Monday, May 23, 2011

[Video & Bergambar] Taufan Tornado Melanda Missouri AS

[Video & Bergambar] Taufan Tornado Melanda Missouri AS


[Video & Bergambar] Taufan Tornado Melanda Missouri AS

Posted: 23 May 2011 09:44 AM PDT

Taufan tornado melanda Kota Joplin, Missouri, Amerika Syarikat (AS) hari ini. Diberitakan ramai yang terkorban di dalam bencana ini, namun belum diketahui dengan pasti jumlahnya.

Berdasarkan kesan selepas tornado berlangsung, tampak jelas kerosakan teruk yang diakibatkan oleh taufan tornado tersebut. Ketika ini jumlah yang terkorban ialah 24 orang, namun dilihat dari kerosakan dijangkakan jumlah yang terbunuh akan terus bertambah.

Jumlah yang terkorban tersebut disiarkan oleh akhbar Springfield News, sementara pihak pemerintah setempat masih berusaha menentukan jumlah sebenar yang terkorban. Sedangkan jumlah korban tercedera masih belum diketahui secara jelas.

Taufan Tornado juga mengakibatkan bekalan eletkrik terputus di beberapa wilayah Joplin. Sebuah gereja bahkan diketahui hancur dipukul badai dahsyat ini.

"Aliran elektrik terputus, kami tidak dapat menghubungi mangsa korban," kata ahli cuaca dari Badan Cuaca Nasional Bill Davis seperti dikutip The New York Times, Isnin (23/5/2011).

Sebelum ini pada Mei 2008 lalu, terjadi pula taufan tornado di dekat wilayah Joplin. Ketika itu kekuataan tornado serupa yang menyerang Joplin saat ini, namun beruntung badai tersebut tidak menyentuh Kota Joplin di kala itu.













This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

New Seat Belt Law

Posted: 23 May 2011 08:48 AM PDT

Effective 1st June 2011, there will be a new seat belt law in Country X which has done extensive testing on a newly designed seat belt.

Encouraging results show that accidents can be reduced by as much as 45% when the belt is properly installed.

Correct installation is illustrated below.......

This is very Important, please pass on to friends and family.

THIS MAY SAVE A LIFE ONE DAY!


Keep smiling...now how many of you really wish such a 'seat belt' was mandatory?

Do leave a comment to share your views! Thanks. Have a restful evening.

*Thanks to TO who sent me this joke.


Kolum Mendepani Zaman saya di Sinar Harian: Biarkan Ibu Bapa Memilih

Posted: 23 May 2011 08:04 AM PDT

Sebelum ini saya sering mengkritik ibu bapa yang memilih menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah swasta. Ini mungkin kerana pandangan politik saya yang berasaskan kepedulian rakyat atau memandangkan saya sendiri menerima pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan (meskipun mungkin ada yang menganggap La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar bukanIah sekolah kerajaan biasa).

Namun dengan kelahiran anak sulung kami, Ilhan, isteri saya dan saya mula membincangkan tentang pendidikan dan masa depannya, seperti ramai lagi ibu bapa. Kami memutuskan untuk tetap menghantarnya ke sekolah kebangsaan.

Kami percaya bahawa beliau akan mendapat manfaat daripada pengalaman tersebut dan juga sebarang wang yang kami jimatkan daripada membayar yuran sekolah swasta yang mahal boleh digunakan untuk pengajian tingginya yang lebih penting.

Kami juga percaya bahawa kami perlu memainkan peranan aktif dalam pendidikan Ilhan, untuk memastikan beliau dapat membaca, menulis, bercakap, berfikir dan menjadi insan yang berakhlak. Kami menyedari bahawa pendidikan seseorang anak itu memerlukan peranan aktif ibu bapa yang menyumbangkan masa dan tenaga mereka (dan bukan hanya wan gringgit), bukannya dengan mengambil sikap lepas tangan kesemuanya kepada guru-guru dan kemudian mengadu apabila timbulnya sebarang masalah.

Saya amat kecewa apabila menteri-menteri yang melakar dasar-dasar pendidikan negara memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah luar negara atau swasta. Bagaimana mereka dapat mendakwa bahawa mereka mengetahui apa yang terbaik untuk sekolah kebangsaan sekiranya mereka sendiri tidak menghantar anak-anak mereka ke sana?

Tetapi kini, sebagai seorang bapa, saya memahami mengapa ramai ibu bapa biasa di Malaysia mahu pilihan – sama ada sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta, sekolah agama mahupun sekolah antarabangsa untuk anak-anak mereka. Ibu bapa dan bukannya menteri atau pegawai kerajaan yang berhak memilih apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Pengalaman saya mengesahkan pandangan ini. Saya mengikuti kursus A-Level di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, sebuah sekolah swasta yang diasaskan mengikut model sekolah-sekolah swasta Britain. Bebas daripada campurtangan kerajaan, kualiti pendidikan KYUEM memang mengatasi institusi-institusi lain.

Perbahasan ini bukanlah hanya berlaku di Malaysia. Misalnya Parti Buruh di Britain cuba memperjuangkan kesamarataan dalam pendidikan di sana dengan mencipta sekolah 'comprehensive' yang diikuti semua pelajar tanpa mengira kebolehan.

Pendekatan ini telah menerima banyak kritikan, dan satu sistem untuk semua ini adalah mirip dengan sistem sekolah kebangsaan kita. Kurikulum, pentadbiran dan senibina sekolah-sekolah kebangsaan semuanya adalah serupa, dengan hanya sedikit perbezaan yang dibenarkan.

Saya percaya bahawa pendekatan ini berpunca daripada keinginan untuk memperkukuhkan perpaduan nasional, tetapi kesannya adalah amat tidak memuaskan.

Sekolah-sekolah 'comprehensive' di Britain mendapat kritikan memandangkan kesannya di mana lebih ramai ibu bapa kelas menengah (yang tidak bersetuju dengan pendekatan menyamakan semua pelajar tanpa mengambilkira kebolehan mereka) menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. Kesannya, jurang pendidikan di Britain telah meningkat.

Ivor Roberts dari Universiti Oxford berpandangan bahawa meskipun ahli-ahli politik Britain gemar menyalahkan universiti-universiti elit Britain kerana tidak cukup inklusif terhadap pelajar-pelajar miskin, punca sebenar ialah kualiti sekolah 'comprehensive'. Sebelum ini pelajar-pelajar miskin tetapi pandai mendapat tempat di sekolah-sekolah 'grammar' yang memilih pelajar-pelajar terbaik.

Banyak persamaan antara situasi ini dengan situasi di Malaysia. Keadaan sekolah-sekolah kebangsaan kita yang dianggap merosot menyebabkan lebih ramai ibu bapa memilih untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah-sekolah lain. 90 peratus ibu bapa Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah jenis kebangsaan, bersama-sama peratusan Melayu dan India yang meningkat. Yang lain menghantara anak-anak mereka di sekolah swasta, antarabangsa dan sekolah Islam swasta. Ada juga yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara, ke Singapura dan negara-negara lain.

Saya tersentuh melihat betapa kuat ibu bapa-ibu bapa ini bekerja, ataupun pengorbanan yang mereka buat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini: semata-mata kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Bukan kesemua mereka keluarga kaya – ramai antara mereka rakyat biasa. Apa yang lebih mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka biasanya tidak mendapat pendidikan di sekolah-sekolah yang sama.

Ibu bapa-ibu bapa ini mendedahkan betapa ceteknya pandangan yang merasakan bahawa masalah perpaduan nasional dapat diselesaikan dengan menutup sekolah-sekolah Cina dan Tamil semata-mata. Kelompok ini sanggup merampas hak pihak yang lain untuk memenuhi matlamat mereka. Menutup sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak akan mengatasi masalah perkauman serta-merta, dan akan memberi gambaran bahawa negara kita tidak menghormati kebebasan memilih.

Pokoknya, biarlah ibu bapa membuat pilihan. Aliran mana pun, sekolah mana pun, ibu bapa sepatutnya diberikan ruang membuat pilihan, tentunya dengan syarat mereka mampu menanggung aspek kewangannya. Pada masa yang sama sekolah-sekolah ini, yang memikul tanggungjawab mendidik anak-anak muda negara, mesti memainkan peranan untuk menyediakan anak-anak muda ini menjadi warganegara yang baik – termasuklah menguasai bahasa kebangsaan, sensitif terhadap budaya-budaya lain dan mampu berfungsi dalam suasana pelbagia kaum.

Membuka ruang sistem pendidikan kita akan benar-benar membantu menarik ramai rakyat Malaysia untuk pulang. Antara sebab mereka memilih untuk berhijrah ke luar negara ialah kualiti pendidikan negara kita. Tetapi pada jangkamasa panjang, kita memerlukan reformasi menyeluruh sekolah-sekolah kebangsaan. Majoriti besar rakyat Malaysia masih lagi belajar di sekolah-sekolah tersebut.

Sekolah-sekolah kebangsaan kita mestilah lebih inklusif dan memperbaiki mutu akademik mereka. Kita tidak patut menekankan tentang berapa banyak A yang diperoleh, tetapi indikator-indikator lain yang lebih objektif: adakah mereka dididik untuk bekerja dan hidup di dunia sebenar yang global? Kita tidak boleh membiarkan sekelompok Napoleon kecil bermaharajalela dengan agenda kaum atau agama sempit mereka di sekolah-sekolah kebangsaan.

Kerajaan sepatutnya memberikan otonomi kepada sekolah-sekolah dan membenarkan program-program khas untuk pelajar-pelajar pintar. Namun sistem ini mestilah terbuka agar pelajar-pelajar yang lambat mencapai kecemerlangan akademik turut berpeluang turut serta apabila mereka mencapai tahapnya. Pada masa sama, ruang yang lebih luas harus dibeirkan kepada golongan daripada latarbelakang yang kurang bernasib baik untuk memastikan sistem ini adil untuk semua.

Sebagaimana saya sebutkan di dalam buku saya Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21, saya mengakui sistem pendidikan kita yang terpisah adalah cabaran besar buat negara. Tetapi sebagaimana saya telah sebutkan di atas, mengharapkan pendekatan "satu sekolah untuk semua" mampu memperbaiki keadaan adalah angan-angan kosong.

Antara yang memperjuangkan idea ini sering menyebut tindakan Lee Kuan Yew menutup sekolah vernakular di Singapura sebagai contoh. Namun mereka terlupa bahawa beliau hanya mampu berbuat demikian dengan menjadikan sekolah kebangsaan sekolah pilihan semua dan hanya bertindak ketika minoriti kecil ibu bapa Singapura menghantara anak-anak mereka ke sekolah-sekolah vernakular. Adakah mereka memikirkan bahawa tindakan kuku besi sebegini relevan untuk Malaysia pasca 2008?

Dalam Mendepani Zaman saya mencadangkan penubuhan Aliran Bersatu (yang bukannya aliran kebangsaan ataupun vernakular), yang mengambil elemen terbaik daripada kedua-dua aliran. Saya percaya idea ini turut dikaji oleh kerajaan. Saya berpandangan aliran tersebut mestilah memberikan ruang secukupnya untuk para pelajar mempelajari bahasa ibunda serta warisan kebudayaan mereka, tetapi turut mempelajari budaya-budaya lain di dalam negara disamping dipupuk dengan asas yang kuat dalam pendidikan kenegaraan.

Sehingga itu, Ilhan akan kemungkinan besar menghadiri sekolah kebangsaan tetapi saya berharap dapat memperbaiki pengalamannya dengan menyediakan suasana yang baik di rumah serta mengisinya dengan pelbagai aktiviti berguna. Satu-satunya harapan saya ialah beliau dan anak-anak yang lain sepertinya akan membesar menjadi warga Malaysia yang baik dan bekerja kuat yang berkhidmat untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dari hari ini.


Bersedia, Kerajaan Akan Umumkan Kenaikan Harga Minyak Minggu Ini

Posted: 23 May 2011 08:37 AM PDT

Langkah Rasionalisasi Subsidi Dijangka Diumum Minggu Ini - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA


A Misnomer

Posted: 23 May 2011 07:23 AM PDT

Recently, I attended a forum on Media and Ethnicity - Overcoming the Challenges. Actually, I have not attended forums for over a year because of poor night vision. Anyway, I thought it would be a good forum and went with another friend. Sighs. Despite the wide publicity, only about 40 were there, including the organisers! Apart from a very interesting discourse from a local seasoned journalist from an English MSM, it was a MOST disappointing outing for a few reasons.


Firstly, the title itself is a misnomer. The organisers/speakers looked at the issue from the wrong racial viewpoint and classification of Malay, Chinese and Indian. My learned friend who was with me argued that there are five main ethnic groups namely Caucasoid, Negroid, Mongoloid, Dravidoid and Austronesoid.They would have been better off if the forum had been titled "How to avoid divisive racial stereotyping".

Secondly, the forum contradicted the paradigm of the free press when they asked for Utusan Malaysia to be closed down. You can read more HERE. It is better that Utusan Malaysia continues to fulfil its agenda so that the rakyat to choose which party to vote for!

A speaker questioned which vernacular press in Malaysia does not have a racial slant and said that each newspaper has a community to serve. The basic premise of that speaker was that the MSM shows symptoms of an ethnic stucture that reflects our society and asked "When we have something that is racial, how do we move beyond it?" That speaker also made references to a certain vernacular press that highlights the race of crime offenders. There was an unnecessary negative portrayal of the vernacular press, especially the Chinese and Tamil press. Disparaging remarks at the poor interviewing styles of Chinese reporters (due to weaknesses in BM and English) did not help at all in sticking to the topic! NO SUGGESTIONS were offered by that speaker to overcome the problems highlighted!

Whilst that speaker advocated ONE common language to overcome such problems, no reference to which language was made. A far-fetched idealistic notion, at least to me. If there are good people, they will want to co-exist in harmony and diversity. Why does it have to be ONE language? Other plural societies have existed in harmony as well without using only one language.

Do such generalizations show lack of depth of knowledge  and experience from the outside world?

I was actually shocked that despite the lack of fluency, one of the speakers continued to struggle in English instead of switching to another language.

Most glaringly, the forum showed the deplorable standard in the level of English proficiency when younger members from the floor could not speak fluently with correct pronunciation. One (who works for a political leader) even spoke confidently about 'PLESS" conferences. :-(

The whole talk skimmed the surface of issues. Some of the questions I asked were not answered at all. It was, at best, a trivial discussion and I truly regretted wasting my time there! What was the objective of the forum? Did anyone leave with ideas as to how those challenges could be overcome? I wonder!


K L XI v Arsenal

Posted: 23 May 2011 02:10 AM PDT

Pre-season Friendly, Bukit Jalil National Stadium
Wednesday, July 13, 2011, 17:30

Still to be confirmed.

Other possible pre-season dates;

13th July 2011 – Kuala Lumpur XI
16th July 2011 – HANG-ZHOU XI (IWU)
23rd July 2011 – COLOGNE
30th July 2011 – Boca Juniors (Emirates Cup)
31st July 2011 – New York Red Bulls (Emirates Cup)
6/7th August 2011 – Benfica

Also hopefully Arsenal will fit in a trip to Barnet.

Champions League


Oi kerajaan BN celaka, kalau nak potong subsidi, jangan lupa mansuhkan cukai!

Posted: 23 May 2011 05:30 AM PDT

Kepada sesiapa yang berkenaan, Cukuplah hangpa dok berlakon macam negara ni bapak hangpa yang punya. Sedaqlah, kereta yg hangpa naik, minyak petrol yg hangpa pakai, kapal terbang first-class yg hangpa chartered, semua hangpa pakai duit aku. Haram jadah hangpa no. Sedaqla oi. Aku bayaq cukai. Cukai perkhidmatan utk semua benda yg aku pakai aku bayaq. Cukai impot. Duti yg tu yg ni. Cukai eksais la


Mohd Sabu Menang Besar Jika Tuan Ibrahim Masuk Tanding Timbalan Presiden

Posted: 23 May 2011 07:03 AM PDT

Tekanan meningkat untuk Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Tekanan dari pelbagai pihak semakin kuat ke atas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini beliau telah memaklumkan tidak bersedia untuk ke jawatan itu.

Tekanan itu semakin memuncak apabila ramai yang mula tahu pencalonan yang diterima beliau tidak jauh bezanya dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan.

Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu.

Pencalonan tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau.

Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini. Jawatankuasa Pemilih 2011 akan mengumumkan calon-calon itu pada 27 Mei ini. -harakahdaily

Ulasan GB

Daripada tulisan di atas, nampaknya harakahdaily cuba menonjolkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden PAS kali ini bagi menggantikan Ustadz Nasharuddin Mat Isa.

Tetapi laporan di atas nampak "berlebih-lebihan" dan keterlaluan terutama ayat berikut:

Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan.

Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu.


Ayat yang ditebalkan itu ternyata salah dan mengelirukan.

Ia sepatutnya berbunyi

"hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk salah satu jawatan itu"

146 kawasan tidak menamakan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kedua-dua jawatan tetapi hanya salah satu daripada dua jawatan itu, iaitu 39 kawasan calonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dan 97 calonkan beliau sebagai Naib Presiden. Jika 146 kawasan mencalonkan Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan, tentulah sudah menang Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dengan 146 pencalonan itu.

Pelik betul bagaimana harakahdaily boleh melaporkan dengan cara untuk salah dan mengelirukan pembaca. Ia amat tidak beretika di dalam rangka cuba untuk menonjolkan calon favoritenya.

GB kata sebelum ini GB terbuka, sesiapapun dialu-alukan bertanding. Tetapi kenalah menilai keupayaan dan kekuatan masing-masing.

Ustadz Nasharuddin yang sebelum ini telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya nampaknya seperti dipinggirkan oleh harakahdaily. Kita tidak tahu berapa pencalonan yang diterima oleh Ustadz Nasharuddin berbanding calon-calon yang lain kerana J/K Pemilihan kali ini TIDAK TELUS, tidak diumumkan secara terbuka jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon yang bertanding. Satu perancangan? Wallahu 'alam.

Namun jika Tuan Ibrahim membuat keputusan untuk masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, ia akan memecahkan undi kumpulan Ustadz Nasharuddin bukan Mohd Sabu.

Ini kerana perwakilan akan melihat Ustadz Nasha dan Ustadz Tuan Ibrahim adalah dari kumpulan yang sama (dua-dua berstatus ulamak/ustadz). Kedua-duanya satu ketika pernah dikaitkan dengan UG.

Mohd Sabu sudah ada penyokongnya sendiri - iaitu solid dari kumpulan yang menentang gagasan UG.

Justeru itu kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man ke dalam gelanggang Timbalan Presiden akan hanya memberi padah kepada Ustadz Nasharuddin, bukan Mohd Sabu, setidak-tidaknya akan memerosotkan undi bagi Ustadz Nasharuddin.

Kedua, Tuan Ibrahim pula pernah menyatakan bahawa beliau mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini.

titm
Laporan The Malaysian Insider 27/03/2011


Jika Tuan Ibrahim menerima pencalonan Timbalan Presiden, ini akan meletakkan kedudukan Tuan Ibrahim sebagai calon yang mudah untuk dikritik perwakilan sebagai "cakap tak serupa bikin".

Ketiga, peluang untuk Tuan Ibrahim memenangi jawatan Naib Presiden pula akan tipis jika Tuan Ibrahim turut bertanding sebagai Timbalan Presiden kerana tentulah perwakilan hanya akan memilih seseorang itu untuk satu jawatan sahaja, samada Timbalan atau Naib. Mereka yang telah mengundi Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak akan mengundinya lagi sebagai Naib Presiden.

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Tetapi, sebaliknya jika Tuan Ibrahim tidak bertanding Timbalan Presiden, sepastinyalah perwakilan akan memberikan undi kepada beliau untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden.

Ramai sudah menghidu perancangan dan perencanaan pihak tertentu itu, tetapi wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin - Ali Imran(54).


Homegrown Mango

Posted: 23 May 2011 04:34 AM PDT




Our homegrown mangoes freshly plucked from the tree. They really look good!


Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim: Cerun Disahkan Masih Berbahaya

Posted: 23 May 2011 04:42 AM PDT


Kajang: Cerun belakang Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Al-Taqwa iaitu lokasi kejadian tanah runtuh disahkan berbahaya ekoran wujudnya pergerakan tanah.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Dr Ashaari Mohamad berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati struktur tanah di cerun berkenaan masih lemah terutama dalam keadaan cuaca hujan sejak beberapa hari lalu.

"Buat masa ini kedudukan cerun itu memang tidak selamat malah kita dapati masih ada pergerakan tanah di dalamnya," katanya ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di lokasi kejadian di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melawat lokasi kejadian di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera.

Selain itu Ashaari berkata, pihaknya difahamkan bahawa sebelum ini telah berlaku beberapa runtuhan kecil namun tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Difahamkan ada runtuhan dan pergerakan kecil. Malah kami dapati ada pokok yang condong dan dipotong... itu mungkin tanda-tanda berlaku tanah runtuh," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kajian terperinci yang dijalankan JKR, beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan petang ini bersama semua jabatan dan pakar berkaitan cerun dan tanah runtuh.

Menurutnya hasil kajian mengenai kejadian berkenaan hanya akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan.

"Selepas ini kita akan buat cadangan sama ada cerun ini akan dibaiki ataupun dilandaikan.

"Tapi itu terpulang kepada kajian yang selewat-lewatnya mengambil masa tiga bulan, tapi mungkin kita akan percepatkan," katanya.

Sebelum itu menerusi taklimatnya, Ashaari berkata jarak kaki cerun ke bangunan rumah anak yatim tersebut ialah sejauh tujuh meter.

"Manakala sudut condong kecerunan adalah antara 75 hingga 80 darjah.

"Apa yang terjadi ialah berlakunya pergerakan tanah yang bergerak ke bawah dan menggelungsur di sepanjang permukaan planar yang relatif dan mempunyai sedikit gerakan putaran atau miring ke belakang," katanya. -mstar


Chegubard: SAMM Akan Sertai Himpunan Bersih 2.0

Posted: 23 May 2011 03:37 AM PDT

Seremban: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggerakkan semua rangkaian anak muda yang bergabung dengannya untuk turut sama terlibat dalam Himpunan Bersih (Walk for Democracy) bagi menuntut Pilihan Raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan telus.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berkata, selain dari anggota gabungannya SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam perhimpunan Bersih nanti.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan Bersih dengan memobilisasi 100,000 ahli dari parti itu sahaja.

"SAMM mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim Umno-Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak mempedulikan empat tuntutan Bersih sejak Himpunan Bersih kali pertama November 2007," kata CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selain dari empat tuntutan itu, SAMM menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah:

Dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Umno-BN gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu.

• Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain seperti warganegara Malaysia yang bekerja atau menuntut di luar negara.

• Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang benar-benar telus dan meyakinkan.

• Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

• Penyalahgunaan institusi kerajaan dalam Pilihan Raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

• Melanjutkan tempoh kempen Pilihan Raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Umno-BN pekak, angkuh

Beliau berkata semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim Umno-BN seolah-olah pekak, angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

"Tuntutan-tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim Umno-BN terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka mobilisasi rakyat untuk turun di jalan raya yang dipilih,' jelasnya.

"Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

"Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendirian SAMM," katanya.

Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan Bersih 2007 dan tidak mengambil kira sama ada ahli PKR, DAP dan lain-lain gerakan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan anak muda.


Ten Commandments Of Marriage

Posted: 23 May 2011 02:20 AM PDT

Commandment 1:
Marriages are made in heaven.


But so again, are thunder and lightning...

Commandment 2:
If you want your wife to listen and pay strict attention to every word you say, talk in your sleep...

Commandment 3:
Marriage is grand -- and divorce is at least 100 grand!

Commandment 4:
Married life is very frustrating. In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens.
In the second year, the woman speaks and the man listens.
In the third year, they both speak and the neighbours listen...

Commandment 5:
When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing:
Either the car is new or the wife is...

Commandment 6:
Marriage is when a man and woman become as one; the trouble starts when they try to decide which one...

Commandment 7:
Before marriage, a man will lie awake all night thinking about something you say.
After marriage, he will fall asleep before you finish...

Commandment 8:
Every man wants a wife who is beautiful, understanding, economical, and a good cook.
But the law allows only one wife...

Commandment 9:
Marriage and love are purely matter of chemistry.
That is why wife treats husband like toxic waste...

Commandment 10:
A man is incomplete until he is married.
After that, he is finished...

-Author Unknown-

*Sent to me via email by T.O. Thanks! Have a lovely evening, everyone. next post will be on a socio-political post. Been busy cleaning the house today! Please swing by again later! Thanks!


Competitiveness Rankings Drop: Just "Perception"?

Posted: 22 May 2011 05:24 AM PDT

The steep decline IMD Competitiveness rankings in the categories of "Government Efficiency" and "Business Efficiency" from 2010 to 2011 proves that investors has had enough of "transformation" rhetoric from the Najib administration

Our global competitiveness rankings for 2011 as produced by the Switzerland-based Institute of Management Development (IMD) ranked Malaysia 16th out of 59 countries, marking a significant drop of 6 places from 10th in 2010. This was after a much-hyped jump in rankings from 18th in 2009 to 10th last year.

While the overall rankings decline is disappointing, it is shocking to discover that our ranking for 'government efficiency' and 'business efficiency' tanked from 9th and 4th to 17th and 14th respectively.

What is worse is to for the Minister of International Trade and Industry to justify the drastic drop in rankings due to the fact that these two categories are measured on "perception" and hence insinuating that they are not accurate!

Dato' Seri Mustapa Mohamed's statement in response to the above rankings decline emphasized the fact that it was due more to "perception-based factors" which declined as opposed to "real/hard data" which showed our "Economic Performance" rankings improving marginally from 8th to 7th this year.

On the contrary, when there were reported improvements last year when the country was ranked 9th and 4th respectively for these 2 categories, the Minister did not hesitate to pour praises on the Government's performance. His statement last year had exclaimed "the remarkable advancement in our Government Efficiency rating" and he was gloating that based on "Government and Business Efficiency ratings, Malaysia's performance is now ahead of developed countries such as Luxembourg, Switzerland, Canada, Denmark and Sweden."

Why didn't the Minister qualify his "joy" by saying that the improvements were just "perception" and not based on "real/hard data" last year?

However, if it is really a problem of just "perception" as highlighted by the Minister, then perhaps the entire public relations team in Pemandu as well as the Prime Minister's Department, such as APCO should be sacked for doing such a terrible job in improving the "perception" of our Government despite the hundreds of millions which have been spent on public relations and related exercises.

The fact is, the Government has never done or spent so much public relation exercises, launched in conjunction with multiple programmes - NEM, GTP, ETP, 10MP etc. - written beautifully by expensive consultants such McKinsey and Boston Consulting Group.

The steep decline in rankings for these 2 categories is due to the fact that the business community and the public at large have seen through the glossy "transformation" programmes, the snazzy event launches and the choreographed speeches delivered by our Ministers and Government.

After more than 2 years of "transformation" rhetoric, they have realised the real change has not been forthcoming, critical reforms have been quietly shelved while government business favouring politically-connected parties are continuing business as usual.

Very simply, no amount of fancy PR consultants will be able to change that "perception" if the Government fails to deliver on its promises of change and transformation.

Both the Prime Minister and Minister of International Trade and Industry must recognise that it is the Government's failure to implement the necessary reforms as well as its repeated U-turns in policy-making which has caused the stark drop in global competitiveness rankings. The failure of Dato' Seri Najib Abdul Razak to recognise this will only result in further loss of competitiveness and ultimately the failure to breakout of our middle income trap to achieve the much coveted 'high-income status'.


Shahrizat ni BANGANG ka CELAKA???

Posted: 22 May 2011 10:22 AM PDT


So, CIA Works Freely In Malaysia?

Posted: 22 May 2011 10:39 PM PDT


Mengenali Pendita Za’ba

Posted: 22 May 2011 11:08 PM PDT

Di sekolah menengah dahulu saya tinggal di asrama untuk beberapa tahun. Asrama kami bukan asrama penuh, sekadar sekolah separa harian. Sebahagian besar pelajarnya tinggal di asrama sementara yang lain berulang alik dari rumah. Ada yang memilih untuk tinggal di asrama kerana rumah mereka agak jauh dari sekolah. Ada pula yang memilih untuk terus tinggal di rumah, sanggup mengharungi kesibukan Kuala Lumpur saban hari tanpa sekelumit keluh.

Bangunan asrama yang saya diami dahulu agak kecil dan mempunyai enam bilik asrama, dua bilik air serta bilik membasuh awam dan dua buah bilik hujung yang juga merupakan rumah kediaman warden asrama sekeluarga. Menariknya bilik-bilik di bangunan ini semuanya dinamakan sempena nama sasterawan. Bilik saya A. Samad Said, setingkat dengan A. Samad Ismail dan Abdullah Hussein di sebelahnya. Di tingkat atas adalah Za'ba, Keris Mas dan Tongkat Warrant. Bangunan itu sudah dirobohkan dan kini sebuah bangunan baru yang lebih besar berdiri di tapaknya.

Salah seorang kawan sekelas ahli bilik Za'ba. Saya selalu ke situ kerana ahli-ahlinya sangat mesra terhadap tetamu. Jika ada makanan lebih mereka tidak pernah lupa menjemput mereka menjamahnya. Sesiapa yang pernah tinggal di asrama akan faham kenapa makanan selalu dianggap satu kemewahan, apatah lagi jika sajian di dewan makan kurang membangkitkan selera. Malah seorang kawan lain pernah berpendapat yang penyakit orang yang tinggal di asrama ialah suka makan free. Mungkin penyakit ini tidak menimpa kebanyakan penghuni asrama tetapi ada kemungkinan saya salah seorang penghidapnya.

Layanan penuh budi ahli bilik Za'ba terhadap saya menyebabkan saya teringat-ingat dan terfikir-fikir tentang tokoh empunya nama Saya cuma tahu yang beliau adalah pengarang buku Pelita Bahasa Melayu dari sebuah rencana yang termuat di dalam buku latihan Bahasa Melayu UPSR saya. Selain daripada itu saya kurang maklum.

Kebelakangan ini saya tersua semula dengan nama Za'ba. Mula-mula di celah-celah halaman buku Ustaz Dr. MAZA. Kemudiannya di muka depan Berita Minggu bertarikh 15 Mei 2011 ("Za'ba Dipersenda"). Perasaan ingin tahu saya tentang tokoh Melayu yang jarang disebut-sebut ini mula menebal.

Beberapa kali Ustaz Dr. MAZA menyebut tentang buku Za'ba yang berjudul Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Penterjemah buku Ustaz Dr. MAZA menterjemahkannya sebagai "Our Attitudes Depends on Us Alone", tetapi merujuk kepada buku yang dimaksudnya, terjemahan yang lebih tepat mungkin berbunyi "The Attitude of Self-Reliance." Atau "The Habit of Self-Reliance", mengikut edisi rasmi Bahasa Inggeris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber: Fauzi Sabri
Menurut pengenalan buku ini yang ditulis oleh Hamdan Hassan, penulisan Za'ba tentang perangai yang khusus ini menerima kritikan dan kecaman ketika mula-mula diterbitkan. Kontroversi yang ditimbulkannya menyebabkan Sultan Perak terpaksa campur tangan lalu mengharamkan Risalah ke-I yang juga diberi judul Falsafah Takdir. Buku Perangai mengumpulkan Risalah ke-II dan ke-III.

Pandangan Za'ba tentang pemikiran orang Melayu amat menyengat. Saya tidak hairan jika nama Za'ba kurang disebut-sebut sehingga kini. Jika kumpulan ulamak pun boleh memohon Tuanku Sultan untuk masuk campur, bayangkanlah reaksi pada peringkat orang awam. Barangkali Za'ba menjadi mangsa perkara yang beliau tentangi iaitu sikap bertaklid dan tidak berusul periksa.

Misalnya tentang mencari rezeki dan menyara hidup tanpa meminta-minta (dalam konteks hari ini saya fikir ini termasuklah meminta-minta kepada kerajaan). Beliau menegur,
... (pada perkara dunia) jika hendak memasukkan anak ke sekolah, rendah atau tinggi, maka sentiasalah mereka hendak mendapat 'free' (percuma tiada bayaran), atau mereka terharap-harap mendapat pertolongan kerajaan akan memberikan 'scholarship' (biasiswa) kepada anak itu. Jika mereka tidak 'biasiswa' tiadalah upaya mereka membelanjainya, kerana mereka miskin dan sentiasa mengaku miskin dan mengaku tidak tahu dan tidak pandai berikhtiar mencari wang sendiri atau berjimat-jimat mengumpulkannya untuk membelanjai sendiri anak-anak itu ke sekolah...
Nah, bayangkan reaksi umum orang Melayu terhadap pendapat ini.

Selanjutnya beliau menerangkan,
Padahal orang-orang bangsa lain walaupun mereka sendiri tiada berpelajaran tetapi dengan sehabis dayanya berkebun sayur, berjual kayu api, berjual air batu, mengkayuh basikal kereta (trishaw), berjimat belanja, berceking makan minum, dapat mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan belanja mereka sendiri dan dengan membayar tiap-tiap perkaranya. Kerana walau di sekolah bangsa mereka sendiri pun, mereka tidak mendapat "peri" semuanya seperti kita dengan anak-anak kita di sekolah Melayu. Maka yang demikian ialah terutamanya oleh sebab mereka kuat bergantung kepada usaha dan ikhtiar mereka sendiri dan percaya kepada kebolehan dan keledar diri mereka sendiri, serta malu meminta tolong.
Saya melihat ini sebagai satu peringatan yang wajar. Kita lihat saudara-saudara seislam kita seperti rakyat Palestin dan Iraq. Mereka banyak mengambil inisiatif sendiri kerana mereka tidak bergantung kepada kerajaan mereka seperti yang kita selalu lakukan. Ada sekali-sekala gerakan memohon derma untuk membantu rakyat Palestin oleh orang Palestin sendiri tetapi sangat jarang kita jumpa mereka yang ke hulu dan ke hilir meminta derma berterus-terusan. Begitu juga dengan rakyat Iraq yang sekarang ibarat ketiadaan negara.

Za'ba mengajak kita supaya mempergunakan kudrat dan nikmat pemberianNya untuk berusaha, di samping bertawakal. Beliau mengambil ibarat orang Kristian yang mengharapkan dosa mereka ditebus oleh syafaat Nabi Isa, di mana orang Islam pula mengharapkan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Akan tetapi jika "semuanya" orang Islam hendak jadi begitu — hendak masuk syurga dengan jalan syafaat dan permohonan Rasulullah sahaja menolongnya, bukan dengan jalan amal sendiri atau dengan jalan kelayakan sendiri dari sebab amalnya itu — nescaya tentulah akan memberi malu yang besar kepada Rasulullah hendak memohon ke hadirat Tuhan. Kerana jika demikian maka bermaknalah bahawa orang-orang umatnya bangsat belaka, tiada mempunyai amal dan kelayakan sendiri!
Amal soleh kita adalah usaha kita untuk sejahtera di akhirat. Teguran beliau adalah khusus kepada orang-orang yang hidup tanpa beramal dan hanya mengharapkan pahala tahlil dan sedekah bacaan Qul Hua'llah daripada orang yang masih hidup sebagai bekalan. Hakikatnya setinggi mana pun amalan kita, tiada jaminan yang amalan itu akan diterima tanpa ditapis-tapis.

Ketinggian intelek tokoh Melayu ini gagal diiktiraf dengan sewajarnya. Ramai orang termasuk saya lebih mengenali Za'ba sebagai nama sempena bagi bangunan, jalan atau bilik asrama.


mencari menteri..

Posted: 23 May 2011 12:59 AM PDT


Mujahid Yusof Rawa: Setiausaha Agung Baru?

Posted: 22 May 2011 08:14 AM PDT

Ana mendapat sms daripada perwakilan PAS Perak yang memaklumkan bahawa sudah ada cai reformasi di dalam pemilihan PAS. Cai perubahan. Menu perubahan. Kumpulan baru yang dirasakan mampu membawa PAS ke amalan politik baru dan progresif. PAS yang tidak lagi menjadi parti lama; parti serban dan jubah. Tapi PAS yang bersiap sedia dengan generasi yang lebih berani; bawa kereta hebat, pakai pakaian hebat, bercakap hebat, berjuang hebat. Kumpulan ini dikatakan akan menjadi teras kepada perubahan PAS.

Ana sms semula kepada sahabat ana tersebut: 'baguslah kalau begitu. ana redho dengan perubahan. ana nak PAS kuat'. Memang itupun harapan dan impian ana. Bukannya PAS yang lesu dan tidak bermaya. PAS yang lebih muda akan menampilkan kita sebagai parti yang lebih sihat dan mampu membawa perubahan.

Sebenarnya, itu bukan sms pertama yang ana terima mengenai muktamar. Dah banyak. Yang kempen ada. Yang nak jumpa pun ada. Walaupun ana bukan perwakilan.

Ana akan mengambil sikap berkecuali mulai hari ini. Ana akan menyokong siapa sahaja yang menang.

Tapi bab jawatan yang dilantik – ana harap sangat kita berani melakukan perubahan. Tak payah nak simpan pendekar lama yang parangnya dah tumpul. Tukar dengan muka baru yang dinamik dan berani. Yang ada pemikiran baru.

Ana pun hantar 100 sms kepada kalangan sahabat PAS. 'Siapa layak duduk jawatan Setiausaha Agung yang baru?'

Daripada 100 sms yang ana hantar – 71 sms memberikan jawapan yang sama. Ana rasa pelik. Tetapi inilah jawapan yang diberikan oleh ahli PAS di bawah. (daripada 100 tersebut; 92 orang adalah perwakilan PAS ke Muktamar). Ana tidak pernah pun telefon atau berborak dengan responden yang ana sms. Tak ada. Memang betul-betul usaha ana nak tahu gelombang pemikiran ahli PAS di bawah. Nampaknya mereka sepakat nak melihat perubahan. Mungkin mereka berharap agar Presiden lebih berani menentukan barisan yang lebih mantap melalui lantikan.

13 orang sms ana dengan nama individu lain. 7 memilih calon Pemuda. 5 mencadangkan wanita. 2 mencadangkan calon import (daripada luar PAS).

Ana kena akui, soalan ana bukan santifik. Sekadar nak menduga minat perwakilan tentang jawatan lantikan. 71 % yang memilih individu sama – Dr Mujahid Yusof Rawa membuktikan bahawa PAS memang benar-benar nakkan perubahan. Mereka nak reform? Soalnya berjaya atau tidak?

Ana bukannya ada masalah dengan Setiausaha Agung sedia ada. Ana suka. Tetapi ana nak membayangkan bahawa perwakilan ada pandangan sendiri. Mereka berhak untuk melihat perubahan.

Soalnya, bersediakah kita?

Wallahu'Alam.



Is Everyone Coachable?

Posted: 22 May 2011 09:01 PM PDT

I touched on this issue some time ago but, when it comes to leadership and professional development, the question doesn't go away. I continue to be approached by executives and entrepreneurs who insist they want to be coached. The reasons vary, but usually boil down to wanting to be more effective at building their business--or their piece of it. 

There was a time when I took such people at their word.

That doesn't always work out. Real coaching--the kind that focuses on agreed-upon results--requires collaboration as well as certain accountabilities being met by each party. There are plenty of people who want me to invest my time, wave a magic wand, and make everything "better." I now suggest that they might be better served by a week at DisneyWorld and a souvenir packet of pixie dust from Tinkerbell.

Who Is Coachable?

Not everyone. Those who are uncoachable often think they have no performance issues and if there is one, believe everyone "out there" is the cause. In these cases, coaching isn't a very good option to produce positive results. It's kind of like one spouse dragging another to marriage counseling in the hope that the counselor can "fix" the partner. (Ever see how well that works?). The sticking point here is a mindset that doesn't allow someone to reflect on their own behavior, a desire to change it, and their personal responsibility for the relationship. So, forcing someone into a coaching relationship isn't the best organizational solution for certain issues and individuals.

JFK

Five Characteristics Of Coachability

If you are considering coaching someone else or being coached, here are five attributes I've observed in people who successfully "own" their part of the coaching process. You might want to use this as a quick diagnostic tool.

1. Committed to Change. Individuals who don't think they're perfect, want to improve, exhibit responsibility for their lives, and are willing to step outside of their comfort zones are good candidates for a successful coaching relationship.

2. Open to information about themselves. Be willing and able to listen and hear constructive criticism without being defensive; then, synthesize their coach's suggestions with their own personal reflections on the issue.

3. Open about themselves. Willing to engage in topics that may be uncomfortable but are getting in the way of their professional development; talks about "what's really going on" so the coach can have a complete and honest picture of the total situation.

4. Appreciate New Perspectives. People who get excited about hearing someone else's take on a situation and figure out how to learn from it can really benefit from coaching.

5. Awareness about one's self and others. Coachable people already have at least a fair amount of awareness about themselves. Equally important, they use it to reflect on their behavior and how it impacts other people in the range of situations that come their way.

 


Lautan Rahmat di Kota Bharu ...?

Posted: 22 May 2011 08:39 PM PDT

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sepenuhnya di sini ...


No comments: