Tuesday, April 3, 2012

Tiada Rusuhan, Tiada Pergaduhan, Anggota Polis Patah Kaki, Terbabas Sendiri

Tiada Rusuhan, Tiada Pergaduhan, Anggota Polis Patah Kaki, Terbabas Sendiri


Tiada Rusuhan, Tiada Pergaduhan, Anggota Polis Patah Kaki, Terbabas Sendiri

Posted: 03 Apr 2012 10:49 AM PDT

Anggota polis patah kaki, kenderaan terbabas

LEDANG – Seorang anggota polis nyaris maut apabila kereta peronda yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.5 Jalan Segamat-Muar dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 petang, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mangsa, Koperal Sidi Ahmad Dollah, 51, mengalami kecederaan dan patah kaki kanan.

Menurutnya, mangsa merupakan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, Terengganu memandu kenderaan tersebut bersendirian.

"Mangsa dalam perjalanan dari Terengganu ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri.

"Mungkin mangsa kepenatan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan yang dipandunya itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


DVS DG Pleased With Progress Of "Animal Welfare Bill"

Posted: 03 Apr 2012 09:00 AM PDT

PETPOSITIVE NEWSFLASH! 


DATELINE PETALING JAYA, SELANGOR: 



THE JOURNEY of the much anticipated Malaysian Animal Welfare Bill in Parliament is progressing very well," says the Department of Veterinary Services (DVS) Director-General Datuk Dr Aziz Jamaluddin. 



Dr Aziz: "Very pleased"

Speaking to PET+BLOGSPOT earlier this evening, he said his department will be calling for a public


BERS✔H 3.0 Wajib Diadakan. Tarikh Akan Diumumkan Esok!

Posted: 03 Apr 2012 08:29 AM PDT

Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber

KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan "Bersih 3.0" akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,"
kata sumber berkenaan.

"Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

"Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas."

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

"Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

"Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari," tambahnya.


Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu. -TMI

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan

Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa pilihan parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:

* Manipulasi dalam daftar pemilih;
* Skandal undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia;
* Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrif kesalahan pilihan raya;
* Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'; dan
* Pemerhati undangan antarabangsa

Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

"Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.
-mk



PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.

Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.
-HD


Ulasan GB

GB telah menyuarakan acapkali mengenai perlunya BERSIH 3.0.

Kini baru ada kenyataan positif daripada jawatankuasa BERSIH sendiri.

Sekalipun agak lewat dan pilihanraya begitu hampir, namun bak kata pepatah, its better late than newer.

Berikut ialah ulasan GB sebelum ini:

Penyertaan anggota Pakatan ke dalam PSC adalah satu kesilapan!

GB sudah menyatakan berkali-kali sebelum ini bahawa PSC hanyalah helah/sandiwara Najib dan UMNO/BN untuk mengabui mata rakyat.

Sebelum ini GB pernah mengulas:

Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya.

Yang rakyat mahu kini ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan membedah secara komprehensif operasi dan pengendalian pilihanraya oleh SPR selama ini, kerana ternyata SPR tidak telus. Malah SPR tidak pernah melantik pemerhati bebas dari luarnegara untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara ini kerana SPR tahu kehadiran pemantau itu bakal mendedahkan kepincangan SPR sendiri.

Buktinya semasa MAFREL pemantau di dalam negara sendiri sewaktu dilantik menjadi pemerhati dan apabila MAFREL menemui perbuatan salahlaku SPR, tiba-tiba MAFREL tlah tidak diktirafkan lagi sebagai pemantau pilihanraya. Bukankah itu jelas SPR memang sebuah badan "anjing gila" yang bebas melakukan apa saja untuk memanipulasikan sistem pilihanraya di negara ini? Keras bunyi krtikan GB tetapi demi kebenaran dan keadilan yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya, maka terpaksa ia berbunyi demikian.

Malah kita berjanji seandainya Pakatan Rakyat memerintah selepas ini, kami rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan mencari Pengerusi, Timbalan pengerusi dan semua anggota SPR yang terlibat sampai ke lubang cacing untuk disiasat dan diadili.





[Video] Tindakan Pandikar Tolak Laporan Minoriti & Halau MP Pakatan Dikecam

Posted: 03 Apr 2012 07:14 AM PDT

Tiga MP pembangkang diarah keluar dewan

Tiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan... dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan."

Pandikar baru sahaja mengambil alih tugas mempengerusikan sidang Dewan daripada timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, apabila beliau memerintahkan mereka meninggalkan Dewan.


Sivarasa bangun selepas waktu rihat tengah hari untuk meminta panduan daripada Kiandee mengenai kemungkinan Pandikar silap dalam keputusannya berhubung laporan minoriti.

Kiandee enggan melayan permintaan tersebut, tetapi Sivarasa, tidak putus asa - dengan dibantu oleh celahan daripada Azmin dan Dzulkefly - terus membangkitkan perkara itu.

Mereka membangkitkan duluan-duluan di mana laporan minoriti telah dibentangkan dalam Parlimen negara Komanwel yang lain.

Kiandee (lamam) bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila ahli Parlimen pembangkang terus mendesak perkara itu. -mk

Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh

KUALA LUMPUR, 3 April: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh.

Ianya berlaku ketika Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyambung giliran membahaskan usul syor itu selepas persidangan rehat tengah hari ini di hadapan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya bangun mencelah dengan membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak laporan minoriti awal pagi tadi.

Antaranya Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang).


Mereka mempertikai alasan Pandikar yang menolak laporan minoriti pagi tadi hanya atas sebab tidak pernah diamalkan di mana-mana parlimen di dunia.

Sedangkan pagi tadi mereka telah mengemukakan bukti ianya pernah dibuat termasuk di Jamaica, New Zealand, United Kingdom dan termasuk di House of Common sendiri.

Selepas beberapa kali namanya disebut, Pandikar kemudian masuk dan menggantikan Ronald Kiandee untuk kembali mempengerusikan persidangan.

Ketika itu dewan sudahpun kecoh dengan perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN yang mempertahan keputusan Speaker.

Dalam kekecohan itu Pandikar mengarahkan Azmin, Dzulkefly dan Sivarasa untuk meninggalkan dewan atas alasan mempersoal keputusan Speaker.

Kemudian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bangun mempertikai keputusan Speaker itu.

Dalam suasana kecoh itu Anwar mendakwa, Pandikar telah bertindak tidak wajar apabila tidak menerima precedent yang dikemukakan oleh anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Anwar juga mendakwan Pandikar sepatutnya meminta maaf di atas kesilapannya itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya beramai-ramai melaungkan leave the chair kepada Pandikar.

Tiba-tiba dalam kekecohan itu Pandikar mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berminat untuk membahaskan usul itu.

Beliau juga meneruskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan usul itu dilulus tanpa bahas.

Persidangan Dewan Rakyat juga ditangguhkan dan akan disambung semula jam 10 pagi esok. -HD


Tolak laporan minoriti, cubaan tutup daftar pemilih kotor

KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih.

Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih.

Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

"Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno.

"(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah," katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi.

Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya.

Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau 'precedent' laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain.

"Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada 'precedent'. Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan.

"Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar," tegasnya.


PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.

Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.
-HD


Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas


Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat 'tidak berminat' untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu
.

"Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

"Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu," katanya.
-HD





Three Thrown Out

Posted: 03 Apr 2012 04:47 AM PDT

According to a Malaysiakini report by Hazlan Zakaria HERE:

Three opposition parliamentarians were ejected from the Dewan Rakyat today for refusing to obey Dewan Rakyat speaker Pandikar Amin Mulia, with the ensuing chaos leading to the sitting being suspended for the day.

The trio had questioned his ruling not to allow a minority report to be appended to the report of the parliamentary select committee (PSC) on electoral reform.

"Under Standing Order 42, when the speaker speaks, you must shut up," Pandikar told them.

'Under Standing Order 43, the speaker's decisions cannot be questioned... and under Standing Order 44, I order Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) and Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) to leave the Dewan."

Pandikar had just taken over the chair from his deputy Ronald Kiandee, when he threw out the trio.

Sivarasa had stood up after the lunch break to ask Kiandee for guidance on the possibility that Pandikar was wrong in his ruling on the minority report.

Kiandee refused to entertain the request but, undeterred, Sivarasa - aided by interjections from Azmin and Dzulkefly - continued to argue the opposition case.

They cited precedent after precedent in which minority reports had been presented in other Commonwealth Parliaments.

Kiandee insisted that Pandikar's ruling was also based on precedent and accepted practice in the New Zealand Parliament and other Commonwealth legislative assemblies.

There was chaos as the opposition MPs pressed the matter even though the speaker told them there was nothing else to say, and Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) was preparing to take his turn at debating the PSC report.

Azmin then made an oblique reference to "speaker kampung", adding that the precedents that the opposition cited were by established speakers and not one from a village.

Pandikar had earlier sarcastically remarked that he is only a "speaker kampung'"when informing them of the precedents he had researched to back his ruling.

'Tool of Umno' jibe

Azmin, Sivarasa and Dzulkefly did not leave the House but stood around, joined by other opposition MPs.

Opposition Leader Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) then stood up directly addressing Pandikar to accuse him of being a "tool of Umno".

Anwar also said Pandikar should apologise if he had made a mistake in his ruling.

This goaded BN parliamentarians into standing up and chanting "Keluar! Keluar!" (Get out! Get out!) referring to the ejected MPs and "Liwat! Liwat" (Sodomy! Sodomy!) to Anwar, who had recently been acquitted of a sodomy charge.

Opposition parliamentarians countered the shouts with chants of "Leave the chair! Leave the chair!" to the speaker, telling him to step down.

When his repeated appeals for the MPs to return to the debate were ignored, Pandikar decided that the PSC report did not need to be debated, as it appeared that "the opposition is uninterested" in doing so.

Raising his voice above the din from both sides of the House, he ordered a vote to be conducted. The report was passed by a majority vote and the sitting was suspended up to tomorrow.

The five recommendations in the minority report are for the EC to:
  • Admit that it is illegal to change voters' constituencies, and return the 31,294 affected voters to their constituencies as of the last general election within 30 days of the PSC report being tabled in Parliament;
  • Remove 42,000 voters from the electoral roll whose citizenship cannot be confirmed by the National Registration Department (NRD) within 15 days of the report being tabled;
  • Investigate the more than 1,000 voters older than 100 years (including one who is allegedly 159 years old) and clean the electoral roll of this within 30 days of the report being tabled;
  • Work the NRD to check on more than 15,000 instances where the gender opf the voters conflicts with their MyKad numbers, where numbers ending with an even number is supposed to be for females, and odd numbers for males, and clean the electoral roll within 30 days of the report being tabled; and
  • Change the status of some 45,000 spouses of police officers from postal voters to normal voters because they are not eligible to be postal voters, within 15 days of the report being tabled.


[Bergambar] Bas RapidKL Terbakar, Penumpang & Pemandu Selamat

Posted: 03 Apr 2012 05:22 AM PDT

Kuala Lumpur - Pemandu dan lapan penumpang sebuah bas RapidKL terselamat apabila kenderaan itu terbakar di Taman Desa di sini tengah hari tadi.

Gambar: ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan bas Rapid KL yang terbakar di Jalan Desa Utama, Taman Dasa, Kuala Lumpur, hari ini. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Pantai Dalam, Salmi Abdul Mukti, berkata ketika kejadian pada 1.10 tengah hari, bas itu sedang beroperasi bagi laluan Taman Desa ke ibu kota.

"Sebaik kami tiba api masih marak, bagaimanapun 14 anggota dari Balai Bomba Taman Desa dan Pantai Dalam berjaya mengawal kebakaran itu dalam masa 14 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

ehsan: forum lowyat



Mayat Wanita Ditemui Bogel & Terikat Dalam Rumah Di Taiping

Posted: 03 Apr 2012 04:14 AM PDT

Taiping - Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Aman yang menimbulkan tanda tanya kepada penduduk akhirnya terbongkar apabila polis menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan bogel dan terikat.

Hasil maklumat jiran, sepasukan polis diketuai Asisten Superintenden Saerah Dollah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ke rumah berkenaan untuk menjalankan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Mohd Ismon Suratman berkata, polis menemui mayat seorang wanita di ruang tamu rumah No. 27-505, Kampung Aman, Pokok Assam kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Katanya, ketika ditemui mayat itu dalam keadaan bogel dan kedua-dua kaki diikat dengan wayar manakala mayatnya membengkak dipercayai meninggal dunia tiga atau empat hari yang lalu.

"Pintu rumah bahagian dapur tidak berkunci dan boleh dibuka manakala keadaan rumah berselerak akibat digeledah. Mangsa seorang pesara kerajaan tinggal sendirian dalam rumah berkenaan.

"Bagaimanapun polis masih dalam siasatan bagi memastikan barangan yang hilang, termasuk kemungkinan berlaku samun. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Mohd Ismon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Bainun Ipoh untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian. -SH


Love Never Dies - even after 60 years...

Posted: 03 Apr 2012 02:50 AM PDT

The following is a beautiful testimony of true love that never dies from Yahoo News.

CLICK HERE FOR THE VIDEO

On March 31, 1952, Dick Hauck sent a love letter to his future wife, Arlene. The couple had written back and forth on a nearly daily basis while Dick was serving in the U.S. Army. But this letter, in which Dick formally proposed marriage to Arlene, never reached its final destination until last week.

"I had a box of letters from him," Arlene Hauck tells CNN affiliate, KARE11.

Contract workers found Dick's letter while they were performing renovations in Arlene's childhood home. They gave the letter to the couple, who are both still alive and married to each other, nearly 60 years after Dick first proposed.

And unlike in the 2001 film "Amelie," this decades-old love letter is for real.

"The whole thing brings back memories," Dick told KSDK, while fighting back tears. He was just 21-years-old at the time he wrote the letter, in which he described the wedding ring he had purchased for Arlene. She wears the ring to this day.

"I got your ring today, I sure hope you will like it," the letter reads. "I wish I could have gotten it long ago darling."

A few weeks after the letter was sent, Dick returned from the Army and delivered the engagement ring to Arlene in person. They were married that June.

*Yes, I know I am a hopeless sentimental romantic. My older boy, in a Facebook chat with me 10 minutes ago, told me not to be so emotional when I cried upon hearing that Din, a guitar technician at Art Tune, had passed away.

Life is precious. Treasure and cherish the ones you love and who love you!!! Have a pleasant evening!


Garbage, parking woes at Bandar Baru Menjalara

Posted: 03 Apr 2012 02:15 AM PDT

New Straits Times (3/4/2012)


Negara Dunia Pertama: Dahulu dan Sekarang

Posted: 03 Apr 2012 01:51 AM PDT

Kerajaan Islam Abbasid pada kurun ke-10 sinonim dengan zaman kegemilangan Dunia Islam; adalah empayar terunggul atau dalam bahasa mutakhir, empayar Dunia Pertama. Kemajuan ilmu sains, ilmu falsafah dan ilmu pemerintahan mendahalui kerajaan lain termasuk dunia Barat yang waktu itu diselebungi Zaman Kelam (Dark Ages).

Dunia Islam melahirkan beberapa institusi perintis urus-tadbir kenegaraan – seperti Institusi majlis syura, hisbah, madrasah, mahkamah – bersama kestabilan sosio-politik serta kemajuan ekonomi yang mencirikan empayar dunia pertama ketika itu.

Sumbangan dunia Islam adalah budaya kebebasan berfikir dan menghargai ilmu; di mana segala sumber dan bentuk ilmu walaupun dari China diambil dan ditambahnilaikan, seterusnya dikongsi dan tersebar ke dunia Barat.

Selepas Baghdad ditawan tentera Mongol pada kurun ke-13, dunia Islam dalam bentuk empayar besar berpecah kepada daulah-daulah kecil dan terpisah seperti di Andalusia sementara status empayar Dunia Pertama semakin terhakis sehingga sekarang kesemua negara-negara Islam termasuk Malaysia berada di tahap negara Dunia Ketiga.

Budaya Politik Kolonialisme Terus Kekal

Giliran dunia Barat pula membangun hasil kesinambungan budaya ilmu dan rangka institusi dunia Islam yang terus diperkembangkan dari zaman kebangkitan sehingga lahirnya zaman perindustrian di Britain – disusuli pencorakan falsafah politik hasil pertembungan demokrasi dan komunisme – telah menjadikan negara-negara Barat sebagai negara Dunia Pertama.

Perjalanan sejarah ditandai zaman penjajahan dunia Barat iaitu kolonialisme serta dua Perang Dunia. Sementara bekas-bekas penjajah bergerak kehadapan dengan memperbaiki ciri-ciri negara Dunia Pertama namun bekas jajahan yang meraih kemerdekaan termasuk Malaysia menjadi penjajah baru kepada rakyat sendiri – dengan meneruskan amalan politik pecah-belah berteraskan perkauman, sistem perundangan drakonian dan penjarahan ekonomi golongan elit yang mirip budaya penjajah sebelumnya. Budaya penjajahan kekal sama dengan hanya penukaran bendera, menggambarkan suasana negara Dunia Ketiga sekarang.

Kita harus menilaikan perbezaan Dunia Pertama dan Ketiga dari segi budaya politik, institusi-institusi kenegaraan dan prestasi ekonomi untuk menentukan apakah yang mesti dilakukan supaya Malaysia tidak kekal sebagai negara Dunia Ketiga – lebih-lebih lagi bila sudah bermula reformasi demokrasi di Dunia Islam dengan pergerakan 'Arab Spring'.

Budaya politik Dunia Pertama kurun ke-21 adalah kuasa untuk rakyat dan bukan kuasa untuk harta. Dunia Pertama sekarang bercirikan demokrasi rakyat yang berteraskan kebebasan berfikir, kebenaran ilmu dan keadilan sosial berbanding dengan Dunia Ketiga bercirikan oligarki feudal yang memenjarakan pemikiran dengan ideologi sempit lagi batil – menyekat kebenaran ilmu melalui kawalan media massa serta penggunaan propaganda hitam – dan mengabaikan keadilan sosial demi mengangkat kapitalisme kroni.

Penumpuan – bukan pengasingan kuasa serta pengagihan kekayaan – ditangan segelintir manusia menjadi matlamat oligarki feudal Dunia Ketiga yang memerintah.

Perbezaan Politik Dunia Pertama dan Ketiga

Perbezaan utama budaya politik Dunia Pertama dan Ketiga adalah sikap kepimpinan Dunia Pertama; bilamana berlaku kesilapan atau kegagalan menjalankan tugas dan tanggungjawab akan disusuli oleh perletakan jawatan termasuk penghadapan ke muka pengadilan jika ada salah-laku. Malangnya pemimpin-pemimpin yang mempunyai konflik kepentingan masih lagi berleluasa di dalam pentadbiran negara kita, malah dilindungi dan disanjungi sebagai wira.

Institusi-institusi di negara Dunia Pertama berkhidmat demi kebaikan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya, institusi negara Dunia Ketiga walaupun mewarisi rangka institusi bekas penjajah seperti – institusi parlimen, pilihanraya, kehakiman dan kerajaan – telah dipinda bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk golongan elitis yang berkuasa.

Proses pilihanraya jika dibandingkan dengan negara-negara Dunia Pertama, masih jauh ketinggalan dari segi keadilan dan ketelusan. Contohnya, meskipun pemilihan Presiden Amerika Syarikat masih di peringkat awal, sentiasa ada laporan tentang perdebatan yang sihat mengenai dasar-dasar hala-tuju negara di antara calon-calon yang bertanding. Seterusnya proses pilihanraya yang masih 'dijajah' budaya Dunia Ketiga Ini termasuk percanggahan di dalam senarai daftar pengundi, waktu berkempen yang dihadkan, tiada akses sama rata di dalam media, tiada peluang rakyat di luar negara mengundi dan penggunaan jentera serta dana kerajaan untuk berkempen.

Institusi Parlimen dijinakkan melalui mengurangkan peranan perwakilan rakyat, mengusulkan rang undang-undang berat sebelah, tiada kuasa pemantauan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM atau agensi ekonomi seperti Petronas, tiada penubuhan jawatankuasa tetap memantau urus-tadbir kerajaan dan tiada sesi soal-jawab mingguan Perdana Menteri.

Manakala integriti badan kehakiman dan perundangan dicemari dengan kepentingan politik pemerintah seperti kelambatan pengadilan bertulis serta kegagalan Peguam Negara merayu penghakiman Razak Baginda di dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Malahan, Suruhanjaya DiRaja mengenai perlantikan hakim oleh VK Lingam juga diabaikan. Pemberian tanpa tender projek lebuhraya KIDEX bernilia RM1.2 bilion kepada keluarga bekas ketua hakim negara dan peguam Umno sewaktu krisis perlembagaan rampasan kuasa Perak terus mengukuhkan persepsi integriti badan kehakiman terguris.

Perbezaan Ekonomi Dunia Pertama dan Ketiga

Prestasi ekonomi pula menyaksikan kegagalan untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana dan kemajuan ekonomi yang terencat akibat rasuah, ketirisan dan kecacatan dasar-dasar ekonomi.

Laporan Transparency International pada tahun 2011 di dalam Corruption Practices Index 2011 menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tempat yang ke-60 di dalam carta yang menyenaraikan 182 buah negara. Laporan yang sama pada tahun 2010, menempatkan Malaysia di kedudukan ke-56.

Projek-projek seperti PKFZ dan NFC hanya sebahagian daripada senarai yang semakin memanjang perihal ketirisan dan penjarahan ekonomi negara; dianggarkan mencecah RM1 trillion (RM1,000,000,000,000) apabila disertakan kadar hutang Negara dan Awam sebanyak 133% KDNK; menjaminkan kita menyambut 'kiamat ekonomi'.

Malaysia pernah bersekedudukan dengan Korea Selatan dan Singapura di persada ekonomi antarabangsa. Dahulu kadar Ringgit Malaysia berbanding Dollar Singapura hampir sama. Perbandingan prestasi selama sepuluh tahun menunjukkan pada Mac 2002, SGD1 = RM2.0593 tetapi pada hari ini, kemerosotan terus berlaku dengan kadar RM2.4370 berbanding setiap Dollar.

Pendek kata, Malaysia berpotensi untuk menjadi negara Islam perintis bertaraf Dunia Pertama di zaman ini seandainya kepimpinan bersedia mendakap tanggungjawab moral dan keimanan untuk berubah – seperti mana dunia Barat keluar dari Zaman Kelam dengan menerapkan sumbangan dunia Islam yang silam sementara kita pula menerapkan ciri-ciri kenegaraan Dunia Pertama – agar kita tidak terkebelakang sehingga menjadi negara Dunia Keempat yang pertama.

Bukankah Islam menyuruh pemimpin dan rakyat membuat kebaikan melebihi ciri-ciri Dunia Pertama agar menjadi umat contoh dan menjauhi kejahatan ciri-ciri Dunia Ketiga agar selamat dunia dan akhirat?


U Thein Sein should consider joining his USDP under the NLD umbrella

Posted: 03 Apr 2012 01:51 AM PDT

(Opposition leader Suu Kyi wins Burmese parliament seat, party says: The victory, if confirmed, would mark a major milestone in the Southeast Asian nation, where the military has ruled almost exclusively for a half-century.)

After looking at the overwhelming votes NLD get in 1990 and the present By Election, President U Thein Sein should just understand that there is a strong possibility that his party would be badly defeated in the next General Election 2015.

To prevent the total annihilation he could engage in a reverse gear and repeated their failed suppression of NLD and Daw Suu, which could lead to severe punishment by the world and the backlash by the people of Myanmar.

He needs to think out of the box "to see the son coming back carrying the gold pot" (Thar Shwe Oh Htan Lar Tar Myin Ya) as in the famous Thu Wanna Thar Ma Jattaka.

We wish to see Daw Suu led NLD, military affiliated USDP continue to exist and work together for the benefit and progress of the Myanmar and all the citizens.

I hereby propose U Thein Sein to consider joining his Union Solidarity and Development Party under the NLD umbrella and form a Coalition Government.

To show the sincerity and good will, he should:

  1. Propose to appoint Daw Suu as the Prime Minister (of course amend the constitution) or
  2. Propose to appoint the President post. Or
  3. Appoint Daw Suu as his official adviser, the post to be powerful above all the Deputy Presidents and Ministers. Or
  4. He just continues to stay as the President but agrees to listen, follow and implement the policies implemented by the political leadership of NLD CEC. Or
  5. Appoint the new Coalition Cabinet with NLD MPs.

If USDP could made a long term agreement to sincerely join NLD and just requests to have a right to choose its members to be fielded under NLD, there is a good future for our country.

Our country need both Daw Suu led NLD and support of Myanmar Military affiliated USDP.

Daw Suu led NLD would grant us with Democracy, Good Governance, Foreign aids, cooperation and investments.

But we still could not ignore or need the Myanmar Military affiliated USDP for our country's stability, security, their experience and Government Machinery.

Like this:

Be the first to like this post.


Kemenangan Suu Kyi Suntik Semangat Perjuangan PR Di Malaysia

Posted: 03 Apr 2012 02:14 AM PDT

Kemenangan Suu Kyi inspirasi buat pejuang demokrasi'

KUALA LUMPUR 2 April: Kemenangan pejuang deokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memperolehi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil di negaranya merupakan satu inspirasi buat pejuang demokrasi di rantau ini dan seluruh dunia.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sewaktu mengulas kemenangan Suu Kyi semalam.

Mengulas lanjut, Yusmadi yang juga merupakan Setiausaha Kaukus Asean Inter-Parliamentary Myanmar berkata walau pun kemenangan itu bukan satu kemenangan keseluruhan buat Suu Kyi dan partinya, ia tetap mengesahkan mandat rakyat buat Suu Kyi selama ini.

"Kemenangan ini bukan kemenangan baru, ia dipanggil pengesahan semula mandat oleh Aung San Suu Kyi bagi memimpin agenda demokrasi di Myanmar.

"Walaupun bukan kemenangan keseluruhan, ia sudah cukup untuk beri nafas baru kepada pejuang-pejuang demokrasi rantau ini yang mungkin agak lesu (kerana cabaran berpanjangan)," katanya.

Menurutnya lagi, selain Suu Kyi, masyarakat di Asia Tenggara juga mengenali Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang demokrasi dan kebebasan.

"Di rantau ini cuma ada dua tokoh demokrasi yang kita tahu iaitu Aung San Suu Kyi dan Anwar Ibrahim.

"(Justeru), kemenangan ini satu inspirasi untuk pejuang demokrasi lain terutamanya di Malaysia yang akan berhadapan pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kemenangan Suu Kyi ini juga, kata Yusmadi wajar menjadi iktibar kepada yang lain agar bersabar dan terus tabah dalam perjuangan mereka.

"Kita boleh ambil iktibar daripada perjuangan Aung San Suu Kyi – ia perjuangan lama dan bersungguh-sungguh dan tabah walaupun pelbagai tentangan dihadapi.

"Yakinlah agenda demokrasi dan kebebasan akan temui kejayaan walaupun ia mungkin memakan masa seperti juga perjuangan Nelson Mandela," katanya.

Aung San Suu Kyi dilaporkan memenangi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya di negaranya. Beliau mengalahkan dua pesaing lain dalam pertandingan tiga penjuru.

Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Suu Kyi mengumumkan yang beliau memenangi kerusi Kawhmu, berhampiran bahagian selatan pusat komersial Yangon.

Suu Kyi yang diperintahkan menjalani tahanan dalam rumah selama 15 tahun sejak 1989 bertanding buat pertama kali selepas parti yang dipimpinnya membuat keputusan mengakhiri pemulauan pilihan raya yang didominasi junta tentera. -KD

Parti Suu Kyi menang Besar dalam Pilihanraya

YANGON - Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi yang menang pada pilihan raya kecil di Myanmar berharap kemenangannya akan membuka era baharu di negara berkenaan.

Suu Kyi menyatakan demikian ketika berucap kepada beribu-ribu penyokong di luar ibu pejabat parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi yang dianggotainya semalam.

Beliau berucap sehari selepas partinya mendakwa beliau telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan Kawhmu.

"Kejayaan kita ialah kejayaan rakyat," kata Suu Kyi.

"Ia ialah kejayaan rakyat yang membuat keputusan bahawa mereka perlu terlibat dalam proses politik di Myanmar.

"Kita berharap kemenangan ini akan menjadi permulaan untuk satu era baharu," tambahnya lagi.

Pilihan raya berkenaan menjadi pentas kepada bekas tahanan politik itu untuk menjadi wakil rakyat buat kali pertama dan menerajui blok pembangkang dalam Parlimen Myanmar yang didominasi pihak tentera.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil berkenaan dijadualkan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pilhan raya kecil itu diadakan bagi memilih 45 wakil rakyat baharu.
- Agensi



Bei der Oldtimer Restauration lässt sich viel selbst erledigen

Posted: 02 Apr 2012 06:34 AM PDT

Eines der interessantesten Hobbys ist das Restaurieren eines Oldtimers. Entweder man erwirbt ein altes Fahrzeug und setzt es über einen längeren Zeitraum nach und nach wieder in Stand, oder man besitzt bereits einen fahrtüchtigen Oldie und muss immer wieder etwas reparieren, um ihn fahrtüchtig zu halten. Auf jeden Fall sind Oldtimer eine kurzweilige Beschäftigung, und der Autofan sollte sich bewusst sein, dass man immer wieder mit Überraschungen zu rechnen hat. Wenn der Besitzer eines Oldtimers zum ersten Mal in der Fachwerkstatt zu hören bekommt: „Dieses Ersatzteil ist aber leider nicht mehr lieferbar …", dann weiß der Hobbyschrauber, dass nun auch bei der Teilebeschaffung Eigeninitiative gefragt ist.

Ersatzteile im Internet
Da ist der Oldtimerfan aber heute in einer besseren Situation als noch vor einigen Jahren. Im Internet findet sich ein breites Angebot von Lieferanten, die fast jedes Ersatzteil im Angebot haben, Karosserie- oder Auspuffteile oft von mehreren Herstellern. Es besteht durchaus die Möglichkeit, Teile aus England oder den USA kommen zu lassen, und bei der ausgeprägten und oft virtuosen Bastlertätigkeit der Amerikaner erschließt sich hier ein fast unerschöpflicher Markt.

Selber reparieren oder …
Aber nicht nur Ersatzteile können mit der Zeit zum Problem werden. Oldtimer sind oft Vergaserfahrzeuge, und in der Ausbildung zum Mechatroniker wird diese Technik, die bis Ende der siebziger Jahre Standard war, nur noch am Rande behandelt. Entsprechend ist die Fachwerkstatt heute oft überfordert, wenn an der Vergaseranlage Probleme auftreten. Da hilft wieder nur, sich selber einzuarbeiten in eine oft komplizierte Materie. Aber mit dem nötigen technischen Verständnis und etwas Zeit und Geduld gelingen auch hier Reparaturen, die früher ausschließlich Spezialisten vorbehalten waren.

… besser einem Fachmann überlassen?
Dagegen wird die Oldtimer Restauration für geübte Laien immer problematisch, wenn langjährige Erfahrung nötig ist, um eine Reparatur durchzuführen. Wenn zum Beispiel der Vergaserkrümmer abgeschraubt werden soll, sitzen die Schrauben oft unlösbar fest und reißen oft ab. Nun muss in den Zylinderkopf ein neues Gewinde geschnitten werden. In der Ausbildung ist dies schon im ersten Lehrjahr ein Thema, und danach und im weiteren Berufsleben immer mal wieder. Der Geselle hat also eine lange Materialerfahrung, die der Schrauber in seiner begrenzten Praxis nie erreichen kann. Aber wenn er den Zylinderkopf doch selber angeht, kann es so enden, dass mindestens 1500 Euro abgeschrieben werden müssen. Da lohnt sich die Eigeninitiative endgültig nicht mehr.

Fazit: Alles was geschraubt, gesteckt, genietet ist, kann der versierte Bastler selbst erledigen. Wenn es aber allzu kompliziert wird und langjährige Erfahrung und besondere Kenntnisse erforderlich sind, sollte ein Spezialist in der Nähe sein.


'Skodeng’ Anak Jiran - Mat Taha Didenda Menceroboh

Posted: 03 Apr 2012 01:01 AM PDT

Kuala Terengganu - Seorang buruh bukan sahaja terpaksa berputih mata setelah hasratnya untuk 'skodeng' anak dara jirannya dengan menceroboh bilik air tidak kesampaian, tetapi lebih malang, dia turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas perbuatannya itu.

Sebagai pembalasannya, tertuduh, Mat Taha Ismail, 39, dari Kampung Lingai, Batu Rakit, di sini, yang dipercayai turut berhajat untuk melakukan jenayah lain dikenakan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Mat Taha turut berhadapan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku salah menceroboh masuk rumah milik Nurul Alia Embong, 20, kira-kira jam 10 pagi pada 27 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang baru terjaga dari tidur terkejut setelah ternampak tertuduh di hadapan pintu tandas rumahnya.

Mungkin terkejut dengan teguran itu, tertuduh terus melarikan diri melalui pintu yang diumpilnya sebelum ini. Curiga dengan tindak-tanduk tertuduh, mangsa terus membuat pemeriksaan lanjut di dalam rumahnya tetapi mendapati tidak ada barang berharga yang hilang.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa buat laporan di Balai Polis Batu Rakit.


Kemunculan Sepupu DYMM SPB Yg Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di pentas PR di Rembau dan saksikan amanat MB Kelantan, Selangor juga Ketua Menteri PP

Posted: 03 Apr 2012 12:05 AM PDT


Selepas dilancarkan di Kuala Pilah (Dun Pilah) pada 1 April lepas kini siri Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 akan tiba di Chembong, Rembau.

Semua dijemput ke :

Pelancaran Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 (Peringkat Rembau)
4 April 2012, 9.00 malam
Kg. Mulia, Rembau
(sebelah Pejabat Daerah Rembau)

Dijadualkan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (ahli parlimen Parit Buntar / AJK PAS Pusat) akan berucap disamping pimpinan PR NS. Antara istemewa malam tersebut ialah kemunculan khas turut berucap ialah YM Tenku Harmy Bin Tenku Hanan yang merupakan sepupu kepada DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar NS.

Juga malam tersebut akan disiarkan video klip ucapan khas YAB Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Ucapan khas yang baru sahaja dirakam ini mengandungi pesanan penting buat pengundi di Negeri Sembilan.

Siri Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 akan mengadakan acara kemuncak yang dijadualkan pada 29 April 2012 di Seremban. Seketeriat baru sahaja menghantar permohonan ke Majlis Perbandaran Seremban untuk menggunakan Padang Negeri Sembilan (bersebelahan Dewan MPS di pusat bandar Seremban bagi acara kemuncak.

maklumat lanjut mengenai kempen ini klik sini.


Lawak parlimen : mari belajar mengira

Posted: 02 Apr 2012 11:35 PM PDT




Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...


Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.

- 3 Orang dalam tanahan penjara

- 7 Orang dalam tahanan polis

- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen

17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????


Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan

1 orang dalam tahanan penjara

9 tahanan polis

18 dalam tahanan depot imigrresen

Jom kira 1+9+18=13 ????


tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan

17 dalam tahanan polis

18 tahanan depot imigresen

17+18=21 ????


Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!



Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak

ada pelajaran??? - Apek

Dipetik dari pesbook..



Perkasa 'Perkosa' attacked Lilian of chanlilian.net?!

Posted: 03 Apr 2012 12:21 AM PDT

A staff member of the Penang government's information department has lodged a police report against Malay rights group Perkasa for acting violently against her while she was on duty covering a rally organised by the latter in Komtar. She was instructed by her boss Yap Lee Ying to cover the incident, where the group had handed in a letter to Lim, giving him a one-week ultimatum to clarify queries on the alleged sale of a plot of land reserved for a mosque in Bayan Mutiara.


lim guan eng pc 290711 support for lilian chanLilian Chan (left in photo, with Lim), a videographer attached to Chief Minister Lim Guan Eng's office, said she was kicked twice on her legs by a Perkasa member at about 2.45pm on Friday, at level 3 of the Komtar building.

Chan said, "When I was kicked for the second time, I asked the person - Penang Perkasa Youth chief Risuan Azuddin - why he had kicked me."

"He did not answer me. At that time, police and Komtar security personnel were ordering them to leave the area, where the state government offices are situated. The group of about 30 had barged into the state offices building and demanded to see Lim but were prevented from going up the 28th floor - the CM's office - by security personnel.," added the former Citizen Journalist trained by Malaysiakini.

Chan said this was the second time the group had roughed her up - the first was on Feb 26, during the anti-Lynas rally at the Esplanade which was attended by about 500 people.

The event was organised by Suaram in support of Himpunan Hijau's gathering In Kuantan on the same day, to oppose potential radioactive hazards from the Lynas plant in Gebeng. During the event, two journalists from a local Chinese daily - Kwong Wah Jit Poh - were injured in a fracas which broke out after Lim presented his speech.



Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta?

Posted: 02 Apr 2012 10:49 PM PDT


Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta?
dipetik dari media :
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
1 ekar = 43,560 kaki persegi/ 1 hektar = 2.47105 ekar / 1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Apakah jenis hospital yang akan didirikan ? Dengan jumlah buget hanya RM 122.6 manakala 35 % sudah habis hanya untuk nilai tanah. Baki RM 79.96 juta tersebut ialah buget yang agak kecil. Dikhuatiri kerja Hospital ini akan tertangguh ditengah jalan atau ia hanya sekadar melepaskan batuk ditangga kerana PRU akan menjelang ?

che'GuBard
Ketua Cabang Rembau
3 April 2012


BAGAIMANA UNTUK KEKAL SELAMAT KETIKA DI WILAYAH SELATAN THAILAND?

Posted: 02 Apr 2012 10:15 PM PDT

Contoh letupan!

Wilayah Selatan Thailand tidak dapat dinafikan merupakan sebuah kawasan yang mempunyai sejarah konflik bersenjata yang begitu panjang. Konflik bersenjata yang tercetus di wilayah ini mungkin antara yang terpanjang dan terlama sekali di dalam dunia. Sebelum Archduke Franz Ferdinand ditembak oleh pengganas Serb (sehingga menjadi punca Perang Dunia Pertama), sebelum bom atom 'Fat Man' hasil penyelidikan Iblis Manhattan Project' menghentam Nagasaki, sebelum Presiden Bush Sr mengistiharkan 'Operation Desert Fox' dan jauh sebelum Keluarga Temenggung mengambil alih pemerintahan Beraja di Johor, konflik bersenjata sudah tercetus di wilayah bergolak ini. Semenjak dari saat Raja Buddha Yodfa Chulaloke meruntuhkan kerajaan Melayu Patani dan sekaligus menjadikan wilayah tersebut sebagai 'tributary kingdom' kepada Dinasti Chakri Bangkok bermulalah konflik bersenjata dan pemberontakan tanpa henti di Patani (Patani dengan satu 'T' merujuk kepada kerajaan lama, manakala Pattani '2 T' merujuk kepada wilayah (province) masa kini).

Mengapa mereka (rakyat Patani) memberontak? Mengapakah mereka meneruskan penentangan bersenjata? Ini soalan-soalan yang mengasak minda (mind provocation) mereka-mereka yang cuba menyelesaikan konflik di wilayah tersebut. Perlu kita sedari bahawa, mereka memberontak kerana merasakan mereka idak terlibat sama sekali dengan 'aturan kolonialisasi' antara British dan Siam ketika Perjanjian Anglo-Siamese 1909, yang menyaksikan wilayah tersebut 'diserap' sebagai sebahagian wilayah Negara-bangsa Siam (nama lama Thailand).

Sebelum perjanjian Anglo-Siamese 1909, status negeri-negeri Melayu Patani (yang dipecahkan kepada beberapa negeri kecil seperti Legeh, Rangae, Pattani, Reman etc) adalah berbentuk 'tributary kingdom' yang masih mempunyai autonomi dalam melaksanakan pemerintahan negeri. Namun, apabila proses 'annexation' berlaku, secara automatiknya wilayah Patani menjadi sebahagian daripada Negara-bangsa Siam (secara tidak langsung perlu menerima dan tunduk kepada suatu kebudayaan yang asing berbanding dengan kebudayaan mereka). Mereka tidak rela ditadbir oleh suatu 'entiti politik' yang asing daripada kebudayaan dan ketamadunan mereka.

Faktor 'internal colonialisation' bukanlah satu-satunya alasan penentangan bersenjata, namun ia juga turut diwarnai oleh factor kemiskinan dan kemunduran wilayah tersebut berbanding wilayah lain dalam Negara Thailand.
Organisasi yang memantau konflik di wilayah bergolak tersebut, The Deep South Watch menjelaskan factor kemunduran dan kemiskinan menjadi punca utama ketidakpuasan hati rakyat berbanding factor kebudayaan. Walaupun kerajaan Thailand di bawah pentadbiran Perdana Menteri Prem Tinsulanonda 20 tahun dahulu pernah menubuhkan organisasi pentadbiran 'Southern Border Provinces Administrative Centre' (SBPAC) bagi melicinkan pentadbiran awam sekaligus mematahkan gerakan pemberontak dengan melambakkan dana awam yang berjumlah billion Bhat, namun kebanyakan dana yang sepatutnya disalurkan untuk kemudahan rakyat hanya berlegar dalam 'poket' para Jeneral tentera sahaja.
Korupsi yang dilakukan oleh pentadbir yang dilantik oleh kerajaan Bangkok menyumbang kepada kemunduran di wilayah tersebut. Berdasarkan teori konflik, salah satu punca utama kepada pertempuran, peperangan dan krisis adalah kerana ketidaksetaraan pengagihan ekonomi. Hal ini kerana ekonomi merupakan 'sub-structure' dalam kehidupan manusia (menurut Marxisme), maka tidak hairanlah pengagihan ekonomi yang tidak setara menyebabkan konflik bersenjata ini semakin berpanjangan. Ditambah dengan penafian 'rights for self-determination', konflik di wilayah tersebut terus menerus membara!

Apakah Mereka Pengganas?
Pasca tragedy 11 September 2001 dan kempen 'War on Terror' oleh Presiden Bush, kebanyakan Negara (yang membodek) terus menerima 'label' pengganas seperti yang dikelasifikasikan oleh Washington. Negara-negara di rantau Asia Tenggara juga tidak ketinggalan dalam kerja-kerja membodek kuasa besar dunia ini. Kerajaan Malaysia dan Thailand sering mengadakan perbincangan untuk mengekang 'kumpulan pengganas' dari terus menggangu aktiviti ekonomi dan politik kedua-dua Negara. Persoalannya, apakah kumpulan seperti PULO, BRN-C, BIPP,GMIP dan sebagainya yang mengangkat senjata di wilayah Selatan Thailand boleh kita kategorikan sebagai kumpulan pengganas? Operasi mereka tidak melangkaui sempadan Negara mereka. Pengganas merupakan kumpulan bersenjata yang tidak mempunyai 'lokaliti' dan hanya bermatlamatkan wang dalam operasi mereka (atau mungkin didorong oleh ideology). Kumpulan pejuang di wilayah Selatan Thailand merupakan ' Militant-Nationalist' bukan kumpulan pengganas! Mereka berjuang untuk membebaskan kawasan mereka dari penindasan 'internal colonialisation' oleh Bangkok. Perjuangan mereka hanyalah untuk memastikan 'survivial' identity-bangsa mereka daripada lupus ditelan zaman, bahkan bagi memastikan keadilan dapat dicapai bagi kesemua segenap lapisan masyarakat mereka.

Contoh Bom buatan rumah (Home Made ni)..

Namun, para pejuang 'militant-nationalist' pada masakini merupakan 'shapeless organisation', tidak berstruktur dan mengambil polisi 'no truth claim'. Bentuk perjuangan sebegini menjadikan operasi ketenteraan Thailand menjadi semkain sulit kerana seolah-olah pihak mereka sedang 'berkonfrontasi dengan hantu' (Confronting the Ghost), tidak diketahui siapa yang sedang mereka hadapi. Berikutan itu, dinamika konflik di wilayah Selatan Thailand begitu berbeza dengan konflik-konflik lain diseluruh dunia.

Bagaimana Mahu Kekal Selamat dan Bernyawa?
Tujuan uatama artikel ini ditulis bukanlah bagi menjelaskan tentang konflik bersenjata di wilayah Selatan Thailand, malah bukan pula untuk memperkenalkan para pembaca dengan jenis-jenis kumpulan pemisah di wilayah tersebut. Namun, ia bertujuan untuk menyediakan 'simple guideline' kepada para pembaca yang mahu berkunjung ke wilayah bergolak tersebut (sama ada untuk aktiviti berfaedah atau tidak berfaedah). Namun, penulis menasihatkan agar anda melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermoral sepanjang kunjungan ke sana. Tragedi pengeboman yang baru-baru ini berlaku di Lee Garden Hotel, Hat Yai dan di kawasan Yala membuatkan penulis terfikir untuk berkongsi tips keselamatan yang umum sepanjang pembaca berada di sana.

1) Jangan Menghampiri atau Duduk Berdekatan Anggota Keselamatan

Pada kebiasaannya kita akan berasa selamat dan dilindungi jika kita berada berhampiran dengan anggota keselamatan. Namun, di wilayah bergolak ini, dinamikanya bergitu berbeza sekali. Jauhkan diri anda daripada mana-mana anggota keselamatan sama ada Polis, tentera atau apa sahaja. Kerana pada kebiasaannya merekalah yang sering menjadi sasaran serangan (tembakan mahupun letupan bom). Jika anda menaiki kereta atau motorsikal, jauhkan kenderaan anda dari kenderaan anggota keselamatan (kekalkan jarak lebih kurang 2-3 biji kereta). Hal ini kerana, jika berlaku letupan bom atau serangan terhadap kenderaan anggota keselamatan, risiko anda untuk 'meletup' bersama adalah kurang, kerana jarak anda yang sedia jauh berbanding mereka yang dalam 'radius' yang rapat.

Perkara yang sama juga perlu anda utamakan apabila ingin minum atau makan di mana-mana kedai atau restaurant. Jika boleh, pastikan anda tidak duduk bersebelahan atau terlalu hampir dengan anggota polis atau tentera. Hal ini kerana, jika berlaku tembakan menerusi atas kenderaan yang bergerak, anda masih lagi mempunyai kesempatan untuk melindungi diri (Cuba bayangkan anda duduk di meja sebelah tentera, secara tiba-tiba grenede dilemparkan ke dalam kedai, adalah mustahil untuk anda mengelak dan lari?)

2) Jangan melepak di Lobi Hotel Mahupun Kawasan Parking
Ini merupakan perbuatan mengada-gada orang Malaysia secara umumnya. Mereka berasa megah dan nampak seperti orang kaya jika dapat duduk sambil minum kopi di lobi hotel penginapan. Ini perbuatan yang mengundang maut sebenarnya. Pada kebiasaanya, bom akan diletakkan di luar pintu hotel (dalam bentuk beg etc). Mengapa tidak diletupkan di dalam hotel? Kerana setiap hotel kebiasaanya mempunyai alat pengesan bahan logam di pintu masuk. Adalah suatu yang mustahil untuk pengebom membawa bahan letupan ke dalam hotel. Maka, setiap bahan letupan akan di 'plant' di luar pintu masuk hotel. Jika anda kebetulan pada hari tersebut sedang bersantai di lobi hotel, kemungkinan besar anda akan turut menerima 'bahana' letupan yang kebiasaanya berjarak 100-200 meter (bom buatan sendiri,bukan boleh jauh radiusnya,kecuali pakar yang buat). Oleh itu, elakkan perangai mengada-ngada lepak di lobi hotel. Jika perlu berbincang dengan rakan-rakan (perniagaan atau sebagainya) jemput mereka untuk minum di kafe hotel dan pilih meja yang bahagian dalam.

Ini minuman beralkohol..Jangan minum..Nanti Hassan Ali marah!

Satu lagi perangai mengada-ngada orang Malaysia ialah suka melepak di kawasan parking, sama ada bagi tujuan menunggu isteri yang sedang galak membeli belah atau rakan yang sedang mabuk kerana terlalu banyak meminum 'Singha'. Elakkan dari menunggu sesiapa di kawasan parking. Jika mahu menunggu, silalah tunggu di kawasan selamat seperti kedai minum. Kerana, kawasan parking adalah kawasan yang paling berisiko tinggi untuk bom yang dipasang pada kereta dan motorsikal. Setelah penulis meneliti kenyataan mangsa letupan Hotel Lee Gardens (hotel yang popular untuk pelancong Malaysia ke Hat Yai), kebanyakan mereka melepak di lobi atau sedang berjalan-jalan berhampiran kawasan parking.

3) Elakkan Berkunjung ke Kawasan Go Go Bar

Ini gambar Perempuan Menari Tiang..

Go Go Bar merupakan kawasan pilihan utama kebanyakan pelancong Malaysia ketika berziarah ke Wilayah Selatan Thailand khususnya Hat Yai. Sebenarnya kawasan seperti inilah yang perlu kita hindari sepanjang berada di sana. Hal ini kerana, kebanyakan Militan-Nationalist sering menjadikan kawasan sebegini sebagai tapak operasi mereka. Kawasan maksiat sememangnya menjadi sasaran utama, bukan hanya kerana ia melanggari kesucian agama tetapi juga ia menjadi tempat hiburan bagi kebanyakan anggota keselamatan untuk berehat sambil melihat perempuan cantik menari meliuk lentok (hahahahaha). Maka, penulis menasihatkan para pembaca elakkan berada di kawasan sebegini jika mahu melancong ke sana. Jika sudah tidak dapat dibendung-bendung lagi kemahuan untuk berkunjung ke Go Go Bar, maka ambilah inisiatif membeli tiket kapal terbang ke Bangkok dan berhiburlah sepuasnya di sana (hahahaha), jangan melakukannya di wilayah konflik!.Hanya akan mengundang petaka!….

Penutup

Kesemua di atas merupakan nasihat dan langkah keselamatan yang mudah, namun perlu sentiasa dipatuhi sepanjang para pembaca berkunjung ke wilayah konflik tersebut. Sebenarnya penulis agak terkejut Hat Yai menjadi sasaran serangan kerana hal seperti ini jarang sekali berlaku (berbanding 3 wilayah bergolak), kecuali kumpulan pejuang mungkin sudah mensasarkan seseorang di kawasan tersebut. Konflik di wilayah ini tidak akan mampu diselesaikan selagi hal-hal seperti keadilan, kesaksamaan dan kesetaraan tidak mampu dicapai oleh pihak kerajaan Thailand. Kumpulan pemisah akan terus berevolusi dan silih berganti dan mungkin perang gerila ini akan memberikan kesan mendalam kepada Negara bangsa Thailand. Namun, penulis berharap kepada sesiapa yang mahu berkunjung ke wilayah tersebut, sentiasa memastikan disiplin anda di tahap tertinggi dan patuhi tips yang diseberikan di atas bagi memastikan anda dapat pulang ke Malaysia dalam keadaan bernyawa!..Khrop Khun Krap!.



[Bergambar & Video] Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated

Posted: 03 Apr 2012 12:07 AM PDT

Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul

KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.

Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.

Kedengaran kumpulan terbabit menjerit 'turun Adam Adli' dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.

Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.

Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.

Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT


















No comments: