Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted: 16 Nov 2010 09:50 AM PST

Saya dan isteri Imaan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Saya terpaksa beraya di perantauan pada tahun ini memandangkan saya berada di Belgium dalam program seminar Commonwealth Parliamentary Association.

Semoga kita terus mendapat semangat daripada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam menghadapi kehidupan dan perjuangan kita, insya Allah.

Terima kasih kepada Sdr Syed Shahir Mohamud, Ketua Cabang KEADILAN Kelana Jaya dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN Seri Setia yang menyempurnakan penyerahan lembu Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Seri Setia kepada masjid-masjid dan surau-surau terpilih di Masjid Kg. Lindungan petang tadi.


Rombakan Kabinet, Khairy Bakal Timb Menteri, Tg Adnan Dan Azalina Masuk Semula?

Posted: 16 Nov 2010 07:45 AM PST

Rombakan kabinet minggu depan?

PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan.

Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.

Ini merupakan rombakan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.

Dalam rombakan pertama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Azalina digugurkan.

"Terdengar khabar Najib akan mengumumkan rombakan tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya Rabu depan," kata sumber itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka akan menjadi ketua penerangan Umno yang baru.

Beliau menggantikan Ahmad yang mula memegang jawatan itu, April tahun lalu.

Idris merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan wakil rakyat Jerteh di Terengganu. -FMT


Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Sungai Kelang

Posted: 16 Nov 2010 06:45 AM PST

Mayat bayi lelaki ditemui di Sungai Klang

Gambar: Dua anggota Unit Foransik memeriksa mayat bayi lelaki yang dijumpai di tepi Sungai Klang berhampiran rumah flet PKNS AU/3 Keramat Hulu Klang di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki ditemui mati terapung di Sungai Klang, berdekatan Flat PKNS AU3 Keramat, di sini hari ini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang lelaki Indonesia yang menjala di sungai itu pada kira-kira jam 2 petang," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di situ sejak dua atau tiga hari lalu.

"Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan ditemui pada mayat itu dan berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya bayi itu bukan baru dilahirkan kerana tidak terdapat tali pusat pada badannya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama


My 2 cent worth advice for Daw Aung San Suu Kyi

Posted: 16 Nov 2010 06:21 AM PST

This morning I had seen the BBC's interview with Daw Aung San Suu Kyi. Although very IMPRESSIVE, it is very difficult to achieve a compromise with this tone of tough ultimatum. I have studied politics for about 45 yrs. International + Burma history and have written few hundred articles. So I strongly believe that I should advise Daw Suu. Whether she listens, accepts or reject is her right.

DASSK is the daughter of our beloved Independent hero General Aung San. She is also charismatic, eloquent, brave, fluent in English as well as Burmese, fascinating, got a lot of experiences in International politics / diplomacy and could earn a lot trust, love, respect and support from all the different ethnic and religious groups of the people of Burma.

BUT… with due respect… maybe if she read the Dale Carnegie's famous books, she could win a lot of friends from SPDC and military. She would be able to even influence them if she could win over the hearts and minds of the Myanmar Military leaders. I hope she could do that but her problem is—she forgot this fact. She failed to understand or overlooked this obvious fact. May be she thought she was an election winner, military  had illegally denied her holding power with bruit force.

I we cannot win easily, we must made some compromises and try to use the give and take policy instead of demanding all the power to transfer to us.

I am not asking to cheat but to walk and talk with a more realistic pragmatic and flexible approach.

Sr Gen is much older person and espected by Myanmar Military. He was alleged to be in a state of almost megalomaniac and thought and even his whole family were allegedly acting like a Royal family.

Instead of demanding to have a face to face dialogue…

I am not asking to lie nor to cheat .. Just sincerely, politely request to be the LEGALLY appointed King of Myanmar or President of Myanmar.

Ask Sr General to protect the continuous integrity of Myanmar, to protect all the Myanmar people and minorities. Inform that SPDC could stay in power and just let Daw Suu to form a government with the best from the military generals, ethnic minorities, UDDP, Elected representatives. Rq Sr Gen to guide and monitor Daw Suu and gov etc.

Request Sr General to act or take action on anyone if she or the new government betrays the trust of the people or harm the military etc.

Request Sr Gen to allow her new gov to help his military's dev projects of Myanmar. Inform with great persuasion and respect that she could get the help of the West and with the Sr Gen's friends in China, ASEAN and India to dev our country. IT IS NOT CHEATING but SINCERELY  requesting only.

ႏိုင္ငံေရး သက္သက္ေပါ့ တိုက္ပြဲလုပ္လာတာ။ No result.
Non – Violence အၾကမ္းမဖက္တဲ့ ႏိုင္ငံေရးတုိက္ပြဲ No hope
ZERO hope for the rebels to win.
လူထုဆႏၵျပပြဲ Casuality +++ detain, torture. No much hope
လူထုအစည္းအေဝးေတြ လုပ္ …? Same as abo…ve.
If we cannot defeat the enemy, we must engage or work together.

"ေဒၚေအာင္ဆန္းစုၾကည္အေနနဲ႔ ႏိုင္ငံေရးသက္သက္ တိုက္ပြဲလုပ္လာတာ အင္မတန္ ရက္စက္ၾကမ္းၾကဳတ္ အာဏာမက္ေမာတဲ့ အာဏာရွင္စနစ္ေအာက္မွာ ဘာမွ ေအာင္ျမင္ဖို႔ မလုပ္ႏိုင္ဘူး။ က်ေနာ္တို႔ တိုင္းရင္းသားေတြအတြက္လည္း သူ ဘာမွ လုပ္ႏိုင္မွာ မဟုတ္ဘူး"
Yes. U R Rt. But th…ere is also ZERO hope for the rebels to win not the war but even a battle.
ဗိုလ္ခ်ဳပ္မႉးၾကီးသန္းေရႊ ဦးေဆာင္ေသာ စစ္ဗိုလ္ခ်ဳပ္မ်ားႏွင့္ ေဒၚေအာင္ဆန္းစုၾကည္တို႔ ေနာက္ဆံုး လွ်ဳိ႕ဝွက္ေတြ႔ဆံုခဲ့သည္က ၂ဝဝ၂ ခုႏွစ္အတြင္းက ျဖစ္သည္။ Through Intermediaries like Gen Khin Nyunt/ Razali/ Gambari / UN etc esp. all secret negotiations are useless. Let us made definite proposal, FIRM guarantees for the generals of the Human Rights violations and other prosecutions and give them some role … eg If Daw Suu PM, SPDC should be RESPECTFULLY give President.

Myintmyint Thein Myint We need to learn from other people mistakes . mutual respect and open transparent negotiation is important for reconcilliation.

I wish that our Daw Suu could read the advise given by an EX DICTATOR, Tun Dr Mahathir here_Interview with Former Prime Minister of Malaysia His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad @ http://www.tayzathuria.org.uk/bd/2006/11/12/soa.htm
http://…www.tayzathuria.org.uk/bd/2006/11/12/soab.htm
http://www.tayzathuria.org.uk/bd/2006/11/19/soab.htm

ဘုိ Bo

အတိုက္အခံမ်ား၏ ပံုမွန္ ျဖစ္ေနက် အမွားတစ္ခုမွာ စစ္အစိုးရက လိုက္ေလ်ာမႈ တစ္ခုျပဳတိုင္း သူ႔ဘက္က အားနည္း သြားတဲ့ လကၡဏာ (sign of weakness) ဟု ယူဆကာ ေအာင္ပြဲ ခံတတ္ၾကျခင္း ျဖစ္သည္။ ( ဘာတုိင္းရင္းသားအမတ္လဲ ပရုပ္ဆီေတြကမ်ား)

Hlaing Hlaing Htun လာမည့္ ရက္သတၱပါတ္ မ်ားအတြင္း ေအာင္ဆန္းစုၾကည္ႏွင့္ စစ္အစိုးရ မည္သို႔ ဆက္ဆံၾကမည္ကို ေငြေရာင္ပိတ္ကား ေပၚတြင္ ေစာင့္ၾကည့္ ရမည္မွာ ျမန္မာ ႏိုင္ငံသားမ်ားအဖို ့ရင္ခုန္စရာ ေကာင္းလွသည္။

Ko Myint Myat အတိုက္အခံမ်ား၏ ပံုမွန္ ျဖစ္ေနက် အမွားတစ္ခုမွာ စစ္အစိုးရက လိုက္ေလ်ာမႈ တစ္ခုျပဳတိုင္း သူ႔ဘက္က အားနည္း သြားတဲ့ လကၡဏာ (sign of weakness) ဟု ယူဆကာ ေအာင္ပြဲ ခံတတ္ၾကျခင္း ျဖစ္သည္။ ((( LIKE )))

e.g. Request Interim gov
If agree to share power FAIRLY/Democratically GUARANTEE the blanket Immunity for all SPDC.
Those suffered died, jailed, injured, tortured, South Africa style Reconcilliatry council and PAID by the new gov.
Of course to… release all political prisoners
Just e.g. only.

If SPDC refused to talk???
Daw Suu should just offer through Int Press Conference what she could give for the give and take.
If they don't agree the reasonable offer at least all could know. Now all R in the darkness.

အရည္အတြက္ ေထာင္ဂဏန္း ရိွမည့္ ႀကံ့ဖြံ႔ အမတ္ေတြကိုလည္း – လတ္တေလာ မည္သူ႔ ႏိုင္ငံေရး ေနာက္လိုက္ေတြ ျဖစ္ေနပေစ – အနိမ့္ဆံုးအားျဖင့္ ျမန္မာ ျပည္သားေတြဘဲဟု သတ္မွတ္ ႏိုင္ရမည္။ အမ်ိဳးသား ညီၫြတ္ေရးကို တကယ္ ေရွးရႈလွ်င္ – အမ်ိဳးသား ေခါင္းေဆာင္ဘ၀ တကယ္ ခံ…ယူလိုလွ်င္ – အလုပ္ျဖင့္ ရယူႏိုင္သည့္ လမ္းပြင့္ ေနေသးသည္။
CORRECT. I AGREE. During 8888 a lot from military & ex military, BSPP party cadres and Lanzin Youths followed Daw Suu. If Daw Suu is winning a lot of them will just jump ship. They support SPDC for convienence in their livelihood.

If USA and developed countries could offer citizenships, protection and some financial help to settle in, for the families of TOP SPDC generals if they agree to jump ship…………….My dream only.



anak2

Posted: 16 Nov 2010 05:02 AM PST

coti sekolah nak start dah..anak buah akak yang darjah enam tu dapat 4A 1B...syukur..pandai anak buah aku..tp uda lom ade duit nak belikan kakak hadiah....

bila di tanya nak hadiah ape..jawabnya Iphone....
glap mata sekejap...rasa nak pitam....

mak ai besar hajat ko ek...makcik ko nak merasa pakai belekberi ni pun tunggu umur senja baru dapat...sebelum tu duk lah pakai hp iras2 alat pembaling anjeng dengan bunyi ala2 harmonika tu...

budak sekarang kalau mintak x alang2 kan..bila pekse bagus je..dapat laptop...
dapat hp canggih manggih...ade tu kawan anak buah akak punya kawan..spm result manja2 dengan A ade dua tiga ketul..tup tup dapat kereta PERDANA...adohai...kau keja bagai nak rak ni..duk lah pakai kancil sajork yang dua tiga bulan lagi bakal menempatkan dirinya ke bengkel sebab uzur....

anak2 sekarang mewah...dulu akak dapat pekse no satu bapak akak cuma belikan pensel box besi dengan pensel 2B je..tp rase bestnya macam dapat emas...paling2 hebat pun dapat ikut pi jalan2 kat bandar pj or kelang...


sekarang ..dapat no satu je tu dia...dapat pi disneyland...pitam kan....
dapat laptop sebijik...dapat piano...ko aderrr?

kalau akak dulu mintak lebih2 almaklum dapat tali pinggang lah jawabnya...

dulu kalau x nak belajar..mak n abah capai getah paip libas terus..anak sekarang x leh dimarah..terencat akalnya katanya...kaannnn...pa dia...

dulu xde lah tunyen2 bagai..pandai gak...anak sekarang kalau x anta pi tusyen x ikut peredaran zaman katanya...sebenarnya anak2 sekarang ni bebal...azabbbb....

sebulan bayar 2-3 ratus..amboi banyak tu...sebab ape..kat sekolah cikgu ajar x bagus katanya...yer ke...nasib baik aku x jadi cikgu..kalau aku jadi cikgu mau aku libas pakai tali pinggang...mendapat ko...

ape pun anak2 sekarang mmg bertuah....sebut je ape nak..semua dapat...kita dulu kena simpan je angan2...



..


Ekspo Cheng Ho: Pavillion Dijangka Jadi Tarikan Pengunjung

Posted: 16 Nov 2010 05:45 AM PST



Pavilion jadi tarikan ramai


KOTA BHARU – Tinggal lima hari lagi Ekspo Cheng Ho bakal dibuka kepada orang ramai khusus untuk memberi peluang melihat lebih dekat lagi keistimewaan dan keunikan negara China.

Pengarah program, Zulkefli Mamat berkata, antara yang menjadi daya tarikan utama kspo yang akan berlangsung dari 21 hingga 26 November ini ialah China Pavillion.

Katanya, ia akan memberi peluang pengunjung mendapatkan teknik rawatan alternatif diabetes daripada Universiti Chendu.

"Tidak ketinggalan Universiti Perubatan Ninxia turut mempamerkan dan menunjukkan kaedah perubatan Islam dalam tradisi China.

"Kita juga akan membawa fesyen Muslimah dalam pelbagai rekaan yang dihasilkan daripada syarikat atau kilang di China," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Zulkefli berkata, antara kelainan yang ada ialah teknologi seperti rumah jimat tenaga yang akan dipasang di kawasan ekspo tersebut.

Menurutnya, turut sama menjadi tarikan ramai ialah sejarah Laksamana Cheng Ho yang dibawa terus dari Muzium Cheng Ho dari Melaka.

"Bahan pameran tersebut meliputi sejarah, bentuk kapal, barangan yang dibawa ekspedisi Cheng Ho, teknologi yang digunakan dan kemajuan yang dibawa Cheng Ho di tempat yang disinggahi sepanjang pelayarannya.

"Terdapat juga International Pavillion dari negara-negara Asia Tengah seperti Krygyzistan, Kazakhstan, Tajikistan dan negara Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean)," katanya.

Beliau berkata, antara tarikan penting yang lain adalah tulisan al-Quran terpanjang iaitu sepanjang 209 meter dan ditulis seorang Muslim, Yusuf dari Shanghai.

Zulkefli berkata, proses membuat kaligrafi berdasarkan al-Quran itu mengambil masa dua tahun menggunakan 80 pekerja.

Antara pertunjukan turut diadakan ialah akrobatik China, Adili yang berjalan atas tali yang direntangkan di Stadium Sultan Muhammad IV.


beli rokok atau pow sajer!

Posted: 16 Nov 2010 04:14 AM PST


ada perasaan nak isap roko tapi x nak beli...pow rokok orang je....

itew adalah satu perkara yang biadap namanya....kita paham ketagihan merokok itew mmg sukar di bendung...tp kalau nak isap rokok ko kena lah usaha nak bagi mulut berasap....kannnn...

akak start merokok ni sejak akak di bangku sekolah lagi..walaupun akak woman...womanlah sangat kan..tp akak start merokok sejak usia muda...sebelium akak start belajar pakai high heel akak blajar isap rokok dulu kay...bleyyyy

zaman2 akak start menjadi bohsia lagi...akak dulu kat sekolah pengawas uollsss..tangkap orang merokok tp bila akak tangkap rokok akak rampas..akak yang isap...biadap x....ade aku kesah...

dulu isap nyorok2....takut mak bapak akak tau...tp bila dia dapat tau dia buat bodoh je...mereka cakap merokok lah asal ko x mintak duit mereka....macam2 cara akak buat nak kumpul duit sebab nak beli rokok..zaman tu rokok murah uolllssss...sekotak besar dunhill 3 ringgit lebih je....

sekarang tu dia..10 hengget....pitammmm...

mmg ade niat nak berhenti..makan ubat..kurang kan isap..tp kurang berjaya..sebab gigih kannn...

dulu akak rase merokok ni akan nampak kelas...kalau isap rokok tu nampak cam wanita2 sosial gitew..tp sebenarnya nampak sial ok...hahahahah

wanna smoke?

sebab ape..bila kita ade rokok ramai lah jantan2 kat sekolah tu duk dekat kat kita..sebab kita ni ade rokok...then leh kita exchange rokok ngan mereka..opsssss...

then time tu pow2 rokok tu x jadi hal sebab murah....tapi bila dah senja kala ni rokok dah mahal..bila orang nak pow rokok terjegil2 bilik mata kita nak bagi x....kadang2 buat2 hint2 x nak bagi kannnn....

kadang2 tu dah jadi hebit orang ni..rokok ade tapi simpan..sebab pow rokok orang ni sedap....kadang tu akak pun ade gak pow rokok orang tp..berpada2 lah kan..ini asyik nak pow orang je..pa diaaaa....x yah tengok jauh...kat umah akak ni..semua jantan isap rokok..cuma sorang abang ipar akak je x isap sebab paru2 dia ade sebelah je....akak rase silap ari bulan mak akak pun join sekaki sebab tension dengan semua kannnn....

then abang and adik akak ade lah salah pengepow rokok paling tegar....sakit benor ati rasenya..pantang ade rokok atas meja...tau2 je tinggal sebatang..pow macam dia beli..pergampangan ke tidak.......dah lah isap rokok macam keretapi....

ko mampu?

dulu mase akak blajar...duit ala2 manja kan...so selalu lah akak pow rokok kawan2 kan...then kawan akak ni cakap " nyah..mak aku kan menoreh getah tau...kalau x salah dia kuar umah kul 4 pagi..then pi menoreh..sampai kul 11 pagi...dia jual getah tu...kena kayuh basikal jauh nak jual...then dapat duit tu dia kirim kat aku..tehn aku beli rokok ni..mak aku cakap kalau beli rokok tu bagi kawan2 lain isap sama..sebab mak aku mmg bagi duit suruh belanja kawan2"...

gampang x cerita dia...ko cakap je lah ko x nak bagi rokok kan....

sejak tu akak x nak pow rokok orang lagi...sebab ape....kita nak merokok kenapa kita kena mintak orang kan....

then kita kena lah hormat kalau kita duk merokok dekat ngan orang yang x merokok..kena hormat..sebab ade orang ni bau asap rokok pun dia leh muntah....

akak nak cuba rokok electronic ni lah..selalin selamat ..ia juga tahan lama...x bazir rokok beli rokok yang banyak bahan kimia tu

so pengajaran disini...kalau nak isap rokok beli sendiri...kalau terpakse mintak tu emergency je..atau x yah isap...setuju? kalau leh buat2 lah berhenti....dah lah mahal...bahaya untuk kesihatan plak...

hikmat masyarakat dari
Doktor senduk
..


Mayat Reput Ditemui Terapung Di Pulau Kapas

Posted: 16 Nov 2010 04:45 AM PST

Mayat reput ditemui terapung di Pulau Kapas

Gambar Hiasan: Kejernihan air Pulau Kapas memikat pelancong

MARANG - Mayat lelaki yang telah reput dan tidak berpakaian ditemui terapung di perairan Pulau Kapas di sini semalam.

Mayat itu ditemui oleh penduduk setempat pada pukul 5.10 petang, kata Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, lelaki yang dipercayai rakyat asing itu dianggar telah seminggu meninggal dunia.

"Ketika ditemui, kaki kanan antara buku lali ke bawah sudah hampir putus," katanya.

Ahmad berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. - Bernama


Do You Remember Love?

Posted: 16 Nov 2010 04:38 AM PST

As many of you already know, I am a very sentimental person. It has been a great day today and yet, in the midst of the euphoria, I have been sitting in front of my laptop, trying to come to terms with the many blessings and lessons I have learnt of late.



And as I reflected on the many precious gems of wisdom I picked up along the way, a video clip came to my mind, one which I have posted before.

It is not easy to grow old you know. I am hitting the big five soon and I wonder how many more years I have left on this earth. I wonder if I will get to see a better Malaysia? Or to hold my grandchildren or to reach the twilight years with those I love beside me all the way?

The best legacy I can leave behind with my loved ones and even in this blog is love - the love I have shared with my family and friends...the blog posts I put up lovingly with no monetary reward but the knowledge that people do make time to visit, to read and sometimes to share their thoughts.

So before I go all sentimental and teary eyed again, I would like to invite you to watch this movie called DO YOU REMEMBER LOVE? Click here to watch.

Take care and may you always remember love - the love that others have showed you, the love that you have showered on those you love. "Remember that everytime you touch somebody...you change their world."

Have a lovely evening!


MBI Gives Up, Says Sorry And Bans All Dog-Shooting At Once,

Posted: 16 Nov 2010 04:29 AM PST

P+ pix: aNt visits special friend at ISPCA after ban announcement 

Published: Tuesday November 16, 2010 MYT 3:45:00 PM
Updated: Tuesday November 16, 2010 MYT 3:46:40 PMThe Star Ipoh bans shooting of straysBy IVAN LOH
City council to use other methods to deal with stray animals

IPOH: The Ipoh City Council will implement a ban on the shooting of stray animals with immediate effect.
Speaking to


Big Bad Wolf - Buku, buku & buku

Posted: 15 Nov 2010 07:04 PM PST

Setelah berjanji dengan anak-anak, jika dapat 'A' untuk peperiksaan akhir, hadiahnya ialah 1'A' 1 Buku. Saya tidaklah kiasu supaya mereka mengejar-ngejar untuk mendapat A. Saya sudah pesan kepada mereka bahawa sebarang lonjakan markah dari C ke B atau dari B ke A juga akan dinilai untuk hadiah buku daripada saya. Pada saya, peperiksaan bukan sekadar dapat membariskan A sebanyak-banyaknya.

Hendak dijadikan cerita, mereka pun berjaya mengumpulkan sekian banyak markah A dan ada pula lonjakan markah, bagi subjek yang tidak mendapat A. Seperti sebuah plot cerita yang klise, mereka pun menuntutlah hadiah buku itu.

Mujur ada jualan murah Big Bad Wolf di South City Plaza, Seri Kembangan. Saya bawa mereka pada petang hari Jumaat dan mereka sungguh rambang mata sehingga sukar memilih. Anak yang sulung sungguh terkasima apabila melihat harganya antara RM5 - RM8 untuk buku kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang masih baharu. (Ini bukan seperti jualan lambak di gudang DAWAMA.) Ini jualan BookXcess yang memang mendapat buku-buku lebihan cetakan, lebihan stok dan sebagainya.

Oleh sebab bukunya teramat murah, tiga orang anak yang saya bawa mendapat purata 6 buah buku seorang. Gembira tidak terkata. Ibunya lebih gembira kerana dapat 'tumpang semangkuk' membeli buku-buku koleksi sendiri.

Ini hasil pada hari pertama :

Gambar : Pembelian hari pertama. Linda Goodman's Sun Sign sudah ada tetapi sudah hampir hancur sebab selalu dibaca. Jadi, beli satu lagi sebagai simpanan. RM8 sahaja. The Bible - A Biography melengkapkan koleksi Karen Armstrong yang turut menulis A History of God dan The Case for God. Jumlah yang dibelanjakan RM98 (tidak termasuk buku anak-anak)

Atas sebab-sebab tertentu, saya dan suami pula membuat pusingan kedua pada hari yang lain. Koleksi pada hari Isnin tidak berapa menarik lagi kerana kemungkinan ramai pengunjung yang telah mengaut buku-buku pada hujung minggu.

Namun, hasil yang saya peroleh masih lagi tidak mengecewakan. Paling menarik ialah buku biografi penulis kanak-kanak kegemaran saya : Beatrix Potter - yang menulis Tales of Peter Rabbit (tiada kena mengena dengan JK Rowling dan Harry Potternya.) Sudah lama saya idam-idam buku ini. Di Amazon.com harganya tidak usah dicerita. Di sini saya beli dengan harga RM10!

Kalau Enid Blyton menulis karya untuk remaja, Beatrix Potter lebih menumpu kepada kanak-kanak tahap 2. Riwayat hidupnya juga telah difilemkan melalui Miss Potter lakonan Renee Zelwegger sebagai Beatrix Potter.


Ini pula hasil hari kedua (akhir) :


Gambar : Pembelian hari kedua. Banyak buku biografi yang menarik.


Gambar : Lagi imej pembelian hari kedua - koleksi biografi tokoh terkenal yang ditulis semula dalam bentuk wawancara (a fictional interview). Cara tanya-jawab yang dibuat memudahkan kita mengikuti kisah tokoh-tokoh ini. Harga setiap buku RM5. Jumlah yang dibelanjakan untuk hari kedua RM67 sahaja.

Esok ialah hari terakhir jualan Big Bad Wolf.



Mustaffa Ulangi Desakan Tangguhkan Pemilihan

Posted: 16 Nov 2010 04:00 AM PST

Mustaffa ulang desak tangguh pemilihan PKR

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamili Ayub hari ini mengulangi desakan supaya pemilihan PKR ditangguhkan kerana kelompongan dalam pengurusan pemilihan parti itu didakwa masih berterusan.

Katanya, terdapat beberapa aduan tambahan sedang dibuat, termasuk oleh beberapa calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memfailkan kes khusus untuk disiasat.

"Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden dalam protes," katanya yang mencuba nasib merusi kerusi timbalan presiden.

"Dalam erti kata (lain), kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan."

Ulasan GB

Sudah terlewat Mustaffa. Sepatutnya jika anda benar-benar berjiwa pemimpin, awak telah menyatakan pendirian tegas awak lebih awal sebelum ini dengan mengundur diri dari bertanding.

Sekarang, orang Azmin akan melemparkan pelbagai tuduhan kepada awak jika awak mengulangi desakan untuk mengadakan pemilihan sepertimana mereka lakukan terhadap Zaid.

Anda telah pun terjerat dengan proses "turn-over" sepertimana GB telah ulaskan sebelum ini.


Selamat Aidil Adha

Posted: 16 Nov 2010 03:48 AM PST

Muslims descended on the Mina valley Tuesday to mark the third day of the hajj, known as the Eid al-Adha or 'Festival of Sacrifice'. Pilgrims hurled pebbles at the 30-metre long structure the longest of three walls said to symbolise the devil, also referred to as Iblis.

Some three million pilgrims are taking part in this year's hajj, the world's largest annual pilgrimage that retraces the route taken by the Prophet Mohammad 14 centuries ago. Most arrived in the central western Saudi Arabia tent town Mina overnight, after returning from rituals marking the peak of the hajj on Monday at nearby Mount Arafah.

The Eid al-Adha festival is also usually marked by the ritual of sacrificing an animal, usually a lamb.

Pilgrims then head to the holy city of Mecca, some five kilometres west of Mina, to perform Tawaf. The hajj ends Friday.

(Going to Mecca now is easy, by planes. During the 60s and 70s, chartered ships were used and it took about three to four months before the pilgrims were back in Malaysia after completing the hajj).



Pangsapuri 28 Tingkat Terbakar Korbankan 53 Orang Setakat Ini

Posted: 16 Nov 2010 03:00 AM PST

Shanghai - Lapan orang terbunuh dan 90 lagi cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah bangunan apartmen yang menjadi kediaman untuk guru-guru di Shanghai, China semalam.

Gambar: SEMBURAN air dari sebuah jentera bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan apartmen di Shanghai semalam.

Apartmen 28 tingkat itu sedang dalam proses pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Sebanyak 10 buah jentera bomba berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh tiga jam. Menurut agensi berita Xinhua, anggota-anggota polis mengawal lokasi kejadian.

Saksi-saksi memberitahu, perancah buluh yang mengelilingi bangunan itu terbakar terlebih dahulu sebelum api merebak ke dalam bangunan.

Seorang mangsa yang terselamat, Li Xiuyun, 61, memberitahu, dia, suami, anak lelaki dan seorang cucu perempuan turun melalui tangga dari apartmen mereka di tingkat 16.

"Anak lelaki saya menanggalkan stoking dan merendamnya dengan air untuk digunakan bagi menutup hidung," jelas Xiuyun. Seorang doktor dari Hospital Daerah Jingan memberitahu, lebih 20 mangsa yang mengalami kecederaan teruk telah dihantar untuk mendapatkan rawatan. - AFP


Angka korban kebakaran pangsapuri Shanghai cecah 53 orang

SHANGHAI: Angka korban kebakaran besar terhadap bangunan pangsapuri yang sedang diubah suai di Shanghai meningkat kepada 53 orang hari ini dengan lebih 70 yang lain dirawat di hospital.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan saksi sebagai berkata kebakaran itu bermula apabila bahan binaan terbakar dan merebak ke perancah sebelum ke bangunan 28 tingkat itu.

Kerajaan berkata lebih 100 jentera bomba dipanggil untuk melawan kebakaran yang berjaya dipadam empat jam kemudian.
Anggota bomba dilihat membawa keluar mayat dari bangunan itu manakala mangsa yang terselamat dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Laman berita Eastday.com melaporkan seorang pekerja pembinaan sebagai berkata mereka sedang memasang penebat penjimat elektrik apabila kebakaran itu berlaku. - AP



60% Rakyat Malaysia Alami Kegemukan, 30% Obesiti

Posted: 16 Nov 2010 01:45 AM PST

16.2 juta rakyat alami kegemukan

Gaya hidup jadi punca: Liow

KUALA LUMPUR: Seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8.1 juta penduduk atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan (obesiti).

"Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dielak dan dicegah dari semasa ke semasa tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.

"Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat di negara ini dan kita tiada pilihan, melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sementara itu, Liow mengumumkan kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital (LPH) di 112 hospital di seluruh negara, pada tahun depan.

"Peruntukan ini disalurkan terus kepada akaun LPH bagi menjalankan aktiviti dan program bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital dan kesejahteraan pesakit," katanya.
Liow berkata, bermula tahun depan, mereka juga diberi tanggungjawab dan peranan lebih berat termasuk menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk meningkatkan pengetahuian kesihatan rakyat.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan sistem penarafan bintang bagi semua LPH dan sebagai permulaan, 18 hospital negeri dan utama dibuat penilaian berdasarkan beberapa kriteria termasuk pengendalian mesyuarat, projek, aktiviti serta lawatan, selain idea dan inovasi diterapkan dalam menambahbaik perkhidmatan hospital dan pesakit.

Katanya, antara LPH mendapat pengiktirafan empat bintang ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang.

LPH yang mendapat tiga bintang ialah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star; Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. -BH


Recovering

Posted: 16 Nov 2010 01:38 AM PST

The two weeks of attending the course on Disability Equality Training (DET) really took its toll on me, both physically and mentally. I had to get up at 5.30 am on most days to get ready and then brave the notorious Jalan Loke Yew traffic jam to reach Bandar Baru Sentul by 8.00 am for the facilitator and co-facilitators meeting.

As one of the four co-facilitators, I not only had to facilitate groups but to learn the concepts and techniques applied in DET, many which are new to me as well. The training ends at 4.00pm daily but we, the facilitators, stayed on to discuss the proceedings of the day. Wuan would usually pick me up at around 7.00 pm and we would reach home at around 8.00 pm. I have not had it so hard for a long time. It was worth the effort though.

Today, I woke up at 12.00 noon. I may need a few more days to fully recover from the exhaustion. I missed the deadline for an article I had promised to deliver. My plans to get a new wheelchair was put on hold for the entire duration I attended the course. I am slowly getting back into groove of my daily routines again. Hopefully, I will have more time to blog after this.

Related posts:

  1. Almost Over The 2nd Regional Training of Trainers on Disability Equality Training...
  2. Steamrollered It felt like I was ran over by a steamroller...
  3. Busy And Tired This blog has not been updated for a week now....
  4. Sleeping With My Facebook Buddies The moment I opened my eyes, there sleeping beside me...
  5. Taking It Easy For Now It is apparent that my body is no longer able...


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Posted: 16 Nov 2010 12:45 AM PST

Ziarah dan Pemberian Kerusi Roda

Posted: 16 Nov 2010 12:30 AM PST

Alhamdulillah, saya sempat ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menziarah dan memberi kerusi roda kepada salah seorang masyarakat Lembah Pantai, Encik Yahaya Bin Abu Bakar yang menghidap penyakit strok.

Mari kita sama-sama mendoakan agar dia bertambah baik. Di sini juga saya ingin menekankan bahawa segala bantuan yang mungkin bagi meringankan bebenan yang ditanggung masyarakat Lembah Pantai yang kurang bernasib baik sikap amat dihargai. Sikap keprihatinan patut diserap oleh semua masyarakat :)


Aung San Suu Kyi of Burma, Michael Stipe of R.E.M.

Posted: 16 Nov 2010 12:26 AM PST



Daw Aung San Suu Kyi’s Interview! May 2002 after 2nd. release

Posted: 16 Nov 2010 12:25 AM PST



No comments: