Saturday, December 17, 2011

Shenzhen And Now Hong Kong

Shenzhen And Now Hong Kong


Shenzhen And Now Hong Kong

Posted: 17 Dec 2011 08:44 AM PST

Shenzhen And Now Hong Kong

Shenzhen And Now Hong Kong – Hello again everyone, yoyoyoyo, chiak ba liao buay? Have you eaten? What's up? Finally got time sit down and write blog. I am now in Hong Kong, approaching the end of my year-end China trip as Hong Kong is my last stop and will be going back to Penang soon, sigh, like so fast, yet the trip like so long too. The trip is very awesome but somehow it's getting tired with a lot of walking especially in Hong Kong.

I went to Shenzhen right after Shanghai from last Monday till Thursday. Shenzhen gives me a feeling of Singapore-alike with lots of condominium, lots of trees and walkways. Shenzhen has nothing much except for factories, several theme park, some fake market, and a shopping street – Dong Men Lao Jie. I don't really like Shenzhen if were to compare to Shanghai as it's too artificial, there's not much culture and history about it. It's a planned city. Though food is a lot better than Shanghai as there's Hong Kong-food. :D

One thing, the metro is somehow cheaper in Shanghai then Shenzhen.

After Shenzhen, two days ago, we took the metro to Luohu, stamped our passport and entered Hong Kong. Hong Kong is always lovely with it's vibrant and lively city life, awesome food, beautiful dense skyscrapers and always moving Hong Kee.

Have been walking a lot in Hong Kong, went to many places like the wonderful Apple Store IFC, Big Buddha at Lantau Island, Central, the very happening Kowloon and more. Really tired. Haha. I will be visiting Stanley tomorrow and The Peak then no idea where to go already. :D

Anyway, Hong Kong is pretty awesome and the weather is very good at 14-20 degree Celsius. Perfect! Not too cold, not too warm, you say shiok or not this kind of weather? Haha.

Stay tune and will update officially about my trip when I get back home to Malaysia. Have a nice day and enjoy your last month of 2011.


Why blame Chinese? Those in power mostly Malay

Posted: 17 Dec 2011 08:18 AM PST

"Why do you blame the Chinese? You have Malay representatives, Malay district officers, Malay Mentri Besars. So why are Malays getting poorer?
Yes, indeed the Umnoputeras, followed by the MaChAis are the ones that are making the Malays and Chinese poorer respectively.

In a nutshell, Bankrupt Negara is making the nation bankrupt.

Scams after scams are happening under the rule of Umno-led BN government.



Isi Borang BR1M. Wang RM500 Itu Milik Rakyat - TGNA

Posted: 17 Dec 2011 10:11 AM PST

Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M

KOTA BHARU, 17 Dis: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi.

Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS.

"Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara," ujarnya.

Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.


"Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

"Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik," ujarnya. -HD




PappaRich SouthGate, Sungai Besi: NEW OUTLET

Posted: 17 Dec 2011 07:46 AM PST

Vid taken using Xperia X10 mini pro.

Once in a while, we go and try out either new or 'new' outlets - the former are just newly-opened outlets, the latter are outlets that we have not visited.

The PappaRich SouthGate is certainly a new outlet. It was opened somewhere in October, I think.



IWK must resolve the common septic tank issue

Posted: 17 Dec 2011 07:40 AM PST



IWK must act creatively and resolving the issue of common septic tank issue. There are 40 such tanks in Penang and 1000 through out the nation. IWK should provide the service and bill the residents accordingly.

As reported in Guangmin Daily.

安樂村化糞池 投訴英達麗水沒下文滿溢

2011-12-17 17:41

■居民帶著黃漢偉巡視化糞池,並申訴數月來的苦處。

(檳城17日訊)阿依淡安樂村化糞池數月前開始滿溢,導致臭味熏鼻,讓居民直呼受不了,不管吃飯、睡覺,都傳來一陣"飄臭"。 即使已經多次向英達麗水作出投訴,仍然沒有獲得當局的正視,居民只好求助阿依淡區州議員黃漢偉。

在黃漢偉牽引下,當地居民與英達麗水代表於週六進行對話,藉此向英達麗水提出他們目前面對的困境,以及要求英達麗水提供短期方案,義務協助或要收費也好,居民自會平分承擔,希望盡快前來處理,以解燃眉之急。

安樂村村長黃振部指出,國會於2008年通過"2006年國家水務委員會"法案,根據第26(1)及(2)條文,共用化糞池必須由居民自負,英達麗水不再提供相關服務。立法前,英達麗水每月跟人民收取8令吉,而安樂村仍付費到2010年。

9月開始滿溢

他表示,該村化糞池於今年9月開始滿溢,嚴重影響居民的生活舒適感,當他們向英達麗水徵求服務時,對方只拋下一句:"沒有服務了"。若真要服務,必須支付費用,每趟650令吉,依安樂村化糞池的份量,共需要4趟的服務。

"前來抽取只不過是暫時的解決方法,以後問題還是會再發生,不僅僅安樂村,而是全檳的情況,中央政府要了解這點,想出一勞永逸的辦法。"

他請求國會通過任何水務法案,務必通知居民或英達麗水的顧客,因為由始至終沒人知道為什麼英達麗水不再提供服務,也沒發出通告。同時國會通過此法案後,有何對策?若居民要求英達麗水服務時,費用應由誰來支付?

已有37年歷史的安樂村共有40多戶人家,居民共用2個化糞池,包括新建的住宅也把排泄物鏈接到該化糞池。()


UMNO BN Sesak Nafas: Belum Tamat Isu Lembu, "Interlok" Pula Muncul.

Posted: 17 Dec 2011 07:41 AM PST

Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel "Interlok" sebagai teks sastera.

Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.

"Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan.

Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.

"Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.

"Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel 'Interlok' digugurkan dari silibus," kata beliau lagi.

Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.

Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel "Interlok" yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya di Air Keroh, Melaka.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah.

Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta.

"Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu.

"Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala," katanya lagi. -TMI

PERKASA: K'jaan lemah pada tekanan si 'besar kepala'

PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.

"Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.

Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.

"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.

Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis. -mk



On board the nuclear submarine USS Nebraska 17 Nov 2008

Posted: 17 Dec 2011 06:15 AM PST

A List For Everyone

Posted: 17 Dec 2011 06:11 AM PST

The most destructive habit...................................Worry

The greatest Joy.............................................Giving

The greatest loss............................................Loss of self-respect

The most satisfying work.....................................Helping others

The ugliest personality trait................................Selfishness

The most endangered species..................................Dedicated leaders

Our greatest natural resource................................Our youth

The greatest "shot in the arm"...............................Encouragement

The greatest problem to overcome.............................Fear

The most effective sleeping pill.............................Peace of mind

The most crippling failure disease...........................Excuses

The most powerful force in life..............................Love

The most dangerous pariah....................................A gossiper

The world's most incredible computer.........................The brain

The worst thing to be without............................... Hope

The deadliest weapon.........................................The tongue

The two most power-filled words.............................."I Can"

The greatest asset............................................Faith

The most worthless emotion....................................Self-pity

The most beautiful attire.....................................SMILE!

The most prized possession....................................Integrity

The most powerful channel of communication....................Prayer

The most contagious spirit....................................Enthusiasm

The most important thing in life..............................GOD


-Author Unknown-

Take care and have a restful evening!




Friends are quiet angels who lift us to our feet when
our wings have trouble remembering how to fly.


Islamic scholar: "Saying Merry Christmas is worse then fornication or killing someone"

Posted: 17 Dec 2011 05:05 AM PST

These guys live on insults and denigrating other faiths, great, so all you infidels out there beware of this guy's beliefs.


Borang Fotostat BR1M: Timbalan-Timbalan Menteri Bercanggah

Posted: 17 Dec 2011 06:01 AM PST

Bachok: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

"Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. - BERNAMA




Merry Christamas and a very Happy New Year - Scrooge (1951)

Posted: 17 Dec 2011 05:03 AM PST

To all my family members, relatives and friends. The glad tidings are here, Christ the Saviour is born, goodwill to mankind and peace on earth. May all of you have a blessed Christmas and very Happy New Year. Christ is Christmas. Enjoy this 1951 version of Scrooge. this Christmas. The movie is 1 hour 23 minutes long.

The 1951 British (black and white) version of Scrooge. Directed by Brian Desmond Hurst. Starring Hermione Baddeley, Alastair Sim, Kathleen Harrison. An old bitter miser is given a chance for redemption when he is haunted by ghosts on Christmas Eve. This is one of the best versions of Scrooge (A Christmas Carol).

This not only one of the finest adaptations of Dickens onscreen, but one of the finest adaptations from a book to a film in cinematic history. This version captures every little nuance of the book, every character is played to perfection by their actors. The films excellently portrays the darkness of Victorian life for the poor, the true meaning of Christmas, the chance of redemption, the contrast of Malthusian economics and much much more.


Isu Interlok: Mana Kenyataan Menteri Pelajaran?

Posted: 17 Dec 2011 04:00 AM PST

Interlok: Kerajaan perlu tegas pertahan dasar, kata SU Agung Pena

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Persatuan Penulis Nasional (Pena) kecewa dengan keputusan Putrajaya menarik balik pengguna novel kontroversi "Interlok" sebagai silibus sastera sambil menyifatkan perkembangan terbaru menunjukkan kerajaan tidak tegas dalam polisinya.

Setiausaha Agung Pena Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata keputusan itu, yang diumumkan oleh pemimpin-pemimpin MIC semalam, tidak harus berlaku.

"Kementerian Pelajaran seharusnya tegas... kita mengambil keputusan 'flip-flop', kata beliau yang masih menunggu keputusan rasmi kerajaan berkenaan keputusan.

"Kami akan membuat pendirian apabila adanya kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Tidak ada kenyataan rasmi. Kita perlu dengar kenyataan rasmi, kita akan tengok," kata beliau lagi.

Katanya, keputusan terbaru ini akan memberi implikasi ke atas sistem pendidikan negara ini.

Dalam kenyataannya, Mohd Zakir juga mempersoalkan sebab keputusan Kabinet itu diumumkan oleh pemimpin-pemimpin MIC.

"Mengapa mereka perlu mendahului Kementerian Pelajaran, jadi tanda tanya adakah keputusan itu ada tujuan kepentingan politik," katanya lagi.

Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel "Interlok" yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya di Air Keroh, Melaka.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah. -TMI

Musim baru sandiwara Interlok?

Sandiwara dan drama melibatkan campur tangan politik dalam isu novel Interlok Edisi Murid ternyata masih berterusan, malah kini memasuki musim baru.

Sejak tengah hari semalam (16 Disember 2011), ramai yang menghubungi Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) untuk berkongsi "berita gembira" bahawa novel berkenaan tidak akan digunakan sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) mulai 2012.

Namun, Kavyan sentiasa bersikap objektif dan rasional; bukan emosional. Begitu juga dalam meneliti perkembangan terkini kontroversi Interlok Edisi Murid yang bermula dengan "Interlok Kulit Merah" dan kini berada dalam versi "Interlok Kulit Biru".

Saya menggunakan frasa "lingkaran syaitan" (vicious circle) dalam faksyen melibatkan berhala Dewa Shiva di Siru Kambam (FMT, 21 & 28 November 2011). Nampaknya "lingkaran syaitan" yang melanda Siru Kambam dalam faksyen itu kini sudah melanda kita!

Ruangan Twitter digunakan oleh pelbagai pihak – khasnya ahli/penyokong MIC – sejak tengah hari semalam untuk berkongsi "berita gembira" bahawa novel Interlok Edisi Murid tidak akan digunakan di sekolah mulai tahun depan.

Khabarnya, menurut mesej Twitter, Facebook dan SMS, "Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri akan membuat pengumuman rasmi mengenainya dalam tempoh terdekat".

Sementara menanti (bukan "ternanti-nanti") pengumuman rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu yang khabarnya diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu, saya mula meneliti segala dokumentasi berhubung kontroversi Interlok Edisi Murid di blog Kavyan sejak Disember 2010.

Secara ringkas, saya meneliti penglibatan Kementerian Pelajaran, MIC, Panel Bebas, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) dan Kavyan.

Menurut laporan media (termasuk Utusan Online dan Bernama Online) semalam, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mendedahkan berita terbaru itu kepada wakil media di Ayer Keroh, Melaka.

Kemudian, kenyataan Presiden MIC, Datuk G Palanivel di Kulim, Kedah turut disiarkan di beberapa media; sekali gus membuatkan pelbagai pihak melonjak kegembiraan atas "kejayaan MIC menangani isu Interlok".

Apabila dihubungi pelbagai pihak menerusi telefon dan SMS, saya menegaskan bahawa saya tidak akan mempercayai "kebenaran" kenyataan kedua-dua individu itu selagi Menteri Pelajaran sendiri tidak tampil membuat kenyataan rasmi.

Kejayaan MIC?

Apa yang berlaku berikutan pengumuman Datuk T Murugiah (bekas pengerusi Biro Pengaduan Awam) pada 15 Disember 2010 bahawa novel Interlok Edisi Murid ditarik balik serta-merta masih segar dalam ingatan.

Pada peringkat awal, MIC memang meminta novel berkenaan ditarik balik. Malah, semasa pertemuan bersama Muhyiddin di Aras 3, Menara Parlimen pada 23 Mac lalu, Palanivel dan Subramaniam menasihatkan Muhyiddin perkara sama. Saya berada di sana dan boleh menjadi saksi.

Bagaimanapun, akhbar Makkal Osai pada 10 Disember lalu melaporkan Palanivel sebagai berkata bahawa segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan.

Beliau memberitahu wakil media pada 9 Disember lalu bahawa MIC dan dua wakil kaum India dalam Panel Bebas berpuas hati dengan Interlok Kulit Biru.

"Saya menandatangani surat izin selepas kami meneliti draf pindaan. Kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan," katanya.

Maka, amat menghairankan mengapa MIC tiba-tiba perlu meminta Kabinet menarik balik sebuah novel yang sudah pun "diluluskan" olehnya walaupun hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang dipersetujui dilaksanakan sebelum buku itu dicetak semula.

Saya pernah memberitahu MIC sebelum ini bahawa sekiranya parti politik itu "meluluskan" novel itu dengan hanya sekitar 20 peratus pemurnian, maka masyarakat yang sedia marah pada MIC akan bertambah marah.

Saya percaya bahawa kemarahan itu semakin terasa berikutan kenyataan Palanivel pada 9 Disember lalu bahawa "kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan".

Kebanyakan mesej yang tersebar (baca: disebarkan ahli/penyokong MIC) semalam memuji "kejayaan" MIC dalam usaha menarik balik novel Interlok Edisi Murid daripada dijadikan teks Komsas.

Soalnya, mengapa tidak usaha itu dilakukan MIC sebelum Interlok Kulit Biru dicetak dengan hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang diperakukan?

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan pada 22 Jun 2011 bahawa pencetakan semula 390,000 naskhah novel itu melibatkan kos sekitar RM1 juta; termasuk kos penghantaran.

Jangan lupa bahawa terdahulu, "pelekat ajaib" digunakan untuk melakukan pindaan minimum pada novel berkenaan. Entah berapa banyak wang rakyat terbazir dalam melaksanakan tindakan kurang bijak (baca: bodoh) yang tidak selaras dengan apa yang dijanjikan Muhyiddin di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011.

Bercakap mengenai Muhyiddin, sehingga artikel ini ditulis, beliau belum membuat sebarang menyataan rasmi berhubung Interlok Edisi Murid walaupun (menurut Palanivel dan Subramaniam) keputusan sudah dibuat oleh Kabinet minggu lalu.

Memandangkan Kavyan menyimpan rekod berhubung kontroversi ini sejak Disember 2010, maka saya masih ingat bahawa Muhyiddin dalam kenyataan rasmi pada 27 Januari lalu mengumumkan "keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik".

Kuasa undi kaum India

Maka, jika "pindaan" sudah dibuat dan novel sudah dicetak semula, mengapa tiba-tiba keputusan dibuat untuk menarik balik penggunaannya di sekolah?

Mungkinkah kerana baru sedar akan kuasa undi rakyat – khasnya kaum India – menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau apakah keputusan ini ada kaitan dengan tekanan yang diterima daripada NIAT yang diketuai Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim?

Semalam, saya turut menerima SMS daripada sekretariat NIAT bahawa Thasleem mengucapkan terima kasih kepada "semua yang telah bersama-sama NIAT dalam usaha menolak penggunaan Interlok di sekolah".

Maknanya, NIAT juga sudah benar-benar yakin pada pengumuman yang dilakukan Subramaniam dan Palanivel. (Belum mengambil kira soalan siapa yang berjaya: NIAT atau MIC? Atau Hindraf?)

Pada 28 Mei lalu, NIAT membuat pengumuman akan mengadakan mogok lapar bagi membuktikan bahawa pasukan itu serius dalam pendiriannya menuntut novel berkenaan digugurkan.

Pada peringkat awal (Januari 2011), NIAT mahu Interlok Edisi Murid dimurnikan; sebagaimana dituntut Kavyan. Bagaimanapun, selepas 12 Februari lalu, pendirian kumpulan itu berubah, iaitu mahu ia digugurkan terus kerana tidak sesuai dari segi ajaran Islam.

Maknanya, bukan hanya Interlok Edisi Murid, tetapi termasuk Interlok edisi asal yang masih berada dalam pasaran terbuka (atau di stor DBP). Maka, "perjuangan" NIAT belum berakhir, bukan?

Apa pun, mujurlah NIAT tidak meneruskan mogok lapar yang diumumkan penuh emosional. Setahu saya, tindakan mengadakan mogok lapar adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Tentulah aneh jika NIAT menggunakan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk menjayakan niat menolak sebuah novel yang dikatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Di pihak Kavyan pula, kami hanya mengeluarkan kenyataan selepas mula meneliti novel edisi murid, edisi pelajar dan edisi asal secara akademik dan objektif.

Dalam kenyataan rasmi pertama pada 3 Januari 2011, Kavyan menegaskan bahawa "Interlok Edisi Murid wajib dimurnikan". Pendirian sama ditekankan pada sesi taklimat khas yang diadakan pada 16 Januari lalu.

Pada 26 Januari lalu, semasa "Wacana Interlok" di Universiti Malaya, saya tegaskan kembali:

"Sekiranya masih ada bantahan terhadap cadangan supaya novel Interlok Edisi Murid dimurnikan, maka tidak ada pilihan selain meminta novel itu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komsas."

Pendirian Kavyan tetap sama sehingga kini. Malah, dalam kenyataan rasmi pada 29 November lalu, Kavyan memutuskan bahawa "Interlok Kulit Biru (2011) adalah edisi yang lebih baik daripada Interlok Kulit Merah (2010) tetapi bukan edisi yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran pada Mac 2011".

Kavyan memulakan kempen "Mari Bersama Murnikan Interlok" pada 28 Januari 2011 dengan meminta masyarakat pelbagai kaum mengemukakan senarai perkara yang perlu dibetulkan dalam Interlok Edisi Murid.

Pada hujung kempen di blog itu, saya turut mencatatkan begini:

"Sekiranya cadangan pemurnian yang rasional, akademik, berhujah, bertamadun dan logik yang dikemukakan itu nanti tidak diterima Kementerian Pelajaran (Kerajaan), maka saya akan pertahankan pendirian supaya Interlok Edisi Murid dikeluarkan terus daripada sistem pendidikan negara. Kalau tidak membenarkan kerja-kerja pemurnian dilakukan, simpan sahajalah buku itu di stor."

Sandiwara

Pada masa sama, tentu sahaja Kavyan mahu memastikan bahawa Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tetap menerima royalti bagi Interlok Kulit Merah dan Interlok Kulit Biru yang dicetak untuk dijadikan teks Komsas.

Mungkin ramai yang yakin bahawa kini Interlok Kulit Merah dan Interlok Kulit Biru akan disimpan di stor. Mungkin mereka hanya menanti pengumuman rasmi oleh Muhyiddin "dalam tempoh terdekat".

Namun, bagi saya secara peribadi, seperti yang saya nyatakan di FMT pada 27 Jun lalu, saya tetap berwaspada dan bersikap wasangka kerana tidak mahu "tertipu" lagi dengan "permainan" dan "sandiwara" mana-mana pihak yang "cakap tak serupa bikin".

Malah, apakah alasan retorik yang bakal diberikan oleh Muhyiddin untuk akhirnya bersetuju (jika benar) menarik balik novel yang sudah dicetak dalam dua versi dan dipertahankannya secara bermati-matian sejak setahun lalu?

Kavyan tidak akan terkejut sekiranya Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Interlok Kulit Merah akan ditarik balik pada 2012 dan diganti dengan Interlok Kulit Biru.

Segalanya adalah mungkin di negara bertuah ini. Jangan ketinggalan mengikuti musim baru drama ini yang penuh mendebarkan. -FMT




The Nine Habits of Highly Healthy People

Posted: 17 Dec 2011 01:42 AM PST

The following article The Nine Habits of Highly Healthy People by Jonny Bowden, PhD, CNS is from POLIQUIN.

For years, business and motivational gurus have known that there are basic habits that seem to predict professional success and excellence. Books like
"The Seven Habits of Highly Effective People", by motivational speaker and business guru Stephen Covey, PhD has sold over 15 million copies alone, to people hungry for the secrets of success.

We don't yet have the perfect formula for long life, happiness and physical health, but a little careful distillation of the massive amount of research on health and longevity reveals that cultivating nine basic habits will significantly increase the odds of your living long, well and happily, in a robust, healthy, weight-appropriate body.

1. Eat your vegetables. No kidding. And I'm talking at least 9 servings a day.. Unless you're following the most stringent first stage of the Atkins Diet, you should be able to consume 60-120 grams of carbs a day (depending on your weight and exercise level), and you'd have to eat a stockyard full of spinach to get to that amount. Every major study of long-lived, healthy people shows that they eat a ton of plant foods. Nothing delivers antioxidants, fiber, flavonoids, indoles, and the entire pharmacopia of disease fighting phytochemicals like stuff that grows.

2. Eat fish and/or take fish oil. The Omega-3's found in cold-water fish like salmon deserve the title of "wellness molecule of the century". They lower the risk of heart disease, they lower blood pressure, they improve mood and they're good for the brain. And if you're pregnant, they may make your kid smarter!

3. Connect. And I'm not talking about the internet. In virtually every study of people who are healthy and happy into their 9th and 10th decade, social connections are one of the "prime movers" in their life. Whether church, family, volunteer work or community, finding something you care about that's bigger than you that you can connect with and that involves other people (or animals) will extend your life, increase your energy, and make you happier. Only always.

4. Get some sun. At least 10-15 minutes three times a week. Interestingly, a recent study of four places in the globe where people lived the longest and were the healthiest noted that all four places were in sunny climates. Sun improves your mood and boosts levels of cancer-fighting, performance-enhancing, bone-strengthening vitamin D, a vitamin most people don't get nearly enough of.

CLICK HERE TO READ THE REST OF THE ENTRY.

Thanks to Angela who sent me this article. Stay happy and healthy always, dear readers!


Skandal Lembu NFC: Ramai Persoal Mengapa SPRM Dan Najib Tidak bertindak

Posted: 17 Dec 2011 02:55 AM PST

SPRM pejam mata bila lihat skandal NFC

Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.

Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.

Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.

Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.

Saya beranggapan Abu Kassim merujuk kepada aduan mengenai penggunaan sebanyak RM250 juta pinjaman mudah dari kerajaan untuk membeli kondominium mewah dan lain-lain hartanah peribadi oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tetapi tidakkah Abu Kassim bertindak seperti seorang amatur dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi ini seolah-olah seperti orang buta menyentuh seekor gajah?

Seperti seekor gajah, yang mempunyai ciri-ciri dan organ yang bermacam-macam, skandal NFC ini merupakan seekor raksasa yang menelan sejumlah dana awam yang banyak.

Projek terpalit dengan rasuah

Menternak lembu dan menyediakan daging lembu merupakan sebuah projek utama kerajaan yang diberi kepada keluarga menteri yang tidak layak dan tidak kompeten untuk mengendalikannya, di mana pinjaman mudah yang besar jumlahnya dilulus dan disalurkan dengan cara yang mencurigakan.

Penyelewengan ini membolehkan penerimanya menggunakannya untuk tujuan yang bukan sepatutnya, menyebabkan projek ini gagal yang bukan hanya membantutkan skim pengeluaran makanan yang penting tetapi juga melenyapkan usaha untuk mendapatkan kembali dana awam sebanyak itu.

Tidak dapat dinafikan, kegagalan projek ini melibatkan lebih daripada seorang menteri dan lebih daripada seorang pegawai kementerian boleh dikaitkan dalam kesalahan rasuah, bersubahat, pecah amanah dan kelalaian jenayah ini, dalam bentuk pemberian projek dan kemudiannya menyalurkan dana itu.

Dalam perbuatan jenayah yang saling kait mengait ini, pembelian dua buah kondominium itu merupakan satu rantaian, kalau pun tidak merupakan isu paling penting. Persoalan yang lebih besar ialah kenapa projek itu diberi kepada keluarga Shahrizat? Siapa yang membuat keputusan itu?

Persoalan berikutnya ialah siapa yang bertanggungjawab ekoran kegagalan untuk mengawal pengeluaran dana itu dan atas kegagalan mengawal-selia penggunaan dana dengan betul?

Bagi soalan pertama, petualang-petualangnya ialah menteri dan bekas menteri pertanian dan industri asas tani. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar.

Ini termasuk menteri dan bekas menteri kewangan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terlibat dalam pemberian projek dan selepas itu mengeluarkan dana tersebut.

Salam perpisahan politik?

Selain daripada petualang-petualang ini yang mengikut protokol, bagaimana dengan mereka yang teribat dengan menggunakan saloran politik ke atas projek ini?

Saya kira para pembaca masih ingat bagaimana Shahrizat terlibat dalam pertarungan sengit dengan ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz bagi merebut jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti yang lalu dan beliau berjaya menyingkir Rafidah, yang disifatkan sebagai memenuhi kehendak pimpinan tertinggi parti.

Mendasari pertandingan merebut jawatan ketua wanita ini, kita boleh menyoal sama ada wujud kaitan di antara projek bernilai RM250 juta ini dengan misi Shahrizat untuk menyingkir Rafidah. Aspek ini tidak harus diketepikan oleh penyiasat yang menyiasat skandal ini.

Mengenai soalan kedua tentang pengeluaran pinjaman itu yang mengakibatkan dana awam itu disalahgunakan, kedua-dua kementerian pertanian dan kementerian kewangan tidak boleh berlepas tangan kerana mereka saling bekerjasama agar dana awam itu dapat dikeluarkan. Berhubung hal ini, kedua-dua menteri, termasuk para pegawai daripada kedua-dua kementerian itu harus disiasat.

Memandangkan berleluasanya perlakuan rasuah melibatkan para pemimpin politik termasuk di peringkat pentadbiran, bolehkah kita mempercayai apabila SPRM memberitahu bahawa pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa mengenai skandal ini?

Abu Kassim menghina rakyat apabila beliau memberitahu para pemberita Sin Chew bahawa masalahnya ialah rakyat tidak faham mengenai undang-undang dan tidak boleh membezakan di antara putih dan hitam serta mendakwa mereka semata-mata mengikut rentak pembangkang yang menghentam SPRM?

Seterusnya beliau berkata, "masalah kita yang terbesar ialah bagaimana untuk menukar minda (mindset) rakyat dan bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa SPRM ini bebas. Mengikut iklim politik dewasa ini, isu rasuah dipolitikkan dan dakwaan bahawa SPRM tidak bebas digunakan untuk menjatuhkan kerajaan."

SPRM anggap rakyat bodoh

Mengimbas kembali komen pesuruhjaya SPRM itu, kita merasakan Abu Kassim menganggap rakyat semuanya bodoh belaka.

Jika SPRM ini bebas, bolehkah Abu Kassim memberitahu kita kenapa tidak ada siasatan dilakukan apabila menerima bukti-bukti yang begitu banyak tentang kegiatan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sarawak bernama 'Movement for Change Sarawak' (MoCS) telah menyerahkan sebuah laporan setebal dua inci, memperincikan perbuatan rasuah Taib tetapi tidak dijawap oleh SPRM sehingga hari ini.

Seorang rakyat Sarawak, Willie Kajan menyerahkan laporannya yang kedua terus ke Putrajaya pada bulan Januari lalu tetapi tidak ada respon. James Wong dan John Brian, juga dari Sarawak menyerahkan laporan-laporan mereka dalam bulan Jun dan Ogos 2010 di Shah Alam dan Putrajaya, juga tidak ada maklum balas.

Ramai lagi, termasuk pemimpin-pemimpin parti politik juga menyerahkan laporan-laporan mereka kepada SPRM dan berakhir dengan nasib yang sama.

Berhubung dengan skandal NFC ini, kenapa Abu Kassim berlakon seperti orang buta, melalui beberapa sidang akhbar dan posting dalam internet dalam tempoh dua bulan lalu walaupun berdepan dengan kontroversi dan bukti-bukti berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah?

Bagaimana mungkin Abu Kassim tidak dapat melihat perkataan "rasuah" apabila perkataan itu menentang matanya dari pelbagai arah?

Kami faham kenapa Abu Kassim bertindak sedemikian tetapi janganlah sampai menghina rakyat dengan menganggap mereka semuanya bodoh. -FMT

Skandal NFC: Najib tak berani ambil tindakan terhadap pemimpin Umno

PETALING JAYA 15 Dis : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan bertindak terhadap pegawai bawahan yang terlibat rasuah, tetapi membiarkan penyelwengan dana RM250 juta yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil

Ia juga katanya, termasuk kegagalan kerajaan mengambil tindakan berhubung kekayaan yang dikumpulkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara haram sepertimana yang didakwa NGO antarabangsa baru-baru ini.

"Oleh itu kita perlu sedarkan rakyat kerana sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak-anak kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Kata ADUN Seri Setia itu, Datuk Seri Najib Razak hanya melaungkan retorik politik apabila kononnya hendak lebih telus dan membuat transformasi dalam pentadbiran Kerajaan samada dari segi ekonomi dan membanteras rasuah.

Nik Nazmi turut mengulas laporan Transparency International (TI), bahawa Negara berada di kedudukan yang rendah daripada purata global dalam kajian syarikat setempat yang memberi rasuah ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

"Kalau kita lihat kejatuhan kita dalam korupsi indeks, yang mana score telah menurun semenjak 2008, sebalik retorik akan adakan transformasi dan sebagainya, kerajaan gagal dalam mengatasi masalah rasuah tegar," katanya.

Justeru katanya rakyat perlu sedar dengan penyelewengan yang dilakukan kerana ia akan memberi kesan kepada generasi masa depan dan institusi keluarga.

"Sebenarnya dengan wang yang tersebut berapa banyak sekolah, hospital boleh dibina untuk rakyat. Ini adalah amat serius untuk masa depan anak kita," katanya. -KD



Untuk Dapatkan Sokongan India, Novel Interlok Ditarikbalik Dari Silibus

Posted: 16 Dec 2011 11:35 PM PST

Presiden MIC: Novel Interlok digugur dari silibus tingkatan lima

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan memutuskan untuk menarik balik novel kontroversial Interlok, yang dibantah banyak pertubuhan bukan kerajaan, daripada silibus sastera tingkatan lima.

Dipetik Star Online, Presiden MIC Datuk G. Palanivel (gambar) berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu.

Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Katanya, beliau berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. -TMI

Najib umum RM5 juta untuk penulis muda

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.

Perdana menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dan yakin karya asli penulis dapat diterbitkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Katanya bagi merealisasikan matlamat itu secepat mungkin, ITBM akan ditingkatkan mandatnya untuk menerbitkan karya asli penulis selain berfungsi sebagai agensi teraju dalam bidang penterjemahan.

"Ini turut melibatkan penjenamaan baru institut itu kepada ITBM (asalnya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PENA Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Rumah Pena.

Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tokoh PENA kepada bekas Presiden PENA Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain sebagai menghargai sumbangannya semasa menerajui persatuan itu.

Dalamm ucapannya, Najib juga meminta penulis muda mencorak minda masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap Malaysia melalui sastera berasaskan kepelbagaian 1Malaysia.

"Usia yang muda bukanlah alasan untuk mengecilkan diri atau berasa rendah diri, jadikan peluang yang ada sebagai aset utama untuk melaksanakan tugasan tersebut.

"Anda (penulis muda) mempunyai kudrat yang kuat, masa masih panjang dan pemikiran yang meluas. Hadapilah cabaran di hadapan dengan penuh semangat, visi yang jelas dan kesungguhan tidak terbatas," katanya.

Beliau berkata selepas Merdeka, sasterawan berperanan melakukan transformasi pemikiran masyarakat dengan idea yang menyuburkan pembangunan, perpaduan kaum dan pembebasan daripada penjajahan mental.

Najib berkata peranan sasterawan penting dalam merealisasikan perencanaan kerajaan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan kemajuan negara tidak sahaja diukur daripada segi kebendaan semata-mata.

"Pencapaian dalam bentuk pemikiran, persuratan dan kebudayaan juga menjadi salah satu pengukur penting dalam kemajuan itu sendiri.

"Kita tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju daripada segi kebendaan semata-mata tetapi miskin akal budi. Kalau itu terjadi kita tidak ubah seperti pohon yang tiada akar, sekali bertiup pasti menyembah bumi," katanya.

Beliau mengangap sasterawan merupakan "mata dan suara hati" rakyat yang melihat kepincangan dalam masyarakat lalu menyisipkan idea dan pedoman bagi membentuk keperibadian bangsa bagi menghadapi cabaran zaman.

"Sasterawan terdahulu melalui penulisan mereka telah meniup semangat yang meresap ke dalam jiwa masyarakat sehingga membentuk gelombang kebangkitan nasionalisme yang berupaya mengubah lanskap politik negara.

"Memang benar ahli politik dilihat pelaksana perubahan namun nyalaan semangatnya tetap datang daripada buah filiran yang disemai secara halus serta tersirat oleh penulis serta pengarang sastera tanah air," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Kerana khuatir kehilangan sokongan kaum India di dalam pilihanraya akan datang, kerajaan telah menarik balik novel kontroversial Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima.

Mungkin sebagai imbalan untuk tidak menerima tindakbalas daripada kumpulan sasterawan Melayu, Najib mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda dan RM1 juta untuki rumah PENA.

Begitulah kaedah politiking Najib - tabur wang - kerana baginya rakyat mudah dibeli dengan wang, begitulah juga undi mereka.

RM1,000 billion telah lesap, masih kita mahu ditipu BN lagi?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Yes, Massimo! No, Gardenia! Time to switch brand!

Posted: 17 Dec 2011 07:47 AM PST


Got the above email on Dec 1, 2011.

I didn't know about the 'Umno-Gardenia' link until I got this email even though my family has already been consuming the Massimo bread since it was introduced to the market a few months ago. ;)

No doubt, the Massimo brand is cheaper and nicer compared to the Gardenia brand.

So far, I have at least three friends (including the sender of the above email) who have switched brand.

Do your part. Don't support 'Umno-linked' crony!
  
My family has bought this loaf of Massimo bread for only RM2.00 at the Chinese medicine shop for months now despite the 'Introductory Offer RM2.50' message. Woot!

The Massimo bread is delicious and nutritious but most importantly, it is the most affordable bread in its class for all Malaysians! Yay!

Check out:
http://theitalianbaker.com.my/bread.html 

http://theitalianbaker.com.my/home.html


[Video] Gadis Paling Kerdil Di Dunia Ditemui Di India

Posted: 16 Dec 2011 09:21 PM PST

Nagpur - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

Gambar: SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi




Final Day in Bangkok...

Posted: 16 Dec 2011 07:11 PM PST

Every trip will come to the end... I have been on the road trip for 15 days since Dec 2nd 2011. I have covered the whole Northern Part of Thailand and walked through the ancient cities of Thailand from the earliest kingdom until the current kingdom which located in Bangkok. Thousands of pictures were taken and a few of nice video clips too.

Anyway, today is Saturday and we are going to the famous and largest market in Bangkok... So for those who visited Bangkok, you should know which market i'm referring to... >.<


Fisher Price Toys Blog Giveaway – Win Amazing Fisher Price products worth RM500

Posted: 16 Dec 2011 07:20 PM PST

STICKY POST UNTIL 20 DECEMBER 2011.

SCROLL DOWN FOR NEWER ENTRIES

Dear Readers,

Please pardon my absence, but hey I am back now with some seriously amazing goodies to giveaway my lucky readers. Thanks to Fisher-Price, I am sure you still remember my previous Blog Giveaway here and the winners here. Congratulations again to the winners and this time around I have more amazing Fisher Price toys amounting up to RM500.00!!! How cool is that? I am sure you don't wanna miss getting the high-end Fisher Price for free right?

If you love freebies like I do, all you need to do is

1) Read my previous entry :  Healthy Care Deluxe Booster Seat – Another Seriously Cool Baby Stuff
2) Tell me why the Healthy Care Deluxe Booster Seat is great, why you want it and what do you like to read in this blog.
3) You can submit as many entries as you like and there is no character limits.
4) You can answer is English or Bahasa Melayu only.
5) The contest is open to everyone, bloggers or just readers. Please provide a valid email for us to contact you in case you win!

 

For the benefit of some readers, saya akan tafsirkan arahan dalam Bahasa Melayu. Untuk menyertai Blog Giveaway ini, anda hanya perlu:

1) Baca catatan saya yang terdahulu: Healthy Care Deluxe Booster Seat – Another Seriously Cool Baby Stuff
2) Tulis dalam kotak komen dibawah mengapa anda rasa Healthy Care Deluxe Booster Seat tersebut sangat best, mengapa anda mahukannya dan cerita apa yang anda suka baca dalam blog ini.
3) Anda boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan tanpa had limit perkataan.
4) Sila jawap dalam Bahasa Inggeris atau Melayu sahaja.
5) Pertandingan terbuka pada semua orang, baik bloggers mahupun pembaca. Sila sertakan alamat email untuk kami hubungi anda, sekiranya anda menang!

The contest will be closed on Tuesday 20 November 2011 at 11.59pm.

The Healthy Care Deluxe Booster Seat by Fisher Price. Tell me why it is great and you can win great prizes!

Just like before, the winners will be selected by our friends at Fisher-Price and will be announced after the closing date. Prizes will be sent to the lucky winners via post. Now, I am sure you want to know what are THE PRIZES right!?

 

FIRST PRIZE – Fisher Price Learning Kitchen – Worth RM 219.90

SECOND PRIZE – Fisher Price Rumble & Learn Driver – Worth RM169.90

Third Price – Fisher Price Singin' Soccer Ball – Worth RM 99.90
To tell you the truth I really wish I can enter my own giveaway because that Learning Kitchen is just to-die-for!!! Same goes with the other two prizes, not only super cute and high quality but they let our kids learn while they play.

But unfortunately I can't win these goodies because the are for YOU! So come on and leave your comments, guys! All the best to you!

Love,

Diyana


NFC TAK ADA KES: MACC & polis main ping pong

Posted: 16 Dec 2011 06:17 PM PST



No comments: