Saturday, December 25, 2010

Pope's message to China's Catholics

Pope's message to China's Catholics


Pope's message to China's Catholics

Posted: 25 Dec 2010 06:07 AM PST


1 Malaysia is not political, says Najib

Posted: 25 Dec 2010 02:53 AM PST


Mahathir balik kampung: To head to Kerala, the last stop on his tour of India

Posted: 25 Dec 2010 08:10 AM PST

December 24, 2010 16:40 PM

Mahathir Has Date With Shah Rukh On Christmas Day

NEW DELHI, Dec 24 (Bernama) -- When former premier Tun Dr Mahathir Mohamad arrives in Mumbai on Christmas Eve, he will be a special guest of Bollywood hearthrob Shah Rukh Khan.

Dr Mahathir and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, both on a private visit to India, will be arriving in the Indian financial capital on Friday, where the famous actor will play host to the elder statesman.

"When he heard I was coming to India, he said I must go to Bombay (Mumbai).

"Well, he is more a friend than fan. I have known him for quite some time. His last movie I watched was 'My Name is Khan'," said Dr Mahathir.

Khan is expected to host a special high tea for the couple at his Mumbai residence on Christmas Day.

During his two-day visit to Mumbai, Dr Mahathir is slated to visit the Yash Raj Film Studio, India's premier film studio.

Dr Mahathir is the second luminary to meet Khan in less than a week, after Russian President Dmitry Medvedev met the actor in Mumbai last Wednesday.

Medvedev was on an official visit to India last week.

Malaysian Consul-General in Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah will also host a special dinner for the visiting dignitaries.

Dr Mahathir will conclude his Indian tour with a visit to Kerala after Mumbai.

On Thursday, he met Indian Prime Minister Manmohan Singh in Delhi.

-- BERNAMA


Why Singing Carols Is Good For You

Posted: 25 Dec 2010 08:00 AM PST

25 December 2010 Last updated at 00:33 GMT Singing your heart out this Christmas is good for you By Dominic Hughes Health correspondent, BBC News Singing along to some carols this Christmas will help your physical and mental well being  Whether it's a candle-lit carol service or a rather more raucous evening of


[Bergambar] Bertudung Tapi Bogel

Posted: 25 Dec 2010 10:06 AM PST

Bertudung Tapi Betis Didedah


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak 'rapus'. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur'an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya." (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.















Bagaimana Mengesan Kualiti Handfon Melalui Kod IMEI

Posted: 25 Dec 2010 06:45 AM PST

Membaca Rahsia IMEI handphone

Memasuki era perdagangan bebas kita haruslah berhati-hati dalam membeli sesuatu, terutama barang-barang elektronik, hp khususnya karena sekarang banyak sekali penipuan atau bermunculannya hp-hp black market ataupun mungkin juga hp rekondisi, oleh karena itu diperlukan tips untuk mengetahui apakah hp sebuah hp itu benar-benar asli, dibuat dinegara mana dan tentu saja paling penting adalah kualiinya.

Berikut ini sedikit tips untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat serta kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA) :

Langkah pertama : cari no imei hp dgn ketik *#06# Setelah kamu mengetikan code tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 02 atau 20 itu berarti hp tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang buruk.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 08 atau 80 itu berart hp tersebut dibuat Jerman dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 01 atau 10 itu berarti hp tersebut dibuat di Finland dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 00 itu berarti hp tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik. Dan apabila tidak ada dari salah satu diatas, berarti hp anda tidak tulen dan tidak jelas.

Demikian sedikit tip, semoga dapat membantu agar tidak tertipu.


Anak Kecil Ditemui, Dalam Jagaan Jabatan kebajikan

Posted: 25 Dec 2010 06:00 AM PST

JKM cari ibu, waris kanak-kanak

PULAU PINANG 23 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak, Muhammad Syafiq Muhammad Ridzuan, yang ditemui di dalam sebuah kotak.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM, Rossilawati Aminudin berkata, Muhammad Syafiq (gambar) yang beralamat terakhir di Blok 25-8-7, Flat Batu Lanchang, 11600 Jelutong di sini kini berada di bawah jagaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut sejak 1 Februari lalu.

"Diminta ibu kandung atau waris atau sesiapa sahaja yang mengenali kanak-kanak ini tampil untuk memberi maklumat," katanya dalam kenyataan di sini.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Rossilawati atau Mat Zamree Abdul Aziz di talian 04-2264531 atau 04-2277413.


Program 100 Hari PR Menurut Nik Aziz, Gangster?

Posted: 24 Dec 2010 11:15 PM PST


KOTA BARU, 25 Dis 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Progran 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan. Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu. Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan..

  • Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol,
  • merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,
  • menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan
  • dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.
  • Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.
  • Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat. (AK)


Ketegangan Hubungan Malaysia-Indonesia Lambang Kegagalan Najib

Posted: 25 Dec 2010 02:55 AM PST

Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia

JAKARTA, 25 Dis — Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Ketika itu isu "Ganyang Malaysia" dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.

Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.

Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.

Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.

Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.

Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. -TMI


Indonesia larang temubual pemain

SKUAD Indonesia tiba di tanah air tengahari semalam tetapi amat mengecewakan apabila pengurusan pasukan itu yang melarang pemain daripada ditemubual pemberita yang membuat liputan pertama sesi latihan mereka di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Larangan itu jelas mengecewakan puluhan wartawan termasuk wartawan republik itu yang menunggu setia dalam hujan lebat sejak jam 5 petang hingga tamat sesi latihan kira-kira jam 7 petang.

Cristian Gonzales dan Bambang Pamungkas yang menjadi tumpuan wartawan hanya sekadar melemparkan senyuman dan memberitahu tidak boleh ditemubual ketika disapa wartawan.

Sementara itu, jurulatih Alfred Riedl yang ditemui selepas sesi latihan itu berkata, pasukannya akan tetap menjalani latihan hari ini walaupun ada di kalangan pemainnya menyambut perayaan Krismas. -BH


Ulasan GB

Ketegangan Malaysia-Indonesia adalah hasil kelembapan kerajaan Malaysia sendiri di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Mohd Najib yang tidak mengambil berat serta tidak mengindahkan kepentingan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Diperburukkan dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri yang bersikap "denials syndrome" apabila berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Kita cabar Anifah untuk berdiri sendiri di tengah masyarakat Indonesia, tanpa sebarang protokol sebagai menteri. Biar dia dengar dan rasa sendiri apa yang dilakukan oleh masyarakat Indon jika apa yang didakwakan itu benar.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini yang menyatakan seorang amah Indonesia dirogol oleh menteri kabinet kerajaan UMNO BN di era Pak Lah sebagai PM turut memburukkan suasana. Apa tah lagi kes itu disorokkan dan menteri itu tidak diambil apa-apa tindakan. Laporan tersebut di SINI.


Are we helping PR to win Tenang seat?

Posted: 25 Dec 2010 03:16 AM PST

Merry Xmas and a Happy New Year to Malaysians and Christians all over the world. In Malaysia, the joy is equally shared by all races of different religions. That's what this nation is all about.

And I would also like to 'equally share' my opinion with some fellow-bloggers who expressed their concern for the Jan 30, 2011 Tenang state by-election, about what they felt (Janganlah terlampau tenang di PRK Tenang ya) and (Tenang menanti gelora). I believe the Tenang issue is also highlighted by other blogs.

Sometimes when we cast our worries, we tend to forget something. As a result of our excitement to blog for the government, for Barisan Nasional and for Umno, we actually are providing ammo for the Opposition.

While this 'pro-Umno bloggers' are going all out to help the party wins, they also help the Opposition by writing stories about scandals after scandals as part of a 'concerted plot' to bring down one or two Cabinet members and other senior party leaders.

Of course its good to get rid of these bad apples but the timing isnt just right. In our excitement shooting at this people, we forget that we are giving the Opposition a free ride and a killing stone to be thrown at the leadership.

While we self-proclaimed that we are 'pro-Umno' and 'pro-BN' bloggers, the way some of us write does not reflect so when they keep on attacking everbody in the Cabinet to the extent that none of them is fit for his/her position!

I think Prime Minister Najib knows who the bad apples are. And I believe they will be dropped for the next national poll. Dont you think Najib is wise enough? Or...

Ho Ho Ho...!


[Bergambar] Kahwin Perdana: 100 Pasangan Diijabkabulkan

Posted: 25 Dec 2010 05:40 AM PST

Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

"Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing"ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

"Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah"kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan


Kahwin Perdana 2010

Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program 'Kahwin Perdana 2010' bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia sendiri.

Semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan + RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini. Langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik, fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan manusia ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran 'Kahwin Perdana 2010' ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri dalam proses melahirkan Ijtima' Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai dan diberkati. "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur". -jottumah














Ketegangan Hubungan Malaysia-Indonesia Lambang Kegagalan Najib

Posted: 25 Dec 2010 02:55 AM PST

Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia

JAKARTA, 25 Dis — Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Ketika itu isu "Ganyang Malaysia" dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.

Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.

Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.

Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.

Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.

Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. -TMI


Indonesia larang temubual pemain

SKUAD Indonesia tiba di tanah air tengahari semalam tetapi amat mengecewakan apabila pengurusan pasukan itu yang melarang pemain daripada ditemubual pemberita yang membuat liputan pertama sesi latihan mereka di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Larangan itu jelas mengecewakan puluhan wartawan termasuk wartawan republik itu yang menunggu setia dalam hujan lebat sejak jam 5 petang hingga tamat sesi latihan kira-kira jam 7 petang.

Cristian Gonzales dan Bambang Pamungkas yang menjadi tumpuan wartawan hanya sekadar melemparkan senyuman dan memberitahu tidak boleh ditemubual ketika disapa wartawan.

Sementara itu, jurulatih Alfred Riedl yang ditemui selepas sesi latihan itu berkata, pasukannya akan tetap menjalani latihan hari ini walaupun ada di kalangan pemainnya menyambut perayaan Krismas. -BH


Ulasan GB

Ketegangan Malaysia-Indonesia adalah hasil kelembapan kerajaan Malaysia sendiri di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Mohd Najib yang tidak mengambil berat serta tidak mengindahkan kepentingan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Diperburukkan dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri yang bersikap "denials syndrome" apabila berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Kita cabar Anifah untuk berdiri sendiri di tengah masyarakat Indonesia, tanpa sebarang protokol sebagai menteri. Biar dia dengar dan rasa sendiri apa yang dilakukan oleh masyarakat Indon jika apa yang didakwakan itu benar.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini yang menyatakan seorang amah Indonesia dirogol oleh menteri kabinet kerajaan UMNO BN di era Pak Lah sebagai PM turut memburukkan suasana. Apa tah lagi kes itu disorokkan dan menteri itu tidak diambil apa-apa tindakan. Laporan tersebut di SINI.


KES MENGGEMPARKAN NEGARA

Posted: 24 Dec 2010 11:24 PM PST


BN now mulls snap polls in Q2 2011

Posted: 24 Dec 2010 03:06 PM PST


Shi’ah, Malaysia, Habermas

Posted: 24 Dec 2010 07:10 PM PST

Apa yang membezakan kedudukan warga minoriti dalam teori wacana J├╝rgen Habermas berbanding dengan tradisi liberal? Hak-hak minoriti dijamin oleh sistem (negara): tiada hukum negara yang final.

Namun, perkembangan mutakhir memaparkan Malaysia maseh jauh dari cita-cita tersebut. Sistem kita tergusur dari negara-hukum yang mendukung demokrasi deliberatif. Hal ini dapat disemak menerusi hak-hak minoriti Malaysia yang lekas dimamah homogenisasi, lebih-lebih lagi saat berkaitan dengan soal agama, khususnya Islam. Walhal, dalam sistem politik gagasan generasi kedua Mazhab Frankfurt tersebut, hak-hak minoriti sentiasa mendapat tempat khusus.

Mengapa hal ini berlaku di Malaysia? Barangkali akibat berbibitnya konflik antara tradisi-modeniti. Islam pada barisan tradisi, manakala sistem pada barisan modeniti. Kita bermasalah pada kedua-duanya: tradisi dan modeniti, dan gagal menguruskan pertembungan tersebut.

Islam, dalam sejarahnya, tak pernah kaku. Di sana, kebudayaan memainkan peranan bermakna, yang sentiasa menyegarkan. Walau bagaimanapun, kebudayaan pula tak pernah satu, sebaleknya beragam, serta sentiasa boleh berubah. Dalam kebudayaan ini, termasuklah juga agama. Menerusi modeniti, agama kemudiannya mendapat dampak yang paling drastik. Lantaran itu, banyak penganut agama berada di persimpangan. Dan, muslim di Malaysia memang tersentak dengan arus modeniti yang tak terbendung ini. Bagaimana hal ini boleh dijelaskan?

Modeniti, sebetulnya, agak lewat hadhir ke Malaysia. Negara kita mithalnya, paling ketara berdepan modeniti hanya setelah merdeka. Sebelumnya, negara maseh terbelenggu dengan kolonialisme. Sewaktu modeniti bersemi-- dengan nilai-nilai yang diusungnya -- maka unsur-unsur dalam kategorisasi besar mula tergugat. Mudahnya, Islam di Malaysia yang mafhum sebagai sebuah kategorisasi besar, mula dicabar a priori-nya, dan dipermasalahkan. Sebelumnya tidak. Ini kerana, sebelumnya sudah ada kategorisasi besar seperti imperialisme, feudalisme, agamawan, dll.

Lantas, kunjungan modeniti menyerlahkan kerumitan (complexity) baru. Keadaan ini rupanya secara perlahan telah mengugurkan beberapa kespontanan yang sekian lama diamalkan masharakat.

Kespontanan (budaya) ini adalah ciri masharakat tradisional. Sementara, keteraturan (hukum) adalah ciri masharakat moden. Tatkala adanya keteraturan, maka unsur-unsur tradisi, termasuk kategorisasi besar, itu akan mula mengalami kecairan. Satu demi satu, nilai-nilai tradisi dipertikaikan. Sementara, masharakat -- kian terbuka -- akan mula mencari wadah naungan yang lebih autentik, serta lebih rasional. Di Malaysia, dengan fungsi negara sebagai hub pendidikan, hiburan, beli-belah, perlancungan, rumah kedua, dll, maka negara kita melesat ke arah kosmopolitanisme.

Tapi, kosmopolitan kita tanpa falsafah. Sistem, dan masharakat kita sepertinya belum siap untuk berdepan dengan kosmopolitanisme ini. Mental terlalu lemah. Ini dapat dilihat tatkala kita sering kehilangan pedoman tentang bagaimana untuk menebak krisis-krisis mendatang. Kegagalan ini berpunca dari rumusan dasar-dasar negara yang mentah. Bercambahnya kalangan minoriti, jelas merupakan gejala modeniti, yang mengungkapkan kegagalan kita dalam memapankan sistem. Kasus kalangan Shi'ah yang ditahan di Gombak baru-baru ini merupakan contoh terbaik.

Dalam kasus Shi'ah tersebut, kita mudah melenting tatkala ada warganegara yang keluar dari kategorisasi besar. Tapi, aneh juga, mereka bukan dinyatakan sesat dari Islam/agama. Sebaleknya, sekadar dinyatakan sesat dari Ahlus Sunnah wal Jamaah? Mengapa tak dinyatakan mereka sesat dari Islam? Adakah Islam itu tak warna-warni? Ketempangan nalar kita ini merupakan sebuah paradox. Kita berselindung di belakang andaian tertentu demi mengistimewakan kekuasaan eksklusif tertentu (mazhab) ke atas inklusif semua (agama). Padahal, di sisi sistem dalam masharakat majmuk, berpaut semata pada eksklusivisme tertentu cukup lemah kerasionalannya.

Arakian, fenomena yang kita alami ini telah lama dianalisis Habermas (juga Max Weber) menerusi kesan-kesan modeniti terhadap tradisi di Eropah. Kini, kebingungan sama yang pernah melanda tradisi (bermakna juga, agama dan budaya) di Eropah, seraya mengulangi dirinya di Malaysia. Cuma, objeknya berbeza. Kali ini, muslim di Malaysia pula keliru bagaimana untuk hadapi benturan sengit ini. Kasus penindasan minoriti Shi'ah adalah sebuah ujian mengenai sejauh mana hak-hak minoriti di Malaysia. Hasilnya, kita gagal. Tapi, untungnya konflik ini belum (atau, tak) sampai pada tingkat perang 30 tahun (1618–1648) antara katolik-protestan.

Walau bagaimanapun, tindakan pemerintah (menerusi aparatus negara) yang menghukum Shi'ah sebagai 'parasit' masharakat itu mencemar kerukunan sistem. Sebab, itu jelas sekali melampaui hak-hak minoriti dalam perspektif demokrasi deliberatif. Menurut Habermas, bentuk negara-hukum moden mestilah ditentukan dari wacana, bukannya dari lingkaran kekuasaan. Bahkan, tindakan dangkal ini turut bercanggah dengan cita-cita Islam yang universal.

Soal universalisasi dari agama ini menarik. Di sini, Habermas ada maksud yang lebih rinci. Filsuf Jerman ini -- termasuk juga Carl Schmitt yang merupakan lawannya – telah lama bergelut antara dikotomi penting dalam sistem: perundangan dan keabsahan. Menariknya adalah, lewat teori wacana-nya ini, Habermas tak menolak fungsi agama dalam ruang awam. Dalam gagasan pasca-sekularnya, Habermas menukik bahawa agama berupaya memangkin kebersamaan dalam sesebuah masharakat. Sharatnya, agama tersebut mestilah melakukan proses universalisasi atas faham-nya.

Sungguhpun demikian, tindakan melarang faham Shi'ah, dan minoriti-minoriti Islam lain di Malaysia, telah menghambat mereka untuk melakukan universalisasi faham-nya. Kekangan pada mereka ini sekaligus mencitrakan Malaysia yang tak betah menerima penalaran awam sebagai saringan buat keabsahan negara-hukum. Kita takut pada kelainan. Takut pada pertentangan. Takut pada pembaharuan. Semua yang berbeza, mudah saja dikelompokkan sebagai, "mengugat keselamatan negara." Sedangkan, hal yang barangkali cuba disorokkan adalah lebih dari itu.

Shi'ah di Malaysia ibaratnya berada pada titik nadir. Kalangan minoriti ini menderita kerana iman. Sudahlah dinafikan ruang peribadi, malahan turut dinafikan ruang awam. Apakah ruang peribadi mereka yang hilang? Hak eksklusif untuk memiliki keimanan. Dan, apakah ruang awam mereka yang hilang? Hak universal untuk mewacanakan keimanannya. Kedua-duanya menjadi daerah terlarang buat mereka, dan di negara mereka sendiri. Lalu, apa lagi ruang yang tersisa untuk mereka bernafas? Nihil.

Dalam soal ruang peribadi dan ruang awam ini, Habermas dalam "Constitutional Democracy: A Paradoxical Union of Contradictory Principles?" menunjukkan keterkaitannya. Padanya, "ketika autonomi individu dijamin dalam konteks kewarganegaraan, maka itu saja akan membebaskan autonomi politiknya. Saling kaitan antara perlembagaan dan demokrasi hanya bermakna setelah adanya kombinasi antara autonomi peribadi dan autonomi warga: dan, setiap darinya memperoleh sumber sesamanya."

Kemelut minoriti yang terhakis autonomi individunya ini sangat memprihatinkan. Ini kerana, kasus yang menimpa kalangan Shi'ah ini sudah masuk kepada soal diskriminasi. Dan lebih memilukan lagi, diskriminasi terhadap Shi'ah ini dilakukan oleh aparatus kerajaan, dengan restu pemerintah. Bukannya bermula dari gugatan kewacanaan yang terdapat dalam masharakat yang majmuk.

Maka, seluruh negara, dirundung duka. Kita lebih memilih langkah selamat, sepi saja menyaksikan kezaliman pada minoriti. Lihatlah, betapa miskinnya faham demokrasi kita. Tiada deliberatif. Demokrasi yang kita fahami rupanya milik mutlak majoriti, dan minoriti tiada hak-haknya. Demokrasi mengkal kita bukannya kebebasan wacana. Bukannya kebebasan media. Malah, bukannya kebebasan iman sekalipun. Dengan semangat 'sosialis' yang paling ekstrim ini, negara mahu memilik-negarakan iman setiap muslim di Malaysia. Lalu, apakah negara seperti ini dapat mensejahterakan kita?

Dan, ada yang lebih mencelakakan lagi. Pembangkang juga sekongkol sama, persis seperti pemerintah! Pembangkang langsung tak tergoda untuk mempertahankan hak-hak minoriti Shi'ah ini. Mereka seiringan hanyut, dan bermain selamat. Di sini, pemerintah dan pembangkang bersekutu melakukan kezaliman. Dendam politik mereka boleh redam dalam soal kelestarian kategorisasi besar. Malangnya, kategorisasi besar itu bukannya berlabuh pada hukum yang terwacana, sebaleknya pada tataran subjektiviti tertentu. Walhal, apa yang menimpa kalangan Shi'ah ini adalah soal keadilan, tema terpenting dalam Islam, juga dalam kemanusiaan.

Persoalannya ialah: apakah tema seberat ini belum cukup untuk mencelikkan kita? Lalu, goncangan apakah lagi yang mahu kita tunggu -- jika prinsip keadilan pun boleh dientengkan? Ketika hak-hak minoriti tak dapat pembelaan sewajarnya, maka itu bererti negara kita telah hilang maruahnya. Sebab, membela minoriti adalah neraca sesebuah negara-hukum. Bukan saja pada minoriti Shi'ah, sebaleknya juga pada minoriti-minoriti lain juga. Mereka punya hak dalam melakukan universalisasi dan rasionalisasi atas faham mereka.

Kini segalanya monolog. Tiada dialog. Sistem, hukum, serta dasar, hanya berkaca pada satu saluran semata: kata pemerintah. Dalam sistem yang tak mengorganisasi-dirinya ini, masharakat tak berperanan. Pembangkang tak berperanan. Minoriti tak berperanan. Yang tersisa, hanyalah kata kekuasaan tak komunikatif saja. Justeru, sekiranya kalangan minoriti ditindas, hatta ditindas oleh pemerintah sekalipun, lalu kepada siapa lagi untuk minoriti mengadu? Apakah mahu kembali kepada sistem yang telah menindas mereka? Mustahil.

Negara kita, dengan pemerintahnya, itu sendiri sebetulnya adalah ancaman kepada keluhuran hukum. Pemerintah kita gagal mengesan di mana batasnya kesahihan hukum-negara. Sebaleknya, hemat Habermas pula, negara yang baik adalah negara yang sentiasa tega untuk meralat dirinya. Setidaknya, negara itu sedar bahawa setiap hukum negara dalam negara-hukum itu tak pernah ada yang final, termasuk perlembagaan sekalipun. Hukum mestilah bersifat dari wacana intersubjektiviti dari masharakat. Bukannya dari sebuah suara tunggal pemerintah.

Meskipun begitu, untuk disalahkan pemain politik secara seluruhnya, tak benar juga. Masharakat, juga memikul dosanya. Masharakat (termasuk khalayak akademik!) kita tampaknya tak terdidik untuk kritis, dan pemerintah pula (sama seperti penjajah!) cenderung memupuk masharakat jadi sebegitu. Saat masharakat tak kritis, maka senanglah pemerintah (sesiapa yang memerintah pun!) untuk menggalang perintah. Shahdan, tragedi minoriti Shi'ah adalah bukti mutakhir yang mewarnai ketak-kritisan masharakat kita ini.

Ternyata, kalangan Shi'ah ini dihukum hanya kerana secupak iman. Dan, nilai iman mereka itu rupanya telah diseka dengan sebuah tanahair yang terpasung martabatnya. [Kabar]


Sudah baik dengan bini ka?

Posted: 25 Dec 2010 12:40 AM PST

Remember Zali? The guy who was (still is) on methadone treatment and whose wife left him and their 2 little girls? I first wrote about him here; and then there were a few follow-up stories here, here, here, here and here.

Initially I believed all that he said about his wife. While I understood why his wife left him, I couldn't for the life of me understand how the wife could have the heart to leave the girls just like that. I mean, even if she could no longer stand their marriage, the least she could have done was to take the girls with her. Surely they'd be better off with her. After all she has a secure job with a goverment department while Zali himself was (and still is) not working and dependent on methadone.

The last time either the doctor and SN asked if I could do anything about Zali's case was in April this year. The doc was quite concerned because Zali had not been compliant in taking his ARV and his condition had worsened. But since I never got the opportunity to speak to his wife, I couldn't really find his wife's version of the story. All the while Zali made it sound as though his wife was the one who didn't care about the kids, but when asked for the wife's number so I could speak to her, he always came up with all sorts of excuses not to give me the number.

I did wonder what had happened to Zali and especially his children. My main concern was of course the 2 girls. Although I had his house address, I couldn't simply visit them at home without permission. I don't have the authority to check on them.

So when we had the appointment with the state Welfare director and a few of her officers last Wednesday, I took the opportunity to highlight his case to them. They immediately agreed that they needed to interfere if indeed the 2 girls are not being well taken care of. At least they have the authority to check on the family.

Yesterday I was at the welfare department again, for a meeting. The moment I walked in, the lady officer in charge of such cases told me that they had gone to visit, but it seemed the house was in orderly manner. Zali wasn't home but his 2 girls were there with 2 maternal cousins of theirs. The officers did speak to the children and were told that their mother was staying with them (but she was at work). Children don't usually lie, and especially in this case when they weren't even expecting any welfare officers to come and visit, surely nobody could have taught them what to say, right?

However, the officers did get the mother's phone number from the girls, although their first attempt to call their mother was not answered. They then called Zali, and Zali did answer the phone. He did admit to them that at one time he was a very irresponsible person but he claimed that he has now changed for the better.

The lady officer told me they'd still be monitoring the case. She wants to speak to the mother first to get her version of the story.

If indeed the wife is staying back with them, good for the children. My guess is earlier on it wasn't that the wife didn't want to take the kids with her. It was Zali who refused to let them go. He did mention to me once that he was still trying to coax his wife to return to him. After all, the wife had always been the breadwinner and Zali was the one who's with the kids most of the time, so the children had grown attached to him, even sometimes tagging along with him to the methadone clinic.

The only thing I'd like to know now is, is the wife really able to accept Zali back into her life? Or is she only doing this for the sake of the children?

Whatever it is, I am glad I highlighted the case to the welfare officers. At least I know they are monitoring the children's well being.


PAS Kelantan Akan Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Penyebar Fitnah ADUN Selising

Posted: 25 Dec 2010 12:30 AM PST

Penyebar fitnah ADUN Selising berdepan tindakan undang-undang

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

"Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

"Penyebaran fitnah disedari dalam minggu ini dan ia ditimbulkan semula oleh musuh politik semata-mata untuk membunuh karektor seseorang individu seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan susulan Pas Kelantan ekoran penyebaran fitnah ADUN Selising yang didakwa kononnya ditangkap 'berzina' dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, perbuatan penyebaran fitnah berkenaan adalah keji kerana ia bukan sahaja boleh menjatuhkan dan memecahbelahkan individu terbabit malah pasangan yang didakwa dalam laman blog berkenaan.

Kelmarin, sebuah laman web melaporkan Drs Saipul Bahrin mencabar mana-mana pihak membawa bukti penglibatan beliau dalam penyebaran fitnah berzina itu.

Cabaran itu dibuat berikutan Umno Online sebelum itu memetik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang mencabar ADUN Selising sendiri atau pihak Pas supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. -SH

Ulasan GB

Apa yang GB lihat, UMNO BN hidup di atas taburan fitnah yang direka-reka.

Tiada laporan polis dibuat dari mana-mana pihak jika benar wujudnya kes perzinaan tersebut. Apa tah lagi "kejadian" itu dikatakan berlaku di dalam koc VIP kereta api, sesuatu yang lansung tidak masuk akal, kecuali perkacipta fitnah itu sendiri pernah melakukannya.


Jab Pelajaran Larang Sekolah Di Kedah Gantung Gambar MB

Posted: 24 Dec 2010 11:49 PM PST

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

"Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

"Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

"Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

"Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka," katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

"Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. -SH


Reflections and More Reflections

Posted: 24 Dec 2010 10:30 PM PST

Today is a very special day for me. I turned 50 at midnight. Funny how for the past few birthdays I had been dreading this moment but when it came, I can safely say I am glad for the past fifty years of my life.

It has been one long journey so far - sometimes rocky, occasionally smooth sailing and now and then punctuated with milestones. I am thankful for the many blessings and even the mistakes I made in my life, for they have made me wiser, stronger and more resilient.

The past week, I have been reflecting on my experiences in my life, including what I have seen, the stuff I have done and life's choices I have made in my life. Not all those reflections of life were rosy ones - some brought tears to my eyes when I recalled episodes that brought me grief and pain. Nonetheless, these faded away when I remembered the different moments of emotional highs and lows of my life and everything in between.

Fifty years is a pretty long time to live and I am thankful for everyday in my past, even the painful ones. As I reflect on my past, I did wonder what my life would be like had I made other choices other than the ones I actually made. I believe there are a few things that I would do differently if I could live my life again. Yet, I have come to terms with those decisions and where my life has taken me thus far. Those decisions I made have had a direct and indirect bearing on my life as you know it today. And I have learnt to let go of regrets but to make today perfect that my future yesterdays will be wonderful. With that, I can look forward to a better future and continue to press on to celebrate my 60th birthday.



To all readers and friends who have been reading/following/commenters subscribing to my blog, I just want to say "Thank you' for your support for my blog. Your presence here means a lot to me. I may not know you personally but you have been a great blessing to me, even if you have never commented or touched base with me. Knowing that you visit my blog warms my heart and gives me the impetus to carry on. May you leave a footprint in this blog as and when you feel like doing so.

Here's a video that I created this afternoon with strictly no audio or video editing. I am a real amateur singer/producer but I am putting it up just to wish you and yours a very Merry Christmas.



Take care and have a blessed new year too! Have a wonderful Christmas Day and Boxing Day tomorrow!


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lori Terbalik Di Lokasi Nahas Bas Bertingkat

Posted: 24 Dec 2010 10:24 PM PST

Lori terbalik di lokasi Nahas Bas
- NSTpix by Ikhwan Munir


Sebuah lori membawa tar jalan terbalik di longkang setelah pemandunya terbabas dan hilang kawalan semalam.

Pemandu lori tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong dari arah bertentangan di KM7 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, tidak jauh dari lokasi kemalangan bas bertingkat yang mengakibat 28 penumpangnya terbunuh pada hari Isnin lalu.

Walau bagaimanapun di dalam kejadian semalam, tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan ekoran insiden itu.


No comments: