Friday, October 14, 2011

Perubahan Feminisme di Alam Melayu Abad 16-19

Perubahan Feminisme di Alam Melayu Abad 16-19


Perubahan Feminisme di Alam Melayu Abad 16-19

Posted: 14 Oct 2011 11:11 AM PDT

Masa depan Asia Tenggara sangat rapat dengan masa lampau dan masa kini. Kedua-duanya hanya boleh digambarkan dari segi hubungan. Melihat ke belakang telah membangunkan sains sejarah, sementara memandang masa depan menjadi tugasan oleh aktor bukan saintifik seperti ahli politik, perancang pentadbiran dan ahli nujum. Masa kini adalah kesan sejarah daripada masa lalu yang dilihat, diberitahu, ditulis, diturunkan, dihafal atau diperiksa. Masa depan, dilihat atau dihubungkan dalam bentuk trajektori, prospek dan cabaran. Jadi, manusia masa lalu perlu dikekalkan sebagai ruang yang teratur untuk membantu struktur yang ada kini. Namun, ini ialah fungsi linear, persepsi bahawa masa bergerak ke hadapan, yang melihat keadaan (pasca)moden sebagai hasil pembangunan tertentu pada masa lalu. Persepsi sejarah bergerak secara linear tidak sesuai diaplikasikan kerana walaupun sejarah itu dikelas sebagai 'masa lalu', sejarah itu hanya boleh diukur mengikut zaman-zamannya – tamadun Alam Melayu, zaman pra-kolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial. Setiap patahan zaman ini tidak boleh diukur mengikut pandangan evolusi yang saintifik, sifat manusia dan norma masyarakat tidak bergerak linear seperti teknologi. Pandangan ini perlu ditekankan agar kita tidak menganggap budaya kita terkebelakang, tidak menyumbang satu hal pun kepada peradaban manusia atau bangsa Melayu itu sendiri. Oleh itu, kajian terhadap hikayat-hikayat yang ditinggalkan dirasa penting kerana masa lalu hanya memperoleh makna melalui pekerjaan kita sekarang, dan masa depan sepatutnya dibentuk melalui pengalaman atau pengajaran yang dipelajari dari masa lalu. Vincent Houben (2009), menggunakan instrumen untuk melihat interaksi masa lalu dan masa depan — 'representations of social order' – tanggapan atau idea yang mentakrifkan dunia dan membenarkan orang ramai untuk menyusunnya secara sejarah, sosial dan politik. Ia menggambarkan kecenderungan budaya tertentu tetapi pada masa yang sama membenarkan pembinaan aturan sosial yang mana subjek serta objek boleh disusun. Usaha inilah kiranya dicuba dengan memilih lima hikayat sebagai wakil atau had perbincangan untuk menyusun perubahan feminisme dari abad ke-16 hingga ke-19 itu.

Pemahaman satu-satu karya tidak mungkin tercapai tanpa terlebih dahulu mengenali kebudayaan yang melatarbelakanginya. Ada hubungan antara teks, ideologi dan sejarah (Pramoedya. 2003; Terry Eagleton. 1999; Marx. 1999). Semenjak konsep devolusi bertukar kepada evolusi – pembaharuan, kemajuan, kemodenan. Sebuah karya juga tidak terlepas dari dinilai sebegitu (Teeuw. 1995). Karya seni sejak abad ke-19 bergantung pada penyimpangan terhadap karya-karya sebelumnya. Yang indah hanyalah yang baru, lebih baik daripada yang lama, terpandang. Ini jugalah stereotaip dalam kebudayaan Barat moden. Cubaan untuk mengaplikasikan cara pandang seperti ini haruslah dengan hati-hati dan perlunya 'contrapuntal reading' oleh Edward Said (2001). Walaupun seringkali ramai orang berpendapat penulis sastera harus jujur sehinggalah hal yang paling hodoh dan keji sekalipun tidak boleh ditiadakan 'demi keindahan'. Yang sering ditemukan dalam sastera Melayu lama ternyata merosot. Perempuan dan lelaki ditempel dengan 'bangsa keinderaan'. Jelas, pengarang tidak mampu untuk melukis kenyataan sesetia mungkin. Adapun hal itu mungkin jua disebabkan keadaan politik setempat dan kesepakatan sosial. Sudah tentu seorang pengarang bebas memberontak terhadap sistem kesepakatan, tetapi ia tetap penting dan menyumbang pada pemahaman/ tafsiran pembaca. Oleh itu, membaca teks sebagai cerminan kenyataan belaka pasti menyesatkan, jika sebaliknya pula, menerima ia hanya sebagai rekaan tidak kurang mengelirukan. Jika sastera Eropah, kita diberi tanda amaran dengan kata 'once upon a time..', sastera Melayu klasik juga ada pesanannya, 'bahawa Melayu ini tiada harus kita mendengarkan barang kata-katanja' (Hikayat Atjeh. 1958: 182 ).

Dari segi perjuangan feminis, nyahbinaisme[1] menawarkan feminisme alat untuk menganalisis, cara baru mentafsirkan dunia, iaitu mencabar pemikiran binar seperti yang dimaksudkan Pollock (1996), dan proses ini membolehkan wujudnya masa depan yang mengandungi bentuk feminin dan maskulin/ rijal[2] . Oleh itu, pendekatan nyahbinaisme memainkan peranan penting untuk menunjukkan bahawa tidak boleh ada makna sejagat dalam tradisi sastera. Derrida ingin melampaui batasan binar. Beliau tidak bermaksud menjungkirbalikkan hierarki untuk memihak pada feminin. Sebaliknya, nyahbinaisme mahu memadamkan sempadan antara kedua-duanya dan menunjukkan nilai-nilai pihak kedua tidak tegar (Tibile, 2010; Melani Budianta, 2005; Nye. 1988). Salah satu teks penting pertama yang menyuntik kehidupan baru dalam teori sastera ialah Some Notes on Defining a Feminist Literary Criticism (1975) oleh Annette Kolodny. Kolodny menegaskan bahawa penulisan perempuan berbeza daripada penulisan lelaki. Dalam erti kata lain, ada sesuatu yang khusus dalam gaya dan artikulasi perempuan yang membezakannya dengan lelaki. Menurutnya, terdapat beberapa prasangka atau salah sangka tentang perempuan yang menjejaskan bacaan kita terhadap penulisan perempuan, contohnya, 'menjadi manusia adalah menjadi lelaki' atau 'seorang perempuan adalah seorang lelaki yang tidak sempurna' atau 'seorang perempuan tidak mampu menjadi pengkritik atau ahli falsafah'. Perempuan dipercayai lebih beremosi berbanding lelaki, justeru mereka lebih terdedah pada perasaan halus dan terlalu rapuh untuk berfikir dengan jelas. A Room of One's Own esei lanjutan daripada Virginia Woolf[3] menjelaskan hal yang serupa. Esei ini umumnya dilihat sebagai teks feminis dan dapat dikesan dalam hujahnya tentang ruang literal dan figural bagi penulis wanita dalam tradisi sastera yang dikuasai patriarki. Beliau menunjukkan apakah yang berlaku terhadap Brontes dan George Eliot[4] pada abad ke-19. Mereka tidak melibatkan diri sepenuhnya dalam masyarakat sementara Tolstoy mengelilingi dunia dan menghasilkan 'War and Peace' yang mustahil ditandingi penulis wanita seperti karya 'Lear' pada tiga abad sebelumnya. Penulis perempuan didapati telah mengikut atau dipaksakan ke dalam penanda aras seni yang asing; Emily Bronte atau George Eliot telah menulis dalam gaya yang diterima maskulin, hanya Jane Austen yang luar biasa, menulis sepenuhnya sebagai seorang perempuan dan telah mencapai kejayaan yang lebih besar daripada Emily Bronte. Jane Austen dan George Sand tidak mengenal dan bukan siapa-siapa tetapi Jane Austen jauh lebih baik daripada apa yang ada. Menurut Virginia Woolf, semua artis tanpa mengira kejantinaan (gender) mereka, memerlukan duit dan bilik sendiri. Cumanya, perempuan tidak diberi kesempatan dan peluang seperti diterima lelaki, sehingga perempuan perlu diberi tumpuan yang khas. Charles Dickens berjaya berjuang, Balzac bertungkus-lumus melangsaikan hutang-hutangnya – penulis lelaki ini berjaya melepasi cabaran yang gagal dihadapi penulis perempuan.

Ini boleh disusur kembali kepada Aristotle, yang memiliki pandangan yang sendeng pada perempuan. Untuk menjadi pengkritik, seorang perempuan perlu memusnahkan stereotaip yang dibina dalam teori sastera berorientasikan lelaki. Terdapat tugasan besar bagi penulis perempuan melawan peminggiran mereka dalam sastera. Ia juga merupakan pemberontakan kesedaran perempuan terhadap imej negatif yang ditaburkan lelaki terhadap identiti dan pengalaman perempuan. Bagi menilai penulisan perempuan, perlu nyahbina beberapa pratanggapan yang wujud dalam sastera yang dikuasai kepercayaan lelaki dan penulis lelaki. Pemilihan Hikayat Syamsul Anuar dirasa tepat, ditulis pengarang perempuan dengan nama sebenar, jauh sekali dengan sastera Barat, begitu juga corak maskulin. Bahiyah drk menerangkan peri pentingnya melihat keserasian antara dua kebudayaan yang berbeza sebelum menerima masuk pengaruh ataupun ideologi dari luar secara membuta tuli. Pertama-tama, semua aspek-aspek kebudayaan mestilah diterangkan lebih dahulu supaya keadaan kebudayaan dalam kehidupan orang-orang dalam sesuatu bangsa dapat dicamkan (Syed Hussein Alatas. 1974). Hal ini perlu agar kita tidak terus memandang rendah pada kemampuan budaya sendiri menghasilkan pemikirannya sendiri, mengutip Meng Tse, 'Pada masa satu bangsa menghina dirinya, pada masa itulah bangsa lain akan menghinanya'.

Sejarah Melayu, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Atjeh mengandungi serangkaian cerita yang melibatkan perempuan [juga lelaki] sebagai objek maupun subjek. Dalam teks Sejarah Melayu juga hikayat yang lain, perempuan tidak lepas digambarkan sebagai "terlalu amat baik parasnja..". Perempuan juga disimbolkan dengan tanda-tanda kebesaran. Ia biasa bagi lelaki, seperti ditemukan juga dalam Hikayat Atjeh dan hikayat lain (Bradiginsky. 2006). Kecantikan ini menjadi musuh kepada dirinya sendiri, lihatlah apa yang terjadi pada anak bendahari Sang Rajuna Tapa, Tuan Jana Khatib, Hang Kadim, Hang Tuah. Namun, di sisi lain, ia menunjukkan tanda penghormatan dan kemuliaan. Hikayat Atjeh mirip dengan Hikayat Raja Pasai akan kelahiran Puteri Betung. Selain puteri dari betung itu, anak baludari juga merupakan perempuan yang istimewa, dipandang tinggi, bukan dari kalangan manusia biasa. Penghargaan diberikan kepada watak perempuan dengan memegang watak yang sangat dimuliakan, tiada taranya. Sehingga jika dikahwinkan, hanya dengan yang sama darjat. Kaum perempuan 'dilindungi' bukan kerana ia lemah tetapi mulia. Selain itu, jika diperhatikan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja Pasai, turut dikenalkan dengan watak-watak lelaki yang juga ajaib. Sejarah Melayu dengan Nila Pahlawan (Sang Si Perba) bersaudara sementara Hikayat Raja Pasai dengan Meurah Gajah yang ditemui Raja Ahmad di atas gajah yang bernama Bujang Sakalis. Setiap kejadian ini menunjukkan pengiktirafan atas jantina perempuan dan lelaki, yang dianggap setara, bukannya separuh manusia – hamba. Pesanan ini diulang berkali-kali secara tidak langsung dalam hikayat ini, "..dudukkan masing-masing pada martabatnya." (HA: 109, 111, 103).

Malah, keagungan raja terletak pada kuasanya pada dua dunia bagi melegitimasikan kebesarannya. Raja dilahirkan atau ada secara luar biasa. Bermula dengan Puteri dari buluh betung, lahir raja-raja. Raja Sjah Muhammad menemui puteri dari buluh Betung dan dikahwininya. Saudaranya Raja Sjah Mahmud yang juga mengahwini anak baludari – puteri yang bongsu (Puteri Baludari). Dalam HA, selain Raja Sjah Muhammad yang menemui Puteri Betung, turut dinyatakan Dasarata Maharaja juga pernah mendapat anak dari buluh betung. Simbol kekuasaan ini jelas, kerana dari mula Sang Sapurba dan raja-raja lain memegang mitos besar iaitu dari keturunan Iskandar Zulqarnain. Sang Sapurba yang dipanggil sebagai Seri Teri Buana telah menyebabkan kematian banyak perempuan setiap kali mereka dijadikan sebagai isteri. Hinggalah Wan Sendari, anak Demang Lebar Daun berani berkahwin dengannya dan tiadalah mati. Malah, Sultan Mansur (dikenali sebagai Sultan Mahmud selain Sejarah Melayu versi Abdul Rahman Hj Ismail) juga jelas menunjukkan keegoannya yang ingin melebihi raja-raja lain. Walaupun Puteri Jawa dan Puteri China telah dikahwininya, masih tidak cukup. Beliau ingin mendapatkan puteri Gunung Ledang pula.

Melanjutkan pernyataan oleh Syarifah Zaleha (1998) bahawa cubaan untuk meletakkan prokreasi itu pada lelaki dengan kata 'beranak' melebihi peranan penting yang dimainkan perempuan – kelahiran berpunca pada benih lelaki. Keadaan ini menurut penulis dilihat jelas apabila terdapat banyak ayat yang mengenepikan perempuan, tidak dinamakan dalam urusan kelahiran dan perkahwinan. Malah, jika seseorang itu dikatakan wujud berdasarkan fungsinya, seperti dikatakan oleh Heidegger sebagai being[5], ada lelaki yang dibenarkan wujud, dinamakan walaupun tiada peranan yang khusus. Ayat ditemukan dalam Sejarah Melayu pada helaian 118, 120, 129, 130, 134, 145, 193, 199, 223, 226, 271, dan 285. Ayat ini seperti disengajakan oleh pengarang untuk menunjukkan ada upaya untuk menyisihkan perempuan dari sejarah. Ia tidak harus dibaca secara literal melihatkan peranan sastera itu sendiri sebagai kritik sosial maupun dokumen sosial, malah pengarang berkata melalui Raja Pahlawan, "Lain surat, lain bacanya.." (SM: 207) yang diulang dua kali dan "..masing-masing dengan zamannya" (SM: 155). Pengulangan atas dua jenis ayat yang telah dinyatakan menunjukkan unsur penekanan yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Collins (1998) juga berpendapat perlu lebih tajam, kritis dan alamiah menghadapi teks-teks seperti ini. Tambah beliau lagi, hanya dengan pembacaan ulang, bahkan dekonstruksi teks, dapat kita susun semula ciri-ciri komuniti Melayu lima ratus tahun lalu. Kajian kejantinaan menurut beliau harus dihitung sebagai salah satu usaha yang dapat membaca semula persuratan Melayu.

Puteri-puteri raja dan pembesar negeri seperti Puteri Syahrul Bariyah, Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah mempunyai peranan masing-masing dalam memakmurkan negeri. Masyarakat Melayu kurun ke-15 bersopan-santun, ada norma yang menghendaki perempuan menurut kata. Justeru, kejadian yang menimpa Tun Kudu (diceraikan untuk dijadikan hadiah) bukan kerana kelemahan peribadinya melainkan masyarakat mengatakan perempuan boleh dijadikan harta tebusan dan lain-lain. Perempuan sering dijadikan sebagai subjek yang diam, seperti dalam Salina (A. Samad Said), Gadis Pantai (Pramoedya Ananta Toer), Tok Guru (Shahnon Ahmad), Perempuan Berkalung Sorban (Abidah el Khalieqy) bagaimanapun menurut sajak 'Melayu' oleh Usman Awang; diam kerana marah. Selain itu, kepercayaan cuba diberikan oleh pengarang pada watak perempuan – Wan Empuk dan Wan Malini yang membangunkan kisah [dan menamatkan hikayat]. Sepertimana pengarang juga mempercayai Panji Semirang untuk mendirikan kerajaannya sendiri. Mendirikan suatu kerajaan tentulah bukan tugas yang mudah. Membangun, memajukan dan mempertahankan kedaulatan negara merupakan tugas yang maha berat bagi Panji Semirang. Hal itu disedari benar olehnya tetapi segala sesuatu itu berjalan baik juga dengan kemahuan yang kuat. Hikayat Panji Semirang yang popular sejak abad ke-14 cukup menjelaskan kecairan seksualiti/ kejantinaan yang ada sejak dulu lagi di alam Melayu ini. Isu homoseksual diterima baik di Indonesia dan mungkin juga di Malaysia, Asia Tenggara semasa pra-Islam dan pra-kolonial.

Sejarah Melayu menunjukkan beberapa ciri yang konsisten dengan Hikayat Raja Raja Pasai [dan Hikayat Pattani] dari segi peranan feminis, di zaman-zaman itu merakamkan kepimpinan oleh sosok perempuan[6] – autonomi yang dimiliki oleh perempuan. Reid (1988) mengatakan perempuan sebelum zaman penjajahan menikmati kebebasan dan kuasa ekonomi. Alam Melayu ini merakamkan banyak pemerintah perempuan sehinggalah abad ke-18, peranan perempuan sebagai pemimpin berkurangan. Antara abad ke-15 dan ke-17 pula, terdapat corak pemerintahan oleh perempuan disebabkan kepentingan perdagangan – kerajaan Pasai yang merupakan pusat perdagangan Islam pertama di Asia Tenggara mempunyai dua raja perempuan pada 1405-34. Ia bukanlah menunjukkan eksploitasi lelaki terhadap perempuan atas sebab kepentingan perdagangan kerana pemerintah perempuan itu sendiri yang sememangnya aktif dalam bidang ini, juga merupakan orang kaya dan bebas dari segala harta perwarisan. Cumanya, peranan perempuan berkurangan akibat tiga pengaruh besar iaitu islamisasi, indianisasi dan penjajahan Barat. Tetapi menurut Syed Naquib alatas (1969) ini mungkin sekali disebabkan proses islamisasi itu terganggu akibat pengaruh Barat dan telah menghidupkan aturan, norma, budaya pra-Islam feudal pada abad ke-16.

Tun Fatimah dengan kebebasan yang diperuntukkan untuk dirinya, hanya mampu melakukan protes yang memudaratkan dirinya. Tun Fatimah yang tidak mampu membalas perbuatan sultan yang telah membunuh mereka yang dekat dalam hidupnya, nekad menggugurkan kandungan. Kisah ini memiliki kemiripan dengan mitos Philomela yang simbolik, di bawah satu kekuasaan perempuan dibisukan – apabila tiada suara, ia seolah tidak ber'ada'. Perempuan tidaklah pula pasif tetapi sebaliknya cuba membebaskan diri – penentu nasibnya sendiri. Pembunuhan anak lelaki dalam mitos itu sebagai simbol bahawa perlunya menghentikan ideologi maskulin tertentu bukanlah memusnahkan kewujudan jantina lelaki. Kerana sifat maskulin sebegitu mungkin akan ada bukan sahaja pada lelaki tetapi perempuan, seperti yang dikhabarkan dalam Calon Arang karangan Pramoedya Ananta Toer. Tun Fatimah bukan sahaja mencabar dirinya tetapi ketetapan masyarakat yang tidak menyebelahi dirinya. Tindakannya untuk menjentik akal rakyat bahawa sultan yang disembah itu zalim. Tun Fatimah pada zaman itu berani memecahkan emansipasi perempuan yang selama ini dikongkong oleh kuasa feudal dan patriarki (Siti Hajar. 2007). Jika diteliti, perbuatan Tun Fatimah ini juga seperti Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina yang sanggup meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan tujuh hari di hutan yang terbuka dengan pelbagai ancaman. Anak itu bukan beban kepadanya tetapi hanya ingin memaparkan kecekalan Siti Zubaidah untuk menyelamatkan suami, kerana dalam bahasa yang indah itu juga tersirat konflik yang dialami dari dalam jiwanya. Kenyataan yang dialami oleh Tun Fatimah ini juga dikongsi dan diperjuangkan oleh Tuti dalam Layar Terkembang dan Salmah dalam Iakah Salmah atau Rachel Bespaloff yang sangat peduli pada perempuan-perempuan dalam karyanya, Illiad. Tidak sekali-kali Faridah Hanom kerana hanya berdialog dengan kekasihnya, Shafik Afandi tentang kebebasan perempuan tetapi tidak turut campur dalam perjuangan itu secara peribadi (Hamzah. 2003) dan lebih-lebih lagi karya ini membawa pengalaman Timur Tengah—karya saduran.

Walau bagaimanapun, Ahmad Rashid Talu dan Sutan Takdir Alisjahbana terkesan modenis dalam isu perempuan ini, dan menerima langsung idea dari Barat itu. Jika kedua-dua pengarang ini mengambil sikap kritis pada budaya setempat, untuk berlaku adil, mereka juga harus kritis pada idea luar yang cuba dipaksakan ke daerah ini. Inilah kesilapan atau warisan zaman pencerahan di Eropah itu – moden – positivisme. Dominasi paradigma positivisme selama bertahun-tahun terhadap dunia pengetahuan tidak hanya dalam ilmu-ilmu alam tetapi juga ilmu kemanusiaan telah menghilangkan peranan subjek (forgetfulness of being) dalam membentuk fakta sosial. Dengan mengambil sikap positivistik, kita akan cenderung menggunakan logik seperti perlawanan binar, baik/ jahat, terang/ gelap, benar/ salah itu. Kebenaran yang hanya mampu dibuktikan melalui kaedah saintifik, hanya ada satu kebenaran, tiada kebenaran lain. Begitu juga halnya apabila kita menanggapi budaya kita serba serbi terkebelakang dan mengambil budaya luar kerana 'moden' atau 'progresif'. Terutama dalam hal feminisme ini menurut Bahiyah et al (1998) yang membuat kajian preliminari tentang ideologi gender di Alam Melayu, ideologi feminis Barat berasaskan perlawanan dan dikotomi, cuba memisahkan lelaki daripada perempuan. Ia bukannya satu ideologi tentang perempuan dan lelaki yang kedua-duanya dihargai. Oleh itu cara yang lebih sederhana adalah dengan kritis pada budaya luar – yang dipinjam dan tidak prejudis pada budaya sendiri.

Sungguhpun dikatakan perempuan yang baik perlu bersuami, agar dianggap sebagai perempuan yang ideal bukan perempuan yang dikasihani, dalam teks Sejarah Melayu, kenyataan sama juga dihadapkan pada lelaki bahawa mengikut adat Melayu itu, lelaki mahu akan anak dan isteri. Hal ini disokong juga dalam Hikayat Syamsul Anuar, Nasran yang memarahi Malik Basyar kerana mengatakannya tidak ada isteri. Bukan itu sahaja, kata-kata yang demikian ini (HSA: 198), "jika laki-laki ditolak oleh perempuan tiada jua berapa malunya, jika sudah perempuan ditolak oleh laki-laki itu dia baharu mendapat malu yang besar, sampai mati pun tiada hilang" adalah rekaan, kerana di lain-lain hikayat menyaksikan tawaran lelaki yang ditolak menimbulkan peperangan dan perkelahian. Radin Galuh Kesuma/ Puteri Nai Kesuma (Hikayat Atjeh) dengan Tuan Puteri Gemerencang (Hikayat Raja Pasai) itu ialah puteri Majapahit, mereka juga berbeza daripada perempuan lain kerana memilih dan menentukan suaminya sendiri. Puteri ini tidak seperti puteri lain yang dikahwinkan atas kehendak raja. Tidak seperti Tuan Puteri Ganggang (anak gundik) yang juga baik paras dan manis tingkah lakunya daripada segala manusia, menunggu bersama saudara perempuannya untuk dipilih oleh Sultan Malikul Saleh.
Puteri Gunung Ledang (PGL) mempunyai kuasa luar biasa yang mendatangkan kesan tertentu pada manusia termasuk raja (Sharifah Zaleha. 1998; Siti Hajar. 2007). Berdasarkan Hikayat Hang Tuah, PGL mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan ibu tirinya, Tun Teja. PGL yang berasa marah dan berdukacita kerana tidak mampu berbuat apa-apa atas hal yang menimpanya berkata kepada ayahndanya dengan nada protes, "Ya Tuanku, patik ini adalah seperti pantun orang; namanya ada disebut, rupanya tiada. Akan patik ini demikian laku. Apatah daya patik perempuan. Jika patik laki-laki, tahulah patik membicarakan dia." (HHT: 456). Kata Tun Teja di lain tempat, "Adapun patik ini perempuan dengan bujangnya. Akan sekarang jikalau patik laki-laki, tahulah patik membalas dia." (HHT: 471). Malah dari segi perlantikan Raja Melaka, PGL juga dipilih sebagai pengganti, "Adapun anak kita yang perempuan ini kita hendak rajakan ganti kita [walaupun] hendak kita beri negeri lain kerana anak perempuan [?]" (HHT: 459). Sementara, saudara lelakinya, Sultan Mahmud dilantik sebagai raja di Bentan, Sultan Ahmad pula dikahwinkan dengan puteri Terengganu. PGL wajar diangkat sebagai sosok feminis melihatkan perwatakannya, apatah lagi telah menundukkan ego lelaki, raja Melaka yang bernama Sultan Mansur Shah/ Sultan Mahmud.

Sultan Mansur Shah dilambangkan sebagai raja yang zalim dan digeruni, misalnya dalam Syair Seratus Siti (2004), menghabiskan masa dengan seratus siti hingga menyebabkan banyak permaisuri yang mati. Permaisuri-permaisuri yang dikahwini itu pula merupakan anak-anak raja yang terpaksa menyerahkan anaknya kerana akur di bawah kekuasaan Melaka. Cuma Puteri Jumjum Maya sahaja yang bertahan dan meruapakan perempuan yang bijaksana. Bapanya terlebih dahulu menasihati anaknya itu agar jangan terlalu manja dan terlalu bergantung pada suami. Akhirnya Sultan Mansur tunduk pada kecerdikan permaisurinya itu. Sultan Mahmud Syah II pula sanggup membelah perut seorang perempuan kerana perempuan itu telah memakan seulas nangka kepunyaannya. Sultan tidak mempunyai permaisuri dan hanya melayan perempuan dari bangsa jin kemudian bergaul dengan Cik Apung untuk mendapat zuriat. Sultan akhirnya dibunuh, dan bendahara melakukan pemeriksaan pada semua perempuan untuk memastikan tiada zuriat Sultan Mahmud. Cik Apung telah bersumpah tidak akan melihat anaknya jika lelaki untuk melepaskan diri. Sepanjang hidupnya hingga dia mati, Cik Apung tidak pernah melihat anaknya Raja Kecil itu. Dalam beberapa kisah yang ditawarkan ini, PGL telah berjaya menunjukkan autonominya sebagai seorang perempuan, diikuti dengan Puteri Jumjum Maya dan Cik Apung dengan tingkat protes yang berbeza kerana dibatasi ruang dan norma masyarakat pada masa itu.
Tun Teja menolak pinangan orang kerana tidak mahu bersuami dan rela mati. Bapanya meminta izinnya jika ada yang ingin mengahwininya. Raja Melaka pun tidak mampu berkata apa-apa. Dialog yang berlaku antara Tun Teja dengan ayahndanya ini didapati tidak serupa dengan apa yang berlaku setelah kedatangan 'Islam' – adanya hadis yang mengatakan 'dan izinnya adalah diamnya' dan wali mujbir yang berhak menentukan jodoh anak daranya tanpa terlebih dahullu meminta izin. Novel Hikayat Siti Mariah mencerca ini, berlaku pertengkaran antara Joyopranoto dengan isterinya, Waginah tentang anak angkat Belanda mereka yang ingin berkahwin dengan orang Belanda. Kata suaminya, "Soal agama kau jangan ikut campur. Kau tak tahu apa-apa tentang ini." (2003. 127). Suaminya itu sebelum berani berkata begitu telah berguru dengan Haji Ibrahim yang bukan guru betul kerana banyak sekali salah menafsirkan ajaran agama. Joyo ikut kesalahan gurunya itu. Dalam hikayat ini juga ada menyatakan Henri Dam dan Mariah pernah berduaan tetapi masih suci, sebagai tamparan atas campur tangan 'Islam' yang dikatakan mampu menentukan baik-buru laku seseorang. Hang Tuah telah mencuba segala cara yang mungkin dan berhabis banyak untuk memikat hati Tun Teja tetapi gagal. Akhirnya, setelah diguna-guna oleh Hang Tuah, Tun Teja pun didapatkannya dan dipersembahkan kepada raja Melaka. Semasa bersama raja Melaka, Tun Teja didapati berani menegur hal ehwal pemerintahan suaminya itu. Hang Tuah dilihat sebagai watak antagonis bukan sahaja ketika pertarungannya dengan Jebat tetapi dalam usahanya ini,– tidak berpegang pada kata-katanya sendiri. Beliau berlaku seperti orang yang baik-baik dan menasihatkan yang lain begitu juga tetapi tiada diamalkannya kecuali untuk kepentingan diri dan tercapai segala maksudnya. Perbuatan seperti ini ada dikecam dalam Hikayat Cekel Waneng Pati (1984: 279),

"Apa namaku disebut orang membunuh seteru ketika tidur itu perempuan, lagi ia berani membunuh ketika ia sedang tidur, demikianlah dikata orang aku, kerana bukan adat penjurit yang demikian melainkan bangsat yang empunya laku itu."

Kata-kata ini tidaklah menyamakan kelakuan perempuan sama dengan bangsat kerana yang mengujarkannya sendiri ialah perempuan yang menyamar sebagai lelaki. Kata-kata itu cuba menggandingkan sifat pengecut itu terdapat pada si 'bangsat' bukan perempuan menurut padangan kebanyakan. Berbalik semula pada kelakuan Hang Tuah, ketika kerisnya melekat dikatakannya pada Hang Kasturi/ Jebat, "Jika engkau sungguh laki-laki, berilah aku menanggalkan kerisku dahulu." Hang Kasturi membenarkan tetapi apabila tiba gilirannya, Hang Tuah terus menikamnya, katanya, "Hei Tuah! Demikianlah laki-laki yang mengubahkan wa'adnya?…" (SM: 163). Di sini, penulis berani menyatakan, kisah Hang Tuah yang tertera pada teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah sendiri merupakan satu kritikan keras pengarang pada Hang Tuah, termasuklah sikapnya mengguna-gunakan perempuan dan dianugerahkan pada raja Melaka. Hikayat Hang Tuah ialah satu bentuk kritikan sosial terhadap lelaki seperti Tuah, walaupun banyak yang ditawarkan di luar beliau itu 'hero Melayu'.

Hikayat Syamsul Anuar (1999) mengisahkan Badrul Muin, puteri yang mewarisi takhta ayahndanya menyamar sebagai Afandi Hakim kemudian mengajak empat puteri lain (tiga daripadanya puteri raja) menyamar sebagai lelaki, berpakaian cara lelaki dan ke luar istana. Strategi penyamaran ini banyak dilakukan dalam hikayat. Usaha yang dilakukan Raja Aishah Sulaiman juga pengarang perempuan lain seperti Raja Zaleha, Raja Safiah dan Tuanku Ampuan Mariam ini merupakan satu sumbangan karya tradisional yang dilihat keterdepan dan mempunyai mesej tersirat, sudah tiba masanya lelaki menjadi wahana dalam wacana pengucapan perempuan (Siti Hajar. 2007). Pencarian identiti itu telahpun berjaya diperoleh tanpa berasaskan model androsentrik berbanding feminis Barat dan penulis perempuan Charlotte Bronte, Marry Ann, Evans Cross yang menggunakan nama lelaki agar karya mereka dapat diterbitkan. Hal ini dapat disiasat dalam Syair Khadamudin (1987), adanya persamaan pola hidup, sikap dan tingkah laku antara Raja Aishah dan Sabariah. Tingkah laku Badrul Muin ini bersamaan dengan Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah Perang China dan Hikayat Nakhoda Muda. Sifat perempuan sejati itu ialah boleh memimpin, gagah berani, wirawati, bijaksana, cantik rupa paras, bersuara merdu seperti perwatakan Siti Zubaidah (Fuziah Kartini drk. 1998). Keupayaan perempuan sebagai pahlawan ini tidak berlawanan dengan kenyataan Reid (1988). Pengarang juga menghias Siti Zubaidah sebagai lelaki seperti yang diingini perempuan. Hal ini cukup menunjukkan perempuan sejati pada faham Melayu itu tidak sama dengan 'perfect lady' ciptaan Eropah yang kemudian ditentang golongan feminis kerana terhad pada peranan domestik dan reproduksi. Walaupun feminis kemudian datang dengan konsep 'superwomen' ia juga gagal kerana tidak cuba membawa lelaki masuk ke ruang domestik. Lelaki tidak diajak memahami perempuan, sebaliknya, perempuan masih sahaja disuruh menjadi begitu dan begini oleh aturan-aturan di luar dirinya. Ideologi ini hanya menjadikan perempuan seperti lelaki, 'jantina' yang dibencinya, satu lagi kontradiksi. Perempuan 'dibebankan' dua kali ganda berbanding sebelumnya, amat sesuailah dengan citra 'individualisme' Barat itu. Walhal, lelaki dan perempuan harus memikul tugas dan tanggungjawab bersama-sama, dan itulah yang cuba dibaiki mereka pada abad ke-20 ini.

Menariknya di sini, usaha penyamaran yang cuba dilakukan oleh pengarang bukan sahaja cuba meletakkan kedudukan setara atau seimbang antara lelaki-perempuan tetapi juga meruntuhkan stereotaip perempuan yang diberi masyarakat. Dalam Hikayat Nakhoda Muda, menceritakan penyamaran Puteri Ratna Kemala yang bijak untuk mencari dan menyelamatkan abangnya walaupun mula-mulanya dilarang kerana itu bukan kerja perempuan. Pelbagai ujian oleh Raja Bikrama Indera dan Maharaha Digar Alam gagal. Eloklah kiranya disebut satu-satu;
i. Jika ia memilih-milih makanan, sahlah perempuan, tetapi perkara itu tidak berlaku.
ii. Ketika berjudi, jika tidak mahu kalah itu perempuan, sekali kalah sekali menang itu lelaki.
iii. Jika memilih permata, dia itu perempuan.
iv. Ujian menyabung ayam, panjat bunga kecil dan membuang air kecil. Tetapi puteri sebaliknya memanjat pokok besar dan membuang air kecil sehingga pancutannya yang jauh memeranjatkan (puteri telah menyediakan muncung kendi daripada lilin) Raja Bikrama.

Namun, Raja Bikrama tidak putus mengatakan sifat fizikal puteri seperti jari lentik seperti landak, lehernya seperti gambar dilarik. Setelah diuji bermacam-macam, akhirnya puteri sendiri memakai pakaian perempuan. Maharaja akhirnya membenarkan kata-kata Raja Bikrama. Raja Bikrama sanggup mati jika tidak beristerikannya. Akhirnya setelah lulus ujian yang sukar, mereka berkahwin. Hal yang juga dialami Afandi Hakim yang terpaksa datang dengan anak angkat bagi membuktikan dirinya itu lelaki. Afandi Hakim atau nama lainnya Badrul Muin sangat keras hatinya dan teguh pendiriannya. Selain Badrul Muin, ketiga-tiga puteri yang lain juga mempunyai autonomi atas diri mereka, tidak mampu dipaksa oleh sesiapa jika tidak berkenan di hatinya dan tanpa kerelaannya. Dalam hikayat ini, Afandi Hakim dari awal cerita (keluar ke hutan bersama anak wazir) hingga ke akhir cerita menguasai badannya sendiri – memiliki autonomi penuh atas dirinya sendiri (walaupun telah berkahwin dengan Syamsul Anuar). Dalam segala ilmu, ia juga 'mengajarkan' Syamsul Anuar yang setara dengannya itu. Afandi Hakim menaruh benci yang dalam terhadap Syamsul Anuar, mungkin ini didorong dengan sikap Syamsul Anuar itu sendiri. Mungkin juga persekitarannya ketika membesar – raja-raja berkehendakkannya dan Malikul Ziad tidak habis-habis menerima hadiah dan tawaran bertujuan daripada raja yang datang bertemunya. Paling tidakpun mungkin sekali kerana belum cukup umurnya lima belas tahun dan masih lagi ingin bermain-main tetapi terpaksa dikahwinkan kerana Malikul Akmar berasa khuatir kalau-kalau ada bencana yang akan datang daripada raja-raja yang mahukannya. Tetapi di tempat yang lain, Afandi Hakim sanggup pula mengahwinkan anak[angkat]nya, Tuan Puteri Nazrah apabila mencapai usia sembilan tahun. Ini tidak lain hanya ingin menunjukkan pada satu-satu keadaan, sesuatu dibenarkan, norma maupun hukum bersifat kontekstual. Malah, konsep poligami dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina bukanlah berpunca daripada suami tetapi kerana keadaan (Fuziah Kartini drk. 1998). Poligami atau bermadu juga bukanlah pilihan perempuan dalam Hikayat Syamsul Anuar ini berdasarkan kata-kata Tuan Puteri Junainah yang memarahi juari.

Sejarah kegemilangan dan peranan perempuan tidak dapat dinafikan. Tetapi tenggelam di bawah hegemoni kekuasaan lelaki. Malah, untuk melenyapkan Puteri Betung, maka dibuatlah kecacatan tubuh puteri itu. . Lazimnya, seorang puteri adalah perempuan yang digambarkan cantik jelita,dengan tubuh sempurna, dan perilaku patut. Namun, menurut HRP, ada sehelai rambut emas yang mencolok. Suaminya, Meurah Gajah kurang senang dengan "ketaksempurnaan" itu. Dia akhirnya cuba mencabut rambut itu walaupun telah ditegah sebelumnya. Puteri lalu mati. Dan turut menyebabkan dua kerajaan 'mati'. Begitu juga Raja Sjah Muhammad yang membantun roma di bawah dagu puteri, isterinya. Isterinya lalu mati. Hegemoni maskulin telah mengenyahkan perempuan Aceh. Pemimpin perempuan masa lalu seperti Keumalahayati, Teungku Fakinah, Tjut Nyak Dhien dibuang ke wilayah mitos (seperti nasib Puteri Betung), diagungkan, dipuja, tetapi kehilangan entiti politiknya atau mengalami character assasination. Dalam Hikayat Atjeh, perkahwinan Tuan Puteri Indera dengan Raja Sjah Muhammad melahirkan dua anak, lelaki dan perempuan, masing-masing bernama Sultan Ibrahim Syah dan Putri Sapiah. Hikayat Raja Pasai menyatakan bahawa Puteri Betung melahirkan dua anak lelaki bernama Meurah Silu yang selanjutnya bergelar Sultan Malikul Saleh, dan Meurah Hasum. Ia memiliki simbol perempuan sebagai 'rahim mulia' (memetik satu artikel), perantara lahirnya raja-raja besar.

Dalam teks HRP, orang-orang Minangkabau menolak berada di bawah taklukan Jawa. Kerbau kuat yang dibawa dari Jawa kalah berlaga dengan anak kerbau kurus milik Minangkabau. Ia menunjukkan penghinaan teks ini pada keangkuhan penguasa Jawa. Jawa mempertaruhkan untuk memakai kain perempuan. Kain perempuan dilihat sebagai objek yang paling rendah. Pemakaian kain perempuan dianggap sebagai perbuatan yang memalukan jika dibandingkan dengan perempuan yang menyamar lelaki, dipandang hebat. Dikotomi ini menggambarkan cara pandang Jawa yang maskulin. Keangkuhan yang akhirnya runtuh. Teks Hikayat Hang Tuah juga sangat radikal menampilkan kekuatan dan kemarahan Melayu terhadap Jawa. Sebagai contoh, Kertala Sari yang merasakan mampu mengalahkan Hang Tuah, dengan angkuh berkata, "Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku" (HHT: 377). Dia akhirnya ditewaskan, laksamana Hang Tuah telah memotong anunya dan meninggalkan badannya. Kemudian menghadap raja untuk membuktikan bahawa dialah yang telah membunuh si Jawa itu, "maka laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah bendahara, 'Inilah tuanku, pertandaan yang sungguh.'" (HHT: 378). Dunia Melayu juga menolak hegemoni Jawa melalui wacana yang terdapat dalam Hikayat Banjar. Tambahan lagi, politik Samudera-Pasai bertentangan dengan Politik Gajah Mada. HRP ialah karya yang mempunyai unsur-unsur legalisasi keluarga yang memerintah dan berfungsi didaktik (Teuku Iskandar. 1996). Raja yang zalim akan mendapat hukuman. Ada pesanan jelas dalam hikayat ini; wasiat Sultan Malikul Saleh kepada orang-orang besar dan anak-anaknya agar tidak berkehendakkan isteri orang.

Jika dalam Hikayat Raja Pasai ada Tun Beraim Bapa yang 'mesra gender', menyelamatkan saudaranya daripada ayahnda mereka Si Patriark itu, Hikayat Atjeh menawarkan watak Djohan Alam yang sangat pengasih pada orang sekelilingnya. Bukankah dalam hikayat yang sama juga adanya sultan perempuan yang juga sangat murah hati. Nilai/ kualiti yang dikatakan ada pada perempuan ini diangkat, tidak direndahkan. Malah adanya keterbalikan peranan atau sifat pada Djohan 'Alam. Semasa umurnya mencecah lapan tahun, beliau yang suka bermain dengan segala permainan telah terlibat dengan satu perang dengan pihak dagang Kapitan Mur. Tetapi perang itu bukannya berunsur kekerasan – maskulin. Perang itu ialah aktiviti melontar buah kayu, bukan senjata yang membunuh melainkan mengenyangkan. Apabila ramai yang kenyang, mereka akan suka hati. Tiada sesiapa yang mati ataupun cedera dalam perang ini. Begitulah sikapnya, walaupun beliau cepat belajar dan serba tahu dalam ilmu pertahanan diri. Kejadian ini kurang lebih sama secara simbolik dengan Galuh Cendera Kirana yang telah dipotong pendek rambutnya oleh bapanya membuat keputusan menyamar sebagai lelaki, Panji Semirang Asmarantaka dan mendirikan kerajaan baru. HRP dan HA menunjukkan pada kita bahawa sesuatu sifat itu bukan diwarisi, ia boleh ada pada perempuan atau lelaki. Perkara yang kedua yang dapat dilihat ialah, sifat lembut juga dipandang tinggi, dan kekerasan bukan selamanya sifat yang disanjung dan 'perlu ada'. Sifat berani yang ada pada perempuan ini juga ditonjolkan kuat dalam Hikayat Bahktiar, melalui peranan Siti Denar yang berani membela kebenaran suaminya di depan sultan walaupun diancam akan berdepan dengan kematian. Begitu juga sifat stereotaip 'menangis', 'emosional' yang selalu sahaja dilekatkan pada perempuan juga terdapat pada lelaki, misalnya dalam Hikayat Hang Tuah di helaian 67, 69, 83. Bukan itu sahaja, Hikayat Hang Tuah cuba memaparkan bahawa hukum atau norma juga dikenakan pada lelaki. Teks-teks 'feminis' selalu menetapkan perempuan dipaksa tunduk pada aturan masyarakat (agar membenarkan sebarang tindakan dominasi oleh perempuan pula di kemudian hari). Lelaki juga dipaksakan mematuhi norma masyarakat yang mendatangkan mudarat pada dirinya sendiri. Walaupun kesannya tidaklah besar seperti dihadapi perempuan, tetap ada, begini bunyinya; "adakah adat laki-laki yang demikian? Yang sudah diperbuat itu menyesal" kata Tuah (HHT: 229). Sebagai kesannya lihatlah apa yang terjadi pada Laksamana Tuah (Hikayat Hang Tuah), Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Ahmad (Hikayat Raja Pasai), Sultan Mahmud Syah/ Sultan Mansur Syah (Sejarah Melayu) dan Malik Barman (Hikayat Syamsul Anuar).

Setiap hikayat memperlihatkan kepentingan sejarah yang bukan satu tetapi pelbagai sisi penceritaan yang memerihalkan isu-isu setempat, etnik dan tidak kurang juga persoalan kejantinaan. Pembentukan sejarah pada hari ini terhasil daripada praktis budaya tertentu pada masa lampau (Milner. 1991). Dalam proses ini, tidak mustahil jika adanya peminggiran subjek. Oleh itu, yang jauh lebih penting adalah bagaimana melihat setiap watak itu dipersembahkan dalam penulisan Melayu. Mitos dan legenda mempunyai peranan tertentu dalam pensejarahan Melayu dan perlunya pembaikan yang sealir dengan kebudayaan Melayu daripada menganggapnya sebagai teks yang kudus (Slamet Muljana. 2006; Mohd Daud, 2005. Zainal Abidin, 1992; Shellabear, 1961). Berdasarkan hikayat yang dipilih, perempuan tidaklah dilambangkan seburuk yang dihadapi dalam sastera Eropah, atau dialami sepanjang sejarah mereka itu sehingga diperjuangkan habis-habisan. Setidaknya di sini, perempuan masih dihormati dalam lingkup budayanya sendiri dan mampu berdiri sebagai pemimpin. Lelaki dan perempuan mampu dan pernah bekerjasama.

[1].Kata 'nyahbinaisme' dikenalkan oleh Shaharir Mohammad Zain dalam bukunya Pembinaan Semula Teori Kepimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu (2010: 94), edisi kedua.

[2].Kata 'rijal' ialah nama lain maskulin, (Shaharir. 2010).

[3].Pertama kali diterbitkan pada 24 Oktober 1929, esei ini berdasarkan beberapa siri syarahan yang disampaikannya di dua kolej perempuan di Universiti Cambridge, Newnham College dan Girton College, pada Oktober 1928. Tulisannya itu tentang sebab-sebab pencapaian yang terhad di kalangan penulis novel perempuan sepanjang abad. Mengapa mereka gagal? Mereka gagal kerana mereka tidak bebas dari segi kewangan, mereka gagal kerana mereka tidak mempunyai intelektual bebas, mereka gagal kerana mereka dinafikan dari pengalaman dunia sepenuhnya.

[4]. George Eliot seorang perempuan yang berdikari tetapi hidup biasa sahaja dengan lelaki di St John's Wood

[5].Setiap 'benda' itu mempunyai fungsi (ready-to-hand) itulah makna Being. Ia memudahkan pemahaman interaksi seharian kita dengan entiti dunia dan kesannya kerana kesedaran itu dibentuk apabila bersentuh dengan material yang mempunyai fungsi masing-masing.

[6]. Lihat sahaja pada peranan Kraeng Balla-Jawaya (1634) dan Kraeng Tangangalla yang lebih awal, masing-masing mempunyai autonomi dan tidak dilihat lemah. Di Burma pula, menyaksikan Shinsawbu sebagai raja perempuan pada tahun 1453-72. Begitu juga di Solor, Aceh (1641-99) dan Patani (1584-1688) (Reid. 1988).

Like this:

Be the first to like this post.


Sejarah Tercipta: Sultan Kedah Dipilih Menjadi Yang di-Pertuan Agong Kali Ke 2

Posted: 14 Oct 2011 10:39 AM PDT

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama.

Gambar: Kiri, Sultan kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong

Sementara, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ini adalah kali kedua, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama Sultan Andul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 1970-1975 iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.

Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak

Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah and Sarawak.

Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

1. Melantik seorang Perdana Menteri
2. Menangguhkan pembubaran parlimen
3.Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Ulasan GB

Kedua-dua, Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Itu pun satu sejarah.

Pemerhatian GB: InsyaAllah, Pakatan Rakyat juga bakal menggantikan BN di Putrajaya. Semuga Allah memperkenankan satu lagi sejarah tercipta nanti. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Dan Maha Pengatur Rencana. Amin.


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemeintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah : Al-i'Imran :26



Hisham damn confident but now swap deal damned

Posted: 14 Oct 2011 07:58 AM PDT

By Asrul Hadi Abdullah Sani
June 17, 2011




By Shazwan Mustafa Kamal and Lisa J. Ariffin
October 12, 2011


By Melissa Chi
October 13, 2011


October 13, 2011

Australia's Prime Minister Julia Gillard talks at a news conference in Canberra July 17, 2010. — Reuters pic
























Kursus Keusahawanan? Jawapan Polis Meragukan, Menteri Diminta Jawab Hal Sebenar

Posted: 14 Oct 2011 08:11 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta menjawab isu enam bas yang dikatakan membawa warga asing dari Johor untuk menghadiri proses pemberian Mykad di sebuah resort berhampiran Putrajaya semalam.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberikan jawapan konkrit jika insiden itu benar-benar berlaku.

"Pas percaya ada proses pemberian Mykad di situ. Perkara itu amat mencurigakan dan menguatkan lagi keraguan kita bahawa ada sindiket terancang yang cuba memberi kerakyatan kepada warga asing, seterusnya didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, pasukan perisik Pemuda Pas berada di kawasan berkenaan dan mendapati lebih 200 warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh dibawa ke situ.

Salahudin berkata, KDN perlu menjawab isu ini dengan segera kerana perkara ini sangat penting.

"Kita tuntut penjelasan KDN. Apa sebenarnya yang berlaku di resort ini, kenapa ada enam bas dari Johor membawa warga asing? Tujuannya apa? Jelaskan juga mengapa ada pergerakan daripada pegawai kerajaan se-perti polis dan Jabatan Kesihatan yang mencurigakan di situ," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda Pas, Mohd Adram Musa berkata, mereka menyedari perbuatan berkenaan sejak kelmarin.

"Jam 7 pagi, kita dapati ada enam bas berhampiran Masjid Putra dan mereka kemudian dibawa ke sebuah resort di pinggir Putrajaya setelah menyedari kehadiran kami.

"Apabila masuk ke kawasan itu, saya dapati mereka warga asing dan mengatakan hadir ke situ untuk mendapat Mykad. Bagaimanapun ia bercanggah dengan ketua rombongan yang memberitahu warga asing ini dibawa untuk kursus keusahawanan,"
katanya.

Adram berkata, lebih banyak soalan diberikan lebih banyak jawapan yang bercanggah diterima.-SH

Sindiket IC: Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah

KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut untuk mengambil MyKad.

Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma.


"Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Apa yang lebih melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.

Ini kerana jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

Tambahnya, jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara.-hd



The #1 MOST Important Diet Lesson You Will Ever Learn

Posted: 14 Oct 2011 06:36 AM PDT

The BEST Way to Eat a Truly Healthy Diet for a Lean Body and Disease Prevention This article might surpise some people... because most people don't view nutrition in this way that I'm about to explain.  Instead most people get thoroughly confused about nutrition and calories, protein, carbs, fat, diet foods, low-fat, low-cholesterol, low-carb, healthy label claims, vegetarian, raw foods,


3 Random Fitness and Nutrition Tips

Posted: 14 Oct 2011 06:35 AM PDT

  I just had some random workout and nutrition tips for you on my mind today, so here they are: 1. Onions = Amazing Superfood... Eat onions daily if possible. Not only do I love onions, but I recently read a longevity study that surveyed a large amount of people who had lived over 100 years of age. One of the common threads they noticed from the survey of these amazing people that lived to


3 So-Called "Healthy" Foods that You Should STOP Eating

Posted: 14 Oct 2011 06:34 AM PDT

3 So-Called "Healthy" Foods that You Should STOP Eating (if you want a lean healthy body) I was reading a statistic in a nutrition book recently, and this is going to shock you... Now before I tell you the statistic, let's keep an important fact in mind... according to well renowned nutrition author Michael Pollan, and his amazing book called In Defense of Food , humankind has


3 Unique Veggies That Fight Abdominal Fat?

Posted: 14 Oct 2011 06:34 AM PDT

A surprising way that a few specific vegetables can actually stimulate the burning of abdominal fat... I bet you didn't know that there is a specific class of vegetables that contain very unique phytonutrients that actually help to fight against stubborn belly fat. Let me explain what these unique vegetables are and why they help to burn stomach fat... Chemicals that force your body to


7 Super-Effective Tips for Losing Stomach Fat

Posted: 14 Oct 2011 06:33 AM PDT

7 Super-Effective Tips for Losing Stomach Fat & Getting Lean Six Pack Abs for Life Lose Body Fat and Get a Lean Stomach for Good!  Vince Delmonte interviews author Mike Geary, Certified Personal Trainer, Certified Nutrition Specialist 1.  Mike, what is the number one component to getting a six pack? MG: Your training style, nutrition, and mindset are all extremely important if you want to


Are Soy Milk, Soy Protein, Tofu, and other Soybean-Based Foods Good

Posted: 14 Oct 2011 06:32 AM PDT

Are Soy Milk, Soy Protein, Tofu, and other Soybean-Based Foods Good For You?  Or are They Just Making You Fat and Un-healthy? A look into some of the possible dangers and negative effects on your health of eating too much soy -- Can soy even increase belly fat? I wanted to include this article because every day I see so many people that don't realize that soy is NOT A HEALTH FOOD!  Most


Are Whole Eggs or Egg Whites Better for You?

Posted: 14 Oct 2011 06:31 AM PDT

I was on a weekend trip with some friends recently and one of my friends was cooking breakfast for the whole group. I went over to see what he was cooking and saw he was getting ready to make a big batch of eggs. Well, to my shock and horror, I noticed that he was cracking the eggs open and screening the egg whites into a bowl and throwing out the egg yolks. I asked him why the heck he was


Can This 1 Unique Spice Help to Fight Abdominal Fat?

Posted: 14 Oct 2011 06:31 AM PDT

This spice that I'm going to mention is one of the most overlooked, but healthiest spices in the world... You might even call it a "fat burning spice"... in a roundabout way. And yes, it can actually help you win the battle against abdominal fat if you use it daily...I'll explain why. Here are some other benefits of this miracle spice: controls blood sugar levelshelps maintain insulin


Defeat Your Skinny Genetics and Own 2008

Posted: 14 Oct 2011 06:30 AM PDT

Defeat Your Skinny Genetics and Own 2008: The 1 +1 Skinny Guy Transformation Program  It happens every year. The New Year comes and every scrawny twerp on the planet swears this is going to be the year that he slaps on an extra 20 pounds of muscle. But if you didn't pack it on successfully last year, what makes you think this year is going to be any different? Seriously? Did you spend hours


Do You Really Need Vitamin and Mineral Supplements for Good Health

Posted: 14 Oct 2011 06:29 AM PDT

Do You Really Need Vitamin and Mineral Supplements for Good Health or is it Just a Waste of Money? As a fitness professional, I receive questions about vitamins all the time. Questions like…What kinds should I take? How much? Should I take a multi or just a couple of the important individual vitamins like vitamin C, vitamin E, or folic acid? Will they help me lose weight or build muscle?


Does Diet Soda Make You Fat, or is it Really Good for Weight Loss?

Posted: 14 Oct 2011 06:28 AM PDT

We all know by now that soda (aka "pop" in some areas) is one of the most evil things you can put in your body... the nasty chemicals, the gut-fattening high fructose corn syrup, and a myriad of health problems caused by this carbonated cocktail worshipped by those that don't care about their health or body. Since you're one of my subscribers, I know that you actually do care about your


Engaging Customers with Facebook Applications

Posted: 14 Oct 2011 06:28 AM PDT

With the rapid advancement in the Internet and its increasing user presence, the medium has become a preferred means of communicating directly with customers. Among the most popular activities on the Internet is the voracious usage of social networking sites. With its open architecture and wide range of functionalities, Facebook stands as the number one social networking site. There are


Excess Abdominal Fat is Not Only Ugly, but Extremely Dangerous to Your Health

Posted: 14 Oct 2011 06:27 AM PDT

Excess Abdominal Fat is Not Only Ugly, but Extremely Dangerous to Your Health - This is More Than a Vanity Issue! The difference between subcutaneous fat and the more deadly "visceral fat" Although this picture depicts an extremely overweight man, this article applies to dangerous types of fat inside the bodies of both men and women... and this discussion also applies even if you only


Goji Berries -- A Nutritional Super-Antioxidant High Protein Berry

Posted: 14 Oct 2011 06:25 AM PDT

The goji berry can have up to 5x the antioxidant power of blueberries and even 6 grams of protein per serving! Have you seen those things in the health food stores that look like shriveled up mini RED raisins? They are called "Goji Berries" and they are one of the highest antioxidant berries you can find on the planet. They are also called "Wolfberries" and come from Asia, in


Health Warning: Can a Cell Phone Carried Regularly in Your Pocket Damage Your

Posted: 14 Oct 2011 06:25 AM PDT

A correlation between cell phone use and testicular cancer, reduced Testosterone levels, lowered seminal volume and sperm count?  Read on to see... You've probably started hearing in the media about emerging studies showing possible correlations between heavy cell phone use and brain tumors.  But what not many people are talking about is the risk of carrying cell phones in our pockets for


Here's a unique exercise to help flatten your stomach while driving

Posted: 14 Oct 2011 06:24 AM PDT

  If you're already a reader of my Truth about Six Pack Abs manual , then you may already know this unique trick... it's basically a simple exercise that you can do anytime, anywhere to help get a flat stomach over time. Now I will say that this exercise does NOT increase fat burning, but it CAN help to flatten your stomach by strengthening your deeper transversus abdominis muscles and


No comments: