Tuesday, June 21, 2011

Memorandum Pemilik dan Pewaris Tanah Kg Bharu

Memorandum Pemilik dan Pewaris Tanah Kg Bharu


Memorandum Pemilik dan Pewaris Tanah Kg Bharu

Posted: 21 Jun 2011 10:01 AM PDT


PEMILIK & PEWARIS TANAH KG. BHARU MENOLAK PERBADANAN PEMBANGUNAN KG. BHARU


Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) di Dewan Rakyat pada 17 Disember 2010. Pada mulanya telah dijadualkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen pada bulan Mac 2011. Walau bagaimanapun setelah mendapat tentangan dan bantahan para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharui cadangan bacaan kali kedua telah ditangguhkan ke sesi Parlimen pada Jun 2011 kali ini.

Bantahan dan tentangan para pemilik dan pewaris tanah ini kerana mereka telah didedahkan dengan beberapa peruntukkan di dalam RUU PPKB 2010 tersebut yang jelas akan menganaktirikan, memanipulasi, menindas dan akhirnya akan merampas tanah milik mereka. Kementerian dalam beberapa sesi penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah memberi jaminan bahawa kepentingan pemilik tanah tetap terjamin tersebut tidak boleh diterima begitu sahaja. Kenapa? Kerana sebelum-sebelum ini para pemilik dan pewaris tanah sudah diperdaya, dimanipulasi dan ditipu oleh pihak Kementerian.

Cadangan untuk menggubal suatu Akta bagi membangunkan Kg. Bharu bukan sesuatu yang baru. Ia telah bermula sejak tahun 2007 apabila suatu draf rang undang-undang mengenainya telah digubal. Bermula daripada draf tersebut, beberapa siri perbincangan di antara  kerajaan melalui KWPKB telah dilakukan antaranya melalui suatu makmal yang dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka. Keputusan di dalam makmal tersebut antaranya mahukan KWPKB meminda beberapa perkara yang difikirkan tidak wajar dan hendaklah membentangkan naskah akhir rang undang-undang tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen. Malangnya di dalam makmal tersebut dan tidak juga membentangkan terlebih dahulu kepada para Rakyat. Apa maksud tindakan ini? Maksudnya para pemilik dan pewaris tanah telah diperdaya dan dimanipulasi. Memang benar Kerajaan meminta pandangan mereka tetapi pandangan mereka tak pernah diambil perhatian. Sekarang sekali lagi Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar hendaklah meneruskan bacaan kedua di Dewan ini untuk meminta semua ahli Parlimen bersetuju dengannya.

Hari ini, bersama saya adalah wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu ingin menegaskan di sini dan untuk kesekian kalinya bahawa para pemilik dan pewaris tanah menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu sekaligus menolak RUU PPKB 2010 ini.

Kami Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada para pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kg. Bharu hendaklah mengambilkira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah dan bukannya wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Kg. Bharu yang wujud sejak 110 tahun lalu ditadbir secara sah oleh Lembaga Pentadbiran MAS (Malay Aggricultural Settlement). Lembaga MAS ini merupakan pentadbir yang sah melalui Malay Agricultural Settlement Rules 1950 [Selangor G.N. 50/51 & Selangor G.N. 66/51 dan Selangor G.N. 480/54 yang sehingga kini masih berkuatkuasa. Enakmen dan Lembaga MAS juga akan dihapuskan melalui RUU PPKB 2010 ini. Persoalannya, jika Kg. Bharu sudah mempunyai suatu institusi pentadbiran yang sah, kenapa perlu suatu Perbadanan baru diwujudkan melalui RUU PPKB 2010 ini? Kenapa tidak dibangunkan Kg. Bharu melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah. Kenapa tidak Kerajaan memperkukuhkan institusi ini dan memberikan segala bantuan dan sokongan kepada institusi ini yang telah lama mentadbir Kg. Bharu?

Kami juga maklum bahawa Klausa untuk membubarkan Enakmen dan Lembaga MAS di dalam RUU PPKB 2010 ini telah dicadangkan untuk ditarik balik, tetapi jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlunya Perbadanan? Kenapa perlu ada dua institusi untuk mentadbir Kg. Bharu? Apa status Lembaga Pentadbir MAS jika Perbadanan ini diwujudkan? Adakah hanya sekadar pemerhati sahaja sedangkan mereka adalah pentadbir yang sah.

Terdapat banyak lagi isu dan persoalan berkaitan niat RUU PPKB 2010 ini yang perlu dibahaskan. RUU PPKB 2010 yang dibacakan kali pertama yang mendapat tentangan para pemilik dan pewaris tanah masih ada di hadapan kami. Kemudian kami dimaklumkan oleh para pemilik dan pewaris tanah ini bahawa mereka telah dibentangkan beberapa pindaan kononnya penambahbaikan kepada RUU PPKB 2010. Tetapi cadangan pindaan tersebut juga sebenarnya terlalu kabur dan mempunyai muslihat-muslihat tertentu.

Antara pindaan yang dicadangkan seperti berikut :-

a) Keanggotaan Perbadanan

a. Telah ditambah keanggotaan bagi jawatan Timbalan Pengerusi   yang mana tiada dalam RUU asal;

b.   Dua (2) wakil tuan tanah Kg. Bharu telah digantikan dengan lima (5) wakil NGO;

b) Majlis Penasihat

a.  Nasihat Majlis Penasihat hanya akan dikaji, diteliti dan diambilkira jika sesuai;

c) Akta Pengambilan Tanah 1960

a. Peruntukkan berkaitan penggunaan Akta ini ditarikbalik tetapi tidak bermakna Akta ini tidak boleh digunapakai dalam proses pembangunan Kg. Bharu.

d) Pemansuhan dan Pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS

a. Peruntukkan ini telah ditarikbalik tetapi lebih banyak menimbulkan persolan seperti yang disebutkan sebelum ini.

Justeru hari ini, saya bersama wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu menyeru dan mendesak KWPKB supaya menarikbalik RUU PPKB 2010 dan dengarlah hasrat dan suara pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana ini adalah tanah dan hak mereka.

YB SALEHHUDDIN AYOB mewakili AHLI PARLIMEN TITIWANGSA YB DR LO'LO

YB NURUL IZZAH ANWAR

AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT


Durian season 2011

Posted: 21 Jun 2011 09:26 AM PDT

The 2011 durian season is in full swing. At the spur of the moment last Saturday, I decided to make an unplanned call on my old friend Chang Teik Seng (aka Durian Seng) and his wife, Yen Kim, in Sungai Pinang. That's on the "other" side of the island, about 12 kilometers from Balik Pulau town. Long drive, but since I was already in George Town, I realised that it wouldn't be as bad as making a specific trip from Bukit Mertajam just to go there!

When I say the durian season is in full swing, I mean it. All the way from Teluk Bahang until his home, there must have been at least seven or eight orchards and roadside stalls selling the king of fruits. So tempted to stop at the larger ones but I knew that nothing could surpass the pleasures at the Bao Sheng Durian Farm.

As I expected, Durian Seng's home was swarming with people. All had arrived to savour the fruit from his farm. Full house, eh, I commented to him. Yah, he replied, a bigger group had left just a while ago. Obviously, the fame of his durian farm has spread far and wide. He wants me to help him create an advertisement on facebook but in my opinion, he doesn't need any more publicity for his durian. He already has his hands full by my reckoning.

I brought home three varieties that day. First one into the container was the Green Skin Ang Bak. One of his helpers had just arrived at his home with a basketful of freshly dropped durians. He looked through the fruits and picked out one (the one he's holding in his right hand). This, he said, is specially for you. And yes, when he opened it, the fragrance and flavour were something really unforgetable. I had to help myself to some before packing the rest away.

But I wanted more. So into the container went a D11 variety. Ah, another special one for you, he said, without even opening the fruit. The seeds of this fruit are very small and there's lots of flesh. And true enough, when I was enjoying the fruit with my family later, we found that the seeds were indeed very small.

And the last variety I enjoyed was the Bak Eu. According to him, this variety would normally drop in about two weeks' time so what I had was an early dropper. The Bak Eu, by the way, has a pale yellow flesh, very unlike the other two varieties which were bright orange. It also tasted a bit milder than the others.

So how much longer will this year's season last, I wondered? At least one more month until the second half of July, he answered. So there you have it. This year's durian season has just started and it looks like a very fruitful year for him.

Click here for the Bao Sheng Durian Farm website.
ca-pub-5430283382112812


Menyingkap rahsia berkempen

Posted: 21 Jun 2011 09:47 AM PDT

(Diterbit di Sinar Harian, 21 Jun 2011)

Kebelakangan ini, saya melihat banyak prasyarat dan alasan diberikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia serta kerajaan; alasan menyatakan ketidakmungkinan melaksanakan tuntutan-tuntutan Gabungan Bersih 2.0, antaranya termasuklah:

1) Membersihkan senarai pengundi

2) Mereformasikan undi pos

3) Penggunaan dakwat kekal

4) Akses media yang adil, bebas

5) Masa kempen minimum 21 hari

6) Kukuhkan institusi awam

7) Hentikan rasuah

8  Hentikan politik kotor

Pertembungan di antara SPR Malaysia dan juga Bersih mengingatkan saya kepada pilihan raya Turki yang baru berlangsung.

Kemenangan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AK) Turki pimpinan Tayyib Erdogan dalam pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut yang memenangi 326 kerusi daripada 550 kerusi Parlimen dan ini sekali gus memecahkan rekod dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini. AKP juga meraih undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Faktor utama rekod cemerlang Parti AK ini adalah reformasi yang berterusan, sehingga ke peringkat memperbaiki sistem dan perjalanan pilihanraya walaupun perlu mengharungi cabaran besar mengemudi sebuah negara yang kompleks seperti Turki untuk membawa ke persada dunia seiring dengan negara maju lain terutama dalam bidang ekonomi. Turki turut melakukan reformasi secara berkesan antaranya:

1) Umur jadi calon pilihan raya ialah 25 tahun, umur menjadi pengundi ialah 18 tahun

2) Mengimbangi nilai-nilai tradisional dan pemodenan

3) Peningkatan taraf hidup; meningkatkan GNP, penaiktarafan perkhidmatan awam, reformasi ekonomi.

4) Semangat kebangsaan; bersama selesaikan masalah Kurdis; termasuk buat julung kalinya membenarkan penggunaan bahasa Kurdish dalam kempen pilihan raya 2011.

Saya hanya secara kebetulan mendapat maklum tentang bandar Batman, destinasi pantauan saya dalam pilihan raya negara Turki. Sedang teman-teman seangkatan Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin Nasution dan YB Johari Abdul dan juga Parti Islam Semalaysia, Dr Mariah mendapat tugasan di kubu kuat Parti AK di Istanbul, saya agak terkedu pada mulanya bila dihantar berkempen bersama calon Parti AK, Memet Simsek, merangkap Menteri Kewangan Turki sejak 2009.

Batman, Kota Selatan Anatolia, dilanda pertelingkahan etnik tiga dekad lamanya. Pertelingkahan etnik terutama puak Kurdis yang dianggarkan telah mengorbankan 40,000 nyawa di samping kadar pengangguran yang meningkat dan mencengkam hidup rakyat. Sememangnya peninggalan sejarah yang begitu mencengkam dapat dilihat dari muka anak-anak di perkampungan yang saya lawati. Apa tidak, sehingga kini, kadar buta huruf masih membelenggu 43 peratus wanita di sana.

Parti lawan, Parti Keamanan dan Demokratik (BDP), yang juga berkait dengan kumpulan pengganas PKK menguasai sebahagian besar kawasan di Batman, termasuklah kawalan terhadap pihak-pihak berkuasa tempatan. Justeru, taktik menakut-kan pengundi dalam setiap pilihan raya bukan perkara luar biasa.

Apa yang luar biasa ialah komitmen Parti AK dalam mengembalikan keadilan dalam institusi keselamatan di bawah tanggungjawab pihak polis demi memastikan redanya rasa takut di kalangan masyarakat tempatan.

Justeru, dalam pilihan raya baru-baru ini, Parti AK membuat keputusan menghantar Menteri Kewangan mereka, Memet Simsek, dalam usaha menawan hati penduduk tempatan. Memet Simsek, seorang Kurdish yang lahir di perkampungan dalam bandar Batman, seorang anak yatim dan ayahnya buta huruf. Beliau berjaya sehingga ke peringkat menara gading dan menjawat jawatan di Merril Lynch, United Kingdom. Perdana Menteri Erdogan mengajak beliau pulang berkhidmat dengan AK Parti seraya melantik beliau selaku Menteri Negeri pada 2007, sekali gus bertanding di kawasan Parlimen Gaziantep. Kerana kredibiliti dan komitmen Memet Simsek, maka beliau dipilih Erdogan sebagai calon di kawasan terlemah Parti AK untuk bersama membina negara Turki yang lebih maju dan berdaya saing.

Di Batman, Parti AK boleh melunaskan janjinya untuk memastikan martabat rakyat tempatan dikembalikan menerusi penggunaan bahasa Kurd, ahli-ahli Parlimen mempunyai imuniti penuh sewaktu berkempen dan dalam masa 10 hari sekatan ketenteraan dimansuhkan. Bayangkan jika reformasi politik di Turkin juga dapat dilaksanakan di Malaysia melalui tuntutan dalam Bersih 2.0, saya yakin dan percaya kesuburan demokrasi berparlimen di Malaysia akan terlaksana dengan jayanya.


Water disruption @ Klang Valley (Partially)

Posted: 21 Jun 2011 09:22 AM PDT

Picture adapted from
exit78.com
There will be a water disruption in 1/4 of the Klang Valley... mainly the suburban of Kuala Lumpur, Petaling Jaya. The gym that i have been going i.e. Fitness First has text me regarding the water disruption.

RM0.00 Disruption of water supply at 5 Fitness First clubs: DU, MA, TC, 1MK, MML from 8am 22/6 - 8am 24/6. Home members r welcome to other FFClubs. Pls call respective club.

Fitness First has 12 outlets in Malaysia which 11 outlets are located in klang valley. Now 5 outlet will be impacted by the disruption of the water supply. Left 6 outlet which will jam pack especially FF @ Empire. I still not sure which outlet should i visit for my gym tomorrow. Maybe i should go to Klang Bukit Tinggi and after gym i can have BKT for dinner ;-)

Anyway, will decide tomorrow morning then.
For those who stay in the affected area, please do your preparation eh~


Ezam bersama beratus-ratus pelajar Malaysia terkandas

Posted: 01 Feb 2011 09:45 PM PST

01/02/2011 KUALA LUMPUR 31 Jan. – Ratusan pelajar Malaysia kini terkandas di lapangan terbang


Anwar playing mind games : Ezam - The Star - 8.7.08

Posted: 07 Jul 2008 09:56 PM PDT


Ezam : from Hero to Zero

Posted: 07 Jul 2008 09:10 AM PDT


Ezam kata tidak ada konspirasi...berita Malaysiakini

Posted: 01 Jul 2008 02:56 PM PDT

No conspiracy He also felt that a conspiracy theory was not applicable in this case. "Even if there


Former PKR leader 'not surprised' by sodomy claim-Malaysiakini

Posted: 01 Jul 2008 02:42 PM PDT

Andrew Ong | Jul 1, 08 5:17pm A former staunch supporter of PKR de facto leader Anwar Ibrahim today


Former PKR leader 'not surprised' by sodomy claim - Malaysiakini

Posted: 01 Jul 2008 09:07 AM PDT

Ini berita yang dibaca sejurus sebelum mengupdatekan blog pedang ini… Jika dulu saya baca Ezam


Ezam accuses Selangor MB's office of power abuse-Malaysiakini

Posted: 01 Jul 2008 08:44 AM PDT

Ezam accuses Selangor MB's office of power abuse Andrew Ong | Jul 1, 08 3:45pm Former PKR stal


Anwar Ibrahim, the true color revealed!

Posted: 28 Jun 2008 03:18 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim's younger brother Rusli has resigned as special advisor to Kumpulan Darul E


Ezam Jadi Pelacur Baru UMNO?

Posted: 29 May 2008 08:43 AM PDT

Di kala orang-orang lama UMNO keluar parti, Ezam Mohammad Nor masuk UMNO atas alasan Abdullah Badawi


Pantun untuk Ezam

Posted: 22 May 2008 10:03 PM PDT

Pisau seraut dua tiga Letak di peti dalam perahu, Dalam laut boleh di duga dalam hati siapa tahu. An


Ezam to rejoin Umno

Posted: 21 May 2008 06:52 PM PDT

Star - Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light


Ezam to rejoin Umno

Posted: 21 May 2008 06:49 PM PDT

warongkopi - Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green


Hospital Buang Jari Dalam Mangkuk Tandas, Remaja Dapat Ganti Rugi RM27,500

Posted: 21 Jun 2011 09:17 AM PDT

Alor Setar: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu.

Muhammad Shaeidil Amir, 15, yang masih di bawah umur ketika kejadian, diwakili ibunya Zuraiza Omar, 39, memfailkan tuntutan saman pada Mac tahun lalu dengan menamakan Ketua Pengarah JPAM sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Hakim Maznah Abdul Aziz memerintahkan JPAM dan Kerajaan Malaysia membayar RM25,000 sebagai gantirugi am dan khas di atas kecuaian berkenaan dan RM2,500 kos prosiding terhadap Muhammad Shaeidil yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, Pendang.

Keputusan penghakiman itu dipersetujui Peguam Persekutuan, Adliana Nujumudin yang mewakili JPAM dan Kerajaan Malaysia. Muhammad Shaeidil diwakili Simon Murali.

Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.

Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula.

Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. -BH


Berita Berkaitan, Harian Metro November 4, 2007
Buang jari dalam tandas

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.

Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.

Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.

Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.

"Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.

"Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.

"Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas," katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.

Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

"Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.

"Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.

"Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?" katanya.

Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.



Only A Grandma Would Know

Posted: 21 Jun 2011 07:20 AM PDT

One day my Grandma was out, and my Grandpa was in charge of me.


I was maybe 2 1/2 years old. Someone had given me a little 'tea set' as a gift, and it was one of my favorite toys.

Grandpa was in the living room engrossed in the evening news when I brought him a little cup of 'tea', which was just water. After several cups of tea and lots of praise for such yummy tea, my Grandma came home.

My Grandpa made her wait in the living room to watch me bring him a cup of tea, because it was 'just the cutest thing!' Grandma waited, and sure enough, here I came down the hall with a cup of tea for Grandpa, and she watched him drink it up.

Then she said, (as only a Grandma would know), "'Did it ever occur to you that the only place she can reach to get water is the toilet?"

IF YOU SEND THIS ON, YOU CAN MAKE ANOTHER GRANDPARENT, AND MAYBE A FUTURE GRANDPARENT, SMILE.

-Author Unknown-

*Thanks to Angela who sent me this post.


Siapa Yang Sebenarnya Buat Kecoh Dalam Himpunan BERSIH?

Posted: 21 Jun 2011 08:11 AM PDT

BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?

Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini.

Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan?

Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan enam tuntutan yang di sepakati oleh rakyat.

Jika PERKASA benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula PERKASA tidak lancarkan 'anti-Umno', sebab Umno juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu PERKASA juga ingin berhimpun?

Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, Umno mahupun PERKASA, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman.

Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?

Umno mahupun PERKASA yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang dilakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya.

Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.

Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku.

Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang.

Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.

Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya " Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan".

Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.

Sepatutnya Umno, MCA dan PERKASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan. -mk

Penulis adalah Ketua Penerangan GAMIS Pusat


No action against Ibrahim Ali: He is not a threat but an advisor & a shocker!

Posted: 21 Jun 2011 06:21 AM PDT

Remember, not too long ago, Ibrahim said 'jihad' for shock value?


Now, he says his statement was an advice and not a threat.
UPDATED @ 02:13:48 PM 21-06-2011
By Clara Chooi
June 21, 2011

Ibrahim making his speech Sunday which he claims has been "misunderstood". — Picture by Choo Choy May


No comments: