Monday, December 10, 2012

Kisah Seorang Kanak-kanak Amerika Masuk Islam

Kisah Seorang Kanak-kanak Amerika Masuk Islam


Kisah Seorang Kanak-kanak Amerika Masuk Islam

Posted: 10 Dec 2012 09:06 AM PST

Rasulullah saw bersabda: "Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi." (HR.Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.

Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.

Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar'i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.

Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.

Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad 'Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.

Detik Islam

Mohammad Nizar Jamaluddin

Posted: 08 Dec 2012 04:32 PM PST

Me with the displaced but legitimate Chief Minister (Menteri Besar) of Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, whose office was hijacked by questionable tactics of the Barisan Nasional regime in 2009. Let not the people of Perak forget the injustice that had been wrought on them!





ca-pub-5430283382112812

Kegagalan SPRM Tangkap Dan Dakwa Perasuah Juga Neraka Tempatnya!

Posted: 10 Dec 2012 06:51 AM PST

Beri dan terima rasuah balasannya neraka, Pengarah SPRM

SHAH ALAM - Amalan rasuah bukan hanya boleh meruntuhkan kerukunan dan ketamadunan sesebuah negara, namun jika berbalik kepada agama Islam, harus diingat bahawa sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim.

Lantaran itu kata beliau, SPRM boleh dianggap sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang, namun pada masa yang sama mencegah umat manusia daripada melanggar lunas Islam sehingga boleh membawa kepada pembalasan maha dahsyat di akhirat kelak.

"Jangan ambil jangan terima. Tugas SPRM atau 'glamor' orang panggil MACC, ia menahan manusia daripada masuk neraka.

"Kita tahu memberi rasuah menerima rasuah tempatnya di neraka," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis persinggahan Konvoi Kelab Avanza bersama SPRM Kuala Lumpur dalam kempen mencegah rasuah, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Latifah turut serta dalam konvoi berkenaan yang disertai kira-kira 120 ahli kelab bermotor itu.

Menurut Latifah, SPRM sentiasa komited dalam memastikan amalan rasuah tidak menjadi satu budaya di Malaysia.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf menerusi Sinar Harian yang terus-menerus memberi liputan meluas usaha sama SPRM dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan kempen pencegahan rasuah.

Tambah beliau, tanpa peranan media, minda masyarakat mungkin masih terkongkong dengan ideologi bahawa menerima sesuatu pemberian atas dasar kepentingan tertentu bukanlah perbuatan rasuah dan tidak menjadi suatu kesalahan.

"Percayalah sekiranya tidak ada mesej ini disampaikan melalui media elektronik atau media cetak, masyarakat masih menganggap rasuah itu sebagai rezeki. Itu masalahnya," kata Latifah.

Paling beliau khuatir, pemberian berupa 'hamper' misalnya terus dianggap masyarakat sebagai rezeki dan tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang mahu pun agama.

"Dalam rasuah ini ia melibatkan dua pihak. Ada yang bagi dan ada yang terima, itu sudah dikira rasuah. Bagi itu kerana apa? Nak dapat projek ke? Nak dapat jawatan ke? Nak dapat undi ke? "Apatah lagi di musim-musim perayaan ini, sudah menjadi budaya, datang dengan 'hamper'. Sesetengah 'hamper' nilainya ribuan ringgit diberi kepada orang-orang yang ada kuasa. Kalau betul nak bagi 'hamper' atau hadiah, beri kepada orang yang memerlukan," selar beliau.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali menyifatkan usaha SPRM dan Northern Avanza Recreational Club sebagai satu usaha murni yang perlu diteruskan demi memberi pendidikan kepada generasi hari ini dan akan datang akan bahaya amalan rasuah.

"Kita selalu percaya kita mesti membersihkan diri kita dan semua rakyat Malaysia daripada rasuah kerana kita sudah lihat negara-negara di dunia ini jatuh kerana rasuah.

"Jadi saya ucap terima kasih dan syabas kepada saudara Zaini dan kawan-kawan beliau dan juga kepada SPRM kerana usaha ini dibuat secara tidak langsung, sambil kita makan kita kempen rasuah, di Karangkraf ini kita ada 30 majalah dan satu surat khabar, kita memang komited untuk memerangi rasuah," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Nasir Hamzah. -SH

Ulasan GB

GB i nigin mengulas sedikit kenyataan dari Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, Datuk Latifah Md Yatim di atas yang berbunyi: "sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya".

GB sokong 100% kenyataan itu, tetapi, SPRM jika gagal menahan dan mendakwa pihak yang terlibat dengan rasuah pun neraka juga jawabnya.

Kerana SPRM itu adalah sebuah suruhanjaya yang telah dilantik untuk memebenteras rasuah. Ia satu AMANAH dari rakyat, ia satu tanggungjawab yang besar dan pengarah serta pegawai-pegawai SPRM WAJIB menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

Setiap sen gaji dan elaun yang anda terima setiap bulan, bersamanya ialah tuntutan terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan yang kelak akan dinilai dan dihisab.

Kegagalan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bererti menanggung dosa besar dan nerakalah juga tempatnya!

Penang Chess League 2012

Posted: 10 Dec 2012 01:59 AM PST


Results summarised in six words: We did not play particularly well enough.


 OFA A: Ronnie Lim, Jonathan Chuah, Evan Capel and Marcus Chan (guest player)

OFA B (left): Khor Shihong, Lim Cheng Teik, Colin Chong, Eoh Thean Keat (not in picture) and Chan Kim Chai; OFA C (right): Terry Ong, Quah Seng Sun, Eric Ooi (not in picture), S Kannan and Chuah Soon Pheng




ca-pub-5430283382112812

Cantik Siti Bertudung, Sayang Hanya Untuk Dilelong!!

Posted: 10 Dec 2012 04:23 AM PST

Gambar: Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS.

Cantik sebenarnya Siti Nurhaliza apabila bertudung tapi sayang Siti bertudung hanya untuk melelong tudung.

Bertudung hanya untuk mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti akan melelongkan dua pasang tudung jenama Fareeda yang digayakannya semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan.

Baik bagi Siti kalau menyempurnakan pemakaian tudungnya sepanjang masa dan bukannya untuk lelongan sahaja.

Siti bersama wakil jenama Fareeda iaitu Mawar Aminuddin, pelakon Fahrin Ahmad dan Muhardiman Ismail daripada kumpulan Mohram.

Rujuk mStar
-ekeleh.com

Ulasan GB

Disiarkan bukan untuk menghina atau menjatuhkan maruah Datuk Siti, tetapi sebagai nasihat dan peringatan.

Hidayah itu milik Allah dan dikurniakan sesiapa yang Dia kehendaki.

Semua Datuk Siti dukurniakan hidayah daripadaNya.

Firman Allah: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki." (Al-Qasas:56).

Ucapan "apa pertikaian dalam pembelian scorpene" di Pekan, Pahang

Posted: 10 Dec 2012 12:53 AM PST

SAMM berjaya mengadakan program jelajah yang dikenali sebagai "Le Tour De Scorpene Scandal" fasa satu. Bermula dari Pulau Pinang - Johor - Pekan Pahang dan Melaka, sambutan hangat di setiap lokasi.

Di bawah ini ialah rakaman ucapan che'Gubard di Pekan Pahang dihadapan hampir 1000 orang.


汇丰银行经理黄政贵命案最新进展!

Posted: 09 Dec 2012 11:48 PM PST


汇丰银行经理黄政贵命案最新进展!

Kenapa SAMM tidak terlibat kempen kumpul derma dsbnya utk Palestin ?

Posted: 09 Dec 2012 11:49 PM PST

Ramai yang tertanya - tanya kenapa SAMM yang sering ke depan dalam banyak isu kelihatan agak terkebelakang sedikit dalam isu Palestin ? SAMM tidak menganjurkan kutipan derma malah ketika pintu Gaza terbuka kenapa SAMM tidak menghantar sukarelawan ke sana ?

Jawapanya mudah, isu Palestin ini ialah isu kekuatan Israel. Bila Israel kuat maka yakinlah Palestin akan terus ditindas. Menghormati semua pihak yang berusaha membantu Palestin termasuk artis yang sanggup terbang ke Gaza. Namun mungkin ramai yang sudah tahu tetapi buat tak tahu, Malaysia negara kita ini ialah antara negara utama menjadi rakan dagang Israel. Bn menjadikan Malaysia sebagai antara penyumbang utama memastikan kekukuhan ekonomi Israel ketika negara yang bukan majoriti penduduk Islam bersungguh - sungguh memboikot Israel.

Keutamaan SAMM kini ialah menghentikan sebarang bentuk perdagangan secara langsung mahupun tidak langsung Malaysia dengan Israel sebenarnya itu lebih membantu Palestin. (sebarkan video di bawah)





Namun walau bagaimana pun SAMM peringkat negeri banyak yang terlibat aktif dalam usaha kesedaran pembebasan bumi Palestin ini.

Rediscovering Your Talents

Posted: 09 Dec 2012 11:32 PM PST


Alan Cohen is a therapist who lives in Hawaii. He is the author of 17 popular inspirational books and is also a contributing writer for the New York Times best-selling series Chicken Soup for the Soul. In his lectures, he asks who are dissatisfied with their work and seventy-five percent of the audience raise their hands. Subsequently, Cohen has created a system of twelve steps to help people to rediscover their "blessing":

1. Tell yourself the truth: draw two columns on a sheet of paper and in the left column write down what you would love to do. Then write down on the other side everything you're doing without any enthusiasm. Write as if nobody were ever going to read what is there, don't censure or judge your answers.

2. Start slowly, but start: call your travel agent, look for something that fits your budget; go and see the movie that you've been putting off; buy the book that you've been wanting to buy. Be generous to yourself and you'll see that even these small steps will make you feel more alive.

3. Stop slowly, but stop: some things use up all your energy. Do you really need to go that committee meeting? Do you need to help those who do not want to be helped? Does your boss have the right to demand that in addition to your work you have to go to all the same parties that he goes to? When you stop doing what you're not interested in doing, you'll realize that you were making more demands of yourself than others were really asking.

4. Discover your small talents: what do your friends tell you that you do well? What do you do with relish, even if it's not perfectly well done? These small talents are hidden messages of your large occult talents.

5. Begin to choose: if something gives you pleasure, don't hesitate. If you're in doubt, close your eyes, imagine that you've made decision A and see all that it will bring you. Now do the same with decision B. The decision that makes you feel more connected to life is the right one – even if it's not the easiest to make.

6. Don't base your decisions on financial gain: the gain will come if you really do it with enthusiasm. The same vase, made by a potter who loves what he does and by a man who hates his job, has a soul. It will be quickly sold (in the first case) or will stay on the shelves (in the second case).

7. Follow your intuition: the most interesting work is the one where you allow yourself to be creative. Einstein said: "I did not reach my understanding of the Universe using just mathematics." Descartes, the father of logic, developed his method based on a dream he had.

8. Don't be afraid to change your mind: if you put a decision aside and this bothers you, think again about what you chose. Don't struggle against what gives you pleasure.

9. Learn how to rest: one day a week without thinking about work lets the subconscious help you, and many problems (but not all) are solved without any help from reason.

10. Let things show you a happier path: if you are struggling too much for something, without any results appearing, be more flexible and follow the paths that life offers. This does not mean giving up the struggle, growing lazy or leaving things in the hands of others – it means understanding that work with love brings us strength, never despair.

11. Read the signs: this is an individual language joined to intuition that appears at the right moments. Even if the signs point in the opposite direction from what you planned, follow them. Sometimes you can go wrong, but this is the best way to learn this new language.

12. Finally, take risks! the men who have changed the world set out on their paths through an act of faith. Believe in the force of your dreams. God is fair, He wouldn't put in your heart a desire that couldn't come true.


Najib Jangan Mimpi Dapat Sokongan India

Posted: 10 Dec 2012 01:30 AM PST

Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau.

"Ucapan Najib cukup terdesak.

Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat.

"Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN.

"Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi.

"Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara.

"Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu.

"Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat," ujarnya. -KD

Bila Gerakan terang-terang anti Islam Umno diam ?

Posted: 09 Dec 2012 10:58 PM PST

Kenyataan Terbuka
7 Disember 2012

Pertikai Peruntukkan Islam P.Pinang Meningkat 300%: Umno Perguna Parti Gerakan?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengutuk pandangan serong pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mempertikai langkah kerajaan PR menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam P.Pinang sebanyak 300%. SAMM juga melihat ada muslihat di sebalik kenyataan Teng Chang.

Sekiranya kerajaan campuran BN yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukkan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan PR pilihan rakyat hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang. 

SAMM P.Pinang berpendapat bahawa Umno sememangnya tidak boleh diharap untuk menjaga perihal Islam tidak kira di Pulau Pinang atau di mana jua. Umno bukan sahaja gagal memimpin dan mendidik parti komponan bersama dalam Barisan Nasional tentang Islam malah Umno tidak berbunyi sepatah haram untuk pertahan Islam apabila hukum menutup aurat dipersenda oleh Tan Keng Liang, juga dari Gerakan tidak lama dulu. Hari ini pula, sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan pertikai peruntukkan untuk hal ehwal Islam di P.Pinang yang meningkat jauh lebih besar dari negeri yang dipimpin Umno. Apakah Umno tidak lagi peduli tentang Islam? Apakah ada komplot antara Umno dan Gerakan?

Ternyata parti Gerakan yang retak menanti belah ini seolah-olah telah dipergunakan oleh Umno bagi mencetus suasana tegang antara kaum dan agama. Taktik serampang dua mata ini mungkin digunakan Umno dengan harapan parti Gerakan kembali disokong oleh kaum bukan melayu dan dalam masa yang sama, Umno menadah tangan menanti sokongan sekiranya pergaduhan antara kaum atau agama benar-benar berlaku. Itu adalah kelebihan parti berasaskan kaum atau parti perkauman seperti Umno.

Justeru itu, SAMM P.Pinang memberi amaran kepada Umno supaya tidak cuba untuk bermain api dengan menjadikan parti Gerakan sebagai pemetiknya. Sentimen perkauman dan ketegangan agama harus dihindar khususnya di Pulau Pinang. Rakyat negeri P.Pinang juga harus sedar perencanaan jahat yang disusun ini setelah Umno dan Gerakan menemui jalan buntu untuk merampas semula P.Pinang secara demokrasi.

Akhir sekali SAMM P.Pinang percaya kenyataan Teng Chang Yeow tidak akan berlegar di dada akhbar dan media perdana kerana ia pasti akan menyebabkan Barisan Nasional kehilangan lebih banyak sokongan dari masyarakat Islam seluruh negara. Namun begitu, SAMM P.Pinang lebih percaya kenyataan Teng Chang tetap akan menjadi pedoman kepada orang ramai melalui media alternatif dan kerja jahat berbentuk hasutan ini tetap akan mendapat penilaian umum.

Sekian,

Aidil Ibrahim
Penyelaras SAMM P.Pinang

[Gambar Wajib Lihat] Umno Terus Perbodohkan Rakyat

Posted: 10 Dec 2012 12:45 AM PST

Ini adalah pencerahan dari akaun FB seorang anak muda Fais Al-Hajari, yang saya kenal sebagai pelajar terbaik Sekolah Sains Muzaffar Shah Melaka;
"orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat" – utusan. Nak kata bengong, marah – tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi i
ni beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak. Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila ko tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil.
Cuba la cerdik rakyat malaysia. Jgn la dok diperbodohkan org.
SAMM: Umno terus perbodohkan rakyat, inilah dosa paling besar Umno

Disabled Children In Africa Still A Curse

Posted: 09 Dec 2012 10:37 PM PST

 

Where It Is Considered a Curse to Have a Disability

Published on Thursday, 27 September 2012 15:41
In
many African countries the birth of a disabled child is associated with
bad luck. It is seen, even to the public as a curse or a punishment.
What's more, the blame for the child's disability is normally placed on
the mother. As a result, mother's of disabled children are often

Terbitan SAMM : antara 2 Razak, 2 Scorpene dan 1 Monggolia

Posted: 10 Dec 2012 12:47 AM PST


Akan datang!!! Coming soon!!! Nantikan di pasaran!!!

前朝国阵州政府每方尺1令吉土地转换税把土地割让给国阵成员党,马华巫统怎么说?

Posted: 09 Dec 2012 08:58 PM PST

我要质问国阵成员党,为何前朝雪州国阵政府在1981年把一片面积约5000方尺的商业地以每方尺一令吉的土地转换税(Premium)的超低价格割让给八打灵再也巫统区会(当时八打灵再也国会尚未分割成北区和南区),割让期为60年?蔡智勇和八打灵再也北区的马华准候选人针对此事又有什么看法?为什么他们,尤其是蔡智勇,迄今不敢针对这事发言? 行动党适耕庄区州议员黄瑞林在11月尾进行的州议会,揭发前朝雪州国阵政府在位期间,把位于雪州各地的24片政府地段,以每方尺1令吉贱价转售给国阵成员党作为商业用途。这些地段其中15片归巫统、5片归马华、3片归国大党,以及1片归民政党。 巫统轰埠区州议员阿都依都斯舒古(Abdul Idrus Shukor)和马华新古毛州议员黄冠文表示国阵成员党如巫统和马华争取马来亚的独立,理应获得这些土地来兴建人民会堂、服务中心或幼儿园来服务人民。 但是,

Out Of The Coconut Shell..

Posted: 10 Dec 2012 01:41 AM PST

Okay guys..I wanted to go and cuddle my grandson yesterday. Without notifying his parents, I was at the bus station ready to purchase my tickets to launch my journey.
Oh! No tickets available..other buses than Nice? All sold out!
Since the computer was off-line, I thought I'd go back and grab them later.

And so, after breakfast, hopefully I'll get the tickets for my to and fro trips.
Wow..Selangor is on holiday tomorrow..Ampun Tuanku.
This is a super coincidence.
Then H can dutifully and happily not rush to ferry me around..
InsyaAllah.

I've not been to the capital for more than a year!
Urrggghs..macamlah jauh sangat.
Honestly, other than dreaming of going to Makkah again, my travelling bug has been snugly salivating.

And waking the disinterested bug was not easy..
It has bloomed into the dullest and most unattractive,lethargic nenek bug..
Hey!! Get your sagging butt moving!

So a bit of campaigning before I leave my gongak laptop at home.

DSN must stop playing the acah2 game with regards to the date of the PRU 13.
Not only will the opposition be irritated, we pro BN supporters will get annoyed.
Stop that guessing game..it's getting to be sickening and loathsome.
I can now indulge in betting on some moo racing!
Horce racing tentulah tak boleh..haram.

Okay..first of all, I agree with http://dinturtle.blogspot.com/2012/12/cukup-cukuuuup-suuuudaaaaaaah.html
I love this Nirwana song..cukup cukup sudah..cukup lah disini saja...oohh!

No more..lets not overdo or overcooked or over whatever!
No need..so they makan at an informal place.
That should be a norm..not something done only on the eve of the PRU13.
It can backfire..it can overkill!
Yeah..many will say we're just plain jealous.
No..that is not true.
Being frank to safeguard the interests of the party is no sin..grow up!

Come on..it's not that they are extra special or are a perfect couple.
They had their fair share of broken marriages and various hiccups.
DS Rosmah came from a very normal background.
If this lunch was suppose to prove that she does not have big taste all the time, then it's a shame.
It shouldn't have been mentioned at all.
If by quietly having lunch outside, such coverage has been splashed, then the voters for BN may increase or most likely, shy away...the sincerity should not have been overpowdered.

Many on the fence voters will puke/have done just that.
So,the next time they go and makan at some warong, leave them alone..no need to publicize their family outing like hell.

By the way..let us try to have less of DS Rosmah being highlighted.
I know many will hate me..it's okay.
But it's the truth..
The rakyat can still love and forgive DS Najib .
However, sorry Datin Seri..there are so many who really dislike you..it's the majority bitter feedback.
I do not mean to be disrespectful.

We want BN to win..we must not put our chances in jeopardy.
So please pro BN bloggers..avoid the do overs on Datin Seri.
Really..we cannot afford the loss of possible votes that can be fished out.
Sorry..do this favour for Umno and BN.
Thank you guys.
Incredible..I finally found the courage to say it..even though I am a nobody..takperlah.

At last..I'm very sorry and I hope Datin Seri will not take it as personal.
My feelings are inconsequential...I am absolutely indifferent.
My thoughts are for Umno..individuals who can mar the party's winnings have to stand at the back.
Thanks again.

p.s.
A reminder..our BN leaders who take the trouble to humble themselves only once in a while, have to be rightly replaced with those who never brag/openly display their frequent sincere humility and kindness.
Hence, we do not want any, to be construed as just for public show only..
 

Dalang Peralat Ibu Tunggal Di Selangor Akan Disaman Balas Oleh Kerajaan Negeri

Posted: 09 Dec 2012 10:29 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor akan membuat saman balas kepada dalang yang terlibat berhubung tuntutan elaun ibu tunggal yang didakwa tidak dikotakan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti Kerajaan Negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, Kerajaan Negeri setakat ini sudah melunaskan banyak program berkebajikan dan tidak mengabaikan mana-mana pihak walaupun terdapat perbezaan politik.

"Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas," katanya kepada pemberita selepas Program Terima Kasih Menteri Besar Selangor kerana memberi air percuma di Pangsapuri Bukit Kuda, di sini.

Beliau berkata, sebanyak lebih 2,000 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka.

Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.

Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.

Rodziah menjelaskan, 'elaun' yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak.

Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi 'kuda tunggangan' mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik.

"Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya 'berlakon' kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain," katanya.

History Seventh Rangers (Mechanized)

Posted: 09 Dec 2012 07:24 PM PST

History 7th Rangers: 14 minutes and 20 seconds. Enjoy!! 

[VIDEO & GAMBAR] Bendera PAS Berkibar Di Palestine Ulangtahun Ke 25 HAMAS Gaza

Posted: 09 Dec 2012 07:09 PM PST


Perjuangan Hamas yang wujud di Palestin hari ini mempunyai halatuju yang sama dengan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negara ini.

Tekanan, halangan serta ancaman yang dihadapi oleh gerakan Islam Hamas di Palestin oleh tentera zionis Israel kerana mempertahankan Islam sama seperti yang dialami oleh PAS di Malaysia.

Hamas boleh bertahan dari serangan Israel meski pun tanpa persenjataan berat kerana Islam.

Hamas telah meletakkan asas perjuangan Islam dilandasan yang betul dengan mengharapkan kemenangan atau mati syahid.

Take Note !!! : Gerakan Islam Hamas merupakan tunggak utama bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa di Palestin.

[ Jom Membangun Bersama Islam ] .... ALLAHU AKBAR !!!

-fb

Ulasan GB

Kebenaran itu satu, dan ia akan bersatu di mana saja, tanpa mengira sempadan tempat, masa, bahasa dan bangsa.










15 tahun pantas berlalu

Posted: 09 Dec 2012 04:46 PM PST

NURUL IZZAH ANWAR
4 Disember 2012

Tahun depan genaplah 15 tahun atau hampir separuh usia saya menyertai politik.

Saya masih teringat, sewaktu berada di satu ceramah di penghujung 1998 ketika ayah ditahan, seorang makcik yang di antara beribu rakyat hadir menyatakan kepada saya: "teruk benar sepak terajang politik, nak. Hati-hati ya."

Perjalanan yang bermula dengan laungan reformasi ini penuh dengan ketidaktentuan pada awalnya, tapi akhirnya membuahkan hasil prinsip perjuangan jelas untuk menyemai bakti demi melahirkan negara Malaysia lebih baik untuk semua.

Hasilnya, saya memberanikan diri menyertai politik – yang saya mulakan dengan lafaz Bismillah.

Seperti mana-mana perjuangan, ia adalah satu perjalanan yang penuh dengan dugaan, cabaran dan kadangkala disulam duka dan suka yang telah mengajar saya erti hidup, terutamanya peranan dan tanggungjawab dalam proses pembangunan sesebuah negara.

Belajar berpolitik ini tidak berkesudahan dan ramai gurunya. Bukan sahaja individu tetapi pengalaman juga menjadi guru dalam usaha mendalami ilmu dan seni politik.

Antaranya termasuklah Fiqhud Dakwah karya Mohammad Natsir, penulisan Sheikh Yusuf Qaradawi 'Fiqh Kenegaraan' dan terbitan terbaru Datuk Dr Siddiq Fadhil, 'Islam dan Melayu' merupakan panduan asas dalam menentukan prinsip dan garis politik saya.

Karya sasterawan seperti WS Rendra, Datuk A Samad Said dan Datuk Usman Awang pula menyentuh hati saya, namun pesanan kedua ibu bapa saya yang paling saya hargai – istiqamah dan ikhlas sentiasa dalam berjuang. Ya, berpolitik itu juga berjuang.

Ternyata, kemenangan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang memberikan amanah kepada saya menjadi wakil rakyat Lembah Pantai telah menjadi 'guru politik' saya yang paling besar.

Kemenangan disusuli dengan tugas di Parlimen mewakili Lembah Pantai – di mana lebih 200 soalan serta perbahasan lebih 70 rang undang-undang termasuk empat rang undang-undang ahli persendirian saya seperti pemansuhan Deklarasi Darurat, Akta Pembangunan Petroleum, pindaan AUKU dan PPPA – dan dua usul tergempar mengenai jualan rahsia kerajaan berkaitan kapal selam Scorpene dan pembunuhan etnik Ronghiya yang ditolak – merangkumi hampir lima tahun bersidang – telah mengajar saya bahawa institusi Parlimen harus melalui satu reformasi untuk menjadikan Dewan lebih demokratik dalam mewakili suara dan aspirasi rakyat sepenuhnya.

Tetapi pengalaman paling utama dalam berpolitik adalah tugas saya di kawasan Parlimen. Perjumpaan dan interaksi dengan warga kawasan Lembah Pantai menjadi sumber inspirasi dan penawar untuk terus berjuang dalam politik.

Apabila saya melihat wajah Dinesh, murid yang mendapat 5A UPSR, yang mempunyai seorang ayah lumpuh hampir sepenuhnya dan terpaksa bergantung kepada ibu seorang untuk terus hidup, kepada nenek-nenek yang ditinggal seorang diri oleh keluarga terdekat – namun masih cekal dengan semangat juang meneruskan hidup.

Inilah semangat bekalan inspirasi buat saya selaku wakil rakyat yang berpegang kepada prinsip untuk mendengar dan membantu semua pihak, tidak kira parti, kaum atau agama walaupun menerima cemuhan. Saya mendengar rintihan segelintir penduduk Flat 4 tingkat Kg Kerinchi yang ketika itu masih membantah tawaran berpindah.

Berani kerana benar menjadi pegangan saya dan ini banyak beri saya kekuatan apabila melihat nasib peniaga pasar malam yang selepas dipindahkan tapak perniagaan tidak lagi berpeluang menyara hidup kerana jumlah petak tapak telah dikurangkan.

Di sini saya melihat perlunya sebuah kerajaan tempatan seperti DBKL lebih proaktif dan berhikmah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini juga membuka mata saya bahawa perlunya diadakan pilihan raya memilih Datuk Bandar agar suara dan hak rakyat lebih terpelihara.

Dan saya melihat wajah-wajah berbilang bangsa dan agama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, saya sebak melihat semangat perpaduan dan sentuhan kasih kejiranan bahawa kita semua mahukan yang sama iaitu Malaysia yang lebih baik, bebas dari rasuah dan salah tadbir-urus pentadbiran dan khazanah milik semua.

Itu adalah inti pati politik, berjuang demi kehidupan yang lebih baik untuk semua. Inilah sebabnya saya bersyukur dengan pengalaman yang bermula 15 tahun dahulu, dan tidak akan pantang undur untuk 15 tahun lagi, Insya-ALLAH!

Dipetik dari Sinar Harian

No comments: