to Indonesia for a major operation so I have to cope with lots of household chores.

Take care and have a lovely evening! Next post will be up after dinner! Cheers!

I am


New Selangor Police Chief Wants To Upgrade Frontline Service: Try Only!

Posted: 26 Nov 2010 02:20 AM PST

November 26, 2010 16:02 PM
New Selangor Police Chief Wants To Upgrade Frontline Service
SHAH ALAM, Nov 26 (Bernama) -- New Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah wants to re-evaluate work procedures to upgrade frontline service to the public.

"I will try to change the work process from time to time to overcome weaknesses. More inhouse training is required for frontline officers and staff to upgrade quality of service," he told reporters at Selangor police contingent headquarters on Friday.

Tun Hisan earlier took over duty from acting Selangor police chief Datuk A.Thaiveegan witnessed by Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Ismail Omar.

He replaced Datuk Khalid Abu Bakar who was promoted as director of Internal Security and Public Order Department.

Selangor police would continue the IGP vision based on the 4P concept - Protective, Performance, Proactive and People Oriented in servicing the people.

Tun Hisan who has made crime reduction his priority said the concept needs another 3P - Personnel, Personal Interaction and Professionalism.

Heads of departments and supervising officers should also monitor their staff by practising 'supportive leadership'.

"Team training among police personnel is important to find ways to handle reports more effectively," he added.

Meanwhile, Ismail advised Tun Hisan to continue the work of his predecessor in tackling the high crime rate in Selangor.

He said this year's National Key Result Areas (NKRA) for crime reduction showed lower crime index (11 percent) and street crimes (26 percent) for Selangor.

"This success is partly due to efforts by Selangor police in setting up community police stations and increasing security in housing areas," he added.

-- BERNAMA

He said, 'I will try...'

He doesn't sound very convincing, does he? ;)


An appreciation of Dr Lim Chong Eu

Posted: 26 Nov 2010 02:07 AM PST

One of the best known figures in Penang has passed away. Dr Lim Chong Eu, second Chief Minister of Penang from 1969 to 1990, died at his house in Tanjung Bungah on Wednesday night without recovering from a stroke. He was 91.

Every true blue Penangite should appreciate that Chong Eu was not only a giant in Malaysian politics, he was above all the architect of Penang's recovery from the doldrums of economic stagnation in the 1960s. After his Gerakan political party wrested the state from the Alliance in the 1969 elections, he turned Penang from a largely agricultural, tourist and trading outpost into the engine of technological growth for the whole country.

I deeply respected him. In the late 1970s, I understood what he was doing for Penang. He might not have done everything right but he did everything necessary. But for him, Penang would never have recovered economically in the 1970s. He brought jobs to a state that was dying and stagnating after it had its free port status stolen away from it.

The lasting legacies he left Penang were the free industrial zones, the Komtar tower and the Penang Bridge. I would have loved it if the Penang Bridge could be renamed as the Dr Lim Chong Eu Bridge in his memory but I hear that the prerogative to do this lies solely with the Federal Government in Kuala Lumpur. Instead, I am happy to learn today that at least, within the Penang Government's powers, both the Jelutong Expressway and the Bayan Lepas Expressway have been renamed as the Dr Lim Chong Eu Expressway. Still a very nice way of showing appreciation of him.

Tributes to Dr Lim are everywhere on the Internet and I wouldn't want to add second-hand news to everything that have already been said. So let me try to add something different. It was related to me not so long ago that Dr Lim had once mentioned dryly that "every Old Free thinks that he is Somebody." Actually, I find this a very amusing (but perhaps outdated) observation. It says a lot about his understanding of the Penang Free School credo. After all, he was himself a product of the old school. He understood what would make an Old Free tick. He understood how - and why - Old Frees think they are the centre of the Universe. But of course, he understood the part an Old Free still plays in today's society.

(Note: According to one of my old school mates, Abu Huraira, during the investiture of Dr Lim's Chief Ministership in 1969, he wore the School tie and this was captured on the front page of the then Straits Times Press.)

I never knew the man personally and could count meeting him face to face only twice in my life. The first time was in 1974 when he was the Chief Minister and the last time was in 2009 when he had long retired from the political scene. In July of that year, I was wandering through the aisles of a supermarket in Bayan Baru when I bumped into him. He was alone but soon to be joined by an executive staff of the supermarket once they learnt of his presence. I'm so glad for this grainy picture, snapped on my mobile. As far as I'm concerned, Dr Lim stood tall. Goodbye and thank you.
ca-pub-5430283382112812


Skandal PKNS: Siapa Kebas RM520,000?

Posted: 26 Nov 2010 03:43 AM PST

Nafi PKNS taja majlis kahwin

Bapa Angkasawan Negara anggap dakwaan cemar nama baik anak

PETALING JAYA: Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak menerima penajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti didakwa seorang wakil rakyat pembangkang di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Bapa angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Shukor sambil menafikan tajaan RM520,000 itu, berkata ia sengaja disebarkan pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik anaknya.

"Perkahwinan Muszaphar memang ditaja tetapi tiada apa-apa kaitan langsung dengan PKNS. Setahu saya, mereka tidak beri apa-apa (tajaan) untuk majlis itu. Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana cerita perbadanan itu menaja majlis perkahwinan anak saya boleh tersebar," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sidang media itu bagi menjelaskan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib mengenai perbelanjaan melampau pengurusan baru PKNS, termasuk menaja perkahwinan Muszaphar dan pasangannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 10 Oktober lalu.

Mustapha menjelaskan pembabitan anaknya dengan agensi itu lebih kepada urusan perniagaan, termasuk Pusat Penerokaan Sains dan Angkasa Antarabangsa (IACDC) di Taman Sains PKNS, Cyberjaya.

"IACDC membabitkan usaha sama antara PKNS dan Advanced Science Education Asia Sdn Bhd yang ditubuhkan Muszaphar. Ia inisiatif Muszaphar untuk meningkatkan pendidikan sains aeroangkasa di Malaysia.

"Pada 7 Oktober lalu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara kedua-dua entiti itu diadakan yang turut dihadiri 120 angkasawan dari seluruh dunia bersama pasangan masing-masing, disusuli majlis makan malam.

"Mungkin RM520,000 yang didakwa itu bagi membiayai program berkaitan pusat berkenaan dan bukan perkahwinan Muszaphar-Halina. Isu ini mungkin timbul kerana program itu berlangsung dua hari sebelum perkahwinan mereka," katanya.

Beliau turut dimaklumkan kehadiran angkasawan terbabit bukan hanya dibiaya PKNS, malah Kerajaan Pusat melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Penerbangan Malaysia (MAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Muszaphar kecewa dan sedih dengan isu ini dan berharap ia diselesaikan segera. Beliau dan isteri yang kini berada di Tanah Suci dijadualkan pulang, Isnin ini," katanya.

Sheikh Mustapha turut mendakwa wujud pakatan untuk menjatuhkan anaknya kerana iri hati dengan pemilihannya sebagai angkasawan negara, malah pihak sama juga yang menyebarkan pelbagai fitnah sebelum ini, termasuk mendakwa Muszaphar mengumpul kekayaan melalui siri ceramah dan program motivasi dihadirinya.

"Muszaphar dipanggil MOSTI bagi membantu siasatan kononnya dia memperoleh pendapatan RM1.2 juta melalui ceramah dan program motivasi. Siasatan membuktikan ia tidak benar dan lebih kepada cubaan untuk memburukkan namanya," katanya. -BH


Skandal PKNS: Khalid arah siasat, PAS nafi sabotaj Pakatan

SHAH ALAM, 10 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan Adun Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara bulan lalu.

"PKNS sudah ada perjanjian integriti, jadi kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa audit profesional di MBI (Perbadanan Menteri Besar Selangor)," kata Menteri Besar Selangor pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS memberitahu, jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan PKNS menaja Jamuan Makan Malam Angkasawan sempena majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Pusat Konvensyen SACC.

Jawatankuasa audit itu turut akan menyiasat anasir kronisme apabila sekumpulan pegawai kontrak di bawah anak syarikat PKNS Holdings diberi gaji lumayan berbanding pegawai-pegawai tetap.

Khalid berkata, jawatankuasa audit itu turut akan memberi perhatian pada beberapa memorandum, termasuk daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosi Che Mat.

"Oleh kerana banyak sangat memorandum itu semua, saya suruh (jawatankuasa) audit berfungsi sekarang, sekarang dia mula menjalankan (siasatan ke atas) kenyataan-kenyataan itu, saya menyuruh dia (jawatankuasa audit) mendengar kedua-dua pihak," jelas Khalid.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes PKNS akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

"Dalam masa yang singkat, saya beri dia (jawatankuasa audit) masa selama dua minggu untuk buat keputusan," katanya.

"Jika kita mendapati perlu (merujuk pada Selcat) kita buat, kalau kita dapati tak perlu, tak payah, kita akan buat semua ini apabila kita mendapat keputusan (siasatan) dari jawatankuasa audit profesional kita," kata Khalid.

Seorang lagi ahli lembaga pengarah PKNS, Iskandar Abdul Samad pula selain sependapat dengan Khalid, beliau turut menafikan dakwaan umum kononnya tindakan Saari itu adalah sabotaj PAS negeri.

"Saya rasa kalau wujud unsur sabotaj, kalau mereka (pemberi maklumat) nak jatuhkan kerajaan, mereka tidak memberi kepada YB Saari, mereka akan beri pada (Datuk Seri) Dr Mohd Khir Toyo, Ketua Pembangkang.

"Dunia tanpa sempadan, sesiapa pun boleh buat semua ini, saya rasa mereka buat (dedah) semua ini untuk kebaikan PKNS," jelas Iskandar yang juga Exco Kerajaan Selangor.

Yang Dipertua PAS kawasan Pandan ini mempertahankan tindakan PAS Selangor membuat desakan terbuka ke atas pentadbiran Khalid supaya menyiasat kes tersebut.

"Memang tindakan yang wajar, sesiapa yang melakukan kesalahan maka perlu dihukum," tegas Iskandar.

Semalam, Saari ketika sesi perbahasan Bajet 2011 mendedahkan beberapa pegawai kontrak dibayar gaji lumayan sekitar RM10,000 hingga RM24,000.

Shaari turut membangkitkan soal kos sewa, kos perpindahan, kos ubah suai pejabat korporat PKNS yang melebihi RM15,785,552.

Malah Saari turut mempersoal kaedah pelantikan Prof Erman Papzian sebagai perunding PKNS selama enam bulan dengan bayaran RM450,000.

Khalid dijangka akan memberi penjelasan khusus berhubung skandal di PKNS pada sesi penggulungan Bajet 2011 esok. -TMI


Ulasan GB

Jika bapa Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menafikan PKNS menaja perkahwinan anaknya, kni persoalan timbul, ke mana perginya wang PKNS yang dikeluarkan sebanyak RM520,000 yang didakwa sebagai penajaan jamuan perkahwinan berkenaan?

Bagaimanakah urusan kewangan PKNS berjalan sehingga ianya tidak dapat mengesan secara pasti kegunaan wang tersebut?

Rakyat tertanya-tanya apa jadi dengan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat skandal berkenaan yang sehingga kini tiada beritanya. Professionalkah jika demikian keadaannya? Berapa lama mahu siasat? Sebulan, setahun atau sedekad?



Tok Guru & Shaolin

Posted: 25 Nov 2010 10:42 PM PST

More… Sila klik pada Photo



Perkahwinan Beramai-ramai - Satu Tren Masyarakat Yaman

Posted: 25 Nov 2010 11:00 PM PST

Seperti kebiasaan, mengikut budaya Yaman yang sangat konservatif, Muhammed al-Khouja tidak pernah menemui tunangnya.

Pasangan itu telah bertunang hampir dua tahun dan beberapa kali menetapkan tarikh perkahwinan tetapi setiap kali tarikh itu makin hampir, setiap kali itu lah majlis terpaksa ditangguhkan.

Sebabnya? Muhammed tidak mampu untuk menanggung kos perkahwinan, sama seperti kebanyakan lelaki muda lain di Yaman.

Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.

Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.

Jika perkahwinan diadakan di ibu negara Yaman, Sana'a, ini bermakna pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.

Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing, dan menyediakan daun qat kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.

Disebabkan Muhammed tidak mampu menanggung kos perkahwinannya, bapa Muhammed menyuruhnya mengurangkan kos perkahwinan dan berkahwin serentak dengan tiga lagi adik beradik lelakinya, salah satu cara perkahwinan yang semakin terkenal di Yaman, negara Arab termiskin.

1,600 pasangan berkahwin serentak

Dan kini, idea untuk mengurangkan kos itu dilihat berkembang ke satu tahap yang luar biasa apabila sejenis majlis perkahwinan baru wujud akibat kesusahan hidup penduduk Yaman - iaitu perkahwinan beramai-ramai membabitkan antara 10 dan 1,500 pasangan.

Bulan lalu, dalam majlis perkahwinan terbesar yang pernah dianjurkan di Yaman, 1,600 pasangan mengikat tali perkahwinan pada majlis yang dibiayai oleh Putera Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz.

Kesemua pengantin lelaki yang terlibat dalam majlis itu memenuhi sebuah dewan sukan dengan memakai pakaian tradisional iaitu jubah panjang yang dihiasi dengan selendang berwarna hitam dan hijau yang dipakai di kepala.

Pengantin lelaki Yaman juga akan membawa sebilah pedang panjang berwarna emas pada hari perkahwinan mereka.

"Semua pengantin lelaki ini adalah anak yatim yang menghadapi kesukaran untuk berkahwin kerana tidak mempunyai sokongan kewangan daripada seorang bapa untuk membayar hantaran," menurut penganjur.

Di Yaman, perkahwinan menjadi majlis yang memisahkan lelaki dan wanita dengan pengantin perempuan akan mengadakan majlis sambutan secara berasingan di rumah mereka.

Kemudian barulah pasangan pengantin baru itu akan bertemu pada malam perkahwinan mereka, dan kebanyakan mereka berjumpa buat pertama kali.

Upacara perkahwinan besar-besaran di Yaman itu diserikan dengan tarian di pagi hari, bacaan sajak dan persembahan drama komedi.

Malah, ulama ulung Yaman, Sheikh Abdul Majeed al-Zindani yang dituduh Amerika Syarikat sebagai 'pengganas' juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan unik itu.

Kesemua pengantin lelaki kemudian menari dengan mengangkat pedang masing-masing mengikuti rentak lagu popular, sebelum bacaan beberapa ayat al-Quran didengarkan.

Perkahwinan beramai-ramai di Yaman seakan menjadi satu kegilaan dalam masyarakat. Ianya wujud kerana kebimbangan penduduk Yaman bahawa lelaki negara itu yang tidak mampu membiayai perkahwinan akan melakukan maksiat.

Ini kerana persahabatan antara lelaki dan wanita di negara itu sebelum berkahwin dianggap memalukan dan ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu akan mengahwinkan anak masing-masing secepat mungkin.

Perkahwinan korporat

Kaedah perkahwinan beramai-ramai ini diterima baik masyarakat Yaman sehinggakan syarikat swasta menganjurkan majlis itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Syarikat telekomunikasi Afrika Selatan, MTN yang menyediakan perkhidmatan rangkaian telefon bimbit di Yaman menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara tahunan bagi pekerja di Yaman sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu majlis terbaru, labih 30 rakan sepejabat berkahwin secara serentak.

Seorang pengurus kanan syarikat itu berkata, matlamat utama mengadakan majlis perkahwinan itu adalah bagi memastikan pekerja kekal setia kepada syarikat dan meningkatkan nilai moral masyarakat.

Bagaimanapun, perkahwinan secara beramai-ramai ini bukanlah hanya menjadi fenomena di Yaman.

Pemimpin Iran kerap menganjurkan perkahwinan sama sejak pertengahan 1990-an lagi bagi membantu golongan susah, mengelakkan orang muda berkahwin pada umur lanjut dan bagi mengelakkan maksiat.

Di Korea Selatan pula, pengasas kontroversi Gereja Unification yang menggelar dirinya sebagai 'pesuruh Tuhan', Paderi Sun Myung Moon sudah mengahwinkan puluhan ribu pasangan muda yang datang dari seluruh dunia.

Kumpulan pejuang Hamas di Palestin juga membantu golongan muda negara itu berkahwin dengan menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara percuma.

Mungkin cara ini juga boleh digunakan di Malaysia, terutama di zaman ekonomi meleset ini.


Bila samseng berpolitik

Posted: 25 Nov 2010 11:52 PM PST


[Bergambar] Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Islam

Posted: 25 Nov 2010 05:20 PM PST

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan

Gambar: RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi










[Video] Ekspo Satukan Dua Bangsa Muslim Dari Dua Dunia

Posted: 26 Nov 2010 01:24 AM PST

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.

Menurutnya, program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.

"Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,"ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

"Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.

"Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,"ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.

Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.

"Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita," ujarnya gembira. -harakahdaily


Cheng Ho Expo 2010 - Kehadiran pengunjung ekpso yang luar biasa dalam
Pavilion China; Cheng Ho Expo 2010 -
1 Kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan!!!



Cheng Ho Expo 2010 - Pengunjung Cheng Ho Expo dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat Tradisional Kelantam.semoga terhibur!!!



Suasana meriah di sekitar tapak ekspo @ perkarangan stadium sultan muhammad IV, kota bharu, pada waktu malam, 24 November 2010:



Cheng Ho Expo 2010 : Kelantan Pavilion












This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

A third chance?

Posted: 25 Nov 2010 11:49 PM PST

When Liza first sought my help to get her a shelter home for her and her young kids, and I told her that it would be easier to get a home for HIV+ ladies in KL, Liza clearly mentioned that she'd prefer to stay in KL and away from Perak. She said she'd feel stressed if she continued staying in Perak since there are so many kaypoh relatives of hers here in Perak.

So I arranged a place for her in Rumah Solehah. But the day she was discharged from the hospital after giving birth to So'od, she was still too weak to travel all the way to KL. So after discussing with her, and after getting permission from Kak Ana who runs the home where I had earlier sent my little Cek Mek last year, I sent Liza and So'od straight to Kak Ana's place first. The plan was to send Liza and her kids to KL maybe a week later, after she's a bit better.

However, the next time I called to find out when she'd be ready to be sent to KL (I needed ample notice to make all the necessary arrangements), Liza had changed her mind. After Kak Ana offered to let Liza stay at the home longer, and after Liza discussed the matter with her sister, Liza decided to stay on at Kak Ana's place until after her confinement. So I cancelled the place at Rumah Solehah for her.

Tomorrow I will be heading her way as I need to attend a meeting in the same town with a few people from the Malaysian Aids Foundation who'd coming over to Pertubuhan Komuniti Intan, another NGO dealing with HIV/AIDS. So I shall take the opportunity to go over to Kak Ana's place to get some documents from Liza and also to hand over some other stuff to Liza. I had earlier on kept the stuff with me because according to the earlier plan, I'd be fetching Liza later to send her over to KL.

I had already informed Liza that I'd be coming this Saturday. But this morning I decided to call Kak Ana, just in case Liza had not told her that I'd be coming tomorrow. True enough, when I called Kak Ana this morning, she wasn't aware that I would be coming. Kak Ana would be coming to Ipoh tomorrow while I'm heading to her place. But anyway, she said she'd get the photocopies of the documents ready for me.

Anyway, remember in my previous posting I mentioned about Liza's last text message saying that she felt guilty when she found out that her husband too had been infected? Well, today Kak Ana told me that she heard Liza may want to reconcile with her husband.

Hmmm… again? You see, Liza had earlier filed her divorce papers when she was staying in KL before she got pregnant with her 2nd child. But her hubby managed to coax her, telling her he promised he'd change. So Liza retracted her divorce papers and gave him a second chance. She got back together with her husband, and in the process, got pregnant as well. But her husband did not change. He remained his old lazy, hot-tempered self. Liza gave up and left him again, bringing along her son. She was pregnant then and so did not file for divorce. She was adamant that she'd make the necessary arrangements to file for divorce after her confinement when she intends to move back to KL.

I believe what Kak Ana heard (that Liza wanted to reconcile with her husband) was true. Liza herself, in her text message to me, although she did not mention anything about getting back together with her husband, said that she managed to call her husband, who told her that he too had been infected, making Liza feel guilty, because it was Liza that he got it from.

Hmmm… has he really changed and want to take over responsibility as a husband and a father? Or was he purposely making Liza feel guilty so that she'd go back to him? And after being so sure about ending the marriage before this, does Liza really want to get back together with her husband? Mind you, this will not be a second chance she's giving him, but a third chance!

I don't know her husband personally, in fact I have never met him before, so I don't really know what kind of a person he is. It's Liza's life, so she's got to decide for herself. But I do hope she'd consider all things before coming up with a decision. Hopefully her decision will not be based solely on her feeling of guilt for passing the virus to her husband. As I mentioned before, her husband knew she had HIV, and he knew the risk. It wasn't Liza's fault alone that they weren't practising safe sex.

Will they or will they not get back together? Guess we'll just have to wait and see…

 


Perkahwinan Beramai-ramai - Satu Tren Masyarakat Yaman

Posted: 25 Nov 2010 11:00 PM PST

Seperti kebiasaan, mengikut budaya Yaman yang sangat konservatif, Muhammed al-Khouja tidak pernah menemui tunangnya.

Pasangan itu telah bertunang hampir dua tahun dan beberapa kali menetapkan tarikh perkahwinan tetapi setiap kali tarikh itu makin hampir, setiap kali itu lah majlis terpaksa ditangguhkan.

Sebabnya? Muhammed tidak mampu untuk menanggung kos perkahwinan, sama seperti kebanyakan lelaki muda lain di Yaman.

Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.

Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.

Jika perkahwinan diadakan di ibu negara Yaman, Sana'a, ini bermakna pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.

Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing, dan menyediakan daun qat kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.

Disebabkan Muhammed tidak mampu menanggung kos perkahwinannya, bapa Muhammed menyuruhnya mengurangkan kos perkahwinan dan berkahwin serentak dengan tiga lagi adik beradik lelakinya, salah satu cara perkahwinan yang semakin terkenal di Yaman, negara Arab termiskin.

1,600 pasangan berkahwin serentak

Dan kini, idea untuk mengurangkan kos itu dilihat berkembang ke satu tahap yang luar biasa apabila sejenis majlis perkahwinan baru wujud akibat kesusahan hidup penduduk Yaman - iaitu perkahwinan beramai-ramai membabitkan antara 10 dan 1,500 pasangan.

Bulan lalu, dalam majlis perkahwinan terbesar yang pernah dianjurkan di Yaman, 1,600 pasangan mengikat tali perkahwinan pada majlis yang dibiayai oleh Putera Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz.

Kesemua pengantin lelaki yang terlibat dalam majlis itu memenuhi sebuah dewan sukan dengan memakai pakaian tradisional iaitu jubah panjang yang dihiasi dengan selendang berwarna hitam dan hijau yang dipakai di kepala.

Pengantin lelaki Yaman juga akan membawa sebilah pedang panjang berwarna emas pada hari perkahwinan mereka.

"Semua pengantin lelaki ini adalah anak yatim yang menghadapi kesukaran untuk berkahwin kerana tidak mempunyai sokongan kewangan daripada seorang bapa untuk membayar hantaran," menurut penganjur.

Di Yaman, perkahwinan menjadi majlis yang memisahkan lelaki dan wanita dengan pengantin perempuan akan mengadakan majlis sambutan secara berasingan di rumah mereka.

Kemudian barulah pasangan pengantin baru itu akan bertemu pada malam perkahwinan mereka, dan kebanyakan mereka berjumpa buat pertama kali.

Upacara perkahwinan besar-besaran di Yaman itu diserikan dengan tarian di pagi hari, bacaan sajak dan persembahan drama komedi.

Malah, ulama ulung Yaman, Sheikh Abdul Majeed al-Zindani yang dituduh Amerika Syarikat sebagai 'pengganas' juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan unik itu.

Kesemua pengantin lelaki kemudian menari dengan mengangkat pedang masing-masing mengikuti rentak lagu popular, sebelum bacaan beberapa ayat al-Quran didengarkan.

Perkahwinan beramai-ramai di Yaman seakan menjadi satu kegilaan dalam masyarakat. Ianya wujud kerana kebimbangan penduduk Yaman bahawa lelaki negara itu yang tidak mampu membiayai perkahwinan akan melakukan maksiat.

Ini kerana persahabatan antara lelaki dan wanita di negara itu sebelum berkahwin dianggap memalukan dan ibu bapa yang bimbang dengan keadaan itu akan mengahwinkan anak masing-masing secepat mungkin.

Perkahwinan korporat

Kaedah perkahwinan beramai-ramai ini diterima baik masyarakat Yaman sehinggakan syarikat swasta menganjurkan majlis itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Syarikat telekomunikasi Afrika Selatan, MTN yang menyediakan perkhidmatan rangkaian telefon bimbit di Yaman menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara tahunan bagi pekerja di Yaman sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu majlis terbaru, labih 30 rakan sepejabat berkahwin secara serentak.

Seorang pengurus kanan syarikat itu berkata, matlamat utama mengadakan majlis perkahwinan itu adalah bagi memastikan pekerja kekal setia kepada syarikat dan meningkatkan nilai moral masyarakat.

Bagaimanapun, perkahwinan secara beramai-ramai ini bukanlah hanya menjadi fenomena di Yaman.

Pemimpin Iran kerap menganjurkan perkahwinan sama sejak pertengahan 1990-an lagi bagi membantu golongan susah, mengelakkan orang muda berkahwin pada umur lanjut dan bagi mengelakkan maksiat.

Di Korea Selatan pula, pengasas kontroversi Gereja Unification yang menggelar dirinya sebagai 'pesuruh Tuhan', Paderi Sun Myung Moon sudah mengahwinkan puluhan ribu pasangan muda yang datang dari seluruh dunia.

Kumpulan pejuang Hamas di Palestin juga membantu golongan muda negara itu berkahwin dengan menganjurkan perkahwinan beramai-ramai secara percuma.

Mungkin cara ini juga boleh digunakan di Malaysia, terutama di zaman ekonomi meleset ini.


Kes Adik Nur Salina Digeles Treler: Rayuan Ditolak, Hukuman Ditambah

Posted: 25 Nov 2010 10:48 PM PST

Mahkamah Tinggi ketepi hukuman Mahkamah Majistret

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang pemandu lori yang melanggar hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, lima tahun lalu menjalani hukuman penjara 36 bulan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Klang, sebelum ini.

Pada 2 November 2006, Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mukiyat Lasiran, 40, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Nur Salina Saparedi.

Kejadian berlaku di Kilometer 6, Lebuhraya Selat Klang Utara (SHAPADU) di hadapan Sekolah Agama Rantau Panjang, di sini pada jam 2.20 petang, 16 Mei 2005, ketika lelaki itu memandu treler bernombor pendaftaran JDV 3896 secara berbahaya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman denda RM7,000 atau 10 bulan penjara yang dikenakan ke atas tertuduh yang juga seorang penduduk tetap warga Indonesia.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad turut menolak rayuan yang dikemukakan Mukiyat terhadap sabitan dan hukuman penjara 30 bulan serta denda RM7,000 itu yang dijatuhkan oleh Majistret Mujib Saroji ke atasnya.

Siti Mariah, ketika membacakan penghakimannya, berkata hukuman penjara 30 bulan dijatuhkan ke atas Mukiyat yang didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Salina tidak memadai berikutan kemalangan itu menyebabkan trauma kepada keluarga mangsa yang menyaksikan kejadian.

Berita Sebelumnya


Nur Salina lebih manja sebelum maut digilis treler

KLANG 17 Mei - Nur Salina Saparedi, 7, yang maut digilis treler ketika dalam perjalanan ke sekolah bersama kerongsang untuk ustazahnya sempena Hari Guru semalam dikatakan rajin mengemas dan membasuh pinggan sebelum kemalangan ngeri itu.

Ibunya, Arliza Mohd. Sani, 37, berkata, pada masa yang sama anak sulungnya itu kelihatan sungguh manja apabila sering menciumnya dan ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun katanya, semua ahli keluarganya tidak menyangka perubahan kelakuan Nur Salina dalam tempoh dua tiga hari itu akan berakhir dengan begitu tragis.

``Saya juga masih ingat, sebelum ini dia pernah meminta duit RM1 untuk membeli sekuntum bunga di sekolah khas buat saya sempena Hari Ibu yang lalu.

``Tetapi saya tidak mahu dia belikan saya bunga kerana bagi saya memadailah jika dia memberi saya ciuman di pipi sempena Hari Ibu,'' katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Jalan Yadi, Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.

Dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Selat Klang Utara semalam, Nur Salina digilis oleh treler di depan Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang di depan mata Arliza sendiri.

Nur Salina yang begitu bersemangat dan riang untuk ke sekolah dengan hadiah kerongsang itu juga tidak mahu melintas jalan bersama ibunya sebaliknya mahu berjalan bersama rakan-rakan yang lain.

Sementara itu, bapa Nur Salina, Saparedi Wahid, 52, berkata, anak perempuannya itu pada mulanya mahu membeli dua kain tudung sebagai hadiah kepada dua gurunya.

Bagaimanapun katanya, kain tudung agak mahal dan dia memujuk Nur Salina supaya membeli kerongsang tudung sahaja.

``Harga satu kerongsang ini hanya RM2 sahaja, satu warna hijau untuk Ustazah Hanizah dan satu lagi warna biru untuk Cikgu Ida Rosyatina, kedua-dua kerongsang ini mempunyai bentuk yang sama.

``Apabila tiba masa untuk saya memulangkan buku teks sekolah nanti saya akan beri kerongsang kepada cikgu-cikgu Nur Salina kerana ini memang sudah niat dia untuk beri hadiah, jadi saya kena tunaikan juga,'' katanya.

Katanya, kerongsang untuk Ustazah Hanizah kini disimpan oleh rakan sepejabatnya kerana dia sungguh pilu dan tidak sanggup untuk melihat kerongsang berkenaan.



No comments: