Sunday, June 5, 2011

BN Cemas : Realiti PAS Ganti Umno Kini Di Ambang Mata

BN Cemas : Realiti PAS Ganti Umno Kini Di Ambang Mata


BN Cemas : Realiti PAS Ganti Umno Kini Di Ambang Mata

Posted: 05 Jun 2011 09:21 AM PDT

Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS? MengapaUtusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan Muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku ekoran keputusan ini?

Benarkah dalam Muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?

Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah. Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.

Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya
. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep Negara Islam dan memilih moto Negara Berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan Negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu Negara Berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular. Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.

Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno. Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang.

Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, Zulkifli Noordin yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan" . PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik".

Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.

Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan Negara Berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!


Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian Negara Berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian Negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep Negara Berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep Negara Berkebajikan it
u.

Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan Pas dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS. Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno! -Wira Arjuna


Coffee Addiction Humor

Posted: 05 Jun 2011 07:58 AM PDT

You know you are a coffee addict when...
  • You grind your coffee beans in your mouth.
  • You sleep with your eyes open.
  • You have to watch videos in fast-forward.
  • The only time you're standing still is during an earthquake.
  • You can take a picture of yourself from ten feet away
  • without using the timer.
  • You've worn out your third pair of tennis shoes this week.
  • Your eyes stay open when you sneeze.
  • You chew on other people's fingernails.
  • The nurse needs a scientific calculator to take your pulse.
  • You're so jittery that people use your hands
  • to blend their margaritas.
  • You can type sixty words per minute with your feet.
  • You can jump-start your car without cables.
  • You don't sweat, you percolate.
  • You walk twenty miles on your treadmill before you realize
  • it's not plugged in.
  • You forget to unwrap candy bars before eating them.
  • You've built a miniature city out of little plastic stirrers.
  • People get dizzy just watching you.
  • Instant coffee takes too long.
  • You channel surf faster without a remote.
  • You have a picture of your coffee mug on your coffee mug.
  • You can outlast the Energizer bunny.
  • You short out motion detectors.
  • You don't even wait for the water to boil anymore.
  • Your nervous twitch registers on the Richter scale.
  • You help your dog chase its tail.
  • You soak your dentures in coffee overnight.
  • Your first-aid kit contains two pints of coffee
  • with an I.V. hookup.
  • You ski uphill.
  • You get a speeding ticket even when you're parked.
  • You answer the door before people knock.
  • You haven't blinked since the last lunar eclipse.
    -Author Unknown-


    Salahuddin Beri Amaran Pihak Yang Cuba Pecahbelahkan PAS

    Posted: 05 Jun 2011 08:23 AM PDT

    Jangan cuba suntik racun dalam PAS'

    Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan walaupun barisan kepimpinan PAS dianggotai ulama dan bukan ulama, beliau bersama-sama rakan yang lain tetap akan mempertahankan parti itu.

    Ahli parlimen Kubang kerian itu memberi amaran kepada BN bahawa beliau akan "memerangi" musuh PAS itu "sehingga menyembah bumi" sekiranya cuba memecahbelahkan parti itu.

    "Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan (kita)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar PAS di Taman Melawar.

    Salahudin berkata semua kepimpinan yang menang dan tewas adalah pilihan perwakilan adalah hasil daripada proses tarbiyah yang dibuat oleh PAS.

    Walaupun menyifatkan pertandingan itu dinggap sengit tetapi barisan itu kini merupakan barisan terbaik parti itu.

    "Calon naib seperti (Datuk) Nik Mohd Amar, Idris Ahmad dan (Datuk Seri Mohamad) Nizar, bukan kepalang ketokohan mereka.

    "Bagi saya, jangan cuba untuk usik PAS, jangan cuba suntik racun. Kami hormat ulama dan akan tentang kamu hingga kamu kecundang," katanya sambil menyifatkan mereka sakit hati lihat perpaduan kita.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perwakilan Perak Dr Muhaimin Sulam yang mengingatkan PAS agar berhati-hati tentang dikotomi ulama dan bukan ulama yang didakwa cuba ditabur fitnah oleh akhbar arus perdana.

    Kerana sekeping kaset

    Mengimbau sejarah hidupnya, Salahudin berkata, beliau yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam kerana diasuh di sekolah aliran Inggeris, berubah setelah mendengar ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    "Satu hari saya diberi kaset ucapan presiden (Abdul Hadi). Selepas saya dengar kaset itu terbuka pintu hati saya untuk berjuang untuk Islam, menapak sedikit demi sedikit ditarbiah PAS dan ulama,"katanya.

    Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.

    "Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).

    "Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.

    Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.

    Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.

    Calon: Pemuda perlu yakinkan

    Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

    Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.

    "Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.

    "Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.

    Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.

    Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan "politik jujur" dalam masyarakat.

    "Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik (semata-mata).

    "Tetapi untuk menguasai Putrajaya, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena. -mk


    Sunday Evening Humor

    Posted: 05 Jun 2011 07:13 AM PDT

    Q. Why is it called it PMS?
    A. Mad Cow Disease was already taken.

    Q. What's a mixed feeling?
    A. When you see your mother-in-law backing off a cliff in your new car.

    Q. What's the definition of macho?
    A. Jogging home from your vasectomy.

    Q. What's the difference between a G-Spot and a golf ball?
    A. A guy will actually search for a golf ball.

    Q. Do you know how New Zealanders practice safe sex?
    A. They spray paint X's on the back of the sheep that kick.

    Q. What is a Yankee?
    A. The same as a quickie, but a guy can do it alone.

    Q. What do Tupperware and a walrus have in common?
    A. They both like a tight seal.

    Q. What do a Christmas tree and priest have in common?
    A. Their b*lls are just for decoration.

    Q. What is the difference between "ooooooh" and "aaaaaaah"?
    A. About three inches.

    Q. Why do gay men wear ribbed c*nd*ms?
    A. For traction in the mud.

    Q: What's the difference between purple and pink ?
    A. The grip.

    Q. How do you find a blind man in a nudist colony?
    A. It's not hard.

    Q: How do you circumcise a hillbilly?
    A: Kick his sister in the jaw.

    Q: What's the difference between a girlfriend and a wife?
    A: 45 pounds.

    Q: What's the difference between a boyfriend and a husband?
    A: 45 minutes

    Q: Why do men find it difficult to make eye contact?
    A: Breasts don't have eyes.

    Q: If the dove is the bird of peace, what is the bird of true love?
    A. The swallow.

    Q: What is the difference between medium and rare?
    A: Six inches is medium, ten inches is rare.

    Q. Why do most women pay more attention to their appearance than improving their minds?
    A. Because most men are stupid but few are blind.

    Q. Why do women rub their eyes when they get up in the morning?
    A. They don't have balls to scratch.

    Q. What's the height of conceit?
    A. Having an org*sm and calling out your own name.

    Q. Why is divorce so expensive?
    A. Because it's worth it.

    -Author Unknown-

    *Posted for humor with no intention to offend or insult anyone.


    Bersih 2.0

    Posted: 05 Jun 2011 04:23 AM PDT

    Sila turun berkumpul di tiga (3) lokasi berikut pada 9 Julai 2011, jam 2.00 petang sebelum perarakan aman ke Istana Negara.

    a) Masjid Kampung Baru
    b) Kompleks Beli Belah SOGO
    c) Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut

    Sebarkan!


    Majlis Syura Ulama Akan Diperkasakan, UMNO Sedang Hadapi Sakaratul Maut - Mohd Sabu

    Posted: 05 Jun 2011 07:00 AM PDT

    Mohamad Sabu syor perkasa Majlis Syura Ulama

    Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasakan dengan 'mengaudit' kepimpinan PAS termasuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

    "Majlis perlu diperkasakan dengan membuat audit termasuklah (mengambil berat) akhlak dan mengambil tindakan displin kepada ahli. (Peranan) majlis syura kita perkasakan.

    "Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat 'audit' kepada ahli jawatankuasa yang ada," katanya.

    Sewaktu menyampaikan ucapan penggulangan, Mohamad turut menanyakan meminta persetujuan atas cadangan beliau itu, yang kemudiannya disambut oleh kira-kira 700 dengan berkata: "Setuju".

    Pemidato terkenal itu turut menegaskan bahawa beliau amat menghormati ulama dari dalam dan luar negara termasuk kedua-dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Fadzil Mohd Noor.

    Bercakap di Taman Melawar, Gombak sempena muktamar agung ke-57, beliau turut menempelak Umno dengan mendakwa parti itu kini sedang menghadapi 'kematian'.

    "Saya teringat dengan pesanan Musrsyidul Am Datuk Nik Aziz yang berkata bahawa Umno ini tidak kuat. Kekuatan Umno bertongkatkan kepada MCA dan MIC. Patahkan tongkat itu.

    "Sekarang mereka mulai rebah, India dan kaum Tionghua sudah semakin (meninggalkan mereka). Umno sedang menghadapi sakaratul maut," katanya.

    Haron Din: Audit kerja auditor

    Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang dilaporkan menggusarkan Umno dan BN selepas dinobatkan sebagai timbalan presiden selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru.

    Dalam ucapannya juga, Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana "tidak ambil berat" dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India.

    Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama - kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed - tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum.

    "Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi... Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat...

    "Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India...Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat," katanya.

    Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

    "Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit.

    "Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima," katanya. -mk


    When you argue with an idiot...

    Posted: 05 Jun 2011 05:17 AM PDT

    Elle Girl Kim So-eun

    Posted: 05 Jun 2011 05:09 AM PDT

    Korean actress Kim So-eun is featuring on June issue of Elle Girl [Kr] magazine.

    Kim So-eun Elle Girl magazine

    There's more, read the full post »

    Elle Girl Kim So-eun from YeinJee's Asian Blog


    Jutawan Ini Buta Huruf

    Posted: 05 Jun 2011 05:00 AM PDT

    London: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.

    Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.

    Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

    Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: "Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.

    "Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu."

    Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

    Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: "Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.

    "Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya.

    "Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah."

    Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga £40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga £12 juta (RM60 juta).

    Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

    Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: "Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca." - Agensi


    An end to AIDS? Timothy Ray Brown, only human ever to be cured of AIDS

    Posted: 05 Jun 2011 05:23 AM PDT

    Click here  to read the above article.

    Man 'cured' of AIDS after getting bone marrow transplant from donor with 'HIV immune' gene


    Another Chirpy Day..

    Posted: 05 Jun 2011 04:04 AM PDT

    How so much has changed.. probably better than a host of other families..Alhamdulillah.

    Then again, my children and I would have wanted more happiness, but the journey is not over yet.
    We can still hit the jackpot in life my dearies..InsyaAllah.

    Nope..just reflecting not at all lamenting.
    Just pondering a bit by the Telok Chempedak beach.

    Usually, we have noisy, bustling Sundays when breakfast time will be takeaway roti canais or nasi lemaks, kuehs etc for my young, boisterous and hungry battalion at home.
    We still do that sometimes but it's done on a very low-pitch and less volume scale.

    Of course, there were homemade breakfasts of hotdogs, burgers, nasi gorengs, bubur, lontongs, roti naik etc.
    Bringing them out to eat was quite a chore, and so having them eat at home was so much easier.

    I may be a lazy chef now..my active gourmet days may have lessen.
    Nevertheless, there are some dishes which are easy to prepare and my children delight in them.

    A few of my children are presently in KL while the rest are with me in Kuantan.
    I wish we were all staying under the same roof but I am contented with the calm, simple life of Kuantan.

    J may tie the knot sooner or later..InsyaAllah.
    I'm just waiting..not pressuring.

    Hkm is a happily married man..Alhamdulillah.
    His darling wife whips him his breakfast now..:D

    Sth is enrolled in a good private college in Subang, KL.
    He is presently bunking in with a friend who has an apartment closer to his college.

    Sth is an extremely independant and good-natured boy.
    He earns some of his own pocket money by performing in some English theatre roles..
    i.e small ones.
    Yet, he's taking a totally different degree course.
    I'm proud of him.

    My 7 babies have all grown up..Alhamdulillah.
    The father has a new private life, and that makes the atmosphere even more distinctly quiet and different.
    No doubt the children are still close to him but definitely, our family life is not the same.

    Soon, when Hris goes to college in July and Ftn leaves for abroad, there'll only be Bn and I.
    Hnn is happily doing her engineering studies in Jengka.
    She races home whenever the opportunity arises.

    I told Bn that once she's off to college next year, I'm seriously considering of making Mekah more of my home than Kuantan.
    I want to catch up with my religious lackings.

    "What? Who's going to look after my cats?"

    "Eh eh..is that going to be my obstacle?"

    Well..nothing is going to stop me now.
    My role as a homemaker is almost coming to a close...

    My application for domestic retirement should be approved...
    if my request is rejected, I'll quit! :D
    Resign! *wink wink*
    I don't care!! Yea..I've said that a thousand times..:))

    Well, just maybe it's about time for me to travel around the world, and make the most of what's left of my life.
    ( I was told that if one has a few taik lalat/moles bawah tapak kaki, one is a great traveller..
    Yippee.. let me make that a reality!)

    I may finally become a serious artdealer? InsyaAllah.
    I'd like the children to frantically track me all over the globe.

    "Where are you mama?"
    " Oh I'm at Brussels or Spain or London etc!
    At this artgallery and that international art exhibition!"
    That'll be a dream come true..Ameen.

    I'd like to do things I've never had the chance to gamble upon, when I accepted the fulltime housewife job 30 years ago.
    I was always glued to being the devoted but boring Home Minister.

    May God bless me always with an abundance of good health and happiness, intelligence and wisdom, self-confidence and all the positive code of ethics in life..Ameen.

    With a very optimistic forecast, I am going to step forward and bravely chase that rainbow's end.
    Everything is possible ..InsyaAllah.

    p.s. Ahh...Ouch! Ouch! The red ants are biting me!
    Time to scram!

    Btw..here's Bakpo again..his latest must-read sajak ..superbly written!


    Gambar Lucah Dalam Yasin, Angkara Siapa?

    Posted: 05 Jun 2011 04:03 AM PDT

    Kepala Batas - Hampir 100 jemaah Masjid At-Takwa, Taman Bertam Indah di sini yang bersiap memulakan majlis bacaan surah Yasin malam semalam terkejut apabila mendapati 21 naskhah surah berkenaan mengandungi gambar lucah.

    Gambar itu dilekatkan sekeping di halaman berlainan 21 naskhah surah berkenaan.

    Setiausaha qariah masjid berkenaan, Abdul Rahman Abdullah berkata, gambar lucah dilekatkan dengan kemas.

    "Selain ukuran sama besar, gambar itu dilekatkan menggunakan pelekat dua hala.

    "Ini menunjukkan pelakunya mempunyai perancangan rapi dari segi masa untuk melekatkannya di dalam naskhah surah berkenaan," katanya.

    Menurutnya, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet.

    "Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan.

    "Kami tidak tahu motifnya dan kenapa Yasin di masjid ini dijadikan pilihan," katanya.

    Pihaknya telah membuat laporan polis dan kesemua 21 naskhah terbabit diambil polis untuk disiasat.

    Imam 1 masjid berkenaan, Ahmad Zawawi Ali berkata, majlis bacaan surah Yasin itu diadakan malam semalam untuk menggantikan kuliah agama dan dihadiri 75 lelaki dan 25 wanita.

    "Selesai solat Isyak, naskhah surah Yasin itu diambil dan diedarkan kepada jemaah. Seorang daripada jemaah lelaki menyedarinya dan memberitahu Abdul Rahman.

    "Suasana majlis bertukar menjadi riuh apabila lebih ramai jemaah menemui gambar itu di dalam naskhah masing-masing," katanya.

    Gambar lucah itu tidak ditemui di dalam naskhah yang dikhaskan untuk jemaah perempuan.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan laporan polis yang dibuat.

    "Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, mendatangkan bencana atau mencemar tempat solat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Sehingga kini belum ada tangkapan.

    "Kita ingin menasihati jemaah dan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

    Beliau meminta pentadbir masjid lebih berhati-hati menjaga masjid dan meletakkan pengawal untuk mengelak pencerobohan. -SH


    Shame on you, home minister & IGP for shaming foreign women detainees

    Posted: 05 Jun 2011 02:06 AM PDT

    Two pro-women's rights groups today slammed the police's decision to mark and chain 30 foreign women detained for alleged prostitution two nights earlier, accusing the men in blue of being chauvinists.

    penang gro raid 030611 news clippingIn a short but stinging statement, the Good Governance and Gender Equality Society, Penang (3Gs) and the Women's Rights Awareness Association (WRAA) spared no one as they lambasted society's skewed view of women as being both helpless and needy but at the same time the main cause of a laundry list of social ills and said, "The police force, being the law-enforcing body of our society, not only did not show any efforts to dispel such unfair notions about women, but instead reinforces traditional gender inequality by their frequent acts of subjecting women detainees to shame."


    Mat Sabu, Pemimpin PAS Yang Berbisa

    Posted: 05 Jun 2011 02:56 AM PDT

    Kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden baru merupakan keuntungan besar kepada PAS sekali gus membuatkan tidur malam pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan lena kerana bimbangkan kekuatan parti Islam itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

    Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri.

    Menurut Nik Aziz, antara kehebatan Mohamad Sabu termasuklah kekentalan semangat, ketabahannya dalam perjuangan dan kesetiaannya yang jitu terhadap PAS.

    Nik Aziz berkata, ia terbukti setelah Mohamad Sabu diuji dengan beberapa ujian besar termasuk ditahan sebanyak dua kali di bawah ISA.

    "Namun Mohamad Sabu tetap tidak lari dengan perjuangannya, tetap tidak memilih Umno, malah tetap terus berada dalam PAS," katanya kepada Harakah Daily ketika menyampaikan ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, semalam.

    Katanya lagi, selain mempunyai sikap-sikap tersebut Mohamad Sabu turut diketahui oleh para pemimpin Umno sebagai pemimpin PAS yang berbisa.

    "Sebab itulah dengan pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Umno tidak akan tidur lena selepas ini.

    "Kita bersyukur dapat seorang timbalan presiden yang dibenci oleh Umno. Kita doakan semoga Mohamad Sabu terus diberikan perlindungan oleh Allah,"
    katanya.

    Sebelum ini, media kawalan Umno-BN Utusan Malaysia turut melaporkan para perwakilan PAS telah melakukan kesilapan besar kerana memilih para pemimpin yang dikatakan dari kalangan profesional bagi menjawat jawatan timbalan dan Naib Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-57.

    Malah katanya, dengan pemilihan itu ahli-ahli PAS kini ternyata telah menolak golongan ulama untuk memimpin PAS yang tentunya tidak selari dengan dasar perjungan PAS dan konsep kepimpinan Ulama yang diketengahkan dalam parti Islam itu.

    Menurut Nik Aziz, tuduhan Umno itu ternyata meleset kerana realiti dalam PAS sendiri tidak timbul soal golongan ulama dan profesional, malah kesemua pemimpin dan ahli-ahlinya tetap terus dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini.

    "Walaupun dikatakan bukan dari golongan ulama, tetapi Mohamad Sabu ternyata jauh lebih baik dari orang-orang lepasan Al-Azhar terutama yang berada dalam Umno," katanya.

    Justeru, beliau tidak hairan akan tuduhan Umno itu kerana ia melambangkan ketakutan para pemimpin Umno sendiri terhadap pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

    "Ini melambangkan Umno semakin cemas dan makin terdesak sebab itulah mereka memainkan isu itu untuk memecahbelahkan dan melemahkan PAS.

    "Namun itu semua tak akan terjadi. Malah pemilihan ke atas Mohamad Sabu pasti menguntungkan PAS sendiri termasuk dalam soal tarikan ke atas golongan non Muslim kepada PAS," katanya.

    Nik Aziz berkata, Mohamad Sabu juga diketahui semua pihak sebagai pemimpin yang disukai oleh orang-orang Cina dan India.

    Maka dengan pemilihan ke atas Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, pasti ia akan memudahkan beliau mendekati golongan bukan Islam.

    "Dengan itu, Mohamad Sabu pasti akan lebih mudah mendedahkan ajaran Islam kepada golongan non Muslim, sejajar dengan usaha kita untuk suburkan fahaman Islam dalam masyarakat," tegas beliau. -tvsnews




    This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

    Haegen Dazs For Yiphing’s Birthday

    Posted: 05 Jun 2011 01:49 AM PDT

    Hohoho, I want to wish Yiphing the Bunny Shakespears a happy birthday. She is a good friend of mine that I know her for like 4 years already. Last night, we wanted to go look for gift for her with Boo Teik, Chien Chern and Johnny Zheng Feng at 1st Avenue but we was late and many shop was already close already and we thought of Haagen Dazs in the end.

    We brought a pint and went to her house straight for a surprise. Our plan was Chien Chern called her that his car broke down somewhere near her house and wanted her to come fetch him. Then when she come out from her house, we surprised her with the ice cream and a candle.

    Happy Birthday Yiphing. =D

    Yay, got ice cream eat. =D Happy Sunday too!


    Usul-Usul Muktamar PAS 57

    Posted: 05 Jun 2011 12:06 AM PDT

    1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat)

    • Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

    • Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR.

    • Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan,

    1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik
    2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
    3.Memansuhkan sistem undi pos
    4.Umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi.

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

    • Menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur.

    • Menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut.

    2. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video (Dewan Ulamak)

    • Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

    • Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

    • Menginsafi bahawa tindakan. menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

    • Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

    • Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

    3. Usul Pemalsuan Kad Pengenalan (Dewan Pemuda)

    • Menyedari bahawa Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

    • Menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara by hook or by crook, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008.

    • Menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.

    • Menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui 'Projek I.C' pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin dan penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.

    • Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/Barisan Nasional dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.

    • Menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.

    • Menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini.

    • Menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam Pilihanraya akan datang.

    • Menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan,

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

    Mengambil ketetapan bahawa:
    a. Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

    b. Menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri.

    c. Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.

    d. Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

    e. Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9hb Julai 2011.

    4. Usul Dewan Muslimat PAS Pusat (Usul Pendidikan)

    • Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya kita sedang menyaksikan insan yang berperibadi terpisah (split personality) , separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang

    • Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat.

    • Menyedari Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan TAUHID sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara. Konsep Bersepadu di antara aqidah, ilmu, kemahiran, akhlak, nilai-nilai murni, aspek local dan global serta dunia dan akhirat menjadi wasilah dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara.

    • Menyedari Subjek Pendidikan Islam dan Moral telah menjadi subjek teras di setiap peringkat persekolahan kerana subjek Pendidikan Islam adalah satu-satunya subjek yang mampu membangunkan diri manusia secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

    • Menyedari Sistem Pendidikan Negara berorientasikan peperiksaan, maka matapelajaran Pendidikan Islam sekadar matapelajaran teras untuk dipelajari sahaja dan dijawab oleh pelajar di dewan peperiksan semata-mata, maka pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia tidak dianggap penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM), malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaraan kerja. Hasilannya tidak seorang pun boleh menafikan kegagalan Sistem Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada 1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan

    1. Meminda syarat pensijilan di peringkat UPSR, PMR dan SPM dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam.

    2. Meneruskan matapelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah diteruskan ke sekolah menengah untuk menjamin penguasaan Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain kepada pelajar-pelajar beragama Islam sehingga tamat tingkatan 5.

    3. Mewajibkan ujian Tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR, PMR, dan SPM bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran dan sijil khas dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.

    5. Usul Mengenai Membantah Pengurangan Subsidi (Pandan Selangor)

    • Menyedari tanggungjawab kerajaan ialah khadam rakyat yang dipertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

    • Menyedari bahawa tugas kerajaan perlu memikirkan untuk kebajikan rakyat, bukan menekan rakyat.

    • Menyedari bahawa hasil negara yang begitu banyak yang Allah anugerahkan kepada negara ini, malangnya telah berlaku penyelewingan dan rasuah sehingga pemimpin BN mengambil jalan pintas mengurangkan subsidi untuk rakyat.

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

    • Membantah tindakan kerajaan BN yang mengurangkan subsidi sehingga memberi kesan kepada rakyat. Apabila kerajaan menaikkan harga petrol dan letrik ia akan memberi kesan kepada rakyat walaupun kerajaan cuba bermain silap mata kononnya 75% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan tarif letrik seolah-olah rakyat tidak membeli barang keperluan dapur yang menggunakan pengangkutan dan industri yang menggunakan letrik. Semua bebanan ini akan ditanggung oleh rakyat melalui "kesan berantai".

    • Mengutuk tindakan kerajaan BN menarik subsidi gula RM116.6 juta sehingga berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen. Untuk 27 juta rakyat ditarik subsidi, sedangkan untuk PERMATA yang bukan sebuah kementerian diberi sebanyak RM111 juta.

    6. Usul Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Tenggara Johor)

    • Menginsafi anggota tentera yang banyak menyumbang bakti kepada negara sehingga anasir surversif tidak boleh bermaharajalela di negara ini.

    • Menginsafi banyak kebajikan bekas anggota terabai, sedangkan mereka pernah menyabung nyawa untuk keamanan negara samaada ketika aman atau dharurat.

    Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan,

    • Supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menubuhkan Sekretariat Kebajikan Tentera Dan Veteran Malaysia (KERABAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk memastikan kebajikan bekas pasukan tentera terjamin.

    (IH)


    Buat Odit Kepimpinan Tiap AJK PAS -Mat Sabu

    Posted: 05 Jun 2011 12:27 AM PDT


    KL, 5 Jun 11: Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS.

    Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

    Cadangan ini dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini. Mohamad Sabu dipercayai menjawab secara praktikal isu ulama dan Majlis Syura Ulama.

    Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu. Bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan.

    Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan odit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.

    Weblog Ibnu Hasyim: Sokong, Al-hamdulillah. (IH)


    Matsamankati buat U-turn

    Posted: 04 Jun 2011 09:35 PM PDT

    Oleh: MSK

    Apabila aku mengucapkan tahniah dan memberikan pandangan positif terhadap keputusan pemilihan Pas, ada juga yang sakit hati kat aku!! Sorang Mat Arop menghantar email kat aku. Antaranya…dia mengatakan aku macam lalang..tak ada prinsip…dah buat U-turn. Satu hari aku hentam Pas…lagi satu hari aku bodek Pas. Satu hari aku bodek PKR…satu hari lagi aku kutuk Anwar.

    Dalam posting hari sabtu pun aku dah tulis. Dulu aku tak suka Mat Sabu, tapi bila dia berubah sekitar 2006, aku sokong dia. Aku tak berubah, tapi Mat Sabu yang berubah.

    Dulu aku sokong Anwar sebab dia menjadi juara rakyat. Tapi bila dia kembali kepada budaya Umno, aku tak sokong. Bukan aku yang berubah, tapi pasai Anwar berubah.

    Hari ini aku nak bodek Haji Hadi. Bukan pasai aku dah berubah, tapi kerana ucapan dasar Presiden sudah banyak berubah..dan sealiran dengan apa yang aku cakap selama ini.

    Ucapan dasar Presiden aku kutip dari Sinar Harian sebab aku tau, penyokong Pakatan percaya kat Sinar. Ini diantara ucapan Haji Hadi.

    Bagaimanapun katanya belum tiba masa untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan, bukan menumpukan jenama 'negara Islam' semata-mata.

    "Belum tiba masa (tinggal usaha bentuk negara Islam). Yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja, tak laksana tak ada faedah.

    Sebelum Haji Hadi deraf Ucapan dia, aku dah tulis dalam Wikigovernment.

    Dan jangan juga terus membangkang kerana nama. Wikigovernment sama juga macam Ketuanan Rakyat…Negara Islam..Negara Reformasi…Malaysian Malaysia…1 Malaysia. Ia hanya nama. Ia hanyalah catchphrase untuk menarik perhatian. Yang penting ialah penghayatan dan pelaksanaan.

    Dan ini lagi diantara ucapan Haji Hadi.

    Negara berkebajikan yang dicapai ialah bukan hanya hebat pencapaian ekonominya, sebaliknya menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani," katanya.

    "Islam galakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala.

    Haji Hadi juga sudah bertukar tempo, dari ucapan streteotype yang bercakap tentang Islam dan Iman, Haji hadi bercakap tentang kesejahteraan spiritual.Nilai-nilai universal. Dan yang lebih menarik, ucapan dasar Presiden seolah-olah menyediakan Pas untuk memasuki Dimensi keempat.

    Ini juga yang aku cakap dalam 2012: Zaman Baru 1

    Perbezaan utama diantara Dimensi ketiga dan Empat ialah setiap tindakan kita datang dari hati, berasaskan perasaan kasih sayang untuk semua. Bukan emosi. Kita tidak perlu menyorok sesuatu untuk diri kita, sedangkan orang lain terpaksa menderita kerana tidak memilikinya. Baik makanan atau perasaan. Semua orang percaya tentang perkongsian.

    Dulu bila aku kata Negara Islam tidak praktikal, orang kata aku anti-islam, sekular, orientalis, sosialis. Tapi sekarang, Haji Hadi sendiri kata 'jenama' itu tidak penting.

    Yang ini aku setuju, sebab bagi aku…tak kisah sama ada sesuatu pakej itu berjenama sosialis, komunis atau sekular, tetapi aklau penghayatan dan pelaksanaannya sejajar dengan Islam, carry on!! Yang penting ialah nilai, bukan slogan.

    Aku tak tau siapa yang tulis Ucapan Dasar Presiden, tapi aku rasa dia dari Gen X. Walaupun banyak intipati ucapan tersebut aku sokong, Cuma nak komen sikit saja. Kalau tak ada kritik, itu bukan tulisan Matsamankati.

    Pas percaya perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan," katanya.
    Abdul Hadi berkata, Pas yakin keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat, mengembangkan hasil negara
    .

    Yang ini aku setuju pada dasarnya, tapi perlu disertakan dengan idea inovatif tentang pelaksanaannya. Jangan dok tebang balak, dok korek pasir saja. Dan yang lebih penting, keperluan manusia itu perlu difahami dengan lebih mendalam.

    Dalam Ucapan Presiden, ada disebut, dalam melaksanakan negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi iaitu kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

    Sebab apa aku kata penulis ucapan dasar Presiden dari Gen X, sebab apa yang diucapkan adalah teori Maslow. Teori Maslow dilahirkan dalam tahun lima puluhan. Tapi sekarang teori Maslow hanya boleh dipakai untuk Gen boomers dan X di kawasan GPRS. Gen X dan Y sudah tidak lagi bercakap tentang keperluan makanan dan pakaian, tetapi mereka bercakap tentang broadband dan Blackberry. Keperluan asas Gen Y tak sama dengan keperluan asas gen X. Makan seharian Gen Y ialah maklumat. Dan untuk mendapat maklumat, Gen Y perlukan pendapatan.

    Kerajaan Negara berkebajikan tak perlu bimbang tentang makanan dan pakaian, tapi perlu bimbang dengan pekerjaan dan pendapatan. Dengan perkataan mudah…ekonomi. Kalau poket berisi, sapa pun tak komplen. Hang buat negara sosialis ka, negara komunis ka, negara demokrasi ka…mampuih pi la.

    Satu perkara lagi yang tidak disentuh ialah tentang Alam Sekitar. This is the issue of the future. Tak ada guna bercakap tentang kebajikan nelayan kalau laut dan sungai semua tercemar. Tak guna cakap tentang kebajikan penternak dan penoreh kalau semua ladang dan kebun getah jadi ladang kelapa sawit. Dan tak guna cakap tentang kenaikan harga beras, kalau semua bendang di Bagan Serai jadi kolam ikan arowana.

    Secara keseluruhan, aku boleh bagi ucapan Presiden kali ini, B+. Satu pencapaian yang baik kalau dibandingkan tahun lepas. Dan jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan ucapan 2008.

    Apa yang lebih menarik, ulasan-ulasan dari tukang kritik banyak yang melihat perkembangan dalam Pas sesuatu yang positif.

    Raja Petra yang selalu kutuk pun memberikan harapan kepada team baru Pas. Diantara ulasan-ulasan Raja Petra ialah,

    1. Pas akan beralih dari politik kanan kepada politik tengah.

    2. DAP juga akan bergerak ke tengah dari kiri.

    3. Peranan PKR, yang sekarang ini ditengah akan berkurangan dan tidak diperlukan.

    4. Pakatan Rakyat akan mengurangkan kebergantungan kepada PKR dan sekiranya berlaku sesuatu kepada Anwar Ibrahim, Pakatan tidak akan terjejas.

    5. Seperti DAP, Pas akan mengurangkan isu-isu keagamaan sebaliknya menumpukan kepada isu-isu universal, ekonomi dan kebajikan rakyat.

    6. Pas akan meletakkan calon bukan Islam dalam pilihanraya akan dating manakala DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai sebahagian dari langkah-langkah "bergerak ketengah".

    7. Pas akan menyaksikan imbangan diantara kepimpinan  'ulama' dan 'sekular'.

    8.  Mat Sabu, orang nombor dua parti, dilihat sebagai berfikiran moden' akan membantu nombor satu yang dilihat dari "sekolah lama".

    9. Orang-orang bukan Islam akan lebih selesa dengan barisan kepimpinan Pas yang baru, yang dilihat kurang "ekstrim" ataupun konservatif.

    10. Sukar untuk Umno untuk terus bercakap tentang "Perpaduan Melayu" dan menarik Pas untuk bekerjasama dengan Umno atas dasar "Perjuangan Melayu" kerana Pas sekarang dilihat sebagai lebih baik dari Umno.

    11. Pas mampu menggantikan Umno sebagai "Parti Melayu dimana Pas dilihat menjadi lebih "melayu" dan dalam masa yang sama mengekalkan identity "keislaman"…sesuatu yang Umno tak mampu buat.

    12. Melayu liberal yang selama ini bergayut kepada PKR dan Umno sebagai harapan masa depan mereka, akan mula merasakan Pas sebagai satu alternatif.

    Hey…bukan kah Pak Cu Karim juga pernah bercakap tentang perkara ini? "Moving to the centre". Bukankah aku juga pernah tulis tentang politik pertengahan?

    Artikel yang aku tulis dulu dah hilang, tapi aku percaya setengah orang mungkin masih ingat dengan Monge Theorem yang diperkatakan oleh Pak Cu Karim dulu.


    Bagi mereka yang masih tak tau tentang "Radical Centre" esok aku sambung. So, kepada yang kata aku dah berubah atau buat u-turn, bukan aku yang berubah. Tapi Pas yang berubah.


    PENIPUAN SEDANG DI RANCANG

    Posted: 04 Jun 2011 10:18 PM PDT


    Men Are Just Happier People

    Posted: 05 Jun 2011 01:14 AM PDT

    Let's face it - even though I am a woman, I acknowledge that this post rings true and that many (not all) men are just happier than women. Women love to worry - I am a living testimony of that fact :-) even though I have learnt to let go in many areas. Women take life far too seriously and are too intense, compared to men. Yet, there are many strengths in women that could be absent in men. Whatever the case, please feel free to share your responses.

    Thanks to Angela who sent me the following post which I posted three years ago. It is an oldie but still rings true in many areas. Take care and have a lovely Sunday!


    NICKNAMES

    If Laura, Kate and Sarah go out for lunch, they will call each other Laura, Kate and Sarah.

    If Mike, Dave and John go out, they will affectionately refer to each other as Fat Boy, Dickhead and Shit for Brains.

    EATING OUT


    When the bill arrives, Mike, Dave and John will each throw in $20, even though it's only for $32.50. None of them will have anything smaller and none will actually admit they want change back.

    When the girls get their bill, out come the pocket calculators.

    MONEY

    A man will pay $2 for a $1 item he needs.

    A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need but it's on sale.

    BATHROOMS

    A man has six items in his bathroom: toothbrush and toothpaste, shaving cream, razor, a bar of soap, and a towel.

    The average number of items in the typical woman's bathroom is 337. A man would not be able to identify more than 20 of these items.

    ARGUMENTS

    A woman has the last word in any argument.

    Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

    FUTURE

    A woman worries about the future until she gets a husband.

    A man never worries about the future until he gets a wife.

    SUCCESS

    A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

    A successful woman is one who can find such a man.

    MARRIAGE

    A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

    A man marries a woman expecting that she won't change, but she does.

    DRESSING UP

    A woman will dress up to go shopping, water the plants, empty the trash, answer the phone, read a book, and get the mail.

    A man will dress up for weddings and funerals.

    NATURAL

    Men wake up as good-looking as they went to bed.

    Women somehow deteriorate during the night.

    OFFSPRING

    Ah, children. A woman knows all about her children. She knows about dentist appointments and romances, best friends, favorite foods, secret fears and hopes and dreams.

    A man is vaguely aware of some short people living in the house.

    THOUGHT FOR THE DAY

    A married man should forget his mistakes. There's no use in two people remembering the same thing!

    SO, send this to the women who have a sense of humor and who can handle it .......... and to the men who will enjoy reading it.

    -Author Unknown-


    No comments: