Thursday, March 17, 2011

Children of War

Children of War


Children of War

Posted: 17 Mar 2011 11:02 AM PDT

In this year's State of the Union address, President Barack Obama declared, "the Iraq war is coming to end"—at least for Americans, leaving "with their heads held high" because "our commitment has been kept."

For millions of Iraqis, however, the war is far from over—in fact, for a growing number of families in cities that were nearly destroyed during the years of insurgency and counter-insurgency, the crisis is only beginning.

"Whether the Americans take responsibility for our role in it will determine whether we can hold our heads high in foreign policy ever again," Obama said. As one Iraqi-American journo-friend of mine said: "Just because we don't pay attention, doesn't mean the rest of the world isn't paying attention."

According to studies and eyewitness accounts over the last few years, Fallujah, an Iraqi city that was practically obliterated by US heavy artillery in two major offensives in 2004, is experiencing a staggering rate of birth defects among its local population. The situation echoes similar reports from Basra that began to circulate after the first Gulf War in 1991.

The litany of horrors is gut-wrenching: babies born with two heads, one eye in the middle of the face, missing limbs, too many limbs, brain damage, cardiac defects, abnormally large heads, eyeless, missing genitalia, riddled with tumors.

Upon touring a clinic in Fallujah in March of last year, the BBC's John Simpson reported, "we were given details of dozens upon dozens of cases of children with serious birth defects … one photograph I saw showed a newborn baby with three heads."

Later, at the main US-funded hospital in the city, "a stream of parents arrived" with children who had limb defects, spinal conditions, and "other problems." Authorities in Fallujah reportedly warned women to hold off on having babies at all.

Dr. Ayman Qais, the director of Fallujah's general hospital, told The Guardian that he was seeing two affected babies a day, compared to two a fortnight in 2008. "Most [deformities] are in the head and spinal cord, but there are also many deficiencies in lower limbs," he said. "There is also a very marked increase in the number of cases of [children] less than two years with brain tumours. This is now a focus area of multiple tumours."

The pictures and video available with a quick Google search are simply shocking. Continue reading Children of War...



Jangan Gadaikan Nyawa Untuk Loji Nuklear

Posted: 17 Mar 2011 08:02 AM PDT



Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan.

Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini.

Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear.

Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang.

Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion.

Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat.

Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear.

Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting.

Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa.

Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear?

Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.

Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear?

Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal.

Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu. -MR

*Lidah Pengarang ini disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 16 Mac 2011.


We've Got a Date Tomorrow Night, Penangites!

Posted: 17 Mar 2011 09:30 AM PDT

*Invitation to Screening of Documentary Films That You May Not Get To Watch*

Penang Chinese Town Hall Youth Section, SUARAM (Penang branch), Student Progressive Front (SPF) USM, Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) USM, Penang Diocese Campus Ministry Office and Sembang-Sembang Forum would like to invite you to attend the screening of documentary "Exiled" in Penang. We will organise two sessions of screening in Penang which will be in English and Chinese. Please refer to the detail as below:

*Film Screening of "Exiled" documentaries and sharing (Mandarin session)*

*Date :18.3.2011 (Friday)*

*Time :8.00 pm – 11.00pm*

*Venue :2nd floor, Penang Chinese Town Hall (PCTH) *

a) Bakun Trilogy: Episode 1 Flood (42mins)

b) Bakun Trilogy: Episode 2 Injustice (48mins)

c) Defend Our Homeland (60mins)

*Film Screening of "Exiled" documentaries and sharing (English session)*

*Date :19.3.2011 (Saturday)*

*Time : 2.00 pm – 5.00pm*

*Venue :Caring Society Complex, Jalan Utama, Penang*

a) Bakun Trilogy: Episode 1 Flood (42mins)

b) Bakun Trilogy: Episode 2 Injustice (48mins)

c) Defend Our Homeland (60mins)

Free admission.

Through these films, we hope to engage people in Penang to have a better understanding on Sarawak issues and some other community issues.

We also strongly recommend all Sarawakians in Penang, people who are facing community issues like land, telecommunication towers, urban and town planning etc to join us to for exchange of views.

We sincerely look forward to your enthusiastic participation. Thank you.

Please kindly contact Ong Jing Cheng 012-7583779 for further information.


Allah in Alkitab, pariah in Intertok are the bane of the bigoted Umno-led govt

Posted: 17 Mar 2011 09:10 AM PDT


Alkitab defaced, says Bible Society

click here to read

Indian reps walk out of 'Interlok' panel over single revision

click here to read


Church leaders accuse Putrajaya of religious bigotry


click here to read


When you are sweating...

Posted: 17 Mar 2011 08:33 AM PDT

As everyone know i go to gym almost everyday... yup "almost"... cause nowaday, i might miss one or two days gym due to conferencing at night. Anyway, that's not the topic.

I have a sensitive nose which could differentiate the perfume smell... When i smell the perfume i roughly can tell what the brand of the perfume (it was last time when not so many perfume. Hehehe... ) Anyway, this is not the topic.... 

Okay, let's hit the topic now. As i was doing my workout in the gym... people were walking by and there were different smell. Some smell like strawberry, some smell like fox, some smell like dirty shoes...  eeeee.... some is so hard to describe. Anyway, these were all sweat smell from different body... 

So when you are sweating, what is your body smell like?


Tsunami: Teladan Al-Quran Dari Kisah Nabi Nuh a.s.

Posted: 17 Mar 2011 10:10 AM PDT

Tsunami melanda negara Jepun. Sepastinya bencana Tsunami tersebut mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Pada tsunami 2004, kematian mencecah lebih 120,000 dan tsunami di Jepun, setakat ini disahkan hampir 15,000 mangsa terkorban.

Banjir di zaman Nabi Nuh a.s. diketahui adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh Alaihi as-Salaam itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al-Haaqqah ayat 11-12:

"Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-orang yang mahu menerima pengajaran"

Apabila kita meneliti beberapa potongan ayat al-Quran tentang bencana di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam, saya mendapat kefahaman bahawa ia tidak jauh berbeza dengan bencana Tsunami 2004 dan 2011. Cuma mungkin berbeza dari segi skala kerana Tsunami yang Allah SWT datangkan kepada kita hanya menelan manusia yang menghuni daratan perairan tertentu, tidak segenap pelusuk bumi.

Renungilah ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 – 41 berikut:

"Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "


Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan air dari apa yang diistilahkan oleh al-Quran sebagai at-Tannur. At-Tannur ini pada makna asalnya adalah ketuhar atau oven yang digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana di dalam ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di dalamnya.

Alangkah ganjilnya apabila kita cuba berfikir, bagaimana air keluar melimpah dari ketuhar yang di dalamnya api menyala-nyala!

Liqa' Mutahaab FiLlaah

Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi di dalam kitabnya Al-Qasas Al-Qurani: 'Ard Waqaa'ie' wa Tahlil Ahdaath [Darul Qalam 1419H / 1998M] menyatakan bahawa hikmah Allah SWT di dalam hal ini amatlah besar. Sesuatu yang diketahui umum, air berfungsi memadamkan api. Akan tetapi jika api itu menyala-nyala di tengah air, bagaimanakah ia boleh dipadamkan? Bagaimanakah api dan air boleh 'mesra' di dalam ketuhar yang membakar itu?

Sesungguhnya fenomena seperti ini menggambarkan betapa miskinnya qudrat manusia untuk memadamkan api yang menyala-nyala itu sebagaimana mereka juga tidak mampu mengekang air yang melimpah-limpah dari punca api tersebut. [mukasurat 191]

Kita melihat fenomena banjir dan ombak besar di zaman Nabi Nuh Alayhi as-Salaam dan hubungkaitnya dengan 'ketuhar' itu dari satu sudut lain yang mungkin boleh difikirkan bersama. Pada tsunami 2004 dulu, kita sama-sama difahamkan bahawa ombak Tsunami iti dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Gempa bumi ini berkait rapat dengan Lingkaran Api Pasifik. Batu batan dan api yang membara di perut bumi ini menjadikan kawasan terbabit tidak stabil sehingga mencetuskan gelinciran benua dan jenis-jenis gempa bumi yang lain. Dalam erti kata yang lain, seolah-oleh ombak besar Tsunami ini datang dari ketuhar Lingkaran Api Pasifik yang disebutkan sebentar tadi.

Bahkan ombak besar yang melanda bencana di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam itu juga lebih hebat dari Tsunami itu. Ia digambarkan seperti gunung oleh Surah Hud ayat 42 – 43:

"Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. "


Namun bagi kita hari ini, bagaimanakah sepatutnya kita mengambil pengiktibaran daripada bencana Tsunami tersebut? Apakah hanya dengan berfikir tentang usaha mengadakan sistem amaran awal semata-mata?

Kita bernasib baik kerana Tsunami itu tidak menelan semua sekali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. Firman Allah SWT:

"Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus" (Al-Anfaal: 25)

Tsunami tidak menelan Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. Tsunami tidak mengundang rebah Flat Pekeliling di Kuala Lumpur walaupun gegarannya cukup kuat untuk mendesak penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti 'Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam'.

Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan 'kejadian alam tanpa sebab'. Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami di Acheh misalnya, yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke Phuket dan lain-lain.

Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur.

Janganlah terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

Seterusnya, ingatlah kembali kepada apa yang telah disebutkan di awal tadi, bahawa Allah SWT mengekalkan kisah ini di dalam ingatan sekalian manusia, agar kita semua mengambil peringatan.

Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], "Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini".

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alaihi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Aas Radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

"Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)" Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya "Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!" Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi "Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

"Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)"

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak"

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, "Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!"


[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alaihi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

Manusia angkuh dengan Allah, orang ramai bongkak dengan hukum hakamNya, malah masih berani berpesta di Sungai Nibong walaupun bencana Tsunami hanya beberapa kilometer jaraknya. Selepas teguran dibuat oleh Mufti satu ketika dahulu dan orang ramai, TV3 masih tidak segan silu meneruskan silsilah Konsert Sure Heboh yang hanya mengukuhkan lagi hedonisma sebagai rukun kehidupan masyarakat sekarang. Di dalam beberapa pilihanraya kecil, parti kerajaan merancakkan program hiburan dengan lori 1Malaysia bersama penari separa bogel. Tidakkah sikap begini bermaksud memperlekehkan kebenaran? Bukankah sikap ini yang terpilih menjadi amaran Nabi Allah Nuh yang menyaksikan umatnya ditenggelamkan 'Tsunami'?

Ada juga suara-suara yang membela kononnya, tsunami takkan berlaku di Malaysia. Kita selamat. Malah kita boleh bina logi nuklear kerana tsunami takkan berlaku di Malaysia, katanya. Kononnya kita mempunyai sistem kalis-gagal selaras dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sains dan teknologi, dan orang ramai tidak perlu takut mengenai keselamatannya. (UKM Portal)

Keangkuhan suara itu samalah seperti keangkuhan suara anak Nabi Nuh seperti yang dikisahkan di dalam Surah Hud tadi. Ia benar-benar mencabar Allah s.w.t. Kita ulangkan petikan Surah Hud ayat 42 – 43 tadi:

"Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. "


Apabila masyarakat kita diperingatkan dengan kebenaran, ramai yang gembira mempersendakan kebenaran tersebut. Ramai yang memperlekehkan ayat-ayat Allah tanpa segan silu. Bahkan dengan sifat jelek seperti itu, tidak hairan jika ramai pula yang zalim, menindas sesama manusia sama ada dengan kuasa, akta, mahu pun sikap dan tanduk di peringkat individu.

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Jepun, di Acheh, baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Setiap kali menonton siaran berita di televisyen, kita tidak dapat menahan sebak di dada. Tetapi apabila mengenangkan kebiadapan manusia hari ini, mungkin Tsunami sahaja yang mampu memecahkan tempurung kepala kita hari untuk untuk faham dan menginsafi kuasa Allah SWT. Ceramah tak makan, motivasi tak jalan, nasihat tak dilayan, teguran dipinggirkan, yang menang akhirnya tetap hiburan dan keseronokan. Tidakkah kita sebenarnya sudah terlalu jauh pergi meninggalkan sifat diri sebagai hamba Tuhan? Tepuk dada tanyalah iman…

Salam takziah untuk tamadun manusia.

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

muhdhazrie/GB


Arabs kill Arabs and blame the West by Clifford D. May

Posted: 17 Mar 2011 08:07 AM PDT

A friend, I'll call him Mohamed, has been keeping closely in touch with people inside Libya, and he's been kind enough to send me updates. In a note last week, he quoted one of his brothers, who told him that Moammar Qaddafi "is savagely waging a war against an entire nation . . . Years ago, a suicide bomber struck in a pizzeria and the entire West was up in arms. Libyans are being killed by the thousands with heavy and deadly weapons . . . and the West is silent."

Mohamed then added that "to Libyans" it has "become obvious" why the U.S. is not intervening: "It is about oil, paranoia, and racism against Arabs and Muslims." I was chagrined and said so to my friend. Americans have paid a high price in blood and treasure attempting to rescue Arabs and Muslims from tyrants — in Kuwait, Bosnia, Kosovo, Somalia, Iraq, and Afghanistan, to cite a few examples. These efforts have brought more vilification than praise, more resentment than gratitude. And now the reason we're not intervening in Libya is because we are paranoiac racists coveting Libya's oil? As for the "pizzeria," that's obviously a reference to the Palestinian suicide bombing at a Sbarro restaurant in Jerusalem in 2001, one month before al-Qaeda's attacks on the World Trade Center and the Pentagon. Fifteen people were killed, seven of them children. The West was hardly "up in arms." When has the West ever been "up in arms" over an attack against Israelis? A few days ago, Palestinians entered an Israeli home and murdered a mother, father, and three children — one of them a baby girl. She was decapitated. The Washington Post, CNN, the BBC, and other media outlets were conspicuously unsympathetic to these victims.

My friend responded apologetically. These were not his opinions. He was only reporting what Libyans are thinking and perceiving. I understand. He's a great guy who embraces American values no less than I do. He's listening to Libyans in Libya who are feeling desperate — justifiably so.

But I can't help growing frustrated over much of the "thinking and perceiving" taking place in Libya and the wider "Muslim world" — from those who sentence "blasphemers" to death in Pakistan to those who protest congressional hearings examining how jihadists recruit in America.

Meanwhile, in Libya — and in Yemen, Bahrain, and other Arab countries — Arabs are killing Arabs. Why is no one looking to the Arab League to take responsibility? Over the weekend, the Arab League called on the U.N. Security Council to organize a "no-fly zone" in Libya. The Washington Post reported that the move "could significantly raise pressure on the United States and European nations to act."

Why is that exactly? How did the Arab League's wish become America and Europe's command? Why is that no one considers the possibility that the U.S. and Europe "could significantly raise pressure" on the 22 members of the Arab League — actually, 21 since Libya was suspended last month — to impose a no-fly zone of their own? If they need assistance to get the job done properly, perhaps they could ask for it. (And, as Sen. Richard Lugar said, they could offer to pay for it.)

Why is it, too, that when Muslims kill Muslims — as has been the case for decades in Iran and many other countries — the Organization of the Islamic Conference feels no obligation even to try to put a stop to the violence? More than 50 states belong to the OIC. Some are super wealthy (thanks to the Western appetite for the oil that lies beneath their sands). Turkey is a member, too, and it has a formidable military. Perhaps Turkey might at least consider organizing a flotilla to bring aid to Libya? Are Libyans in less need of aid than Gazans?

The OIC and the Arab League exercise enormous power in the United Nations. As a result, Libya, in recent years, was allowed to serve on the Security Council and preside over the General Assembly. Less than a year ago, Libya also was elected to the U.N. Human Rights Council, whose latest "Universal Periodic Review" praises Libya for its "commitment to upholding human rights on the ground." Yet in the wake of these obvious missteps, who is criticizing the U.N., demanding resignations, or promoting real reform? Not Amb. Susan Rice, who has been going around the country making speeches about why the U.N. is worth what Americans pay to support it. When Libya's membership in the Human Right Council was finally suspended a few days ago, Secretary of State Hillary Clinton patted herself on the back, saying "our engagement is paying dividends . . . "

Despite all that, as I told Mohamed, I do believe it will be a tragedy if Qaddafi remains in power. Too many Arabs and Muslims already believe that one is either a strong horse — meaning a despot and a mass murderer like Qaddafi, Mahmoud Ahmadinejad, and Osama bin Laden — or a weak horse — which means the abattoir awaits. Confirming that one more time — especially after President Obama's public commitment to dislodge Qaddafi — would have consequences.

Arab and Muslim societies are in turmoil and, very likely, reaching a hinge in history. Freedom is one possibility. Theocratic tyranny at home and increased support for jihad abroad is another. Americans are willing to help those who want the former and reject the latter. But the Arab League, the OIC, and even Mohamed's friends and relatives are not making it easier.

—Clifford D. May is president of the Foundation for Defense of Democracies, a policy institute focusing on terrorism and Islamism.National Review


While Gaddafi is about to finish quashing the uprising, the UN is debating whether to begin debate on the action against him

Posted: 17 Mar 2011 08:13 AM PDT

Arabs being Arabs cannot save themselves. Expect the Great Satan to save your sorry arses? Why not you camel jockeys pool your resources and implement the no fly zone. You guys have the knack to gang up on the small puny country, Israel, the big bullies you are. You all went off half crazed along with the leftists, what was that? Oh, yeah, "no blood for oil" when the Great Satan removed a genocidal maniac in Iraq. Great huh, not forgetting that the paragon of human rights, Libya, was the chair. You are a bunch of jokers, you brought it upon your sorry selves!
(FOX News) The Libyan Army appeared on state television on Wednesday to set a deadline for residents to leave Benghazi by midnight local time ahead a planned operation to "cleanse" the city, Sky News reports.

"The army is coming to cleanse your city of armed gangs," the Libyan army said in the statement. Qaddafi's son says the rebel stronghold will fall to government forces within 48 hours. "All the armed forces in the eastern area who have not joined the traitors are called upon to join the forces as they advance towards Benghazi," the message said, according to Reuters.

Saif al-Qaddafi told France-based Euronews Wednesday that any decision taken by the United Nations would come "too late," according to Sky News. "Everything will be over in 48 hours," he told Euronews. The U.N. Security Council reached an agreement late Wednesday on the text of a draft resolution on Libya, which will be up for vote Thursday.

This comes as Muammar al-Qaddafi intensified offensives in the east and the west Wednesday with relentless shelling aimed at routing holdout rebels and retaking control of the country he has ruled with an iron fist for more than four decades.

As Qaddafi's forces gained momentum, the rebels lashed out at the West for failing to come to their aid.

"People are fed up. They are waiting impatiently for an international move," said Saadoun al-Misrati, a rebel spokesman in the city of Misrata, the last rebel-held city in the west, which came under heavy shelling Wednesday.

"What Qaddafi is doing, he is exploiting delays by international community. People are very angry that no action is being taken against Qaddafi's weaponry."

More...
Hat tip: Eye On The World


Malaysia: Police seize parts for WMD's bound for Iran

Posted: 17 Mar 2011 07:49 AM PDT

Including nuclear warheads. "Malaysian police seize parts for weapon of mass destruction," from Cargonews Asia, March 17. Malaysian police said they have seized dismantled equipment that were meant for producing a weapon of mass destruction, including nuclear warheads, from a vessel in the country's major port, reported Xinhua.

The equipment was found in two containers on a Malaysian-registered vessel bound for Iran....Hat tip: Jihad Watch


Tentera Serang Hospital di Bahrain

Posted: 17 Mar 2011 05:09 AM PDT















Ini berlaku kelmarin. Mereka bukan sahaja menyerang penunjuk perasaan. Malahan terus memburu demonstran yang sudah cedera di hospital seperti binatang. Mengapakah dunia (kita) tidak membantah keganasan wahabi terhadap rakyat Bahrain ini?

* Foto dirakam staf hospital Sulaimaniya yang masih dikepung tentera sehingga detik ini.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak


Video Nasihat Syeikh Sya'rawi kpd Mubarak 'Meletup'

Posted: 17 Mar 2011 05:15 AM PDT


I Survived Bootcamp Penang! :-)

Posted: 17 Mar 2011 07:43 AM PDT

It is the school break this week and I am sorry I have not had time to write as much as I want to. There is so much to do and I have to spend time with my younger boy, meet up with friends who are back on vacation and of course, keep fit.

This afternoon, I met up with my former student from Sydney - Belinda Worthington-Jardine. The last time I saw her was in 1995!!! I picked her up from Parkroyal and then we had lunch at Mama's Nyonya Restaurant. After that, we headed back to the hotel where we sat by the poolside and spent time together with her husband Wesley and her two beautiful kids Olivia and Samuel. At 4.45pm, I drove home, uploaded a couple of pics in FB - a process that took soooooooooo long!

By 6p.m., I made my way to SC's house. She was my bridesmaid in 1983 and we have kept in touch till now.

For months, Freddie, SC and gang had been asking me to join their gym, join Bootcamp and all I have done is to join them for lunch, tea and dinner :-).

Last month, I started my keep fit regime and so far, it has been good BUT the battle of the bulge is a real uphill battle.

This evening, we went for Bootcamp which is being run by my friend Conor, Chin Lee (who was my Step instructor at Clark Hatch) and Elise.




Conor and an old friend Roger who has lost so much weight!

Conor is a former member of Military Special Forces with over 20 years of operational experiences training soldiers and civilians to service in high risk challenging environments. He is a qualified military physical training instructor and is currently active in running, mountaineering, Muay Thai, cycling, diving, swimming and dragon boating racing.

Elise has 22 years of experience in fitness industry both in business and as fitness instructor. Creator of Cactus Aerobics Centre and currently Cactus Fabulous Fit and she conducts classes such as Fitball, circuit training, aerobics, step and weight training workout. Fitness is her passion!

Chin Lee has more than 15 years experiences in the fitness industry. Her specialist areas are kickboxing, circuit training, step aerobics and body jam. She is also currently active in running, hill walking, diving, swimming and wind surfing.

Chin Lee during the warm up session.

Actually, I was unsure if I could take the gruelling routine but since I have been exercising, cycling, working out on the orbitrek, doing resistance training and playing squash albeit at a slow pace, I thought I'd give it a shot with SC.

And I survived!!! :-)

Chin Lee took the first half of the workout and then we had circuit training by Elise. Honestly, I had a great time as I have always enjoyed working out in the open - lying on dried leaves to do sit ups and doing push-ups on the grass. Awesome!!! To have the wind blowing in my face as the sweat oozed from my pores - simply exhilarating!

Then Conor took over the session. In groups of three, we had to race against one another and it was a very motivating experience to have members urging one another to go go go go to the finishing line. If I had done it alone, I would have faltered and then quit. I almost did at one point but with all the coaxing and shouting, amazingly, I emerged fifth in the race after I gave it one last push near the finishing point. Then Conor told me, "It's all in mind. Fitness is about motivation and attitude." How true.

*My grateful thanks to Conor and Elise who gave this old lady special attention and LOADS of encouragement. I would not have survived with your warm and sincere encouragement and guidance!

Here's a pic of some members who were at the Bootcamp session that I attended.


What is it all about? Information extracted from HERE:

BOOTCAMP is a NEW outdoor fitness training programme for both men and women which uses the Military Style Fitness Techniques and guided by professional instructors to motivate and encourage you to achieve better weight loss, increase fitness and mental strength in a fun exhilarating environment.

Their formulated exercise programmes allow people of different fitness levels to work at their own pace but also be motivated to push harder for more effective results. Of course all done in the best , training, weight loss environment "the great outdoors!"

The Bootcamp programme will incorporate both regular routines for familiarity however we will also introduce to the latest exercising methods to create a more exciting fitness training solution. Each session is aimed to be unique, different and invigorating. The group sessions will also encourage healthy interactions between each new recruit a great way to get to know each other & make new friends.

Bootcamp also bridges the gap between specific gym classes, which could be mundanely structured and impersonal, and personal training sessions, which can be costly ! Here, even exercising together in a group, we will still try to understand your individual fitness goals and help you attain them.

READ MORE HERE.

If you live in Penang, why not join Bootcamp?

MON Hill Side, Tg. Bungah Registration is at 8:15 AM Class is from 8:30-9:30 AM

TUE POLO field Registration is at 6:15 PM Class is from6:30-7:30 PM

WED Hill Side, Tg. Bungah Registration is at 8:15 AM Class is from8:30-9:30 AM

THU POLO field Registration is at 6:15 PM Class is from 6:30-7:30 PM

Come along and burn fat, have a great time and have a healthy lifestyle! Next post will be up in a while. Have a lovely evening.


Jangan Gadaikan Nyawa Untuk Loji Nuklear

Posted: 17 Mar 2011 08:04 AM PDT



Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan.

Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini.

Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear.

Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang.

Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion.

Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat.

Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear.

Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting.

Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa.

Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear?

Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan.

Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear?

Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal.

Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu. -MR

*Lidah Pengarang ini disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 16 Mac 2011.


Isu Judi Kelantan: Kerajaan UMNO BN Yang Luluskan Judi

Posted: 17 Mar 2011 07:05 AM PDT

Kota Bharu, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

"Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

"Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.


"Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang," katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

"Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

"Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

"Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini," ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

"Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

"Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA," ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

"Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

"Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit," tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

"Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada," katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. -HD


Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen

KOTA BHARU, 17 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

"Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan 'akal fikiran' manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada 'nasib'. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.


Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.

12 Rabiulakhir 1432
17 Mac 2011






SP: Behold the Samsung Galaxy SL!

Posted: 17 Mar 2011 04:52 AM PDT

I've been tasked by NuffNang Malaysia to review a unit of Samsung Galaxy SL from Celcom.

First Impression

Samsung Galaxy SL is not meant to be an upgraded version of Samsung Galaxy S, but rather a substitute. Although it looks almost similar, the internal components are different than it's older brother. Somehow I find it amusing, why a substitute and not an upgrade? I believe there's just too many complains of its predecessor eventhough it's running on 1Ghz Snapdragon processor.

This piece of machinery is very light, it could be because I'm so used to my HTC Desire Z. Despite being light, it's very solid too. The screen is 4 inch Super LCD, which is somewhat inferior to AMOLED technology though this should not be held against it.

The screen is superbly vibrant and the contrast is just nice (unlike AMOLED), perfect for light reading before bed. However like most mobile phone, it's very difficult to see under the sun. The layout of the apps is just like an iPhone. Typing is very pleasant as it comes with much improved SWYPE. With a 4 inch screen, it makes it pretty quick to write emails on the go but not as fast as dedicated keyboard (duh!).

It comes with Android Froyo 2.2.1 (the latest for stock ROM). The speed of Galaxy SL is much better than Galaxy S (my elder brother owns one). I tried installing a few games that comes as customary to mobile devices, the Angry Bird and Ninjump. Works well with no lag.

The Technical Spec

  • 4 inch Super LCD Screen
  • 2Gb Internal Storage (the review unit)
  • 2G/3G Capability
  • Capture HD Video (720p)
  • Bluetooth 3.0.

The Camera

If you're familiar with Sony Sweep Panorama, the Samsung Galaxy SL can do it too! I find it freaking awesome! Check out my office balcony and my workstation.

Click to see the pictures.

Compare Against Google Nexus S

The Bad

It does not come with a dedicated camera button, which is quite important I think. It gets pretty hot when you charge (somehow most smartphones are like this). As for battery life, although it comes with 1650 mAh it only lasts 1 day. Charge at night, morning unplug, late evening charge again, the cycle repeats just like any Android phone.

The Verdict

If wedding wasn't part of my year 2011 plan, I'll definitely get rid of the HTC Desire Z and get this one as a substitute. Seriously it's that good.

How to Get One?

Samsung Galaxy SL is only carried by Celcom. It gets better when it's subsidized. Be the first 100 buyer and get RM 100 off! :)

You can register here.

  • All customers need to do is to register online via Celcom websites and the 1st 100 customers will be entitled to enjoy an additional RM100 discount on this new Samsung Galaxy SL PLUS a FREE 8GB Micro SD card!
  • All customers have to do is to be the 1st 100 to register online with Celcom Exec. So log on to www.celcom.com.my www.celcom.com.my to register online TODAY!
  • Selected customers will be notified.
  • This promotion is open to new registrations only.
  • In addition to the RM100 discount, customers can also enjoy an additional 5% discount on their monthly bill every month with any major credit cards via auto-billing.

It's just too bad I have to give this back to Celcom on Friday :( How I wished they would let me keep it.

ps: Some friends thought I got an iPhone 3GS, have to admit it does look alike.


Krisis Nuklear Jepun : Pasca Tragedi Gempa Bumi dan Tsunami

Posted: 17 Mar 2011 04:57 AM PDT

 
 
 

Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani, UKM

SmSn (UKM) 1973, PhD (University of Reading) UK 1976, FMIC, FASc
Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear
Program Sains Nuklear
Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: sukiman@ukm.my

 
 
Selepas digegarkan dengan tragedi gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa baru-baru ini, Jepun berdepan dengan masalah baru iaitu kerosakan loji nuklear di Fukushima. Apa yang lebih membimbangkan ialah kesan bahan radioaktif yang terbebas apabila berlaku beberapa siri letupan di reaktor nuklear terbabit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi dan insiden sebenar yang berlaku, MajalahSains.Com telah menemuramah pakar Sains Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perkara ini.

 
MajalahSains.Com: Boleh Prof. jelaskan apa punca sebenar krisis nuklear terkini di Jepun yang menggemparkan dunia selepas berlakunya tragedi gempa bumi baru-baru ini di sana?
 
 
Prof. Sukiman: Punca sebenarnya ialah tsunami selepas berlakunya gempa bumi di dasar laut. Rentetan dari kejadian tsunami berlaku pula kejadian yang tidak diduga melibatkan reaktor nuklear sehingga menyebabkan letupan gas hidrogen dalam bangunan reaktor. Kesemua sistem pendinginan reaktor menggunakan kuasa elektrik. Apabila berlaku gempa bumi, operasi reaktor akan terhenti (shut-down) secara automatik dan bekalan elektrik terputus. Bekalan elektrik kecemasan dijana oleh generator diesel tetapi setelah dilanda tsunami generator juga mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus sama sekali. Sementara menunggu bekalan elektrik bergerak (mobile electrical supply) tiba bahan api reaktor terus memanas kerana tidak disejukkan. Kegagalan penyejukan teras reaktor yang mengandungi bahanapi Uranium tersinar mengakibatkan peningkatan suhu yang berterusan sehingga berlaku pencairan separa (partial meltdown) dan peningkatan tekanan terus berlaku dalam reaktor. Apabila stim dilepaskan untuk menurunkan tekanan dari 800 kPa ke 400kPa gas hidrogen juga terbebas dan menyebabkan bumbung bangunan reaktor meletup.

Nasib yang sama menimpa reaktor Daiichi 1, 2 dan 3. Kebakaran pada reaktor Daiichi 4 berlaku disebabkan oleh tempat simpanan bahanapi uranium tersinar/terpakai tidak disejukan dan berlaku pemanasan. Daiichi 4 masih belum berjaya disejukkan sepenuhnya kerana suhu kolam simpanan bahanapi terpakai masih tinggi iaitu 84' C sedangkan dalam operasi biasa perlu dikekalkan pada suhu 25 'C.
 
 
 
MajalahSains.Com: Heboh dari SMS, Twitter, Facebook dan khabar-khabar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya tentang bahaya radiasi dari kebocoran reaktor nuklear di Fukushima terutamanya selepas beberapa siri letupan berlaku di reaktor terbabit. Dapatkah Prof. jelaskan situasi yang sedang berlaku dari segi keselamatan dan bahaya kesan radiasi bahan nuklear?
 
 
Prof. Sukiman: Tahap Kecemasan sekarang ialah Tahap 4 berasaskan kepada International Nuclear and Radiological Event Scale (INES). Tahap 4 bermakna berlaku pelepasan bahan radioaktif setempat dan ia tidak mengakibatkan pencemaran antara negara atau merebaknya ke kawasan yang luas. Jika berlaku pencairan menyeluruh (total meltdown) seperti tragedi Chernobyl (1986) itu lebih berbahaya. Tetapi situasi ini tidak berulang kerana rekabentuk Boiling Water reaktor Fukushima berbeza dan lebih baik berbanding reaktor Chernobyl. Insiden Three Mile Island (TMI) yang melibatkan masalah Pressurised Water Reactor (PWR) hanya mengakibatkan pencemaran radioaktif setempat. Insiden Fukushima boleh diibaratkan seperti ulangan peristiwa Three Mile Island.


MajalahSains.Com: Teknologi nuklear sentiasa mendapat imej negatif di kalangan masyarakat dari segi aspek keselamatan dan moral. Apa pandangan Prof. tentang isu ini?
 
 
Prof. Sukiman: Penggunaan tenaga nuklear lahir pada tahun 1939 ketika dunia di ambang Perang Dunia Ke-2. Teknologi nuklear telah digunakan oleh kuasa-kuasa politik dunia sebagai senjata dalam peperangan. Apabila masyarakat menyaksikan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki akibat penguguran bom atom oleh pasukan tentera Amerika di kedua-dua bandaraya tersebut, maka stigma keburukan tenaga nuklear kekal sehingga kini. Sebenarnya banyak kebaikan tenaga nuklear yang telah digunakan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian di samping penjanaan tenaga elektrik. Apa yang perlu dilakukan ialah penjelasan sejelas-jelasnya kepada masyarakat awam tentang apa itu teknologi nuklear. Seperti kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Justeru itu apabila kita memahami dan mengenali teknologi nuklear maka ketakutan masyarakat terhadap nuklear akan beransur-ansur hilang.
 
 
MajalahSains.Com: Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang saya petik dari akhbar, beliau menegaskan bahawa Malaysia tetap akan meneruskan program tenaga nuklear yang dijangka akan dimulakan tidak lama lagi. Komen Prof.?
 
 
Prof. Sukiman:Saya bersetuju dan menyokong program ini kerana kenyataan itu berasaskan kepada fakta-fakta yang berasas.. Kabinet sudah bersetuju dengan Dasar Nuklear Negara dan telah dilancarkan pada Jun 2010. Dalam dasar tersebut terkandung perancangan penggunaan teknologi nuklear dalam sektor tenaga dan bukan tenaga. Selepas insiden Fukushima aturan keselamatan antarabangsa akan semakin diperketatkan dan Malaysia perlu memenuhi keperluan dan aturan yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA).


MajalahSains.Com: Bila berbicara tentang nuklear, ramai yang mengaitkan bahaya sumber tenaga ini dengan tragedi yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki, tragedi loji nuklear Chernobyl, Ukraine 1986, dan juga bencana di Three Mile Island, Amerika Syarikat 1979. Bagaimana untuk menjelaskan perkara ini bagi menghapuskan stigma (ketakutan) masyarakat tentang isu-isu nuklear ?


Pertamanya kita lihat dari segi teknologi. Reaktor Fukushima adalah reaktor generasi lama seperti yang digunakan oleh loji Three Mile Island. Reaktor Chernobyl pula adalah teknologi yang ketinggalan jauh dari teknologi Barat pada masa itu. Loji Nuklear Fukushima I yang menghadapi masalah pada masa ini mengandungi enam buah reaktor.

 
Unit
Kuasa MWatt
Tahun Pentauliahan
Daiichi1
460
1971
 Daiichi 2
784
1974
Daiichi3
784
1976
 Daiichi 4
784
1978
 Daiichi 5
784
1978
 Daiichi 6
1100
1979

Jadual 1
Kesemua reaktor tersebut dirancang pada tahun 1950an selepas Perang Dunia Ke-2 kerana pembangunan loji nuklear mengambil masa 20 tahun dari perancangan hingga ke pentauliahan.

Loji Nuklear Fukushima II pula yang terletak bersebelahan mengandungi empat unit reaktor, dibina dan ditauliahkan 10 tahun kemudian dan tidak mengalami masalah. Sementara reaktor generasi serupa di Loji Nuklear Tokai tidak menghadapi masalah kerana tidak dilanda tsunami. Loji Nuklear Onagawa di sebelah utara terdiri dari tiga unit reaktor baru juga tidak menghadapi masalah.Berasaskan kepada fakta tersebut, bencana yang menimpa Fukushima ialah akibat tsunami dan faktor rekabentuk reaktor nuklear jenis lama.

 
MajalahSains.Com: Pada pandangan Prof. adakah Malaysia mampu membangunkan sumber tenaga nuklearnya sendiri berdasarkan kepakaran, teknologi serta kemudahan yang sedia ada pada masa kini bagi mengimbangi sumber tenaga konvensional yang semakin berkurangan?


Prof. Sukiman: Tentu sekali kita mampu kerana prasarana asas sudah ada dan sementara menanti pentauliahan reaktor pada 2021 kita boleh melatih lebih ramai lagi tenaga pakar yang diperlukan. Reaktor yang akan kita bina adalah reaktor Generasi 3++ iaitu 50 tahun lebih maju daripada Reaktor Fukushima. Reaktor Fukushima jenis Boiling Water Reactor dirancang selepas Perang Dunia Kedua dan ditauliahkan 20 tahun kemudian antara 1971-1979.

Malaysia perlu mempelbagaikan sumber tenaga bagi menjamin Energy Security untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sumber tenaga yang kita ada ialah arang batu+gas+hidro. Sumber hidro makin terbatas manakala harga arang batu dan gas semakin meningkat. Malaysia juga komited untuk mengurangi pembebasan karbon dioksida sebanyak 40%. Oleh kerana tenaga solar dan tenaga angin tidak dapat menyelamatkan keadaan menjelang 2020 maka mahu tidak mahu Malaysia perlu memilih tenaga nuklear.

Jika kerajaan bersetuju menambah subsidi tenaga sementara rakyat sanggup membayar kos elektrik pada kadar lebih tinggi, maka kita boleh kekalkan status quo untuk tempoh 10 tahun.

Sumber arang batu yang ada sekarang ini hanya dari Australia kerana Indonesia dan China sudah tidak lagi mengeksport arang batu. Kita terlalu bergantung kepada satu negara sumber sahaja dan dari segi politik-ekonomi ini amat berbahaya. 
 
 
MajalahSains.Com: Terima kasih Prof. kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah.

 
Prof. Sukiman: Sama-sama. Mudah-mudahan temubual ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat.



Share on Facebook


Jawapan kepada kenyataan BANGANG Nazri Aziz

Posted: 17 Mar 2011 09:02 AM PDT


*ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...*<br>*Jika Allah berkehendak, apa

Posted: 17 Mar 2011 04:03 AM PDT

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...
Jika Allah berkehendak, apa sahaja pasti berlaku..kun fayakun
Itu yang terkeluar dari mulut ku ketika melihat kedua-dua gambar berikut....

Gambar pertama, baru sahaja berlaku pada 11 Mac 2011 di Jepun...
manakala gambar 2, sewaktu kejadian tsunami di Acheh pada tahun 26 Dis 2004.

Gambar 1: di Jepun , 2011
 (sumber: National Geography Daily News: 15th March 2011)
Gambar 2: di Acheh, 2004
(sumber: http://djunsaphoto.blogspot.com/2009/07/artefak-kapal-tsunami-di-desa-lampulo.html)

Apakah pengajaran yang patut kita ambil dari kedua-dua kejadian?


Seorang Lagi Pelatih Pulapol Meninggal Dunia Akibat Adenovirus

Posted: 17 Mar 2011 06:00 AM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis akibat jangkitan Adenovirus, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat serangan virus itu bulan ini.

Gambar: BAPA mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adenovirus, Ishak Daharin (tengah) kelihatan sedih ketika melawat jenazah anaknya, Mohd Redzuan Ishak (gambar kecil) pelatih inspektor dari PULAPOL di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Inspektor pelatih Mohd Redzuan Ishak, 26, yang menerima rawatan di situ sejak seminggu yang lalu, meninggal dunia pada 4.20 pagi ini, demikian menurut polis dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya di Rawang pagi ini untuk dikebumikan.Adenovirus mula dikesan menyerang Pulapol pada 4 Mac lepas.

Mangsa pertama, seorang konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar, meninggal dunia pada 9 Mac.

Sehingga 8 pagi semalam, 34 orang pelatih dirawat di HKL dan enam di Hospital Sungai Buloh. -BERNAMA


25 Termasuk Pelajar Perempuan Dicekup Di Pusat Karaoke

Posted: 17 Mar 2011 05:24 AM PDT

Kuala Kangsar – Niat 25 pelajar untuk berhibur di pusat karaoke sempena musim cuti sekolah ini terbantut apabila diserbu dalam satu operasi bersepadu di sini, Selasa lalu.

Operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Jabatan Agama Islam Perak itu dilakukan di dua pusat karaoke berasingan di sekitar Pekan Kuala Kangsar kira-kira jam 8 malam.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKF), KDN, Ngeh Kiet Fock berkata, dua buah karaoke diserbu ialah di Jalan Datuk Maharajalela dan Jalan Juragan Abdul Syukur membabitkan 80 pegawai dan anggota.

"Seramai 51 pengunjung termasuk 25 pelajar sekolah dari dua pusat karaoke berkenaan telah di tahan dan dibawa ke Pejabat AADK Cawangan Kuala Kangsar, di sini.

"Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun menjalani ujian air kencing," katanya kepada Sinar Harian.

Kiet Fock berkata, daripada jumlah yang ditahan. 42 daripadanya lelaki sementara sembilan pengunjung perempuan.

Menurutnya, kebanyakan mereka terdiri daripada remaja dan sebahagiannya masih di bawah umur.

"Selain ujian air kencing, kita juga menjalankan pemeriksaan ke atas kandungan telefon bimbit bagi mengesan kewujudan klip atau video lucah," katanya.

Dalam ujian berkenaan, seorang remaja lelaki telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana didapati positif dadah.

Kiet Fock berkata, hasil maklumat orang ramai, pihaknya telah menjalankan intipan hampir seminggu ke atas dua pusat karaoke berkenaan sebelum serbuan di buat.

Katanya, MPKK turut mengeluarkan dua kompaun ke atas pengusaha pusat karaoke atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa permit dan membiarkan tandas premis kotor.

"Operasi tamat kira-kira jam 10 malam, selepas ujian saringan air kencing dan pemeriksaan telefon bimbit dilakukan, kesemua pengunjung dibebaskan," katanya. -SH


No comments: