Sunday, February 20, 2011

Seyyed Hosein Nasr and Sayyid Qutb once met at Harvard...

Seyyed Hosein Nasr and Sayyid Qutb once met at Harvard...


Seyyed Hosein Nasr and Sayyid Qutb once met at Harvard...

Posted: 20 Feb 2011 07:13 AM PST

 "Or take those commentaries that come from a Salafi background, such as the commentary of Sayyid Qutb and people like that. There are some interesting things in those works but also a sense of anger and a very shallow understanding of West and even of much the Qur'an itself. When Sayyid Qutb came to America I was at Harvard, president of the Harvard Islamic Society; we met and spent several days together. He was interested in learning about the West, but the poor man did not have the intellectual preparation to understand what was really going on intellectually in the West. So his analysis of the West was to a large extent superficial, looking critically at girls' dress and boy and girls talking together in cafes. It was reduced to a critique along those lines. Today we have all sorts of modern and "fundamentalist" commentaries that I do not consider to be relevant in terms of what I am talking about here." 

- page. 122, "Muslim and Western Studies of the Qur'an: The Qur'an in the Contemporary World" Muzzafar Iqbal interviewed Seyyed Hosein Nasr. Islam & Science journal, volume 8, no. 2, Winter 2010.


Chopin Was Epileptic?

Posted: 20 Feb 2011 08:00 AM PST

BBC ONLINE: 25 January 2011 Last updated at 01:57 GMT
Chopin 'probably had epilepsy' By Michelle Roberts Health reporter, BBC News
Chopin invented the musical form known as ballade
The famous composer Fryderyk Chopin, who was hounded by hallucinations during his relatively short life, probably had epilepsy, say doctors.

The Polish


Program Ceramah PAS Merlimau Dihadiri 5000 Orang Sekalipun Cuba Dibatalkan Oleh Polis

Posted: 20 Feb 2011 09:00 AM PST

Program ceramah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Sdra. Mohd Sabu di Merlimau Utara berjaya juga diadakan sekalipun ianya cuba disekat oleh pihak polis yang pada awalnya telah mengarahkan supaya program tersebut dipindahkan atau dibatalkan.

Beberapa pimpinan PAS telah berhujjah dengan Ketua Polis Daerah Jasin yang kemudiannya mengizinkan ceramah diteruskan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

GB telah turut bersama berhujjah kepada pihak polis berkenaan dan bertanya samada kedatangan mereka untuk menyekat program ceramah PAS tersebut adalah sebenarnya datang dari "arahan pihak tertentu," ketua polis tersebut sekadar tersenyum dan mengakuinya dengan menyatakan "saya tidak perlu ulas dan tak perlulah bagitahu siapa yang mengarahkannya."

Program ceramah diteruskan dengan kehadiran lebih dari 5 ribu orang rakyat tempatan dimulai dengan ucapan Sdra Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan UMNO memperalatkan pihak polis bagi menganggu program PAS.

"Sedangkan mereka menggunakan kemudahan awam seperti bangunan Politeknik tanpa sebarang sekatan," ujarnya.

Mohd Sabu di dalam ceramahnya pula meminta rakyat Merlimau untuk menolak UMNO di dalam pilihanraya kecil 6 hb Mac ini supaya seorang pembangkang dari PAS dapat bersuara di dalam dewan undangan negeri Melaka.

Beliau menegaskan bahawa apabila demokrasi cuba disekat, maka tragedi Mesir, Tunisia, Bahrain dan lain-lain akan berlaku dan sepastinya ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Beliau juga membidas pihak UMNO yang menuduh kononnya PAS kuda tunggangan DAP untuk disebarkan di kalangan orang Melayu, sedangkan dalamasa yang sama pihak MCA menuduh DAP kuda tungangan PAS di kalangan orang bukan Melayu.

Bekas Pengerusi GERAK yang juga Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus turut berceramah dengan mengajak pengundi di Merlimau supaya membuat pilihan yang betul di hari pengundian nanti. Beliau menjelaskan bahawa tiada rasuah mega di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang ada ialah sekeping kek yang dihadiahkan kepada TG Nik Abdul Aziz dianggapkan rasuah oleh Pemuda UMNO yang ketandusan modal dan dilaporkan kepada pihak SPRM.

Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis berkenaan menyatakan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dimana UMNO tidak memperhitungkan nilai pahala dan dosa di dalam kehidupan berpolitik.

Semepena sambutan Maulidir-Rasul, kita sepatutnya mengambil pelajaran dari kehidupan Rasulullah supaya membina cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.

Islam yang berkembang di Malaysia yang bermula di Melaka adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

Perjuangan menentang penjajah di Melaka pada tahun 1511, kemudian kebangkitan rakyat menentang penjajah Belanda dan Inggeris selepas menentang Portugis membuktikan "rakyat" telah menentang penjajah lebih awal dari UMNO yang hanya memulakan penentangannya kepada Inggeris pada 1946.

Program ceramah PAS di Merlimau tersebut sekali lagi cuba diganggu oleh UMNO yang juga mengadakan program ceramahnya selang beberapa meter dari program PAS. Program tersebut lansung tidak diganggu oleh polis dan ianya hanya dihadiri sekitar 30-40 orang.





Beberapa pimpinan PAS termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Sdra Adly Zahari berhujjah dengan OCPD Jasin

Sdra Adly memulakan majlis ceramah

Mohd Sabu menyampaikan ceramahnya

Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang
Mohd Nazree Mohd Yunus
Antara hadirin yang mendengar


Laskar Cinta

Posted: 20 Feb 2011 07:00 AM PST

Laskar Cinta oleh Isma Ae Mohamad. Buku ini dihabiskan ketika bercuti sempena Tahun Baru Cina di Kelantan, lebih dua minggu yang lalu. Niat untuk menulis ulasannya asyik tertangguh oleh kesibukan kerja dan perkara2 lain yang lebih mendesak. Hasilnya aku sudah tidak berapa ingat apa yang aku ingin tulis asalnya, tapi aku cuba juga untuk melangsaikan hutang yang telah aku janjikan di forum GR-MY.

Baik. Pertamanya aku agak skeptikal dengan judul yang diberikan untuk novel ini. Kenapa perlu ada 'Cinta' dan adakah 'Laskar' itu kerana ingin menumpang populariti Laskar Pelangi? Pernah aku bertanya sebegitu kepada penulisnya. Tapi setelahnya membacanya, aku kira jalan ceritanya cocok dengan jucul itu, kalaupun mungkin ada judul lain yang lebih baik. Kenapa cocok? Ya, kerana ia adalah cerita tentang perang. Perang gerila, pemberontakan, perjuangan – dan semuanya kerana 'cinta'. Sama ada wajar atau tidak perjuangan itu disandarkan kepada 'cinta' yang pelbagai itu – ia perkara kedua.

Keseluruhannya aku kira buku ini terlalu nipis untuk sebuah novel yang bercita-cita besar. Bercita-cita besar kerana tema yang cuba diangkat adalah besar – tentang kesengsaraan dan perjuangan etnik Karen di perbatasan Myanmar – Thailand. Ah, kali pertama mendengar kewujudan etnik ini? Tidak mengapa – kalian tidak bersendiri. Dan kerana itulah, Isma Ae apabila menulis tentang kaum tidak dikenali ini – adalah suatu kerja besar. Cuma, aku merasakan penulis agak tergopoh-gapah dalam menulis buku ini. Atau lebih tepat, terlalu cepat untuk menyempurnakan plot ceritanya yang penuh aksi. Ini, secara langsung atau tidak mencacatkan tema besar yang ingin dibawanya. Pembaca dibawa mengikut arus deras jalan ceritanya dari kem Mae La ke hutan rimba Myanmar dan berlari-lari tercungap-cungap sepanjang masa. Hasilnya adalah umpama menonton sebuah filem aksi Rambo, jadi sekadar hiburan.

Aku tidak sempat pun untuk memesrai kehidupan di kem pelarian Mae La. Berkenal-kenalan dengan penghuninya tua muda, menyelami susah payah mereka. Aku hanya dibawa mengenal konflik tidak matang orang muda. Persoalannya mahu perang atau tidak sahaja. Dan jawapan kepada soalan itu hanya berasaskan cinta. Tentunya ini tidak menggambarkan sepenuhnya konflik yang membelenggu kaum Karen sejak berzaman.

Apapun, tahniah kepada penulisnya atas kelahiran novel sulung(?) beliau ini. Cuma, aku merasakan beliau boleh melakukan lebih baik dari ini. Dan tentunya aku akan menantikan kemunculan karya2 beliau yang akan datang. Oh kata terakhir untuk penulisnya, tak sangka kamu yang mengaku pemalu ini pandai menulis cerita cinta ya? Kah kah kah!

©2011 Kecek2 Tok Mudin 4.0. All Rights Reserved.

.
Feed Ads By BidVertiser.comFeed Ads By BidVertiser.com

Related posts:

  1. Ingin Jadi Nasrallah Kalaulah tidak kerana gambar-gambar FT yang besar-besar, buku ini tentu...
  2. Kecek2 tentang Alexander adalah Zulqarnain 1. Alexander adalah Zulqarnain oleh Muhammad Alexander bukanlah jenis buku...
  3. Tahniah GR-MY: Sasaran kolektif 2010 tercapai. Status terkini pembacaan ahli2 GR-MY setakat jam 6.14 PM, 5...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Kapal Perang Iran Melintas Terusan Suez, Israel Geram

Posted: 20 Feb 2011 06:00 AM PST

Teheran - Dua kapal perang Iran akan melintasi Terusan Suez, di Mesir. Ini merupakan kali pertama Republik Islam itu mengirim kapal perangnya sejak revolusi 1979. Keadaan ini diramal akan menambahkan ketegangan antara Iran dan Israel.

"Dua kapal perang Iran akan melintasi terusan dan akan menuju pelabuhan Suriah," demikian dilaporkan stesyen televisyen berbahasa Arab Al Alam yang dipetik Reuters.

Keizinan untuk melintasi Terusan Suez diberikan tentera Mesir yang memegang kendali pemerintahan sejak Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri pada 11 Februari lalu.

Tentera Mesir menyatakan, Negara Paramullah itu sebelumnya sudah meminta kebenaran untuk menggunakan Terusan Suez.

Pihak tentera sebenarnya sulit untuk memberikan izin tersebut mengingatkan Mesir adalah sekutu terdekat Amerika Syarikat dan dikenal dekat dengan Israel.

Kehadiran armada perang Iran di Laur Mediterania, sepastinya mengundang kecaman dari Israel. Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman menganggap hal ini sebagai provokasi.

Pihak berkuasa Terusan Suez yang mengumumkan maklumat melintasnya armada perang Iran ini, enggan memberi komentar. Menurut pihak berkuasa setempat kapal perang baru akan melintasi Terusan Suez pada hari Isnin, esok.


Who Needs Who?

Posted: 20 Feb 2011 06:43 AM PST

Many living things need each other to survive. If you have ever seen a Colorado aspen tree, you may have noticed that it does not grow alone. Aspens are found in clusters, or groves.



The reason is that the aspen sends up new shoots from the roots. In a small grove, all of the trees may actually be connected by their roots!

Giant California redwood trees may tower 300 feet into the sky. It would seem that they would require extremely deep roots to anchor them against strong winds. But we're told that their roots are actually quite shallow -- in order to capture as much surface water as possible. And they spread in all directions, intertwining with other redwoods.

Locked together in this way, all the trees support each other in wind and storms. Like the aspen, they never stand-alone. They need one another to survive.

People, too, are connected by a system of roots. We are born to family and learn early to make friends. We are not meant to survive long without others.

And like the redwood, we need to hold one another up. When pounded by the sometimes vicious storms of life, we need others to support and sustain us.

Have you been going it alone? Maybe it's time to let someone else help hold you up for a while. Or perhaps someone needs to hang on to you.

-Author Unknown-

*Thanks to Cleo who sent me this article.


Pemimpin HRP Ditangkap, Kaum India Akan Tolak BN Di PRK Merlimau Dan Kerdau

Posted: 20 Feb 2011 06:57 AM PST

Pemimpin HRP ditangkap di forum anti-Interlok

Tujuh pemimpin dan aktivis Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditangkap awal hari ini semasa forum mengenai novel kontroversi 'Interlok' di Lunas, Kedah.

Menurut mesej teks dari setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar, mereka termasuk presiden HRP, W Sambulingam dan timbalan ketua HRP Kedah, P Muniandy.

Yang lainnya termasuk aktivis HRP - R Ramu, MS Maniam, S Dass, D Raja dan CF Mani.

Uthayakumar berkata parti juga menjangka tangkapan yang sama dibuat di satu lagi forum yang dijadual diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pihak polis, tambah Uthayakumar, telah memasang notis akan menangkap mereka yang menghadiri forum tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan HRP, S Jayathas, ketujuh-tujuh mereka telah dibawa ke balai polis daerah Kulim.

Polis, kata Jayathas dalam lamanweb kumpulan itu berkata, telah menyatakan bahawa forum itu diadakan secara haram selepas permohonan untuk mendapatkan permit ditolak.

Forum tersebut adalah sebahagian daripada kempen HRP, dengan acara kemuncaknya merupakan perarakan pada 27 Februari ini, bagi menentang rasis dan novel Interlok.

Interlok, yang ditulis oleh sasterawan negara, Abdullah Hussain, telah didakwa mengandungi unsur-unsur rasis.

Sementara itu, ketika dihubungi, Uthayakumar berkata, polis di balai Kulim sedang cuba mengulangi usaha yang dilakukan minggu lalu untuk merampas baju-T oren yang dipakai oleh aktivis HRP sebagai syarat pembebasan mereka.

"Mereka kata jika aktivis HRP tidak menyerahkan baju itu, mereka akan ditahan di lokap selama tujuh hari," katanya.

"Tapi kita tidak akan menyerah baju itu. Mereka telah menjadi (seperti) suci kepada kami," tambahnya.

Uthayakumar, yang juga penasihat undang-undang Hindraf, berkata sedangkan ribuan anggota Pemuda PAS berkumpul di Kota Sarang Semut di Kedah tanpa terganggu oleh polis.

Tegasnya, tidak seorang pun aktivis atau anggota NGO dan parti yang diarahkan supaya menyerahkan kopiah atau baju mereka.

Ulasan GB

Tangkap ramai-ramai, mudah sikit kerja PR di PRK-PRK Merlimau Dan Kerdau.


Kapal Perang Iran Melintas Terusan Suez, Israel Geram

Posted: 20 Feb 2011 06:00 AM PST

Teheran - Dua kapal perang Iran akan melintasi Terusan Suez, di Mesir. Ini merupakan kali pertama Republik Islam itu mengirim kapal perangnya sejak revolusi 1979. Keadaan ini diramal akan menambahkan ketegangan antara Iran dan Israel.

"Dua kapal perang Iran akan melintasi terusan dan akan menuju pelabuhan Suriah," demikian dilaporkan stesyen televisyen berbahasa Arab Al Alam yang dipetik Reuters.

Keizinan untuk melintasi Terusan Suez diberikan tentera Mesir yang memegang kendali pemerintahan sejak Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri pada 11 Februari lalu.

Tentera Mesir menyatakan, Negara Paramullah itu sebelumnya sudah meminta kebenaran untuk menggunakan Terusan Suez.

Pihak tentera sebenarnya sulit untuk memberikan izin tersebut mengingatkan Mesir adalah sekutu terdekat Amerika Syarikat dan dikenal dekat dengan Israel.

Kehadiran armada perang Iran di Laur Mediterania, sepastinya mengundang kecaman dari Israel. Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman menganggap hal ini sebagai provokasi.

Pihak berkuasa Terusan Suez yang mengumumkan maklumat melintasnya armada perang Iran ini, enggan memberi komentar. Menurut pihak berkuasa setempat kapal perang baru akan melintasi Terusan Suez pada hari Isnin, esok.


PRK DUN Kerdau: Siapa lawan siapa?

Posted: 20 Feb 2011 05:30 AM PST

Temerloh - Umum sudah pun mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dilangsungkan pada 6 Mac depan serentak dengan PRK DUN Merlimau.

Melihat kepada keputusan itu, pastinya Barisan Nasional (BN) Pahang mahupun Pas Pahang sudah merangkan gerak kerja atau jentera parti masing-masing meskipun dalam tempoh yang amat singkat untuk melakukan persediaan.

Apa pun, PRK ini harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi di negara ini yang mana sesuatu Kerusi DUN ataupun Parlimen perlu diisi apabila berlaku kekosongan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menyentuh mengenai PRK ini pastinya umum tertanya-tanya siapakah calon-calon yang layak untuk diletakkan oleh BN dan Pas dan kredibiliti calon-calon ini pastinya akan menentukan kejayaan kedua-dua parti yang bertanding.

BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Difahamkan empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Manakala bagi Pas pula, tiga nama yang difahamkan dipendekkan daripada tujuh nama pada peringkat awal adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim yang juga bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini.

Adalah sesuatu yang amat menarik mengenai PRK Kedau pada kali ini apabila Pas dikatakan cuba meletakkan calon popular yang boleh menggugat BN yang pastinya mahu mempertahankan Kerusi Kerdau yang mereka menangi sebanyak 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sanggang (1999).

Dengan 8,999 pengundi berdaftar dengan 88.36 peratus adalah Melayu, pastinya mana-mana parti pun tidak berani mempertaruhkan calon yang bukan Melayu kerana risikonya cukup tinggi.

Malah umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.

Seperti mana yang dikatakan Tuan Ibrahim sendiri, peluang di Kerdau untuk Pas adalah 50-50 kerana banyak isu-isu boleh dibangkitkan terutamanya mengenai pembangunan di Kerdau sendiri sepanjang di bawah pemerintahan BN.

Sama ada isu yang akan dibangkitkan itu relevan atau tidak hanya rakyat di Kerdau sahaja boleh menentukan sama ada pembangunan yang diharapkan itu berlaku atau tidak.

Manakala bagi BN pula, peluang untuk mereka menang dilihat agak cerah berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.

Mereka pastinya mahukan calon yang popular dan boleh menang bagi menggalas 'wasiat' yang ditinggalkan oleh Zaharuddin sebelum ini.

Penting bagi BN untuk menjelaskan kepada rakyat Kerdau mengenai pembangunan di kawasan itu agar keyakinan yang tertanam sebelum ini akan terus hidup subur di terus segar.

Apa pun segala keputusan terletak di tangan para pengundi yang akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka pada 6 Mac nanti yang pastinya memperlihatkan satu pertandingan yang sengit.

Bagi BN pula tugas mereka adalah untuk mempertahankan kerusi adalah lebih penting daripada meningkatkan jumlah majoriti yang diperoleh Zaharuddin sebelum ini.

Manakala bagi Pas pula, kemenangan pada kali ini merupakan satu kejayaan menawan kubu BN yang sudah bertahan 13 kali pilihan raya. -SH


Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan

KUALA LUMPUR, 20 Feb — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

"PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.

Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, "biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini."

Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.

Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.

Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.

Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

"Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau," katanya lagi.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.

"Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya," kata Adnan.

Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

"Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi," katanya. -TMI



Menjelang Pilihanraya Kampus Esok, Seorang Calon Wanita Hilang

Posted: 20 Feb 2011 05:00 AM PST

Seorang calon wanita pro-M UM dilapor hilang

Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

Kehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Katanya, ketika merada berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan memintanya menunggu di blok E.

Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal.

Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporan polis itu juga, Nurhanis memberitahu bahawa seorang lagi rakannya telah menghubungi keluarga Masturah selepas insiden itu berlaku.

"Semasa kawan saya keluar, (dia) berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, tinggi lebih kurang 173 (cm), berkot labuh warna hitam berkasut sandal berwarna putih," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".

Sehubungan itu, Nurhanis membuat laporan polis kerana "takut" tentang keselamatan Masturah di kemudian hari.

Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah.

Salinan dua laporan polis tersebut diedarkan pada wartawan dalam sidang akhbar oleh sekumpulan pelajar pro-M yang diketuai oleh pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah di depan Dewan Tuanku Canselor UM petang ini.

Dalam sidang media, Farid mendesak pentadbiran UM agar bertanggungjawab di atas kehilangan Masturah kerana penetapan tarikh kempen yang ditentukan pada hujung minggu bermula 18 Februari hingga 20 Februari.

Ini kerana katanya, penetapan tarikh itu menyukarkan proses berkempen disebabkan hampir semua pelajar universiti tidak berada di kampus, malah sebelum ini desakan pro-M meminta agar masa kempen ini diubah juga tidak dilayan.

Dakwanya, hampir seluruh kolej kediaman mengadakan sekatan kepada calon pro-M untuk berkempen dan pelajar yang mengakui diri mereka ahli jawatankuasa kolej turut didakwa menyekat kemasukan orang luar termasuk tempoh berkempen selama 10 minit.

"Oleh hal demikian, calon-calon pro-Mahasiswa mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi ziarah ke luar kampus.

"Rentetan penetapan syarat-syarat yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa induk inilah memaksa para calon menjalankan sesi ziarah diluar yang secara jelas tidak menjamin keselamatan para calon," katanya.

Farid juga menuntut agar pihak universiti menunda pilihan raya kampus sehingga Masturah yang juga pelajar Akademi Pengajian Islam UM ditemui semula.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu, Farid berkata pihak universiti juga turut dimaklumkan berhubung kehilangan Masturah.

Sehingga selesai sidang akhbar tersebut kira-kira jam 5.15 petang tadi, Farid memberitahu pemberita bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan berhubung kehilangan Masturah.

UM adalah antara lima universiti utama yang akan mengadakan pilihan raya kampusnya esok. -mk


Merlimau & Kerdau Serentak Kerana UMNO Tertekan Asakan PR

Posted: 20 Feb 2011 04:30 AM PST

PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan

Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini.

"Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak.

"Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini.

Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara.

Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

"Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang.

"Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya.

Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri.

"Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya.

"Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki.

"Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya.

PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan.

"Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya. -harakahdaily


Selangor Kesal Hishammuddin Politikkan Isu Keselamatan Rakyat

Posted: 20 Feb 2011 03:56 AM PST

Isu keselamatan rakyat Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengecam sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempolitikkan isu keselamatan rakyat negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya kesal atas dakwaan Hishammuddin bahawa kerajaan negeri tidak pernah menolong membanteras jenayah.

"Tetapi pada masa yang sama menolak pula tawaran kami untuk menyediakan pasukan polis bantuan yang dicadangkan sejak Julai 2010," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Faekah, "inilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin mengutamakan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat.

"Amat menyedihkan apabila tawaran kami yang dibuat berkali-kali ditolak dengan alasan yang lemah dan jelas menunjukkan bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional," katanya.

Kadar jenayah menurun, bukan alasan

Beliau berkata, kenyataan Hishammuddin bahawa kadar jenayah di Selangor kian menurun tidak boleh menjadi alasan untuk menolak tawaran Selangor menyediakan pasukan polis bantuan.

"Walaupun kadar menurun, namun bilangan jenayah masih lagi tinggi dan dalam jumlah yang bahaya," tambahnya.

Menurutnya, nisbah anggota polis dan rakyat yang disyorkan oleh Interpol adalah 1 anggota polis untuk 250 penduduk.

Mengikut statistik 2011, Selangor mempunyai 11,700 anggota, yang mana hanya 30% yang bertugas pada satu syif. Ini bermakna dalam satu syif nisbahnya menjadi 1:1,424.

Jelas katanya, pasukan polis tidak boleh menampung keperluan rakyat. Kerajaan Selangor amat prihatin dengan suara rakyat yang semakin kuat mendesak pihak berkuasa mengambil pendekatan yang lebih teguh untuk menangani gelombang jenayah yang semakin mengancam rakyat.

Ujar beliau, "walaupun Menteri Dalam Negeri mempunyai pendirian yang lain, kami tiada ragu-ragu bahawa kadar jenayah belum berada ditahap yang cukup rendah dan jaminan keselamatan untuk rakyat perlu dipertingkatkan.

"Rakyat Selangor jelas masih tidak puas dengan tahap keselamatan dan semakin bergantung kepada syarikat-syarikat swasta untuk menjaga keselamatan mereka," katanya.

Faekah berkata, wakil rakyat yang ikhlas dan bertanggungjawab seharusnya elak dari sombong dengan 'pencapaian' setakat ini tetapi tetap gandakan usaha dan bekerjasama dengan semua pihak demi menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Tiada alasan munasabah Kementerian Dalam Negeri menolak usahasama ini yang akan meningkatkan keselamatan semua rakyat di Selangor," katanya.

Bagi kerajaan Selangor katanya, tiada sebarang unsur politik dalam cadangan kami untuk bekerjasama dengan polis dan Persekutuan untuk bersama mempertahankan keselamatan rakyat.

"Kami tidak mencari pengiktirafan atau berhasrat mengambil alih peranan pihak polis. Kami hanya inginkan kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang lebih terbuka dan berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kiraan politik," katanya lagi. -FMT


17 Cedera Serangan Di Narathiwat

Posted: 20 Feb 2011 03:09 AM PST

Bangkok: Penyerang tidak dikenali mengumpan polis dan orang ramai dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api sebelum melancarkan serangan kedua menggunakan bom seberat 20 kilogram yang menyebabkan 17 orang cedera parah termasuk anggota polis dan empat kanak-kanak di pusat bandar Narathiwat malam tadi.

Gambar: ANGGOTA skuad bom Thailand memeriksa kawasan kejadian serangan bom kereta yang dilakukan suspek militan selatan Thailand di wilayah Narathiwat, semalam. - Foto AFP

Gabenor Narathiwat, Tanon Vechakornthanon, berkata penyerang yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah pusat karaoke pada jam 7.30 malam dan kemudian meletupkan bom berkenaan dari jarak 100 meter apabila polis datang untuk menyiasat kes serangan pertama sambil dikerumuni orang ramai.

"Dua pekerja wanita cedera dalam serangan pertama, manakala 15 lagi cedera dalam serangan kedua," katanya tanpa memberi maklumat terperinci tentang mereka yang cedera.

Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian sebelum diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit.

Katanya, letupan itu turut memusnahkan empat rumah dan 12 kenderaan.

"Penyerang berniat mencetuskan keadaan huru-hara di bandar ini melalui serangan terancang dengan melepaskan tembakan pertama untuk menarik perhatian polis dan orang ramai, sebelum melancarkan serangan kedua," katanya.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak mereka yang disyaki menganggotai kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan negara ini- Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lalu. - BERNAMA


Dialog dengan Penduduk Taman Glenmarie

Posted: 20 Feb 2011 01:48 AM PST

20 Februari 2011
8.00 malam
Dewan Orang Ramai Taman Glenmarie, Seksyen U1 Shah Alam


Sambutan Maulidur Rasul Pangsapuri Sri Melewar

Posted: 20 Feb 2011 01:42 AM PST

20 Februari 2011
6.00 petang
Pangsapuri Sri Melewar, Seksyen U1 Shah Alam


Wanita Mogok Makan & Jahit Mulut Di Jakarta Tolak Pembangunan Apartmen

Posted: 20 Feb 2011 01:56 AM PST

Jakarta - Seramai empat perempuan tua warga RT 16/09, Rawasari Selatan, Cempaka Putih, Jakarta Pusat, melakukan aksi mogok makan dan jahit mulut menolak pembangunan apartmen D'Green Pramuka.

Dari empat orang tersebut, dua di antaranya mogok makan sejak Sabtu 12 Februari yakni Kardinah (54) dan Mak Buyung (56). Sedangkan dua warga lainnya nekad menjahit mulut adalah Lusi (53) dan Eet (45).

"Aksi mogok makan dan jahit mulut ini sebagai wujud penolakan atas pembangunan apartmen D'Green Pramuka. Kita melakukan aksi nekad karena yang kita hadapi orang gila," kata seorang warga, Feri (50), di lokasi kejadian, Minggu (13/2/2011).

Menurutnya, aksi yang dilakukan empat orang nenek tersebut dilakukan secara sukarela tanpa ada paksaan. Mereka merasa dibohongi pemerintah DKI Jakarta dan ingin pembangunan apartmen tersebut dibatalkan.

"Pada 10 Februari 2008 warga diusir pihak polis yang jumlahnya mencapai 1,500 orang. Mereka menyatakan lokasi tersebut akan dijadikan ruang terbuka hijau, tetapi tak lama kemudian malah membangunkan pintu masuk apartmen," tandasnya.

Penduduk yang menjahit mulutnya merasa telah dibohongi pihak pengurusan prokek Apartmen Green Pramuka (GP) dan Pemerintah DKI Jakarta.

Warga yang jahit mulut dan mogok makan hanya dapat berkomunikasi dengan cara menulis di buku.

"Ini belum seberapa. Saya lebih sakit waktu diusir," tulis Lusi kepada Media Indonesia.

Hal tersebut nekad dilakukan para ibu-ibu ini guna menuntut hak mereka dan gantirugi para warga, yang diusir dan sebagai bentuk protes atas pembangunan apartemen Green Pramuka.


Empire state of mind

Posted: 19 Feb 2011 04:06 PM PST


Money, Money, Money - In a Poor Man's World!

Posted: 20 Feb 2011 01:08 AM PST

Before the Chinese New Year, the prices of many items had already gone up. I thought things would return to normal AFTER Chap Goh Meh. Tough luck. The prices of food items have gone up even MORE! I am very sure that after the next elections, we may probably face steeper price increases.



For example, BN won the Tenang by-election on January 30th. The price of premium RON97 petrol will be 10 sen higher at RM.250 per litre from February 1st 2011.

This afternoon, my family and I went to the Batu Lancang market for lunch. The poh-piah stall showed that each roll was RM1.20 so I ordered three poh piah rolls. When the hawker delivered the plate of poh piahs, he asked for RM4.20 so I paid RM1.40 for each roll of poh piah, a far cry from the good ol' days when a roll cost 80 cents not too long ago.

RM2 can only get you 5 apoms - and wafer-thin apoms!!! There are many more examples but I believe you can cite even more examples.

Are we supposed to be happy with the announcement HERE that the Employees Provident Fund (EPF) has declared a dividend of 5.8 percent for 2010? It said that this is an increase from the 5.65 percent declared the year before, buoyed primarily by good performance in the equities market.

Are we supposed to be proud after reading THIS LINK about how "the Malaysian economy is now roughly the same size as Singapore's after it expanded 7.2 per cent in 2010, half the rate of Singapore's 14.5 per cent." That article said that at today's exchange rates, Malaysia edges Singapore by a whisker — US$239.96 billion (RM728.62 billion) compared to US$239.33 billion.

What that article did not mention is that our population is 28 million whereas that of Singapore is 5 million.

The geographical area of Malaysia is area of 329,750 sq km (127,317 sq mi)whereas that of Singapore is 693 sq km (268 sq mi). I need not elaborate.

The truth is, our wallets are getting lighter as we face rising cost of living in our country. Malaysians, especially those living in the urban areas are facing greater financial stress because of rising costs all over the world.

With the exception of the very rich, the rest of us are trying to cope with the situation by tightening our belts. Whilst prices of goods and services have gone up, salaries have not. Our purchasing power has indeed been greatly reduced. This means we are all caught in a trap of rising costs, stagnated income and weak infrastructure which has put a strain on our personal savings, worsened by the inflation rate.

Bloomberg reported HERE that Malaysia's economy expanded 4.8 percent last quarter, spurring full-year growth to the quickest pace in a decade and putting pressure on the central bank to take more steps to curb inflation.

The report from Bloomberg also stated:

"Inflation will creep higher on higher food and fuel- related prices in early 2011 but still remain manageable," said Chua Hak Bin, a Singapore-based economist at Bank of America Merrill Lynch. "The last round of fuel and sugar subsidy cuts in December was relatively small. The next round of subsidy cuts may have to be larger and occur before mid-2011 given soaring global oil prices."
Mother Nature has also wrought havoc in crop-growing nations. Food will be scarce and prices are expected to go through the roof.

I foresee unbearable pain and more bad news. :-(

Is it any surprise then that we have seen what has happened in Egypt, Tunisia, Yemen, Bahrain, Libya, Iran, Italy, Mexico and Bangkok? The common denominator is rising cost of living, especially that of food.

THIS SITE gives a very good analysis of the different causes of the riots in those countries.

THIS SITE explains that Egyptian and Tunisian riots were driven in part by the spike in global food prices.

Let's hope that the government will be MORE PRUDENT in spending public funds. No more towers or unnecessary walkways or whatever mega-cost projects. Aim for cost-cutting measures, borrow less and give more to the rakyat, especially those who are suffering such as the elderly, handicapped, orphans, single mothers and the sick.

Certainly, there is less money now in a poor man's world! Let's be frugal and continue to be watchful about how we spend.

Recommended reading:

GDP 7.2%: Does it make the wage earner sleep better? by J.D. Lovrenciear


Haji Hadi Dan Mat Sabu Di Merlimau Malam Ini

Posted: 20 Feb 2011 01:07 AM PST

Jasin : Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang akan berceramah bersama Tuan Haji Mohamad Sabu di Taman Merlimau Utara esok 20 Feb pada jam 9.00 malam.

Kunjungan Tuan Guru Presiden esok dilihat sebagai sesuatu yang menarik kerana Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak baru sahaja datang ke Melaka juga di Merlimau Utara malam ini.

Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ini juga sekali hadir ke Melaka pada 24 Feb ini bagi mengumumkan secara rasmi siapa calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil N27 Dun Merlimau.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir untuk mendengar amanat beliau lebih-lebih lagi mutakhir ini terlampau banyak isu yang sudah tentu menarik untuk dikupas oleh Presiden PAS yang amat disegani di dalam dan luar negara ini. -pasprkmerlimau


Helped to promote Unifi at one of the retail outlets in Tropicana City Mall PJ!

Posted: 20 Feb 2011 12:09 AM PST


I was connected to a network named B**A**@Unifi - an extremely bad experience.

After a few tries, decided to use my own Maxis Broadband.

Hence, the posting about the Unifi experience in Facebook.


No comments: